The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2024-03-26 03:33:04

PRAKTIS TOPIKAL HEBAT UASA 2024 SEJARAH TINGKATAN 2

Harga - WM: 7.35 EM: 7.65

KSSM Tingkatan Ujian Akhir Sesi Akademik SEJARAH Hayati Mohamed 2 Revisi Ekspres Praktis Intensif Mengikut Topik Soalan Berorientasikan Penambahbaikan Pentaksiran Formatif dan Sumatif Penerapan KBAT 1 set Ujian Akhir Sesi Akademik UASA Jawapan Lengkap Praktis KBAT Ekstra! Kod QR Praktis Asas Kecemerlangan!


Kandungan KANDUNGAN Praktis 1 Kerajaan Alam Melayu 1 Praktis 2 Sistem Pemerintahan dan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Kerajaan Alam Melayu 7 Praktis 3 Sosiobudaya Masyarakat Kerajaan Alam Melayu 13 Praktis 4 Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu 20 Praktis 5 Kesultanan Melayu Melaka 27 Praktis 6 Kesultanan Johor Riau 33 Praktis 7 Kesultanan Melayu Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor 39 Praktis 8 Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis 45 Praktis 9 Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis 51 Praktis 10 Sarawak dan Sabah 58 Ujian Akhir Sesi Akademik 64 Jawapan J1 - J23 Praktis KBAT https://plus.pelangibooks.com/Resources/PraktisTopikalHebat2023/SejarahT2/PraktisKBAT.pdf


Sejarah Ting. 2 Praktis 1 Kerajaan Alam Melayu 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Kewujudan Kerajaan di Alam Melayu Pusat kerajaan Kerajaan Indrapura Champa Palembang Srivijaya Vyadhapura Funan Hariharalaya Angkor as as as Kerajaan Alam Melayu yang Masyhur Kemasyhuran kerajaan Funan Menguasai selatan Myanmar dan Segenting Kra Diperintah oleh Fan Shih-man Menguasai laluan perdagangan utama timur dengan barat Meluaskan empayar ke Sungai Mekong hingga Teluk Camranh di sebelah timur Abad ke-3 menjadi pusat perdagangan utama di Alam Melayu Hubungan Diplomatik Hubungan kerajaan Alam Melayu dengan India Funan Memperkukuh hubungan perdagangan dan keagamaan dengan India Srivijaya Mengeratkan hubungan persahabatan dan keagamaan Majapahit Mengeratkan hubungan persahabatan Angkor Mengeratkan hubungan persahabatan Kerajaan Alam Melayu Praktis 1 Revisi Ekspres


Sejarah Ting. 2 Praktis 1 Kerajaan Alam Melayu © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2 1. Rajah berikut berkaitan dengan konsep Alam Melayu. Konsep Alam Melayu Bahasa Geografi X Apakah X? A Sejarah B Budaya C Penduduk D Pendapat tokoh 2. Maklumat berikut menunjukkan persamaan bunyi perkataan bagi beberapa etnik di Alam Melayu. Bahasa Melayu Empat Bahasa Jawa Papat Bahasa Tagalog Apat Bahasa Melanau Pat Apakah yang dapat dibuktikan daripada persamaan bunyi perkataan tersebut? A Alam Melayu kawasan yang luas B Bahasa di Alam Melayu adalah serumpun C Alam Melayu hanya didiami oleh orang Melayu D Masyarakat Alam Melayu menggunakan bahasa yang sama 3. Pilih pasangan yang betul berkaitan dengan pusat kerajaan Alam Melayu. TP1 Kerajaan Pusat kerajaan A Funan Indrapura B Champa Pangkalan C Angkor Vyadhapura D Majapahit Kota Trowulan BUKU TEKS m.s. 4 – 7 BUKU TEKS m.s. 6 BUKU TEKS m.s. 8 4. Kerajaan Alam Melayu yang manakah muncul pada abad ketujuh? TP1 A Champa B Srivijaya C Kedah Tua D Gangga Nagara 5. Antara berikut, yang manakah sumbangan Jayavarman VII terhadap kerajaan Angkor? TP4 I Meluaskan empayar II Membina pelabuhan III Mengasaskan kerajaan IV Membina Angkor Thom A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 6. Mengapakah kerajaan Srivijaya terkenal sebagai pusat perdagangan di Asia Tenggara pada abad kelapan? TP3 A Raja berwibawa B Kerjasama rakyat C Pelabuhan selamat D Penguasaan jalan laut 7. Siapakah pengasas kerajaan Majapahit? TP1 A Kaundinya B Raden Vijaya C Patih Gajah Mada D Dapunta Hyang Sri Jayanasa 8. Kerajaan Alam Melayu yang manakah sezaman dengan Kesultanan Delhi? TP1 A Funan B Srivijaya C Majapahit D Kedah Tua 9. Bagaimanakah agama Hindu disebarkan di Alam Melayu? TP1 I Peranan Asoka II Golongan tentera III Golongan Brahmin IV Peranan pendakwah A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV BUKU TEKS m.s. 8 BUKU TEKS m.s. 10 BUKU TEKS m.s. 10 BUKU TEKS m.s. 12 BUKU TEKS m.s. 15 BUKU TEKS m.s. 17 Bahagian A Pilih jawapan yang paling tepat.


