KSSM Tingkatan Format SPM Berdasarkan TERKINI Normala Ramli PERNIAGAAN SPM 5 Revisi Ekspres Praktis Intensif Mengikut Topik Soalan Berorientasikan SPM Penerapan KBAT 1 Set Kertas Model SPM Jawapan Lengkap Praktis KBAT Ekstra! Kod QR Praktis Asas Kecemerlangan!
Kandungan Praktis 1 Pengurusan Sumber Manusia 1 • Revisi Ekspres • Kertas 1 • Kertas 2 – Bahagian A – Bahagian B Praktis 2 Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi 11 • Revisi Ekspres • Kertas 1 • Kertas 2 – Bahagian A – Bahagian B Praktis 3 Sumber Pembiayaan Perniagaan 17 • Revisi Ekspres • Kertas 1 • Kertas 2 – Bahagian A – Bahagian B Praktis 4 Penyata Kewangan Perniagaan 24 • Revisi Ekspres • Kertas 1 • Kertas 2 – Bahagian A – Bahagian B Praktis 5 Persediaan Menjadi Usahawan 36 • Revisi Ekspres • Kertas 1 • Kertas 2 – Bahagian A – Bahagian B Praktis 6 Persediaan Memulakan Perniagaan 43 • Revisi Ekspres • Kertas 1 • Kertas 2 – Bahagian A – Bahagian B Praktis 7 Merancang Pengendalian Perniagaan 54 • Revisi Ekspres • Kertas 1 • Kertas 2 – Bahagian A – Bahagian B Kajian Kes .............................................. 61 Panduan Kertas Kerja Projek ..... 68 Kertas Model SPM ............................ 70 Jawapan ...................................... J1 - J24 Praktis KBAT https://qr.pelangibooks.com/?u=KBATPerniagaanT5
1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Pengurusan Sumber Manusia Praktis 1 Revisi Ekspres 1. Pengurusan sumber manusia merupakan satu usaha pembangunan tenaga kerja dalam organisasi untuk menarik, membangun dan mengekalkan tenaga pekerja yang berprestasi tinggi. 2. Kepentingan pengurusan sumber manusia kepada perniagaan ialah: (a) Memastikan sumber manusia sentiasa mencukupi. (b) Sumber manusia perlu diberi latihan yang cukup dan terkini. (c) Pengagihan sumber manusia dibuat secara berkesan. (d) Memastikan tahap motivasi pekerja sentiasa tinggi. (e) Prestasi sumber manusia perlu sentiasa dipantau. (f) Kebajikan pekerja hendaklah sentiasa dijaga. 3. Antara peranan pengurusan sumber manusia dalam perniagaan ialah: (a) Keperluan pekerja, merekrut pekerja, kontrak pekerjaan, dan deskripsi tugas. (b) Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran. (c) Menilai prestasi pasukan. (d) Mengadakan latihan peningkatan kemahiran. (e) Membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni. (f) Melaksanakan pemantapan budaya profesional. (g) Menggalakkan kreativiti dan inovasi. (h) Pemberian insentif yang munasabah. (i) Pemberhentian pekerja. 4. Antara aspek pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan adalah seperti berikut: (a) Penempatan pekerja adalah mengikut aspek kemahiran, kebolehan, minat kerjaya, dan pengalaman. (b) Penempatan fasiliti yang bersesuaian dapat meningkatkan kecekapan dan prestasi kerja. (c) Menetapkan Standard Prosedur Operasi (SOP) bagi memastikan kerja dilakukan mengikut piawai ditetapkan. (d) Melaksanakan sistem penggajian yang kompetitif. (e) Memberi penghargaan kepada pekerja. (f) Memberi hukuman kepada pekerja. Antara jenis kesalahan yang sering dilakukan oleh kakitangan ialah seperti tidak beretika, ingkar arahan tanpa sebab, ponteng kerja, salah guna aset syarikat, rasuah, dan pecah amanah. (g) Mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan masalah. (h) Membentuk struktur organisasi yang berkesan. 5. Struktur organisasi yang dibentuk mempunyai beberapa kepentingan seperti: (a) Mengagihkan sumber dengan cekap dan berkesan dalam organisasi mengikut keperluan setiap unit, bahagian / jabatan dalam organisasi. (b) Membolehkan penyelarasan antara fungsi kerana setiap bahagian / jabatan dalam organisasi mempunyai objektif yang berlainan. (c) Menetapkan bidang tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada seseorang pekerja untuk melaksanakan tugas dengan baik.
