The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nota yang lengkap, padat dan ringkas dapat membantu murid untuk menguasai subjek.

Harga
RM18.95 (WM & EM)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2021-07-15 05:44:08

Ranger SPM Revisi Cepat - Sains

Nota yang lengkap, padat dan ringkas dapat membantu murid untuk menguasai subjek.

Harga
RM18.95 (WM & EM)

PELANGI

SPMRevisi Cepat

Sains

Tingkatan

4 . 5 KSSM

Chong Chee Sian
Shazatul Ezma Mahfudz

Bibiana Toh Siew Siew
Chien Hui Siong

Tingkatan 4 4.2 Sektor Tenaga 37
4.3
Sektor Pengurusan Sisa 38
4.4 dan Air Sisa

1BAB Langkah Keselamatan 1 Sektor Pertanian dan
di dalam Makmal Perhutanan 39

1.1 Peralatan Perlindungan Diri 2 4.5 Sektor Pengangkutan 40

1.2 Pembuangan Bahan Sisa 4 4.6 Teknologi Hijau dan Kehidupan 41

1.3 Pemadam Kebakaran 7 Praktis SPM 42

Praktis SPM 10 5BAB Genetik 45

2BAB Bantuan Kecemasan 14 5.1 Pembahagian Sel 46

5.2 Pewarisan 53

2.1 Resusitasi Kadiopulmonari 5.3 Mutasi 57
(Cardiopulmonary
Resuscitation, CPR) 15 5.4 Teknologi Kejuruteraan
Genetik 62
2.2 Heimlich Manoeuvre 17
5.5 Variasi 64
Praktis SPM 20
Praktis SPM 66

3BAB Teknik Mengukur 6BAB Sokongan, Pergerakan 71
Parameter Kesihatan dan Pertumbuhan

Badan 23

3.1 Suhu Badan 24 6.1 Sokongan, Pergerakan dan 72
Pertumbuhan Haiwan

3.2 Kadar Denyutan Nadi 26 6.2 Pergerakan dan Pertumbuhan
Manusia 82
3.3 Tekanan Darah 27

3.4 Indeks Jisim Badan 28 6.3 Sokongan, Pertumbuhan dan
(Body Mass Index, BMI) Kestabilan dalam Tumbuhan 88

Praktis SPM 30 Praktis SPM 92

4BAB Teknologi Hijau dalam 34 7BAB Koordinasi Badan 96
Melestarikan Alam
35 7.1 Sistem Endokrin Manusia 97
4.1 Kelestarian Alam Sekitar

ii

7.2 Gangguan kepada Koordinasi 11.3 Pecutan Graviti dan Jatuh
Badan 100 Bebas 158

7.3 Minda yang Sihat 103 11.4 Jisim dan Inersia 161

Praktis SPM 106 Praktis SPM 165

8BAB Unsur dan Bahan 109 BA1B 2 Tenaga Nuklear 169

8.1 Asas Jirim 110 12.1 Penggunaan Tenaga Nuklear 170
12.2 Penghasilan Tenaga Nuklear 171
8.2 Jadual Berkala Unsur Moden 112 12.3 Impak Penggunaan Tenaga

8.3 Isotop 116 Nuklear 175
12.4 Tenaga Nuklear di Malaysia 177
Praktis SPM 118
Praktis SPM 178
9BAB Kimia Industri 122

9.1 Aloi 123 Tingkatan 5

9.2 Kaca dan Seramik 127

9.3 Polimer 129 1BAB Mikroorganisma 182

Praktis SPM 132

BA1B 0 Kimia dalam Perubatan 136 1.1 Dunia Mikroorganisma 183
dan Kesihatan 1.2 193
1.3 Mikroorganisma Berfaedah
194
10.1 Perubatan Tradisional, Pencegahan dan Rawatan
Perubatan Moden dan Penyakit yang Disebabkan
Perubatan Komplementari oleh Mikroorganisma

137 Praktis SPM 198

10.2 Radikal Bebas 141

10.3 Bahan Antioksidan 143 2BAB Nutrisi dan Teknologi
Makanan 201
10.4 Produk Kesihatan 145

Praktis SPM 146 2.1 Gizi Seimbang dan Nilai
Kalori 202
2.2
BA1B 1 Daya dan Gerakan 149 Keperluan Nutrien oleh
2.3 Tumbuhan 207
11.1 Gerakan Linear 150 2.4
11.2 Graf Gerakan Linear 155 Kitar Nitrogen 211

Teknologi Pengeluaran
Makanan 213

iii

2.5 Teknologi Pemprosesan 6BAB Elektrokimia 283
2.6 Makanan 217

Makanan Kesihatan dan 220 6.1 Sel Elektrolitik 284
Suplemen Kesihatan

Praktis SPM 223 6.2 Sel Kimia 289

Praktis SPM 291

3BAB Kelestarian Alam 7BAB Cahaya dan Optik
Sekitar 226

3.1 Kitaran Hayat Produk 227 294

3.2 Pencemaran Alam Sekitar 231 7.1 Pembentukan Imej
oleh Kanta
3.3 Pemeliharaan dan 295
Pemuliharaan Alam Sekitar 239
7.2 Peralatan Optik 299

Praktis SPM 242 Praktis SPM 303

4BAB Kadar Tindak Balas 246 8BAB Daya dan Tekanan 306

4.1 Pengenalan Kadar 247 8.1 Tekanan dalam Bendalir 307
Tindak Balas Praktis SPM 312

4.2 Faktor yang Mempengaruhi

Kadar Tindak Balas 253 9BAB Teknologi Angkasa
Lepas 316
4.3 Aplikasi Konsep Kadar 256
Tindak Balas

Praktis SPM 259 9.1 Satelit 317

5BAB Sebatian Karbon 262 9.2 Sistem Penentu Sejagat
(Global Positioning System,
GPS) 321

5.1 Pengenalan Sebatian Karbon 263 Praktis SPM 323

5.2 Hidrokarbon 265 Kertas Model SPM 325

5.3 Alkohol 269

5.4 Lemak 272

5.5 Minyak Sawit 273

Praktis SPM 280

iv

2Bab NUTRISI DAN TEKNOLOGI
MAKANAN

TPeemnay1e:nPggeanryaeanngdganraKaensdinaanmKbeusningaamnbHuindguapn Hidup

KANDUNGAN BAB 2.4 Teknologi Pengeluaran
Makanan
2.1 Gizi Seimbang dan Nilai
Kalori 2.5 Teknologi Pemprosesan
Makanan
2.2 Keperluan Nutrien dalam
Tumbuhan 2.6 Makanan Kesihatan dan
Suplemen Kesihatan
2.3 Kitar Nitrogen

Nutrisi dan Teknologi Makanan

Nutrisi Teknologi Makanan

Gizi seimbang Kalorimeter Pengeluaran Pemprosesan Makanan dan
dan nilai kalori bom makanan makanan suplemen
yang diperlukan kesihatan
Kesan melibatkan
oleh manusia pengambilan
jumlah kalori Kualiti dan Kaedah
Kepelbagaian yang tidak kuantiti Penggunaan bahan kimia
nutrien oleh makanan
menepati
tumbuhan keperluan
individu

Makronutrien Mikronutrien Impak penggunaan bahan
kimia terhadap manusia
dan haiwan peliharaan

201

  Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan

2.1 Gizi Seimbang 3. Gizi seimbang:

dan Nilai Kalori (a) Mengandungi karbohidrat,
protein, lemak, vitamin, garam
Gizi Seimbang mineral, serat dan air dalam
kadar dan kuantiti yang betul
1. Makanan adalah sumber tenaga dan mengikut keperluan badan
membekalkan bahan mentah untuk
unsur dan sebatian kimia yang (b) Membekalkan nutrien dan tenaga
diperlukan oleh tubuh kita. yang diperlukan untuk tindak
balas metabolisme, menjaga
2. Diet bermaksud jenis makanan yang kesihatan dan pertumbuhan.
selalu kita makan dan minum.
4. Gizi seimbang akan dapat memenuhi
keperluan tenaga harian badan.

