312 Geografi Tingkatan 3 Bab 4 Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia Tingkatan 3 BAHAGIAN B Soalan 1 berdasarkan Foto 1. Foto 1 1. (a) Apakah jenis hutan semula jadi dalam foto di atas? [1 markah] (b) Berikan dua contoh spesies tumbuh-tumbuhan semula jadi yang terdapat dalam hutan tersebut. [2 markah] (c) Huraikan kepentingan hutan dalam foto di atas. [3 markah] (d) Jelaskan dua kesan terhadap alam sekitar jika kawasan hutan dalam foto di atas ditebang tanpa kawalan. [4 markah] Soalan 2 berdasarkan Rajah 1. Meter 50 40 30 20 10 0 P Q R S Rajah 1 2. (a) Namakan jenis hutan yang ditunjukkan dalam rajah di atas. [1 markah] (b) Namakan lapisan hutan yang bertanda P, Q dan R. [3 markah] (c) Berikan tiga contoh spesies tumbuhan semula jadi yang terdapat di lapisan S. [3 markah] (d) Nyatakan ciri-ciri spesies tumbuh-tumbuhan di lapisan P. [3 markah] BAHAGIAN C 1. (a) Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan Hutan Hujan Tropika di Malaysia. [4 markah] (b) Huraikan kepentingan Hutan Hujan Tropika di Malaysia. [6 markah]
399 Kerja Lapamgan PANDUAN KERJA LAPANGAN 399
400 Geografi Tingkatan 1.2.3 Panduan Kerja Lapangan Pengenalan Semua murid tingkatan 1, 2 dan 3 wajib menjalankan kerja lapangan. Pelaksanaan kerja lapangan adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas serta memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan idea. Hal ini sekali gus membantu murid supaya dapat mempraktikkan kemahiran geografi yang dipelajari. Panduan melaksanakan kerja lapangan 1. Kerja lapangan dilaksanakan selama enam jam daripada waktu yang diperuntukan bagi PdP mata pelajaran Geografi. 2. Murid boleh menjalankan kerja lapangan secara individu atau kumpulan. 3. Pengumpulan data dan maklumat boleh dijalankan selepas waktu persekolahan. 4. Penulisan pelaporan kerja lapangan perlu menunjukkan keaslian dan dilakukan di dalam bilik darjah pada waktu pengajaran dan pembelajaran. 5. Murid perlu menyertakan foto/gambar/rajah/grafik yang berkaitan untuk menyokong hasil kajian yang dijalankan. 6. Grafik dan petikan daripada mana-mana bahan rujukan perlu ditulis sumber rujukan dengan menggunakan format yang betul. 7. Hasil kerja lapangan hendaklah ditulis tangan pada kertas bersaiz A4. 8. Murid adalah dilarang melakukan plagiat. Proses Melaksanakan Kerja Lapangan Kerja lapangan boleh dilaksanakan mengikut proses berikut: Memilih tajuk atau isu Menentukan objektif kajian Menentukan kaedah kajian Merekod, mengumpul dan menganalisis data atau maklumat Merumus dan membuat laporan Rajah 11.1 Proses kerja lapangan Memilih Isu atau Tajuk Murid perlu memilih satu isu atau tajuk kerja lapangan daripada mana-mana tema yang ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Geografi Tingkatan 1, 2 dan 3.
401 Geografi Tingkatan 1.2.3 Panduan Kerja Lapangan Menentukan Objektif Kajian 1. Murid hendaklah menentukan objektif kajian yang hendak dilaksanakan dalam kerja lapangan. 2. Objektif kajian hendaklah bermula dengan kata kerja seperti berikut: • Mengenal pasti…. – mengetahui sehingga dapat menyatakan dengan pasti • Mengkaji…. – menyelidik sesuatu perkara dengan teliti • Mencadangkan…. – mengeluarkan buah fikiran tentang sesuatu perkara • Menghuraikan… – mengelaskan atau menerangkan tentang sesuatu perkara dengan lebih mendalam • Menjelaskan… – menerangkan sehingga jelas atau memberikan penerangan • Menilai… – membuat pentaksiran tentang sesuatu perkara • Membandingkan… – mengetahui persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara Menentukan Kaedah Kajian 1. Murid perlu memilih kaedah kajian yang sesuai untuk mengumpulkan data dan maklumat bagi menjalankan kerja lapangan. Antara kaedah kajian yang dapat digunakan oleh murid ialah: (a) Pemerhatian • Kaedah ini memerlukan murid membuat pemerhatian di lapangan tentang perkara atau isu yang hendak dikaji. • Murid boleh mengambil foto sebagai bahan bukti untuk kaedah ini. (b) Temu bual • Kaedah ini memerlukan murid berjumpa dan bersoal jawab dengan seseorang secara lisan. • Murid perlu menyediakan borang temu bual yang lengkap sebelum sesi temu bual dijalankan. (c) Soal selidik • Kaedah ini merupakan kaedah pengumpulan maklumat yang dilakukan dengan cara mengedarkan borang soal selidik kepada responden. • Setelah diisi, borang soal selidik tersebut perlu dikumpul semula untuk dianalisis. (d) Rujukan • Kaedah ini memerlukan murid untuk membuat rujukan di pusat sumber sekolah, laman web, majalah, keratan akhbar, buku atau pelbagai media elektronik yang lain. Merekod, Mengumpul dan Menganalisis Data atau Maklumat 1. Data atau maklumat yang telah dikumpul melalui pelbagai kaedah perlu dianalisis. 