Superb
KAMROSADPNEMGLANFormatSPM
Baharu
Mulai 2021
• Koridor Peribahasa 4 5Tingkatan
• Panduan Menulis Karangan dalam SPM ••
• Sudut Kata KSSM
• Model Karangan SPM
• Galeri Ungkapan Menarik Nawi Ismail
(Tokoh Guru
Kebangsaan 2019)
Nazli Ali
Azahar Bahari
Panduan Umum
Format Kertas (1103/1) Bahasa Melayu SPM
Markah: 30 Markah: 70
Kertas
1103/1
Masa yang BAHAGIAN Kertas BAHAGIAN Masa yang
dicadangkan: A 1 B dicadangkan:
40 minit 1 jam
20 minit
Karangan Karangan
berdasarkan esei
kombinasi Mencakupi semua standard kandungan
kepelbagaian dan standard pembelajaran dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan
bahan Pentaksiran (DSKP) KSSM
rangsangan
Bahagian A Karangan Berdasarkan Kombinasi Kepelbagaian
Bahan Rangsangan
Panduan Menulis Karangan Berdasarkan Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan
1. Kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan yang dikemukakan antaranya ialah:
(a) gambar foto (e) iklan
(b) gambar (f) petikan
(c) gambar rajah (g) e-mel
(d) ilustrasi kartun (h) jadual
2. Anda dikehendaki meneliti kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan yang
diberikan dan menulis karangan berdasarkan tugasan soalan contohnya menulis
surat rasmi, memberikan pendapat, menulis e-mel, dan lain-lain.
3. Panjang karangan anda itu hendaklah antara 150 hingga 200 patah
perkataan.
1
Bahasa Melayu SPM Panduan Umum
4. Sebanyak 30 markah diperuntukkan bagi karangan ini.
5. Teliti setiap bahan rangsangan yang diberikan. Setiap bahan rangsangan
mengandungi atau memperlihatkan perkara dan skop yang berbeza tetapi
berdasarkan isu yang sama. Pastikan setiap perkara daripada setiap bahan
rangsangan tersebut dinyatakan dalam karangan yang ditulis.
6. Bagi karangan ini, anda dicadangkan menulis pendahuluan, tiga isi, dan
kesimpulan dengan setiap satunya dalam satu perenggan. 5 perenggan
kesemuanya.
7. Pendahuluan dan penutup atau kesimpulan karangan cukup sekadar 15 hingga
20 patah perkataan yang ditulis dalam dua atau tiga ayat.
8. Setiap isi dihuraikan sekadar 35 hingga 45 patah perkataan tetapi huraian isi
haruslah diolah dengan baik.
9. Rangkai kata yang menarik dan peribahasa atau cogan kata yang berkaitan
hendaklah dimasukkan dalam karangan ini untuk memperoleh markah yang
maksimum.
10. Setelah selesai menulis karangan, anda hendaklah membuat semakan tentang
aspek bahasa, terutama ayat, imbuhan, ejaan, dan tanda baca. Jika ada
kesalahan, potong kesalahan itu dengan satu garisan lurus dan tulis pembetulan
di atas garisan lurus itu dengan teliti.
11. Cadangan bilangan perkataan bagi setiap perenggan adalah seperti yang
berikut:
Pendahuluan 20 patah perkataan
Isi 1 45 patah perkataan
Isi 2 45 patah perkataan
Isi 3 45 patah perkataan
Penutup 20 patah perkataan
Jumlah 175 patah perkataan
12. Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan bahagian ini adalah 40 minit,
seperti yang berikut:
Memahami soalan dan menulis rangka karangan 7 minit
Menulis karangan 30 minit
Menyemak karangan 3 minit
Jumlah 40 minit
2
Bahasa Melayu SPM Panduan Umum
Bahagian B Karangan Esei
Panduan Menulis Karangan Esei
1. Dalam Bahagian B dikemukakan 4 soalan mencakupi semua standard
kandungan dan standard pembelajaran yang terdapat dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM. Anda dikehendaki untuk menjawab
satu soalan sahaja.
2. Setiap soalan diberikan pernyataan dan arahan soalan berdasarkan domain-
domain tertentu, seperti domain awam, domain peribadi, domain kerjaya, dan
domain pendidikan. Murid harus memilih satu pernyataan berdasarkan domain
tersebut dan menulis karangan berpandukan arahan soalan.
3. Untuk Bahagian B, markah yang diperuntukkan ialah 70 markah.
4. Panjang karangan hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.
5. Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 1 jam 20 minit.
6. Pada umumnya, terdapat dua bentuk karangan esei, iaitu:
Karangan Berformat Karangan Tidak Berformat
• Surat kiriman rasmi • Pendapat / Perbincangan / Ulasan
• Surat kiriman tidak rasmi • Fakta
• Laporan • Peribahasa / Cogan kata
• Wawancara / Dialog • Ulasan
• Berita / Rencana
• Wawancara
• Perbahasan
• Syarahan / Ceramah / Pidato / Ucapan
7. Setiap jenis karangan yang tergolong dalam bentuk karangan berformat
mempunyai format yang berbeza-beza yang harus anda patuhi. Kegagalan
anda menulis karangan berdasarkan format boleh menyebabkan markah anda
dipotong.
8. Bentuk karangan tidak berformat pula ialah karangan yang tidak mempunyai
format tertentu yang harus anda patuhi. Namun begitu, karangan yang ditulis
haruslah mempunyai perenggan pendahuluan, isi-isi penting, dan penutup.
Ketiga-tiga komponen ini haruslah mempunyai kesinambungan dari segi idea
dan isi yang dikemukakan.
3
Bahasa Melayu SPM Panduan Umum
Panduan Memulakan Karangan
Memilih Tajuk
1. Anda hendaklah memilih domain dan soalan yang bersesuaian dengan
pengetahuan, pemahaman, dan keupayaan anda untuk menulis karangan itu
dengan padat, tepat, dan bernas.
2. Selain itu, anda juga haruslah benar-benar memahami kehendak soalan sebelum
membuat keputusan memilih sesuatu tajuk atau soalan.
3. Bagi menepati kehendak soalan, anda perlu membuat analisis soalan. Perhatikan
contoh dan analisis soalan yang berikut:
Contoh Soalan: Domain Awam
Kebanjiran pendatang asing di negara kita meresahkan penduduk
tempatan. Mereka tanpa rasa takut mewujudkan koloni mereka seperti
kita berada di Dhaka, Bangladesh atau di Jakarta, Indonesia. Mereka
menjadikan kawasan tempat tinggal mereka seperti tanah air mereka
sendiri dengan mengabaikan aspek kebersihan, menguasai perniagaan
dan memonopoli kawasan tersebut.
Sumber : Internet
Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti
pendatang asing di negara kita dan sikap buruk mereka.
Bincangkan punca-punca keadaan di atas berlaku dan langkah-langkah
untuk menanganinya.
Analisis Soalan
Tugasan 1: Menghuraikan punca-punca aktiviti pendatang asing di negara
kita menimbulkan keresahan masyarakat.
Tugasan 2: Langkah-langkah untuk menangani masalah tersebut.
4. Elakkan soalan-soalan yang anda tidak pasti tentang formatnya, kurang arif
akan isi dan laras bahasanya, serta kurang yakin akan gaya penyampaiannya.
Menyediakan Rangka Karangan
1. Tiga komponen penting dalam rangka karangan ialah pendahuluan, isi-isi, dan
penutup.
2. Anda perlu menulis lima hingga enam isi dalam setiap karangan, tidak termasuk
satu perenggan pendahuluan dan satu perenggan lain bagi penutup.
3. Isi yang ditulis hendaklah disusun mengikut keutamaannya, iaitu isi yang
penting hendaklah didahulukan.
4
Bahasa Melayu SPM Panduan Umum
Menulis Pendahuluan
1. Pendahuluan hendaklah ditulis dalam satu perenggan sahaja dan lazimnya
pendahuluan tidak perlu panjang, memadailah empat hingga enam ayat
sahaja. Walau bagaimanapun, setiap pendahuluan harus mengandungi tiga
komponen utama, iaitu huraian yang jelas tentang tajuk, mengemukakan isu
utama, dan membuat penjelasan.
2. Pendahuluan yang baik ialah pendahuluan yang dapat menarik perhatian
pembaca atau pemeriksa untuk terus membaca keseluruhan karangan.
3. Pada umumnya, terdapat beberapa teknik ketika menulis pendahuluan,
antaranya
(a) teknik definisi
(b) teknik latar belakang
(c) teknik gambaran
(d) teknik rujukan sumber
(e) teknik perihalan peristiwa
Menulis Isi Karangan
1. Anda dicadangkan menulis lima atau enam isi. Setiap isi ini hendaklah
dikembangkan dalam perenggan-perenggan isi. Setiap perenggan harus
mengandungi satu isi penting sahaja.
