The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2025-12-15 04:23:38

Strategic STPM Sem 2 (2026) Pengajian Am

> Info PEMBELAJARAN DIGITALTeks Pra-UStrategicSTPMSEMESTER2• Sukatan Pelajaran STPM yang Dimurnikan• Skema Pentaksiran Mulai Peperiksaan Semester 1 STPM 2026Baharu! Berdasarkan2022 – 2024PENGAJIANAM• Chan Wai Yue• Adam Harris• Nur Ayra Jannah2022 – 2024


BAHAGIAN 1Kemahiran dalam Penyelidikan 1BABKemahiran dalam Penyelidikan 1 11.1 Konsep Penyelidikan 1– Jenis-jenis Penyelidikan 2– Bentuk Penyelidikan 3– Etika Penyelidikan 41.2 Jenis-jenis Kemahiran Penyelidikan 51.2.1 Kemahiran Mengenal Pasti Masalah 51.2.2 Kemahiran Mencari Data dan Maklumat 51.2.3 Kemahiran Membina Soalan dan Menyoal 1.2.4 Kemahiran Menganalisis dan Menginterpretasi Data dan Maklumat 1.2.5 Kemahiran Komunikasi Berkesan 1.2.6 Kemahiran Kolaboratif BAHAGIAN 2Kerja Kursus (Projek) BAB2 Kerja Kursus (Projek) 182.1 Asas Penyelidikan 182.1.1 Mengenal Pasti Isu Kajian 192.1.2 Pernyataan Masalah dan ObjektifKajian 212.1.3 Kajian Lepas 242.1.4 Kaedah Kajian 282.1.5 Pembentukan Instrumen Kajian 31– Soal Selidik 31– Temu Bual 33– Pemerhatian 352.1.6 Pengumpulan Data dan Maklumat 372.1.7 Analisis dan Interpretasi Data dan Maklumat 382.1.8 Laporan Penyelidikan 39– Rujukan – Abstrak BAHAGIAN 3Alih Bentuk Komunikasi BAB Teks Linear kepada Media 3 Bukan Linear Pengenalan 3.1 Teks Linear kepada Media Bukan Linear – Jadual – Graf • Graf Bar Kompaun • Graf Bar Komponen • Graf Garis Kompaun • Graf Garis Komponen • Graf Gabungan Garis) • Bar Piramid/ CerminKompaun • Graf Bar Memesong atau Imbangan – Carta Pai • Carta Pai Berbanding • Carta Pai Bertingkat Praktis STPM 1 BAHAGIAN 4Malaysia Maju BAB4 Pembangunan Negara 4.1 Pembangunan Negara 4.1.1 Konsep Pembangunan, Sejahtera, dan Pembangunan Lestari 4.1.2 Rukun Negara 81KANDUNGANvii


4.1.3 Dasar Pembangunan Negara 874.1.3.1 Dasar Ekonomi 89– Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 91– Dasar Wawasan Negara (DWN) 93– Dasar Transformasi Negara 95– Dasar Gaji Progresif (DGP) 97– Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) 99– Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) (2021 2025) 99– Malaysia MADANI 103– Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) (2026 – 2030) 104– Dasar Tenaga Negara (DTN) (2022 – 2040) 107– Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) (2021 – 2030) 110– Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) 113– Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030) 117– Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030 120– Dasar Pengangkutan Negara (DPN 2019 – 2030) 123– Dasar Pelancongan Negara 2020 – 2030 (DPN 2020 2030) 127– Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020) 131– Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0) 2022 –2030 133– Dasar Sekuriti Makanan Negara (2021 – 2025) 1354.1.3.2 Dasar Sosial dan Budaya 139– Dasar Pendidikan Kebangsaan 139 – Dasar Pendidikan Digital (DPD) – Dasar Keselamatan Negara 2021 – 2025 (DKN 2021 2025) – Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019 – 2023 – Dasar Teknologi Hijau Negara – Dasar Kebudayaan Kebangsaan – Dasar Sosial Negara – Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021 – 2030 (DSTIN 2021 – 2030) – Dasar Wanita Negara – Dasar Pelancongan Negara 2020 – 2030 (DPN 2020 2030) – Dasar Perpaduan Negara 2021 (DPN 2021) Praktis STPM 2 BAB Negara Sejahtera dan 5 Pembangunan Lestari 5.1 Negara Sejahtera dan Pembangunan Lestari Pengenalan 5.1.1 Agama dan Kepercayaan 5.1.2 Ekonomi 5.1.3 Politik 5.1.4 Prasarana 5.1.5 Sosial dan Budaya 5.1.6 Ekologi 5.1.7 Sains dan Teknologi 5.1.8 Integrasi dan Perpaduan 5.1.9 Keselamatan Praktis STPM 3 Kertas Model STPM Jawapan


iiiStrategic STPM Pengajian Am Semester 2 ditulis berdasarkan Sukatan Pelajaran Peperiksaan STPM yang dimurnikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan akan dilaksanakan mulai STPM Semester 1 tahun 2026. Buku ini direka letak dengan telitinya dan disusun dengan baiknya serta mengandungi ciri-ciri yang berikut untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang konsep-konsep yang dipelajari.vSemester PengajianKod dan Nama Kertas Jenis Ujian Markah (Wajaran) Masa PentadbiranSemester 1 900/1Pengajian Am 1Ujian BertulisBahagian A:Soalan aneka pilihan 20 soalan diberikanJawab semua soalanBahagian B:Soalan struktur2 soalan diberikanJawab 1 soalan sahajaBahagian C:Soalan esei3 soalan diberikanJawab 2 soalan sahaja80(26.67%)2010502 Jam Pentaksiran berpusatSemester 2 900/2Pengajian Am 2Ujian BertulisBahagian A:Soalan struktur 3 soalan diberikanJawab semua soalanBahagian B:Soalan alih bentuk komunikasi2 soalan diberikanJawab 1 soalan sahajaBahagian C:Soalan esei2 soalan diberikanJawab 1 soalan sahaja60(20.00%)1520252 Jam Pentaksiran berpusat900/4Pengajian Am 4Kerja Kursus(Projek)Pilih satu tema daripada dua tema yang diberikan dan hasilkan satu tugasan daripada tema yang dipilihTema adalah berdasarkan tajuk yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pengajian Am.60(20.00%)Sepanjang semester 2Pentaksiran berasaskan sekolah bagi calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaanPentaksiran oleh pemeriksa yang dilantik bagi calon sekolah swastaSkema Pentaksiran STPMSemester 1 – 3BAB11Konsep Penyelidikan 1.11 Konsep penyelidikan merujuk asas atau rangka kerja yang digunakan dalam menjalankan sesuatu kajian atau penyelidikan secara sistematik.2 Hal ini melibatkan proses mengenal pasti masalah, merumuskan persoalan penyelidikan, mengumpulkan dan menganalisis data, serta membuat kesimpulan berdasarkan bukti yang diperoleh.3 Elemen penting penyelidikan: JENIS KEMAHIRANTajuk PenyelidikanMenentukan fokus utama kajian yang akan dijalankan.Latar Belakang KajianMemberikan gambaran umum tentang isu yang dikaji, termasuk sebab kajian ini penting.Pernyataan MasalahMerumuskan masalah atau isu yang ingin diselesaikan melalui penyelidikan.Objektif PenyelidikanMenyatakan tujuan utama kajian. Biasanya dirumus dalam bentuk yang ringkas.Persoalan PenyelidikanSoalan-soalan khusus yang akan dijawab melalui kajian.Kepentingan KajianMenjelaskan sumbangan kajian kepada masyarakat, institusi, atau bidang akademik.Skop KajianMenentukan had atau batas kajian (masa, lokasi, kumpulan sasaran, dan lain-lain).Kerangka Teori/ KonseptualMenggunakan teori atau model untuk menyokong kajian dan membantu dalam menganalisis data.Metodologi KajianMenjelaskan kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan dan menganalisis data.Jangkaan HasilMenjangka apa-apa yang mungkin akan ditemukan berdasarkan kajian.(a) Pelajar dapat menerangkan konsep penyelidikan.Hasil PembelajaranPengajian Am Semester 2 STPM Bab 1 Kemahiran dalam Penyelidikan 1 KEMAHIRAN DALAM PENYELIDIKANBABBahagian 1: Kemahiran dalam PenyelidikanBAB2226 Teknologi Jurang digital antara bandar dengan luar bandar masih wujud akibat kekurangan akses Internet berkelajuan tinggi, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), dan peranti moden.7 Perpaduan Hubungan antara kaum semakin rapuh kerana kurang interaksi antara etnik, dengan generasi muda cenderung berkawan dalam kelompok kaum sendiri, menghakis perpaduan nasional3 Contoh penyataan masalah mengikut isu daripada tema tertentu: (a) Tema Prasarana: Isu Kemudahan Taman Perumahan Di Taman Seri Maju, penduduk sering mengadu tentang keadaan kemudahan prasarana yang tidak memuaskan. Taman permainan kanak-kanak tidak diselenggara dengan baiknya serta terdapat peralatan yang rosak dan membahayakan keselamatan. Selain itu, lampu jalan di beberapa buah kawasan tidak berfungsi, menyebabkan keadaan menjadi gelap dan membimbangkan keselamatan penduduk pada waktu malam. Laluan pejalan kaki juga tidak diselenggara, dengan banyak bahagian retak dan berlubang. Masalah-masalah ini bukan sahaja menjejaskan kualiti hidup penduduk, malah boleh mengundang risiko kemalangan dan meningkatkan kadar jenayah. Keadaan ini menimbulkan persoalan sama ada pihak berkuasa tempatan menjalankan penyelenggaraan berkala yang mencukupi atau tidak. (b) Tema Sosial: Kraf Tangan Industri kraf tangan tradisional semakin terpinggir akibat kemasukan produk moden dan murah dari luar negara. Ramai pengusaha kraf tangan tempatan berdepan dengan masalah pemasaran dan kekurangan tenaga kerja muda yang berminat untuk mempelajari kemahiran tersebut. Jika tiada usaha pemuliharaan, seni warisan ini berisiko pupus. (c) Tema Alam Sekitar: Isu Pencemaran Proses pembandaran yang pesat telah membawa pelbagai isu alam sekitar seperti pencemaran udara, pencemaran air, pengurangan kawasan hijau, dan peningkatan suhu bandar (kesan pulau haba bandar). Perkembangan infrastruktur dan pertambahan populasi di kawasan bandar sering kali tidak diiringi dengan perancangan alam sekitar yang mampan. Akibatnya, kualiti hidup penduduk bandar terjejas, semakin berkurangan, dan risiko bencana alam seperti banjir kilat meningkat. Oleh itu, terdapat keperluan mendesak untuk mengenal pasti punca utama isu-isu ini dan mencari pendekatan yang lebih lestari dalam pembangunan bandar.Akses IlmuINFOLayari laman webhttps://qr.pelangibooks.com/?u=GhDmnOYUuntuk mengetahui maklumat lanjut tentang pulau haba.Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Kerja Kursus (Projek)BAB223 (d) Tema Perpaduan: Isu Rukun Tetangga Walaupun Rukun Tetangga ditubuhkan sebagai platform untuk menggalakkan perpaduan dan kerjasama dalam kalangan penduduk setempat, kini peranan dan keberkesanannya semakin dipersoalkan. Banyak kawasan menunjukkan penurunan penyertaan komuniti dalam aktiviti Rukun Tetangga, yang menyebabkan hubungan kejiranan menjadi renggang dan semangat perpaduan semakin luntur. Faktor seperti gaya hidup moden, kekangan masa, kurangnya komunikasi, dan perbezaan latar belakang sosial serta budaya menyumbang kepada kelemahan ini. Jika isu ini tidak ditangani, masalah ini boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan meningkatkan risiko konflik sosial pada peringkat akar umbi.4 Objektif Kajian ialah tujuan atau matlamat utamapenyelidikan dijalankan. Ojektif Kajian menjelaskan sesuatu ingin dicapai atau dikenal pastiapa-apa yang pada akhir kajian, selaras dengan isu yang dikaji. Objektif kajian perlu supaya hasilnya dapat dinilai dengan tepatnya.spesifik, jelas, dan boleh diukur5 Contoh objektif kajian mengikut tema:Bil Tema Contoh Objektif Kajian Secara Umum1 Ekonomi • Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi peningkatan pendapatan isi rumah di kawasan luar bandar.• Mengenal pasti kesan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terhadap peluang pekerjaan penduduk tempatan.• Menilai impak pelaksanaan e-dagang terhadap perniagaan tradisional. 2 Sosial • Menganalisis punca peningkatan masalah sosial dalam kalangan remaja di kawasan bandar.• Mengenal pasti keberkesanan program komuniti dalam meningkatkan interaksi sosial penduduk.• Menilai tahap kesejahteraan hidup masyarakat selepas pelaksanaan projek pembangunan.3 Budaya • Mengkaji tahap pengetahuan generasi muda terhadap warisan budaya tempatan.• Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi minat masyarakat terhadap seni persembahan tradisional.• Menilai keberkesanan festival kebudayaan dalam mempromosikan identiti tempatan.ARKIBSejarahSkim Rukun Tetangga dilancarkan oleh Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia) pada 29 Ogos 1975. Skim ini diwujudkan di bawah Peraturanperaturan Perlu (Rukun Tetangga) dalam Ordinan Darurat 1969. Penubuhan awal Skim Rukun Tetangga adalah untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan-kawasan tertentu berikutan kejadian-kejadian yang menggugat perpaduan nasional pada ketika itu.Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Kerja Kursus (Projek) PENDAHULUANKod QR InfoImbas kod QR dengan peranti mudah alih pintar untuk mengakses maklumat.Akses IlmuLaman web yang berkaitan dengan teks disediakan untuk pelajar mengakses maklumat.Ditulis mengikut kehendak Huraian Sukatan Pelajaran terbaharu.Hasil PembelajaranObjektif pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran terbaharu.Arkib SejarahMaklumat lanjut tentang teks untuk menambahkan pengetahuan pelajar.SubtopikBerdasarkan Sukatan Skema Pelajaran terbaharu.Pentaksiran STPMSistem pentaksiran STPM baharu mulai tahun 2026.BAB2312.1.5 Pembentukan Instrumen Kajian1 Pembentukan instrumen kajian ialah proses membina atau menyediakan alat pengukuran yang akan digunakan untuk mengumpulkan data dalam penyelidikan. Instrumen ini boleh berbentuk soal selidik, borang pemerhatian, panduan temu bual, atau ujian. Proses pembentukan instrumen biasanya melibatkan: (a) Menentukan apa-apa yang ingin diukur (berdasarkan objektif kajian) (b) Menyediakan item atau soalan yang sesuai (c) Menjalankan ujian rintis untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen2 Instrumen kajian boleh berbentuk: (a) Soal selidik (b) Panduan temu bual (c) Borang pemerhatian (d) Ujian bertulis atau praktikal3 Langkah-langkah pembentukan instrumen kajian: (a) Kenal pasti objektif kajian: Pastikan setiap soalan atau item dalam instrumen berkait rapat dengan objektif kajian. (b) Tentukan jenis data yang diperlukan: (i) Data kuantitatif: Gunakan skala Likert, soalan pilihan jawapan, atau nombor. (ii) Data kualitatif: Gunakan soalan terbuka atau panduan temu bual. (c) Pilih bentuk instrumen: Soal selidik, panduan temu bual, borang pemerhatian, ujian prestasi, dan lain-lain. (d) Rangka item atau soalan: (i) Gunakan bahasa yang mudah, tepat, dan tidak mengelirukan. (ii) Susun soalan daripada soalan umum kepada soalan khusus. (e) Tentukan skala pengukuran: Contoh: Skala Likert 1–5 untuk mengukur tahap persetujuan/kepuasan. (f) Jalankan ujian rintis (pilot test): Uji kepada sekumpulan kecil responden untuk memastikan soalan difahami dan instrumen berfungsi dengan baiknya. (g) Semak kesahan dan kebolehpercayaan: Gunakan kaedah seperti kesahan kandungan (content validity) dan Cronbach’s Alpha bagi kebolehpercayaan.Soal Selidik 1 Soal selidik ialah satu set soalan bertulis yang diberikan kepada responden untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan sesuatu kajian. Soal selidik boleh berbentuk:Pelajar dapat:(f) Membentuk soal selidik, panduan temu bual, dan garis panduan pemerhatian. Hasil PembelajaranMenurut Lous Cohen et al. (2007), Skala Likertmerupakan skala yang popular sebagai indikator pengukuran dan sesuai digunakan bagi mengukur pandangan responden terhadap kajian yang dijalankan.Galeri InfoPengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Kerja Kursus (Projek) Galeri InfoMaklumat tambahan yang berkaitan dengan teks.


