The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2022-12-08 01:42:23

Jom Belajar Pengaturcaraan Python

WM: RM12.95
EM: RM13.95

Python adalah bahasa pengaturcaraan yang
direka untuk pengaturcaraan am. Dalam dunia ZC269604 Jom!!! Belajar PELANGI
Linux, Python adalah bahasa pengaturcaraan
yang sangat popular sehinggakan hampir
semua pengedaran Linux (Linux distribution) disertakan dengan penterjemahan
Python pra-pasang (pre-installed). Berbeza daripada kebanyakan bahasa PENGATURCARAAN
pengaturcaraan yang lain, sintaks Python mementingkan penggunaan inden,
inden digunakan secara meluas untuk membezakan antara satu blok kod arahan
dengan blok kod arahan yang lain.


Disamping itu, Python juga adalah antara bahasa pengaturcaraan yang disokong PYTHON
oleh Google App Engine dan ia merupakan salah satu bahasa kegemaran
Google. Banyak lagi nama-nama besar seperti Yahoo, IBM, Nokia, Disney, Nasa,
Mozilla dan sebagainya amat bergantung kepada Python. Bersama Cikgu Lim


Kenapa belajar Python?



 Mudah dipelajari Memenuhi Keperluan

 Pantas dan efektif Jom!!! Belajar PENGATURCARAAN PYTHON Bersama Cikgu Lim Sukatan Pelajaran
 Menjana pekerjaan bergaji tinggi Asas Sains Komputer
 Merupakan sumber terbuka (Open Source) Tingkatan 2 & 3
 Mempunyai komuniti yang besar dan popular
 Mempunyai pustaka yang besar (Large Library)

 Kepelbagaian dan fleksibiliti (Diversity & Flexibility)
 Digunakan dalam Sains Data (Data Science)
 Digunakan dalam Pembangunan Web (Web Development)

 Digunakan dalam Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)












Lim Keng Aik




W.M: RM12.95 / E.M: RM13.95
TM
ZC269604  Pendedahan Kepada Asas Pengaturcaraan Python

ISBN: 978-967-0066-50-9
 Penerapan Pemikiran Kreatif dan Kritis
 Peningkatan Kemahiran Murid Tentang Topik Yang Dipelajari
 Panduan Untuk Membuat Program Ringkas





Book saiz: 190mm x 260 mm
Cover 3.indd 1 09/08/2022 11:47 AM

Jom!!! Belajar




PENGATURCARAAN






PYTHON






Bersama Cikgu Lim


















Lim Keng Aik












© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2023
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa
jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa
kebenaran daripada Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. terlebih dahulu.


ISBN: 978-967-0066-50-9
eISBN: 978-967-0066-51-6 (eBook)
Cetakan Pertama 2023

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (89120-H)
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi,
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: 03-8922 3993 Faks: 03-8926 1223 / 8920 2366 E-mel: [email protected]
Pertanyaan: [email protected]

Dicetak di Malaysia oleh Commercial Book Binders Sdn. Bhd.
No. 7, Jalan Taming 12, Taman Taming Jaya, Jalan Balakong, 43300 Selangor.
Sila layari https://plus.Pelangibooks.com/errata untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada).








Title Page.indd 1 09/08/2022 12:17 PM

Kandungan
Kandungan






Bab1 PENGENALAN KEPADA BAHASA PENGATURCARAAN PYTHON ........................ 1
Definisi Bahasa Pengaturcaraan 1
Apa Itu Python? 1
Memuat Turun Dan Memasang Aplikasi Python 3.5.2 1
Memulakan Aplikasi Python 5
Penggunaan Python Sebagai Kalkulator 6
Istilah Simpanan 10
Aktiviti Pengukuhan 1 11

Bab2 BERKENALAN DENGAN KOD ARAHAN PYTHON ............................................. 13
Spesifikasi Kod Arahan Python 13
Penggunaan Tanda Petikan Dalam Kod Arahan Python 15
Keluar Daripada Aplikasi Python 17
Membuka Semula Fail Python Yang Telah Disimpan 18
Aktiviti Pengukuhan 2 21