2. Setiap perenggan isi hendaklah mempunyai:
(a) huraian lanjut yang mungkin berupa ulasan, maklumat tambahan, dan
sokongan bagi menjelaskan isi penting tadi
(b) contoh sebagai bukti konkrit untuk memperkukuh isi penting dan huraian
isi karangan anda
3. Lihat contoh kaedah menulis perenggan isi:
Isi Huraian
Apa Bagaimana Mengapa Lanjutannya
Nyatakan isi yang Jelaskan nama Jelaskan tujuan Nyatakan
tepat. kempen dan kempen tersebut kesan / harapan
Contohnya: cara kempen diadakan. daripada kempen
Kempen ............... dijalankan. tersebut.
Menulis Perenggan Penutup
1. Perenggan penutup berisi kesimpulan atau rumusan tentang isi-isi yang telah
dibincangkan di samping pendirian anda berhubung dengan soalan atau tajuk
karangan.
2. Kesimpulan dalam perenggan penutup mestilah bersifat umum tetapi padat.
5
Bahasa Melayu SPM Panduan Umum
3. Perenggan penutup hendaklah ditulis dalam satu perenggan dan panjangnya
hendaklah lebih kurang sama panjang dengan perenggan pendahuluan.
4. Jangan masukkan isi baharu dalam perenggan penutup.
Gaya Bahasa
1. Aspek-aspek bahasa yang dinilai termasuklah:
(a) aspek tatabahasa yang meliputi aspek ayat dan kata
(b) ejaan yang berdasarkan Sistem Ejaan Baharu
(c) tanda baca seperti koma, titik, sempang, dan lain-lain
(d) pemilihan kata yang tepat
2. Laras bahasa yang digunakan dalam penulisan hendaklah bersesuaian dengan
jenis karangan yang dipilih. Umpamanya, suatu karangan berunsurkan sains
semestinya menggunakan laras bahasa sains.
3. Penggunaan penanda wacana yang baik akan menjadikan pengaliran idea lebih
jelas dan mudah difahami. Lihat contoh penanda wacana di bawah ini sebagai
panduan.
selain itu secara umumnya begitu juga
antaranya walau bagaimanapun dari aspek yang lain pula
tambahan pula di samping itu namun begitu
sebaliknya oleh itu seperkara lagi
t egasnya kesimpulannya sesungguhnya
Menyemak Karangan
1. Anda haruslah menyemak karangan anda terlebih dahulu sebelum
menghantarnya kepada pemeriksa.
2. Ketika menyemak karangan, anda harus memastikan idea-idea atau isi-isi
utama tidak tertinggal. Tambahkan contoh sekiranya isi utama tidak disertakan
contoh.
3. Selain itu, semaklah aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, tanda baca, dan
struktur ayat.
Pemarkahan
1. Setiap kesalahan ejaan ditolak —21 markah.
2. Kesilapan format juga ditolak markah.
6
Bahagian A
Karangan
Berdasarkan
Kombinasi
Kepelbagaian
Bahan
Rangsangan
BAB
Kombinasi Kepelbagaian Bahan
Rangsangan
MODEL Lindungi Diri daripada Covid-19
1
Gambar dan maklumat di bawah menunjukkan peningkatan kes jangkitan COVID-19
di Malaysia.
Tulis sepucuk surat kepada sahabat pena anda yang tinggal di negeri lain untuk
menasihatinya agar menjaga kesihatan diri dan melakukan beberapa langkah untuk
melindungi diri daripada dijangkiti virus penyakit tersebut.
Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
KURANGKAN RISIKO JANGKITAN
COVID-19
Kerap cuci tangan Pakai pelitup muka
Jaga penjarakan fizikal Duduk di rumah
K
BERITA TERKINI
Lapan kematian dicatatkan hari ini
8
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan
1 Menganalisis Soalan
Murid hendaklah menganalisis soalan dengan mengenal pasti kehendak soalan.
Kehendak soalan : Menulis sepucuk surat kepada sahabat pena untuk menasihatinya
agar menjaga kesihatan diri dan melakukan beberapa langkah untuk
melindungi diri daripada dijangkiti virus penyakit COVID-19
Tema : Kesihatan dan kebersihan
Kata kunci : Nasihat dan langkah-langkah
2 Menulis Pendahuluan
Kesihatan masyarakat pada hari ini berada pada tahap yang membimbangkan semua
pihak, terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia. Hal ini demikian berpunca daripada
wabak penyakit koronavirus atau dikenal sebagai COVID-19 di seluruh dunia, termasuk
Malaysia. Oleh itu, kita mestilah sentiasa menjaga kesihatan diri sendiri. Saudari haruslah
membudayakan pengamalan norma baharu dalam kehidupan sehari-harian. Saudari juga
hendaklah memantau status kesihatan diri dan keluarga serta mendapatkan rawatan dengan
segera sekiranya menghidap gejala penyakit tersebut.
3 Menulis Perenggan Isi 1
Ayat Topik Pada masa yang sama, saudari mestilah melakukan beberapa langkah untuk
melindungi diri daripada dijangkiti virus penyakit COVID-19.
Ayat Pertama, keraplah mencuci tangan dengan air dan sabun untuk mengelakkan
Huraian penyebaran penyakit.
Ayat Antara perkara yang dapat menyebabkan bakteria atau virus melekat pada
Contoh tangan seperti berjabat tangan serta menyentuh pemegang pintu, kepala
paip, perkakas dapur, peralatan tandas, dan lain-lain.
Ayat Tangan yang bersih dapat mengelakkan penyebaran mikro organisma antara
Penyimpul individu kepada individu yang lain.
4 Menulis Perenggan Isi 2
Ayat Topik Di samping itu, saudari amat digalakkan untuk memakai pelitup muka
apabila keluar dari rumah.
Ayat Hal ini demikian kerana Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan
Huraian setiap orang harus memakai topeng bukan perubatan di kawasan sibuk dan
di tempat yang sukar untuk menjaga jarak sekurang-kurangnya satu meter.
9
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan
Ayat Selain sekolah, pakailah topeng muka sekiranya saudari ke kedai, menaiki
Contoh pengangkutan awam, dan di mana-mana tempat orang ramai berkumpul.
Ayat Pemakaian pelitup adalah sebagai tanda kita menyahut seruan kerajaan
Penyimpul untuk mengamalkan langkah-langkah penjagaan diri sendiri daripada
pandemik COVID-19.
5 Menulis Perenggan Isi 3
Ayat Topik Seterusnya, saudari haruslah duduk di rumah dan menjaga penjarakan
fizikal sekurang-kurangnya satu meter daripada individu lain.
Ayat Kedua-dua langkah ini dapat menghalang potensi dijangkiti orang lain.
Huraian
Ayat Risiko jangkitan COVID-19 lebih tinggi apabila seseorang kerap batuk,
Contoh bersin, atau bercakap dengan individu lain pada jarak dekat.
Ayat Dengan duduk di rumah dan menjaga penjarakan fizikal, saudari dapat
Penyimpul mengurangkan kekerapan berjumpa dengan masyarakat luar dan
mengurangkan risiko dijangkiti pandemik COVID-19 yang amat pantas
merebak.
6 Menulis Perenggan Penutup
Ayat Kesimpulannya, kejayaan kita memerangi COVID-19 bergantung pada
Rumusan kesedaran, sikap, dan amalan diri kita.
Ayat Kesan / Oleh itu, kita wajar mengikut arahan dan prosedur operasi standard yang
Cadangan ditetapkan oleh kerajaan demi kesihatan diri kita dan masyarakat.
Unsur KBAT Sesungguhnya, mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
Karangan Mantap
No 3, Lorong PI 4/1,
Taman Pulai Indah,
81110 Johor Bahru,
Johor.
20 April 20XX.
Menemui sahabatku, Nur Izzah Fatanah Zambri, yang kini berada di Ipoh, Perak. Semoga
saudari sihat sejahtera bersama keluarga tercinta. Saya di sini sihat-sihat sahaja.
10
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan
Saudari,
Kesihatan masyarakat pada hari ini berada pada tahap yang membimbangkan semua
pihak, terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia. Hal ini demikian berpunca daripada
wabak penyakit koronavirus atau dikenal sebagai COVID-19 di seluruh dunia, termasuk
Malaysia. Oleh itu, kita mestilah sentiasa menjaga kesihatan diri sendiri. Saudari haruslah
membudayakan pengamalan norma baharu dalam kehidupan sehari-harian. Saudari juga
hendaklah memantau status kesihatan diri dan keluarga serta mendapatkan rawatan dengan
segera sekiranya menghidap gejala penyakit tersebut.
