KHAIRUL MUZZAMIR ALIAS
Pelangi Novel Sdn. Bhd. (379269-A)
(Formerly known as PELANGI PIcturES SDN. BHD.)
7 Prelims Khabarkan Hamdolok.indd 1 6/24/13 4:32 PM
Khabarkan HAMDOLOK
oleh Khairul Muzzamir Alias
Hasil Program Pembangunan Pengkarya Guru 2013
Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Diterbitkan oleh
Pelangi Novel Sdn. Bhd. (379269-A)
(Formerly known as Pelangi Pictures Sdn. Bhd.)
Ibu Pejabat:
66 Jalan Pingai, Taman Pelangi,
80400 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim, Malaysia.
Tel: (60)7-3316288 Faks: (60)7-3329201
e-mel: [email protected]
Pejabat Jualan:
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi,
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: (60)3-8922 3993 Faks: (60)3-8926 1223
e-mel: [email protected]
© Pelangi Novel Sdn. Bhd. 2013
(Formerly known as Pelangi Pictures Sdn. Bhd.)
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk
atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar,
rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada Pelangi Novel Sdn. Bhd.
terlebih dahulu.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Khairul Muzzamir Alias, 1982-
Khabarkan Hamdolok / Khairul Muzzamir Alias.
ISBN 978-967-5671-60-9
1. Malay fiction. 2. Malaysian fiction (Malay). I. Judul
899.2333
Dicetak di Malaysia oleh
Percetakan Impian Sdn. Bhd.
No. 10, Jalan Rosmerah 1/3, Taman Johor Jaya,
81100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
7 Prelims Khabarkan Hamdolok.indd 2 6/24/13 4:32 PM
Teruja
Langit yang berbalam-balam beransur-
ansur cerah ketika matahari perlahan-
lahan menunjukkan diri. Burung-burung
berkicauan, mengiringi matahari yang
semakin meninggi.
Kicauan burung bagaimanapun,
tenggelam dalam keriuhan suara aku dan
kembarku, Khairil ketika kami berlari-larian
di celah deretan batas sayur ayah. Ayah yang
kelihatan terbongkok-bongkok membuang
rumput, tidak kami hiraukan. Tubuh
tegapnya kebasahan bermandi keringat.
“Erul! Eril! Hati-hati! Jangan sampai
terpijak anak-anak pokok tu!” teriak ayah
apabila melihat kami leka berkejaran.
“Sudah! Mari sini!”
1
7 Khabarkan Hamdolok.indd 1 5/13/13 4:59 PM
KHAIRUL MUZZAMIR BIN ALIS
Aku dan Khairil berlumba-lumba
mendapatkan ayah yang sedang merehatkan
tubuhnya di bawah sebatang pokok yang
rendang. Kami termengah-mengah ketika
duduk di kiri dan kanannya.
“Kamu tahu kenapa ayah bawa kamu ke
sini?” tanya ayah.
“Untuk temankan ayahlah!” jawabku
bersahaja.
“Kalau setakat nak temankan ayah, ayam
itik dalam reban sana pun boleh temankan
ayah,” balas ayah sambil memandangku.
“Ayah bawa kamu berdua ke sini sebab nak
ajar kamu cara berbudi pada tanah. Bukan
nak kamu tolong ayah sangat.”
Ayah mengusap kepalaku dan Khairil.
Mungkin pada fikiran ayah, usia sepuluh
tahun kami belum melayakkan kami untuk
mengerah tenaga sepertinya.
Kami tersengih.
2
7 Khabarkan Hamdolok.indd 2 5/13/13 4:59 PM
KhabarKan hamdoloK
“Cikgu Kartini selalu cakap, banyak
faedahnya kalau kita berbudi pada tanah,”
jawabku lagi.
“Ya, Yah! Kata cikgu, kalau kita bercucuk
tanam dan kita dapat hasilnya, boleh jual.
Duitnya boleh disimpan di dalam tabung.
Kalau dah banyak, boleh simpan dalam
bank. Kalau kami masuk universiti nanti,
bolehlah guna!” Khairil mencelah, tidak
mahu kalah.
Ayah tersenyum bangga. “Pandai anak-
anak ayah. Kalau nak masuk universiti
kenalah belajar rajin-rajin. Baru lulus periksa.
Baru dapat masuk universiti.”
“Eril ni malas belajar, Yah!” aku
menyampuk sambil menuding ke arah
kembarku.
“Dia tu yang malas!” Khairil pantas
menjawab sambil menjeling.
“Sudah! Jangan bertengkar. Ayah nak
beritahu kamu sesuatu,” ayahku mencelah.
3
7 Khabarkan Hamdolok.indd 3 5/13/13 4:59 PM
7 Khabarkan Hamdolok.indd 4 5/13/13 4:59 PM
KhabarKan hamdoloK
“Nak mandi sungai, tak?”
“Nak! Nak!” aku dan Khairil pantas
menjawab. Kami begitu teruja mengenangkan
keseronokan mandi sungai.
“Kita balik kampung cuti sekolah nanti,
ya, Yah?” tanya Khairil.
“Aha… tapi bukan Kampung Beranang.
Kampung Pahat,” jawab ayah.
