Bahagian B Respons Kritis dan Kreatif ........................................................................................... 1 Mesti Kuasai Model Soalan dan Jawapan Model 1 – 2 Praktis 1 – 20 Bahagian C Penulisan Perenggan ................................................................................................ 13 Mesti Kuasai Model Soalan dan Jawapan Model 1 – 2 Praktis 1 – 10 Bahagian D Penulisan Karangan ................................................................................................. 26 Mesti Kuasai Model Soalan dan Jawapan Model 1 – 2 Praktis 1 – 16 Praktis Pengayaan UASA ........................................................................................ 65 Jawapan ........................................................................................................... J1 – J12 Kandungan
1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. B Respons Kritis dan Kreatif B ahagian Mesti Kuasai Tip • Berikan dua atau tiga isi dengan peluasan idea kritis dan kreatif. • Patuhi kepanjangan jawapan yang ditetapkan. Panduan Menulis Respons Kritis dan Kreatif Kamu diberikan satu situasi untuk menjawab soalan ini. Terdapat beberapa panduan menjawab soalan respons kritis dan kreatif. Baca dan fahami situasi yang diberikan itu. Setelah itu, gariskan kata kunci atau kehendak soalan. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Jawapan kamu haruslah dalam bentuk satu perenggan dengan menggunakan ayat yang lengkap. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Pastikan tulisan kamu jelas, bersih, dan kemas. Pastikan penggunaan imbuhan, ejaan, dan tanda baca adalah tepat.
Penulisan Tahun 4 Bahagian B © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Pada hujung minggu lalu, ayah kamu mengajak semua ahli keluarga membersihkan dan menceriakan kawasan rumah. Sebagai anak, apakah tindakan yang perlu kamu lakukan? Saya akan menyapu dan mengumpulkan sampah sarap. Selepas itu, saya akan memasukkan sampah itu ke dalam beg plastik yang besar untuk dibuang. Seterusnya, saya akan membuang air di dalam alas pasu bunga. Saya juga akan menanam pokok-pokok bunga baharu. [34 patah perkataan] Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Ujian diadakan di sekolah bagi menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Guru memberitahu semua murid bahawa ujian akan diadakan pada minggu depan. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? Sebagai persediaan, saya akan mengulang kaji tajuk-tajuk yang telah dipelajari sekurang-kurangnya tiga jam sehari. Selain itu, saya akan bertanyakan apa-apa tajuk yang tidak difahami kepada guru dan kawan-kawan. Seterusnya, saya akan memohon restu daripada guru-guru dan ibu bapa. [35 patah perkataan] Model Soalan dan Jawapan Model 1 Model 2
Penulisan Tahun 4 Bahagian B 3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1 Baca dan fahami situasi di bawah. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan perenggan dengan kata kerja yang diberikan. Sewaktu bermain bola sepak di padang yang berhampiran dengan tempat tinggal kamu, seorang pemain terjatuh. Lututnya luka dan berdarah. Sebagai rakan sepasukan, apakah tindakan yang akan kamu lakukan? mencuci memapah mengelap Saya akan pemain itu ke tepi padang. Saya akan mencuci tangan dengan air yang bersih dan tangan saya sehingga kering. Selepas itu, saya akan luka pada lutut pemain itu dengan air dan kain bersih. [33 patah perkataan] 2 Baca dan fahami situasi di bawah. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan perenggan dengan kata kerja yang diberikan. Kamu dan seorang rakan sedang makan di kantin sekolah. Kamu melihat kuku rakan kamu itu panjang dan kotor. Sebagai rakan, apakah tindakan yang akan kamu lakukan? memotong menasihati menerangkan menggunakan Saya akan rakan saya itu agar makan sudu dan garpu supaya kotoran daripada kukunya tidak masuk ke dalam mulutnya. Saya juga akan menasihatinya supaya kukunya. Selain itu, saya akan kesan buruk berkuku panjang kepadanya. [36 patah perkataan]