ivBAB4197PRAKTIS STPM 2Bahagian AJawab semua soalan.Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar menjadi isu utama dunia. Hakikatnya, kini kerja pemuliharaan lebih diperlukan berbanding dengan tugas pemeliharaan alam sekitar. Banyak sumber daya bumi diambil dan dieksploitasi atas keperluan ekonomi. Dengan ini, banyak kerosakan berlaku seperti penipisan lapisan ozon, kepupusan spesies, pemanasan global, penyahutanan, serta pencemaran sungai, laut, udara dan tanah. Semua ini memerlukan tindakan pemuliharaan proaktif dan pembangunan lestari.1 (a) Berdasarkan pernyataan di atas, apakah konsep pembangunan lestari yang digambarkan? [1] (b) Huraikan dua langkah yang boleh diambil untuk menjayakan pelaksanaan pembangunan lestari. [4] Gambar 1: Bandar Pintar Cyberjaya 2 (a) Nyatakan gambaran berdasarkan gambar pembangunan konsep bandar pintar di atas. [1] (b) Huraikan manfaat konsep bandar pintar yang telah dibangunkan oleh kerajaan. [4] Gambar 2: Ahli Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)3 (a) Berdasarkan gambar di atas, nyatakan peristiwa yang berlaku sehingga membawa kepada penubuhan Majlis Gerakan Negara. [1] (b) Huraikan dua objektif pembentukan Rukun Negara yang telah dijadikan sebagai idealogi negara. [4] Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 4 Pembangunan Negara 289 Kertas Model STPM (900/2)Kertas 2 (Dua jam)Arahan: 1. Jawab semua soalan dalam Bahagian A. 2. Jawab satu soalan dalam Bahagian B. 3. Jawab satu soalan sahaja dalam Bahagian C.Bahagian A[15 markah]Jawab semua soalan.MALAYSIA: NILAI DAGANGAN DARI SEGI EKSPORT, EKSPORT DOMESTIK, IMPORT DAN JUMLAH DAGANGAN DARI TAHUN 2020 HINGGA TAHUN 2024TahunNilai Dagangan (RM Juta)Eksport Eksport Domestik Import Jumlah Dagangan2020 983 827 799 197 800 481 1 784 3082021 1 241 022 1 012 001 987 344 2 228 3662022 1 550 009 1 222 034 1 293 811 2 843 8212023 1 426 199 1 111 065 1 211 044 2 637 2432024 1 509 291 1 216 060 1 370 237 2 879 528(Dipetik daripada Laporan Perdagangan 17 Oktober 2025, Jabatan Perangkaan Malaysia)1 (a) Berdasarkan maklumat di atas, nyatakan imbangan dagangan yang melibatkan nilai eksport dengan nilai import negara. [1] (b) Terangkan kepentingan sumbangan eksport dalam konteks pembangunan ekonomi negara. [4] Malaysia sedang mendepani cabaran besar dalam memenuhi keperluan industri. Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak boleh dilihat sebagai pilihan kedua, tetapi sebagai arus perdana yang menjamin masa depan negara. Negara mesti membina satu ekosistem TVET inklusif, menyeluruh, dan menepati realiti masa depan. Demikian ungkapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan Dasar TVET Negara 2030 sebelum ini. (Disesuaikan daripada https://www.bernama.com, 7 Oktober 2025)2 (a) Berdasarkan pernyataan di atas, apakah cabaran yang digambarkan dalam petikan tersebut? [1] (b) Mengapakah Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu menjadi pilihan agar menepati realiti masa depan? [4] Kertas Model STPM (900/ 2)BAB223(v) Penyaluran bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menyokong sektor-sektor strategik seperti pertanian, pelancongan, teknologi, dan pembuatan. (b) Inisiatif Pelaburan dan Pembangunan Industri (i) Menarik pelaburan langsung domestik dan pelaburan langsung asing. (ii) Mewujudkan kawasan industri berteknologi tinggi bagi memperluas ekosistem teknologi tinggi dalam negara. (iii) Dana khusus disediakan untuk usahawan permulaan (startups). (iv) Penyaluran bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menyokong sektor-sektor strategik seperti pertanian, pelancongan, teknologi, dan pembuatan. (c) Sokongan kepada Sektor Agrikomoditi dan Pembangunan Luar Bandar (i) Peruntukan untuk meningkatkan aktiviti agrikomoditi dan memperkukuh sosioekonomi pekebun melalui FELDA, FELCRA, dan RISDA. (ii) Langkah untuk menggandakan usaha pembangunan luar bandar dan memastikan kawasan pedalaman tidak tercicir dalam pembangunan. (d) Tadbir Urus, Ketelusan, dan Tatakelola (i) Memperketat aspek fiskal, memperkenalkan undang-undang kawalan kewangan, dan penguatkuasaan tadbir urus akaun awam. (ii) Menjadikan tatakelola yang baik sebagai asas kepada pelaksanaan dasar dan perbelanjaan. (e) Memperkasakan Rakyat dan Menjamin Kesejahteraan (i) Rasionalisasi dan penstrukturan subsidi semula secara berfasa dengan menyasarkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. (ii) Rasionalisasi subsidi dan bantuan tunai disasarkan berdasarkan kategori kelayakan golongan masyarakat.(iii) Peruntukan untuk menangani peningkatan kos sara hidup, inflasi, dan program pembasmian kemiskinan. (iv) Penyaluran bantuan tunai kepada rakyat yang layak berdasarkan golongan yang dikategorikan. Sebagai contoh, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR). (v) Subsidi barangan asas seperti minyak masak, petrol, dan elektrik. (vi) Perumahan mampu milik untuk golongan B40 dan M40.fiskal – berkaitan dengan pendapatan dan penggunaan wang oleh kerajaan golongan B40rumah berpendapatan 40% – kumpulan isi terendah merujuk isi rumah berpendapatan di bawah RM4849 sebulangolongan M40rumah berpendapatan 40% – kumpulan isi pertengahan merujuk isi rumah berpendapatan antara RM4850 – RM10 959 sebulanPengajian Am Semester 2 STPM Bab 5 Negara Sejahtera dan Pembangunan Lestari Pengajian Am Semester 2 STPM Jawapan 293BAB Teks Linear kepada Media Bukan 3 LinearPraktis STPM 1Bahagian B1 MALAYSIA: JUMLAH KES PENYALAHGUNAAN DADAH MENGIKUT JENIS PEKERJAAN DAN KUMPULAN UMUR DI MALAYSIA PADA TAHUN 2018Jenis Pekerjaan Jumlah Kes Penyalahgunaan DadahJumlah (kes) Peratus (%) Sudut (°)BuruhPekerja sambilan 19 602 14.15 50.9548 503 35.02 126.07SwastaBekerja sendiri 9 75133 433 24.14 89.507.04 25.34Lain-lain pekerjaanJumlah27 216 19.65 70.75138 505 100 360JAWAPANKumpulan Umur (tahun)Jumlah Kes Penyalahgunaan DadahJumlah (orang) Peratus (%) Tinggi (cm)16-18 tahun 5 918 4.27 0.4319 -39 tahun40 tahun ke atas 44 987 32.48 3.2587 600 63.25 6.32Jumlah 138 505 100 10(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada Laporan Agensi AntiDadah Kebangsaan ( AADK), Kementerian Dalam Negeri, KL, 2018)MALAYSIA: JUMLAH KES PENYALAHGUNAAN DADAH MENGIKUT JENIS PEKERJAAN DAN KUMPULAN UMUR DI MALAYSIA PADA TAHUN 2018(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada Laporan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Dalam Negeri, KL, 2018)Jumlah: 138 505 kesSkala 1 cm: 10%Pekerja sambilanSwastaBekerja sendiriLain-lain pekerjaanPetunjuk:Buruh19 - 39 tahun63.25%40 tahun ke atas32.48%Bawah 16 - 18 tahun4.27%35.02%14.15% 24.14%7.04%19.65%Kertas Model STPMKertas soalan mengikut format pentaksiran STPM baharu.JawapanJawapan lengkap bagi Praktis STPM dan Kertas Model STPM.Nota TambahanNota tambahan yang berkaitan dengan teks dimuatkan pada kolum sisi.Praktis STPMSoalan-soalan mengikut format pentaksiran baharu di akhir bab.


11.1 Konsep Penyelidikan1 Konsep penyelidikan merujuk asas atau rangka kerja yang digunakan dalam menjalankan sesuatu kajian atau penyelidikan secara sistematik.2 Hal ini melibatkan proses mengenal pasti masalah, merumuskan persoalan penyelidikan, mengumpulkan dan menganalisis data, serta membuat kesimpulan berdasarkan bukti yang diperoleh.3 Elemen penting penyelidikan: JENIS KEMAHIRANTajuk PenyelidikanMenentukan fokus utama kajian yang akan dijalankan.Latar Belakang KajianMemberikan gambaran umum tentang isu yang dikaji, termasuk sebab kajian ini penting.Pernyataan MasalahMerumuskan masalah atau isu yang ingin diselesaikan melalui penyelidikan.Objektif PenyelidikanMenyatakan tujuan utama kajian. Biasanya dirumus dalam bentuk yang ringkas.Persoalan PenyelidikanSoalan-soalan khusus yang akan dijawab melalui kajian.Kepentingan KajianMenjelaskan sumbangan kajian kepada masyarakat, institusi, atau bidang akademik.Skop KajianMenentukan had atau batas kajian (masa, lokasi, kumpulan sasaran, dan lain-lain).Kerangka Teori/ KonseptualMenggunakan teori atau model untuk menyokong kajian dan membantu dalam menganalisis data.Metodologi KajianMenjelaskan kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan dan menganalisis data.Jangkaan HasilMenjangka apa-apa yang mungkin akan ditemukan berdasarkan kajian.(a) Pelajar dapat menerangkan konsep penyelidikan.Hasil PembelajaranPengajian Am Semester 2 STPM Bab 1 Kemahiran dalam Penyelidikan1KEMAHIRAN DALAM PENYELIDIKANBABBahagian 1: Kemahiran dalam Penyelidikan


BAB4 Ciri-ciri Penyelidikan: (a) Sistematik – Mengikut langkah yang ditetapkan (b) Objektif – Berdasarkan fakta dan bukti, bukan pendapat peribadi (c) Empirikal – Berdasarkan bukti dan data sebenar (d) Boleh diuji semula – Proses dan hasil boleh disemak atau diulang (e) Bersifat analitikal – Melibatkan analisis terhadap maklumat yang diperolehJenis-jenis Penyelidikan1. Dalam dunia akademik dan profesional, penyelidikan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis utama berdasarkan tujuan, kaedah, dan pendekatannya. 2 Berikut ialah jenis-jenis penyelidikan yang sering digunakan.Penyelidikan Kajian KesPenyelidikan AsasPenyelidikan TindakanPenyelidikan Aplikasi/GunaanJENIS PENYELIDIKAN (a) Penyelidikan Asas: Bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan secara teori, tidak semestinya diaplikasikan dengan segeranya. Contohnya, mengkaji tingkah laku manusia dari segi psikologi atau mengkaji cara manusia memproses bahasa. (b) Penyelidikan Aplikasi/ Gunaan: Bertujuan untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dari segi sosial, budaya, politik, dan ekonomi. Contohnya, mencari kaedah terbaik untuk meningkatkan motivasi pelajar dan mengkaji keberkesanan vaksin baharu terhadap penyakit tertentu. (c) Penyelidikan Kajian Kes (Case Study): Bertujuan untuk mengkaji sesuatu kes atau subjek tertentu secara mendalam. Contohnya, kajian tentang pembangunan komuniti di sesuatu kawasan. (d) Penyelidikan Tindakan (Action Research): Bertujuan untuk menyelesaikan masalah tertentu dalam sesuatu konteks secara langsung dan sering digunakan dalam pendidikan serta organisasi. Contohnya, guru menilai keberkesanan kaedah pengajaran di dalam kelasnya dan guru menjalankan kajian meningkatkan motivasi pelajar di dalam kelas menggunakan teknik pembelajaran aktif.Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 1 Kemahiran dalam Penyelidikan


3Bentuk Penyelidikan1 Bentuk penyelidikan merujuk cara atau pendekatan yang digunakan untuk mengumpulkan dan menganalisis data. 2 Bentuk penyelidikan yang sering dilakukan ialah penyelidikan kualitatif, penyelidikan kuantitatif, dan kajian tindakan. (a) Penyelidikan Kualitatif(i) Penyelidikan kualitatif ialah satu pendekatan penyelidikan yang memberikan tumpuan terhadap pemahaman mendalam tentang sesuatu fenomena, tingkah laku, pengalaman, atau pandangan manusia. (ii) Penyelidikan kualitatif tidak menggunakan data berbentuk angka seperti penyelidikan kuantitatif, sebaliknya bergantung pada maklumat deskriptif seperti kata-kata, pemerhatian, dan dokumen. (iii) Ciri-ciri penyelidikan kualitatif: • Bersifat subjektif: Fokus kepada makna dan pengalaman individu• Data bukan berangka: Seperti temu bual, catatan lapangan, dan transkrip• Bersifat induktif: Tepri dibina berdasarkan dapatan kajian, bukan diuji seperti dalam kuantitatif• Proses terbuka dan fleksibel: Reka bentuk kajian boleh berubah mengikut situasi• Sampel kecil dan terpilih: Dipilih secara bertujuan untuk mendapatkan maklumatv) Kaedah: Pemerhatian, temu bual, dan analisis kandungan(v) Contoh:• Pengamalan guru sekolah rendah dalam mengurus kelas inklusif• Persepsi pelajar terhadap pembelajaran dalam talian semasa pandemik(b) Penyelidikan Kuantitatif(i) Penyelidikan kuantitatif ialah satu pendekatan penyelidikan yang menggunakan data berbentuk angka dan analisis statistik untuk mengkaji hubungan, perbandingan, atau kesan antara pemboleh ubah. (ii) Penyelidikan kuantitatif bersifat objektif dan sistematik serta digunakan untuk menguji hipotesis dan membuat generalisasi terhadap populasi. (iii) Ciri-ciri penyelidikan kuantitatif: • Data berbentuk angka: Dikumpulkan melalui instrumen yang boleh diukur seperti soal selidik atau ujian • Objektif dan tersusun: Reka bentuk penyelidikan adalah tetap dan tidak fleksibel serta boleh diukur dan diuji secara statistikPengajian Am Semester 2 STPM Bab 1 Kemahiran dalam Penyelidikan


