PELANGI BESTSELLER Sejarah • Zaiton Haron 4 KSSR UASA SEMAKAN TAHUN RESOS DIGITAL PERCUMA UASA INFO VIDEO KUIZ GAMIFIKASI BANK SOALAN
Zaman Air Batu ialah zaman bumi dilitupi oleh air batu yang tebal disebabkan oleh penurunan suhu yang ketara. Kewujudan kerajaan Melayu awal dibuktikan dengan peninggalan monumen yang menunjukkan pengaruh Hindu-Buddha. Pengglasieran berlaku disebabkan peningkatan suhu bumi Zaman Prasejarah ialah zaman sebelum manusia mengenal tulisan. Haiwan pada Epok Pleistosen Lenggong Gua Niah Abad Pertama Funan Abad Kedua Champa Abad Kelima Kedah Tua ZAMAN KERAJAAN MELAYU AWAL Zaman Paleolitik ii GARIS MASA ZAMAN AIR BATU
Manusia Zaman Prasejarah bijak dan kreatif menggunakan alam untuk meneruskan hidup. Kesan perubahan Zaman Air Batu di Asia Tenggara ialah kenaikan paras air laut di Pentas Sunda dan berlaku pergerakan manusia dan haiwan. Zaman Neolitik Zaman Logam Zaman Mesolitik Abad Ketujuh Srivijaya Abad Ke-10 Majapahit Abad Kesembilan Mataram ZAMAN PRASEJARAH Manusia bergerak ke kawasan yang lebih tinggi, hidup berpindah-randah dan akhirnya menetap. iii
iv KANDUNGAN Mengenali Sejarah 1 1 UNIT 1.1 Pengertian Sejarah 2 1.2 Sumber Sejarah 2 1.3 Kaedah Penyelidikan Sejarah Video 3 1.4 Ruang dan Masa Info 3 1.5 Sebab dan Akibat dalam Peristiwa Sejarah 4 Peta Konsep 6 Praktis UASA 1 Kuiz 7 2 Saya dan Keluarga 10 UNIT 2.1 Biodata Diri Saya Info 11 2.2 Keluarga Asas 12 2.3 Keluarga Kembangan 12 2.4 Peranan Anggota Keluarga Saya Video 14 2.5 Perkembangan Diri Saya 15 2.6 Keluarga Bahagia 16 Peta Konsep 16 Praktis UASA 2 Kuiz 17 3 Sejarah Sekolah 20 UNIT 3.1 Tempatku Menimba Ilmu 21 3.2 Lokasi Sekolah Saya 21 3.3 Sejarah Sekolah Video 22 3.4 Identiti Sekolah 22 3.5 Organisasi Sekolah Info 24 Peta Konsep 26 Praktis UASA 3 Kuiz 26 4 Sejarah Tempat Tinggal 30 UNIT 4.1 Di Sinilah Saya Tinggal 31 4.2 Kawasan Tempat Tinggal Saya Video 32
v 4.3 Sejarah Tempat Tinggal 33 4.4 Tokoh Setempat 34 Peta Konsep 35 Praktis UASA 4 Kuiz 35 5 Zaman Air Batu 38 UNIT 5.1 Kenali Zaman Air Batu 39 5.2 Garis Masa Zaman Air Batu Akhir 39 5.3 Perubahan Zaman Air Batu Akhir 40 5.4 Kesan Perubahan Zaman Air Batu Akhir di Asia Tenggara Info 41 Peta Konsep 42 Praktis UASA 5 Kuiz 42 6 Zaman Prasejarah 45 UNIT 6.1 Kenali Zaman Prasejarah 46 6.2 Lokasi Zaman Prasejarah di Negara Saya 47 6.3 Kehidupan Manusia Zaman Prasejarah 47 6.4 Sumbangan Teknologi 48 Peta Konsep 48 Praktis UASA 6 Kuiz 49 7 Kerajaan Melayu Awal 52 UNIT 7.1 Kerajaan Melayu Awal di Alam Melayu Video 53 7.2 Lokasi Kerajaan Melayu Awal di Kepulauan Melayu 54 7.3 Hubungan Diplomatik Kerajaan Melayu Awal di Kepulauan Melayu 55 7.4 Kegiatan Ekonomi Kerajaan Melayu Awal di Kepulauan Melayu Info 56 Peta Konsep 57 Praktis UASA 7 Kuiz 58 8 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka 62 UNIT 8.1 Struktur Masyarakat pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka 63 8.2 Kenali Tokoh Terbilang Video 64 8.3 Peranan Tokoh Terbilang 65 Peta Konsep 65 Praktis UASA 8 Kuiz 66