2. Kebiasaannya, data atau maklumat tersebut akan disusun dalam bentuk jadual, graf dan carta supaya lebih jelas dan tersusun. Jadual 11.1 menunjukkan contoh jadual yang biasa digunakan dalam kerja lapangan. Jadual 11.1 Masalah pengangkutan awam di Taman Intan mengikut responden Masalah pengangkutan awam Bilangan responden Pencemaran udara 8 Tambang mahal 5 Kenderaan lama 4 Jangka masa lama 2 Kemalangan 1 Jumlah 20 (Sumber: Soal selidik)
402 Geografi Tingkatan 1.2.3 Panduan Kerja Lapangan 3. Selain jadual, graf dan carta, murid juga boleh melukis peta pemikiran sebagai bahan grafik semasa mempersembahkan data atau maklumat mereka. PETA BULATAN PETA BUIH PETA DAKAP PETA ALIR PETA TITI PETA BUIH BERGANDA PETA POKOK PETA PELBAGAI ALIR as as Faktor Penghubung Rajah 11.2 Jenis-jenis peta pemikiran Menulis Laporan 1. Penulisan laporan kerja lapangan hendaklah dibuat berpandukan format yang berikut: (a) Kertas bersaiz A4 (b) Tajuk kajian di muka depan laporan (c) Senarai kandungan seperti Jadual 11.2 Jadual 11.2 Senarai kandungan Bil. Kandungan Halaman 1 Penghargaan 2 Pendahuluan 3 Objektif kajian 4 Kawasan kajian 5 Kaedah kajian 6 Hasil kajian 7 Rumusan 8 Rujukan 9 Lampiran
403 Geografi Tingkatan 1.2.3 Panduan Kerja Lapangan Contoh Surat Makluman kepada Ibu Bapa/Penjaga Nama sekolah Alamat sekolah Rujukan Kami: Tarikh: Kepada, Ibu/bapa/Penjaga Tuan, KERJA LAPANGAN MATA PELAJARAN GEOGRAFI Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Semua murid Tingkatan sekolah ini akan terlibat dalam kerja lapangan mata pelajaran Geografi bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 3. Hasil kerja lapangan ini merupakan sebahagian daripada pentaksiran sekolah. Bagi tujuan ini, semua murid akan menjalankan kerja lapangan di luar waktu persekolahan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. 4. Dimaklumkan juga bahawa kerja lapangan akan dijalankan pada . Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ………………………………………… (Nama Pengetua dan Cap Sekolah) ……………………………………………………………………………………………………… (Keratan jawapan) Saya No. Kad Pengenalan ibu/bapa/penjaga kepada murid bernama Tingkatan membenarkan/tidak membenarkan anak di bawah jagaan saya menjalankan kajian kerja lapangan pada tarikh tersebut. Tandatangan: Nombor telefon:
404 Geografi Tingkatan 1.2.3 Panduan Kerja Lapangan Contoh Surat Makluman Akaun Diri Murid Nama sekolah Alamat sekolah Rujukan Kami: Tarikh: Kepada sesiapa yang berkenaan. Tuan/Puan, KERJA LAPANGAN MATA PELAJARAN GEOGRAFI Pembawa surat ini No. Kad Pengenalan ialah seorang murid Tingkatan di Sekolan Menengah Kebangsaan . Murid ini sedang melaksanakan kerja lapangan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Geografi. 2. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati jika pihak tuan/puan dapat memberi kerjasama kepada murid ini untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. 3. Kerjasama dan bantuan tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ………………………………………… (Nama Pengetua dan Cap Sekolah)
405 Geografi Tingkatan 1.2.3 Panduan Kerja Lapangan Contoh Surat Perakuan Murid Tentang Keaslian Kajian Saya memperakui bahawa kerja lapangan bertajuk ini ialah hasil kerja saya sendiri melainkan petikan, grafik, gambar dan rajah yang dinyatakan sumber rujukannya. Saya dengan ini mengaku bahawa kerja lapangan ini adalah asli. Saya ialah satusatunya penulis kerja lapangan ini. Yang benar, ……………………………………… ( ) Disahkan oleh, ……………………………………… ( ) Tarikh:
406 Geografi Tingkatan 1.2.3 Panduan Kerja Lapangan SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABU BAKAR, TEMERLOH, PAHANG KERJA LAPANGAN GEOGRAFI 20XX PENGANGKUTAN AWAM DI BANDAR TEMERLOH, PAHANG Disediakan oleh: Noraini Binti Abdul Musa Tingkatan 2 Wawasan Contoh 1 Contoh Laporan Kerja Lapangan