BAB • Sampel besar: Dipilih secara rawak untuk mewakili populasi • Hipotesis diuji: Untuk melihat hubungan sebab-akibat atau perbezaan antara kumpulan (iv) Kaedah: Soal selidik, ujian statistik, ujian diagnostik, eksperimen (v) Contoh: • Kajian tentang hubungan antara masa belajar dengan pencapaian akademik pelajar • Soal selidik prestasi pelajar menggunakan graf dan jadual • Soal selidik berkaitan dengan kemudahan prasarana yang terdapat di taman permainan sesebuah kawasanEtika Penyelidikan1 Etika penyelidikan merujuk prinsip moral dan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh penyelidik semasa merancang, menjalankan, dan melaporkan penyelidikan mereka. 2 Hal ini bertujuan untuk memastikan bahawa penyelidikan dijalankan dengan jujur, adil, dan menghormati semua pihak yang terlibat.3 Etika penyelidikan yang utamaPersetujuanPengkaji mesti mendapatkan persetujuan daripada peserta kajian secara sukarela.Peserta perlu diberikan maklumat lengkap tentang kajian, kaedah, risiko, dan hak mereka.Kejujuran dan IntegritiData tidak boleh direka, dimanipulasi, atau diubah. Hasil penyelidikan mesti dilaporkan dengan jujurnya.Pengkaji perlu menghargai hasil kerja pengkaji lain dengan memberikan pengiktirafan atau rujukan yang betul serta tidak menciplak tulisan, idea, atau data tanpa kebenaran.Kerahsiaan dan PrivasiMaklumat peribadi responden mestilah dirahsiakan dan tidak didedahkan tanpa kebenaran.Data perlu disimpan dengan selamatnya dan digunakan hanya untuk tujuan penyelidikan.Penyimpanan dan Pelupusan DataPeserta berhak untuk menarik diri daripada penyelidikan pada bilabila masa tanpa sebarang penalti.Data penyelidikan harus disimpan dengan selamatnya dan dilupuskan dengan betulnya selepas tempoh tertentu.KeselamatanPengkaji tidak boleh menyebabkan sebarang bentuk bahaya fizikal, emosi, atau psikologi kepada responden.Keselamatan dan kebajikan responden mesti dijaga.Keadilan dan SaksamaSemua responden mesti dilayan dengan adilnya tanpa diskriminasi.Peluang untuk menyertai kajian mesti terbuka kepada semua yang berkelayakan.Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 1 Kemahiran dalam Penyelidikan


51.2 Jenis-jenis Kemahiran Penyelidikan1.2.1 Kemahiran Mengenal Pasti Masalah1 Kemahiran mengenal pasti masalah merujuk keupayaan untuk mengesan isu yang wujud dalam sesuatu situasi, mengenal puncanya, dan merumuskannya dengan jelasnya agar dapat dikaji secara sistematik.2 Jenis-jenis kemahiran yang terlibat adalah seperti yang berikut. (a) Pemerhatian yang teliti: Pelajar mampu melihat isu atau corak tertentu yang berlaku dalam sesuatu situasi. Contohnya, menyedari segelintir penduduk yang hilang semangat untuk melakukan aktiviti riadah. (b) Pemikiran kritis: Pelajar mampu menilai sesuatu isu dari pelbagai sudut untuk mengenal pasti punca sebenar. Contohnya, mengkaji manfaat taman permainan terhadap penduduk di bandar X. (c) Kemahiran menganalisis data awal: Pelajar melihat maklumat awal, statistik, atau maklum balas untuk mengesan corak atau kelemahan yang berulang. Contohnya, menganalisis rekod pencemaran udara yang berlaku tahun-tahun terdahulu. (d) Kemahiran kajian literatur: Pelajar membaca dan menilai kajian-kajian terdahulu untuk mengenal pasti jurang pengetahuan atau isu yang belum diselesaikan. Contohnya, kajian lepas menunjukkan kurang kajian tentang penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam penyebaran maklumat perubatan. (e) Kemahiran bertanya soalan: Pelajar menyoal secara mendalam untuk mendapatkan pemahaman yang lebih jelas. Contohnya, faktor-faktor penduduk di bandar Z tidak menerapkan permainan tradisional walaupun kemudahan yang ada mencukupi? 1.2.2 Kemahiran Mencari Data dan Maklumat1 Kemahiran mencari data dan maklumat ialah keupayaan untuk mengenal pasti, mengakses, memilih, dan menggunakan sumber yang sah dan relevan bagi menyokong objektif penyelidikan.2 Jenis-jenis kemahiran mencari data dan maklumat adalah seperti yang berikut. (a) Kemahiran mengenal pasti keperluan maklumat: Pelajar menentukan maklumat yang diperlukan berdasarkan tajuk dan objektif kajian. Contohnya, maklumat statistik, teori, atau kajian lepas. Pelajar dapat mengenal pasti, mengumpulkan, dan menyaring data dan maklumat daripada pelbagai sumber. Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 1 Kemahiran dalam Penyelidikan


BAB16 (b) Kemahiran mencari sumber maklumat: Pelajar mengetahui tempat dan cara untuk mendapatkan data. Contohnya, pengkalan data (Google Scholar, JSTOR, MyJurnal, ScienceDirect), laman rasmi (laman web kerajaan, Jabatan Statistik Malaysia, Kementerian Pendidikan, Jabatan Penerangan Malaysia), dan perpustakaan digital (arkib, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka). (c) Kemahiran menggunakan kata kunci: Pelajar mengetahui kata kunci yang sesuai untuk pencarian maklumat yang berkesan. Contoh, menggunakan kata kunci seperti “tema ekonomi, kepentingan prasarana, pengangkutan awam” bagi tajuk yang berkaitan dengan perkembangan pembandaran di Malaysia. (d) Kemahiran menapis maklumat: Pelajar mampu menilai dan memilih maklumat yang sahih, relevan, dan terkini sahaja. Contohnya, mengutamakan artikel, jurnal, dan tesis terkini berbanding dengan blog tidak berautoriti. (e) Kemahiran mengumpulkan data primer: Pelajar menjalankan pengumpulan data sendiri melalui maklumat sebenar daripada lapangan. Contohnya, temu bual, soal selidik, pemerhatian, dan kajian lapangan. (f) Kemahiran menyimpan dan mengurus maklumat: Pelajar menyusun dan menyimpan maklumat dengan sistematik untuk mudah dianalisis dan dirujuk. Contohnya, menggunakan perisian seperti Zotero, Mendeley, atau folder fail yang teratur.3 Tujuan kemahiran mencari data dan maklumat:(a) Menjamin kualiti penyelidikan(b) Mengelakkan kesilapan fakta (c) Menyokong hujah dan pendapat kajian dengan sumber yang kukuh1.2.3 Kemahiran Membina Soalan dan Menyoal1 Kemahiran membina soalan dan menyoal ialah keupayaan untuk merancang, membentuk, dan mengemukakan soalan yang tepat dan berkesan bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki dalam penyelidikan. 2 Jenis-jenis kemahiran membina soalan penyelidikan (soal selidik) adalah seperti yang berikut. (a) Spesifik dan jelas: Soalan mesti mudah difahami dan tidak mengelirukan. Contohnya, apakah faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar dalam pembelajaran dalam talian? (b) Relevan dengan objektif kajian: Soalan mestilah berkait rapat dengan matlamat penyelidikan. Contohnya, jika objektif adalah mengenal pasti keberkesanan pengajaran, soalan mestilah menyentuh aspek keberkesanan.(b) Pelajar dapat mengenal pasti dan mengaplikasikan pelbagai kaedah membina soalan pelbagai aras.(c) Pelajar dapat menggunakan teknik menyoal yang bersesuaian mengikut situasi.Hasil PembelajaranGoogle Scholar ialah enjin carian web yang boleh diakses secara bebas yang mengindeks teks penuh atau metadata kesusasteraan ilmiah merentas pelbagai format dan disiplin penerbitan.Mendeley ialah perisian yang fungsi utamanya mengurus petikan dengan nama pengarang dan menyediakan senarai rujukan daripada pelbagai sumber.Galeri InfoGaleri InfoPengajian Am Semester 2 STPM Bab 1 Kemahiran dalam Penyelidikan


7 (c) Mengikut jenis kajian: Kuantitatif – Soalan tertutup, iaitu soalan tersebut boleh diukur atau mempunyai data statistik. Contohnya, berapa jam anda belajar setiap hari? Kualitatif – Soalan terbuka untuk mendapatkan jawapan yang lebih mendalam. Contohnya, boleh ceritakan pengalaman anda semasa belajar secara dalam talian?3 Kemahiran menyoal (temu bual atau pemerhatian) (a) Bertanya dengan nada profesional (b) Soalan berturutan: Mulakan dengan soalan umum, kemudian beralih kepada soalan yang lebih spesifik. (c) Mendengar dengan telitinya dan beri ruang untuk responden menjawab tanpa gangguan. Tunjukkan minat dengan anggukan atau soalan susulan. (d) Mengelakkan soalan berkecenderungan. Elakkan soalan yang mengandungi jawapan tersembunyi.4 Tujuan kemahiran membina soalan dan menyoal: (a) Mengumpulkan data yang tepat, sahih, dan relevan (b) Membina hubungan baik dengan responden (c) Memastikan jawapan yang jujur dan bermakna bagi analisis kajian5 Contoh kemahiran membina soalan Soal selidik bertemakan alam sekitar (a) Kenal pasti fokus kajian alam sekitar yang dibuat seperti pencemaran sungai, penggunaan plastik, kesedaran sivik tentang kitar semula, dan pemanasan global pada peringkat komuniti sekolah. (b) Gunakan pelbagai bentuk soalan: (i) Soalan terbuka untuk mendapatkan pandangan, pengalaman, dan perasaan. Contoh: • Apa pendapat anda tentang tahap kebersihan sungai di kawasan ini? • Bagaimana anda melihat kesan penggunaan plastik terhadap alam sekitar di sekolah anda? (ii) Soalan tertutup bertujuan untuk mendapatkan data kuantitatif. Contoh: Adakah anda membuang sampah secara berasingan mengikut kategori ? (Ya / Tidak) (iii) Soalan separa struktur atau soalan skala likert yang bertujuan untuk mengukur tahap sikap atau persepsi seseorang. Contoh: Saya rasa penting untuk mengitar semula bahan buangan. (1) Setuju (2) Kurang setuju (3) Tidak setuju6 Integrasi dan perpaduan (a) Tentukan fokus kajian berkaitan dengan integrasi dan perpaduan yang dibuat seperti perpaduan dalam kalangan pelajar berbilang kaum, kepentingan program Rukun Negara, atau peranan media dalam menyemai nilai perpaduan.Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 1 Kemahiran dalam Penyelidikan


BAB18 (b) Proses bertanya soalan (i) Mulakan dengan soalan umum. Contohnya, apakah pandangan anda tentang perpaduan kaum di Malaysia pada masa sekarang?(ii) Gunakan teknik menyoal susulan. Contohnya, mengapa anda rasa begitu?/ boleh berikan contoh situasi itu?(iii) Kekalkan nada profesional dan terbuka. Tidak menghukum atau mengarah serta memberikan peluang kepada informan untuk memberikan jawapan jujur.1.2.4 Kemahiran Menganalisis dan Menginterpretasi Data dan Maklumat 1 Menganalisis data bermaksud memecah, mengkaji, dan mengenal pasti corak atau makna dalam data yang telah dikumpulkan.2 Menginterpretasi data bermaksud mentafsir maksud, makna, atau implikasi dapatan tersebut dalam objektif kajian.3 Kemahiran menganalisis data (a) Mengelaskan data(i) Susun data mengikut kategori atau tema.(ii) Responden “setuju” dan “tidak setuju” dikelaskan mengikut topik. (b) Mengenal pasti corak dan hubungan (i) Kenal pasti trend, perbezaan, atau kesamaan dalam data. Contoh: • Pendidikan: Pelajar menganalisis keputusan peperiksaan untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan. • Perniagaan: Penganalisis kewangan menginterpretasi laporan kewangan untuk membuat keputusan pelaburan. • Sains: Penyelidik menilai data eksperimen untuk menyokong atau menolak hipotesis. (ii) Gunakan alat analisis. • Kuantitatif: Gunakan perisian seperti excel, SPSS, dan untuk kiraan peratus dan min. Python, R. • Kualitatif: Gunakan kaedah tema, kod, dan rumus makna daripada jawapan terbuka seperti google sheets, Tableau, Power BI.4 Kemahiran menginterpretasi data (a) Mentafsir berdasarkan objektif kajian (i) Kaitkan dapatan dengan soalan penyelidikan. Contoh: Jika objektif kajian adalah menilai kesedaran alam sekitar, tafsir sama ada data mencerminkan kesedaran tinggi atau rendah.(d) Pelajar dapat mengaplikasi pelbagai kaedah asas untuk menganalisis dan menginterpretasi data dan maklumat.Hasil PembelajaranARKIBSejarahSPSS ialah perisian statistik yang dicipta pada tahun 1968 oleh tiga orang pelajar dari Universiti Stanford, iaitu Norman H. Nie, C. Hadlai Hull, dan Dale H. Bent.Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 1 Kemahiran dalam Penyelidikan


9 (b) Membuat kesimpulan yang logik (i) Jangan mereka-reka makna sesuatu frasa yang boleh mengakibatkan hasil yang berbeza. (ii) Ikut bukti atau data yang sahih dan boleh dipercayai bagi membuat kesimpulan. (c) Membuat perbandingan atau rumusan (i) Bandingkan dapatan kajian lepas atau rumus implikasi untuk tindakan. Contoh: “Dapatan menunjukkan keperluan program kesedaran yang lebih menyeluruh di sekolah menengah.”5 Matlamat kemahiran menganalisis dan menginterpretasi data dan maklumat: (a) Membolehkan pengkaji membuat keputusan yang tepat berdasarkan bukti. (b) Menyumbang kepada penulisan dapatan dan perbincangan dalam laporan kajian. (c) Menjamin kebolehpercayaan dan kesahihan penyelidikan yang dibuat.6 Maklumat boleh dianalisis dan diinterpretasi mengikut: (a) Mengkategori (i) Proses menyusun, mengelompokkan, dan mentafsir maklumat berdasarkan tema, jenis pola, atau kategori tertentu.(ii) Tujuan analisis ini adalah menilai perbezaan antara kumpulan, memudahkan untuk mengenal pasti isu utama, membantu dalam membuat kesimpulan berfakta, dan menyusun dapatan secara tersusun dan berstruktur. (iii) Kegunaan dalam penyelidikan adalah untuk menganalisis temu bual kualitatif, berguna dalam soal selidik terbuka, dan penting untuk mengatur maklumat yang tidak berstruktur. (iv) Langkah: • Kenal pasti kategori utama. • Susun data mengikut kategori. • Kira jumlah, peratus, atau kekerapan. • Tafsir makna daripada pola yang muncul.(b) Membanding (i) Membanding merujuk proses data atau maklumat digunakan untuk membandingkan dua atau lebih perkara seperti kumpulan, tempat, masa, atau keadaan tertentu. (ii) Tujuan analisis membandingkan adalah untuk mengenal pasti jurang kecenderungan, menilai keberkesanan tindakan, dan membantu dalam pembentukan tindakan susulan.Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 1 Kemahiran dalam Penyelidikan