Bab3 PERSEKIRAN KOD ARAHAN ............................................................................... 23
Jenis Data Dalam Segmen Kod 24
Pemboleh Ubah Dan Pemalar Dalam Segmen Kod 33
Fungsi Input Dan Output Dalam Segmen Kod 36
Ralat Dalam Segmen Kod 37
Aktiviti Pengukuhan 3 40

Bab4 STRUKTUR KOD ARAHAN.................................................................................. 47
Struktur Kawalan Jujukan 47
Struktur Kawalan Pilihan Tunggal 48
Struktur Kawalan Dwipilihan 48
Struktur Kawalan Pelbagai Pilihan 48
Struktur Kawalan Pilihan Bersarang 50
Struktur Kawalan Ulangan 51
Pernyataan Fungsi 55
Contoh Program Ringkas 57
Contoh-Contoh Penulisan Program Ringkas Yang Lain 60
Aktiviti Pengukuhan 4 66

JAWAPAN ............................................................................................................................. J1
CATATAN

ii








Kandungan.indd 2 9/5/19 9:42 AM

BAB Python Bab 1
1 Pengenalan kepada Bahasa



Pengaturcaraan PYTHON




Definisi Bahasa Pengaturcaraan TM

Kita boleh melakukan banyak perkara dalam kehidupan dengan bantuan komputer. Akan tetapi,
semasa memberi arahan kepada komputer, kita perlu menggunakan bahasa yang boleh difahami
oleh komputer iaitu bahasa pengaturcaraan. Bahasa pengaturcaraan ialah bahasa yang ditulis
dalam bentuk kod arahan dan digunakan oleh pengaturcara (programmer) untuk memberikan
arahan kepada komputer bagi melaksanakan sesuatu tugas yang sesuai dengan keinginan kita.


Apa Itu Python?
Python telah dibangunkan oleh Guido Van Rossum dan nama Python berasal dari salah satu
acara komedi tahun 70-an yang disiarkan oleh BBC. Python adalah perisian percuma yang mana
anda tidak perlu membuat sebarang pembayaran.
Python telah diungkapkan sebagai “a powerful modern computer programming language”.
Python ialah sejenis bahasa pengaturcaraan moden yang mudah dipelajari dan membenarkan
anda menggunakan pemboleh ubah (variables) tanpa membuat pengisytiharan. Bahasa
pengaturcaraan Python merupakan salah satu bahasa pengaturcaraan aras tinggi yang dapat
beroperasi dalam hampir semua platform, seperti Windows, Mac OS X dan keluarga UNIX.

Memuat Turun dan Cara Memasang Perisian Aplikasi Python 3.5.2

1. Layari laman sesawang https://www.python.org. Pilih menu Downloads. Paparan berikut
akan ditunjukkan. Anda akan dapat versi semasa iaitu Python 3.7.4 dipaparkan. Klik pada
Download Python 3.7.4 dan muat turun akan dilaksanakan.


1 Layari laman sesawang ini.






4 Untuk mendapatkan versi lama.

2 Versi semasa.










3 Muat turun dipaparkan.



1

Python Bab 1
2. Anda juga boleh mendapatkan versi lama dengan memilih tab Downloads dan klik pada All
releases. Paparan berikut akan ditunjukkan:
















3. Pilih Python 3.5.2 dan klik pada Download. Satu lagi paparan ditunjukkan seperti di bawah:













1 Paparan Python 3.5.2













4. Skrol ke bawah dan klik pada Windows x86 executable installer dan muat turun akan
dilaksanakan.









2 Skrol di sini.










3 Muat turun dipaparkan.

2







Bab 1.indd 2 9/5/19 9:53 AM

Python Bab 1
5. Setelah muat turun, anda boleh mula memasang Python 3.5.2. Pergi ke folder Downloads
dan dwiklik pada ikon python-3.5.2. Paparan berikut ditunjukkan:




