Pada masa yang sama, saudari mestilah melakukan beberapa langkah untuk melindungi
diri daripada dijangkiti virus penyakit COVID-19. Pertama, keraplah mencuci tangan
dengan air dan sabun untuk mengelakkan penyebaran penyakit. Antara perkara yang
dapat menyebabkan bakteria atau virus melekat pada tangan seperti berjabat tangan serta
menyentuh pemegang pintu, kepala paip, perkakas dapur, peralatan tandas, dan lain-lain.
Tangan yang bersih dapat mengelakkan penyebaran mikro organisma antara individu kepada
individu yang lain.
Di samping itu, saudari amat digalakkan untuk memakai pelitup muka apabila keluar
dari rumah. Hal ini demikian kerana Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan setiap
orang harus memakai pelitup muka bukan perubatan di kawasan sibuk dan di tempat yang
sukar untuk menjaga jarak sekurang-kurangnya satu meter. Selain sekolah, pakailah pelitup
muka sekiranya saudari ke kedai, menaiki pengangkutan awam, dan di mana-mana tempat
orang ramai berkumpul. Pemakaian topeng muka adalah sebagai tanda kita menyahut seruan
kerajaan untuk mengamalkan langkah-langkah penjagaan diri sendiri daripada pandemik
COVID-19.
Seterusnya, saudari haruslah duduk di rumah dan menjaga penjarakan fizikal
sekurang-kurangnya satu meter daripada individu lain. Kedua-dua langkah ini dapat
menghalang potensi dijangkiti orang lain. Risiko jangkitan COVID-19 lebih tinggi apabila
seseorang kerap batuk, bersin, atau bercakap pada jarak dekat. Dengan duduk di rumah
dan menjaga penjarakan fizikal, saudari dapat mengurangkan kekerapan berjumpa dengan
masyarakat luar dan mengurangkan risiko dijangkiti pandemik COVID-19 yang amat pantas
merebak.
Kesimpulannya, kejayaan kita memerangi COVID-19 bergantung kepada kesedaran, sikap,
dan amalan diri kita. Oleh itu, kita wajar mengikut arahan dan prosedur operasi standard
yang ditetapkan oleh kerajaan demi kesihatan diri kita dan masyarakat. Sesungguhnya,
mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Semoga kita berjumpa lagi dalam warkah yang
lain.
Yang ikhlas,
Nurul Azra
11
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan
MODEL Cara-cara Mengelakkan Penipuan Internet
2
Gambar dan maklumat di bawah menunjukkan kes penipuan Internet.
Huraikan pendapat anda tentang kes penipuan Internet.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
TAHNIAH!
Anda terpilih untuk memenangi
hadiah sebuah komputer.
Adakah anda ingin teruskan?
Ya Tidak
JENAYAH SIBER: POLIS NASIHAT JANGAN MUDAH TERPEDAYA OLEH
TAWARAN MURAH ATAU HADIAH PERCUMA
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) memaklumkan seramai 1817 individu telah
dilaporkan menjadi mangsa penipuan saudagar Internet melalui 30 laman e-dagang
sejak Januari lalu.
Dalam tempoh tersebut juga, sebanyak RM6.65 juta lebur dikaut oleh penjenayah kolar
putih terbabit.
JSJK berulang kali menasihati orang ramai agar lebih berwaspada dan berhati-hati
terhadap tawaran jualan murah atau hadiah percuma yang dibuat menerusi media sosial
supaya tidak menjadi mangsa kemudian hari.
Sumber: Utusan Malaysia
1 Menganalisis Soalan
Murid hendaklah menganalisis soalan dengan mengenal pasti kehendak soalan.
Kehendak soalan : Menghuraikan pendapat tentang kes penipuan Internet
Tema : Komunikasi global
Kata kunci : Kes penipuan Internet
12
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan
2 Menulis Pendahuluan
Peribahasa ada mengatakan bahawa pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan
pelanduk. Peribahasa ini bermaksud bahaya yang sentiasa mengancam. Belakangan ini, kes
penipuan Internet semakin berleluasa. Oleh itu, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga
untuk menanganinya, bak kata pepatah ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
3 Menulis Perenggan Isi 1
Ayat Topik Langkah pertama untuk mengelakkan penipuan Internet adalah sentiasa
berwaspada.
Ayat Lazimnya, pelaku akan menyamar sama ada sebagai ahli keluarga, sahabat,
Huraian pegawai kerajaan, petugas badan amal, atau pekerja syarikat yang pernah
berurusan dengan kita.
Ayat Kita digalakkan untuk memasang perisian dalam telefon pintar seperti True
Contoh Caller untuk mengenal pasti pemanggil.
Ayat Menerusi perisian ini, kita akan dapat mengetahui identiti pemanggil
Penyimpul walaupun mereka menyamar sebagai pihak lain.
4 Menulis Perenggan Isi 2
Ayat Topik Selain itu, kita janganlah mudah panik, terutama apabila menerima
panggilan yang mencurigakan.
Ayat Seharusnya kita bertenang dan jangan membuat keputusan secara terburu-
Huraian buru.
Ayat Lazimnya, panggilan tersebut akan mendakwa kita melakukan apa-apa
Contoh kesalahan atau mempunyai tunggakan pinjaman wang dengan mana-mana
institusi kewangan.
Ayat Seeloknya, tamatkan sahaja talian tersebut dan tidak melayan panggilan
Penyimpul itu lagi. Jangan biarkan diri kita terus diperdaya sehingga mendatangkan
kerugian.
5 Menulis Perenggan Isi 3
Ayat Topik Di samping itu, kita juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada
orang yang dipercayai terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.
13
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan
Ayat Kita boleh meminta pandangan daripada ahli keluarga atau mana-mana
Huraian jabatan yang berkaitan agar tidak membuat keputusan yang salah.
Ayat Janganlah kita mudah percaya untuk membuat bayaran atau menyerahkan
Contoh sejumlah wang kepada sesuatu pihak.
Ayat Perkara ini dapat mengelakkan kita ditipu sekiranya menerima tawaran
Penyimpul hadiah percuma dan sebagainya. Oleh itu, bertindaklah dengan rasional
dalam membuat keputusan atau tindakan.
6 Menulis Perenggan Penutup
Ayat Kesimpulannya, sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak menyebabkan
Rumusan mangsa penipuan Internet bertambah.
Ayat Kesan / Sebagai pengguna Internet, kita haruslah bijak dan menyelidik sesuatu
Cadangan perkara terlebih dahulu sekiranya terdapat keraguan.
Unsur KBAT Dengan itu, kita tidak akan menjadi mangsa penipuan Internet.
Karangan Mantap
Peribahasa ada mengatakan bahawa pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan
pelanduk. Peribahasa ini bermaksud bahaya yang sentiasa mengancam. Belakangan ini, kes
penipuan Internet semakin berleluasa. Oleh itu, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga
untuk menanganinya, bak kata pepatah ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
Langkah pertama untuk mengelakkan penipuan Internet adalah sentiasa berwaspada.
Lazimnya, pelaku akan menyamar sama ada sebagai ahli keluarga, sahabat, pegawai kerajaan,
petugas badan amal, atau pekerja syarikat yang pernah berurusan dengan kita. Oleh itu,
sebagai langkah berjaga-jaga, kita digalakkan untuk memasang perisian dalam telefon pintar
seperti True Caller. untuk mengenal pasti pemanggil. Menerusi perisian ini, kita akan dapat
mengetahui identiti pemanggil walaupun mereka menyamar sebagai pihak lain.
Selain itu, kita janganlah mudah panik, terutama apabila menerima panggilan
yang mencurigakan. Lazimnya, panggilan tersebut akan mendakwa kita melakukan apa-
apa kesalahan atau mempunyai tunggakan pinjaman wang dengan mana-mana institusi
kewangan. Seharusnya, kita bertenang dan jangan membuat keputusan secara terburu-buru.
Seeloknya, tamatkan sahaja talian tersebut dan tidak melayan panggilan itu lagi. Jangan
biarkan diri kita terus diperdaya sehingga mendatangkan kerugian.