Perniagaan Ting. 5 Praktis 1 Pengurusan Sumber Manusia © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2 (d) Mewujudkan rantaian arahan dan komunikasi bagi membolehkan bahagian / jabatan diwujudkan untuk mengendalikan bidang tugas tertentu. 6. Kebolehkerjaan boleh didefinisikan sebagai kemahiran atau kebolehan yang dimiliki oleh pekerja. Antara jenis kemahiran kebolehkerjaan yang diperlukan ialah : (a) Kemahiran berkomunikasi. (b) Kerja berpasukan. (c) Penyelesaian masalah. (d) Berinisiatif dan keusahawanan. (e) Perancangan dan pengurusan diri. (f) Penggunaan teknologi terkini. (g) Keupayaan pembelajaran. 7. Antara kemahiran kebolehkerjaan yang dapat membantu pekerja melaksanakan kerja dengan cekap dan sistematik ialah: (a) Kelayakan yang bersesuaian. (b) Berpengalaman. (c) Mempunyai pengetahuan tentang produk dan perkhidmatan. (d) Berpengalaman dalam industri tertentu. (e) Keberkesanan mencapai sasaran individu dan pasukan / jabatan. 8. Struktur organisasi perniagaan menunjukkan cara pembahagian setiap tugas dan tanggungjawab dalam kalangan pekerja. Terdapat beberapa jenis struktur organisasi bagi memenuhi keperluan perniagaan, iaitu: (a) Struktur organisasi berdasarkan fungsi. (b) Struktur organisasi berdasarkan produk. (c) Struktur organisasi berdasarkan geografi / wilayah. (d) Struktur organisasi berdasarkan pelanggan. (e) Struktur organisasi berdasarkan matriks. 9. Penggajian merujuk kepada semua urusan berkaitan gaji pekerja. Penggajian melibatkan dua komponen utama, iaitu: (a) Gaji. (b) Faedah. 10. Gaji ialah bayaran secara tetap yang dibayar oleh majikan kepada pekerja. Jenis bentuk gaji: Gaji asas Gaji yang diterima oleh pekerja tanpa melibatkan bayaran tambahan seperti elaun, bonus, komisen, dan sebagainya. Upah Bayaran yang dibayar kepada pekerja berdasarkan tempoh jam bekerja atau mengikut hari bekerja. Elaun Bayaran tambahan yang akan dibayar oleh majikan kepada pekerja. 11. Faedah termasuk caruman KWSP, caruman PERKESO, komisen, pinjaman kewangan, bonus tunai, biasiswa pendidikan, insurans berkelompok, kemudahan perubatan, dan sebagainya. 12. Setiap organisasi mengamalkan sistem penggajian yang berbeza bergantung kepada pelbagai faktor seperti: (a) Kemampuan organisasi. (b) Bentuk dan jenis tugas. (c) Undang-undang dan peraturan kerajaan. (d) Ganjaran yang dibayar oleh pesaing. (e) Permintaan dan penawaran buruh. (f) Faktor lokasi.
Perniagaan Ting. 5 Praktis 1 Pengurusan Sumber Manusia 3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Pilih jawapan yang paling tepat. 1.1 DefinisiPengurusanSumberManusia 1. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan pengurusan sumber manusia? I Sumber manusia yang mencukupi II Pengagihan sumber manusia yang cekap III Meletakkan sumber manusia mengikut jantina IV Memastikan sumber manusia dipilih mengikut kaum A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 2. Maklumat berikut berkaitan dengan kepentingan pengurusan sumber manusia. Sumber manusia sentiasa mencukupi. Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan di atas? A Jumlah tenaga kerja mencukupi B Tenaga manusia sentiasa ada apabila diperlukan C Sumber manusia memenuhi syarat untuk bekerja D Bilangan pekerja mencukupi keperluan organisasi 1.2 Peranan Pengurusan Sumber Manusia dalam Sesebuah Perniagaan 3. X merupakan satu proses perancangan, pengagihan, pengawalan dan kepimpinan modal insan organisasi. Apakah yang berkaitan dengan X? A Pengurusan pengeluaran B Pengurusan sumber fizikal C Pengurusan sumber manusia D Pengurusan sumber kewangan 4. Maklumat berikut berkaitan dengan pekerja di sebuah organisasi. Setiap pekerja di Syarikat Murni Sdn. Bhd. berusaha mencapai KPI perniagaan. BUKU TEKS m.s. 5 BUKU TEKS m.s. 5 BUKU TEKS m.s. 5 BUKU TEKS m.s. 6 Apakah peranan bahagian sumber manusia bagi mencapai hasrat tersebut? TP2 A Latihan peningkatan kemahiran B Pemantapan budaya profesional C Pemberian insentif yang munasabah D Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran 5. Antara yang berikut, yang manakah dipengaruhi oleh prestasi pekerja? I Kualiti III Deskripsi