vi 9 Pengasas Kesultanan Melayu Melaka 70 UNIT 9.1 Kenali Pengasas Kesultanan Melayu Melaka 71 9.2 Latar Belakang Parameswara 71 9.3 Pengembaraan Parameswara Membina Kerajaan 72 9.4 Peristiwa Pembukaan Melaka 72 9.5 Asal Usul Nama Melaka daripada Pelbagai Sumber 73 9.6 Keistimewaan Melaka Semasa Pemerintahan Parameswara Video 73 Peta Konsep 75 Praktis UASA 9 Kuiz 75 Tun Perak Bendahara Terbilang 79 10 UNIT 10.1 Riwayat Hidup Tun Perak 80 10.2 Peranan Tun Perak 80 10.3 Kebijaksanaan Tun Perak Info 81 Peta Konsep 82 Praktis UASA 10 Kuiz 83 Hang Tuah Laksamana Terbilang 87 11 UNIT 11.1 Riwayat Hidup Hang Tuah 88 11.2 Kualiti Diri Hang Tuah 89 11.3 Peranan Hang Tuah Info 90 Peta Konsep 90 Praktis UASA 11 Kuiz 91 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) 95 JAWAPAN 100 https://plus.pelangibooks.com/Resources/ FocusKSSR/SejarahThn4/BankSoalanUASA.pdf Bank Soalan UASA
1 Unit 1 1 UNIT Mari Belajar Sejarah Kata Kunci Fosil Abad Iktibar Artifak Dekad Zaman Kronologi Orang sumber Tapak arkeologi Warisan bangsa Mengenali Sejarah 1 Muzium Negara mempamerkan bahan artifak warisan sejarah negara bagi tujuan pembinaan jati diri, pembangunan bangsa, dan menjadi salah satu produk pelancongan negara. Namun, muzium sering dianggap sebagai tempat yang membosankan. Bolehkah anda cadangkan cara untuk menarik minat rakan sebaya anda mengunjungi muzium?
Sejarah KSSR Tahun 4 Unit 1 Mengenali Sejarah 2 Unit 1 Pengertian Sejarah 1.1 1. Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lalu. 2. Sejarah melibatkan tindakan manusia, perubahan dan catatan sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lalu serta menjadi iktibar kepada manusia. 3. Pengertian sejarah diberikan oleh sejarawan seperti berikut: Ibn Khaldun Herodotus E.H. Carr Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim Dr. Muhd Yusof bin Ibrahim Sejarah merupakan penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya. Sejarah membicarakan peradaban manusia dan perubahan yang berlaku. Sejarah ialah satu proses interaksi antara masa kini dengan masa lampau. Sejarah merujuk peristiwa yang pernah atau sudah berlaku. Sejarah merupakan catatan atau rekod sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lalu. Sumber Sejarah 1.2 1. Sumber sejarah memberikan maklumat yang tepat tentang sesuatu peristiwa yang telah berlaku. 2. Sumber sejarah penting sebagai bukti bagi memahami sesuatu peristiwa yang telah berlaku. 3. Sumber sejarah terbahagi kepada: Sumber primer • Sumber pertama dalam bentuk asal dan belum diolah. Fosil Manuskrip Artifak Sumber sekunder • Hasil penulisan yang dihasilkan daripada sumber asal. Buku Majalah Akhbar Risalah
Sejarah KSSR Tahun 4 Unit 1 Mengenali Sejarah 3 Unit 1 Kaedah Penyelidikan Sejarah 1.3 1. Kaedah lisan (a) Mendapatkan maklumat sejarah melalui temu bual dengan orang sumber yang terdiri daripada mereka yang terlibat dalam peristiwa sejarah, melihat atau mendengar peristiwa sejarah daripada orang lain. (b) Langkah dalam kaedah lisan: (i) Mengenal pasti orang sumber dan menyediakan soalan berdasarkan tajuk kajian. (ii) Menemu bual dan merakamkan perbualan. (iii) Menyalin rakaman, menyimpan data perbualan dan membuat penulisan. 2. Kaedah bertulis (a) Mendapatkan maklumat daripada tulisan dan lakaran yang diperoleh daripada dinding gua, batu, kulit kayu dan bahan bercetak. (b) Langkah dalam kaedah bertulis: (i) Mengenal pasti sumber sejarah yang tepat. (ii) Mengumpulkan sumber sejarah. (iii) Mentafsir maklumat dalam sumber. (iv) Membuat penulisan. 