Penulisan Tahun 4 Bahagian B © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4 3 Baca dan fahami situasi di bawah. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan perenggan dengan frasa yang diberikan. Sekolah kamu akan mengadakan kejohanan merentas desa tidak lama lagi. Semua murid diwajibkan untuk menyertai program tersebut. Acara ini juga memberi peluang kepada murid-murid untuk terlibat dalam sukan semasa hayat mereka di bangku persekolahan. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? • tidur secukupnya • pemakanan seimbang • mengandungi nutrien • menjalani latihan Saya akan setiap hari supaya badan saya kekal sihatdancergas.Selainitu, sayaakanmengamalkan dan pada kadar yang betul. Saya juga akan agar badan memperoleh rehat yang cukup. [35 patah perkataan] 4 Baca dan fahami situasi di bawah. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan perenggan dengan frasa yang diberikan. Sewaktu dalam perjalanan pulang dari kedai, kamu dan adik kamu dihampiri oleh seorang pemandu kereta yang tidak kalian kenal. Dia mempelawa kamu dan adik kamu menaiki keretanya untuk dihantar pulang ke rumah kamu. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? • meneruskan perjalanan • meminta bantuan • menaiki kereta • memaksa kami
Penulisan Tahun 4 Bahagian B 5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Saya dan adik tidak akan lelaki itu kerana kami tidak mengenalinya. Kami akan dengan berjalan kaki. Sekiranya lelaki itu , kami akan segera daripada sesiapa sahaja yang ada di situ. [35 patah perkataan] 5 Baca dan fahami situasi di bawah. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan perenggan dengan frasa yang diberikan. Seorang rakan kamu datang ke rumah tanpa memaklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada kamu. Pada masa itu, kamu sedang menyiapkan kerja sekolah yang perlu dihantar kepada guru pada hari esok. Tujuan kedatangan rakan kamu itu adalah untuk mengajak kamu bermain bola sepak. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? • menolak ajakan rakan saya • berjanji akan menyertainya • memberitahunya alasan saya Saya akan itu dengan baik. Saya akan agar dia mengerti. Seterusnya, saya bermain bola sepak pada hari lain. [27 patah perkataan] 6 Baca dan fahami situasi di bawah. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan perenggan dengan frasa yang diberikan. Kamu tergesa-gesa keluar dari rumah kerana telah terlewat ke sekolah. Tanpa sengaja, kamu terlanggar sebuah pasu bunga kepunyaan ibu kamu. Pasu tersebut pecah.
Penulisan Tahun 4 Bahagian B © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6 Sebagai anak yang baik, apakah tindakan yang akan kamu lakukan? • mengemaskan serpihan pasu bunga • menanam pokok bunga • meminta maaf daripada ibu • pulang dari sekolah Saya akan . Saya akan berterus terang bahawa perkara itu tidak saya sengajakan. Seterusnya, saya berjanji kepadanya bahawa saya akan itu dan itu semula setelah . [30 patah perkataan] 7 Baca dan fahami situasi di bawah. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan perenggan berdasarkan frasa yang diberikan. Bersempena dengan program Bulan Membaca yang dianjurkan di sekolah kamu, kamu ingin menyertai Pertandingan Ulasan Buku Kesukaan Saya dalam Bentuk Video. Tarikh akhir pertandingan itu adalah pada hari Rabu minggu depan. Sebagai peserta, apakah tindakan yang perlu kamu lakukan? memilih buku – paling saya sukai – mencatatkan sebab-sebab – menyediakan peranti – merakam video Sebagai peserta, saya akan . Saya perlu menyukai buku tersebut. Seterusnya, saya perlu . [25 patah perkataan]