BAB (iii) Langkah: • Pilih dua atau lebih perkara untuk dibandingkan. • Kumpul data setiap kumpulan. • Susun data dalam bentuk jadual atau carta. • Bandingkan dan kenal pasti perbezaan atau persamaan sesuatu perkara. • Tafsir dan rumus dapatan. (c) Membeza (i) Proses mengenal pasti perbezaan yang wujud antara dua atau lebih set maklumat, peristiwa, kumpulan, atau fenomena untuk menilai perubahan, kecenderungan, atau variasi sesuatu perkara. (ii) Tujuan kemahiran membeza ini adalah untuk menilai perbezaan sikap, pendapat, atau hasil, mengenal pasti jurang pencapaian, dan membina kesimpulan yang berdasarkan bukti. (iii) Ciri analisis membeza yang baik adalah jelas, berfakta, berdasarkan data sebenar, dan disertakan dengan sebab yang munasabah. (iv) Langkah menganalisis maklumat: • Pilih dua perkara yang hendak dibezakan. • Susun data dalam bentuk yang mudah dibezakan. • Kenal pasti perbezaan ketara. • Tafsir perbezaan yang dibuat.(d) Mentafsiri) Mentafsir merujuk proses memahami makna, maksud tersirat, atau implikasi sesuatu maklumat atau data serta menghubungkannya dengan objektif kajian, isu semasa, atau teori. (ii) Tujuan mentafsir maklumat adalah untuk menjelaskan sebab sesuatu dapatan terjadi, menilai kesan atau makna data, dan mengaitkan dapatan dengan hipotesis, objektif kajian, atau teori. (iii) Kemahiran yang digunakan dalam mentafsir ialah pemikiran kritis dan logik, keupayaan membuat hubungan antara fakta, dan keupayaan menjelaskan maksud tersirat. (iv) Langkah: • Pilih maklumat dan data yang relevan. • Fahami konteks dan latar belakang perkara tersebut. • Tanya: Apa makna data ini? Mengapa begini? • Tafsir secara rasional dengan sokongan bukti yang kukuh. (e) Merumus (i) Merumus merujuk proses menyimpulkan maklumat utama secara padat, jelas, dan bermakna berdasarkan data yang telah dianalisis.Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 1 Kemahiran dalam Penyelidikan


11 (ii) Tujuan kemahiran merumus adalah untuk memberikan gambaran keseluruhan, menunjukkan pemahaman mendalam, dan membina kesimpulan yang tepat untuk laporan yang dibuat. (iii) Pastikan rumusan yang dibuat adalah tepat berdasarkan data, padat, tidak terlalu panjang, dan jelas serta mudah difahami. (iv) Langkah: • Kenal pasti maklumat penting. • Gabungkan maklumat yang berkaitan. • Gunakan ayat padat dan jelas. • Bina ayat kesimpulan atau rumusan yang baik.1.2.5 Kemahiran Komunikasi Berkesan1 Kemahiran komunikasi berkesan merujuk keupayaan untuk menyampaikan maklumat, idea, dan perasaan dengan jelas dan tepatnya serta difahami oleh penerima dalam bentuk lisan, bertulis, dan bukan lisan.2 Kemahiran ini penting dalam pelbagai aspek seperti tempat kerja, pendidikan hubungan sosial, dan kepimpinan.3 Kemahiran komunikasi berkesan merangkumi: (a) Kejelasan: Maklumat disampaikan dengan jelasnya dan mudah difahami. (b) Ketepatan: Fakta dan maklumat yang disampaikan adalah tepat dan relevan. (c) Empati: Memahami dan mengambil kira perasaan serta perspektif orang lain. (d) Maklum balas: Memberikan dan menerima maklum balas secara terbuka. (e) Pendengaran aktif: Mendengar dengan penuh perhatian dan menunjukkan minat terhadap apa-apa yang disampaikan.4 Komunikasi boleh berlaku dalam beberapa bentuk. (a) Komunikasi sehala(i) Komunikasi sehala merujuk proses penyampaian maklumat daripada satu pihak kepada pihak lain tanpa menerima maklum balas secara langsung atau serta-merta. (ii) Ciri-ciri komunikasi sehala: • Maklumat mengalir dari satu hala sahaja • Tiada interaksi atau maklum balas segera • Untuk menyampaikan maklumat ringkas dan umum (iii) Kelebihan komunikasi sehala: • Cepat dan mudah disampaikan • Jelas dan berfokus pada mesej utama • Sesuai dalam situasi kecemasan atau arahan rasmi(e) Pelajar dapat menjelaskan konsep kemahiran komunikasi berkesan, bentuk komunikasi, dan jenis komunikasi.Hasil Pembelajaran(f) Pelajar dapat menyampaikan maklumat yang relevan melalui pelbagai bentuk dan jenis komunikasi.Hasil PembelajaranPengajian Am Semester 2 STPM Bab 1 Kemahiran dalam Penyelidikan


BAB (iv) Kelemahan komunikasi sehala: • Tiada maklum balas • Berisiko salah faham • Kurang interaksi (b) Komunikasi dua hala (i) Komunikasi dua hala merujuk proses komunikasi yang melibatkan dua pihak yang saling bertukar maklumat, iaitu penghantar dan penerima kedua-duanya memberikan dan menerima maklumat serta maklum balas. (ii) Ciri-ciri komunikasi dua hala: • Berlaku antara dua pihak • Maklumat mengalir secara dua arah • Lebih interaktif dan berkesan • Membantu untuk mengelakkan salah faham • Penerima boleh memberikan maklum balas secara langsung (iii) Kelebihan komunikasi dua hala: • Lebih jelas dan tepat • Meningkatkan kefahaman dan penglibatan• Membina hubungan baik dan kepercayaan• Menggalakkan pemikiran kritis dan maklum balas konstruktif(iv) Cabaran komunikasi dua hala:• Mengambil masa lebih lama berbanding dengan komunikasi sehala• Memerlukan kemahiran mendengar dan bertutur yang baik• Boleh berlaku gangguan atau salah tafsir jika tidak dikendalikan dengan betulnya(c) Komunikasi pelbagai hala(i) Komunikasi pelbagai hala merujuk interaksi yang melibatkan lebih daripada dua pihak, iaitu semua pihak berpeluang untuk menyampaikan maklumat dan memberikan maklumat secara aktif. (ii) Ciri-ciri komunikasi pelbagai hala: • Berlaku antara lebih daripada dua orang individu atau kumpulan • Maklumat mengalir secara bebas dari dua arah atau lebih • Setiap pihak terlibat secara aktif dalam berkongsi pandangan (iii) Kelebihan komunikasi pelbagai hala: • Menggalakkan pemikiran kritis dan penyelesaian masalah • Mewujudkan kefahaman yang lebih mendalamPengajian Am Semester 2 STPM Bab 1 Kemahiran dalam Penyelidikan


13 • Meningkatkan semangat kerja berpasukan • Memperkukuh hubungan interpersonal(iv) Cabaran komunikasi pelbagai hala: • Risiko salah faham jika tiada kawalan • Sukar dikawal jika terlalu ramai terlibat • Membuang masa jika tiada fokus atau panduan5 Terdapat beberapa jenis komunikasi yang berkesan. (a) Komunikasi Lisan (i) Komunikasi lisan merujuk proses penyampaian maklumat menggunakan pertuturan atau suara secara langsung sama ada bersemuka atau melalui alat komunikasi suara. (ii) Jenis komunikasi lisan:Perbualan harianPerbincanganTemu bualSyarahan/ UcapanPerdebatanPembentanganTelefonKomunikasi spontan dan tidak formal antara individuKomunikasi terancang antara dua/ lebih individu untuk mencapai sesuatu matlamatPertuturan antara penemu duga & individu yang ditemu bual untuk mendapatkan maklumatKomunikasi lisan yang disampaikan kepada audiens secara formalPertukaran hujah antara dua pihak atau lebih secara formalPenyampaian maklumat secara tersusun kepada audiensKomunikasi lisan melalui alat teknologi tanpa bersemukaJenis Komunikasi LisanPengajian Am Semester 2 STPM Bab 1 Kemahiran dalam Penyelidikan


BAB(iii) Ciri-ciri komunikasi lisan: • Menggunakan suara dan bahasa pertuturan • Boleh berlaku secara langsung atau tidak langsung • Memberikan peluang kepada maklum balas segera • Memerlukan intonasi, nada, sebutan, dan kelancaran yang sesuai (iv) Kelebihan komunikasi lisan: • Cepat dan spontan • Maklum balas segera • Lebih mudah difahami dengan bantuan intonasi dan bahasa tubuh (v) Kekurangan komunikasi lisan: • Tidak ada rekod bertulis • Terdedah kepada risiko salah faham jika sebutan, nada, atau penggunaan bahasa tidak jelas (b) Komunikasi Bertulis (i) Komunikasi bertulis merujuk proses penyampaian maklumat menggunakan tulisan atau teks sama ada secara cetak atau digital yang boleh dibaca dan dirujuk semula oleh penerima.(ii) Jenis komunikasi bertulisSurat rasmiSurat tidak rasmiE-melMesej teksMemoLaporanArtikelNotisDigunakan untuk urusan formal antara individu dengan organisasiBersifat peribadi dan santaiKomunikasi bertulis melalui sistem digitalKomunikasi segera dan ringkas melalui telefon atau media sosialNota ringkas dalam organisasi untuk menyampaikan maklumat dalamanDokumen lengkap yang mengandungi hasil kajian, analisis, dan cadanganPenulisan untuk menerangkan, menghujah/ memberikan pendapatMenyampaikan maklumat penting kepada umumJenis Komunikasi BertulisPengajian Am Semester 2 STPM Bab 1 Kemahiran dalam Penyelidikan


15(iii) Ciri-ciri komunikasi bertulis: • Tersusun dan terancang • Menggunakan tatabahasa dan ejaan yang betul • Boleh disimpan dan dirujuk semula • Biasanya lebih formal berbanding dengan komunikasi lisan(iv) Kelebihan komunikasi bertulis: • Ada rekod kekal • Sesuai untuk maklumat terperinci dan rasmi • Boleh dibaca semula bila-bila masa • Mengelakkan salah faham jika ditulis dengan jelasnya(v) Kekurangan komunikasi bertulis: • Tiada maklum balas segera • Boleh disalah tafsir jika ayat tidak jelas • Lambat jika dibandingkan dengan komunikasi lisan (c) Simbol (i) Komunikasi simbol merujuk penyampaian maklumat menggunakan lambang, isyarat, tanda, warna, gambar, atau objek yang mewakili sesuatu makna tanpa menggunakan perkataan atau suara secara langsung.(ii) Jenis komunikasi simbolIsyarat tanganTandaWarnaEmojiTandajalanGambarGerak isyarat yang mewakili mesej tertentuGambar/ lambang yang mewakili organisasi/ maksud tertentuWarna tertentu membawa makna simbolikSimbol dalam komunikasi digital untuk meluahkan emosiSimbol universal untuk keselamatan dan arahanImej yang mewakili makna tertentu tanpa teksJenis Komunikasi Simbol(iii) Ciri-ciri komunikasi simbol: • Tidak menggunakan perkataan secara langsung • Boleh difahami secara universal • Mudah dikenali dan diingati • Perlu kefahaman budaya atau aspek yang betul untuk ditafsir dengan tepatnyaPengajian Am Semester 2 STPM Bab 1 Kemahiran dalam Penyelidikan


BAB(iv) Kelebihan komunikasi simbol: • Cepat difahami walaupun berbeza bahasa • Efektif dalam situasi kecemasan • Mudah dikenali walaupun dari jauh • Boleh digunakan oleh golongan kelainan upaya (OKU)(v) Kelemahan komunikasi simbol: • Boleh ditafsir secara berbeza jika tidak jelas • Tidak sesuai untuk mesej yang kompleks • Perlu pemahaman awal terhadap makna simbol tersebut (d) Isyarat (i) Komunikasi isyarat merujuk proses menyampaikan maklumat, idea, atau perasaan melalui gerakan tubuh, anggota badan, atau alat tertentu tanpa menggunakan perkataan secara langsung. (ii) Jenis komunikasi isyaratIsyarat tanganGerakan tubuhIsyarat mataIsyarat trafikIsyarat khasDigunakan oleh individu bisu/ pekak untuk berkomunikasiGerakan anggota badan untuk memberikan maksud tertentuMimik muka dan pandangan mata menyampaikan perasaanTindakan pegawai/ alat yang memberikan arahan di jalan rayaSistem isyarat yang digunakan dalam konteks khususJenis Komunikasi Isyarat(iii) Ciri-ciri komunikasi isyarat: • Tidak melibatkan pertuturan atau tulisan • Bergantung pada gerakan, mimik muka, atau alat tertentu • Memerlukan pemahaman bersama terhadap maksud isyarat • Sesuai dalam keadaan senyap, bahaya, atau bahasa berbeza(iv) Kelebihan komunikasi isyarat: • Membantu golongan kurang upaya berkomunikasi • Efektif dalam situasi kecemasan atau bising • Tidak memerlukan bahasa yang sama • Cepat dan jelas jika difahami bersamaPengajian Am Semester 2 STPM Bab 1 Kemahiran dalam Penyelidikan


17(v) Kelemahan komunikasi isyarat: • Boleh disalah tafsir jika tidak jelas • Terhad kepada maklumat ringkas • Memerlukan latihan atau pengetahuan untuk memahami kod tertentu6 Kepentingan menggunakan laras bahasa yang betul dalam komunikasi berkesan: (a) Memastikan maklumat jelas dan difahami (b) Mencerminkan sikap profesional dan sopan (c) Mengelakkan salah faham atau kekeliruan (d) Meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat1.2.6 Kemahiran Kolaboratif1 Kemahiran kolabortif merujuk kemahiran bekerja secara berkumpulan untuk mencapai matlamat bersama dengan komunikasi berkesan, saling menghormati, serta pembahagian tugas yang adil dan terancang.2 Kepentingan kemahiran kolaboratif dalam projek (a) Mempercepat proses penghasilan projek (b) Menggalakkan idea dan kreativiti yang lebih luas (c) Mengukuhkan hubungan antara rakan sekelas (d) Menyediakan pelajar menghadapi dunia universiti atau kerjayaengaplikasikan kemahiran kolaboratif dalam projek kerja kursus Pengajian Am (a) Perancangan awal secara kumpulan (b) Pembahagian tugas secara adil (c) Komunikasi dan perbincangan secara konsisten (d) Saling menyokong dan memberikan maklum balas (e) Menilai dan meningkatkan kualiti kerja kumpulan4 Contoh penulisan refleksi projek (kolaboratif) “Kemahiran kolaboratif telah banyak membantu kumpulan kami dalam menjayakan kajian ini. Melalui pembahagian tugas yang jelas dan perbincangan berterusan, kami dapat menyiapkan projek mengikut masa. Selain itu, sikap saling membantu dan menghargai pendapat rakan menjadikan pengalaman ini lebih bermakna dan memberi kami keyakinan untuk bekerja dalam pasukan pada masa hadapan.”(g) Pelajar dapat mengamalkan kemahiran komunikasi berkesan dengan menggunakan laras bahasa yang betul.Hasil Pembelajaran(h) Pelajar dapat mengaplikasi kemahiran kolaboratif dalam penghasilan projek.Hasil PembelajaranPengajian Am Semester 2 STPM Bab 1 Kemahiran dalam Penyelidikan