Malnutrisi

Malnutrisi merujuk kepada ketidakseimbangan nutrien akibat kekurangan atau berlebihan
mana-mana kelas makanan untuk jangka masa yang panjang.

Tingkatan 5 Marasmus

Sebab: K ekurangan protein atau karbohidrat
Kesan: P enyusutan berat badan yang sangat ketara. Kanak-kanak

menjadi sangat kurus dan kulitnya berkedut.

Rajah 2.1 Kwasyiorkor

Sebab: Kekurangan protein
Kesan: K anak-kanak mempunyai kulit yang mengelupas, kurus,

rambut yang halus dan perut buncit.

Riket Rajah 2.2

Sebab: K ekurangan kalsium, fosforus dan vitamin D
Kesan: P embentukan gigi dan tulang yang lemah dalam kanak-kanak.

Rajah 2.3 Goiter

Sebab: Kekurangan iodin
Kesan: Leher bengkak disebabkan oleh pembesaran kelenjar tiroid

Skurvi Rajah 2.4

Sebab: K ekurangan vitamin C
Kesan: Gusi bengkak dan berdarah, gigi longgar.

Rajah 2.5

202

Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan 

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Keperluan Kalori

Keperluan tenaga minimum adalah berbeza mengikut individu dan bergantung kepada
beberapa faktor.

Jantina

• Lelaki dewasa memerlukan lebih banyak tenaga daripada perempuan
dewasa yang mempunyai umur yang sama dan saiz badan yang sama.

• Kadar metabolisme asas lelaki adalah lebih tinggi daripada perempuan.

Umur Faktor yang Pekerjaan Tingkatan 5
mempengaruhi
• Kanak-kanak dan remaja keperluan kalori • Seseorang yang melakukan
memerlukan lebih banyak pekerjaan yang lebih berat
tenaga daripada orang individu memerlukan lebih banyak
dewasa. tenaga daripada seseorang
yang bekerja di pejabat.
• Kadar metabolisme asas
kanak-kanak dan remaja • Tenaga yang lebih diperlukan
adalah lebih tinggi kerana untuk pekerjaan yang aktif
memerlukan lebih banyak dan berat.
tenaga untuk pertumbuhan.
Kehamilan dan penyusuan anak
Iklim
• Ibu mengandung dan ibu
• Orang yang hidup di iklim menyusu memerlukan lebih
yang sejuk memerlukan lebih banyak tenaga daripada
banyak tenaga daripada perempuan yang lain.
orang yang hidup di iklim
panas. • Lebih banyak tenaga
diperlukan untuk menyokong
• Lebih banyak tenaga pertumbuhan fetus dan
diperlukan untuk menghasilkan susu.
mengekalkan suhu badan.

Pinggan Sihat Malaysia

Pinggan Sihat Malaysia adalah cadangan baharu mengenai pemakanan sihat yang
dipromosikan oleh Kerajaan Malaysia (Rajah 2.6). Hal ini disebabkan oleh peningkatan
trend semasa penyebaran penyakit tidak berjangkit atau non-communicable diseases
(NCD). Beberapa contoh NCD ini adalah diabetes melitus, hipertensi, hiperkolestrolemia,
dan juga obesiti. Oleh itu, makanan yang diambil mestilah rendah lemak, garam dan
gula, seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Diet Malaysia.

Pinggan Sihat Malaysia mengandungi ng dan Kekacang Buah-b

uahan
NPasroi,dMuekebiji
• 1 pinggan bijirin atau produk bijirin, lebih digalakkan bijirin Ikan,Ayam, Dagi
4 Sayuran

penuh seperti beras perang atau roti gandum

• 1 pinggan ikan, ayam, daging, atau telur ri,nRodtai,nBuijibriin Sayur-
4

• 1 pinggan buah-buahan dan sayur-sayuran Rajah 2.6 Pinggan
2 Sihat Malaysia

203

Tingkatan 5   Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan 5. Nilai kalori makanan boleh dikira
dengan menggunakan formula di
Tujuan Pinggan Sihat Malaysia bawah:

• Meningkatkan pengambilan buah-buahan Para saintis mengukur nilai kalori di makmal
dan sayur-sayuran dengan kalorimeter bom (Rajah 2.7). Sampel
makanan dinyalakan dan dibakar sepenuhnya
• Mengawal bahagian saiz makanan di dalam kalorimeter bom. Haba diserap oleh
karbohidrat air di sekitarnya. Peningkatan suhu diukur
dengan termometer. Nilai kalori dikira dengan
• Menggalakkan pengambilan produk bijirin menggunakan formula.
penuh
Termometer
• Memastikan pengambilan makanan
sumber protein yang mencukupi (ikan, Pengacau
ayam, daging dan kacang)

• Menggalakkan pengambilan air kosong

Nilai Kalori Makanan

1. Nilai kalori atau nilai tenaga ialah
kuantiti haba yang dibebaskan apabila
satu gram makanan dioksidakan
dengan lengkap.

2. Nilai kalori dalam makanan diukur
dengan kalori (cal), kilokalori (kcal),
joule (J) atau kilojoule (kJ).

Oksigen Air

3. Unit S.I. untuk nilai kalori ialah joule Kalorimeter
per kilogram (J kg–1). Bom

4. Nilai kalori untuk tiga kelas makanan Sampel makanan
yang utama: Rajah 2.7 Kalorimeter bom

Kelas makanan Nilai tenaga (kJ/g) 6. Eksperimen berikut dijalankan untuk
Karbohidrat 16.7 menganggarkan nilai kalori dalam
Protein 16.7 beberapa sampel makanan dengan
Lemak 37.6 menggunakan kalorimeter.

Senarai Kalori bagi
Makanan dan Minuman

INFO

204

Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan 

Bahan dan radas:
Kacang tanah, roti, ikan bilis, kapas, air suling, kaki retort, tabung didih, termometer,

penghadang, plastisin dan jarum

Termometer 100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 Penghadang
Kapas

Tabung didih Kaki retort

Air suling Rajah 2.8 Roti Ikan bilis Tingkatan 5
Sampel makanan 20 20
Kacang tanah 0.60 0.5
Jarum 20 28 28
Plastisin 0.85 44 40
28 16 12
Pemerhatian: 78
Sampel makanan 50

Jisim air (g)
Jisim sampel makanan (g)
Suhu awal, T1 (°C)
Suhu akhir, T2 (°C)
Perubahan suhu, T2 – T1 (°C)

Pengiraan: 2. Kacang tanah yang mengandungi
lemak mempunyai nilai kalori lebih
Nilai kalori kacang tanah = 4.2 × 20 × 50 tinggi daripada roti yang mengandungi
0.85 × 1000 karbohidrat dan ikan bilis yang
mengandungi protein.
= 4.94 kJ/g
3. Nilai kalori sampel makanan yang
Nilai kalori roti = 4.2 × 20 × 16 ditentukan menggunakan kalorimeter
0.60 × 1000 lebih kecil daripada nilai kalori
sebenarnya kerana tidak semua tenaga
= 2.24 kJ/g yang dikeluarkan oleh sampel makanan
digunakan untuk memanaskan air.
Nilai kalori ikan bilis = 4.2 × 20 × 12 Sebilangan tenaga hilang dalam bentuk
0.50 × 1000 cahaya ketika makanan terbakar.

= 2.02 kJ/g Kesimpulan:
Kacang tanah mempunyai nilai kalori yang
Perbincangan: lebih tinggi berbanding dengan roti dan ikan
1. Nilai kalori untuk kacang tanah lebih bilis.

tinggi daripada roti dan ikan bilis.
Hal ini kerana lebih banyak haba
dibebaskan apabila kacang tanah
dibakar sepenuhnya.