TINGKATAN 1 431 1 Arah Bab Praktis Formatif 1.1 1. Mata angin utama (a) Utara (c) Selatan (b) Timur (d) Barat Mata angin perantaraan (a) Timur laut (c) Barat daya (b) Tenggara (d) Barat laut 2. (a) Utara (e) Selatan (b) Timur laut (f) Barat daya (c) Timur (g) Barat (d) Tenggara (h) Barat laut 3. Kerana matahari terbit di arah timur dan terbenam di arah barat 4. (a) selatan (c) barat daya (b) tenggara Praktis Formatif 1.2 1. (a) 30° (c) 249° / 250° (b) 100° (d) 290° 2. 237° / 238° 4. Kg. Aman 3. 130° 5. Kg. Aman Praktis UASA 1 BAHAGIAN A 1. A 2. B 3. D 4. C 5. C 6. C 7. C 8. C 9. D 10. B BAHAGIAN B 1. (a) (i) Barat daya (2m) (ii) Barat laut (2m) (iii) Timur laut (2m) (b) (i) Utara (2m) (ii) Timur laut (2m) (c) 90° (3m) (e) Timur laut (2m) (d) 90° (3m) (f) Barat (2 m) 2 Kedudukan Bab Praktis Formatif 2.1 1. Rumah Nora 3. hadapan 2. stesen minyak 4. kanan, hadapan Praktis Formatif 2.2 1. (a) 48°U (b) 55°S 2. (a) 35°B (b) 65°T 3. (a) 48°U 65°T (c) 40°S 85°T (b) 70°U 35°B (d) 40°S 70°B 4. 70°U 48°U 40°S 55°S 0° 0° P K Q N J Y M X 65°T 85°T 35°B 70°B B D C A Praktis Formatif 2.3 1. 6°U 101°T 6°U 101°T 2. 5°U 102°T 5°U 102°T 3. 4°U 101°T 4°U 101°T 4. 3°U 102°T 3°U 102°T 5. 2°U 103°T 2°U 103°T Praktis UASA 2 BAHAGIAN A 1. C 2. C 3. C 4. B 5. A 6. D 7. B 8. C BAHAGIAN B 1. (a) (i) Peter duduk di hadapan Mandy. (1m) (ii) Anitha duduk di belakang Mandy. (1m) (iii) Aishah duduk di sebelah kiri Mandy. (1m) (iv) Lim duduk di sebelah kanan Mandy. (1m) (b) (i) Ai Lin (1m) (ii) Aishah (1m) (iii) Anitha (1m) (iv) Liza (1m) (c) Rita (1m) (d) Shanti (1m) (e) (i) sebelah kanan (1m) (ii) hadapan (1m) (iii) belakang (1m) (iv) sebelah kiri (1m) (f) (i) Sebelah kanan (1m) (ii) Hadapan (1m) (iii) Sebelah kiri (1m) (iv) Sebelah kiri (1m) (v) Sebelah kiri (1m) (vi) Belakang (1m) 3 Peta Lakar Bab Praktis Formatif 3.1 1. Tajuk, pemidang peta, simbol, petunjuk, arah mata angin JAWAPAN
Tingkatan 1 432 Geografi Tingkatan 1.2.3 Jawapan 2. (a) (d) (b) (e) (c) (f) 3. Ciri pandang darat fizikal (a) Hutan (c) Paya air masin (b) Sungai (d) Bukit Ciri pandang darat budaya (a) Petempatan (c) Jalan raya (b) Sawah padi (d) Kilang 4. (a) Fizikal (f) Fizikal (b) Budaya (g) Fizikal (c) Budaya (h) Budaya (d) Fizikal (i) Budaya (e) Budaya (j) Budaya Praktis UASA 3 BAHAGIAN A 1. C 2. C 3. C 4. B 5. D 6. D 7. C 8. B 9. D 10. D BAHAGIAN B 1. (a) (i) Tajuk (1m) (ii) Simbol (1m) (iii) Petunjuk (1m) (iv) Pemidang (1m) (v) Arah mata angin (1m) (b) (i) Sungai (1m) (ii) Hutan (1m) (iii) Paya air masin (1m) (c) (i) Sekolah (1m) (ii) Petempatan (1m) (iii) Hospital (1m) (iv) Jalan raya (1m) (d) (i) Barat daya (1m) (ii) Tenggara (1m) (e) (i) Jalan raya (1m) (ii) Jambatan (1m) (iii) Benteng (1m) (f) (i) Hadapan (1m) (ii) Belakang (1m) 4 Lakaran Peta Malaysia Bab Praktis Formatif 4.1 1. (a) A Perlis H Johor B Kedah I Pahang C Pulau Pinang J Terengganu D Perak K Kelantan E Selangor L Sarawak F Negeri Sembilan M Sabah G Melaka (b) a Kangar h Johor Bahru b Alor Setar i Kuantan c Georgetown j Kuala Terengganu d Ipoh k Kota Bharu e Shah Alam l Kuching f Seremban m Kota Kinabalu g Bandaraya Melaka (c) Laut China Selatan 2. Kuantan Kangar Ipoh Seremban Georgetown Shah Alam Pulau Pinang Perlis Kedah Perak Kelantan Terengganu Pahang Bandaraya Melaka Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Putrajaya Melaka Johor Kuching Sarawak Wilayah Persekotuan Labuan Sabah Kota Kinabalu Praktis UASA 4 BAHAGIAN B 1. (a) T Pulau Pinang (1m) U Kelantan (1m) V Johor (1m) W Melaka (1m) X Sarawak (1m) (b) P Kuala Terengganu (1m) Q Ipoh (1m) R Kuantan (1m) S Kota Kinabalu (1m) (c) F Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1m) G Wilayah Persekutuan Putrajaya (1m) H Wilayah Persekutuan Labuan (1m) (d) (i) Perak (1m) (ii) Kelantan (1m) (iii) Kedah (1m)
Tingkatan 1 433 Geografi Tingkatan 1.2.3 Jawapan (iv) Perlis (1m) (e) (i) Pusat pentadbiran negeri (1m) (ii) Pusat perniagaan / Pusat pengangkutan dan perhubungan (1m) (f) (i) Sabah (1m) (ii) Sarawak (1m) 5 Bumi Bab Praktis Formatif 5.1 1. (a) Atmosfera (c) Biosfera (b) Hidrosfera (d) Litosfera 2. Atmosfera 3. (a) Tanih untuk kegiatan pertanian (b) Menggalakkan perlombongan sumber mineral (c) Habitat pelbagai hidupan (d) Tempat untuk pelbagai aktiviti ekonomi Praktis Formatif 5.2 1. (a) Kerak bumi (b) Mantel (c) Teras bumi 2. Teras dalam lebih panas, iaitu 5 000°C berbanding dengan teras luar 3 000°C. Praktis Formatif 5.3 1. A Benua Amerika Utara B Benua Amerika Selatan C Benua Eropah D Benua Afrika E Benua Asia F Benua Australia G Benua Antartika 2. Benua Australia 3. P Lautan Hindi Q Lautan Atlantik R Lautan Pasifik Praktis Formatif 5.4 1. Arus perolakan 2. Gunung berapi 3. Pertembungan dan pencapahan 4. Mengancam nyawa, kerosakan harta benda Praktis UASA 5 BAHAGIAN A 1. D 2. A 3. B 4. D 5. D 6. C 7. D 8. A 9. C 10. D BAHAGIAN B 1. (a) P: Atmosfera (1m) Q: Hidrosfera (1m) R: Litosfera (1m) S: Biosfera (1m) (b) Biosfera (1m) (c) Atmosfera (1m) (d) F1 Menyediakan tanih untuk pertanian (1m) H1 Tanih aluvium untuk penanaman padi (1m) F2 Menggalakkan aktiviti perlombongan (1m) H2 Bijih timah, bijih besi (1m) 2. (a) Q: Mantel (1m) R: Teras luar (1m) S: Teras dalam (1m) (b) (i) Paling luar dan paling nipis (1m) (ii) Paling keras dan pejal (1m) (iii) Terdiri daripada sial dan sima (1m) (c) Sial Sima Terletak di bahagian atas kerak bumi (1m) Terletak di dasar lautan (1m) Terdiri daripada silika dan aluminium (1m) Terdiri daripada silika dan magnesium (1m) BAHAGIAN C 1. (a) Gempa bumi lebih kerap dijumpai di kawasan pinggiran plat tektonik (1m) Antara kawasan yang kerap mengalami gempa bumi adalah sekitar Lingkaran Api Pasifik (1m) Lingkaran Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plat tektonik (1m) Malaysia berada cukup jauh dari kawasan Lingkaran Api Pasifik (1m) Tekanan daripada kawasan-kawasan lingkaran terdekat agak sukar untuk masuk atau menembusi Malaysia (1m) (b) F1 Kemusnahan harta benda (1m) H1 Meruntuhkan bangunan, memusnahkan kenderaan dan harta benda manusia (1m) F2 Kehilangan nyawa (1m) H2 Runtuhan bangunan dan tanah runtuh akibat gegaran gempa bumi meragut nyawa manusia (1m) F3 Kesan kepada sistem pengangkutan (1m) H3 Gegaran akibat gempa bumi menyebabkan berlakunya kerosakan kepada jalan raya, jalan kereta api dan lapangan terbang /menyebabkan sistem pengangkutan darat dan udara tergendala (1m) (Terima jawapan murid yang sesuai) 2. (a) Gunung berapi terbentuk apabila berlakunya pertembungan dua plat(1m) Pertembungan ini menyebabkan salah satu plat terjunam ke bawah plat yang lain (1m) Zon terbenam ini akan menjadi cair kerana suhu yang sangat panas di bawah kerak bumi (1m) Bahagian cair ini menambah magma di mantel dan seterusnya mengalir keluar ke permukaan bumi menjadi gunung berapi (1m) (b) F1 Tanih lava bes kaya dengan pelbagai mineral (1m) H1 Sangat sesuai untuk kegiatan pertanian (1m) C1 Kawasan gunung berapi diteres untuk tanaman padi di Pulau Jawa (1m) F2 Aktiviti gunung berapi menghasilkan mata air panas dan geiser(1m) H2 Menjadi daya tarikan pelancong (1m) C2 Daerah Rotorua di New Zealand (1m) (Terima jawapan murid yang sesuai)
Tingkatan 1 434 Geografi Tingkatan 1.2.3 Jawapan Praktis UASA 6 BAHAGIAN A 1. C 2. B 3. A 4. A 5. D 6. D 7. C 8. B 9. D 10. D BAHAGIAN B 1. (a) X: Tanah tinggi (1m) Y: Tanah pamah (1m) Z: Pinggir laut (1m) (b) (i) Teluk Chempedak (Pahang) (1m) (ii) Tanjung Bungah (Pulau Pinang) (1m) (iii) Pulau Redang (Terengganu) (1m) (c) F1 Pelancongan (1m) H1 Pemandangan yang menarik dan suhu yang nyaman (1m) F2 Pertanian (1m) H2 Tanaman hawa sederhana seperti sayur-sayuran dan bunga-bungaan (1m) (Terima jawapan murid yang sesuai) 2. (a) P: Dataran Kedah-Perlis (1m) Q: Dataran Kelantan (1m) R: Delta Rajang (1m) (b) F1 Dataran Kedah-Perlis – tanah pamah yang rata dan rendah (1m) H1 Terdiri daripada tanih jenis aluvium (1m) C1 Sesuai untuk penanaman padi (1m) (c) F1 Petempatan (1m) H1 Kawasan tanah pamah yang rata dan struktur tanah yang stabil (1m) F2 Pehubungan dan pengangkutan (1m) H2 Kawasan yang rata memudahkan pembinaan jalan raya, jalan kereta api dan lapangan terbang (1m) 3. (a) I : Gerbang laut (1m) II : Batu tunggul (1m) III : Batu sisa (1m) (b) Tanjung terbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan keras dan lembut yang berselang-seli. Tanjung terbentuk di bahagian batuan keras yang tahan hakisan ombak. Contohnya, Tanjung Datu di Sarawak. (3m) (c) F1 Pelancongan (1m) H1 Pemandangan yang indah (1m) F2 Tapak pelabuhan (1m) H2 Kawasan terlindung daripada angin kencang (1m) (Terima jawapan murid yang sesuai) BAHAGIAN C 1. (a) F1 Kawasan rata dan rendah (1m) H1 Sesuai untuk pelbagai jenis kegiatan ekonomi (1m) C1 Lembah Klang (1m) F2 Kawasan rata dan datar (1m) H2 Tumpuan jaringan pengangkutan dan perhubungan (1m) C2 Kuala Lumpur (1m) (b) F1 Pelancongan (1m) H1 Pantai berpasir yang indah (1m) C1 Port Dickson, Negeri Sembilan (1m) F2 Perlombongan (1m) H2 Pesisir pantai kaya dengan sumber petroleum dan gas asli (1m) 6 Bentuk Muka Bumi Bab Praktis Formatif 6.1 1. Tanah tinggi, tanah pamah, saliran dan pinggir laut 2. Terima jawapan murid yang sesuai Praktis Formatif 6.2 1. Banjaran Titiwangsa, Banjaran Bintang, Banjaran Tahan, Banjaran Pantai Timur 2. Proses lipatan kerak bumi 3. (a) Gunung Korbu (b) Gunung Tahan (c) Gunung