182.1 Asas Penyelidikan1 Asas penyelidikan bermaksud prinsip, konsep, dan elemen utamayang menjadi landasan atau panduan dalam menjalankan sesuatu kajian secara sistematik dan teratur. Secara ringkas, asas penyelidikan ialah pengetahuan asas yang diperlukan sebelum, semasa, dan melakukan penyelidikan supaya hasilnya sah, boleh dipercayaibermanfaat.2 Terdapat beberapa ciri asas penyelidikan. CIRI-CIRI ASAS PENYELIDIKANSISTEMATIK• Pendahuluan • Metodologi • Hasil • Perbincangan• PenutupSUMBER• Rujukan yang sah• Data yang dipercayaiKAEDAH ILMIAH• Analisis data• Penilaian kritisOBJEKTIF• Bebas daripada emosi• Bebas daripada pandangan peribadiJELAS• Bahasa yang tepat• Mudah difahami3 Terdapat struktur kerja Pengajian Am.STRUKTUR KERJA KERJA PENGAJIAN AMPENDAHULUANMenyediakan konteks dan tujuan kajianPERBINCANGANMenganalisis dan mentafsirkan hasil kajianMETODOLOGIMenggariskan pendekatan dan teknik penyelidikanKESIMPULANRumusan penemuan dan implikasiRUJUKANMenyediakan sumber dan kredit untuk maklumat1425 6HASIL KAJIANMembentangkan penemuan dan data utama3Pelajar dapat:(a) Mengaplikasikan kemahiran insaniah bagi menghasilkan satu tugasan bertulis yang berkualiti.(b) Memilih tajuk kajian serta membentuk pernyataan masalah.Hasil PembelajaranPengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Kerja Kursus (Projek)2 KERJA KURSUS (PROJEK)BABBahagian 2: Kerja Kursus


192.1.1 Mengenal Pasti Isu KajianPemilihan tajuk yang sesuaiBidang kajian yang dipilhTajuk yang relevanTajuk yang sesuai dengan bidangKesesuaian dengan isu-isu bidangFokus disiplin yang jelasRelevansi tajuk1 Mengenal pasti isu kajian bermaksud proses mencari dan menentukan masalah atau persoalan utama yang ingin dikaji dalam sesuatu penyelidikan. Dalam penyelidikan, langkah ini sangat penting kerana isu akan menentukan arah, objektif, dan kaedah kajian yang digunakan.2 Biasanya, mengenal pasti isu kajian melibatkan: (a) Pemerhatian dan pembacaan: Meneliti fenomena, situasi, atau masalah yang berlaku. (b) Menganalisis jurang pengetahuan: Mengenal pasti perkara yang belum dikaji atau difahami sepenuhnya. (c) Memilih topik yang relevan: Memastikan isu berkaitan dengan bidang atau tujuan penyelidikan. (d) Menilai kepentingan isu: Adakah isu ini memberikan impak kepada masyarakat, industri, atau pengetahuan? (e) Merumuskan dalam bentuk persoalan kajian: Isu yang jelas biasanya boleh ditukar menjadi persoalan atau hipotesis yang boleh diuji.(f) Contoh situasi:Ramai pengguna di Malaysia suka membeli barang melalui platform e-dagang seperti Shopee, Lazada, atau TikTok Shop. Namun, ada aduan tentang penipuan, kelewatan penghantaran, dan kualiti barang yang tidak sama seperti diiklankan. Langkah mengenal pasti isu kajian:(i) Pemerhatian: Pembelian dalam talian semakin popular, tetapi masalah kualiti dan kepercayaan terhadap penjual sering berlaku. (ii) Mencari punca awal: Gambar produk tidak sama dengan barang sebenar, pengurusan logistik lemah, atau penjual tidak mematuhi polisi platform.Pelajar dapat:(c) Memilih tajuk kajian serta membentuk pernyataan masalah dan objektif.Hasil PembelajaranPengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Kerja Kursus (Projek)


(iii) Menilai kepentingan isu: Masalah ini dapat mengurangkan kepercayaan pengguna dan menjejaskan pertumbuhan e-dagang. (iv) Rumusan isu kajian: “Faktor-faktor yang mempengaruhi kepercayaan pengguna dalam pembelian secara dalam talian di Malaysia.” (v) Bentuk persoalan kajian: • Adakah ulasan pengguna mempengaruhi keputusan membeli secara dalam talian? • Bagaimanakah masa penghantaran mempengaruhi tahap kepuasan pelanggan? • Apakah peranan polisi pemulangan barang dalam membina kepercayaan pelanggan?Bil Isu Kajian Bidang Contoh Persoalan Kajian1 Pengaruh strategi pemasaran media sosial terhadap kecenderungan pengguna membuat pembelian secara dalam talian. Pemasaran/ Perniagaan• Adakah iklan melalui media sosial meningkatkan minat orang ramai untuk membeli?• Bagaimanakah kandungan kreatif mempengaruhi keputusan pembelian?2 Kesan promosi jualan terhadap keputusan pembelian impulsif dalam platform e-dagang. Psikologi pengguna/ Perdagangan • Adakah jualan kilat mendorong pembelian tanpa perancangan?• Adakah tempoh promosi mempengaruhi jumlah pembelian?3 Hubungan antara keberkesanan penghantaran dengan tahap kepuasan pelanggan dalam pembelian secara dalam talian. Pengurusan logistik• Bagaimanakah kelajuan penghantaran mempengaruhi kepuasan pelanggan?• Adakah ketepatan masa penghantaran meningkatkan kesetiaan pelanggan?4 Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kepercayaan pengguna terhadap keselamatan maklumat peribadi semasa membeli secara dalam talian. Teknologi maklumat/ Keselamatan siber• Adakah sijil keselamatan (SSL) mempengaruhi keyakinan pembeli?• Bagaimanakah pengalaman buruk mempengaruhi kepercayaan pengguna?Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Kerja Kursus (Projek)


215 Perbezaan tingkah laku pembelian secara dalam talian antara generasi milenium dengan generasi Z di Malaysia. Sosiologi/ Pemasaran• Adakah generasi Z lebih cenderung membeli melalui media sosial berbanding dengan milenium?• Apakah faktor utama yang mempengaruhi pembelian mengikut generasi?2.1.2 Pernyataan Masalah dan Objektif Kajian1 Pernyataan masalah ialah penjelasan terperinci tentang masalah yang menjadi asas kepada penyelidikan, termasuk latar belakang, bukti kewujudan masalah, dan faktor-faktor masalah itu penting untuk dikaji. Fungsinya adalah untuk meyakinkan pembaca bahawa kajian yang dijalankan memang relevan, signifikan, dan perlu dilaksanakan.2 Pernyataan masalah mengikut tema:Bil Tema Pernyatakan Masalah1 Ekonomi Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sukar menembusi pasaran global akibat kekangan modal, kemahiran pemasaran, dan teknologi serta menjejaskan daya saing dan sumbangan terhadap KDNK. Sosial Kadar penceraian di bandar semakin meningkat akibat tekanan ekonomi, kurang komunikasi, dan pengaruh media sosial, menjejaskan kestabilan keluarga dan perkembangan anak-anak.3 Sukan Penyertaan remaja dalam sukan merosot kerana pengaruh gajet, kekurangan kemudahan, dan jadual akademik padat, menjejaskan kesihatan fizikal dan mental.4 Kraf tanganIndustri kraf tangan tradisional semakin terpinggir akibat persaingan produk murah dari luar negara dan kurang minat generasi muda, mengancam kelestarian warisan seni.5 Prasarana Kualiti prasarana awam seperti jalan raya, lampu jalan, dan sistem perparitan kurang memuaskan, menjejaskan keselamatan dan keselesaan penduduk.Akses IlmuINFOLayari laman web https://qr.pelangibooks.com/?u=WM7I9jBquntuk mengetahui maklumat lanjut tentang definisi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Kerja Kursus (Projek)


BAB2226 Teknologi Jurang digital antara bandar dengan luar bandar masih wujud akibat kekurangan akses Internet berkelajuan tinggi, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), dan peranti moden.7 Perpaduan Hubungan antara kaum semakin rapuh kerana kurang interaksi antara etnik, dengan generasi muda cenderung berkawan dalam kelompok kaum sendiri, menghakis perpaduan nasional3 Contoh penyataan masalah mengikut isu daripada tema tertentu: (a) Tema Prasarana: Isu Kemudahan Taman Perumahan Di Taman Seri Maju, penduduk sering mengadu tentang keadaan kemudahan prasarana yang tidak memuaskan. Taman permainan kanak-kanak tidak diselenggara dengan baiknya serta terdapat peralatan yang rosak dan membahayakan keselamatan. Selain itu, lampu jalan di beberapa buah kawasan tidak berfungsi, menyebabkan keadaan menjadi gelap dan membimbangkan keselamatan penduduk pada waktu malam. Laluan pejalan kaki juga tidak diselenggara, dengan banyak bahagian retak dan berlubang. Masalah-masalah ini bukan sahaja menjejaskan kualiti hidup penduduk, malah boleh mengundang risiko kemalangan dan meningkatkan kadar jenayah. Keadaan ini menimbulkan persoalan sama ada pihak berkuasa tempatan menjalankan penyelenggaraan berkala yang mencukupi atau tidak.(b) Tema Sosial: Kraf TanganIndustri kraf tangan tradisional semakin terpinggir akibat kemasukan produk moden dan murah dari luar negara. Ramai pengusaha kraf tangan tempatan berdepan dengan masalah pemasaran dan kekurangan tenaga kerja muda yang berminat untuk mempelajari kemahiran tersebut. Jika tiada usaha pemuliharaan, seni warisan ini berisiko pupus. (c) Tema Alam Sekitar: Isu PencemaranProses pembandaran yang pesat telah membawa pelbagai isu alam sekitar seperti pencemaran udara, pencemaran air, pengurangan kawasan hijau, dan peningkatan suhu bandar (kesan pulau haba bandar). Perkembangan infrastruktur dan pertambahan populasi di kawasan bandar sering kali tidak diiringi dengan perancangan alam sekitar yang mampan. Akibatnya, kualiti hidup penduduk bandar terjejas, semakin berkurangan, dan risiko bencana alam seperti banjir kilat meningkat. Oleh itu, terdapat keperluan mendesak untuk mengenal pasti punca utama isu-isu ini dan mencari pendekatan yang lebih lestari dalam pembangunan bandar.INFOLayari laman webhttps://qr.pelangibooks.com/?u=GhDmnOYUuntuk mengetahui maklumat lanjut tentang pulau haba.Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Kerja Kursus (Projek)


23 (d) Tema Perpaduan: Isu Rukun TetanggaWalaupun Rukun Tetangga ditubuhkan sebagai platform untuk menggalakkan perpaduan dan kerjasama dalam kalangan penduduk setempat, kini peranan dan keberkesanannya semakin dipersoalkan. Banyak kawasan menunjukkan penurunan penyertaan komuniti dalam aktiviti Rukun Tetangga, yang menyebabkan hubungan kejiranan menjadi renggang dan semangat perpaduan semakin luntur. Faktor seperti gaya hidup moden, kekangan masa, kurangnya komunikasi, dan perbezaan latar belakang sosial serta budaya menyumbang kepada kelemahan ini. Jika isu ini tidak ditangani, masalah ini boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan meningkatkan risiko konflik sosial pada peringkat akar umbi.4 Objektif Kajian ialah tujuan atau matlamat utama sesuatu penyelidikan dijalankan. Ojektif Kajian menjelaskan apa-apa yang ingin dicapai atau dikenal pasti pada akhir kajian, selaras dengan isu yang dikaji. Objektif kajian perlu spesifik, jelas, dan boleh diukursupaya hasilnya dapat dinilai dengan tepatnya.5 Contoh objektif kajian mengikut tema:Bil Tema Contoh Objektif Kajian Secara Umum1 Ekonomi • Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi peningkatan pendapatan isi rumah di kawasan luar bandar.• Mengenal pasti kesan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terhadap peluang pekerjaan penduduk tempatan.• Menilai impak pelaksanaan e-dagang terhadap perniagaan tradisional. 2 Sosial • Menganalisis punca peningkatan masalah sosial dalam kalangan remaja di kawasan bandar.• Mengenal pasti keberkesanan program komuniti dalam meningkatkan interaksi sosial penduduk.• Menilai tahap kesejahteraan hidup masyarakat selepas pelaksanaan projek pembangunan.3 Budaya • Mengkaji tahap pengetahuan generasi muda terhadap warisan budaya tempatan.• Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi minat masyarakat terhadap seni persembahan tradisional.• Menilai keberkesanan festival kebudayaan dalam mempromosikan identiti tempatan.ARKIBSejarahSkim Rukun Tetangga dilancarkan oleh Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia) pada 29 Ogos 1975. Skim ini diwujudkan di bawah Peraturanperaturan Perlu (Rukun Tetangga) dalam Ordinan Darurat 1969. Penubuhan awal Skim Rukun Tetangga adalah untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan-kawasan tertentu berikutan kejadian-kejadian yang menggugat perpaduan nasional pada ketika itu.Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Kerja Kursus (Projek)


4 Prasarana • Mengenal pasti tahap kepuasan penduduk terhadap kemudahan awam di kawasan perumahan.• Menilai keberkesanan pembinaan jalan raya baharu terhadap kelancaran trafik.• Mengkaji kesan pembangunan prasarana terhadap ekonomi setempat. 5 Sains dan Teknologi• Tahap penerimaan masyarakat terhadap penggunaan tenaga boleh diperbaharui.• Mengenal pasti kesan penggunaan teknologi pintar dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.• Menilai keberkesanan aplikasi mudah alih dalam memudahkan urusan harian masyarakat.6 Perpaduan • Menilai tahap interaksi antara kaum dalam aktiviti komuniti setempat.• Mengkaji keberkesanan program perpaduan dalam meningkatkan semangat muhibah.• Mengenal pasti cabaran yang menghalang integrasi kaum di kawasan bandar.7 Keselamatan • Mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar jenayah di kawasan kejiranan.• Menilai keberkesanan rondaan keselamatan oleh pihak berkuasa dan komuniti.• Mengenal pasti tahap kesedaran masyarakat terhadap langkah pencegahan jenayah. 2.1.3 Kajian Lepas1 Kajian lepas ialah ringkasan atau sorotan maklumat daripada hasil daripada penyelidikan, penulisan akademik, laporan, atau sumber lain yang telah dijalankan sebelum ini, yang berkaitan dengan tajuk kajian kita.2 Tujuan kajian lepas dilakukan adalah untuk:(a) Menunjukkan pengetahuan sedia ada dalam bidang yang dikaji.(b) Mengenal pasti jurang kajian (gap) yang belum diterokai.(c) Memberikan asas teori atau konsep untuk kajian baharu.3 Ciri penulisan kajian lepasan yang baik: (a) Relevan: Maklumat yang diambil mestilah berkaitan secara langsung dengan tajuk kajian. (b) Bersumber sahih: Gunakan sumber yang dipercayai seperti jurnal akademik, buku ilmiah, laporan rasmi, atau artikel daripada institusi berautoriti. (c) Tersusun mengikut tema: Disusun mengikut topik, isu, atau konsep supaya pembaca mudah memahami aliran idea.Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Kerja Kursus (Projek)