3. Kaedah arkeologi (a) Mendapatkan maklumat daripada bahan tinggalan sejarah melalui proses gali cari (ekskavasi). (b) Contohnya tembikar, fosil, barangan logam dan kulit siput. (c) Arkeologi maritim (bawah air) merupakan proses mendapatkan maklumat dari dasar laut, sungai atau tasik seperti kapal karam, artifak dan struktur purba. Ruang dan Masa 1.4 1. Sejarawan menggunakan urutan masa untuk mengkaji peristiwa sejarah yang telah berlaku. 2. Urutan masa dikenali sebagai kronologi. Konsep masa ini dapat dibahagikan kepada dekad, abad dan alaf. 3. Konsep masa juga boleh dilihat mengikut zaman, iaitu zaman Sebelum Masihi (SM) dan zaman Masihi (M). VIDEO Pengenalan Arkeologi Maritim di Malaysia
Sejarah KSSR Tahun 4 Unit 1 Mengenali Sejarah 4 Unit 1 4. Ruang sejarah yang luas membolehkan sejarawan menjalankan penyelidikan mengikut bidang tertentu seperti politik, ekonomi dan sosial. 5. Ruang dan masa memudahkan kita memahami peristiwa sejarah yang telah berlaku. Oleh itu, kita dapat menulis peristiwa sejarah yang lengkap dan tersusun. Dekad Tempoh selama 10 tahun Abad Tempoh selama 100 tahun Alaf Tempoh selama 1000 tahun Zaman Sebelum Masihi (SM) Zaman sebelum kelahiran Nabi Isa Zaman Masihi (M) Zaman selepas kelahiran Nabi Isa Sebab dan Akibat dalam Peristiwa Sejarah 1.5 1. Setiap peristiwa sejarah mempunyai sebab dan akibat. 2. Kajian tentang sebab dan akibat akan memudahkan kita memahami peristiwa sejarah. 3. Sebab dan akibat dalam peristiwa sejarah akan: (a) Melahirkan perasaan ingin tahu tentang mengapa dan bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku. (b) Mengambil pengajaran dan iktibar. 4. Contoh peristiwa yang menunjukkan sebab dan akibat: Sebab Rundingan Tunku Abdul Rahman dengan British pada 8 Februari 1957 Akibat Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957 INFO Sejarah Malaysia PAK-21 Pengurusan grafik Jom Aktiviti Secara berkumpulan, bincangkan peristiwa bersejarah di negara kita dan kesannya kepada masyarakat dan negara. Hasil perbincangan dibentang dalam bentuk grafik. Info Sejarah Dengan mempelajari sejarah, kita dapat mengetahui tentang sejarah negara, sejarah sesuatu peristiwa, atau tokoh tertentu. Melalui pengetahuan tersebut, kita dapat menilai, mengetahui kepentingan, sebab dan akibat sesuatu peristiwa. Nilai Mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah. Berbangga dengan sumber sejarah negara. Mempelajari sejarah dan tokoh negara. Patriotisme
Sejarah KSSR Tahun 4 Unit 1 Mengenali Sejarah 5 Unit 1 5. Kepentingan sejarah: Membangunkan negara dan bangsa Mengambil iktibar Mengenal asal usul Memupuk patriotisme Mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran Sejarah 1 2 3 4 5 6 Mengukuhkan perpaduan
Unit 1 Peta Konsep Pengertian Sejarah • Peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lalu. • Melibatkan tindakan manusia, perubahan dan catatan sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lalu. Sumber Sejarah • Sumber primer • Sumber sekunder Kaedah Penyelidikan Sejarah • Kaedah lisan • Kaedah bertulis • Kaedah arkeologi Ruang dan Masa • Dekad – 10 tahun. • Abad – 100 tahun. • Alaf – 1000 tahun. • Zaman Masihi (M). • Zaman Sebelum Masihi (SM). Sebab dan Akibat dalam Peristiwa Sejarah • Sejarawan perlu mengetahui apa, siapa, bila, di mana, mengapa, dan bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku. • Melahirkan