Kinabalu (d) Gunung Murud 4. Terima jawapan murid berdasarkan Peta 6.1 (halaman 58 dan 59) Praktis Formatif 6.3 1. Dataran Kedah-Perlis, Dataran Selangor, Dataran Hilir Sungai Perak 2. Kawasan beralun, bersaliran baik, diliputi tanih laterit yang subur 3. Kerana Banjaran Crocker menganjur hampir dekat dengan laut Praktis Formatif 6.4 1. Tanjung, teluk, pantai, pulau, tebing tinggi 2. Batu tunggul 3. Teluk, tanjung, tebing tinggi Praktis Formatif 6.5 1. Sungai Rajang, Sungai Baram 2. Tasik Bera, Tasik Chini Praktis Formatif 6.6 1. Kerana menjadi pengeluar sayur-sayuran yang utama di Malaysia 2. Cameron Highlands, Genting Highlands, Bukit Fraser, Kundasang Praktis Formatif 6.7 1. Kawasan pertanian, pengangkutan dan perhubungan, petempatan, perindustrian dan perdagangan 2. Mempunyai bentuk muka bumi yang rata dan kos pembinaan lebih rendah Praktis Formatif 6.8 1. Terima jawapan murid yang sesuai (peta buih, peta bulatan) 2. Kawasan rendah dan rata, berhampiran sumber air 3. Kawasan pertanian Praktis Formatif 6.9 1. Terdapat pantai berpasir yang indah, terdapat hidupan laut dan terumbu karang yang cantik 2. Pulau Ketam, Kemaman 3. Kawasan perikanan pinggir laut, kawasan pelancongan – menyumbang kepada pendapatan negara
Tingkatan 1 435 Geografi Tingkatan 1.2.3 Jawapan C2 Laut kawasan pesisir pantai Terengganu (1m) (Terima jawapan murid yang sesuai) 7 Saliran Bab Praktis Formatif 7.1 1. Aliran sungai sangat deras dan laju menyebabkan hakisan menegak berlaku. Hakisan menegak akan mendalamkan sungai lalu membentuk lurah sungai berbentuk V. 2. Likuan sungai, susuh bukit berpanca, tebing tinggi sungai 3. Delta sesuai untuk kegiatan pertanian, tasik ladam sesuai untuk kegiatan akuakultur 4. Aliran sungai berliku-liku akibat proses pemendapan dan hakisan. Aliran sungai menghakis tebing secara giat dan memendapkan tebing berlawanan. Proses ini berterusan dan likuan sungai semakin berliku. Likuan sungai bercantum dan membentuk likuan terpenggal. Aliran sungai mengalir lurus. Likuan terpenggal mengalami proses pemendapan dan lama-kelamaan sebuah tasik ladam akan terbentuk. Praktis Formatif 7.2 1. Sungai Rajang, Sungai Baram, Sungai Lupar 2. Tasik Kenyir, Tasik Temenggor 3. Sungai Segama, Sungai Kinabatangan, Sungai Labuk, Sungai Sugut 4. Sungai Pahang Praktis Formatif 7.3 1. Terima jawapan murid yang sesuai (Peta buih, peta bulatan) 2. Kerana kebanyakan penduduk tinggal di kawasan luar bandar yang kurang pengangkutan darat 3. (a) Kegunaan domestik: Sumber air untuk kegunaan harian penduduk (b) Rekreasi dan pelancongan: Perkelahan, berkayak (c) Sumber protein: Sumber ikan air tawar Praktis UASA 7 BAHAGIAN A 1. C 2. B 3. C 4. B 5. D 6. D 7. D 8. B BAHAGIAN B 1. (a) P: Air terjun (1m) Q: Susuh bukit berpanca (1m) R: Delta (1m) (b) P (1m) (c) Pemendapan sungai paling banyak berlaku di peringkat R (hilir sungai) kerana aliran sungai adalah sangat perlahan dan keupayaan sungai untuk menghakis dan mengangkut muatan berkurangan (3m) (d) F1 Peringkat hulu – pelancongan (1m) H1 Mempunyai air terjun yang indah (1m) C1 Air Terjun Temurun (Pulau Langkawi) (1m) 2. (a) S1: Sungai Perak (1m) S2: Sungai Pahang (1m) S3: Sungai Kinabatangan (1m) (b) (i) Membekalkan air untuk kegunaan domestik (1m) (ii) Membekalkan sumber ikan air tawar (1m) (iii) Tempat rekreasi dan pelancongan (1m) (c) F1 Pengangkutan dan perhubungan (1m) H1 Jalan perhubungan antara kawasan pedalaman dengan bandar (1m) F2 Kegunaan domestik (1m) H2 Membekalkan sumber air untuk kegunaan harian (1m) BAHAGIAN C 1. (a) F1 Sungai mempunyai aliran deras (1m) F2 Isi padu air yang tetap dan banyak (1m) F3 Sungai sentiasa mengalir sepanjang tahun (1m) F4 Sungai mengalir menuruni cerun curam (1m) (b) F1 Rekreasi dan pelancongan (1m) H1 Aktiviti berkayak, perkelahan dan perkhemahan (1m) F2 Penjanaan kuasa hidroelektrik (1m) H2 Tasik mempunyai takungan air yang banyak (1m) F3 Sumber protein (1m) H3 Membekalkan sumber ikan air tawar (1m) 2. (a) Delta ialah kawasan mendapan di muara sungai. Apabila sungai mengalir sehingga muara sungai, bahan-bahan muatan alam termendap dan membentuk delta akibat aliran sungai yang semakin perlahan. (4m) (b) F1 Pertanian (1m) H1 Diliputi tanih aluvium yang subur (1m) C1 Delta Rajang (Sarawak) (1m) F2 Perikanan akuakultur (1m) H2 Dijalankan di kawasan sawah padi (1m) C2 Delta Kelantan (1m) 8 Penduduk di Malaysia Bab Praktis Formatif 8.1 1. Taburan penduduk bermaksud sebaran penduduk di dalam sesuatu kawasan atau sesebuah negara. 2. (a) Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh (b) Bandar Muar, Dungun, Lahad Datu (c) Pedalaman Sabah, pedalaman Sarawak, sekitar Tasik Chini 3. Penduduk sederhana Praktis Formatif 8.2 1. (a) Taburan penduduk padat, sederhana dan jarang (b) Jelaskan jawapan berdasarkan: (i) Fungsi (ii) Peluang pekerjaan (iii) Jaringan pengangkutan 2. (i) Taburan penduduk di Malaysia adalah tidak sekata (ii) Taburan penduduk yang tidak sekata dipengaruhi oleh bentuk muka bumi (iii) Taburan penduduk padat adalah di kawasan tanah pamah, terutamanya di pantai barat Semenanjung Malaysia