tugas II Produktiviti IV Senarai tugasan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 6. Antara yang berikut, aktiviti pengurusan manakah yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia? I Mengendali mesin II Membeli bahan mentah III Mengiklan jawatan kosong IV Mewujudkan semangat berpasukan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 7. Antara yang berikut, yang manakah merupakan peranan pengurusan sumber manusia? I Menjaga sumber kewangan II Latihan peningkatan kemahiran III Pemantapan budaya profesional IV Membentuk ruang kerja yang mewah A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 8. Gambar 1 menunjukkan pekerja yang diberi penghargaan. Anugerah Pekerja Contoh Agensi Pelancongan TSS Gambar 1 Apakah peranan yang dimainkan oleh pengurusan sumber manusia Agensi Pelancongan TSS tersebut? BUKU TEKS m.s. 6 BUKU TEKS m.s. 6-8 BUKU TEKS m.s. 6-8 BUKU TEKS m.s. 6-8 KERTAS 1
Perniagaan Ting. 5 Praktis 1 Pengurusan Sumber Manusia © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4 A Prestasi pasukan B Pemberhentian pekerja C Latihan peningkatan kemahiran D Pemberian insentif yang munasabah Menganalisis 9. Mengapakah bekerja sebagai satu pasukan sangat penting? A Mengelak pasukan mereka dibubarkan B Pekerja dapat menghindarkan salah faham C Semua pekerja menikmati faedah sama rata D Pencapaian objektif dalam jangkaan masa ditetapkan 10. Bagaimanakah pengurus sumber manusia dapat membentuk persekitaran kerja yang harmoni? A Melaksanakan program latihan B Memantau pencapaian pekerja C Menyediakan tempat rehat pekerja D Melaksanakan pembahagian tugas yang adil 11. Situasi manakah yang merupakan jenis penamatan perkhidmatan secara sukarela? A Azizah bersara kerana berumur 60 tahun B Encik Hamid memilih untuk bersara awal kerana masalah kesihatan C Encik Amin diberhentikan kerja kerana melakukan kesalahan disiplin D Encik Khalid kehilangan pekerjaan kerana syarikatnya diambil alih oleh syarikat lain 12. Mengapakah pengurus sumber manusia memberikan insentif wang kepada pekerjanya? A Meningkatkan kesetiaan pekerja B Sumbangan ke atas persaraan pekerja C Membolehkan pekerja meningkatkan taraf hidup D Menghasilkan produk melalui penukaran input 13. Maklumat berikut berkaitan dengan jenis bayaran. • Bayaran gratuiti • Bayaran pencen • Bayaran persaraan Apakah bayaran di atas? A Gaji asas C Bayaran tambahan B Pampasan D Bayaran ganti rugi BUKU TEKS m.s. 6 BUKU TEKS m.s. 7 BUKU TEKS m.s. 8 BUKU TEKS m.s. 8 BUKU TEKS m.s. 8 1.3 Aplikasi Pengurusan Sumber Manusia dalam Pembangunan Perniagaan yang Mampan 14. Antara yang berikut, aspek manakah dapat meningkatkan kecekapan pekerja? I Menawarkan kontrak yang menarik II Meningkatkan keuntungan perniagaan III Melakukan pembahagian dan pengkhususan kerja IV Menyediakan pelbagai program kompetensi dan praktikal untuk pekerja A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 1.4 Aspek Pengelolaan Sumber Manusia dalam Pembangunan Perniagaan 15. Maklumat berikut berkaitan dengan aspek dalam pengelolaan sumber manusia. Philip Tan telah ditawarkan jawatan sebagai akauntan memandangkan dia mempunyai kelayakan dalam bidang ini. Apakah aspek pengelolaan sumber manusia dalam situasi di atas? A Penghargaan B Sistem penggajian C Struktur organisasi D Penempatan pekerja 16. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan penghargaan? I Semua pekerja diberi perlindungan daripada risiko melalui skim PERKESO II Gaji pekerja yang baharu adalah lebih rendah daripada pekerja yang lama berkhidmat III Encik Wong diberi kenaikan pangkat atas kejayaannya menyiapkan projek syarikat dengan cemerlang IV Syarikat DS mengumumkan bonus tahunan sebanyak lima bulan untuk pekerja yang berprestasi tinggi A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV BUKU TEKS m.s. 12 BUKU TEKS m.s. 13-15 BUKU TEKS m.s. 13-15