Di samping itu, kita juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada orang yang
dipercayai terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan. Kita boleh meminta
14
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan
pandangan daripada ahli keluarga atau mana-mana jabatan yang berkaitan agar tidak
membuat keputusan yang salah. Janganlah kita mudah percaya untuk membuat bayaran atau
menyerahkan sejumlah wang kepada sesuatu pihak sekiranya menerima hadiah percuma
dan sebagainya. Perkara ini dapat mengelakkan kita daripada ditipu. Oleh itu, bertindaklah
dengan rasional dalam membuat keputusan atau tindakan.
Kesimpulannya, sikap tidak bertanggungjawab Sudut Kata
segelintir pihak menyebabkan mangsa penipuan Internet
bertambah. Sebagai pengguna Internet, kita haruslah • perisian: bahagian sistem
bijak dan menyelidik sesuatu perkara terlebih dahulu komputer yang berfungsi
sekiranya terdapat keraguan. Dengan itu, kita tidak akan untuk menjalankan sistem
menjadi mangsa penipuan Internet.
• institusi kewangan: bank
• rasional: pertimbangan yang
wajar
Koridor Peribahasa
• pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan pelanduk: bahaya yang sentiasa
mengancam
• ingat sebelum kena, jimat sebelum habis: selalu berwaspada dan berhati-hati dalam melakukan
sesuatu
MODEL Punca-punca Jerebu
3
Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti.
Anda dikehendaki menjawab satu daripada e-mel di bawah. Tulis e-mel anda itu
selengkapnya.
Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
E-mel 1
Daripada [email protected]
Kepada [email protected]
Subjek Isu Jerebu
Julia,
Doa saya agar awak dan keluarga sihat sejahtera. Saya juga menaruh harapan
agar keadaan jerebu di tempat tinggal awak beransur pulih. Tambahan pula, bacaan
Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan penurunan sejak dua hari yang lalu.
Julia, apakah tindakan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa di tempat awak
apabila mendapati jerebu berlaku akibat aktiviti penduduk setempat yang melakukan
pembakaran secara terbuka? Kegiatan ini turut menyebabkan pencemaran alam.
15
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan
Dalam keadaan musim panas sekarang, sepatutnya mereka menyedari kesan buruk
akibat perbuatan tersebut.
Saya di sini sentiasa mendoakan kesejahteraan awak sekeluarga. Semoga kita
berjumpa dalam kiriman e-mel yang lain selepas ini.
Yang ikhlas,
Hani Karmila
E-mel 2
Daripada [email protected]
Kepada [email protected]
Subjek Jerebu di Malaysia
Salam, Raiqal.
Apa khabar, saudara? Saya harap saudara dan keluarga sihat-sihat belaka dalam
keadaan jerebu yang melanda negara saudara sekarang. Mengikut laporan akhbar
yang saya baca, banyak orang yang menghadapi masalah kesihatan akibat fenomena
jerebu tersebut.
Apakah punca yang menyebabkan keadaan jerebu itu berlaku? Meskipun ada
membaca hal tersebut dalam akhbar, saya berharap agar saudara dapat memberikan
maklumat yang lebih jelas kepada saya sekiranya tidak keberatan.
Saya menunggu maklum balas daripada saudara.
Sahabatmu yang jauh,
Sufian
Rangka Karangan
Pendahuluan: keadaan jerebu telah menimbulkan pelbagai kesan negatif – kesihatan dan kegiatan
ekonomi – termasuk industri pelancongan – beberapa punca berlakunya jerebu
Isi 1: pembakaran hutan secara terbuka – langkah untuk membersihkan kawasan – menjimatkan wang
tetapi menjejaskan kualiti udara
Isi 2: operasi sebahagian besar kilang mengeluarkan asap yang banyak – pengusaha kilang tidak
membina serombong yang tinggi
Isi 3: asap kenderaan – jumlah kenderaan berenjin yang semakin meningkat saban hari – melepaskan
asap hitam ke udara
Penutup: berharap agar berpuas hati dengan penerangan yang diberikan
16
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan
Karangan Mantap
Daripada [email protected]
Kepada [email protected]
Subjek Jerebu di Malaysia
Salam sejahtera buat sahabatku yang jauh.
Terima kasih atas kiriman e-mel dan kesudian saudara bertanyakan khabar
saya sekeluarga. Semoga saudara sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik ini
hendaknya. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.
Sufian,
Saya ingin memberikan respons berhubung dengan pertanyaan saudara tentang
punca yang menyebabkan jerebu berlaku di Malaysia sekarang. Pertama, aktiviti
pembakaran hutan secara terbuka oleh sesetengah pengusaha ladang menyebabkan
fenomena jerebu. Mereka sering memilih kaedah ini untuk membuka kawasan ladang
yang baharu kerana menjimatkan wang, cepat, dan baik untuk kesuburan tanah.
Namun demikian, kaedah pembakaran hutan menyebabkan asap terbebas ke udara
sehingga menjejaskan kualiti udara.
Selain itu, jerebu berlaku kerana semakin banyak kilang yang beroperasi
di negara saya. Pembukaan kilang-kilang ini sejajar dengan usaha kerajaan untuk
menarik pelabur asing menanam modal di negara ini. Operasi sebahagian besar kilang
tersebut mengeluarkan asap yang banyak kerana pengusaha kilang tidak membina
serombong yang tinggi untuk melepaskan asap jauh ke angkasa. Malahan, asap
tersebut juga tidak dirawat sebelum dilepaskan ke udara. Dengan itu, indeks kualiti
udara menunjukkan kadar jerebu yang tinggi di kawasan perindustrian seperti di
Tasek, Perak dan Pasir Gudang, Johor.
Pada masa ini, jutaan kenderaan bergerak di jalan raya di Malaysia ekoran daripada
peningkatan taraf hidup rakyat dan keperluan yang mendesak menyebabkan permintaan
terhadap kenderaan semakin meningkat. Meskipun teknologi pembuatan kereta pada masa
ini bersifat mesra alam, namun bilangan kenderaan lama serta kenderaan komersial yang
melepaskan asap hitam ke udara menyebabkan masalah jerebu kian buruk.
Sekian sahaja penerangan saya tentang isu Sudut Kata
jerebu di negara saya sekarang. Harapan saya agar
saudara berpuas hati dengan penerangan yang • beroperasi: berjalan
diberikan. Sekian, terima kasih. • indeks: laporan statistik
• komersial: perdagangan
Sahabatmu, • terurai: sudah dipecahkan
Raiqal menjadi kecil
17
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan
MODEL Usaha Memajukan Industri Desa
4
Gambar dan maklumat di bawah menunjukkan sebahagian daripada usaha
memajukan industri desa.
Huraikan pendapat anda tentang usaha memajukan industri desa.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
“Bagi memajukan usahawan-usahawan desa, kementerian ini bersama agensi-agensi di
bawah kementerian seperti MARA, FELCRA, RISDA, KEJORA, KETENGAH, KEDA,
KESEDAR, JAKOA, dan INFRA sentiasa memberikan bantuan dan bimbingan untuk
meningkatkan dan memajukan usahawan-usahawan desa dari segi latihan, khidmat
nasihat, pembangunan produk, promosi, dan pemasaran. Selain itu, kementerian juga
meneruskan usaha-usaha pemasaran yang melibatkan pelbagai program seperti Rural
Business Challenge, Skim Pembiayaan Ekonomi Desa, Mobilepreneur, dan sebagainya.”
– Menteri Pembangunan Luar Bandar
Sumber: Internet
Rangka Karangan
Pendahuluan: industri desa bukanlah industri baharu di Malaysia – sinonim dengan penduduk desa –
usaha perlu dilakukan bagi membolehkan barangan industri desa bersaing di pasaran moden
Isi 1: meningkatkan kualiti barangan – mengambil kira pandangan pengguna – meningkatkan kreativiti
sesuai dengan peredaran zaman – kuantiti barangan perlu ditambah
Isi 2: pihak kerajaan mahupun swasta memberikan bantuan kewangan dan peralatan – membolehkan
pengusaha memperluas industri tersebut – memberikan khidmat nasihat kepada pengusaha
Isi 3: usaha mempromosikan barangan industri desa dijalankan dari semasa ke semasa – media massa
menguar-uarkan kebaikan barangan industri desa di dalam dan di luar negara – bersempena
dengan kempen menarik kemasukan pelancong asing
Penutup: usaha memajukan industri seni warisan bangsa ini tidak harus dipandang sebelah mata – semua
pihak perlu memainkan peranan untuk memajukan industri desa demi melestarikan seni warisan bangsa
18
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan
Karangan Mantap
Industri desa bukanlah perkara baharu di Malaysia kerana industri ini sinonim dengan
penduduk desa yang memanfaatkan buluh, mengkuang, rotan, dan kayu untuk menghasilkan
kerusi rotan, bakul, tikar, selain barangan daripada tembaga, dan sebagainya. Untuk
membolehkan barangan industri desa bersaing di pasaran moden, usaha untuk memajukannya
perlu dilakukan.