Sejarah Ting. 2 Praktis 1 Kerajaan Alam Melayu 3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 10. Mengapakah kerajaan Champa menghantar utusan ke China pada abad ketiga? TP2 A Mengeratkan hubungan perdagangan B Memohon bantuan ketenteraan untuk melawan Dai Viet BUKU TEKS m.s. 19 C Memulihkan hubungan setelah berperang dengan sekutu China, iaitu Dai Viet D Mendapatkan pengiktirafan dan memperkukuh hubungan persahabatan Bahagian B 1. Maklumat berikut berkaitan dengan kerajaan Alam Melayu. Subtopik 1.1 Alam Melayu merujuk kawasan yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, Selatan Thailand, Selatan Myanmar dan Selatan Indochina. (a) Nyatakan tiga aspek yang menerangkan konsep Alam Melayu. (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Senaraikan tokoh yang memberikan pendapat tentang konsep Alam Melayu. (i) (ii) (iii) [3 markah] (c) Pada pendapat anda, apakah kepentingan mempelajari konsep Alam Melayu? Menganalisis [4 markah] BUKU TEKS m.s. 4 – 7


Sejarah Ting. 2 Praktis 1 Kerajaan Alam Melayu © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4 2. Maklumat berikut berkaitan dengan kerajaan Angkor. Subtopik 1.3 Kerajaan Angkor yang berpusat di Hariharalaya merupakan salah satu kerajaan Alam Melayu yang masyhur. (a) Nyatakan dua pemerintah kerajaan Angkor yang masyhur. TP1 (i) (ii) [2 markah] (b) Bagaimanakah pemerintah kerajaan Angkor memasyhurkan kerajaan tersebut? TP3 [4 markah] (c) Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri pemimpin yang berwibawa? Menilai [4 markah] BUKU TEKS m.s. 10


Sejarah Ting. 2 Praktis 1 Kerajaan Alam Melayu 5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 3. Gambar berikut berkaitan dengan kerajaan luar yang sezaman dengan kerajaan Alam Melayu pada abad kesembilan. Subtopik 1.4 Pagoda Xumi Hagia Sophia (a) Namakan tiga kerajaan luar yang sezaman dengan kerajaan Alam Melayu pada abad kesembilan. TP1 (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Apakah bentuk hubungan kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan luar yang sezaman? TP1 [3 markah] (c) Pada pandangan anda, apakah kepentingan hubungan kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan luar pada zaman tersebut? Menganalisis [4 markah] BUKU TEKS m.s. 14 –15