Perniagaan Ting. 5 Praktis 1 Pengurusan Sumber Manusia 5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 17. Antara yang berikut, yang manakah adalah hukuman untuk pekerja yang berprestasi rendah? I Amaran lisan II Amaran bertulis III Melakukan kerja amal IV Menjalani hukuman penjara A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 18. Antara yang berikut, yang manakah merupakan jenis kesalahan yang sering dilakukan oleh pekerja? I Cuti sakit II Cuti tanpa gaji III Ingkar arahan IV Penyalahgunaan aset A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 19. Gambar 2 menunjukkan masalah yang berlaku di sebuah organisasi. Gambar 2 Apakah aspek pengelolaan sumber manusia yang perlu dibuat untuk menyelesaikan masalah di atas? A Struktur organisasi B Penempatan pekerja C Penyelesaian masalah D Penghargaan dan hukuman Menganalisis 20. Apakah aspek pengelolaan sumber manusia yang dapat memberi penjelasan tentang tanggungjawab, jawatan, dan saluran komunikasi? A Sistem penggajian B Struktur organisasi C Fasiliti tempat kerja D Penyelesaian masalah BUKU TEKS m.s. 14 BUKU TEKS m.s. 14 BUKU TEKS m.s. 13-15 BUKU TEKS m.s. 13-15 21. Apakah tujuan aspek penyelesaian masalah dalam pengelolaan sumber manusia? A Menempatkan pekerja mengikut keperluan B Mematuhi Standard Prosedur Operasi tugas C Menyediakan sistem penggajian yang lengkap D Mewujudkan keharmonian antara majikan dengan pekerja 1.5 Hubung Kait antara Kemahiran Kebolehkerjaan Pekerja dengan Kejayaan Sesebuah Perniagaan 22. Gambar 3 menunjukkan seorang ejen insurans. Sebagai seorang ejen insurans, saya perlu mengetahui tentang produk insurans. Gambar 3 Apakah yang berkaitan dengan ejen insurans tersebut? A Berpengalaman B Kelayakan yang bersesuaian C Berpengalaman dalam industri tertentu D Berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan 23. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kemahiran kebolehkerjaan? I Kelayakan II Berpengaruh III Berpendidikan IV Berpengalaman A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 24. Maklumat berikut berkaitan dengan syarat perekrutan di Syarikat KKT Berhad. Syarikat KKT Berhad ingin merekrut pekerja lepasan SPM yang telah bekerja selama dua tahun di bidang perakaunan. BUKU TEKS m.s. 15 BUKU TEKS m.s. 17 BUKU TEKS m.s. 16-18 BUKU TEKS m.s. 17-18
Perniagaan Ting. 5 Praktis 1 Pengurusan Sumber Manusia © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6 Apakah kemahiran kebolehkerjaan tersebut? A Kreatif B Inovasi C Berpengalaman D Berpengetahuan 25. Maklumat berikut berkaitan dengan satu tindakan majikan. Majikan melaksanakan pelbagai ujian ke atas calon yang memohon kerja. Apakah tujuan tindakan majikan di atas? A Berpengalaman B Kelayakan yang bersesuaian C Berpengalaman dalam industri tertentu D Berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan 26. Maklumat berikut berkaitan dengan kemahiran kebolehkerjaan Amin. Amin memohon jawatan sebagai jurujual kereta kerana dia berpengetahuan dalam bidang ini. Apakah kemahiran kebolehkerjaan yang ada pada Amin? A Berpengalaman B Kelayakan yang bersesuaian C Keberkesanan mencapai sasaran D Berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan 27. Maklumat berikut menunjukkan kemahiran kebolehkerjaan Cik Husni dan Puan Ainin. • Cik Husni – Lepasan universiti. • Puan Ainin – Menjadi tukang jahit selama lima tahun. Apakah kelebihan Puan Ainin berbanding dengan Cik Husni jika mereka memohon jawatan sebagai penyelia di sebuah kilang pakaian? TP5 A Berpengalaman B Kelayakan yang bersesuaian BUKU TEKS m.s. 17-18 BUKU TEKS m.s. 17-18 BUKU TEKS m.s. 17-18 C Berpengalaman dalam industri tertentu D Berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan 28. Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri seorang individu yang dapat mencapai sasaran individu, pasukan atau jabatan dengan berkesan? I Pasif II Reaktif III Komitmen IV Berpengalaman A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 1.6 Mencipta Satu Struktur Organisasi dalam Sesebuah Perniagaan 29. Mengapakah pemilihan struktur organisasi yang sesuai penting kepada sesebuah perniagaan? A Memudahkan kerja B Mengurangkan kos operasi C Membantu pencapaian objektif D Menunjukkan hubungan antara pekerja 30. Rajah 1 menunjukkan sejenis struktur organisasi. Pengurus pengeluaran Pengurus besar Pengurus pemasaran Pengurus kewangan Pengurus sumber manusia Rajah 1 Apakah jenis struktur organisasi di atas? A Struktur organisasi berdasarkan fungsi B Struktur organisasi berdasarkan produk C Struktur organisasi berdasarkan pasaran D Struktur organisasi berdasarkan geografi BUKU TEKS m.s. 17-18 BUKU TEKS m.s. 21 BUKU TEKS m.s. 21