6. Klik Install Now dan pemasangan akan bermula.

































7. Setelah selesai, satu paparan akan muncul memberitahu bahawa pemasangan telah berjaya.

8. Bagi memudahkan anda melancarkan aplikasi Python, anda boleh klik pada Start, All
Programs dan cari Python 3.5.2. Pilih IDLE (Python 3.5 32-bit), klik kanan dan pilih Send to
Desktop (create shortcut) seperti paparan berikut:


3







Bab 1.indd 3 9/5/19 9:53 AM

Python Bab 1






































9. Ikon shortcut bagi IDLE (Python 3.5 32-bit) akan muncul di Desktop. Dwiklik pada ikon
tersebut dan aplikasi Python akan dilancarkan.
10. Terdapat dua kaedah untuk menulis kod arahan Python. Kaedah pertama menggunakan
Python 3.5.2 Shell iaitu paparan yang muncul apabila aplikasi Python dilancarkan. Kod
yang ditulis akan ditafsir serta-merta oleh pentafsir Python setelah butang Enter ditekan.

11. Kaedah kedua pula membolehkan anda menulis suatu segmen kod terlebih dahulu tanpa
ditafsir baris demi baris dengan menggunakan New File. Pada paparan Python 3.5.2 Shell,
Klik File > New File dan satu tetingkap kosong akan dipaparkan. Segmen kod yang ditaip
dalam tetingkap kosong ini tidak akan ditafsir baris demi baris.

12. Apabila anda telah siap menulis kod, anda perlu menyimpan fail anda. Setelah simpan, anda
boleh menguji segmen kod anda. Klik pada Run > Run Module untuk memulakan pentafsiran.



Catatan: Anda digalakkan
Versi lama Python 3.5.2 menggunakan
digunakan dalam buku aplikasi Python
versi terkini.
ini sebab mengikut Buku Selamat mencuba!
Teks Asas Sains Komputer
Tingkatan 2.





4







Bab 1.indd 4 9/5/19 9:53 AM

Python Bab 1
Memulakan Aplikasi Python

Apabila anda melancarkan aplikasi Python, kelihatan tetingkap Python 3.5.2 Shell dipaparkan
pada skrin komputer anda. Di sini, Python berada dalam mod pentafsir (interpreter mode) dengan
menggunakan IDLE atau command shell berserta dengan Python prompt iaitu simbol “>>>”
yang menunggu pengguna memasukkan input. Berikut merupakan paparan pada skrin komputer
setelah aplikasi Python dilancarkan:


















Sebagai permulaan, anda digalakkan untuk membuat komen, nota atau catatan pada
program anda bagi menjelaskan apa yang anda ingin lakukan, menerangkan tentang andaian
yang dibuat atau keputusan-keputusan penting yang diambil bagi menyelesaikan sesuatu masalah
dan sebagainya. Catatan yang anda buat akan dapat membantu pembaca untuk memahami apa
yang dilakukan oleh program yang anda bangunkan. Penggunaan simbol “#” membolehkan anda
membuat catatan pada program anda. Berikut adalah contoh untuk menulis komen atau catatan
pada program:




















Anda juga boleh membuat catatan anda selepas fungsi print seperti berikut:






Dalam arahan Python, apa-apa catatan atau nota yang dibuat selepas simbol “#” merupakan
komen yang dapat membantu kita mengingat kembali tujuan sesuatu arahan itu dibuat. Semasa
uji lari dilaksanakan, komen ini diabaikan dan ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kod
arahan bagi sesuatu program yang dibangunkan.



5







Bab 1.indd 5 9/5/19 9:53 AM

Python Bab 1
Penggunaan Python Sebagai Kalkulator

Kita boleh menggunakan Python sebagai pentafsir untuk membuat pengiraan seperti cara kita
menggunakan kalkulator. Apabila kita memberi arahan kepada pentafsir, Python akan menghasilkan
jawapan (output) yang dikehendaki. Sebelum kita membuat pengiraan menggunakan Python,
kita perlu tahu operator-operator yang boleh digunakan dan cara penggunaannya. Jadual berikut
menunjukkan beberapa operator penting dan penerangan berkenaan operator tersebut:


OPERATOR MATEMATIK
Operator Nama Operator Penerangan
+ Tambah Penambahan

- Tolak Penolakan
* Darab Pendaraban

/ Bahagi Pembahagian
Operan kiri dibahagi dengan operan kanan dan baki
% Modulus
pembahagian dipaparkan.
Operan kiri dibahagi dengan operan kanan dan nilai baki
// Floor Division
tidak dipaparkan.