Antara usaha yang dijalankan adalah meningkatkan kualiti barangan tersebut.
Sehubungan dengan itu, pengusaha hendaklah mengambil kira pandangan pengguna tentang
barangan yang dihasilkan untuk penambahbaikan. Pada masa yang sama, pengusaha perlu
meningkatkan kreativiti masing-masing untuk menghasilkan barangan alternatif yang dapat
memenuhi cita rasa pengguna dan sesuai dengan peredaran zaman.
Untuk memajukan industri tersebut, pengusaha yang rata-rata terdiri daripada
penduduk desa sememangnya berhadapan dengan pelbagai masalah terutama kewangan
dan kepakaran. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan mahupun badan-badan swasta
wajar memberikan bantuan kewangan dan peralatan yang diperlukan untuk membolehkan
pengusaha memperluas industri tersebut. Selain itu, pihak yang berkenaan juga seharusnya
memberikan khidmat nasihat kepada pengusaha untuk memastikan barangan industri desa
tidak mudah tewas dalam persaingan di pasaran.
Selain itu, usaha mempromosikan barangan industri desa perlu dijalankan dari semasa
ke semasa. Media massa boleh memainkan peranan tersebut dengan menguar-uarkan
kebaikan barangan industri desa di dalam dan di luar negara. Bersempena dengan kempen
menarik kemasukan pelancong asing, promosi barangan tersebut hendaklah diadakan.
Langkah ini dipercayai dapat memberikan pengetahuan kepada masyarakat antarabangsa
tentang kewujudan barangan industri desa. Usaha ini juga secara tidak langsung dapat
meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap barangan industri desa dan seterusnya
memajukan industri tersebut.
Usaha untuk memajukan industri desa tidak harus dipandang sebelah mata. Menyedari
hakikat ini, semua pihak perlu memainkan peranan untuk memajukan industri desa demi
melestarikan seni warisan bangsa yang tidak ternilai harganya ini.
Koridor Peribahasa Sudut Kata
• dipandang sebelah mata: tidak diberikan perhatian • mengambil kira: mempertimbangkan
• penambahbaikan: menjadikan
bertambah baik
• alternatif: pilihan
• melestarikan: mengekalkan
19
BAB
Fakta
Tip Mengarang
1. Karangan jenis ini memerlukan 5. Karangan jenis ini memerlukan
anda mempunyai pengetahuan yang penelitian dan pemahaman
luas dalam pelbagai bidang seperti terhadap tajuk agar isi yang
ekonomi, sejarah, kebudayaan, sains, dibincangkan tidak terpesong.
geografi, isu semasa, dan sebagainya.
6. Penyampaian isi karangan mestilah
2. Anda juga perlu mengetahui fakta jelas dan mudah difahami. Bahasa
yang cukup tentang sesuatu tajuk atau yang digunakan mestilah lancar
perkara yang hendak dikemukakan. dan tepat.
3. Jika anda mempunyai fakta yang 7. Susunan isi juga hendaklah teratur
banyak, maka berikanlah fakta-fakta mengikut keutamaan dan setiap isi
yang penting sahaja. dihuraikan dalam satu perenggan.
4. Anda perlulah mengemukakan isi
dengan fakta yang benar, logik, dan
menepati kehendak soalan.
MODEL Gaya Hidup Sihat
71 Domain Peribadi
Kesihatan aset penting dalam kehidupan setiap individu. Kesihatan juga menjadi aspek
utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat dan negara. Tanpa disedari,
corak pengambilan makanan harian menunjukkan tahap kesihatan seseorang pada
masa depan secara jelas. Oleh itu, kita amat digalakkan untuk mengamalkan gaya
hidup sihat, iaitu suatu amalan kesihatan ke arah perubahan hidup yang memuaskan
yang meliputi pelbagai aspek termasuklah penjagaan pemakanan yang seimbang,
bersenam, mengawal stres, dan menghindar daripada terjebak dalam aktiviti-aktiviti
yang negatif dan berisiko.
Sumber: Internet
223
Bahasa Melayu SPM Bab 8 Fakta
Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan gaya hidup sihat dan
kepentingannya dalam kehidupan.
Huraikan cara-cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Pendahuluan
Tema / Isu • kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat
Huraian • kehidupan yang bahagia, selamat, dan sihat sememangnya merupakan
impian semua orang
• rakyat kini mengamalkan gaya hidup sihat untuk mencapai impian
tersebut
Fokus / • cara-cara untuk mengamalkan cara hidup sihat
Tugasan
Perenggan Isi 1
Apa • mengamalkan pemakanan seimbang
Mengapa • seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia
Bagaimana • pengambilan makanan berdasarkan piramid makanan
Contoh • makan nasi dan bijirin yang mengandungi karbohidrat untuk
membekalkan tenaga
• makan sayur dan buah untuk membekalkan vitamin dan serat kepada
badan
• mengurangkan makanan yang mengandungi lemak, minyak, garam, dan
gula
Penegasan • mengelakkan penyakit kronik yang pelbagai
Perenggan Isi 2
Apa • melakukan aktiviti senaman dan riadah
Mengapa • dapat membakar kalori dalam badan
• mengurangkan masalah peningkatan berat badan
Bagaimana • melakukan senaman dan riadah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
224
Bahasa Melayu SPM Bab 8 Fakta
Contoh • antara 20 minit hingga 30 minit setiap sesi
Penegasan • mengekalkan tubuh badan yang sihat
Perenggan Isi 3
Apa • mengelakkan aktiviti negatif dalam usaha untuk mengamalkan gaya
hidup sihat
Mengapa • dapat menjejaskan kesihatan dalam jangka masa panjang
Bagaimana • perlu menghindarkan diri daripada terjebak dengan aktiviti-aktiviti tidak
sihat
Contoh • penagihan dadah, ketagihan arak, dan seks rambang
Penegasan • menerima kemudaratan
• dipandang serong dan disisihkan oleh masyarakat
Perenggan Isi 4
Apa • pengurusan stres dalam kehidupan
Mengapa • gejala negatif yang semakin menular dalam kalangan masyarakat
• melibatkan tekanan yang sukar dikawal
Bagaimana • perlulah bijak mencari formula untuk menguruskan stres
• tidak menjejaskan kesihatan dan kehidupan harian
Contoh • meminta pendapat kaunselor
• berkongsi masalah dengan rakan atau keluarga
• mendekatkan diri kepada Tuhan
Penegasan • pengurusan stres yang baik membolehkan kita hidup bahagia dan sihat
Perenggan Isi 5
Apa • perlu menukar amalan berjumpa dengan doktor apabila sakit sahaja
Mengapa • hendaklah berjumpa dengan doktor di hospital atau klinik secara berkala
225
Bahasa Melayu SPM Bab 8 Fakta
Bagaimana • sekurang-kurangnya dua kali setahun atau setiap enam bulan
• membolehkan penyakit dikesan lebih awal
Contoh • penyakit yang berbahaya seperti kanser
• sukar diubati jika sudah lambat diketahui
Penegasan • pertemuan secara berkala dengan doktor akan memudahkan rawatan
susulan
Penutup
Rumusan • pengamalan gaya hidup sihat menjamin kebahagiaan yang diimpikan
Huraian • berpegang pada cogan kata Rakyat Sihat, Negara Maju
Unsur • tiada istilah terlambat bagi setiap orang untuk memulakan amalan gaya
KBAT hidup sihat
Karangan Mantap
Kehidupan yang bahagia, selamat, dan sihat sememangnya merupakan impian semua orang.
Untuk mencapai impian tersebut, pengamalan gaya hidup sihat merupakan langkah yang
wajar dipraktikkan. Rakyat negara ini kini semakin sedar akan kepentingan mengamalkan
gaya hidup sihat sebagai cara hidup bagi membolehkan impian untuk hidup bahagia, selamat,
dan sihat tercapai. Persoalannya, apakah cara-cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat?
Perkara yang paling penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat ialah pemakanan
seimbang. Hal ini meliputi pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid
makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kita perlu makan nasi
dan bijirin yang mengandungi karbohidrat dalam kuantiti yang banyak. Hal ini demikian
kerana karbohidrat membekalkan tenaga untuk membolehkan kita menjalankan pelbagai
urusan kehidupan sehari-harian. Pengambilan sayur dan buah yang banyak pula penting
untuk membekalkan vitamin dan serat kepada badan. Di samping itu, piramid makanan
menganjurkan pengurangan makanan yang mengandungi lemak, minyak, garam, dan gula
kerana mengelakkan pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, serangan
jantung, dan sebagainya.