“Kampung Pahat? Kampung siapa tu?”
tanyaku.
“Kampung Pahat tu kampung ayah.”
“Eh, kampung ayah? Kenapa kita tak
pernah ke sana?” Khairil mencelah.
Ayahku hanya tersenyum. Dia seperti
menyembunyikan sesuatu.
vvv
“Abang, macam manalah agaknya kampung
ayah, ya?” tanya Khairil.
5
7 Khabarkan Hamdolok.indd 5 5/13/13 4:59 PM
KHAIRUL MUZZAMIR BIN ALIS
“Entah. Abang pun tak tahu. Kita mana
pernah ke sana,” balasku.
“Ayah tak pernah pun cerita pasal
Kampung Pahat, kan? Agak-agak abang,
kenapa ayah tiba-tiba nak bawa kita ke
sana?” Khairil tertanya-tanya.
Aku hanya mengangkat bahu, tidak
tahu. Ayah memang tidak pernah bercerita
tentang kampung halamannya kepada
kami. Selama ini aku menyangka bahawa
kami tidak mempunyai datuk nenek atau
saudara-mara sebelah ayah. Yang kami
kenal hanya saudara-mara sebelah ibu.
Keterujaan aku dan Khairil sukar
digambarkan dengan kata-kata. Lebih-lebih
lagi mengenangkan sungai di kampung
ayah. Masih terbayang-bayang di mata
kenangan mandi sungai di kampung sebelah
ibu di Beranang, Selangor. Pernah suatu
hari, cemas semua orang dibuatnya gara-
gara aku dihanyutkan arus deras. Namun
6
7 Khabarkan Hamdolok.indd 6 5/13/13 4:59 PM
KhabarKan hamdoloK
pengalaman itu membuat aku dan Khairil
lebih berhati-hati apabila berada di kawasan
mandi-manda.
Ibu pernah bercerita kepada kami
bahawa pada masa dahulu semua penduduk
Beranang pandai berenang. Hal ini kerana
tidak ada jambatan atau titi yang dibina
merentangi sungai. Jadi, penduduk terpaksa
berenang untuk ke seberang sungai. Menurut
ibu lagi, jambatan dan titi tidak dibina kerana
pada masa dahulu banyak penjahat dan
perompak yang mengganggu ketenteraman
penduduk kampung. Jadi, kalau tidak ada
jambatan susahlah penjahat hendak masuk
ke kampung. Kalau penjahat hendak masuk
juga ke kampung dengan berenang, mereka
akan dibunuh ketika sampai ke tebing. Kata
ibu, dari situlah asalnya nama Beranang.
Daripada perkataan ‘berenang’. Seronok
juga mendengarnya.
“Ada lagi barang yang nak dimasukkan
di dalam kereta?” tanya ayah kepada ibu.
7
7 Khabarkan Hamdolok.indd 7 5/13/13 4:59 PM
KHAIRUL MUZZAMIR BIN ALIS
“Rasanya dah tak ada. Erul… Eril… dah
masukkan beg kamu ke dalam kereta?”
tanya ibu pula.
“Dah!” kami serentak menjawab.
Beberapa minit kemudian, kami pun
memulakan perjalanan.
Perjalanan dengan menaiki kereta Proton
Saga 1.3GL ayah pada pagi itu sungguh
menceriakan. Kesegaran udara pagi dan
keindahan alam semula jadi menjadikan
perjalanan selama hampir empat jam, itu
tidak terasa lama. Sesekali kelihatan burung
berterbangan, seolah-olah mengiringi
perjalanan kami. Alunan lagu-lagu retro
1
yang berkumandang dari radio, menjadi
penghibur. Ibu dan ayah memang gemar
akan lagu-lagu zaman 80-an dan 90-an,
terutama lagu-lagu nostalgia Sudirman Haji
2
Arshad, seorang penghibur legenda.
1 Gaya dahulu yang dihidupkan semula atau awalan
kata yang bermaksud ke belakang.
2 Rindu terhadap sesuatu yang pernah dialami pada
masa lalu.
8
7 Khabarkan Hamdolok.indd 8 5/13/13 4:59 PM
KhabarKan hamdoloK
“Bang, jauh lagikah kampung ayah?”
tanya Khairil separuh berbisik selepas
beberapa jam dalam perjalanan. Mungkin
dia juga seperti aku. Tidak sabar-sabar untuk
sampai ke kampung ayah.
“Agaknya tak jauh lagi. Tadi abang
nampak papan tanda tulis Tangkak dan
Segamat.”
Ketika kereta Proton Saga ayah menyusur
masuk ke jalan kampung, aku dan Khairil
semakin teruja. Kami tertinjau-tinjau dari
cermin kereta, melihat kawasan sekeliling.
Pohon-pohon kelihatan melambai-lambai,
seolah-olah mengalu-alukan kedatangan
kami. Kegembiraan turut terpancar di wajah
ayah. Mungkin sebab sudah terlalu lama
ayah tidak pulang ke kampung halamannya.
PON! PON!
Sesekali ayah membunyikan hon kereta
dan mengangkat tangan ke arah orang yang
berbasikal, atau menunggang motosikal.
9
7 Khabarkan Hamdolok.indd 9 5/13/13 4:59 PM