Perniagaan Ting. 5 Praktis 1 Pengurusan Sumber Manusia 7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 31. Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat YYT. Syarikat YYT ialah sebuah syarikat menjual plastik yang mempunyai 20 cawangan di Malaysia. Apakah jenis struktur organisasi yang sesuai untuk Syarikat YYT? A Struktur organisasi berdasarkan fungsi B Struktur organisasi berdasarkan produk C Struktur organisasi berdasarkan matriks D Struktur organisasi berdasarkan geografi Menganalisis 32. Apakah kelebihan struktur organisasi berdasarkan pelanggan? A Pengawalan yang lebih mudah B Lebih menjimatkan kos operasi C Lebih memahami cita rasa pelanggan D Memperoleh keuntungan yang lumayan 33. Apakah ciri struktur organisasi berdasarkan geografi? A Dikenali sebagai sistem berbilang arahan B Sesuai untuk organisasi yang bersaiz kecil C Diwujudkan untuk memenuhi keperluan pelanggan D Untuk tujuan penyelarasan jabatan di pelbagai wilayah 34. Struktur organisasi berdasarkan matriks merupakan gabungan struktur organisasi I fungsi II produk III matriks IV geografi A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 35. Apakah kelemahan struktur organisasi berdasarkan matriks? A Berlaku konflik autoriti B Berlaku perkongsian kepakaran C Sesuai untuk organisasi kecil sahaja D Memerlukan bilangan pekerja yang ramai Menilai BUKU TEKS m.s. 22 BUKU TEKS m.s. 22 BUKU TEKS m.s. 22 BUKU TEKS m.s. 23 BUKU TEKS m.s. 23 1.7 Sistem Penggajian bagi Sesebuah Organisasi 36. Antara yang berikut, yang manakah komponen utama penggajian sesebuah organisasi? I Gaji III Komisen II Faedah IV Pinjaman A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 37. Apakah yang dimaksudkan dengan penggajian? A Urusan berkaitan jenis gaji B Cara bagaimana gaji pekerja dibayar C Cara bagaimana kadar gaji ditetapkan D Semua urusan yang berkaitan dengan gaji pekerja 38. Maklumat berikut berkaitan dengan faedah sistem penggajian. Q Premium yang dibayar oleh majikan kepada syarikat insurans untuk melindungi majikan dan pekerja apabila berlaku risiko semasa bekerja. R Ganjaran yang diberikan kepada pekerja yang terlibat dalam aktiviti jualan. Apakah Q dan R? Q R A Komisen Elaun B Bonus tunai Gaji asas C Gaji asas Caruman KWSP D Insurans berkelompok Komisen 39. Maklumat berikut berkaitan dengan kemudahan yang terdapat di sesebuah organisasi. Syarikat YT menyediakan kemudahan dan penginapan kepada pekerjanya. Apakah kemudahan tersebut? A Bonus B Faedah C Komisen D Gaji asas BUKU TEKS m.s. 26-27 BUKU TEKS m.s. 26 BUKU TEKS m.s. 27 BUKU TEKS m.s. 27
Perniagaan Ting. 5 Praktis 1 Pengurusan Sumber Manusia © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8 40. Maklumat berikut berkaitan dengan faktor penentu ganjaran. Perniagaan di Malaysia perlu membayar gaji pekerja berdasarkan kadar ganjaran minimum. Apakah faktor penentu ganjaran di atas? A Undang-undang B Bentuk dan jenis tugas C Kemampuan organisasi D Permintaan dan penawaran buruh 41. Maklumat berikut menunjukkan faktor penentu sistem penggajian yang diamalkan di sebuah organisasi. Kadar upah pekerja teknikal meningkat akibat kekurangan pekerja teknikal. Apakah faktor penentu sistem penggajian tersebut? BUKU TEKS m.s. 28 BUKU TEKS m.s. 28 A Faktor lokasi B Bentuk dan jenis tugas C Kemampuan organisasi D Permintaan dan penawaran buruh 42. Mengapakah majikan perlu mengambil kira faktor ganjaran yang dibayar oleh pesaing? A Meluaskan pasaran B Mengagihkan sumber C Mengurangkan kadar lantik henti D Mengurangkan keuntungan syarikat 43. Y menentukan kadar upah di pasaran. Apakah Y? A Bentuk dan jenis tugas B Kemampuan organisasi C Permintaan dan penawaran buruh D Ganjaran yang dibayar oleh pesaing BUKU TEKS m.s. 28 BUKU TEKS m.s. 28 KERTAS 2 Bahagian A 1. (a) Berikan tiga