The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2020-12-17 21:21:33

Air Mata Qaseh

RAFIZAH MOHAMED SALLEH




Pelangi Novel Sdn. Bhd. (379269-A)
(Formerly known as PELANGI PIcturES SDN. BHD.)









8 Prelims Air Mata Qaseh.indd 1 6/24/13 4:34 PM

Air Mata Qaseh
oleh Rafizah Mohamed Salleh

Hasil Program Pembangunan Pengkarya Guru 2013
Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Diterbitkan oleh
Pelangi Novel Sdn. Bhd. (379269-A)
(Formerly known as Pelangi Pictures Sdn. Bhd.)
Ibu Pejabat:
66 Jalan Pingai, Taman Pelangi,
80400 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim, Malaysia.
Tel: (60)7-3316288 Faks: (60)7-3329201
e-mel: [email protected]
Pejabat Jualan:
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi,
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: (60)3-8922 3993 Faks: (60)3-8926 1223
e-mel: [email protected]




© Pelangi Novel Sdn. Bhd. 2013
(Formerly known as Pelangi Pictures Sdn. Bhd.)
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk
atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar,
rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada Pelangi Novel Sdn. Bhd.
terlebih dahulu.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Rafizah Mohamed Salleh, 1973-
Air mata Qaseh / Rafizah Mohamed Salleh.
(Ahli sains di tempat kerja)
ISBN 978-967-5671-61-6
1. Malay fiction. 2. Malaysian fiction (Malay) I. Judul.
899.2333

Dicetak di Malaysia oleh
Percetakan Impian Sdn. Bhd.
No. 10, Jalan Rosmerah 1/3, Taman Johor Jaya,
81100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.






8 Prelims Air Mata Qaseh.indd 2 6/24/13 4:34 PM

Cuti Sekolah






Kringgg!

Loceng Sekolah Kebangsaan Seri Setia
bergema, menandakan berakhirnya sesi

persekolahan untuk hari itu. Ini bermakna
bermulalah juga cuti pertengahan tahun.
Murid-murid bersorak gembira. Seorang demi
seorang, dengan wajah ceria, mula berjalan

keluar dari pekarangan sekolah. Seribu satu
aktiviti sudah berlegar-legar dalam kepala.

Arman, Faiz, dan Kamal, murid Tahun 5

sekolah itu, juga tidak ketinggalan. Masing-
masing sudah ada rancangan sendiri.

“Hari minggu nanti saya nak balik

kampung ayah saya di Terengganu,” kata
Arman gembira ketika mereka bertiga




1




8 Air Mata Qaseh.indd 1 5/21/13 2:02 PM

RAFIZAH MOHAMED SALLEH

menunggu bas sekolah mereka di perhentian

bas di depan sekolah.

“Kami sekeluarga akan melancong ke
Jakarta,” kata Faiz, bangga.


“Wah, seronoknya!” balas Kamal.

“Yalah. Bestnya dapat pergi luar negara!”

kata Arman pula.

PON! PON!

Perbualan mereka terhenti sebaik sahaja

bas sekolah mereka tiba. Abang Salih, si
pemandu bas, memastikan semua murid
sudah duduk di tempat masing-masing

sebelum memulakan pemanduan.

‘Balik kampung,
Ho… ho… ho… balik kampung,

Ho… ho… ho… balik kampung,
Hati girang…’


Murid-murid di dalam bas sekolah itu
mula bernyanyi beramai-ramai. Abang Salih
hanya tersenyum melihat telatah mereka.



2




8 Air Mata Qaseh.indd 2 5/21/13 2:02 PM

Air MAtA QAseh


























































3




8 Air Mata Qaseh.indd 3 5/21/13 2:02 PM

RAFIZAH MOHAMED SALLEH


vvv

Arman sukar melelapkan mata. Dia asyik
memikirkan aktiviti yang akan dilakukan
sepanjang seminggu berada di kampung

ayahnya nanti. Beg pakaian sudah siap
sedia di tepi katilnya.

Mandi laut… tengok penyu bertelur…

pergi memancing… tolong Nek Wan buat ikan
masin… fikir Arman. Arman begitu seronok
memikirkan percutiannya di Kampung

Sentosa nanti.

Arisa, kakak Arman, tidak dapat pulang
ke kampung pada cuti kali ini. Arisa akan

menyertai Kem Pelajar Bestari yang akan
diadakan selama lima hari di sekolah.
Ibunya, Puan Aisyah, guru di Sekolah

Kebangsaan Seri Setia tempat Arman dan
kakaknya bersekolah, juga tidak dapat turut
serta. Puan Aisyah ditugaskan membantu

calon UPSR di sekolah itu sepanjang program
tersebut. Bakal menduduki peperiksaan UPSR,
Arisa perlu menumpukan perhatian pada



4




8 Air Mata Qaseh.indd 4 5/21/13 2:02 PM

Air MAtA QAseh

pelajaran. Sebagai anak sulung, Arisa ingin

menunjukkan contoh yang baik kepada
adiknya. Dia juga ingin membanggakan

kedua-dua ibu bapanya dengan mencapai
keputusan yang cemerlang.