** Eksponen Operan kiri dikuasakan mengikut nilai operan kanan.
OPERATOR PERBANDINGAN

Jika nilai dua operan adalah sama, maka syarat menjadi
== Sama dengan
benar.
Jika nilai bagi dua operan tidak sama, maka syarat menjadi
! = Tidak sama dengan
benar.
Jika nilai operan kiri lebih daripada nilai operan kanan,
> Lebih daripada
maka syarat menjadi benar.
Jika nilai operan kiri kurang daripada nilai operan kanan,
< Kurang daripada
maka syarat menjadi benar.
Lebih daripada atau Jika nilai operan kiri lebih daripada atau sama dengan
>=
sama dengan nilai operan kanan, maka syarat menjadi benar.
Kurang daripada atau Jika nilai operan kiri kurang daripada atau sama dengan
<=
sama dengan nilai operan kanan, maka syarat menjadi benar.
OPERATOR LOGIK

and Logik DAN Syarat menjadi benar jika kedua-dua operan adalah benar.

or Logik ATAU Syarat menjadi benar jika salah satu operan adalah benar.
Menyongsangkan seluruh kondisi logik operan daripada
not Logik TIDAK
benar jadi tidak benar atau sebaliknya.


6







Bab 1.indd 6 9/5/19 9:53 AM

Python Bab 1

Operator Matematik
Sekarang, anda boleh mula membuat pengiraan dengan menggunakan Python sebagai kalkulator
dalam mod pentafsir.
1. Lancarkan aplikasi Python.
2. Pada Python prompt, taip “# Penggunan Python sebagai kalkulator” dan tekan kekunci Enter.
3. Kelihatan Python prompt yang baharu muncul dan menunggu arahan seterusnya. Buat
operasi tambah, tolak, darab dan bahagi seperti berikut:












4. Perhatikan hasil bahagi yang dipaparkan. Ia menunjukkan bilangan tempat perpuluhan
yang agak panjang. Dalam pengaturcaraan Python, anda boleh menggunakan fungsi
round() untuk membundarkan hasil bahagi tersebut kepada bilangan tempat perpuluhan
yang dikehendaki seperti berikut:


Penetapan bilangan tempat perpuluhan
5. Di sini, didapati hasil bahagi tersebut telah dibundarkan kepada 2 tempat perpuluhan seperti
yang ditetapkan.
6. Penggunaan operator modulus “%” pula akan menunjukkan nilai baki sahaja setelah
pembahagian dibuat antara dua operan seperti berikut:



7. Operator Floor Division “//” pula tidak memaparkan baki setelah pembahagian dibuat
antara dua operan seperti berikut:



8. Operan juga boleh dikuasakan dengan menggunakan operator eksponen “**” seperti berikut:




Operator Perbandingan
1. Selain itu, Python juga menyediakan operator perbandingan bagi membandingkan nilai di
sebelah kiri operator dengan nilai di sebelah kanan operator.
2. Hasil kepada hubungan perbandingan ialah nilai logik Boolean, iaitu ia akan mengembalikan
nilai 1 jika benar atau nilai 0 jika palsu.
3. Dalam Python, Palsu akan dipaparkan sebagai False dan Benar akan dipaparkan sebagai True.


7







Bab 1.indd 7 9/5/19 9:53 AM

Python Bab 1
4. Berikut merupakan contoh bagi operator perbandingan:


















5. Operator perbandingan juga dikenali sebagai pengendali perhubungan. Operator ini hanya
dapat menguji satu kes hubungan pada satu ketika.