Sejarah Ting. 2 Praktis 1 Kerajaan Alam Melayu © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6 Bahagian C 1. Konsep Alam Melayu dapat dilihat daripada pelbagai sudut. Subtopik 1.1 (a) Jelaskan konsep Alam Melayu dari sudut bahasa dan budaya. [6 markah] (b) Terangkan pendapat tokoh tentang konsep Alam Melayu dari sudut geografi. [6 markah] (c) Mengapakah generasi muda pada hari ini perlu mengetahui sejarah kewujudan kerajaan Alam Melayu? Menilai [8 markah] 2. Kemasyhuran kerajaan Alam Melayu dapat dilihat dalam pelbagai aspek. Subtopik 1.3 (a) Jelaskan kemasyhuran dan kemerosotan kerajaan Funan. TP2 [6 markah] (b) Bincangkan peranan pemimpin dalam kerajaan Majapahit. TP3 [6 markah] (c) Apakah kepentingan pemimpin yang berwibawa kepada sesebuah kerajaan? Menganalisis [8 markah] 3. Senarai berikut berkaitan dengan hubungan antara kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan luar yang sezaman. Subtopik 1.4 Ÿ Hubungan keagamaan Ÿ Hubungan perdagangan Ÿ Hubungan diplomatik (a) Jelaskan cara penyebaran agama Hindu, Buddha dan Islam di Alam Melayu. TP2 [6 markah] (b) Kerajaan Alam Melayu telah menjalinkan hubungan diplomatik bagi mengukuhkan kedudukan di samping membuka jalan kepada perkembangan perdagangan. Huraikan hubungan diplomatik antara kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan China. TP3 [6 markah] (c) Pada pendapat anda, mengapakah negara kita perlu menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara lain pada masa ini? Menilai [8 markah] BUKU TEKS m.s. 4 – 7 BUKU TEKS m.s. 9 &12 BUKU TEKS m.s. 17 – 18


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 64 Sejarah Ting. 2 Ujian Akhir Sesi Akademik 1. Maklumat berikut berkaitan dengan konsep Alam Melayu. Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim dan Kepulauan Nicobar, Filipina dan Kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea. Siapakah yang mengemukakan pandangan tentang konsep Alam Melayu tersebut? A Alfred Russel Wallace B Dato’ A. Aziz Deraman C Abdul Hadi Haji Hassan D Profesor Dr. Ding Choo Ming 2. Apakah faktor kerajaan Alam Melayu menjalin hubungan perdagangan dengan kerajaan lain? I Kedudukan strategik II Kekayaan hasil bumi III Kekuatan ketenteraan IV Kemajuan sistem pengangkutan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 3. Apakah fungsi Ketua Air dalam kerajaan Champa? A Mengetuai angkatan tentera laut B Menyelenggarakan terusan dan daik C Menjamin keselamatan di pelabuhan D Memajukan kegiatan penanaman padi 4. Apakah pelabuhan yang membolehkan kerajaan Srivijaya berkembang maju? A Oc Eo B Palembang C Sungai Mas D Yasodharapura 5. Rajah berikut merupakan perubahan yang berlaku dalam sistem tulisan kerajaan Majapahit. Tulisan Kawi Tulisan Arab Tulisan Pegon Mengapakah perubahan tersebut berlaku? A Penaklukan kuasa luar B Penyebaran agama Islam C Pengaruh golongan Brahmin D Perkembangan perdagangan 6. Rajah berikut berkaitan dengan struktur sosial masyarakat kerajaan Alam Melayu. Golongan Pemerintah Golongan Diperintah Mengapakah masyarakat kerajaan Alam Melayu terikat dengan struktur sosial yang hampir sama? A Menjamin keadilan sosial B Mempertahankan kuasa raja C Mengukuhkan sistem politik D Mewujudkan pembahagian pekerjaan 7. Maklumat berikut berkaitan dengan pegawai kerajaan Majapahit. Pada abad ke-14, Wu Ping, pegawai kerajaan Ming dilantik sebagai wakil tetap di Majapahit. Bahagian A [20 markah] Jawab semua soalan. Ujian Akhir Sesi Akademik 100


65 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Sejarah Ting. 2 Ujian Akhir Sesi Akademik Apakah kesan pelantikan tersebut? A Kemajuan perdagangan B Berakhir Perang Saudara C Penyebaran agama Islam D Menerima naungan China 8. Rajah berikut menunjukkan bentuk pelabuhan kerajaan Alam Melayu. Pelabuhan pembekal Pelabuhan X Pelabuhan entrepot Bentuk pelabuhan Apakah pelabuhan X? A Persinggahan B Pangkalan C Kerajaan D Kuala 9. Gambar berikut berkaitan dengan bentuk muka bumi Kesultanan Melayu Melaka. Apakah kepentingan bentuk muka bumi tersebut? A Lokasi petempatan B Benteng pertahanan C Kekayaan hasil bumi D Terlindung angin monsun 10. Maklumat berikut berkaitan dengan peranan Orang Laut. Ÿ Pelayar yang cekap Ÿ Penunjuk arah yang cekap Apakah sumbangan Orang Laut kepada Kesultanan Melayu Melaka? A Mengutip cukai B Mengurus pelabuhan C Membaiki kapal dagang D Menjamin keselamatan pedagang 11. Apakah strategi pemerintah Kesultanan Johor Riau untuk mengekalkan kedaulatan? I Membina kota pertahanan II Memindahkan pusat pemerintahan III Meminta bantuan tentera dari Belanda IV Menjalinkan hubungan dengan Portugis A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 12. Tokoh berikut memberikan sumbangan yang besar terhadap kegemilangan Kesultanan Johor Riau. Tun Seri Lanang Apakah sumbangan beliau? A Pendakwah kerajaan B Memajukan perdagangan C Mengarang Tajul Salatin D Menulis semula Sulalatus Salatin 13. Apakah sumbangan Sultan Zainal Abidin III dalam usaha memodenkan Terengganu? I Membina jalan raya II Membentuk pasukan tentera III Menubuhkan mahkamah syariah IV Menggubal undang-undang tubuh negeri A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 14. Negeri manakah yang mengamalkan sistem penggiliran dalam pelantikan sultan? A Perak B Pahang C Selangor D Terengganu