Penulisan Tahun 4 Bahagian B 7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8 Baca dan fahami situasi di bawah. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan perenggan berdasarkan frasa yang diberikan. Kamu tinggal di sebuah pangsapuri. Sewaktu ingin menaiki lif untuk pulang ke rumah, kamu melihat seorang lelaki tua ingin menaiki lif juga. Lelaki itu membawa barang yang banyak. Sebagai penduduk yang prihatin, apakah tindakan yang kamu lakukan? menolong lelaki tua itu – membawa barangnya – masuk ke dalam lif – membantunya menekan butang lif – membawa barangnya ke rumahnya Saya akan . Seterusnya, saya akan . Saya juga akan menolongnya . [28 patah perkataan] 9 Baca dan fahami situasi di bawah. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan perenggan berdasarkan frasa yang diberikan. Jiran kamu, Muniswaran mengundang kamu ke majis sambutan ulang tahun kelahirannya pada hari esok. Namun begitu, kamu sekeluarga bercadang hendak pulang ke kampung pada hari tersebut. Sebagai jiran yang baik, apakah tindakan yang kamu lakukan? menghadiahi Muniswaran sesuatu – ulang tahun kelahirannya – menghadiri majlis itu – pulang kampung Saya akan bersempena dengan . Saya juga akan . Selepas itu, saya dan keluarga akan . [34 patah perkataan]
Penulisan Tahun 4 Bahagian B © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8 10 Baca dan fahami situasi di bawah. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan perenggan berdasarkan frasa yang diberikan. Sekolah kamu mengadakan program Bulan Kemerdekaan bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Kamu ingin menyertai Pertandingan Pakaian Kemerdekaan Paling Kreatif. Sebagai rakyat yang cinta akan negara, apakah yang perlu kamu lakukan? meminta ibu – membelikan saya bahan-bahan yang sesuai – menjahit pakaian – menonjolkan semangat patriotik Sebagai rakyat yang cinta akan negara, saya akan . Saya juga akan meminta ibu saya dengan memastikan pakaian itu sopan, menarik, dan . [34 patah perkataan] 11 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Guru Pendidikan Seni Visual memaklumkan senarai barang yang perlu dibawa ke sekolah untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas pada hari esok. Maklumat itu disampaikan oleh beliau melalui aplikasi WhatsApp. Sebagai murid yang bertanggungjawab, apakah yang perlu kamu lakukan?
Penulisan Tahun 4 Bahagian B 9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 12 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Kamu berehat di tepi padang kerana keletihan selepas bermain bola. Tidak lama kemudian, kamu melihat seorang budak lelaki terbongkok-bongkok seolah-olah mencari sesuatu di padang. Apakah yang akan kamu lakukan? 13 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Projek Kitar Semula Bahan Buangan sedang dilaksanakan di sekolah kamu selama seminggu. Murid-murid diminta untuk membawa botol-botol dan tin kosong ke sekolah untuk dikumpulkan. Sebagai murid yang prihatin akan alam sekitar, apakah tindakan yang akan kamu lakukan? 14 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Bersempena dengan program Hari Keusahawanan di sekolah kamu, persatuan yang kamu sertai terlibat dalam jualan beberapa jenis air. Guru penasihat persatuan meminta kamu turut serta.
Penulisan Tahun 4 Bahagian B © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 10 Sebagai ahli persatuan tersebut, apakah tindakan kamu? 15 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Fenomena jerebu yang sedang melanda negara kita membawa kesan buruk terhadap kesihatan kita. Oleh sebab itu, kita perlulah mengambil beberapa langkah untuk mengelakkan kesan buruk tersebut. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? 16 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Penggunaan penyedut minuman atau straw kini tiada lagi di beberapa buah restoran, termasuk restoran makanan segera. Hal ini dilakukan sebagai usaha untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Penulisan Tahun 4 Bahagian B 11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Apakah tindakan kamu apabila makan di restoran yang tidak menyediakan straw? 17 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Kamu ingin membeli sebuah buku ulang kaji. Kamu mendapati ada beberapa buah buku yang hampir sama kandungannya di kedai buku itu. Sebagai pengguna yang bijak, apakah tindakan yang perlu kamu lakukan? 18 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Ketika sedang makan di kantin sekolah, kamu terlihat seorang murid menangis. Nasi lemak yang dibelinya telah terjatuh ke lantai.