Operator Logik

1. Jika kita ingin menguji beberapa kes yang berkaitan untuk menentukan keputusan, kita
boleh menggunakan operator logik.
2. Penggunaan operator and dan or dalam sesuatu operasi melibatkan dua operan manakala
penggunaan operator not hanya melibatkan satu operan sahaja.
3. Jadual berikut menunjukkan contoh operasi bagi operator logik dan anda boleh mengujinya
dalam aplikasi Python:
x y x and y x or y
0 0 0 0

0 1 0 1
1 0 0 1
1 1 1 1



























8







Bab 1.indd 8 9/5/19 9:53 AM

Python Bab 1
4. Jadual berikut pula menunjukkan operator logik not yang juga diuji dalam aplikasi Python:

x not x

0 1
1 0









5. Jadual di atas menunjukkan bagaimana operator logik berfungsi. Nilai 0 mewakili False dan
nilai 1 mewakili True.
6. Operator logik dapat digabungkan dengan operator perbandingan bagi membentuk
ungkapan logik yang lebih kompleks.
7 Perlu diberi perhatian bahawa and, or dan not adalah tidak sama dengan AND, OR dan
NOT atau And, Or dan Not. Sekiranya anda salah taip, mesej SyntaxError: invalid syntax
akan dipaparkan.



and AND, OR, NOT


or  atau



not And, Or, Not












Python merupakan bahasa
pengaturcaraan yang sensitif
terhadap huruf besar dan huruf
kecil (case sensitive).












9







Bab 1.indd 9 9/5/19 9:53 AM

Python Bab 1
Istilah Simpanan (Reserved Words)

Berikut merupakan kata kunci (keywords) Python. Ia merupakan istilah simpanan dan anda
tidak boleh menggunakannya sebagai pemalar atau pemboleh ubah atau apa-apa nama bagi
pengecam.



and else in try



assert exec is while



break finally not with



class for or except



continue from pass lambda



def global print as



del if raise nonlocal



elif import return yield































10







Bab 1.indd 10 9/5/19 9:53 AM

Python Bab 1
AKTIVITI PENGUKUHAN 1


1. Lengkapkan kod berikut supaya dapat memaparkan output “Salam Malaysia”.

(“Salam Malaysia”)



2. Penggunaan komen dalam Python membolehkan kita membuat catatan pada kod yang
dibina. Tuliskan simbol bagi komen.


Simbol komen ialah


3. Berikan penerangan bagi operator berikut:


Operator Nama Operator Penerangan
+ Tambah

- Tolak

* Darab

/ Bahagi

% Modulus
// Floor Division

** Eksponen


4. Apakah kegunaan fungsi round( )?




5. Apakah tujuan meletakkan nombor 2 dalam kod berikut:


round(49/6, 2)




6. Tuliskan output bagi operasi berikut:


55%2 55//2






11







Bab 1.indd 11 9/5/19 9:53 AM

Python Bab 1

7. Lengkapkan jadual berikut berkenaan operator logik:

x y x and y x or y

0 0

0 1
1 0

1 1

8. Lengkapkan jadual berikut berkenaan operator logik not:

x not x

0

1

9. Lengkapkan jadual di bawah dengan menulis nilainya sama ada 1 atau 0. Nilai 1
mewakili True dan nilai 0 mewakili False.

Operator Perbandingan Nilai
(a) 5 < 8

(b) 9 == 6

(c) 13 != 31
(d) 15 >= 12

(e) 7 != 7

(f) 11 > 14
(g) 16 <=19

(h) 14 == 14

(i) 7 < 3
(j) 18 >= 28


10. Dengan menggunakan Python dalam mod pentafsir, lengkapkan jadual berikut.

(a) 59 – 35 (d) 83 % 6

(b) 47 * 16 (e) 39 // 5
(c) 75 / 4 (f) 8 ** 4




12







Bab 1.indd 12 9/5/19 9:53 AM

AKTIVITI PENGUKUHAN 1



1. print(“Salam Malaysia”)




2. Simbol komen ialah #


3.
Operator Nama Operator Penerangan

+ Tambah Penambahan


- Tolak Penolakan

* Darab Pendaraban

/ Bahagi Pembahagian

Operan kiri dibahagi dengan operan kanan dan baki
% Modulus
pembahagian dipaparkan.