205

Tingkatan 5   Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan

Kesan Pengambilan Jumlah Kalori yang Tidak Menepati Keperluan Individu
Badan manusia memerlukan kalori untuk proses hidup. Tanpa tenaga, sel-sel di dalam
badan akan mati, jantung dan peparu akan berhenti berfungsi, dan organ-organ tidak
dapat menjalankan proses asas yang diperlukan untuk hidup. Manusia memperoleh tenaga
melalui makanan dan minuman. Jumlah kalori yang diambil seharusnya dapat menepati
keperluan kalori individu tersebut untuk mengekalkan kesihatannya. Pengambilan kalori
yang terlalu rendah atau terlalu tinggi akan menyebabkan masalah kesihatan (Rajah 2.9).

Obesiti

Sebab: Pengambilan makanan secara berlebihan dengan nilai kalori tinggi
Kesan: R isiko lebih tinggi menghidap penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser

Anoreksia nervosa
Sebab: H ilang selera makan atau tidak mahu makan sama sekali kerana takut

menambah berat badan
Kesan: Gangguan fungsi jantung, sistem endokrin dan sistem pembiakan,

menyebabkan kematian

Aterosklerosis
Sebab: Pengambilan berlebihan makanan yang kaya dengan lemak

tepu dan kolesterol
Kesan: Salur darah tersumbat dan ancaman serangan jantung dan strok

Diabetes melitus

Sebab: Pengambilan gula yang berlebihan
Kesan: Haus, keletihan, pemulihan luka yang perlahan dan kerap membuang

air kencing

Tekanan darah tinggi
Sebab: P engambilan garam yang berlebihan
Kesan: Menyebabkan pemecahan arteri kecil, membawa kepada serangan

jantung dan strok

Rajah 2.9 Sebab beberapa masalah kesihatan serta kesannya

Kuiz

Apakah nama penyakit yang disebabkan oleh pengambilan protein yang
berlebihan yang mengakibatkan sakit dan bengkak yang teruk pada sendi?

206

Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan 

Corak Pemakanan Masyarakat Malaysia dan Kesannya terhadap Kesihatan

Corak pemakanan mempengaruhi status pemakanan dan indeks jisim badan (BMI) untuk
rakyat Malaysia pada semua peringkat umur. Corak pemakanan yang tidak betul telah
menyumbang kepada peningkatan jumlah individu yang obes dan berlebihan berat badan
serta menghidapi pelbagai masalah kesihatan (Rajah 2.10).

Restoran 24 jam

• Pembukaan restoran 24 jam mendorong pengambilan makanan
pada waktu yang tidak sesuai seperti waktu lewat malam.

• Corak pemakanan ini bukan sahaja menghasilkan pengambilan
kalori tambahan yang tidak perlu, makan terlalu dekat dengan
waktu tidur juga boleh menyebabkan gangguan pencernaan dan
masalah tidur.

Makanan segera

• Sebilangan besar makanan segera mengandungi lemak dan Tingkatan 5
karbohidrat yang berlebihan dengan kandungan serat yang sedikit.

• Pengambilan lemak yang berlebihan menyebabkan penyakit
kardiovaskular. Pengambilan karbohidrat yang berlebihan
menyebabkan obesiti. Minuman berkarbonat mengandungi
gula berlebihan yang boleh menyebabkan diabetes melitus dan
kerosakan gigi. Kafein dalam minuman berkarbonat menyebabkan
insomnia, kegelisahan dan ketagihan.

Makanan rapu

• Makanan rapu ialah makanan dan minuman dengan nilai nutrisi
(misalnya vitamin, mineral dan serat) yang rendah tetapi nilai kalori
yang tinggi dan mengandungi lemak, gula atau garam berlebihan.

• Makanan rapu yang mengandungi natrium tinggi boleh
menyebabkan tekanan darah tinggi. Makanan rapu yang
mengandungi karbohidrat dan gula boleh menyebabkan obesiti
dan diabetes melitus. Makanan rapu dengan lemak trans dapat
meningkatkan aras kolesterol dan menyebabkan penyakit
kardiovaskular. Makanan rapu juga mungkin mengandungi bahan
kimia karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.

Rajah 2.10 Kesan corak pemakanan terhadap kesihatan

2.2 Keperluan Nutrien oleh Tumbuhan

1. Tumbuhan memerlukan air, karbon dioksida dan cahaya matahari untuk membentuk
karbohidrat semasa fotosintesis. Tetapi tumbuhan memerlukan unsur-unsur tambahan
lain untuk membina nutrien dan bahan organik lain.

2. Sebagai contoh, tumbuhan memerlukan sumber nitrogen untuk sintesis protein dan
sumber magnesium dan nitrogen untuk sintesis klorofil.

207

  Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan

Karbon (K)

Hirdrogen (H)

Oksigen (O)

Makronutrien Nitrogen (N) O2 H2O
(Unsur yang diperlukan oleh Fosforus (P) CO2
tumbuhan dalam kuantiti Kalium (K)
yang banyak)

Kalsium (Ca)

Magnesium (Mg)

Sulfur (S)

Boron (B)

Mikronutrien Kuprum (Cu) Ca Mg S NPK
(Unsur yang diperlukan oleh Ferum (Fe)
tumbuhan dalam kuantiti Mangan (Mn) B Zn Fe Cu Mn Mo
yang sedikit) Molibdenum (Mo)
Tingkatan 5 Rajah 2.11 Keperluan nutrien
oleh tumbuhan

Zink (Zn)

Jadual 2.1 Fungsi makronutrien pada tumbuhan

Makronutrien Fungsi

Nitrogen • Sintesis protein, asid nukleik, klorofil and enzim
• Penting bagi pertumbuhan dahan dan daun
• Meningkatkan pengeluaran buah dan benih

Fosforus • Sintesis protein dan asid nukleik
• Menggalakkan pembahagian sel untuk penghasilan bunga dan buah

Kalium • Sintesis protein
• Menggalakkan pembahagian sel
• Meningkatkan rintangan terhadap penyakit berjangkit

Kalsium • Membentuk lamela tengah dan dinding sel
• Sintesis gentian gelendong untuk pembahagian sel

Magnesium • Membentuk klorofil
• Mengaktifkan enzim

Sulfur • Sintesis protein dan klorofil
• Menggalakkan pembahagian sel dan perkembangan buah

Oksigen • Terlibat dalam respirasi tumbuhan untuk menghasilkan tenaga

Karbon, hidrogen • Sintesis gula semasa fotosintesis
• Membina selulosa

208

Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan 

Jadual 2.2 Fungsi mikronutrien pada tumbuhan

Mikronutrien Fungsi
Boron
Ferum • Sintesis klorofil dan dinding sel
Kuprum • Penting bagi pembentukan biji benih dan buah
Molibdenum
Mangan • Penting dalam respirasi sel
Zink • Penting untuk pertumbuhan bahagian muda tumbuhan

• Terlibat dalam respirasi dan fotosintesis
• Penting bagi pertumbuhan, pembiakan dan pembentukan bunga

• Terlibat dalam sintesis protein
• Penting dalam pertumbuhan tumbuhan

• Terlibat dalam respirasi dan fotosintesis
• Penting bagi pembentukan asid amino

• Penting bagi sintesis protein dan pembentukan klorofil
• Penting bagi pembentukan daun

Kekurangan ferum: Kekurangan kalsium: Tingkatan 5
Daun muda menjadi Pertumbuhan terbantut, daun
yang terherot dan bercuping,
kuning bahagian di antara urat-urat
daun menjadi kuning
Daun muda Kekurangan mangan:
Bintik perang atau kelabu Kekurangan boron:
di antara urat daun Kematian tunas
terminal, pertumbuhan
Kekurangan sulfur: yang abnormal, daun
Sesetengah daun atau menjadi tebal, bergulung
seluruh tumbuhan dan rapuh
menjadi kuning
Kekurangan kuprum:
Kematian apeks pucuk
muda, bintik perang
pada daun, tumbuhan
menjadi terbantut