perasaan ingin tahu tentang mengapa dan bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku dan kesannya untuk dijadikan panduan atau iktibar dalam kehidupan. Sejarah KSSR Tahun 4 Unit 1 Mengenali Sejarah 6 6. Tujuan menyimpan dan memelihara bahan sejarah berikut: Bahan sejarah Tujuan menyimpan dan memelihara Diari Mengingati tarikh peristiwa penting. Manuskrip Memperoleh maklumat tentang peristiwa atau kehidupan masyarakat masa lalu. Gambar / foto lama Mengingati dan membuktikan sesuatu peristiwa. Majalah sekolah Mengetahui sejarah dan peristiwa penting yang berlaku di sekolah. Bangunan bersejarah Melambangkan kegemilangan masa lampau dan menjadi sumber pelancongan. Dokumen sejarah Mengetahui tokoh yang terlibat dalam sesuatu peristiwa sejarah. Senjata lama Memperoleh maklumat tentang peralatan pertahanan masyarakat zaman dahulu. Pakaian tradisional Mengetahui adat resam dan budaya masyarakat. Serpihan tembikar Mengetahui asal usul pedagang yang pernah datang ke Malaysia. Mengenali Sejarah
Sejarah KSSR Tahun 4 Unit 1 Mengenali Sejarah 7 1. Apakah makna sejarah? A Maklumat yang tepat dan benar B Perbuatan manusia zaman purba C Tindakan manusia yang meninggalkan kesan D Peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lalu 2. Apakah sumbangan tokoh berikut dalam bidang sejarah? • Herodotus • Ibn Khaldun A Mengumpul buku sejarah B Menulis buku teks sejarah C Menterjemah buku sejarah D Memberi pengertian sejarah 3. Mengapakah sejarawan perlu mengumpul sumber sejarah? A Memberi hujah B Menulis sejarah C Mendapat ilham D Membuat laporan 4. Gambar berikut menunjukkan sumber sejarah. Sumber sejarah tersebut dikenali sebagai A fosil B arkib C artifak D manuskrip 5. Apakah contoh sumber sekunder? I Buku Teks Sejarah II Rangka Perak Man III Batu Bersurat Terengganu IV The Encyclopedia of Malaysia A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 6. Apakah ciri-ciri sumber primer? I Bersifat asli III Bacaan umum II Belum diolah IV Bahan bertulis A I dan II C II dan IV B I dan IV D III dan IV 7. Apakah kaedah yang digunakan oleh Kamil sekiranya dia ingin mengetahui sejarah kampung bapanya? A lisan C bertulis B arkeologi D gali dan cari 8. Pilih pasangan yang betul. A Alaf Tempoh waktu seribu tahun B Dekad Jangka masa lima puluh tahun C Zaman Tahun selepas kelahiran Nabi Isa D Masihi Jangka masa yang mempunyai keistimewaan 9. Gambar berikut menunjukkan peristiwa bersejarah di negara kita. Apakah peristiwa tersebut? A Persetujuan Kemerdekaan B Rombongan Kemerdekaan C Perundingan Kemerdekaan D Pengisytiharan Kemerdekaan 10. Apakah peristiwa yang boleh dianggap paling bersejarah dalam hidup anda? A Membeli-belah B Bercuti ke kampung C Memasuki Tahun Satu D Berkunjung ke rumah rakan Bahagian A Praktis UASA 1
Sejarah KSSR Tahun 4 Unit 1 Mengenali Sejarah 8 Unit 1 Bahagian B 1. Isikan tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul. perubahan peristiwa catatan berlaku manusia (a) Sejarah membicarakan peradaban dan yang berlaku. Ibn Khaldun (b) Sejarah merupakan atau rekod sesuatu yang pada masa lalu. Dr. Muhd Yusof bin Ibrahim [5 markah] 2. Nyatakan sama ada sumber berikut sumber primer atau sumber sekunder. (a) (b) (c) (d) (e) [5 markah]