Operan kiri dibahagi dengan operan kanan dan nilai
// Floor Division
baki tidak dipaparkan.

** Eksponen Operan kiri dikuasakan mengikut nilai operan kanan.



4. Fungsi round() digunakan untuk membundarkan nombor bertitik perpuluhan kepada
bilangan tempat perpuluhan yang dikehendaki.


5. Menetapkan bilangan tempat perpuluhan.


6. 55%2 1 55//2 27










J1







Jawapan.indd 1 9/5/19 10:50 AM

7.
x y x and y x or y

0 0 0 0

0 1 0 1

1 0 0 1

1 1 1 1


8.
x not x

0 1
1 0



9.
Operator Perbandingan Nilai

(a) 5 < 8 1
JAWAPAN
(b) 9 == 6 0

(c) 13 != 31 1

(d) 15 >= 12 1

(e) 7 != 7 0

(f) 11 > 14 0
(g) 16 <=19 1

(h) 14 == 14 1

(i) 7 < 3 0

(j) 18 >= 28 0


10.
(a) 59 – 35 24 (d) 83 % 6 5


(b) 47 * 16 752 (e) 39 // 5 7
(c) 75 / 4 18.75 (f) 8 ** 4 4096








J2







Jawapan.indd 2 9/5/19 10:50 AM

AKTIVITI PENGUKUHAN 2


1.
1 Python prompt
2 Fungsi Python (Python function)


3 Kurungan bulat (parentheses)


4 Input kepada fungsi (argument)
5 Output

6 Meminta arahan baharu



2.
print(“Dato\' Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak.”)
print(‘Faiz mengucapkan “Selamat sejahtera” kepada Cikgu Lim.’)
atau JAWAPAN
print(“Faiz mengucapkan \“Selamat sejahtera\” kepada Cikgu Lim.”)



3.
print(‘Chong mengucapkan “Tahniah” kepada rakannya yang lulus subjek ASK.’)
atau
print(“Chong mengucapkan \“Tahniah\” kepada rakannya yang lulus subjek ASK.”)



4.
Bil. Ayat Kod Arahan Contoh


Salam
a Salam sejahtera print(“Salam\nsejahtera”)
sejahtera

Selamat
b Selamat pagi print(“Selamat\npagi”)
pagi

Jangan
c Jangan bising print(“Jangan\nbising”)
bising

Sila
d Sila beratur print(“Sila\nberatur”)
beratur








J3







Jawapan.indd 3 9/5/19 10:50 AM

5.
Bil. Kod Arahan Bilangan aksara

a len(“Salam\nsejahtera”) 15

b len(“Selamat\npagi”) 12

c len(“Jangan\nbising”) 13

d len(“Sila\nberatur”) 12


6.
print(“Nama\tKelas\tTarikh hantar”)
print(“Ainna\t2A\t25/10/18”)
print(“Hilmi\t2A\t26/10/18”)


7. (i) exit()
(ii) quit()
(iii) [Ctrl]+[D] / Ctrl + D


8.
Dwiklik pada ikon fail yang ingin dibuka.
JAWAPAN
Lancarkan aplikasi Python, klik pada tab File dan pilih Open. 3
Klik kanan pada ikon fail yang ingin dibuka dan pilih Edit with IDLE. 3




AKTIVITI PENGUKUHAN 3

1.
Perkakasan Komputer



Sambungan Kepada Internet
PERSEKITARAN
KOD ARAHAN
Pelayar Web


Perisian Aplikasi Bahasa Pengaturcaraan


2.
Penterjemah




Penghimpun Pengkompil Pentafsir



J4







Jawapan.indd 4 9/5/19 10:50 AM

3.
Jenis Data





Nilai berangka Nilai teks Nilai logik


4.