Tingkatan 1 436 Geografi Tingkatan 1.2.3 Jawapan 3. Setuju. Hal ini kerana bentuk muka bumi di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia adalah dataran pinggir pantai dan tanah pamah yang memudahkan pembinaan jaringan pengangkutan. Selain itu, kawasannya yang rendah dan rata serta tanih yang subur sesuai dengan aktiviti pertanian, perindustrian, pelancongan dan pelbagai kegiatan ekonomi yang lain. Selain itu juga, di kawasan pantai barat terdapat pelbagai perkhidmatan dan peluang pendidikan sekali gus membuka pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyat. 4. Faktor fizikal Faktor ekonomi (a) Tanah pamah (a) Pertanian (b) Tanah tinggi (b) Pelombongan (c) Pinggir laut (c) Perindustrian Faktor sosial (a) Infrastruktur (b) Pendidikan Dasar kerajaan (a) Pembukaan bandar baharu (b) Perwartaan hutan simpan (c) Tanah rancangan Praktis UASA 8 BAHAGIAN A 1. B 2. B 3. A 4. B 5. A 6. C 7. D 8. D 9. C 10. B BAHAGIAN B 1. (a) X: Padat (1m) Y: Sederhana (1m) Z: Jarang (1m) (b) F1 Tanah tinggi – berpenduduk jarang (1m) H1 Darjah ketersampaian yang rendah (1m) C1 Banjaran Crocker (1m) (c) F1 Pencemaran alam sekitar (1m) H1 Pencemaran udara dan air akibat pertambahan industri, kenderaan, pembuangan sisa domestik yang sejajar dengan pertambahan penduduk (1m) F2 Kepupusan flora dan fauna (1m) H2 Kawasan hutan ditebang dan dibersihkan untuk dijadikan kawasan perumahan, pejabat, jaringan pengangkutan dan pusat rekreasi (1m) 2. (a) (i) Bentuk muka bumi (1m) (ii) Kegiatan ekonomi (1m) (iii) Kemudahan sosial (1m) (b) F1 Bentuk muka bumi yang bergunung-ganang dan berhutan tebal (1m) F2 Kegiatan ekonomi yang kurang menyebabkan kekurangan peluang pekerjaan (1m) F3 Kekurangan kemudahan sosial seperti pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik (1m) F4 Darjah ketersampaian yang rendah (1m) (c) F1 Membangunkan pelbagai kegiatan ekonomi untuk mewujudkan peluang pekerjaan (1m) F2 Membina jaringan pengangkutan untuk meningkatkan darjah ketersampaian (1m) F3 Menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti bekalan air dan elektrik (1m) BAHAGIAN C 1. (a) Kawasan: Lembah Klang (1m) F1 Peluang pekerjaan yang banyak dalam pelbagai sektor ekonomi seperti perniagaan, perdagangan, pelancongan dan perkhidmatan (1m) F2 Kemudahan pengangkutan yang baik, lengkap dan cekap seperti bas, teksi, LRT, MRT dan teksi e-panggilan (1m) F3 Institusi, kolej dan universiti awam dan swasta yang menawarkan pelbagai kemudahan pendidikan tinggi (1m) F4 Kemudahan infrastruktur asas yang lengkap dan moden seperti bekalan air, bekalan elektrik, kemudahan kesihatan dan telekomunikasi (1m) (b) F1 Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di kawasan luar bandar yang kurang penduduk (1m) F2 Mewujudkan kawasan perindustrian di kawasan pedalaman yang kurang penduduk (1m) F3 Membina dan membangunkan kemudahan pengangkutan menghubungkan kawasan padat penduduk dengan kawasan jarang penduduk (1m) F4 Mewujudkan pusat pertumbuhan ekonomi, bandar baharu dan bandar satelit di kawasan pinggir bandar (1m) F5 Menyediakan kemudahan asas seperti kesihatan, pendidikan dan pelbagai perkhidmatan awam di kawasan pedalaman (1m) 2. (a) F1 Tanah pamah (1m) H1 Kawasan tumpuan penduduk kerana sesuai untuk pelbagai kegiatan ekonomi (1m) C1 Petaling Jaya (Selangor) (1m) F2 Tanah tinggi (1m) H2 Kurang menjadi tumpuan penduduk kerana darjah ketersampaian rendah (1m) C3 Banjaran Tahan (Pahang) (1m) (b) F1 Perindustrian (1m) H1 Kawasan perindustrian di Petaling Jaya menyediakan banyak peluang pekerjaan (1m) F2 Pelancongan (1m) H2 Tempat-tempat menarik sekitar Lembah Klang membuka banyak peluang pekerjaan (1m) 9 Petempatan di Malaysia Bab Praktis Formatif 9.1 1. Petempatan bandar dan petempatan luar bandar. 2. (i) Jumlah penduduk melebihi 10 000 orang (ii) Kepadatan penduduk adalah tinggi (iii) Aktiviti utama adalah perniagaan, perdagangan, perkilangan dan perkhidmatan Praktis Formatif 9.2 1. (i) Fungsi petempatan dari segi sosioekonomi (ii) Jumlah penduduk dan kepadatan (iii) Bentuk muka bumi