fungsi bahagian fungsian sumber manusia. Subtopik 1.2 [3 markah] (b) Latihan penting bagi menambah baik prestasi pekerja. Nyatakan tiga kepentingan latihan dan pembangunan. Subtopik 1.2 [3 markah] (c) Setiap pekerja dalam organisasi akan dinilai prestasi mereka dari semasa ke semasa. Apakah tujuan penilaian tersebut dilakukan? [4 markah] 2. Maklumat berikut berkaitan dengan Cik Phang. Cik Phang merupakan seorang pelajar lepasan universiti ijazah sarjana muda perakaunan. Dia telah memohon jawatan sebagai akauntan di Syarikat Masa Depan. Pada hari pertama bekerja, Cik Phang telah diberitahu untuk memegang jawatan sebagai penyelia di jabatan pengeluaran. Semasa dia bertugas, dia dapati pekerja di jabatan pengeluaran bekerja tanpa pakaian keselamatan. Selain daripada itu, ruang tempat kerja adalah sempit dan panas. (a) Apakah masalah yang dihadapi oleh Syarikat Masa Depan? Subtopik 1.2 Menilai [2 markah] BUKU TEKS m.s. 6-8 BUKU TEKS m.s. 7 BUKU TEKS m.s. 6
Perniagaan Ting. 5 Praktis 1 Pengurusan Sumber Manusia 9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (b) Terangkan aspek yang telah diabaikan oleh Syarikat Masa Depan. Subtopik 1.4 Menganalisis [6 markah] (c) Cadangkan penyelesaian masalah di 2(a). Subtopik 1.4 Mengaoplikasi [2 markah] 3. (a) Gambar 1 menunjukkan pekerja dalam sebuah organisasi. Gambar 1 Mengapakah pengalaman dan kemahiran penting dalam melaksanakan tugas di atas? Subtopik 1.5 TP5 Menilai [4 markah] (b) Antara peranan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi perniagaan adalah memberi insentif atau ganjaran yang bersesuaian kepada pekerja yang terpilih. Apakah kesan pemberian insentif kepada pekerja? Subtopik 1.2 [3 markah] (c) Apakah yang dimaksudkan dengan Standard Prosedur Operasi (SOP) tugas? Subtopik 1.4 [3 markah] 4. (a) Rajah 1 menunjukkan suatu jenis struktur organisasi sebuah organisasi perniagaan. Pengurus besar Pengurus pemasaran Pekerja Pengurus kewangan Pekerja Pengurus pengeluaran Pekerja Pengurus jualan Pekerja Rajah 1 (i) Jelaskan jenis struktur organisasi tersebut. Subtopik 1.6 Menganalisis [2 markah] (ii) Nyatakan fungsi struktur organisasi tersebut. Subtopik 1.6 [2 markah] BUKU TEKS m.s. 13-15 BUKU TEKS m.s. 13-15 BUKU TEKS m.s. 17 BUKU TEKS m.s. 8 BUKU TEKS m.s. 13 BUKU TEKS m.s. 21
Perniagaan Ting. 5 Praktis 1 Pengurusan Sumber Manusia © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 10 (b) Sistem penggajian yang adil dan berdaya saing yang diamalkan oleh sesebuah organisasi memainkan peranan penting dalam memastikan organisasi tersebut dapat berkembang. Nyatakan tiga tujuan sistem penggajian. Subtopik 1.7 [3 markah] (c) Nyatakan tiga jenis gaji yang dibayar kepada pekerja. Subtopik 1.7 [3 markah] Bahagian B 5. Maklumat berikut adalah berkaitan dengan Harmoni Enterprise yang mengkhusus dalam pengeluaran roti. Encik Raja merupakan pemilik Harmoni Enterprise. Perniagaan ini baru enam bulan ditubuhkan. Pada peringkat awalnya, perniagaan berjalan dengan lancar tetapi selepas tiga bulan beroperasi, perniagaan semakin merosot. Hal ini disebabkan oleh Encik Raja tidak mengambil berat tentang pekerjanya. Pengurusan pekerja yang lemah menyebabkan pekerja berhenti seorang demi seorang dan ini menyebabkan proses pengeluaran terganggu. (a) Jelaskan empat kepentingan pengurusan sumber manusia kepada Harmoni Enterprise. Subtopik 1.1 [8 markah] (b) Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Encik Raja untuk memastikan perniagaannya dapat berkembang maju semula? Mengaplikasi [7 markah] 6. Jadual 1 menunjukkan sistem penggajian yang diamalkan oleh sebuah organisasi perniagaan. Nama pekerja Jawatan Gaji Encik Razak bin Hussien Pengurus RM12 500 sebulan Puan Rozana binti Rahim Penyelia RM6 000 sebulan Encik Sulaiman bin Rabu Pekerja am rendah RM35 sehari Encik Razali bin Ramli Pekerja am rendah RM15 sejam Jadual 1 (a) Pada pandangan anda, apakah jenis gaji yang ditawarkan oleh majikan kepada pekerja-pekerja di atas? Subtopik 1.7 [9 markah] (b) Apakah faktor yang menyebabkan pembayaran gaji yang berbeza-beza antara pekerja? Subtopik 1.7 [6 markah] BUKU TEKS m.s. 26 BUKU TEKS m.s. 26 BUKU TEKS m.s. 5 BUKU TEKS m.s. 26 BUKU TEKS m.s. 28