5.
JAWAPAN









6. (i)





(ii)






7.
Fungsi Kegunaan

[ ] Mencapai bahagian tertentu dalam string.

len() Mengira bilangan aksara dalam string.

+ Mengabungkan dua string tanpa ruang kosong.

, Mengabungkan dua string dengan satu ruang kosong.
* Mengulang string mengikut bilangan yang ditetapkan.

join() Menyelit aksara di antara setiap aksara.







J5







Jawapan.indd 5 9/5/19 10:50 AM

8.
print(a[3]) j

print(a[3:]) jek

print(a[::-1]) kejbus


9.
“Jangan ”
“ bising “
“ ! “

Output:
Jangan bising!



10.

“ Betul! ”

Output:
Betul! Betul! Betul!
JAWAPAN



11.
Kod Arahan Output


komputer




P.T.3




Hj. Anuar



12.
True 3

"False"

8 == 9 3

6 + 3
5 + 9 == 14 3




J6







Jawapan.indd 6 9/5/19 10:50 AM

13.
Jenis Data Situasi

(a) integer Harga barang jualan.

(b) char “On” dan “Off ” bagi suis.

(c) double Nama penuh peserta kursus.

(d) string Bilangan buku teks tingkatan 2.

(e) boolean Abjad “Y” bagi YA.


14.
(a) Pemboleh ubah yang diisytiharkan akan diberi satu label yang
disebut pengecam. 3

JAWAPAN
(b) Semua nama pemboleh ubah mesti dimulakan dengan nombor. 7



(c) Setelah dimulai dengan huruf, nama pemboleh ubah boleh juga
mengandungi digit. 3



(d) Nama pemboleh ubah tidak boleh mengandungi ruang kosong. 3



(e) Nama pemboleh ubah tidak seharusnya mengambarkan nilai
yang dipegang oleh pemboleh ubah tersebut. 7



(f) Pemalar mempunyai nilai yang tetap dan tidak berubah. 3



(g) Pemalar tidak mempunyai nilai yang standard. 7


(h) Pengatur cara perlu mengingat label dan nilai yang digunakan
bagi pemalar. 7


(i) Semasa pengiraan keluasan sesuatu bulatan, nilai Pi (π) harus
diisytiharkan sebagai pemalar. 3


(j) Pemalar bertindak seakan-akan pemboleh ubah yang menyimpan
sesuatu nilai dan nilai ini disimpan dalam ingatan komputer. 3






J7







Jawapan.indd 7 9/5/19 10:50 AM

15.
Jenis Data Kod Arahan


integer markah = int(input(“Sila masukkan markah: ”))



kursus = input(“Sila masukkan kursus yang
string
anda hadiri: ”)

bayaran = float(input(“Sila masukkan jumlah
float
bayaran yang dikenakan: ”))


umur = int(input(“Sila masukkan umur anda
integer
pada 1hb Januari: ”))


string kelas = input(“Sila masukkan kelas anda: ”)


berat = float(input(“Sila masukkan ukuran
float
berat anda: ”))
JAWAPAN


16.
Kod Arahan Output

print(“Salam”) Salam
print(“sejahtera”) sejahtera

Selamat
print(“Selamat \nmencuba”)
mencuba


nama = “Faiz”
Nama anda ialah Faiz
print(“Nama anda ialah”,nama)


17. Ralat sintaks biasanya berlaku disebabkan oleh kesilapan dalam penggunaan bahasa
pengaturcaraan.

18. (i) Penggunaan sintaks yang tidak betul.
(ii) Salah eja perkataan bagi sintaks.
(iii) Meletak sintaks di tempat yang salah.
(iv) Tertinggal atau salah menggunakan simbol.
(v) Penggunaan inden yang salah.





J8







Jawapan.indd 8 9/5/19 10:50 AM

19. Ralat masa larian akan menyebabkan pelaksanaan segmen kod terhenti secara tiba-tiba
dan mesej ralat akan dipaparkan.

20. (i) Berlakunya operasi bahagi dengan sifar.