Sejarah KSSR Tahun 4 Unit 1 Mengenali Sejarah 9 Unit 1 Bahagian C 1. Gambar berikut menunjukkan kaedah mendapatkan maklumat sejarah. (a) Apakah kaedah penyelidikan sejarah yang digunakan dalam gambar tersebut? [2 markah] (b) Mengapakah sejarawan perlu melakukan penyelidikan? [3 markah] 2. Gambar berikut menunjukkan poster Hari Anugerah Kecemerlangan. (a) Mengapakah sekolah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan? [2 markah] (b) Cadangkan cara untuk menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran dan kokurikulum. [3 markah] Kuiz Gamifikasi
95 Bahagian A [20 markah] Jawab semua soalan. 1. Petikan berikut menunjukkan sejarawan yang memberikan pengertian sejarah. Sejarah ialah satu proses interaksi antara masa kini dengan masa lampau. Siapakah sejarawan tersebut? A E.H. Carr B Herodotus C Ibn Khaldun D Dr. Muhd Yusof 2. Apakah tinggalan sejarah berikut? A Fosil B Artifak C Manuskrip D Ensiklopedia 3. Biodata diri merujuk maklumat diri seperti nama, jantina, nama ibu bapa, tarikh dan A jenis keluarga B alamat sekolah C tempat kelahiran D perkembangan diri 4. Senarai berikut menunjukkan peranan anggota keluarga. • Belajar bersungguh-sungguh. • Menjaga nama baik keluarga. Siapakah anggota keluarga yang memainkan peranan tersebut? A Ibu B Bapa C Anak D Jiran tetangga 5. Gambar berikut menunjukkan lencana sebuah sekolah. Apakah makna obor pada lencana sekolah tersebut? A Keharmonian B Ilmu pengetahuan C Semangat perjuangan D Taat setia kepada sekolah 6. Siapakah yang menerajui pengurusan sekolah? A Guru Besar B Guru Disiplin C Penolong Kanan D Pengarah Pendidikan 7. Apakah nama asal Johor Bahru? A Nusajaya C Tambak Johor B Teluk Danga D Tanjung Puteri 8. Gambar berikut menunjukkan haiwan pada Epok Pleistosen. Apakah haiwan tersebut? A Sloth C Badak sumbu B Mamot D Gajah bertaring 9. Pentas Sunda merupakan kawasan yang menghubungkan daratan dengan A tasik C lautan B benua D kepulauan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)
Sejarah KSSR Tahun 4 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 96 10. Antara berikut, yang manakah petempatan Zaman Logam di Malaysia? A Gua Cha B Gua Niah C Bukit Tengkorak D Sungai Tembeling 11. Gambar berikut menunjukkan penghasilan tembikar pada Zaman Prasejarah. Apakah Zaman Prasejarah tersebut? A Zaman Logam C Zaman Mesolitik B Zaman Neolitik D Zaman Paleolitik 12. Apakah kerajaan yang muncul pada abad pertama? A Funan C Srivijaya B Mataram D Majapahit 13. Antara berikut, yang manakah kuasa besar menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Alam Melayu? I India III Jepun II Mesir IV China A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 14. Senarai berikut menunjukkan tugas pembesar dalam Kesultanan Melayu Melaka. • Penasihat sultan. • Pemangku sultan. Siapakah pembesar tersebut? A Bendahara B Laksamana C Temenggung D Penghulu Bendahari 15. Apakah keistimewaan Laksamana Melaka yang boleh kita contohi? I Berani II Taat setia III Meluaskan kuasa IV Mementingkan diri A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 16. Gambar berikut berkaitan Kesultanan Melayu Melaka. Buku tersebut merupakan sumber dari A Arab B India C China D Portugis 17. Apakah perkataan yang boleh dikaitkan dengan asal usul nama Melaka? A Melika B Malaikat C Amalaka D Muhasabah 18. Mengapakah Bendahara Tun Perak melarang pengikutnya menuntut