Tingkatan 1 437 Geografi Tingkatan 1.2.3 Jawapan 2. (a) (i) Bayan Lepas (ii) Bandar Baru Bangi (b) (i) Melaka (ii) Ipoh (c) (i) Wilayah Persekutuan Putrajaya (ii) Johor Bahru (d) (i) Kuala Lumpur (ii) Skudai 3. Terima jawapan murid yang sesuai. Praktis UASA 9 BAHAGIAN A 1. C 2. B 3. B 4. B 5. A 6. D BAHAGIAN B 1. (a) (i) Jumlah penduduk melebihi 10 000 orang (1m) (ii) Kemudahan asas pelbagai, lengkap dan moden (1m) (iii) Kawasan dan tempat tinggal selesa dan berciri moden (1m) (iv) Kegiatan ekonomi melibatkan sektor perindustrian, perkhidmatan dan pembinaan (1m) (b) F1 Kegiatan ekonomi tradisional (1m) H1 Pertanian, perikanan, industri desa (1m) C1 Bau (Sarawak) (1m) (c) F1 Bandar perindustrian (1m) H1 Pelbagai kegiatan industri seperti elektrik dan elektronik dan kejuruteraan (1m) F2 Bandar pentadbiran (1m) H2 Berfungsi sebagai ibu negeri (1m) 2. (a) (i) Petempatan berpusat (1m) (i) Petempatan berjajar (1m) (iii) Petempatan berselerak (1m) (b) (i) Rumah dan bangunan dibina sepanjang jalan raya (1m) (ii) Kelihatan tersusun secara deretan dan hampir seragam (1m) (iii) Terdapat di kawasan pinggir laut dan sepanjang sungai (1m) (c) (i) Kampung (1m) (ii) Kebun kecil getah (1m) (iii) Sawah padi (1m) (iv) Kem pembalakan (1m) BAHAGIAN C 1. (a) F1 Pertambahan penduduk yang pesat (1m) H1 Melebihi 10 000 orang akibat penghijrahan masuk penduduk (1m) F2 Perkembangan kegiatan ekonomi (1m) H2 Perindustrian, perniagaan, perdagangan dan perkhidmatan (1m) F3 Perkembangan sistem pengangkutan (1m) H3 Pembinaan jalan raya, lebuh raya serta landasan kereta api dan perkhidmatan e-hailing (1m) (b) F1 Kegiatan ekonomi yang baik yang boleh menjana pendapatan penduduk secara beterusan dan kemajuan mereka meningkat dari tahun ke tahun (1m) F2 Kemudahan ICT dan multimedia (1m) F3 Ciri-ciri keselamatan dan kesejahteraan kepada penduduk (1m) F4 Kawasan perniagaan / pusat komersial untuk menjalankan pelbagai jenis perniagaan (1m) 2. (a) F1 Bandar pelancongan (1m) H1 Terkenal dengan pelbagai aktiviti pelancongan / tempat-tempat menarik (1m) C1 Bandaraya Melaka (1m) F2 Bandar pelabuhan (1m) H2 Melibatkan urusan eksport dan import (1m) C2 Georgetown (Pulau Pinang) (1m) (b) F1 Jaringan pengangkutan yang baik (1m) H2 Lebuh raya / jalan raya / jalan kereta api (1m) F2 Pelbagai kegiatan ekonomi (1m) H2 Perniagaan / perdagangan / perkhidmatan (1m) Bentuk Muka Bumi dan Saliran di Asia Tenggara 10 Bab Praktis Formatif 10.1 1. Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Brunei Darussalam, Myanmar, Kemboja, Laos, Vietnam, TimorLeste. 2. Indonesia Praktis Formatif 10.2 1. Terima jawapan murid berdasarkan Peta 10.2 (halaman 109) 2. (i) Terhasil daripada lipatan kerak bumi (ii) Struktur terdiri daripada batu granit dan batu kapur (iii) Terdiri daripada banjaran gunung lipat tua dan gunung lipat muda Praktis Formatif 10.3 1. Tanah pamah di Asia Tenggara merupakan kawasan yang rendah, rata, beralun dan mempunyai ketinggian kurang daripada 180 meter dari aras laut. Ia ditimbuni oleh tanih aluvium yang tebal. Contohnya, Delta Menam Chao Phraya di Thailand. 2. (i) Delta Sungai Mekong di Vietnam (ii) Delta Sungai Irrawaddy di Myanmar (iii) Delta Menam Chao Phraya di Thailand 3. (a) Membentuk kawasan pertanian yang subur (b) Jaringan pengangkutan jalan air (c) Sumber protein kepada penduduk Praktis Formatif 10.4 1. Nha Trang, Pulau Phu Quoc, Mui Ne 2. pentas benua Praktis Formatif 10.5 1. Sungai Mekong di Vietnam 2. Tonle Sap di Kemboja 3. (a) Persamaan: (i) Tasik air tawar semula jadi (ii) Kawasan perikanan (iii) Kawasan pelancongan (b) Perbezaan: (i) Danau Toba terbentuk akibat letusan gunung berapi (ii) Tonle Sap terdapat sungai yang menyambungkannya dengan Sungai Mekong