(ii) Menggunakan pemboleh ubah, fungsi, modul atau objek yang belum ditakrifkan.
(iii) Berlakunya operasi bagi dua pemboleh ubah yang berlainan jenis data.
(iv) Mencapai fail yang tidak wujud.
(v) Mencapai nilai pustaka atau objek atribut yang tidak wujud.

21. Ralat logik biasanya berlaku disebabkan oleh kecuaian pengatur cara. Ia tidak akan
mengganggu pelaksanaan segmen kod dan tiada paparan mesej ralat.


22. (i) Memanggil pemboleh ubah yang salah.
(ii) Penggunaan nombor bulat atau nombor bertitik perpuluhan yang tidak betul.
(iii) Salah menggunakan operator pengendali.
(iv) Kesilapan dalam penggunaan ungkapkan Boolean. JAWAPAN
(v) Penggunaan ruang jarak yang tidak betul.

23.
print “Salam sejahtera” print (“Salam sejahtera”)

nom1=int(input(“Masukkan
nom1=int(input“Masukkan nom1: ”) nom1: ”))

harga pen = 1.20 harga_pen = 1.20


print=(“Terima Kasih”) print(“Terima Kasih”)


24.


























J9







Jawapan.indd 9 9/5/19 10:50 AM

25.































AKTIVITI PENGUKUHAN 4
JAWAPAN

1.














2.
























J10







Jawapan.indd 10 9/5/19 10:50 AM

3.
























JAWAPAN





4.


























5.
















J11







Jawapan.indd 11 9/5/19 10:50 AM

6.
































JAWAPAN











































J12







Jawapan.indd 12 9/5/19 10:50 AM

Catatan























JAWAPAN



















































J13







Jawapan.indd 13 9/5/19 10:50 AM

Catatan































JAWAPAN











































J14







Jawapan.indd 14 9/5/19 10:50 AM

Python adalah bahasa pengaturcaraan yang
direka untuk pengaturcaraan am. Dalam dunia ZC269604 Jom!!! Belajar PELANGI
Linux, Python adalah bahasa pengaturcaraan
yang sangat popular sehinggakan hampir
semua pengedaran Linux (Linux distribution) disertakan dengan penterjemahan
Python pra-pasang (pre-installed). Berbeza daripada kebanyakan bahasa PENGATURCARAAN
pengaturcaraan yang lain, sintaks Python mementingkan penggunaan inden,
inden digunakan secara meluas untuk membezakan antara satu blok kod arahan
dengan blok kod arahan yang lain.


Disamping itu, Python juga adalah antara bahasa pengaturcaraan yang disokong PYTHON
oleh Google App Engine dan ia merupakan salah satu bahasa kegemaran
Google. Banyak lagi nama-nama besar seperti Yahoo, IBM, Nokia, Disney, Nasa,
Mozilla dan sebagainya amat bergantung kepada Python. Bersama Cikgu Lim


Kenapa belajar Python?



 Mudah dipelajari Memenuhi Keperluan

 Pantas dan efektif Jom!!! Belajar PENGATURCARAAN PYTHON Bersama Cikgu Lim Sukatan Pelajaran
 Menjana pekerjaan bergaji tinggi Asas Sains Komputer
 Merupakan sumber terbuka (Open Source) Tingkatan 2 & 3
 Mempunyai komuniti yang besar dan popular

 Mempunyai pustaka yang besar (Large Library)
 Kepelbagaian dan fleksibiliti (Diversity & Flexibility)

 Digunakan dalam Sains Data (Data Science)
 Digunakan dalam Pembangunan Web (Web Development)
 Digunakan dalam Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)













Lim Keng Aik



W.M: RM12.95 / E.M: RM13.95
TM
ZC269604  Pendedahan Kepada Asas Pengaturcaraan Python

ISBN: 978-967-0066-50-9
 Penerapan Pemikiran Kreatif dan Kritis
 Peningkatan Kemahiran Murid Tentang Topik Yang Dipelajari
 Panduan Untuk Membuat Program Ringkas





Book saiz: 190mm x 260 mm
Cover 3.indd 1 09/08/2022 11:47 AM


Click to View FlipBook Version