Cara mengamalkan gaya hidup sihat yang lain adalah melakukan aktiviti senaman dan
riadah. Pengambilan makanan seimbang yang disertai dengan amalan bersenam dan beriadah
secara konsisten, dapat membakar kalori dalam badan dan seterusnya mengurangkan masalah
226
Bahasa Melayu SPM Bab 8 Fakta
peningkatan berat badan. Aktiviti senaman dan Sudut Kata
riadah boleh dilakukan sekurang-kurangnya tiga
kali seminggu. Setiap sesi senaman dan riadah • serat: serabut
memadailah dilakukan antara 20 minit hingga • kronik: sangat teruk
30 minit. Tegasnya, aktiviti senaman dan riadah • diabetes: kencing manis
dapat mengekalkan tubuh badan yang sihat. • konsisten: tekal
• kalori: unit ukuran bagi nilai tenaga
makanan
Kita juga hendaklah mengelakkan aktiviti • kemudaratan: kemelaratan
negatif dalam usaha untuk mengamalkan gaya • stres: tekanan
hidup sihat. Hal ini demikian kerana aktiviti • berkala: berulang pada waktu yang tetap
sedemikian akan menjejaskan kesihatan dalam • sindrom: tanda; gejala
jangka masa panjang. Seharusnya, kita perlu • didiagnosis: dikenal pasti sesuatu penyakit
daripada tanda atau gejalanya
menghindarkan diri daripada terjebak dengan
aktiviti-aktiviti tidak sihat tersebut. Contoh aktiviti negatif tersebut ialah penagihan dadah,
ketagihan arak, dan seks rambang. Sesiapa yang terjebak dalam aktiviti negatif bukan sahaja
menerima kemudaratan, bahkan juga dipandang serong dan seterusnya akan disisihkan oleh
masyarakat.
Pengamalan gaya hidup sihat juga melibatkan pengurusan stres. Stres merupakan
gejala negatif yang semakin menular dalam kalangan masyarakat pada masa ini yang
melibatkan tekanan yang sukar dikawal sama ada di tempat kerja atau tempat belajar, selain
masalah keluarga. Seseorang yang mengalami stres perlulah bijak mencari formula untuk
menguruskannya supaya fikiran tidak kusut sehingga menjejaskan kesihatan dan kehidupan
harian. Antara langkah yang dapat dilakukan untuk menangani stres ialah meminta pendapat
kaunselor, berkongsi masalah dengan rakan atau keluarga, dan mendekatkan diri kepada
Tuhan. Stres yang dapat diuruskan dengan baik membolehkan kita hidup bahagia dan sihat.
Kebanyakan daripada kita biasanya akan berjumpa dengan doktor apabila sakit
sahaja, tetapi gaya hidup sihat memerlukan kita menukar amalan ini. Kita hendaklah
berjumpa dengan doktor di hospital atau klinik secara berkala, iaitu sekurang-kurangnya
dua kali setahun atau setiap enam bulan bagi membolehkan penyakit yang mungkin tidak
menunjukkan sindrom dikesan lebih awal. Contohnya, penyakit yang berbahaya seperti
kanser yang kita sedia maklum bahawa sukar diubati jika sudah lambat diketahui. Bak kata
orang, jangan sudah terhantuk baru tengadah. Dengan pertemuan secara berkala dengan
doktor, rawatan susulan dapat dilakukan bagi mengubati penyakit yang didiagnosis ada
pada tubuh kita.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa pengamalan gaya hidup sihat menjamin kebahagiaan
yang diimpikan. Sentiasalah berpegang pada cogan kata Rakyat Sihat, Negara Maju. Sebenarnya,
tiada istilah terlambat bagi setiap orang untuk memulakan amalan gaya hidup sihat.
Koridor Peribahasa
• sudah terhantuk baru tengadah: sesudah ditimpa bencana, baru hendak beringat-ingat
227
Bahasa Melayu SPM Bab 8 Fakta
MODEL Ceti Haram
72 Domain Awam
Kegiatan peminjaman wang oleh ceti haram atau “along” semakin berleluasa dalam
kalangan masyarakat kerana didorong oleh pelbagai kemudahan bentuk pinjaman
wang tunai dengan segera. Walaupun ceti haram dapat membantu masyarakat
menyelesaikan masalah kewangan mereka, namun banyak masalah yang timbul
sekiranya peminjam gagal membayar pinjaman mengikut tempoh yang ditetapkan.
Sumber: Internet
Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan kegiatan ceti haram
dan masalah yang timbul daripada kegiatan tersebut.
Huraikan punca-punca kegiatan ceti haram dan masalah-masalah yang dihadapi
oleh peminjam wang daripada ceti haram.
Pendahuluan
Tema / Isu • kegiatan peminjaman wang oleh ceti haram atau “along”
Huraian • kegiatan ceti haram kian berleluasa dalam masyarakat kerana beberapa
sebab
• didorong oleh pelbagai kemudahan bentuk pinjaman wang tunai dengan
segera
Fokus / • punca-punca kegiatan ceti haram dan kesan kepada pemimjam wang
Tugasan
Perenggan Isi 1
Apa • syarat pinjaman yang mudah dan pelbagai tawaran
Mengapa • menarik golongan yang mengalami masalah kewangan untuk meminjam
wang
• golongan berpendapatan rendah layak memohon
Bagaimana • syarat-syarat pinjaman wang yang ketat oleh pihak bank
• banyak orang yang beralih kepada “along”
Contoh • tidak memerlukan penjamin
• proses yang mudah dan cepat
• pinjaman jangka pendek, pinjaman jangka panjang, dan pinjaman
perniagaan
228
Bahasa Melayu SPM Bab 8 Fakta
Perenggan Isi 2
Apa • sikap masyarakat itu sendiri
Mengapa • berpendapatan rendah tetapi berbelanja besar
Bagaimana • berbelanja mengikut kemahuan, bukan kemampuan
Contoh • membeli barangan yang tidak diperlukan
Perenggan Isi 3
Apa • masalah sosiobudaya yang melanda masyarakat
Mengapa • berhutang menjadi trend masyarakat sekarang
Bagaimana • hanyut dengan kemudahan berhutang untuk hidup mewah
• sanggup untuk menjadi mangsa ceti haram demi memuaskan nafsu
Contoh • ingin menunjuk-nunjuk kemewahan kepada orang lain
• tidak mahu kalah daripada orang lain
Perenggan Isi 4
Apa • peminjam wang dikenakan kadar faedah yang tinggi
Mengapa • bergantung pada jumlah pinjaman dan tempoh pembayaran balik
Bagaimana • amat membebankan peminjam
Contoh • antara 120 peratus hingga 300 peratus
• akan berganda sekiranya peminjam gagal membayar
Perenggan Isi 5
Apa • menerima ugutan dan ancaman
Mengapa • gagal membayar pinjaman
Bagaimana • sentiasa berada dalam ketakutan
• keluarga turut menjadi mangsa
229
Bahasa Melayu SPM Bab 8 Fakta
Contoh • rumah disembur dengan cat atau diconteng dengan kata-kata kesat dan
mengaibkan
• dipukul, dikurung, dan dibunuh oleh konco-konco ceti haram
• kehilangan harta benda
Penutup
Rumusan • kerajaan sentiasa memupuk kesedaran dalam kalangan rakyat agar
tidak terjebak dalam kegiatan peminjaman wang secara tidak sah dari
segi undang-undang ini
Huraian • masyarakat sendiri harus peka akan risiko tinggi yang dihadapi
sekiranya berhutang dengan ceti haram
Unsur • ukurlah baju di badan sendiri apabila menguruskan kewangan supaya
KBAT terhindar daripada perangkap “along”
Karangan Mantap
Ceti haram dikenal sebagai “chettiar” dalam kalangan masyarakat India. Masyarakat
Cina dan Melayu pula menggelar mereka “tai ee long” atau “along”. Kumpulan ini menjalankan
kegiatan memberikan pinjaman kepada orang ramai tanpa lesen sah yang dikeluarkan oleh
pihak berkuasa. Menurut kajian yang dijalankan oleh Persatuan Penjaja dengan kerjasama
Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati bahawa terdapat 46 000, iaitu empat peratus
daripada 1.4 juta penjaja di seluruh negara meminjam wang daripada ceti haram. Kegiatan
ceti haram kian berleluasa dalam masyarakat kerana beberapa sebab.