25 (d) Ringkas tetapi padat: Terangkan isi penting tanpa menyalin bulat-bulat. (e) Analitis, bukan sekadar laporan: Bukan hanya menyenaraikan kajian, tetapi juga membanding, menilai, dan mengkritik secara konstruktif.(f) Gaya bahasa akademik: Menggunakan bahasa formal dan objektif. (g) Rujukan lengkap: Menyertakan petikan dan senarai rujukan mengikut format yang ditetapkan (contoh: APA, MLA, Chicago).4 Langkah praktikal untuk meringkaskan kajian lepas: (a) Langkah 1: Kenal pasti maklumat utama (i) Nyatakan tujuan kajian asal. (ii) Nyatakan kaedah penyelidikan (metodologi). • Dapatan utama (hasil kajian) • Cadangan atau implikasi kajian (b) Langkah 2: Buang maklumat kurang penting (i) Abaikan huraian yang terlalu teknikal jika tidak relevan dengan kajian anda. (ii) Elakkan salin semua perincian statistik atau contoh panjang.(c) Langkah 3: Gunakan ayat sendiri (i) Tukar ayat asal kepada parafrasa untuk mengelakkan plagiat. (ii) Gunakan bahasa yang ringkas tetapi tepat. (d) Langkah 4: Susun maklumat secara logik (i) Gabungkan kajian lepas yang mempunyai tema atau dapatan serupa. (ii) Boleh disusun secara kronologi (mengikut tahun) atau tematik (mengikut topik).(e) Langkah 5: Sertakan rujukan (i) Memastikan setiap maklumat disandarkan kepada penulis asal.5 Ciri-ciri ringkasan kajian lepas yang baik: (a) Maklumat penting dikekalkan: Tujuan, kaedah, dapatan, cadangan. (b) Bahasa dipermudah: Ayat lebih pendek dan jelas. (c) Tiada salinan bulat-bulat: Ayat ditukar (parafrasa). (d) Rujukan kekal disebut: Tahun dan nama penulis ada dinyatakan.6 Kepentingan kajian lepas: (a) Memberikan gambaran awal tentang isu kajian: Menunjukkan latar belakang dan perkembangan isu yang dikaji. (b) Mengenal pasti jurang kajian: Membantu penyelidik melihat aspek yang belum diterokai atau dikaji secara mendalam. (c) Mengelakkan pengulangan kajian yang sama: Memastikan kajian yang dijalankan mempunyai nilai tambah dan sumbangan baharu.Format APA, MLA, dan Chicago ialah gaya penulisan dan rujukan yang digunakan dalam bidang akademik yang berlainan. APA (American Psychological Association) biasa digunakan dalam sains sosial, manakala MLA (Modern Language Association) lazim dalam kesusasteraan, dan Chicago pula menawarkan dua format (Nota-Bibliografi atau Pengarang-Tarikh) yang popular dalam sejarah dan seni. Galeri InfoPengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Kerja Kursus (Projek)


BAB226 (d) Menyokong pernyataan masalah dan objektif: Memberikan bukti dan sokongan akademik daripada kajian terdahulu. (e) Membantu untuk memilih kaedah kajian yang sesuai: Mengambil rujukan daripada kaedah yang telah digunakan dan terbukti berkesan. (f) Membina asas teori kajian: Menyediakan kerangka konsep atau teori untuk panduan penyelidikan. (g) Meningkatkan kredibiliti kajian: Kajian yang disokong dengan rujukan terdahulu lebih diyakini dan sahih.7 Contoh kajian lepas yang diringkaskan bagi memenuhi projek Pengajian Am (a) Tema Sosial Budaya: Isu Buli (i) Pengaruh Budaya Sekolah terhadap Tingkah Laku Buli Versi asal:Menurut kajian oleh Halim & Roslan (2019), budaya sekolah yang terlalu menekankan persaingan akademik dan kurang aktiviti interaksi sosial positif, boleh meningkatkan risiko buli. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual mendalam dengan 15 orang guru disiplin daripada lima buah sekolah menengah di Johor. Hasil dapatan menunjukkan bahawa sekolah yang tidak menggalakkan kokurikulum secara aktif lebih cenderung mengalami masalah buli kerana pelajar kurang saluran untuk menyalurkan tenaga dan emosi secara sihat.Versi ringkasan:Halim & Roslan (2019) mendapati bahawa budaya sekolah yang menekankan persaingan akademik tetapi kurang aktiviti sosial positif meningkatkan risiko buli, terutamanya di sekolah yang tidak menggalakkan kokurikulum.(ii) Pengaruh Ibu bapa dan Rakan SebayaVersi asal:Kajian oleh Noraini et al. (2020) terhadap 400 orang pelajar sekolah menengah di Selangor mendapati bahawa latar belakang keluarga yang bermasalah seperti kurang perhatian ibu bapa atau konflik rumah tangga, menyumbang kepada kecenderungan membuli. Selain itu, pengaruh rakan sebaya yang mengagungkan tingkah laku agresif turut menjadi faktor penting. Kajian ini menggunakan soal selidik dan analisis regresi berganda untuk mengenal pasti hubungan antara faktor keluarga dengan rakan sebaya dengan insiden buli. Versi ringkasan: Noraini et al. (2020) menunjukkan masalah keluarga dan pengaruh rakan sebaya yang mengagungkan tingkah laku agresif meningkatkan kecenderungan pelajar untuk membuli.Pelajar dapat:(d) Memilih dan menulis kajian lepas secara ringkas.Hasil PembelajaranAnalisis regresi berganda ialah metode statistik untuk menganalisis hubungan antara dua atau lebih variabel independen (bebas) dengan satu variabel dependen (terikat).Galeri InfoPengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Kerja Kursus (Projek)


27 (iii) Persepsi Masyarakat terhadap Buli Versi asal: Menurut kajian oleh Ahmad & Zainal (2021), fenomena buli dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia semakin membimbangkan dengan peningkatan kes sebanyak 18% dalam tempoh lima tahun. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik terhadap 500 orang pelajar di lima buah sekolah menengah di Selangor. Hasil kajian mendapati bahawa faktor utama yang mendorong perlakuan buli ialah pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi, dan latar belakang keluarga yang bermasalah. Kajian ini turut menyatakan bahawa budaya “macho” atau keinginan untuk menunjukkan dominasi dalam kumpulan sering menjadi punca buli fizikal dan verbal. Cadangan kajian ini adalah untuk memperkukuh program pendidikan emosi dan kempen kesedaran di sekolah. Versi ringkasan:Ahmad & Zainal (2021) mendapati kes buli pelajar sekolah menengah di Malaysia meningkat 18% dalam tempoh lima tahun. Melalui soal selidik terhadap 500 orang pelajar di Selangor, mereka mengenal pasti pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi, dan masalah keluarga sebagai punca utama. Budaya “macho” turut mempengaruhi buli fizikal dan verbal. Kajian mencadangkan pelaksanaan program pendidikan emosi dan kempen kesedaran di sekolah. Tema Ekonomi: Pembelian Barangan Secara dalam Talian(i) Faktor Harga dan Promosi Versi asal: Lim & Tan (2020) menjalankan kajian terhadap 300 orang pengguna e-dagang di Kuala Lumpur untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi keputusan pembelian dalam talian. Kajian ini menggunakan borang soal selidik dan analisis statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor harga yang lebih rendah berbanding dengan kedai fizikal dan tawaran promosi masa terhad seperti jualan kilat merupakan pendorong utama. Responden menyatakan bahawa mereka lebih cenderung membeli produk secara dalam talian apabila terdapat potongan harga melebihi 20%. Versi ringkasan: Lim & Tan (2020) mendapati bahawa harga yang berpatutan dan promosi masa terhad menjadi faktor utama pembelian secara dalam talian. Responden lebih cenderung membeli apabila diskaun melebihi 20%.Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Kerja Kursus (Projek)


BAB228 (ii) Kemudahan Pembayaran Versi asal:Rahman et al. (2021) meneliti hubungan antara kemudahan kaedah pembayaran dan keyakinan pengguna dalam pembelian barangan secara dalam talian. Tinjauan dilakukan terhadap 250 responden yang pernah membeli produk dalam talian sekurang-kurangnya tiga kali setahun. Kajian mendapati penggunaan e-wallet, perbankan Internet, dan pembayaran kad kredit meningkatkan keyakinan pelanggan kerana mengurangkan kebimbangan terhadap keselamatan transaksi. Versi ringkasan: Rahman et al. (2021) mendapati kemudahan pembayaran seperti e-wallet dan perbankan Internet meningkatkan keyakinan pengguna membeli produk secara dalam talian kerana mengurangkan kebimbangan keselamatan transaksi.2.1.4 Kaedah Kajian 1 Kaedah kajian ialah cara atau langkah sistematik yang digunakan oleh penyelidik untuk mengumpulkan, menganalisis, dan menilai data bagi menjawab persoalan kajian atau mencapai objektif kajian. Hal ini melibatkan pemilihan reka bentuk kajian, kaedah pengumpulan data, instrumen kajian, dan teknik analisis data.2 Contoh kaedah kajian: (a) Kajian kuantitatif (Soal selidik, eksperimen) (b) Kajian kualitatif (Temu bual, pemerhatian) (c) Kajian campuran (Gabungan kuantitatif dan kualitatif)KUANTITATIF KUALITATIFKAEDAH ANALISIS DATAPeratus, kekerapan, min, sisihan piawaiPERSEMBAHANGraf, jadual, carta, dan lain-lainKAEDAH ANALISIS DATAPeratus, kekerapan, min, sisihan piawaiPERSEMBAHANNaratif3 Kepentingan kaedah kajian yang baik (a) Memberikan panduan jelas: Menentukan langkah yang teratur dalam proses penyelidikan.(e) Memilih kaedah kajian yang sesuai dan menentukan sampel kajian.Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Kerja Kursus (Projek)


29 (b) Menjamin ketepatan data: Mengelakkan kesilapan semasa pengumpulan maklumat. (c) Meningkatkan kebolehpercayaan kajian: Kajian lebih meyakinkan jika menggunakan kaedah yang sahih. (d) Memudahkan analisis data: Data yang dikumpulkan secara sistematik lebih mudah dianalisis. (e) Membolehkan kajian diulang: Penyelidik lain boleh mengulangi kajian dengan prosedur yang sama untuk mengesahkan hasil. METODOLOGIReka Bentuk Kajian• Jenis reka bentuk• KesesuaianPopulasi dan Sampel• Populasi sasaran• Kaedah persampelanInstrumen • Kesahan• KebolehpercayaanPengumpulan Data• Borang soal selidik• Protokol temu bualAnalisa Data • Statistik deskripsi• Statistik inferansiBatasan Kajian• Akui• BincangkanEtika Penyelidikan• Persetujuan• Kerahsiaan4 Sampel Kajian ialah sebahagian daripada populasi yang dipilih untuk dijadikan responden atau subjek kajian. Proses menentukan sampel melibatkan:(a) Kenal pasti populasi sasaran: Contoh: Semua pelajar sekolah menengah di Selangor.(b) Tentukan saiz sampel: Mengikut formula atau jadual saiz sampel (Contoh: Krejcie & Morgan).(c) Pilih teknik persampelan: (i) Rawak mudah (simple random sampling) (ii) Bertujuan (purposive sampling) (iii) Berstrata (stratified sampling) (iv) Bersiri/ Berkluster (cluster sampling) (v) Sampel kuota (vi) Sampel snowboll5 Kepentingan Sampel Kajian(a) Menjimatkan masa dan kos: Tidak perlu mengkaji seluruh populasi.Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Kerja Kursus (Projek)


BAB230(b) Membolehkan kajian dilakukan dengan sumber terhad: Tenaga kerja, peralatan, dan masa lebih terkawal.(c) Mewakili populasi: Jika dipilih dengan betulnya, sampel dapat menggambarkan ciri sebenar populasi.(d) Memudahkan pengurusan data: Data lebih mudah dianalisis berbanding dengan data daripada keseluruhan populasi.(e) Mengurangkan ralat kajian: Dengan saiz sampel dan teknik yang betul, hasil kajian lebih tepat.6 Contoh penulisan kaedah kajian dan sampel kajian yang baik berdasarkan maklumat di bawah. (a) Jenis sampel: Sampel bertujuan (purposive sampling) (b) Kawasan kajian: Kuala Lumpur (c) Tema: Kemudahan prasarana (d) Subtema: Kemudahan kesihatan7 Contoh Kaedah Kajian(a) Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian deskriptif secara tinjauan untuk menilai tahap kepuasan penduduk terhadap kemudahan kesihatan di Kuala Lumpur. Kaedah tinjauan dipilih kerana sesuai untuk mengumpulkan maklumat secara langsung daripada responden yang mempunyai pengalaman atau pengetahuan berkaitan dengan topik kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang mengandungi soalan berbentuk skala Likert lima mata bagi mengukur tahap kepuasan serta soalan terbuka untuk mendapatkan pandangan Data dikumpulkan secara bersemuka dan juga melalui platform dalam talian seperti Google Form bagi memudahkan capaian responden. Analisis deskriptif seperti kekerapan, peratusan, dan min digunakan untuk mentafsir tahap kepuasan pengguna terhadap kemudahan kesihatan yang disediakan. (b) Contoh Sampel Kajian Teknik persampelan bertujuan (purposive sampling) digunakan dalam kajian ini bagi memastikan hanya responden yang relevan dipilih. Sampel terdiri daripada penduduk dewasa yang berumur 18 tahun ke atas dan tinggal sekurang-kurangnya dua tahun di kawasan Kuala Lumpur. Pemilihan ini bertujuan untuk memastikan responden mempunyai pengalaman dan pengetahuan mencukupi tentang kemudahan kesihatan setempat seperti klinik kerajaan, hospital awam, pusat kesihatan komuniti, dan klinik swasta. Jumlah sampel kajian ialah 30 orang responden, merangkumi pelbagai latar belakang seperti jantina, pekerjaan, dan tahap pendidikan. Responden dipilih dari beberapa kawasan utama di Kuala Lumpur termasuk Cheras, Wangsa Maju, Kepong, dan Lembah Pantai. Kaedah ini diambil bagi memastikan hasil kajian dapat mewakili perspektif penduduk bandar secara menyeluruh.Google Form ialah aplikasi percuma daripada Google untuk membuat borang, tinjauan, dan kuiz dalam talian dengan mudahnya untuk membolehkan penggunanya mengumpulkan maklum balas dan data daripada responden.Galeri InfoPengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Kerja Kursus (Projek)