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 70 Kertas Model SPM 100 Kertas 1 Satu jam lima belas minit Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. 1. Gambar 1 menunjukkan sejenis perniagaan. Gambar 1 Apakah jenis aktiviti perniagaan itu? A Perniagaan berasaskan barang B Perniagaan menawarkan barang C Perniagaan berasaskan perkhidmatan D Perniagaan berasaskan gabungan barang dan perkhidmatan 2. Apakah kelebihan bentuk pemilikan Bumi Bernas Berhad berbanding Teguh Murni Sendirian Berhad? A Perniagaan dikenakan cukai yang rendah B Saham boleh diurus niaga di Bursa Malaysia C Pemegang saham menanggung liabiliti terhad D Bilangan ahli maksimum adalah seramai 50 orang 3. Pernyataan manakah benar tentang kebebasan autonomi? A Penyertaan secara sukarela B Ahli koperasi berhak untuk bersuara C Pengurusan koperasi secara demokrasi D Anggota koperasi berhad terlibat dalam akiviti koperasi 4. Antara yang berikut, yang manakah terlibat dalam sektor primer? I Penanaman getah II Ternakan ikan air tawar III Kilang pembuatan kereta IV Perkhidmatan awam A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 5. Apakah peranan Bank Negara Malaysia? A Menerbitkan syer syarikat awam berhad B Meningkatkan kestabilan kewangan negara C Menawarkan pembiayaan kepada orang ramai D Memberi bantuan kewangan kepada usahawan 6. Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah inflasi? A Melaksanakan dasar berjimat cermat B Mengurangkan penggunaan teknologi tinggi C Meningkatkan kadar cukai dan kadar faedah D Merancang ekonomi sesuai dengan perubahan ekonomi semasa 7. Persekitaran luaran manakah yang boleh menjayakan sesebuah perniagaan? A Pekerja B Pembekal C Pengurusan D Struktur organisasi
75 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Perniagaan Ting. 5 Kertas Model SPM Kertas 2 Dua jam lima belas minit Arahan: Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, B, dan C. Jawab lima soalan di Bahagian A, dua soalan daripada Bahagian B dan satu soalan wajib daripada Bahagian C. Bahagian A [50 markah] Jawab mana-mana lima soalan daripada bahagian ini. 1. (a) Mengapakah keuntungan penting kepada sesebuah perniagaan? [5 markah] (b) Maklumat berikut berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan. Syuhada merupakan seorang pengusaha kedai kek di Kampung Nakhoda, Selayang. Beliau menguruskan perniagaan secara persendirian. Masa operasinya bermula dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang sehingga jualannya habis. Kebanyakan pelanggannya terdiri daripada penduduk kawasan tersebut. (i) Apakah jenis pemilikan perniagaan tersebut? [1 markah] (ii) Jelaskan kelebihan milikan perniagaan di 1(b)(i). [4 markah] 2. (a) Jelaskan bagaimana MATRADE membantu mengembangkan aktiviti perniagaan ke luar negara. [4 markah] (b) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan pengangguran bermusim? [3 markah] (ii) Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah di 2(b)(i)? [3 markah] 3. (a) Jelaskan jenis-jenis pasaran perniagaan yang terdapat dalam negara. [6 markah] (b) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan sumber manusia dalaman? [2 markah] (ii) Mengapakah pihak pengurusan perniagaan lebih cenderung mengambil sumber manusia dalaman bagi mengisi kekosongan jawatan? [2 markah] 4. (a) Maklumat berikut berkaitan dengan objektif perniagaan Malazack Sdn. Bhd.. Pengurus perniagaan menetapkan untuk mengeluarkan sebanyak 100 000 unit bantal kekabu pada tahun 2024. Pengurus juga mencadangkan peningkatan keuntungan sebanyak 20% setiap tahun daripada tahun sebelumnya. Jelaskan ciri objektif perniagaan Malazack Sdn. Bhd.. [4 markah]