Syarat-syarat pinjaman mudah yang ditawarkan oleh ceti haram mendorong sesiapa
sahaja, terutama yang mengalami masalah kewangan untuk meminjam wang. Golongan
berpendapatan rendah layak memohon pinjaman wang daripada mereka. Selain itu, tidak
seperti pihak bank atau institusi kewangan berlesen, peminjam wang tidak memerlukan
penjamin bagi menyokong permohonan pinjaman mereka. Proses pinjaman wang daripada
ceti haram juga amat mudah dan cepat kerana tidak memerlukan dokumen yang banyak
seperti bank. Biasanya, ceti haram hanya memerlukan salinan kad pengenalan, buku akaun
simpanan, dan geran rumah atau kenderaan daripada bakal peminjam. Banyak orang beralih
kepada “along” kerana mereka turut menyediakan pelbagai tawaran pinjaman seperti
pinjaman jangka pendek, pinjaman jangka panjang, dan pinjaman perniagaan.
Punca kegiatan ceti haram yang lain ialah sikap masyarakat sendiri terutama golongan
yang berpendapatan rendah tetapi berbelanja besar. Golongan ini berbelanja mengikut
230
Bahasa Melayu SPM Bab 8 Fakta
kemahuan, bukan kemampuan. Wang yang mengalir keluar lebih banyak daripada wang yang
mengalir masuk kerana sikap mereka yang gemar membeli barang yang tidak diperlukan
seperti perabot mahal, alat teknologi seperti set teater rumah yang canggih, dan sebagainya.
Kumpulan ceti haram yang sememangnya sentiasa mencari mangsa bersedia untuk
memberikan pinjaman kerana perkhidmatan mereka bebas tanpa mengira masa, golongan
masyarakat, tujuan pinjaman, dan lain-lain. Mereka sentiasa bersedia untuk menawarkan
khidmat pinjaman wang segera kepada sesiapa sahaja tanpa mengira taraf hidup, termasuk
golongan sebegini.
Di samping itu, masalah sosiobudaya yang melanda masyarakat turut menjadi
punca kegiatan ceti haram. Berhutang menjadi trend baharu dalam kalangan masyarakat.
Mereka hanyut dengan kemudahan berhutang untuk hidup mewah. Mereka sanggup
menjadi mangsa ceti haram untuk memuaskan hati sendiri. Sesetengah daripada mereka
berhutang semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kemewahan mereka kepada jiran tetangga
dan saudara-mara. Ada pula yang memerlukan khidmat "along" kerana sifat tidak mahu
kalah daripada orang lain. Apa-apa yang dipunyai oleh orang sekeliling seperti perabot,
peralatan elektrik, dan sebagainya juga hendak dimilikinya supaya statusnya setaraf
mereka. Natijahnya, merekalah yang sengsara kerana terpaksa berhutang sedangkan ceti
haram ketawa kegembiraan.
Fenomena berhutang dengan ceti haram ternyata menimbulkan masalah-masalah yang
perlu dihadapi oleh peminjam. Alasannya ialah peminjam dikenakan kadar faedah yang tinggi
atas pinjaman mereka. Kadar faedah ini bergantung pada jumlah pinjaman dan tempoh
pembayaran balik, iaitu antara 120 peratus hingga 300 peratus. Kadar faedah yang tinggi
ini ternyata amat membebankan peminjam untuk membayar pinjaman. Lebih malang lagi,
kadar ini akan berganda sekiranya peminjam gagal membayarnya. Oleh hal yang demikian,
peminjam akan menjadi penghutang sepanjang hayat.
Peminjam pasti menerima pelbagai ugutan dan ancaman sekiranya mereka gagal
membayar pinjaman. Hal ini bukan sahaja menyebabkan peminjam sentiasa dalam ketakutan,
malahan keluarga mereka turut menjadi mangsa ugutan dan ancaman ceti haram. Banyak
kes jenayah yang melibatkan kegiatan ceti haram yang dilaporkan oleh media massa seperti
menyembur cat pada rumah peminjam atau menulis kata-kata yang kesat dan mengaibkan.
Pihak polis juga menerima kes peminjam wang Sudut Kata
yang gagal membayar pinjaman telah diculik,
dikurung, dan dipukul oleh konco ceti haram • penjamin: penanggung
tersebut. Terpaksalah mereka membiarkan harta • geran: surat hak milik sesuatu harta
benda dilarikan oleh kumpulan ceti haram • canggih: moden dan kompleks;
tersebut dan berputih mata asalkan nyawa diri
sendiri dan keluarga tidak melayang. sofistikated
• trend: amalan
• sengsara: menderita
• konco: kakitangan; pembantu
• terjebak: terperangkap
231
Bahasa Melayu SPM Bab 8 Fakta
Sebagai membendung kegiatan ceti haram, kerajaan sentiasa memupuk kesedaran
dalam kalangan rakyat agar tidak terjebak dalam kegiatan peminjaman secara tidak sah
dari segi undang-undang ini. Pelbagai langkah lain turut dilaksanakan termasuk meminda
Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951. Namun demikian, masyarakat sendiri yang harus peka
akan risiko tinggi yang dihadapi sekiranya berhutang dengan ceti haram. Ukurlah baju di
badan sendiri apabila menguruskan kewangan supaya terhindar daripada perangkap “along”.
Tepuk dada, tanya selera.
Koridor Peribahasa
• berputih mata: kecewa
• ukur baju di badan sendiri: melakukan sesuatu hendaklah mengikut kemampuan diri sendiri
• tepuk dada tanya selera: sesuatu pekerjaan yang kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik
menurut keyakinan kita
MODEL Faedah Aktiviti Kokurikulum
73 Domain Pendidikan
Ativiti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah yang boleh
dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah serta mengikut kesesuaian sesuatu
aktiviti. Setiap murid harus melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum Dengan
andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah,
maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman
untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-
nilai estetika serta sosial yang positif.
Sumber: Internet
Petikan di atas menyatakan maklumat tentang pelaksanaan aktiviti kokurikulum
di sekolah dan faedahnya.
Jelaskan faedah-faedah penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
Rangka Karangan
Pendahuluan: sekolah – institusi penting – mendidik murid – selain mempelajari mata pelajaran akademik
– diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum – banyak mendatangkan faedah
Isi 1: mendidik murid menggunakan masa senggang secara berfaedah – tidak mempunyai masa untuk
melepak dan terlibat dalam gejala negatif – menghargai masa
Isi 2: persatuan dan kelab menjalankan pelbagai aktiviti – menambahkan pengetahuan dan pengalaman
– membantu murid melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan – cemerlang dalam
pelajaran
232
Bahasa Melayu SPM Bab 8 Fakta
Isi 3: melalui aktiviti kokurikulum – merapatkan hubungan antara murid – menanam sikap bekerjasama
dan saling membantu – hormat-menghormati – asas penting bagi mengeratkan perpaduan dalam
kalangan generasi muda
Isi 4: dapat melahirkan generasi muda yang berdisiplin, menepati masa, berpakaian kemas, dan mentaati
pemimpin – generasi yang berakhlak dan berdisiplin penting – menerajui negara pada masa akan
datang
Isi 5: bakat murid – kepimpinan, sukan, seni lakon, penulisan – dapat dicungkil, dipupuk, dan
diperkembang – mengetengahkan bakat mereka pada peringkat yang lebih tinggi
Penutup: penglibatan dalam aktiviti kokurikulum – membentuk jati diri murid – menjadikan murid sebagai
modal insan yang dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara pada masa akan datang
Karangan Mantap
Sekolah merupakan institusi penting untuk membentuk murid agar menjadi insan yang
berguna kepada keluarga, bangsa, agama, dan negara. Di sekolah, murid bukan sahaja
mempelajari mata pelajaran akademik tetapi dimestikan juga menyertai sekurang-kurangnya
satu persatuan atau kelab dan satu unit beruniform. Antara persatuan yang dimaksudkan
ialah Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Sejarah, Kelab Fotografi, Kelab Rekreasi, dan lain-
lain. Selain itu, Persatuan Pengakap, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis, dan Renjer Puteri
pula adalah antara unit beruniform yang ditubuhkan di kebanyakan sekolah di negara ini.
Penglibatan murid dalam organisasi tersebut dipercayai banyak mendatangkan faedah.
Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dapat mendidik murid agar menggunakan
masa senggang mereka secara berfaedah. Hal ini demikian kerana aktiviti kokurikulum
biasanya dijalankan di luar waktu persekolahan. Ertinya, murid tidak mempunyai masa yang
terluang untuk melepak di sana sini atau terlibat dalam kumpulan haram. Dengan hal yang
demikian, kemungkinan murid terlibat dalam gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah,
lumba haram, jenayah, dan lain-lain adalah kurang. Dengan perkataan lain, gejala sosial
yang melibatkan murid dapat dikurangkan. Dari aspek yang lain pula, penglibatan dalam
aktiviti ini secara tidak langsung mendidik murid agar menghargai masa kerana peribahasa
ada menyatakan bahawa masa itu emas.