Daun tua Kekurangan magnesium: Kekurangan zink:
Klorosis pada daun matang, Klorosis pada bahagian
bintik merah pada permukaan antara urat-urat daun,
daun, daun bercuping daun berwarna hijau
pudar, kemerosotan
Kekurangan fosforus: dalam hasil tanaman
Tumbuhan terbantut, batang
tumbuhan lemah, daun berwarna Kekurangan kalium:
hijau tua dan pudar, bintik-bintik Tumbuhan terbantut, daun
merah dan ungu pada daun tua, layu dengan tisu mati di
pertumbuhan akar merosot sisi daun, penghasilan
bunga dan buah
Kekurangan molibdenum: berkurang, pertumbuhan
Klorosis pada daun yang matang, akar berkurang
daun berwarna hijau pudar, hasil
tanaman berkurang

Kekurangan nitrogen: Daun tua
Tumbuhan terbantut, batang tumbuhan yang normal
yang lemah, klorosis, pembentukan
bunga dan penghasilan buah terencat

Rajah 2.12 Kesan kekurangan nutrien pada tumbuhan

209

  Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan

3. Eksperimen berikut dijalankan untuk mengkaji kesan kekurangan makronutrien
(nitrogen, fosforus dan kalium) terhadap pertumbuhan tumbuhan.

Empat tabung didih disediakan dan diisi dengan larutan kultur seperti yang ditunjukkan
dalam rajah di bawah.

Tiub Anak benih Anak benih
penghantar jagung jagung

Ke Kapas
pam
udara Gabus

Kertas Larutan Kertas Larutan
hitam kultur tanpa hitam kultur tanpa
nitrogen kalium
Larutan Larutan
kultur kultur tanpa
lengkap fosforus

Tingkatan 5 Rajah 2.13 Susunan radas

Pemerhatian:

Kekurangan Pertumbuhan tumbuhan
nutrien
Jenis larutan kultur Ketinggian Warna daun Panjang akar
tumbuhan (cm) (cm)

Larutan kultur lengkap Tiada 25 Hijau 10

Larutan kultur tanpa Nitrogen 14 Kuning 8
nitrogen

Larutan kultur tanpa Fosforus 10 Hijau tua dengan 4
fosforus bintik merah

Larutan kultur tanpa Kalium 15 Sisi daun 5
kalium menjadi kuning

Perbincangan:
1. Anak benih jagung dalam larutan kultur lengkap bertumbuh dengan lebih sihat kerana

dibekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan.
2. Anak benih jagung di dalam tabung didih yang lain menunjukkan pertumbuhan terbantut

dan kesan kekurangan yang berkaitan dengan fungsi nutrien.
3. Tabung didih dibalut dengan kertas hitam untuk mencegah pertumbuhan alga yang

dapat menyerap nutrien dalam larutan kultur dan menjejaskan keputusan eksperimen.
4. Udara dipam ke dalam larutan kultur dalam setiap tabung didih untuk membekalkan

oksigen kepada akar untuk respirasi.
5. Larutan kultur diganti setiap minggu untuk menggantikan nutrien yang diserap

oleh anak benih jagung.

Kesimpulan:
Kekurangan makronutrien (nitrogen, fosforus dan kalium) merencatkan pertumbuhan
tumbuhan.

210

Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan 

2.3 Kitar Nitrogen

1. Nitrogen adalah unsur penting yang diperlukan untuk membentuk sebatian seperti
protein, enzim, kebanyakan vitamin, DNA, RNA dan ATP.

2. Udara atmosfera mengandungi 78% gas nitrogen tetapi tidak dapat digunakan
secara langsung oleh tanaman. Tumbuhan hanya dapat menyerap nitrogen dalam
bentuk ion ammonium atau nitrat dari air tanah.

Nitrogen dalam atmosfera

Pen denitritan
Kilat

Dimakan oleh Protein (Bakteria Tingkatan 5
dalam haiwan pendenitritan)

Protein dalam
tumbuhan

Kematian dan pereputan

Bakteria pengikat nitrogen Sebatian ammonium
dalam tanah dan
dalam nodul akar

Penitritan Nitrit

Penitritan Nitrat

(Bakteria penitritan)
Rajah 2.14 Kitar nitrogen

• Kitar nitrogen menunjukkan perkaitan antara nitrogen atmosfera, sebatian ammonia,
nitrit dan nitrat yang terdapat di dalam tanah dan sebatian nitrogen organik yang

terdapat dalam organisma hidup.

• Terdapat dua proses dalam kitar nitrogen, iaitu proses penambahan ion nitrat ke
tanah dan proses penyingkiran ion nitrat dari tanah.

TIP SPM

Kesalahan konsep
Tumbuhan menyerap nitrogen dari atmosfera.
Pembetulan
Tumbuhan hanya dapat mengambil nitrogen dalam bentuk ion mineral seperti ion
ammonium dan nitrat diserap oleh akar dari tanah.

211

Tingkatan 5   Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan

Pengikatan nitrogen atmosfera: Kilat and letusan gunung berapi

• Sewaktu terjadinya kilat atau letusan gunung berapi, tenaga haba yang terbebas pada suhu
yang tinggi mengoksidakan nitrogen dalam udara untuk membentuk gas nitrogen dioksida

• Apabila hujan turun, gas nitrogen dioksida dalam udara akan melarut dalam air hujan lalu
membentuk asid nitrik dan turun ke permukaan bumi. Asid nitrik ini akan meresap ke dalam
tanah dan bertindak balas dengan mineral untuk membentuk ion nitrat.

Pengikatan nitrogen oleh bakteria pengikat nitrogen

• Bakteria pengikat nitrogen di dalam tanah, air dan nodul akar tumbuhan legum, menukarkan
nitrogen kepada sebatian ammonia.

Pengikatan nitrogen dalam penghasilan baja

• Kilang menghasilkan baja nitrogen.
• Nitrogen atmosfera digabungkan dengan hidrogen untuk membentuk ammonia melalui proses

perindustrian yang disebut Proses Haber.
• Ammonia diproses untuk membentuk urea dan ammonium nitrat.

Penitritan

• Bangkai haiwan mati dan sisa-sisa tumbuhan mati diuraikan oleh bakteria dan kulat kepada
ammonia.

• Bakteria penitritan menukarkan sebatian ammonia di dalam tanah kepada nitrit dan nitrat.

Rajah 2.15 Proses penambahan ion nitrat ke dalam tanah

Proses penyerapan ion nitrat Proses pendenitritan
daripada tanah
• Bakteria pendenitritan di dalam tanah
• Tumbuhan menyerap nitrat dari tanah melalui menguraikan nitrat menjadi gas nitrogen
akarnya untuk mensintesis protein dan dan oksigen.
sebatian lain dalam sel.
• Oksigen digunakan oleh bakteria sementara
• Semasa haiwan memakan tumbuhan, protein nitrogen dikembalikan ke atmosfera.
tumbuhan dipindahkan ke haiwan untuk
membentuk protein haiwan.

Proses melarut resap nitrat

• Nitrat di dalam tanah larut dalam air dan kemudian
mengalir ke sungai atau air bawah tanah.

• Proses ini menyingkirkan ion nitrat dari tanah

Rajah 2.16 Proses penyingkiran ion nitrat dari tanah

212

Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan 

Mengekalkan kandungan nitrogen di Mengekalkan kesuburan tanah dan
atmosfera meningkatkan hasil tanaman
• Kitar nitrogen membantu menukarkan gas
• Dalam kitar nitrogen, nitrogen dari
atmosfera digunakan untuk membentuk nitrogen kepada nitrat.
ion nitrat dan dikembalikan ke atmosfera
melalui pendenitritan. • Nitrat dan nitrit di dalam tanah dapat
memperkayakan tanah dengan nutrien
• Kepekatan nitrogen di atmosfera yang diperlukan untuk penanaman.
dikekalkan pada 78% untuk memastikan
kesinambungan dan kelestarian hidup • Kesannya, produktiviti tanaman meningkat
di bumi.