bela atas kematian anaknya, Tun Besar? A Menjaga kedudukan B Mempertahankan kerajaan C Mengelak berlaku peperangan D Memastikan keselamatan sultan 19. Apakah nilai yang dimiliki oleh Hang Tuah sehingga dilantik oleh Sultan Melaka menjadi Laksamana? I Gigih II Berani III Mahir ilmu persilatan IV Berpandangan jauh A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 20. Mengapakah Hang Tuah sanggup membunuh sahabat baiknya, Hang Jebat? A Taat setia kepada sultan B Bimbang dihukum bunuh C Takut kehilangan jawatan D Membuktikan mahir bersilat
Sejarah KSSR Tahun 4 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 97 Bahagian B [20 markah] Jawab semua soalan. 1. Tandakan (✓) pada jawapan yang betul. (a) Siapakah sejarawan yang menyatakan bahawa sejarah ialah penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya? Herodotus Ibn Khaldun (b) Apakah ciri-ciri sumber pertama? Berada dalam bentuk asal dan belum diolah. Penulisan yang dihasilkan daripada sumber asal. (c) Apakah kaedah pencarian maklumat sejarah yang melibatkan proses gali cari (ekskavasi)? Lisan Arkeologi (d) Mereka yang terlibat dalam peristiwa sejarah, melihat atau mendengar peristiwa sejarah daripada orang lain digelar Sejarawan Orang sumber (e) Rentetan peristiwa yang berlaku mengikut urutan masa dipanggil Kronologi Sebelum Masihi [5 markah] 2. Tandakan (✓) pada jawapan yang betul.
Sejarah KSSR Tahun 4 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 98 (a) Apakah bentuk keluarga tersebut? Keluarga asas Keluarga kembangan (b) Apakah peristiwa bersejarah dalam keluarga tersebut? Berpindah ke Kuala Lumpur Membeli-belah di pasar raya (c) Apakah kebaikan mempunyai keluarga bahagia? Mengukuhkan kasih sayang Melahirkan semangat patriotik (d) Nyatakan peranan ibu bapa terhadap keluarga. Menyara keluarga Mendengar nasihat (e) Apakah yang akan berlaku jika anggota keluarga tidak memainkan peranan masing-masing? Bahagia dan sejahtera Perselisihan faham [5 markah] 3. Gariskan jawapan yang betul. (a) Kedudukan sekolah biasanya terletak di lokasi yang stategik dan mudah dikunjungi menggunakan (jalan raya : lebuh raya). (b) Maklumat yang terdapat pada alamat ialah nombor rumah, nama jalan, (poskod : poskad), nama bandar dan nama negeri. (c) Kawasan tanah tinggi seperti Kundasang terkenal dengan kegiatan (perlombongan : pelancongan) dan pertanian. (d) Zaman Air Batu ialah zaman (bumi : laut) dilitupi oleh air batu yang tebal disebabkan penurunan suhu yang ketara. (e) Kecairan air batu menyebabkan kenaikan paras air laut yang membawa kepada pembentukan (daratan : sungai) dan tasik. [5 markah] 4. Namakan gambar berikut dengan betul. Gapura Bajang Ratu Candi Muara Jambi Candi Po Nagar Candi Prambanan Tapak Bandar Oc-Eo (a) (b) (c ) (d) (e) [5 markah]
Sejarah KSSR Tahun 4 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 99 Bahagian C [10 markah] Jawab semua soalan. 1. Gambar berikut menunjukkan sebuah sekolah. (a) Apakah identiti sesebuah sekolah? [2 markah] (b) Mengapakah kita memerlukan pengurusan sekolah yang cekap? [3 markah] 2. Tokoh terbilang memberikan sumbangan yang besar kepada Kesultanan Melayu Melaka. (a) Apakah ciri-ciri yang dimiliki oleh tokoh terbilang? [2 markah] (b) Bagaimanakah kita dapat mengembalikan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka? [3 markah]