312.1.5 Pembentukan Instrumen Kajian1 Pembentukan instrumen kajian ialah proses membina atau menyediakan alat pengukuran yang akan digunakan untuk mengumpulkan data dalam penyelidikan. Instrumen ini boleh berbentuk soal selidik, borang pemerhatian, panduan temu bual, atau ujian. Proses pembentukan instrumen biasanya melibatkan:(a) Menentukan apa-apa yang ingin diukur (berdasarkan objektif kajian)(b) Menyediakan item atau soalan yang sesuai(c) Menjalankan ujian rintis untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen2 Instrumen kajian boleh berbentuk:(a) Soal selidik(b) Panduan temu bual(c) Borang pemerhatian (d) Ujian bertulis atau praktikal3 Langkah-langkah pembentukan instrumen kajian:(a) Kenal pasti objektif kajian: Pastikan setiap soalan atau item dalam instrumen berkait rapat dengan objektif kajian.(b) Tentukan jenis data yang diperlukan:(i) Data kuantitatif: Gunakan skala Likert, soalan pilihan jawapan, atau nombor.(ii) Data kualitatif: Gunakan soalan terbuka atau panduan temu bual.(c) Pilih bentuk instrumen: Soal selidik, panduan temu bual, borang pemerhatian, ujian prestasi, dan lain-lain.(d) Rangka item atau soalan: (i) Gunakan bahasa yang mudah, tepat, dan tidak mengelirukan. (ii) Susun soalan daripada soalan umum kepada soalan khusus.(e) Tentukan skala pengukuran: Contoh: Skala Likert 1–5 untuk mengukur tahap persetujuan/kepuasan.(f) Jalankan ujian rintis (pilot test): Uji kepada sekumpulan kecil responden untuk memastikan soalan difahami dan instrumen berfungsi dengan baiknya.(g) Semak kesahan dan kebolehpercayaan: Gunakan kaedah seperti kesahan kandungan (content validity) dan Cronbach’s Alpha bagi kebolehpercayaan.Soal Selidik 1 Soal selidik ialah satu set soalan bertulis yang diberikan kepada responden untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan sesuatu kajian. Soal selidik boleh berbentuk:Pelajar dapat:(f) Membentuk soal selidik, panduan temu bual, dan garis panduan pemerhatian. Hasil PembelajaranMenurut Lous Cohen et al. (2007), Skala Likertmerupakan skala yang popular sebagai indikator pengukuran dan sesuai digunakan bagi mengukur pandangan responden terhadap kajian yang dijalankan.Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Kerja Kursus (Projek)


(a) Soalan tertutup (Jawapan terhad, seperti Skala Likert, ya/ tidak) (b) Soalan terbuka (Responden memberikan jawapan bebas)2 Soal selidik digunakan kerana:(a) Mudah diedarkan kepada ramai responden(b) Menjimatkan masa dan kos(c) Memudahkan analisis data3 Ciri-ciri soal selidik yang baik:(a) Jelas dan mudah difahami: Elakkan penggunaan bahasa yang rumit atau jargon.(b) Relevan dengan objektif kajian: Setiap soalan mesti berkaitan dengan maklumat yang ingin dikumpulkan.(c) Ringkas tetapi lengkap: Soalan tidak terlalu panjang tetapi mencakupi semua aspek kajian.(d) Susunan logik: Bermula dengan soalan umum, diikuti soalan khusus.(e) Tidak mengelirukan atau mengarah jawapan: Elakkan soalan berat sebelah.(f) Memiliki skala pengukuran yang sesuai: Contoh: Skala Likert untuk mengukur tahap persetujuan atau kepuasan.(g) Ujian kesahan & kebolehpercayaan: Telah diuji untuk memastikan ujian benar-benar mengukur apa-apa yang sepatutnya.4 Kepentingan soal selidik yang baik:(a) engumpulkan data yang tepat dan sah: Data berkualiti tinggi membantu pelajar untuk menjawab objektif kajian dengan betulnya. (b) Meningkatkan kebolehpercayaan dapatan kajian: Soalan yang baik mengurangkan ralat jawapan. (c) Menjimatkan masa dan kos: Soal selidik yang terancang dapat mengelakkan pengumpulan data berulang kali.(d) Memudahkan analisis data: Data mudah diproses jika soalan disusun dengan betulnya.(e) Meningkatkan kadar respons: Soal selidik yang jelas dan mudah difahami membuatkan responden lebih cenderung untuk menjawab.5 Contoh soal selidik Tema: Sains dan Teknologi Subtema: Kemudahan Jalur Lebar di XXX Objektif Kajian: Mengkaji kepentingan kemudahan jalur lebar kepada penduduk di XXXPengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Kerja Kursus (Projek)


33 Bahagian A: Maklumat Demografi Responden(i) Jantina:☐ Lelaki ☐ Perempuan(ii) Umur:☐ 18–25 ☐ 26–35 ☐ 36–45 ☐ 46 dan ke atas(iii) Tahap pendidikan:☐ Sekolah menengah ☐ Diploma ☐ Ijazah ☐ Lain-lain(iv) Pekerjaan: (v) Tempoh menetap di XXX: ☐ < 5 tahun ☐ 5–10 tahun ☐ > 10 tahun Bahagian B: Kepentingan Kemudahan Jalur Lebar(Skala Likert: 1 = Sangat Tidak Setuju 2 = Tidak Setuju 3 = Neutral4 = Setuju 5 = Sangat Setuju)Bil Pernyataan 1 2 3 4 1 Kemudahan jalur lebar memudahkan saya mendapatkan maklumat dengan cepatnya.2 Jalur lebar membantu saya berhubung dengan keluarga dan rakan melalui aplikasi komunikasi.3 Kemudahan jalur lebar meningkatkan peluang pekerjaan melalui akses kepada iklan kerja.4 Jalur lebar memudahkan urusan pembelajaran secara dalam talian.5 Kemudahan jalur lebar membantu saya mengakses perkhidmatan kerajaan secara dalam talian.6 Akses jalur lebar meningkatkan tahap kemajuan teknologi di Changlun.Temu Bual1 Temu bual ialah satu kaedah pengumpulan data yang melibatkan proses soal jawab secara lisan antara penyelidik (penemu bual) dengan responden untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian. Temu bual boleh dilakukan secara bersemuka, melalui telefonmenggunakan platform dalam talian (Contoh: Zoom, Google Meet).Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Kerja Kursus (Projek)


2 Temu bual terbahagi kepada beberapa jenis mengikut tahap kebebasan soalan: (a) Temu bual berstruktur(i) Soalan telah ditetapkan sepenuhnya.(ii) Jawapan responden biasanya terhad kepada pilihan yang telah disediakan.(iii) Contoh: Temu bual untuk bancian penduduk. (b) Temu bual separa berstruktur (i) Ada senarai soalan panduan, tetapi penemu bual boleh bertanya soalan tambahan mengikut situasi.(ii) Sesuai untuk mendapatkan maklumat terperinci tetapi masih terarah. (c) Temu bual tidak berstruktur (i) Tiada soalan tetap; berbentuk perbualan bebas untuk menggali maklumat secara mendalam. (ii) Sesuai untuk kajian kualitatif yang memerlukan penerokaan mendalam.3 Kepentingan temu bual(a) Mendapatkan maklumat yang terperinci: Responden boleh menghuraikan jawapan dengan lebih panjang.(b) Menjelaskan soalan yang tidak difahami: Penemu bual boleh terus memberikan penerangan kepada responden.(c) Mengumpulkan data kualitatif yang kaya: Membolehkan penyelidik memahami pandangan, pengalaman, dan emosi responden.(enggalakkan interaksi dua hala: Membina hubungan baik antara penyelidik dengan responden.(e) Boleh mengesahkan maklumat: Penemu bual boleh mendapatkan penjelasan lanjut atau mengesahkan jawapan.4 Persediaan sebelum temu bual(a) Kenal pasti tujuan temu bual: Contoh: Untuk mendapatkan pandangan penduduk tentang keberkesanan kemudahan kesihatan awam di kawasan mereka.(b) Pilih jenis temu bual: Berstruktur, separa berstruktur, atau tidak berstruktur.(c) Sediakan senarai soalan panduan: Pastikan berkaitan dengan objektif kajian.(d) Dapatkan persetujuan responden: Beritahu tujuan kajian, jaminan kerahsiaan, dan minta kebenaran merakam (jika perlu).(e) Pilih lokasi dan masa sesuai: Pastikan keadaan tenang dan selesa untuk berbual.Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Kerja Kursus (Projek)


355 Struktur panduan temu bual (a) Pengenalan (i) Ucap salam dan perkenalkan diri.(ii) Terangkan tujuan temu bual dan jaminan kerahsiaan.(iii) Minta kebenaran untuk mencatat atau merakam. (b) Soalan latar belakang responden (i) Boleh ceritakan sedikit tentang diri anda (umur, pekerjaan, tempoh tinggal di kawasan ini)?(c) Soalan utama (Berkaitan dengan objektif kajian) Tema: Kemudahan Prasarana – Subtema: Kemudahan Kesihatan (i) Bagaimana pandangan anda tentang kemudahan kesihatan yang ada di kawasan ini? (ii) Adakah lokasi kemudahan kesihatan mudah diakses oleh penduduk? (iii) Apakah perkhidmatan yang paling kerap anda gunakan di kemudahan kesihatan tersebut? (iv) Pada pendapat anda, apakah kelebihan kemudahan kesihatan yang ada sekarang? (v) Apakah masalah atau kekurangan yang anda hadapi ketika menggunakan kemudahan ini? (vi) Bagaimanakah kemudahan kesihatan ini memberikan kesan kepada kehidupan harian anda dan komuniti? (vii) Apakah cadangan anda untuk menambah baik kemudahan kesihatan di kawasan ini?(d) Penutup(i) Ucapkan terima kasih atas kerjasama responden.(ii) Nyatakan bahawa maklumat yang diberikan sangat membantu kajian.6 Tip semasa temu bual (a) Gunakan bahasa yang mudah difahami oleh responden. (b) Berikan masa kepada responden untuk berfikir sebelum menjawab. (c) Catat poin penting atau rakam (dengan kebenaran).(d) Kekalkan nada suara yang mesra dan profesional.(e) Jangan mengubah maksud jawapan responden.Pemerhatian 1 Pemerhatian ialah kaedah pengumpulan data dengan cara penyelidik memerhati tingkah laku, situasi, atau peristiwa secara sistematik untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian. Maklumat dikumpulkan dengan melihat, kadangkala mendengar, dan mencatat apa-apa yang berlaku dalam keadaan sebenar. Contohnya: Dalam kajian kemudahan prasarana, penyelidik memerhati jumlah pesakit di klinik awam, keadaan kebersihan, dan masa menunggu.Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Kerja Kursus (Projek)


2 Pemerhatian boleh dibahagikan kepada beberapa jenis: (a) Pemerhatian berstruktur(i) Penyelidik menggunakan senarai semak atau panduan khusus untuk memerhati aspek tertentu.(ii) Contoh: Memerhati sama ada peralatan di klinik lengkap atau tidak mengikut senarai yang disediakan. (b) Pemerhatian tidak berstruktur (i) Pemerhatian dibuat secara bebas tanpa panduan ketat, sesuai untuk kajian penerokaan. (ii) Contoh: Memerhati suasana di bilik menunggu klinik tanpa senarai khusus. (c) Pemerhatian terus (Direct Observation) (i) Penyelidik berada di tempat kejadian dan melihat secara langsung. (d) Pemerhatian tidak terus (Indirect Observation) (i) Maklumat diperoleh melalui rakaman video, kamera litar tertutup (CCTV), atau sumber lain, bukan bersemuka. (e) Pemerhatian peserta (i) Penyelidik turut serta dalam aktiviti yang diperhati untuk memahami situasi dari dalam. (ii) Contoh: Penyelidik menjadi sukarelawan di klinik untuk memahami operasi harian.(f) Pemerhatian bukan peserta (i) Penyelidik hanya memerhati dari luar tanpa terlibat secara langsung.3 Kepentingan pemerhatian (a) Memberikan data yang tepat dan realistik: Maklumat diperoleh secara terus daripada situasi sebenar. (b) Mengesan perkara yang tidak dinyatakan oleh responden: Kadangkala responden tidak sedar atau sengaja tidak memberitahu. (c) Membantu untuk memahami konteks kajian: Melihat keadaan sebenar sendiri untuk membantu memberikan gambaran lebih jelas. (d) Melengkapkan kaedah lain: Boleh digunakan bersama soal selidik atau temu bual untuk mengesahkan data. (e) Merekod tingkah laku secara semula jadi: Sesuai untuk kajian sosial, pendidikan, dan persekitaran.4 Persediaan sebelum pemerhatian Contoh: Tema: Kemudahan Prasarana – Subtema: Kemudahan Kesihatan(a) Tetapkan objektif pemerhatian Contoh: Mengkaji keadaan kemudahan kesihatan awam di kawasan tertentu dari segi kebersihan, kemudahan fizikal, dan tahap penggunaan.Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Kerja Kursus (Projek)


37 (b) Tentukan jenis pemerhatian (i) Berstruktur atau tidak berstruktur (ii) Peserta atau bukan peserta(c) Sediakan senarai semak (checklist) atau borang catatan. (d) Pilih lokasi, tarikh, dan masa pemerhatian yang sesuai.(e) Dapatkan kebenaran jika pemerhatian melibatkan kawasan tertutup atau institusi rasmi.5 Persediaan semasa pemerhatian Contoh: Tema: Kemudahan Prasarana – Subtema: Kemudahan Kesihatan (a) Amalan profesional (i) Datang lebih awal untuk menyesuaikan diri dengan lokasi. (ii) Pastikan tidak mengganggu aktiviti yang sedang berlangsung. (iii) Catat semua pemerhatian secara terperinci atau gunakan rakaman (jika dibenarkan).(b) Perkara yang perlu diperhati (i) Kemudahan fizikal • Bilangan bilik rawatan, tandas, kerusi menunggu.• Keadaan kebersihan dan susun atur ruang.(ii) Penggunaan kemudahan• Bilangan pesakit pada masa tertentu.• Masa menunggu sebelum mendapatkan rawatan.(iii) Ketersediaan peralatan: Peralatan rawatan asas lengkap atau tidak.(iv) Aksesibiliti• Kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU).• Jarak dan mudah sampai.(v) Suasana persekitaran• Keadaan bising atau tenang.• Pencahayaan dan pengudaraan.6 Persediaan selepas pemerhatian Contoh: Tema: Kemudahan Prasarana – Subtema: Kemudahan Kesihatan (a) Semak semua catatan semula sebelum pulang dari lokasi.(b) Susun maklumat mengikut kategori atau kod tema.(c) Bandingkan dengan objektif kajian untuk memastikan semua data relevan.(d) Simpan rekod dengan selamatnya.2.1.6 Pengumpulan Data dan Maklumat1 Pengumpulan data dan maklumat ialah proses mendapatkan fakta, angka, pendapat, atau bukti yang relevan dengan kajian melalui pelbagai kaedah seperti soal selidik, temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen.Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Kerja Kursus (Projek)