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 66 Sejarah Ting. 2 Ujian Akhir Sesi Akademik 15. Pemasyhuran Maharaja Derbar Raja sebagai Raja Kedah telah disusuli dengan pengiktirafan alat kebesaran yang dibawa dari Parsi. Apakah alat kebesaran tersebut? A Keris B Nobat C Surat Ciri D Cap mohor 16. Mengapakah Long Yunus mendapatkan bantuan ketenteraan daripada kerajaan Terengganu dalam usaha menyatukan Kelantan? A Menjaga nama baik B Memajukan ekonomi C Mengukuhkan kedudukannya D Mengekalkan kedaulatan negeri 17. Rajah berikut berkaitan dengan sistem pemerintahan di Kedah, Kelantan dan Perlis. Sultan (Negeri) Pembesar (Jajahan) Penghulu (Mukim) Bagaimanakah peranan penghulu berjaya mengukuhkan kestabilan kerajaan? A Mengutip cukai B Menyediakan hasil dagangan C Mengekalkan warisan tradisi D Mengukuhkan taat setia rakyat terhadap raja 18. Maklumat berikut berkaitan dengan Adat Perpatih di Negeri Sembilan. X • Menyelesaikan pertelingkahan antara Suku. • Mengurus pembahagian harta pusaka. Apakah X? A Lembaga B Ibu Soko C Undang D Buapak 19. Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pemerintahan di Sarawak. Ÿ Kepimpinan kesukuan Ÿ Kepimpinan lembah sungai Bagaimanakah sistem pemerintahan tersebut ditentukan? A Lokasi B Keturunan C Adat istiadat D Kegiatan ekonomi 20. Maklumat berikut menunjukkan perayaan mengikut kaum di Sarawak dan Sabah. Kaum Perayaan Iban dan Bidayuh Gawai Dayak Kadazandusun dan Murut Pesta Kaamatan Mengapakah perayaan tersebut diadakan? A Memastikan keamanan B Meraikan perkahwinan C Menunjukkan kesyukuran D Menyembah nenek moyang


67 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Sejarah Ting. 2 Ujian Akhir Sesi Akademik Bahagian B [40 markah] Jawab semua soalan. 1. Perdagangan menjadi kegiatan ekonomi utama kerajaan Alam Melayu. (a) Nyatakan faktor-faktor kemajuan perdagangan kerajaan Alam Melayu. [3 markah] (b) Senaraikan pelabuhan kerajaan Alam Melayu berikut: (i) Kerajaan Angkor : (ii) Kerajaan Champa : (iii) Kerajaan Majapahit: [3 markah] (c) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha untuk menjadikan Malaysia pusat perdagangan bertaraf dunia? [4 markah] 2. Apabila Islam tersebar ke Alam Melayu, karya persuratan Melayu mula dipengaruhi oleh sastera Islam. (a) Nyatakan tiga bentuk sastera Islam. (i) (ii) (iii) [3 markah]


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 68 Sejarah Ting. 2 Ujian Akhir Sesi Akademik (b) Senaraikan tiga contoh karya epik yang mengisahkan perjuangan pahlawan Islam. (i) (ii) (iii) [3 markah] (c) Pada pendapat anda, apakah kepentingan karya persuratan tersebut kepada masyarakat kerajaan Alam Melayu? [4 markah] 3. Sultan Muhammad II (1837 – 1886) merupakan antara pemerintah Kelantan yang masyhur. (a) Apakah sumbangan Sultan Muhammad II kepada kerajaan Kelantan? [3 markah] (b) Jelaskan kesan sumbangan Sultan Muhammad II kepada kerajaan Kelantan. [3 markah]