100 JAWAPAN Mengenali Sejarah 1 UNIT Praktis UASA 1 Bahagian A 1. D 2. D 3. B 4. C 5. B 6. A 7. A 8. A 9. D 10. C Bahagian B 1. (a) manusia ; perubahan (b) catatan ; peristiwa ; berlaku 2. (a) Sumber sekunder (b) Sumber primer (c) Sumber sekunder (d) Sumber primer (e) Sumber sekunder Bahagian C 1. (a) Kaedah penyelidikan sejarah yang digunakan ialah kaedah arkeologi, iaitu proses mendapatkan maklumat daripada bahan tinggalan sejarah. (b) Membuktikan peristiwa sejarah yang telah berlaku dan menghasilkan penulisan sejarah yang berkualiti. Mengelakkan fakta sejarah palsu yang boleh mengelirukan masyarakat. 2. (a) Sekolah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan untuk menghargai murid yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Selain itu, dapat memberi motivasi dan semangat kepada murid lain utuk mencapai kejayaan dalam akademik dan kokurikulum. (b) Belajar dengan tekun, berusaha bersungguhsungguh, rajin, tidak putus asa serta mendengar nasihat guru dan ibu bapa. 2 Saya dan Keluarga UNIT Praktis UASA 2 Bahagian A 1. A 2. A 3. D 4. C 5. C 6. C 7. A 8. D 9. B 10. A Bahagian B 1. (a) • Menguruskan rumah tangga. • Menjaga keselamatan. • Memberikan kasih sayang. (b) • Belajar bersungguh-sungguh. • Mendengar nasihat ibu bapa. • Menjaga nama baik keluarga. (c) • Menyara keluarga. • Memberikan kasih sayang. • Menyediakan segala keperluan asas. 2. (a) Kelahiran (b) Kematian (c) Perkahwinan (d) Perpindahan (e) Memasuki tahun 1. Bahagian C 1. (a) Keluarga asas ialah keluarga yang terdiri daripada bapa. ibu dan anak-anak. Keluarga asas dalam gambar tersebut terdiri daripada bapa, ibu, kakak dan adik. (b) Saling menghormati, mendengar nasihat, membantu ahli keluarga dan bertolak ansur. 2. (a) Kelahiran adik, memasuki tahun 1, berpindah sekolah, berpindah ke rumah baharu dan dilantik sebagai pengawas. (b) Garis masa penting untuk melihat perkembangan diri dan keluarga dan peristiwa penting yang berlaku. Garis masa juga boleh disimpan sebagai kenangan. 3 Sejarah Sekolah UNIT Praktis UASA 3 Bahagian A 1. C 2. B 3. A 4. C 5. A 6. C 7. C 8. A 9. A 10. D 11. D 12. C Bahagian B 1. (a) Obor – Berdaya saing (b) Buku – Ilmu pengetahuan
W.M: RM??.?? / E.M: RM??.?? PELANGI W.M: RM13.95 / E.M: RM13.95 CRC294064 ISBN: 978-629-470-371-1 Sejarah • Bahasa Melayu Tahun 4.5.6 • Sains Tahun 4 • Sejarah Tahun 4 • Tatabahasa Tahun 4.5.6 • Sains Tahun 5 • Sejarah Tahun 5 • Penulisan Tahun 4.5.6 • Sains Tahun 6 • Sejarah Tahun 6 • English Year 4.5.6 • Matematik Tahun 4 • Matematik Tahun 5 • Matematik Tahun 6 JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI FOCUS KSSR Tahun 4 – siri teks rujukan yang lengkap dan padat dengan ciri-ciri istimewa untuk meningkatkan pembelajaran murid secara menyeluruh. Siri ini merangkumi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baharu serta mengintegrasikan keperluan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Pastinya satu sumber yang hebat bagi setiap murid! › Garis Masa › Kata Kunci › Induksi Bab › Peta Konsep REVISI PENGUKUHAN & PENTAKSIRAN › Praktis UASA › Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) › Jawapan Lengkap CIRI-CIRI EKSTRA › Tokoh Kita › Jom Aktiviti › Nilai Patriotisme › Info Sejarah Beli eBook di sini! 4 KSSR UASA SEMAKAN TAHUN