J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Pengurusan Sumber Manusia Praktis 1 KERTAS 1 1. A 2. D 3. C 4. D 5. A 6. D 7. C 8. D 9. D 10. C 11. B 12. A 13. B 14. D 15. D 16. D 17. A 18. D 19. C 20. B 21. D 22. D 23. B 24. C 25. B 26. D 27. C 28. D 29. C 30. A 31. D 32. C 33. D 34. A 35. A 36. A 37. D 38. D 39. B 40. A 41. D 42. C 43. C KERTAS 2 Bahagian A 1. (a) Tiga fungsi bahagian fungsian sumber manusia ialah: (i) Merancang sumber manusia. [1m] (ii) Merekrut sumber manusia / pekerja. [1m] (iii) Melaksanakan program latihan. [1m] (b) Tiga kepentingan latihan dan pembangunan ialah: (i) Meningkatkan produktiviti pekerja. [1m] (ii) Meningkatkan motivasi pekerja. [1m] (iii) Meningkatkan kemahiran pekerja. [1m] (c) Tujuan penilaian prestasi dibuat ke atas pekerja ialah: (i) Mengenal pasti pekerja yang berkualiti. [1m] (ii) Memberi dorongan kepada pekerja agar bekerja keras. [1m] (iii) Memberi motivasi kepada pekerja. [1m] (iv) Untuk tujuan kenaikan pangkat / gaji. [1m] 2. (a) Pada pendapat saya, masalah yang dihadapi oleh Syarikat Masa Depan ialah: (i) Merekrut pekerja tanpa berdasarkan deskripsi tugas. [1m] (ii) Keadaan tempat kerja yang tidak selamat. [1m] (b) Aspek yang telah diabaikan oleh Syarikat Masa Depan ialah aspek pengelolaan sumber manusia seperti: (i) Penempatan pekerja dan fasiliti yang berkaitan [1m] • Menempatkan pekerja berdasarkan kelayakan akademik, pengalaman, dan kemahiran pekerja.[1m] • Menyediakan fasiliti tempat kerja yang sesuai untuk meningkatkan kecekapan pekerja.[1m] • Contohnya, Cik Phang yang mahir dalam bidang perakaunan ditempatkan di bahagian pengeluaran.[1m] (ii) Standard Prosedur Operasi (SOP) Tugas [1m] • Dokumen bertulis untuk penyeragaman pelaksanaan tugas. [1m] • Meliputi peraturan, pelan, pematuhan dan dasar untuk memastikan tugas dilaksanakan mengikut piawaian yang ditetapkan. [1m] • Contohnya, pekerja di jabatan pengeluaran bekerja tanpa pakaian keselamatan. [1m] [Mak: 6m] (c) Penyelesaian masalah di 2(a) ialah: • Menempatkan Cik Phang sebagai pekerja di jabatan kewangan. [1m] • Mengambil tindakan disiplin ke atas pekerja yang tidak mematuhi SOP. [1m] 3. (a) Pengalaman dan kemahiran penting dalam melaksanakan tugas tersebut disebabkan: (i) Memudahkan pekerja menyesuaikan diri dengan situasi tempat kerja. [1m] (ii) Memudahkan pekerja berkomunikasi dengan pekerja lain. [1m] (iii) Dapat meminimumkan kesilapan. [1m] (iv) Pekerja dapat menghasilkan produk yang berkualiti. [1m] Jawapan
KSSM Tingkatan 5 Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 03-8922 3993 E-mel: [email protected] Pertanyaan: [email protected] PERNIAGAAN Praktis Topikal HEBAT! SPM KSSM merupakan siri praktis topikal berdasarkan sukatan pelajaran KSSM dan format pentaksiran SPM yang terkini. Soalan-soalan tersedia yang berorientasikan peperiksaan bertujuan untuk membantu murid menguasai konsep-konsep yang dipelajari, di samping membiasakan diri mereka dengan format pentaksiran sekolah dan peperiksaan SPM. Dengan penerapan soalan dan praktis berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), murid akan dapat menempuh peperiksaan dengan lebih yakin. Jawapan lengkap turut disediakan untuk semua soalan. SPM Dicetak di Malaysia oleh The Commercial Press Sdn. Bhd. Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sila layari https://plus.pelangibooks.com/errata untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada). Cetakan Pertama 2024 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar, rakaman, atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada terlebih dahulu. PelangiPublishing PelangiBooks PelangiBooks Bahasa Melayu English Matematik / Mathematics Matematik Tambahan / Additional Mathematics Sains / Science Fizik / Physics Kimia / Chemistry Biologi / Biology Sejarah Pendidikan Islam Ekonomi Perniagaan Prinsip Perakaunan JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI TINGKATAN 4 5 W.M: RM7.95 / E.M: RM8.35 FC065914 ISBN: 978-629-470-321-6 Format Peperiksaan SPM Perniagaan (3766) Perkara Kertas 1 Kertas 2 Jenis Item Bilangan Soalan Jumlah Markah Jenis Instrumen Tempoh Ujian Aneka pilihan • Respons terhad • Respons terbuka 40 soalan (Wajib) 40 markah Ujian Objektif Ujian Subjektif 1 jam 15 minit Bahagian A 6 soalan (Pilih 5) (50 markah) Bahagian B 3 soalan (Pilih 2) (30 markah) Bahagian C - Kajian Kes 1 soalan (Wajib) (20 markah) 100 markah 2 jam 15 minit 5 Tingkatan FC065914 Praktis Topikal HEBAT! SPM KSSM PERNIAGAAN