Tingkatan 1 438 Geografi Tingkatan 1.2.3 Jawapan (iii) Tonle Sap merupakan kawasan perikanan yang penting kepada penduduk 4. Terima jawapan murid yang sesuai Praktis UASA 10 BAHAGIAN A 1. C 2. C 3. B 4. B BAHAGIAN B 1. (a) S1: Sungai Irrawaddy (1m) S2: Menam Chao Phraya (1m) S3: Sungai Mekong (1m) (b) (i) Mengangkut barangan pukal dan kayu balak (1m) (ii) Jalan pengangkutan utama (1m) (iii) Membekalkan sumber air untuk tujuan pengairan tanaman padi (1m) (c) F1 Sumber air (1m) H1 Kegunaan domestik dan kegiatan pertanian (1m) F2 Pelancongan (1m) H2 Tasik vulkanik yang paling dalam di dunia (1m) BAHAGIAN C 1. (a) F1 Tanah pamah (1m) H1 Penting untuk kegiatan pertanian, terutamanya penanaman padi – Delta Sungai Irrawaddy (1m) F2 Pinggir laut (1m) H2 Pentas benua penting untuk kegiatan perikanan – Laut China Selatan (1m) F3 Gunung berapi (1m) H3 Tanih lava bes gunung berapi di lereng gurung berapi sangat subur untuk kegiatan pertanian, terutamanya penanaman padi (1m) (b) F1 Sungai digunakan sebagai jalan pengangkutan ke kawasan pedalaman (1m) C1 Sungai Irrawaddy, Menam Chao Phraya dan Sungai Mekong (1m) F2 Sungai dan tasik membekalkan sumber protein (1m) C2 Tonle Sap (1m) F3 Sungai dan tasik dijadikan sumber bekalan air untuk kegiatan pertanian dan aktiviti domestik (1m) C3 Sungai Irrawaddy (1m) Penduduk dan Petempatan di Asia Tenggara 11 Bab Praktis Formatif 11.1 1. (a) Kawasan berpenduduk padat (i) Hanoi, Vietnam (ii) Jakarta, Indonesia (b) Kawasan berpenduduk jarang (i) Banjaran Annam (ii) Pantai Kalimantan 2. Terdapat pelbagai kemudahan seperti perkhidmatan pendidikan, perubatan, pengangkutan dan sebagainya. Selain itu, bandar-bandar di Asia Tenggara merupakan pusat perniagaan dan perdagangan. Hal ini bukan sahaja membuka peluang pekerjaan yang luas kepada penduduk, malahan mempelbagaikan lagi kegiatan ekonomi sekali gus peranan bandar tersebut semakin penting. 3. Hal ini kerana ibu negara Indonesia iaitu Jakarta terletak di Pulau Jawa. Selain itu juga, terdapat tanah aluvium yang subur hasil daripada letusan gunung berapi yang amat sesuai untuk aktiviti pertanian. Peluang pekerjaan dan perniagaan juga lebih besar berbanding di kepulauan lain selain terdapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan. Praktis Formatif 11.2 1. (a) Pusat perindustrian, pusat pelancongan (b) Pusat pentadbiran negara, pusat pendidikan (c) Pusat perniagaan dan perdagangan, pusat pengangkutan dan perhubungan (d) Pusat pelancongan, pusat perniagaan 2. Kadar pengganguran yang tinggi, fenomena kemiskinan bandar, masalah perumahan, bebanan kerajaan sangat besar, pencemaran alam sekitar, kemudahan infrastruktur tidak mencukupi (Terima jawapan murid yang sesuai) Praktis UASA 11 BAHAGIAN A 1. C 2. A 3. B 4. B 5. B 6. A BAHAGIAN B 1. (a) Padat (1m) Sederhana (1m) Jarang (1m) (b) Padat (1m) (c) F1 Terletaknya ibu negara Indonesia (Jakarta) (1m) H1 Pusat kegiatan ekonomi utama seperti perniagaan dan perdagangan, pentadbiran (1m) F2 Tanih subur untuk aktiviti pertanian (1m) H2 Tanih lava bes sesuai untuk penanaman padi (1m) (d) (i) Pedalaman Kalimantan (1m) (ii) Banjaran Annam (1m) (Terima jawapan murid yang sesuai) 2. (a) X: Manila (1m) Y: Bangkok (1m) Z: Bandaraya Singapura (1m) (b) (i) Pusat pentadbiran negara (1m) (ii) Pusat perniagaan dan perdagangan (1m) (iii) Pusat perindustrian (1m) (c) F1 Hab pengangkutan antarabangsa (1m) H1 Lapangan Terbang Antarabangsa Changi (1m) F2 Pusat perniagaan dan perdagangan (1m) H2 Terdapat pusat beli-belah dan aktiviti eksportimport (1m) (Terima jawapan murid yang sesuai) BAHAGIAN C 1. (a) F1 Bentuk muka bumi (1m) H1 Tanah pamah yang rata, rendah dan subur sesuai untuk kegiatan pertanian (1m) C1 Delta Sungai Mekong (1m) F2 Kegiatan ekonomi (1m) H2 Banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor ekonomi (1m) C2 Bandaraya Singapura (1m) (b) F1 Harga tanah yang sangat mahal (1m)
Beli eBook di sini! GEOGRAFI UASA 1∙2∙3 KSSM TINGKATAN PELANGI PelangiPublishing PelangiBooks ISBN: 978-629-470-408-4 W.M: RM36.95 / E.M: RM37.95 CC037054 • Matematik • Sains • Sejarah • Mathematics • Science • Geografi JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI • Infografik • Peta Konsep • Nota Komprehensif • Kesalahan Lazim • Panduan Kerja Lapangan REVISI • Praktis Formatif • Praktis UASA • Kertas Model UPSA & UASA Tingkatan 1.2.3 • Jawapan PENGUKUHAN & PENTAKSIRAN KOD QR KOD QR • Aktiviti PAK-21 • Cabaran KBAT • Info Geografi • Aplikasi Harian • Resos Digital CIRI-CIRI EKSTRA KOD QR FOCUS KSSM Tingkatan 1.2.3 – siri teks rujukan yang lengkap dan padat dengan ciri-ciri istimewa untuk meningkatkan pembelajaran murid secara menyeluruh. Siri ini merangkumi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang baharu serta mengintegrasikan keperluan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Pastinya satu sumber yang hebat bagi setiap murid!