BAB2382 Cara mengumpulkan data dan maklumat boleh dibuat melalui dua katagori utama: (A) Kaedah Primer (Data terus daripada sumber asal) (a) Soal selidik: Borang bertulis yang diedarkan kepada responden untuk dijawab.(b) Temu bual: Soal jawab secara lisan antara penyelidik dengan responden.(c) Pemerhatian: Melihat dan mencatat situasi sebenar di lapangan.(d) Kumpulan fokus: Perbincangan terarah dalam kumpulan kecil. (B) Kaedah Sekunder (Data daripada sumber sedia ada) (a) Analisis dokumen: Meneliti laporan rasmi, buku, jurnal, atau rekod. (b) Pangkalan data dalam talian: Mengakses data statistik atau penyelidikan terdahulu.(c) Media massa: Mengambil maklumat daripada berita, majalah, atau laman web yang sahih.3 Kepentingan mengumpulkan maklumat (a) Menyediakan asas kajian yang kukuh: Data yang lengkap meningkatkan kebolehpercayaan kajian. (b) Membantu untuk menjawab objektif kajian: Data digunakan untuk menguji hipotesis atau persoalan kajian.(c) Menyokong hujah dengan bukti: Mengelakkan kajian berdasarkan andaian semata-mata. (d) Membolehkan analisis tepat: Data yang berkualiti dapat menghasilkan keputusan yang sahih. (e) Mengelakkan kesilapan tafsiran: Maklumat yang betul dapat mengurangkan risiko membuat kesimpulan yang salah.2.1.7 Analisis dan Interpretasi Data dan Maklumat1 Analisis data: Proses menyusun, memproses, dan mengira data yang telah dikumpulkan untuk mencari pola, peratusan, purata, atau hubungan tertentu.2 Interpretasi data: Proses membuat huraian atau maksud daripada hasil analisis data supaya dapat menjawab persoalan atau objektif kajian.3 Contoh analisis dan interpretasi data dan maklumatTema: Sains dan TeknologiSubtema: Kemudahan Jalur Lebar di ChanglunObjektif: Mengkaji kepentingan kemudahan jalur lebar kepada penduduk di ChanglunPelajar dapat:(g) Mengumpulkan data dan maklumat kajian.Hasil Pembelajaran(h) Menganalisis dan menginterpretasi data dan maklumat.Hasil PembelajaranPengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Kerja Kursus (Projek)


39Contoh Jadual dan Kiraan PeratusJadual 1: Tujuan penggunaan jalur lebar oleh penduduk XXXBil. Tujuan penggunaan jalur lebar Responden (orang)Peratus (%)1 Pendidikan/ e-pembelajaran 22.50 452 Perniagaan dalam talian 12.50 253 Hiburan (Youtube, Netflix, dan lain-lain) 10 204 Media sosial 5 10Jumlah 50 100Berdasarkan Jadual 1, didapati tujuan utama penduduk XXX menggunakan jalur lebar adalah untuk pendidikan dan e-pembelajaran (45%). Hal ini menunjukkan bahawa kemudahan jalur lebar sangat penting bagi proses pembelajaran dalam talian, terutamanya selepas pandemik COVID-19 yang meningkatkan penggunaan platform digital. Selain itu, 25% responden menggunakan jalur lebar untuk menjalankan perniagaan dalam talian, membuktikan peranan teknologi dalam menjana pendapatan penduduk. Penggunaan untuk hiburan (20%) dan media sosial (10%) pula menunjukkan fungsi jalur lebar bukan sahaja untuk produktiviti tetapi juga untuk keperluan rekreasi dan komunikasi.2.1.8 Laporan Penyelidikan1 Laporan penyelidikan ialah dokumen rasmi yang disediakan untuk membentangkan keseluruhan proses, dapatan, dan kesimpulan daripada sesuatu kajian atau penyelidikan yang telah dijalankan. Laporan penyelidikan biasanya mengandungi bahagian seperti pendahuluan, objektif kajian, kaedah kajian, analisis data, dapatan, perbincangan, kesimpulan, dan cadangan.Tujuan Penggunaan Jalur Lebar oleh Penduduk XXXPendidikan0510152025Bilangan RespondenPerniagaan Hiburan Media Sosial Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Kerja Kursus (Projek)


BAB402 Kepentingan laporan penyelidikan (a) Merekodkan hasil kajian secara sistematik untuk rujukan masa depan. (b) Membuktikan kesahihan dapatan dengan menyertakan kaedah dan data yang diperoleh. (c) Membantu pembuat keputusan merancang dasar, strategi, atau tindakan susulan. (d) Mengelakkan pengulangan kajian dengan memberikan rujukan kepada penyelidik lain. (e) Menyebarkan ilmu kepada masyarakat, institusi, atau pihak berkepentingan.Rujukan1 Rujukan ialah senarai sumber maklumat yang digunakan untuk menyokong penulisan atau kajian seperti buku, artikel jurnal, laman web, laporan, atau dokumen rasmi.2 Tujuan rujukan:(a) Memberikan kredit kepada penulis atau pengkaji asal.(b) Mengelakkan plagiat (menciplak karya orang lain tanpa izin).(c) Membolehkan pembaca meneliti sumber asal semula.(d) Menunjukkan kajian dibuat berdasarkan bahan yang sahihdapat dipercayai.3 Ciri rujukan yang baik:(a) Mengikut format tertentu seperti APA, MLA, Chicago, atau gaya yang ditetapkan.(b) Mengandungi maklumat lengkap: Nama penulis, tahun terbit, tajuk, penerbit, tempat terbit (atau pautan web jika dalam talian).(c) Disusun mengikut urutan abjad penulis atau tahun terbit.4 Contoh penulisan rujukan (a) Buku, tesis, kajian ilmiah(i) Format: Nama Penulis, Inisial. (Tahun). Tajuk buku (Edisi jika ada). Tempat Terbit: Penerbit.(ii) Contoh:Ahmad, S. (2020). Pengantar Ekonomi Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya(b) Majalah (i) Format: Nama Penulis, Inisial. (Tahun, Bulan). Tajuk artikel. Majalah, jilid(nombor), halaman. (ii) Contoh: Zainal, M. (2023, Mac). Revolusi teknologi hijau di Malaysia. Majalah Sains Malaysia, 15(3), 25–29.Pelajar dapat:(i) Menulis laporan akhir kajian.Hasil PembelajaranPengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Kerja Kursus (Projek)


41 (c) Akhbar(i) Format: Nama Penulis, Inisial. (Tahun, Bulan Tarikh). Tajuk artikel. Nama Akhbar, halaman. (ii) Contoh: Rahman, A. (2024, Januari 5). Kepentingan jalur lebar di kawasan luar bandar. Berita Harian, hlm. 12. (d) Jurnal (i) Format: Nama Penulis, Inisial. (Tahun). Tajuk artikel. Nama Jurnaljilid (nombor), halaman. DOI atau URL jika ada. (ii) Contoh: Lim, C. Y., & Tan, H. L. (2021). Broadband access and rural development in Malaysia. Asian Journal of Technology and Society, 8(2), 45–59. https://doi.org/10.xxxx/ajts.2021.8.2.45 (e) Bahan Rujukan dalam Talian (Online) (i) Format: Nama Penulis, Inisial/ Nama Organisasi. (Tahun, Bulan Tarikh). Tajuk artikel atau halaman. Nama Laman Web (ii) Contoh: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. (2023, Ogos 10). Statistik penggunaan jalur lebar di Malaysia. SKMM.https://www.mcmc.gov.my/statistik- jalur-lebar.Abstrak5KESIMPULAN3METODOLOGI1PENGENALAN4HASIL KAJIAN2TUJUANELEMEN ABSTRAKMenjelaskan matlamat penyelidikanMembentangkan penemuan utamaIsu, konteks untuk topik yang dibincangkan• Reka bentuk kajian• Sampel kajian• Kaedah analisisMerumuskan implikasi dan ringkasan hasil kajianPengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Kerja Kursus (Projek)


1 Abstrak ialah ringkasan padat bagi keseluruhan sesuatu kajian, projek, atau penulisan ilmiah yang mengandungi gambaran umum tentang topik, objektif, kaedah, dapatan utama, dan kesimpulan. Biasanya:(a) Menulis tidak melebihi 150 patah perkataan dalam satu perenggan(b) Mempunyai tajuk kajian (huruf besar, atas, tengah)(c) Mempunyai objektif kajian(d) Mempunyai lokasi kajian(e) Mempunyai kaedah kajian(f) Mempunyai jumlah responden dan informan kajian(g) Menyatakan dapatan utama kajian(h) Menggunakan bahasa yang jelas dan tepat (i) Tidak memasukkan rujukan atau gambar rajah(j) Mempunyai kesimpulan2 Tujuan abstrak(a) Memberi pembaca gambaran cepat tentang isi kajian tanpa perlu membaca keseluruhan laporan.(b) Memudahkan penilaian sama ada kajian itu relevan dengan keperluan pembaca.3 Contoh abstrak AKTIVITI KEMASYARAKATAN MENINGKATKAN PERPADUAN DALAM KALANGAN PENDUDUK KAMPUNG XXXABSTRAKKajian ini tentang aktiviti kemasyarakatan yang meningkatkan perpaduan dalam kalangan penduduk Kampung XXX. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aktiviti kemasyarakatan yang disertai oleh penduduk dan mengkaji peranan aktiviti kemasyarakatan terhadap perpaduan dalam kalangan penduduk. Lokasi kajian ialah tempat XXX. Kaedah yang digunakan adalah secara kualitatif dan kuantitatif melalui pemerhatian kajian perpustakaan, soal selidik, dan temu bual. Seramai 30 responden dipilih melalui persampelan bertujuan dan tiga informan bagi temu bual. Hasil dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf, carta, dan analisis data. Antara aktiviti yang sering disertai oleh penduduk kariah ialah Program Pemberian Sumbangan kepada Mangsa Banjir dan Majlis Sambutan Hari Raya Korban. Peranan aktiviti kemasyarakatan yang utama bagi memupuk perpaduan adalah meningkatkan toleransi antara kaum, mengeratkan hubungan silaturahim, dan meningkatkan interaksi sosial. Diharapkan kajian ini dapat diteruskan pada masa akan datang.Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Kerja Kursus (Projek)


289Pengajian Am Semester 2 STPM Kertas Model STPM (900/2)Kertas 2(Dua jam)Arahan:1. Jawab semua soalan dalam Bahagian A.2. Jawab satu soalan dalam Bahagian B.3. Jawab satu soalan sahaja dalam Bahagian C.Bahagian A[15 markah]Jawab semua soalan.MALAYSIA: NILAI DAGANGAN DARI SEGI EKSPORT, EKSPORT DOMESTIK, IMPORT DAN JUMLAH DAGANGAN DARI TAHUN 2020 HINGGA TAHUN 2024TahunNilai Dagangan (RM Juta)Eksport Eksport Domestik Import Jumlah Dagangan2020 983 827 799 197 800 481 1 784 3082021 1 241 022 1 012 001 987 344 2 228 3662022 1 550 009 1 222 034 1 293 811 2 843 8212023 1 426 199 1 111 065 1 211 044 2 637 2432024 1 509 291 1 216 060 1 370 237 2 879 528(Dipetik daripada Laporan Perdagangan 17 Oktober 2025, Jabatan Perangkaan Malaysia) (a) Berdasarkan maklumat di atas, nyatakan imbangan dagangan yang melibatkan nilai eksport dengan nilai import negara. [1] (b) Terangkan kepentingan sumbangan eksport dalam konteks pembangunan ekonomi negara. Malaysia sedang mendepani cabaran besar dalam memenuhi keperluan industri. Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak boleh dilihat sebagai pilihan kedua, tetapi sebagai arus perdana yang menjamin masa depan negara. Negara mesti membina satu ekosistem TVET inklusif, menyeluruh, dan menepati realiti masa depan. Demikian ungkapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan Dasar TVET Negara 2030 sebelum ini. (Disesuaikan daripada https://www.bernama.com, 7 Oktober 2025)2 (a) Berdasarkan pernyataan di atas, apakah cabaran yang digambarkan dalam petikan tersebut? (b) Mengapakah Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu menjadi pilihan agar menepati realiti masa depan? [4] Kertas Model STPM (900/ 2)


Pengajian Am Semester 2 STPM Jawapan293BAB Teks Linear kepada Media Bukan 3 LinearPraktis STPM 1Bahagian B1 MALAYSIA: JUMLAH KES PENYALAHGUNAAN DADAH MENGIKUT JENIS PEKERJAAN DAN KUMPULAN UMUR DI MALAYSIA PADA TAHUN 2018Jenis Pekerjaan Jumlah Kes Penyalahgunaan DadahJumlah (kes) Peratus (%) Sudut (°)Buruh 48 503 35.02 126.07Pekerja sambilan 19 602 14.15 50.95Swasta 33 433 24.14 89.50Bekerja sendiri 9 751 7.04 25.34Lain-lain pekerjaan 27 216 19.65 70.75Jumlah 138 505 100 360JAWAPANKumpulan Umur (tahun)Jumlah Kes Penyalahgunaan DadahJumlah (orang) Peratus (%) Tinggi (cm)16-18 tahun 5 918 4.27 0.4319 -39 tahun 87 600 63.25 6.3240 tahun ke atas 44 987 32.48 3.25Jumlah 138 505 100 10(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada Laporan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Dalam Negeri, KL, 2018)MALAYSIA: JUMLAH KES PENYALAHGUNAAN DADAH MENGIKUT JENIS PEKERJAAN DAN KUMPULAN UMUR DI MALAYSIA PADA TAHUN 2018(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada Laporan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Dalam Negeri, KL, 2018)Jumlah: 138 505 kesSkala 1 cm: 10%Pekerja sambilanSwastaBekerja sendiriLain-lain pekerjaanPetunjuk:Buruh19 - 39 tahun63.25%40 tahun ke atas32.48%Bawah 16 - 18 tahun4.27%35.02%14.15% 24.14%7.04%19.65%


W.M: 38.95 / E.M: RM40.95AAMVPA2675031A2ISBN: 978-629-498-817-0Beli eBook di sini!Strategic STPM Pengajian Am Semester 2ditulis berdasarkan Sukatan Pelajaran Peperiksaan STPM yang dimurnikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan akan dilaksanakan mulai STPM Semester 1 tahun 2026. Buku ini direka letak dengan telitinya dan disusun dengan baiknya serta mengandungi ciri-ciri yang berikut untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang konsep-konsep yang dipelajari.Judul-judul Strategic STPM Teks Pra-U:› Pengajian Am Semester 2 › Bahasa Melayu Semester 2 › Biology Semester 2 › Physics Semester 2 › Chemistry Semester 2 › Mathematics Semester 2 › Sejarah Semester 2 › Geografi Semester 2 › Ekonomi Semester 2 › Pengajian Perniagaan Semester 2Juga tersedia:› MUET My Way PENGAJIANAMTeks Pra-UStrategicSTPMSEMESTER2REVISI★ Nota Komprehensif★ Hasil PembelajaranPENGUKUHAN & PENTAKSIRAN★ Praktis STPM★ Kertas Model STPM Semester 2★ JawapanCIRI-CIRI EKSTRA ★ Galeri Info★ Akses Ilmu★ Arkib Sejarah★ Resos Digital KOD QRCIRI-CIRI ISTIMEWA


Click to View FlipBook Version