Penulisan Tahun 4 Bahagian B © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 12 Sebagai murid yang prihatin, apakah tindakan yang kamu lakukan? 19 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Sewaktu berehat di sebuah taman rekreasi, kamu terlihat seorang kanak-kanak membuang plastik aiskrim ke tanah. Apakah tindakan yang kamu lakukan? 20 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Seorang rakan sekelas kamu mengadu dia kehilangan wang sebanyak RM5.00. Dia menyedari wangnya itu hilang selepas waktu rehat. Sebagai ketua kelas, apakah tindakan yang kamu lakukan?
J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. B Respons Kritis dan Kreatif 1 Saya akan memapah pemain itu ke tepi padang. Saya akan mencuci tangan dengan air yang bersih dan mengelap tangan saya sehingga kering. Selepas itu, saya akan mencuci luka pada lutut pemain itu dengan air dan kain bersih. 2 Saya akan menasihati rakan saya itu agar makan menggunakan sudu dan garpu supaya kotoran daripada kukunya tidak masuk ke dalam mulutnya. Saya juga akan menasihatinya supaya memotong kukunya. Selain itu, saya akan menerangkan kesan buruk berkuku panjang kepadanya. 3 Saya akan menjalani latihan setiap hari supaya badan saya kekal sihat dan cergas. Selain itu, saya akan mengamalkan pemakanan seimbang dan mengandungi nutrien pada kadar yang betul. Saya juga akan tidur secukupnya agar badan memperoleh rehat yang cukup. 4 Saya dan adik tidak akan menaiki kereta lelaki itu kerana kami tidak mengenalinya. Kami akan meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki. Sekiranya lelaki itu memaksa kami, kami akan segera meminta bantuan daripada sesiapa sahaja yang ada di situ. 5 Saya akan menolak ajakan rakan saya itu dengan baik. Saya akan memberitahunya alasan saya agar dia mengerti. Seterusnya, saya berjanji akan menyertainya bermain bola sepak pada hari lain. 6 Saya akan meminta maaf daripada ibu. Saya akan berterus terang bahawa perkara itu tidak saya sengajakan. Seterusnya, saya berjanji kepadanya bahawa saya akan mengemaskan serpihan pasu bunga itu dan menanam pokok bunga itu semula setelah pulang dari sekolah. 7 Sebagai peserta, saya akan memilih buku yang paling saya sukai. Saya perlu mencatatkan sebab-sebab saya menyukai buku tersebut. Seterusnya, saya perlu menyediakan peranti untuk merakam video. 8 Saya akan menolong lelaki tua itu membawa barangnya masuk ke dalam lif. Seterusnya, saya akan membantunya menekan butang lif. Saya juga akan menolongnya membawa barang-barangnya ke rumahnya. 9 Saya akan menghadiahi Muniswaran sesuatu bersempena dengan ulang tahun kelahirannya. Saya juga akan menghadiri majlis itu. Selepas itu, saya dan keluarga akan pulang ke kampung. 10 Sebagai rakyat yang cinta akan negara, saya akan meminta ibu saya membelikan saya bahan-bahan yang sesuai. Saya juga akan meminta ibu saya menjahit pakaian itu dengan memastikan pakaian itu sopan, menarik, dan menonjolkan semangat patriotik. 11 Saya akan membawa senarai barang yang perlu dibawa itu ke kedai. Saya akan membeli setiap barang itu. Keesokan harinya, saya akan membawa semua barang itu ke sekolah. 12 Saya akan menemui budak itu untuk bertanyakan masalahnya. Saya akan membantunya mencari barang kepunyaannya yang mungkin tercicir di padang itu. Sekiranya barang itu tidak ditemukan, saya akan menasihatinya supaya reda. 13 Saya akan mengumpulkan botol-botol dan tin kosong di rumah saya. Saya juga akan mengutip botol-botol dan tin kosong di kawasan sekitar tempat saya tinggal. Saya akan membawa semua tin dan botol kosong itu ke sekolah pada hari terakhir program itu. Jawapan