Kepentingan

kitar

Mengekalkan bekalan protein nitrogen Mengurangkan pencemaran

tumbuhan dan protein haiwan secara alam sekitar

berterusan • Bahan kumuh dan bangkai tumbuhan dan

• Ion ammonia dan nitrat di dalam tanah haiwan diuraikan oleh bakteria dan kulat

diserap oleh tumbuhan untuk mensintesis pengurai untuk dijadikan bahan yang tidak

protein. Apabila tanaman dimakan oleh berbahaya kepada alam sekitar. Tingkatan 5

haiwan, protein dalam tisu tumbuhan • Proses pereputan mengembalikan unsur-

dicerna menjadi asid amino dan disintesis unsur seperti karbon, nitrogen dan sulfur

semula menjadi protein haiwan. kembali ke tanah untuk digunakan oleh

• Hal ini memastikan bekalan protein tanaman. Hal ini membantu mengurangkan

berterusan untuk kesinambungan dan pencemaran alam sekitar dan konsepnya

penyelenggaraan kehidupan untuk semua diterapkan dalam Teknologi Hijau untuk

organisma hidup. menghasilkan kompos.

2.4 Teknologi Pengeluaran Makanan

Peningkatan pesat penduduk Malaysia membawa kepada permintaan bekalan makanan yang
lebih besar. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk meningkatkan
kualiti dan kuantiti makanan. Antara langkah yang diambil termasuklah:
(a) meningkatkan kualiti makanan
(b) meningkatkan kuantiti pengeluaran makanan
(c) menghasilkan dan menggunakan baka yang bermutu
(d) menggunakan pelbagai jenis teknologi moden

Cara Meningkatkan Kualiti dan Kuantiti Pengeluaran Makanan Negara

Penggunaan baka bermutu

• Pembiakbakaan bermutu merupakan satu kaedah menghasilkan tanaman dan ternakan yang
mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki.

• Tumbuhan dan ternakan yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki seperti nilai nutrisi
yang tinggi, tempoh kematangan yang pendek, hasil yang lebih banyak, ketahanan yang lebih tinggi
terhadap penyakit dan perubahan cuaca serta penyesuaian yang lebih baik terhadap persekitaran
yang berubah.

• Baka yang bermutu diperoleh melalui teknik pengklonan, kacukan, kejuruteraan genetik dan teknologi
mutagenesis.

213

  Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan

Buah kelapa sawit Tenera Lembu Mafriwal Jagung Masmadu
Tenera merupakan hasil Dalam pembiakbakaan Kacukan antara jagung
haiwan, lembu betina tempatan menghasilkan
kacukan antara dua varieti Friesian dikacukkan dengan jagung manis Masmadu
kelapa sawit, Pisifera dan lembu jantan Sahiwal yang lebih sesuai dengan
Dura. Tenera mempunyai untuk menghasilkan lembu iklim tempatan, mempunyai
Mafriwal yang menghasilkan biji kuning keemasan,
sabut yang tebal, saiz lebih banyak susu dan buah yang lebih besar dan
isirung yang besar dan rintangan terhadap perosak
tempurung yang nipis untuk daging.
menghasilkan minyak yang yang lebih tinggi.

lebih banyak.

Menggunakan teknologi moden

• Teknologi membantu pengeluar makanan menghasilkan makanan dengan lebih cekap untuk populasi
dunia yang semakin meningkat.

• Teknologi moden membantu menghasilkan makanan dengan jumlah yang lebih banyak dan harga
yang lebih rendah, meningkatkan jangka hayat dan keselamatan makanan, memastikan kemampuan
memperoleh makanan dan kualiti makanan yang lebih tinggi.

Tingkatan 5 Robot dan Mesin Kejuruteraan Genetik Jentera
Robot dan mesin digunakan Kejuruteraan genetik Jentera digunakan
digunakan untuk mengubah dalam pertanian untuk
untuk mempercepat DNA tumbuhan dan haiwan mempercepat penanaman
pemprosesan dan untuk menghasilkan dan penuaian tanaman.
pengeluaran makanan. organisma baharu dengan Dron digunakan untuk
menyemburkan racun
ciri-ciri tertentu. perosak dan menjimatkan

kos buruh.

Pendidikan dan bimbingan untuk petani

• Pendidikan dan bimbingan diberikan kepada petani untuk menambah pengetahuan dan kemahiran
mereka dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti makanan.

• Pendidikan dan bimbingan kepada petani termasuk cara untuk mengurangkan kebergantungan baja
kimia, mempromosikan amalan sistem pertanian Bersepadu, amalan pertanian baik dan pertanian
organik.

Kursus hidroponik Amalan Pertanian Baik Program latihan disediakan
diberikan kepada petani dilakukan untuk memastikan oleh agensi kerajaan
untuk mempromosikan pengurusan yang sistematik
pertanian tanpa tanah yang mengenai amalan pertanian,
menggunakan sumber dan berkualiti, dan pengurusan ladang,
meningkatkan kemahiran
dengan cekap. pemasaran dan teknologi
pertanian di kalangan untuk meningkatkan
pekebun kecil kelapa sawit produktiviti.

Penyelidikan dan pembangunan

• Penyelidikan dan pembangunan dijalankan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran
makanan

• Ia juga bertujuan untuk membuat produk baharu, mengurangkan kos, menjadikan makanan lebih
menarik, meningkatkan nilai nutrisi dan meningkatkan keselamatan makanan.

214

Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan 

Institut Penyelidikan dan Lembaga Minyak Sawit Lembaga Koko Malaysia
Pembangunan Pertanian Malaysia (MPOB) sangat (MCB) melakukan penyelidikan
Malaysia (MARDI) telah komited untuk penyelidikan
membangunkan produk dan pembangunan untuk dan pembangunan untuk
baharu seperti baja bioorganik, meningkatkan hasil dan mengembangkan industri
biopestisid dan bioherbisid kebolehpasaran minyak koko di Malaysia agar dapat
disatukan dan berdaya saing
yang berkesan dalam sawit, meningkatkan dengan baik di pasaran global.
meningkatkan pertumbuhan kecekapan dan kualiti Penekanan diberikan kepada
peningkatan produktiviti dan
tanaman dan merupakan pengeluaran dan kecekapan dalam pengeluaran
alternatif yang mesra alam mempromosikan produk
koko.
daripada produk kimia. minyak sawit.

Penggunaan tanah dan kawasan perairan secara optimum

• Penggunaan sumber terhad seperti tanah dan air dioptimumkan untuk meningkatkan hasil pertanian
dan ternakan.

Tanah terbiar atau tanah Kolam perlombongan Empangan dan tali air dibina Tingkatan 5
tandus dibangunkan kepada terbengkalai dibangunkan untuk tanah pertanian atau
ternakan yang mengalami
tanah yang sesuai untuk kepada kawasan yang
aktiviti pertanian atau sesuai untuk aktiviti kekurangan air.
penternakan akuakultur air tawar.

Pengurusan tanah yang cekap

• Pengurusan tanah yang cekap memastikan pengendalian tanah yang baik untuk mencegah
kekurangan nutrien tanah dan menjaga kesuburan tanah.

Penggiliran tanaman Penanaman teres atau Penanaman campuran
melibatkan penanaman kontur di lereng bukit untuk adalah penanaman dua
tanaman yang berlainan atau lebih tanaman secara
yang bergilir-gilir di tanah mengurangkan hakisan serentak di ladang yang
yang sama dalam jangka tanah dengan mengurangkan sama. Hal ini bertujuan
masa tertentu. Amalan menghasilkan hasil tanaman
ini dapat meningkatkan kederasan air hujan yang yang lebih banyak dan
kesuburan tanah dan mengalir menuruni bukit. pelbagai pada sebidang
mencegah pertambahan tanah tertentu di samping
serangga perosak bagi memelihara keseimbangan
spesies tanaman tertentu.
nutrien tanah.