Dari semasa ke semasa, persatuan atau kelab menjalankan berbagai-bagai aktiviti.
Sebagai contoh, aktiviti belajar sambil melawat ke Pusat Sains Negara, kawasan perindustrian,
ke pulau atau ke laut, dan sebagainya sudah tentu dapat menambahkan pengetahuan dan
pengalaman murid yang terlibat. Aktiviti syarahan, pertandingan kuiz, menulis esei, dan
lain-lain pula secara tidak langsung mendorong murid untuk membuat kajian atau rujukan
daripada berbagai-bagai sumber. Aktiviti yang sedemikian sudah pasti membantu murid
melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Usaha ini penting dalam membantu
murid memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran.
Selain itu, hubungan antara murid dengan murid akan bertambah erat melalui
penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini demikian kerana murid yang menjadi
233
Bahasa Melayu SPM Bab 8 Fakta
ahli persatuan akan bekerjasama dan saling membantu untuk menggerakkan persatuan.
Ketika bersama-sama, mereka sudah tentu akan berbincang tentang perkara-perkara lain,
misalnya soal adat resam, kebudayaan, dan kepercayaan masing-masing. Dengan demikian,
akan timbullah perasaan hormat-menghormati, kasih sayang, dan espirit de corp dalam
kalangan mereka. Nilai-nilai tersebut amat penting dan menjadi asas untuk mengeratkan
perpaduan kaum dalam kalangan generasi muda di negara kita. Perdana Menteri kita
sendiri menegaskan bahawa perpaduan kaum menjadi formula utama dalam menentukan
kegemilangan negara ini.
Aktiviti kokurikulum amat penting dalam melahirkan generasi muda yang berdisiplin.
Hal ini demikian kerana murid yang terlibat dengan unit beruniform dikehendaki untuk
mematuhi disiplin, misalnya menepati masa, berpakaian kemas, mentaati pemimpin, dan
lain-lain. Sekiranya perkara ini dilaksanakan secara berterusan, sudah pasti masalah salah
laku dalam kalangan murid dapat dikurangkan. Dalam jangka panjang pula, negara dapat
melahirkan generasi muda yang berdisiplin. Generasi yang sedemikian amat penting kepada
negara kerana merekalah yang bakal menerajui negara ini pada masa akan datang. Tindak-
tanduk mereka yang berdisiplin lebih mudah untuk mencapai kejayaan, bersesuaian dengan
slogan “Disiplin Asas Kejayaan”.
Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum juga, bakat murid dapat dicungkil,
dipupuk, dan diperkembang. Hal ini demikian kerana murid berpeluang untuk memperlihatkan
bakat kepimpinan mereka dengan menjadi pemimpin persatuan. Selain itu, bakat murid
dalam bidang sukan atau bidang seni, misalnya seni lakon, seni penulisan, dan lain-lain
dapat diketengahkan. Sebenarnya, bakat seseorang pemimpin, atlet, atau penulis yang
mencipta nama pada hari ini dikesan lebih awal, iaitu sejak bangku sekolah. Tegasnya,
pengiktirafan awal yang diberikan oleh pihak sekolah kepada murid yang berbakat amat
penting untuk membolehkan murid terus memperkembang dan mengetengahkan bakat
mereka pada peringkat yang lebih tinggi setelah mereka menamatkan alam persekolahan.
Sebagai rumusannya, penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dapat membantu
pembentukan jati diri murid. Melalui aktiviti tertentu, pengetahuan dan pengalaman
murid bertambah. Dari aspek yang lain pula, murid akan Sudut Kata
lebih berdisiplin dan bertanggungjawab. Kesemua faktor
tersebut amat penting untuk menjadi modal insan yang • melepak: berbuat sesuatu
dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan yang tidak berfaedah
negara pada masa yang akan datang. Menteri Pendidikan
• rujukan: keterangan lanjutan
mengenai sesuatu perkara
• esprit de corps: semangat
Malaysia menyatakan bahawa penglibatan murid dalam setia kawan
aktiviti kokurikulum amat penting untuk melahirkan
murid yang seimbang sama ada dari segi jasmani, emosi, • menerajui: memimpin
rohani, dan intelek. • slogan: cogan kata
• atlet: ahli sukan
Koridor Peribahasa
• masa itu emas: masa sangat berharga
234
Galeri Ungkapan Menarik
Berkenaan dengan Adab / Akhlak berada di atas kepala kita tetapi berada di atas
• Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang kepala orang lain. – Thomas Hardy
• Memang agak tinggi letaknya kebahagiaan.
pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak Namun begitu, kita harus menuju ke sana.
dapat dikembalikan menjadi tanah. – Wahab Ada orang yang berputus asa berjalan ke
B. Munabin arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana
• Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang amat sukar, padahal mudah kerana dimulai
diri seseorang itu daripada adab dan daripada dirinya sendiri. – Said Mustafa
pertanyaannya, bukan daripada jawapan-
jawapannya. – Voltaire Berkenaan dengan Kebenaran / Kejujuran
• Katakanlah yang benar walaupun pahit. –
Berkenaan dengan Akal
• Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda Hobben
• Seseorang yang jujur diterima ucapannya
bergantung padanya.
• Kelebihan burung pada kepaknya, kelebihan oleh musuh.
gajah pada kekuatannya dan kelebihan Berkenaan dengan Keberanian
manusia pada akalnya. • Pengecut mati banyak kali sebelum
Berkenaan dengan Bangsa kematiannya. Yang berani, mati hanya sekali.
• Bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin • Tidak ada yang perlu kita takuti kecuali
dan sanggup menghadapi cabaran hidup. – ketakutan itu sendiri. – Franklin D.Roosevelt
Tun Dr. Mahathir Mohamad
• Bangsa yang tidak percaya akan kekuatan Berkenaan dengan Kebijaksanaan
dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat • Apabila seseorang itu mengatakan dia
berdiri sebagai suatu bangsa merdeka. –
Soekarno pandai, sebenarnya di situlah bermulanya
kebodohannya.
Berkenaan dengan Cita-cita / Matlamat • Anda tidak pintar ketika anda berkata, akulah
• Apabila anda mengetahui hala tuju anda, manusia yang terpintar.
sebenarnya anda telah mencapai separuh Berkenaan dengan Kejayaan
daripada matlamat hidup anda. • Orang yang berjaya dalam hidup merupakan
• Orang yang tidak mempunyai cita-cita
bagaikan burung tanpa sayap. – Pepatah orang yang nampak tujuannya dengan jelas
Inggeris dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
– Cecil B DeMille
Berkenaan dengan Ilmu Pengetahuan • Orang yang bersikap negatif akan melihat
• Apabila kamu menjadi fakir, maka ilmu itu masalah dalam setiap peluang tetapi orang
yang bersikap positif melihat peluang dalam
akan menjadi hartamu, akan tetapi apabila setiap masalah.
kamu menjadi orang kaya, maka ilmu itu akan •
menjadi perhiasanmu. – Scbedah Sidek
Berkenaan dengan Masa
Berkenaan dengan Keadilan • Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. –
• Keadilan itu syurga bagi orang yang dizalimi
Samuel Johnson
dan neraka bagi orang yang menzalimi. – • Ramai orang yang memiliki jam tangan
Saidina Umar Al-Khatab
yang berharga tetapi tidak ramai yang dapat
Berkenaan dengan Kebahagiaan menetapi masa yang berharga. – Dr. Mahathir
• Kebahagiaan itu laksana pelangi, tidak pernah Mohamad
323
JC108211
SupMerbODEL KARANGAN Superb MODEL KARANGAN SPM
4 5SPM Tingkatan •
sememangnya buku yang berkualiti dan mantap
untuk pembelajaran yang berkesan bagi membantu
murid menghadapi Kertas 1 SPM Bahasa Melayu.
Dengan kandungan yang intensif dan efektif, buku
Model Karangan SPM sewajarnya dijadikan buku
pilihan murid untuk meningkatkan pemahaman dan
memperkukuh keyakinan dan seterusnya mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan.
www.PelangiBooks.com
• Kedai Buku Online • Perpustakaan Online •
WM:RM0.00 / EM:RM0.00
JC108211
ISBN 000-000-0000-00-0
,!7IJ6H4-bdddag!