69 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Sejarah Ting. 2 Ujian Akhir Sesi Akademik (c) Bagaimanakah pemerintah menghadapi cabaran dalam mengekalkan kemakmuran kerajaannya? [4 markah] 4. Kegiatan harian masyarakat di Sarawak dan Sabah dipengaruhi oleh kedudukan dan tempat tinggal mereka. (a) Nyatakan dua aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat di lembah sungai. (i) (ii) [2 markah] (b) Sejak turun-temurun, sungai memainkan peranan penting kepada masyarakat di Sarawak dan Sabah. Apakah kepentingan sungai kepada masyarakat di Sarawak dan Sabah? [4 markah]


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 70 Sejarah Ting. 2 Ujian Akhir Sesi Akademik (c) Cadangkan langkah-langkah untuk memelihara sungai daripada pencemaran. [4 markah] Bahagian C [20 markah] Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini. 1. Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka berakhir apabila Portugis menakluki Melaka pada tahun 1511 di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque. Alfonso de Albuquerque (a) Mengapakah Portugis menakluki Melaka? [6 markah]


71 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Sejarah Ting. 2 Ujian Akhir Sesi Akademik (b) Huraikan faktor dalaman yang menyebabkan kejatuhan Melaka ke tangan Portugis. [6 markah] (c) Jelaskan tanggungjawab rakyat untuk mempertahankan kedaulatan negara. [8 markah] 2. Ilustrasi berikut menunjukkan pelabuhan Johor Riau yang menjadi tumpuan para pedagang.


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 72 Sejarah Ting. 2 Ujian Akhir Sesi Akademik (a) Bagaimanakah faktor kedudukan strategik pelabuhan di Johor menjadi tarikan persinggahan pedagang luar? [6 markah] (b) Terangkan pelaksanaan urusan jual beli di pelabuhan Johor. [6 markah] (c) Urusan jual beli pada masa kini lebih mudah dengan kemajuan teknologi maklumat. Jelaskan kepentingan urusan jual beli menggunakan teknologi tersebut. [8 markah]


KSSM Tingkatan 2 W.M: RM7.35 / E.M: RM7.65 FC062063 ISBN: 978-629-7557-82-3 Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 03-8922 3993 E-mel: [email protected] Pertanyaan: [email protected] Cetakan Pertama 2023 SEJARAH Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar, rakaman, atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada terlebih dahulu. Dicetak di Malaysia oleh The Commercial Press Sdn. Bhd. Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sila layari https://plus.Pelangibooks.com/errata untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada). Bahasa Melayu English Matematik / Mathematics Sains / Science Geografi Sejarah Pendidikan Islam Reka Bentuk dan Teknologi JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI TINGKATAN 1 2 3 Siri Praktis Topikal HEBAT! UASA KSSM merupakan siri latihan intensif mengikut topik. Siri ini direka untuk memahirkan murid menaakul soalan berdasarkan format Ujian Akhir Sesi Akademik. Instrumen tambahan seperti soalan KBAT dapat menjanakan prestasi murid ke arah kecemerlangan. SEJARAH Praktis Topikal HEBAT! UASA KSSM Format Ujian Akhir Sesi Akademik Sejarah Menengah Rendah Perkara Format Pentaksiran Jenis instrumen Ujian bertulis Jenis soalan Bilangan soalan Tempoh ujian Aras kesukaran Jumlah markah Kaedah penskoran Konstruk • Objektif Aneka Pilihan (OAP) • Subjektif Respons Terhad (SRT) • Subjektif Respons Terbuka (SRTb) Bahagian A: OAP - 20 soalan Bahagian B: Subjektif Respons Terhad - 4 soalan Bahagian C: Subjektif Respons Terbuka - 2 soalan (Jawab satu soalan sahaja) 2 jam Rendah : Sederhana : Tinggi (5 : 3 : 2) Bahagian A: 20 markah Bahagian B: 40 markah Bahagian C: 20 markah Jumlah: 80 markah • Dikotomus • Analitikal • Holistik • Mengingat • Memahami • Mengaplikasi • Menganalisis • Menilai • Mencipta 2 Tingkatan FC062063


Click to View FlipBook Version