Penggunaan Racun Perosak

1. Racun perosak adalah bahan kimia yang digunakan untuk memusnahkan perosak.

2. Racun perosak termasuk
(a) racun rumpai (herbisid) untuk memusnahkan rumpai dan tumbuh-tumbuhan lain

yang tidak diingini,
(b) racun serangga (pestisid) untuk mengawal pelbagai jenis serangga,
(c) racun kulat yang digunakan untuk mencegah pertumbuhan jamur dan cendawan,
(d) disinfektan untuk membunuh bakteria,
(e) rodentisida yang digunakan untuk mengawal tikus

215

  Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan

Kebaikan racun perosak Keburukan racun perosak

• Melindungi tanaman • Mencemari persekitaran
daripada perosak, dan mengganggu rantai
penyakit dan rumpai. makanan.

• Meningkatkan hasil • Meningkatkan daya
tanaman dan ternakan. tahan perosak tanaman
terhadap racun perosak.
• Meningkatkan kualiti
tanaman dan ternakan. • Membunuh haiwan
berfaedah seperti cacing
tanah dan lebah.

• Mencemari tanah dan air
bawah tanah.

Rajah 2.17 Menyembur racun Rajah 2.18 Kebaikan dan keburukan racun perosak
perosak pada tanaman

Tingkatan 5 Kawalan Biologi

Kawalan biologi adalah kaedah pengawalan perosak tanaman melalui penggunaan pemangsa
semula jadi.

Penggunaan kumbang Penggunaan burung hantu Penggunaan lebah
kura-kura untuk untuk memakan tikus yang untuk mengawal
merosakkan buah kelapa
mengurangkan afid dan populasi beluncas.
teritip yang memakan daun sawit.

sayur-sayuran.

Rajah 2.19 Contoh kawalan biologi

Kabaikan kawalan biologi Keburukan kawalan biologi

• Lebih mesra alam kerana tidak • Kawalan lambat; memerlukan masa
menyebabkan pencemaran. yang lebih lama untuk mengawal
populasi perosak.
• Tidak membahayakan organisma lain
kecuali perosak. • Sukar meramalkan hasil kawalan
biologi.
• Perosak tidak dapat membentuk
rintangan pemangsa. • Memerlukan pengawasan pakar dan
pemantauan yang teliti.
• Lebih murah
• Mengganggu keseimbangan ekosistem
sekiranya populasi spesies pemangsa
menjadi tidak terkawal.

Rajah 2.20 Kebaikan dan keburukan kawalan biologi

216

Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan 

2.5 Teknologi Pemprosesan Makanan

Pemprosesan makanan adalah penggunaan kaedah dan teknik yang sesuai untuk mengubah
bahan makanan mentah kepada bentuk lain yang tahan lebih lama, lebih enak, menarik
dan mudah dicernakan.

Memastikan Memanjangkan Mengelakkan
bekalan tempoh pembaziran
simpanan
makanan yang makanan makanan
mencukupi

Memudahkan Keperluan Mengelakkan Tingkatan 5
penyimpanan dan pemprosesan kerosakan
makanan
pengangkutan makanan
makanan

Meningkatkan Mempelbagaikan
nilai komersial penggunaan
makanan
makanan

Rajah 2.21 Keperluan pemprosesan makanan

Memasak

Kaedah: M akanan disediakan dengan memanaskan makanan pada
suhu tinggi.

Kesan: M ikroorganisma dalam makanan mati tetapi nutrien dalam
makanan mungkin musnah.

Contoh makanan: N asi, ayam goreng, rendang daging, sup sayur
dan kek.

Penapaian

Kaedah: M ikroorganisma seperti yis dan bakteria berfaedah mengubah
karbohidrat seperti kanji dan gula menjadi alkohol atau asid.

Kesan: K epekatan alkohol yang tinggi atau pH yang rendah dapat
menghentikan aktiviti mikroorganisma.

Contoh makanan: Tapai, tempe, bir, kicap, cuka dan yogurt.

217

Tingkatan 5   Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan

Pendehidratan / Pengeringan
Kaedah: A ir dikeluarkan dari makanan melalui pendehidratan atau

disejat dengan pengeringan di bawah sinaran matahari atau
di dalam ketuhar.
Kesan: Kehilangan air dalam makanan dapat mencegah pertumbuhan
mikroorganisma. Sinar ultra ungu dari matahari dapat
membunuh mikroorganisma.
Contoh makanan: Ikan kering, daging kering, buah kering, sayur

kering, susu tepung dan tepung gandum.

Pempasteuran
Kaedah: S usu atau jus buah dipanaskan pada suhu 72°C dalam

15 saat atau 63°C dalam 20 minit, diikuti dengan penyejukan
cepat di bawah 10°C.
Kesan: Nutrien dan rasa semula jadi dalam makanan dapat dijaga
tetapi makanan mempunyai jangka hayat yang pendek.
Contoh makanan: Susu, jus buah-buahan, sup.

Pengetinan
Kaedah: M akanan disterilkan pada suhu tinggi melebihi 115°C di bawah

tekanan tinggi dan kemudian ditutup dalam tin atau botol.
Kesan: Suhu tinggi membunuh kedua-dua mikroorganisma dan spora.

Tanpa udara di dalam tin, pertumbuhan mikroorganisma
terencat.
Contoh makanan: Daging, sayur-sayuran, ikan, buah-buahan dan susu.

Penyejukbekuan
Kaedah: M akanan disimpan di dalam peti sejuk di mana suhunya

lebih rendah daripada 0°C.
Kesan: Pembiakan mikroorganisma terencat dan enzim tidak aktif.

Nutrien, rasa dan tekstur makanan dapat dijaga.
Contoh makanan: Daging, ikan dan buah-buahan.

Penyinaran

Kaedah: M akanan terdedah kepada sinaran mengion untuk
memusnahkan mikroorganisma yang mungkin terdapat dalam
makanan.

Kesan: Penyinaran mencegah pembiakan mikroorganisma, membantu
melambatkan percambahan biji benih dan pembentukan tunas,
melambatkan kematangan buah dan mengurangkan kerosakan
semasa pengangkutan.

Contoh makanan: Sayuran, bijirin dan buah-buahan.

218

Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan 

Pembungkusan vakum

Kaedah: P embungkusan vakum merujuk kepada teknik mengeluarkan
udara dari bekas atau beg plastik sebelum bungkusan itu
ditutup dengan ketat.

Kesan: Keadaan yang tiada oksigen dapat menghalang pertumbuhan
mikroorganisma dan menghentikan pengoksidaan makanan
yang boleh merosakkan makanan. Pengedap vakum juga
memelihara kelembapan dan rasa makanan.

Contoh makanan: Ikan, daging dan bijirin

Bahan Kimia yang Digunakan dalam Pemprosesan Makanan dan Impaknya terhadap
Kesihatan

Jadual 2.3 Bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan makanan dan kesannya terhadap kesihatan

Bahan kimia Fungsi Contoh Kesan bahan kimia
terhadap kesihatan

Pengawet • Mencegah pertumbuhan Semula jadi: Garam, gula, • Kanser Tingkatan 5
dan pembiakan cuka • Mengganggu sistem
mikroorganisma
Buatan: Natrium nitrit, pencernaan manusia
• Mengurangkan natrium nitrat, asid • Alahan, ruam dan
kerosakan makanan benzoik, asid borik, sulfur
dioksida kegatalan kulit
• Menjadikan makanan • Kecacatan fetus
tahan lebih lama • Kerosakan hati dan

ginjal

Pewarna • Menambah warna Semula jadi: Daun • Kanser
dalam makanan pandan, kunyit, santan, • Kemandulan
serbuk koko, serbuk arang • Keracunan makanan
• Menjadikan makanan • Kerosakan hati dan
kelihatan lebih menarik Buatan: Pewarna makanan
seperti Erythrosine, ginjal
Tartrazina, Sunset Yellow

Peluntur • Melunturkan warna asal Semula jadi: Karbon • Kanser
makanan yang tidak diaktifkan • Keracunan makanan
dikehendaki
Buatan: Benzoil peroksida,
hidrogen peroksida

Perisa • Meningkatkan rasa Semula jadi: Gula, garam, • Kanser
makanan cuka, daun pandan, vanila • Tekanan darah tinggi
• Serangan jantung
• Menjadikan makanan Buatan: Mononatrium • Kerencatan mental
lebih sedap dan wangi glutamat (MSG),
Manzanate (bau: epal), pada kanak-kanak
• Menambah rasa Limonene (bau: oren) • Kerosakan hati dan
semula jadi makanan
ginjal

Penstabil • Mencegah pemendapan Semula jadi: Kanji, gelatin, • Tindak balas alahan
butiran dalam makanan agar-agar, gam akasia seperti anafilaksis
cair
Buatan: Karboksimetil • Keradangan usus
• Membaiki tekstur dan selulosa, natrium alginat,
memekatkan makanan asid alginik

219

  Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan

Bahan kimia Fungsi Contoh Kesan bahan kimia
terhadap kesihatan

Pemanis • Manjadikan makanan Semula jadi: Gula, madu, • Kanser
dan minuman manis gula melaka • Diabetes melitus
• Alahan, ruam dan
Buatan: Aspartam, sorbitol
kegatalan kulit
• Obesiti
• Kerosakan hati dan ginjal

Antioksidan • Memperlahankan Semula jadi: Asid askorbik • Merencatkan
pengoksidaan makanan (vitamin C), tokoferol pertumbuhan badan
berlemak (vitamin E)
• Kerosakan hati dan
• Mencegah warna buah Buatan: Hidroksianisol ginjal
dan sayur-sayuran terbutil (BHA)
daripada bertukar • Ruam dan kegatalan
menjadi perang kulit

Pengemulsi • Mengemulsikan bahan Semula jadi: Pektin, • Alahan makanan
yang tidak bercampur lesitin, monogliserida, • Kembung perut
Tingkatan 5 seperti lemak dan air carrageenan • Keradangan usus
dalam makanan • Kanser kolon
Buatan: Magnesium
• Membaiki stearat, Ammonium
kehomogenan, phosphatides
kestabilan dan tekstur
makanan

2.6 Makanan Kesihatan dan Suplemen

Kesihatan

Makanan kesihatan Suplemen kesihatan

• Makanan kesihatan adalah bahan makanan • Suplemen kesihatan bermaksud apa-apa
semula jadi yang terkandung dalam gizi produk yang digunakan sebagai suplemen
normal yang mengekalkan kesihatan dan kepada makanan untuk mengekalkan dan
tidak mengandungi bahan kimia. meningkatkan kesihatan tubuh manusia.

• Contoh makanan kesihatan adalah buah- • Suplemen diambil dalam bentuk kapsul, pil,
buahan dan sayur-sayuran, telur, daging, serbuk atau cecair dalam dos yang tertentu.
ikan, makanan laut, bijirin dan tenusu. Nutrien yang terkandung dalam suplemen
kesihatan merangkumi vitamin, mineral,
serat, asid lemak dan asid amino.

220

Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan 

Perbezaan utama antara makanan kesihatan dengan suplemen kesihatan

Makanan kesihatan dicerna Makanan kesihatan Makanan kesihatan
dan diserap dengan baik adalah semula jadi tetapi memberikan nutrien yang
tetapi suplemen biasanya
tidak diserap sebaik suplemen terutamanya lebih banyak daripada
multivitamin berasal dari suplemen kesihatan. Makanan
seperti makanan kesihatan. bahan buatan sintetik dan
Suplemen berbahaya jika kesihatan adalah kompleks,
bukan makanan yang mengandungi pelbagai
dimakan dalam kuantiti boleh dimakan.
yang banyak. mikronutrien untuk keperluan
tubuh manusia.

Rajah 2.22 Perbezaan antara makanan kesihatan dengan suplemen kesihatan

Dasar Keselamatan Makanan Kebangsaan

Objektif umum kawalan Meningkatkan Meningkatkan Tingkatan 5
keselamatan dan kualiti makanan kerjasama yang pengetahuan dan
berkesan dengan kesedaran pengguna
Untuk melindungi orang ramai daripada organisasi yang melalui pendidikan
bahaya dan penipuan yang berkaitan
dengan makanan serta memotivasi berkaitan pengguna
dan mempromosikan penyediaan,
pengendalian, pengedaran, penjualan Menetapkan, mengkaji
dan penggunaan makanan yang selamat dan mengemas kini
dan berkualiti.
undang-undang berkaitan
dengan makanan untuk

memastikan bekalan
makanan yang selamat di

dalam dan luar negara

Rajah 2.23 Strategi kawalan keselamatan dan kualiti makanan

Akta Makanan 1983 Peraturan-Peraturan Makanan 1985

• Akta ini diwartakan pada 10 Mac 1983. • Peraturan-Peraturan Makanan 1985 ialah
Akta ini bertujuan untuk melindungi undang-undang yang digubal di bawah Akta
masyarakat daripada ancaman kesihatan Makanan 1983 yang dikuatkuasakan oleh
dan penipuan dalam penyediaan, penjualan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak
dan penggunaan makanan. berkuasa tempatan.

• Akta ini juga menyatakan kesalahan yang • Peraturan Makanan 1985 telah diwartakan
melibatkan makanan yang mengandungi pada 26 September 1985 untuk mengawal
bahan yang membahayakan kesihatan dan pengimportan makanan ke Malaysia dengan
makanan yang tidak sesuai untuk manusia; memastikan makanan tersebut selamat
menyediakan, mengemas, melabel dan untuk dimakan oleh manusia.
mengiklankan sebarang makanan yang tidak
mematuhi standard. • Undang-undang ini merupakan penyusunan
semula peraturan-peraturan yang meliputi:

– Prosedur Persampelan
– Pelabelan makanan (Rajah 2.24)
– Aditif makanan
– Suplemen kesihatan
– Pembungkusan makanan
– Bahan Pencemar

221

  Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan

Label makanan
Label makanan adalah reka bentuk grafik pada bahan pembungkusan yang memberikan
penerangan terperinci mengenai pengeluar, nama produk, penggunaan dan keterangan
produk dalam bentuk bertulis.

Nama produk Nama Nilai nutrisi Ramuan (Disusun
pengeluar produk mengikut berat dalam
Keterangan susunan menurun)
produk Penandaan Guna sebelum: Mepnegnagnadwunegt iybaanhgan Arahan pembukaan
Akuan tarikh 9 Mac 2023 dibenarkan
pemakanan Pernyataan aditif
Kuantiti / Harga Nama dan makanan
Isi padu / Berat alamat Arahan penyimpanan
pengeluar Kod bar

Rajah 2.24 Contoh label makanan

Tingkatan 5 Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD)

1. Semua produk farmaseutikal termasuk suplemen kesihatan dan ubat tradisional
mesti didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Malaysia sebelum
dipasarkan di Malaysia. Penilaian kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk
dilakukan untuk memastikan produk yang didaftarkan dengan PBKD selamat diambil
oleh orang ramai.

2. Produk yang didaftarkan dengan PBKD mempunyai dua ciri utama iaitu nombor
pendaftaran dan pelekat hologram. Nombor pendaftaran bermula dengan ‘MAL’,
diikuti oleh lapan nombor, dan diakhiri dengan huruf T, A, X atau N.

MAL 12095678 A, X, T atau N

Ubat racun berjadual
A Hanya boleh diperoleh melalui doktor dan ahli farmasi

Contoh: Ubat antibiotik, ubat darah tinggi

Omega X Ubat bukan racun / Ubat am (OTC)
Complex Contoh: Ubat demam (Paracetamol, Aspirin)
200 mg Pelekat hologram
Nombor pendaftaran MAL
T Ubat tradisional
Contoh: Jamu, minyak urut, minyak gamat

N Ubat suplemen kesihatan
Contoh: Minyak ikan kod, multivitamin

Rajah 2.25 Contoh produk berdaftar Rajah 2.26 Nombor Pendaftaran MAL

Sijil Halal Malaysia

1. Sijil Halal Malaysia adalah dokumen rasmi yang menyatakan status halal sesuatu
produk atau perkhidmatan mengikut standard Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

2. Untuk tujuan pensijilan halal, JAKIM bertanggungjawab Rajah 2.27 Logo
memastikan status halal produk pada setiap peringkat dan setiap Halal Malaysia
proses yang terlibat dengan melakukan pemeriksaan rasmi ke
tapak untuk memeriksa bagaimana status halal bahan mentah
dikekalkan dan dipantau setiap masa.

222

Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan 

Praktis

Soalan Objektif

1. Antara yang berikut, yang manakah 6. Antara yang berikut, yang manakah
merupakan peranan bakteria penitritan
bukan sebahagian daripada gizi dalam kitar nitrogen?
A Menukarkan gas nitrogen kepada
seimbang? nitrat
B Menukarkan protein dalam organisma
A Buah-buahan C Makanan rapu mati kepada sebatian ammonia
C Menukarkan sebatian ammonia
B Telur D Ikan kepada nitrit
D Menukarkan nitrat kepada gas
2. Antara amalan berikut, yang manakah nitrogen Tingkatan 5
paling mungkin boleh mencegah goiter?
7. Antara yang berikut, yang manakah bukan
A Meningkatkan pengambilan telur keperluan pemprosesan makanan?
B Meningkatkan pengambilan A Menukarkan makanan yang rosak
kepada makanan boleh dimakan
makanan laut B Mempelbagaikan penggunaan
makanan
C Meningkatkan pengambilan nasi C Mengelakkan pembaziran makanan
D Meningkatkan pengambilan buah- D Meningkatkan nilai komersial
makanan
buahan
8. Antara yang berikut, yang manakah
3. Rajah 1 menunjukkan keadaan arteri merupakan bahan kimia yang
KBAT koronari Encik Alex. digunakan untuk membunuh serangga
dan haiwan perosak yang lain?
Rajah 1 A Air garam C Pestisid
B Penstabil D Kawalan biologi

Antara makanan berikut, yang manakah 9. Antara yang berikut, yang manakah
betul tentang suplemen kesihatan?
harus dielakkan oleh Encik Alex? A Suplemen kesihatan ialah bahan
makanan semulajadi yang terdapat
A Manggis C Bijirin dalam gizi normal
B Semua suplemen kesihatan di
B Bayam D Ayam goreng Malaysia perlu memperoleh Sijil
Halal.
4. Antara yang berikut, yang manakah C Suplemen kesihatan boleh
membekalkan semua nutrien yang
merupakan mikronutrien yang diperlukan oleh manusia
D Suplemen kesihatan digunakan
diperlukan oleh tumbuhan? sebagai gizi tambahan untuk
mengekalkan dan meningkatkan
A Ferum C Kalsium kesihatan fungsi badan.

B Kalium D Magnesium

5. Antara gejala berikut, yang manakah
boleh diperhatikan pada tumbuhan

yang kekurangan fosforus?

A Klorosis
B Daun dengan tompok kuning
C Banyak daun gugur
D Daun berwarna hijau tua dengan

bintik-bintik merah

223

  Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan (d) Terangkan tujuan membalut
balang kaca dengan kertas hitam.
Soalan Subjektif [1 markah]

Bahagian A (e) Anda tinggal di sebuah pangsapuri
KBAT yang tiada tanah untuk menanam
1. Sekumpulan murid melakukan sayur. Nyatakan satu kaedah
eksperimen untuk mengkaji kesan yang boleh anda gunakan untuk
kekurangan kalium terhadap menanam sayur tanpa tanah.
pertumbuhan sesuatu tumbuhan. [1 markah]
Susunan radas ditunjukkan dalam
Rajah 1.

Ke pam turas Kapas KeBpaamhatugraias n B Kapas
Anak benih jagung Tiub kaca
Penyumbat A n2ak. beRnaihjajahgu2ngmenunjukkan Tkiiutabrkanciatrogen
getah mgPikeertnoayohurmgabantisma
dan peranan tiga jenis
Kertas hitam Wka,caX dan Y.
Balang kaca Balang

Tingkatan 5 Larutan kultur Kertas hitam
lengkap Nitrogen atmosfera
Larutan kultur

tanpa kalium

Set A ProtheainiwdaanlSamet B Protein dalam
tumbuhan

Proses P oleh
mikroorganisma X

apas Ke pam turas Kapas Ammonia dalam tanah
ub kaca Anak benih jagung Tiub kaca Mikroorganisma
enyumbat Penyumbat
etah Balang kaca getah W Mikroorganisma Y

ertas hitam Larutan kultur Kertas hitam Nitrit
tanpa kalium
Nitrat
Set B Rajah 2

Rajah 1 (a) (i) Kenal pasti mikroorganisma
W. [1 markah]
(a) Berdasarkan Rajah 1, nyatakan
satu hipotesis untuk eksperimen (ii) Mikroorganisma W dijumpai
ini. [1 markah] dalam nodul akar pokok
legum. Nyatakan hubungan
(b) Apakah faktor yang dimalarkan antara mikroorganisma W
dalam eksperimen ini? dan pokok legum.
[1 markah] [1 markah]

(c) Ramalkan pemerhatian yang (b) (i) Apakah proses P?
boleh diperhatikan terhadap anak [1 markah]
benih jagung di set A dan set
B masing-masing selepas dua (ii) Terangkan kepentingan
bulan. [1 markah] proses P. [1 markah]

224

Sains SPM  Bab 2 Nutrisi dan Teknologi Makanan 

(c) Apakah kesan tindakan (b) Cadangkan satu hipotesis untuk
mikroorganisma Y ke atas menyiasat pernyataan di atas.
ammonia? [1 markah]
[1 markah]
(d) Nyatakan satu cara yang
menyebabkan penyingkiran ion (c) Berdasarkan maklumat yang
nitrat dari tanah. [1 markah] diberi, reka bentuk satu
eksperimen makmal untuk
Bahagian C menguji hipotesis anda dengan
menggunakan kacang tanah,
3. Anda diberi satu mangkuk kacang jagung, air suling, termometer,
tanah dan satu mangkuk jagung. Anda tabung didih, kaki retort, plastisin,
dikehendaki menentukan nilai kalori jarum dan penghadang.
kacang tanah dan jagung.
Huraian anda harus mengandungi
aspek berikut:

(i) Tujuan eksperimen
[1 markah]


(ii) Mengenal pasti pemboleh Tingkatan 5
ubah [2 markah]

Kacang tanah Jagung (iii) Prosedur atau kaedah
[4 markah]
Rajah 3

(a) Nyatakan satu pernyataan (iv) Penjadualan data
masalah daripada maklumat di [1 markah]
atas. [1 markah]

Jawapan Bab 2
225

SPMRevisi Cepat Tingkatan KC118042 Ranger SPM Revisi Cepat

Nota Padat BHearlwamaranna! 4 . 5 KSSM
KBAT & i-THINK
• Bahasa Melayu
Praktis SPM • English
• Matematik
Kertas Model SPM • Mathematics
✔ Sains
Jawapan • Science
• Sejarah
KOD QR Info & Video • Pendidikan Islam Sains
• Biologi
Dapatkan • Biology
versi • Fizik
eBook! • Physics
• Kimia
• Chemistry
• Matematik Tambahan
• Additional Mathematics
• Ekonomi
• Perniagaan
• Prinsip Perakaunan

www.PelangiBooks.com W.M: RM18.95 / E.M: RM18.95
PelangiBookswww. .com• Kedai Buku Online • Perpustakaan Online •
KC118042
• Kedai Buku Online • Perpustakaan Online • ISBN: 978-967-2806-83-7

PELANGI Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (89120-H)
PELANGI Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (89120-H)


Click to View FlipBook Version