Entah bila Arman terlena, dia tidak sedar.

Dia terjaga sebaik sahaja mendengar azan
Subuh dari sebuah masjid yang terletak tidak
jauh dari rumahnya.


Tuk! Tuk! Tuk!

“Arman, bangun, Nak! Solat subuh!”
kedengaran suara ibunya dari luar pintu

biliknya.

“Yaaa…”

Arman segera menyahut. Dia kemudian

bingkas bangun dan bergegas ke bilik air.
Selepas mandi dan mengambil wuduk,
Arman keluar ke ruang tengah. Ayah, ibu,

dan kakaknya sudah sedia menunggunya
untuk solat Subuh berjemaah.





5




8 Air Mata Qaseh.indd 5 5/21/13 2:02 PM

RAFIZAH MOHAMED SALLEH

Selesai solat, Arman kembali ke bilik

untuk mengemaskan bilik tidurnya. Jam
dinding menunjukkan hampir pukul 8.00

pagi ketika Arman sudah siap berkemas.

“Arman, Mama suruh turun sarapan!”
kedengaran suara Arisa dari arah tangga.

“Tak siap lagi berkemas?” tanya Arisa.

“Yalah. Dah nak turunlah ni!” jawab
Arman dari dalam biliknya walaupun belum

tentu Arisa dapat mendengar suaranya.

Arman bergegas turun ke tingkat bawah
sebelum menuju ke ruang makan. Dilihatnya

sarapan sudah terhidang di atas meja.
Ada mihun goreng dan kuih-muih. Bau
aroma kopi yang menyegarkan, menusuk
hidungnya.


“Dah, sarapan cepat. Sekejap lagi dah
nak bertolak,” kata Puan Aisyah. Ibunya

yang hamil lima bulan itu muncul sambil
menatang beberapa biji pinggan kecil.

Tidak lama kemudian, Arisa pula datang,



6




8 Air Mata Qaseh.indd 6 5/21/13 2:02 PM

Air MAtA QAseh

disusuli oleh Encik Hisyam, ayahnya.


“Hmmm… sedap bau kopi,” puji Arman.
Dia kemudian menghirup kopi yang
dihidangkan. Wajahnya serta-merta berkerut.


“Kak Arisa yang bancuh kopi,” kata Puan
Arisa sambil duduk di kerusi bersebelahan.


Encik Hisyam pula menghirup kopinya.
Wajahnya juga berkerut. Mungkin kopi itu
agak pahit.


“Nampaknya Kak Arisa dah boleh
jadi baritsa ,” sindir Arman sambil makan
1
mihunnya. Arman pernah mendengar

perkataan Itali itu dalam sebuah rancangan
realiti TV.

Arisa menarik muka masam mendengar

sindiran adiknya itu.

“Mama… Papa… tengoklah Arman ni!”
rungut Arisa. Dia sebenarnya baru belajar



1 Perkataan Itali yang bermaksud seseorang yang sudah
terlatih dalam pembuatan kopi.



7




8 Air Mata Qaseh.indd 7 5/21/13 2:02 PM

RAFIZAH MOHAMED SALLEH

cara membancuh kopi menggunakan serbuk

kopi asli. Biasanya Arisa menggunakan kopi
segera atau kopi ‘3 dalam 1’ sahaja.

“Dahlah!” pujuk Puan Aisyah. Arisa

bagaimanapun, masih terus muncung.

“Sorry,” kata Arman sambil memandang
kakaknya. Arisa bagaimanapun, hanya

menjeling.

Arman sayang akan Arisa. Mereka

memang rapat sejak kecil. Beza umur mereka
hanya setahun, menjadikan mereka akrab.

Setengah jam kemudian, Arman sudah

memasukkan beg pakaiannya ke dalam
kereta.

“Ma, Arman pergi dulu, ya,” Arman

bersalaman dan mencium tangan ibunya.

“Yalah. Jaga diri baik-baik,” balas Puan
Aisyah sambil mencium pipi Arman.


“Yalah,” jawab Arman. Dia kemudian
merapatkan telinga kanannya ke perut



8




8 Air Mata Qaseh.indd 8 5/21/13 2:02 PM

Air MAtA QAseh

ibunya. “Nanti abang bawa balik hadiah

untuk adik, ya,” bisik Arman ke perut Puan
Aisyah.

Puan Aisyah hanya tersenyum melihat

telatah anaknya itu.

“Kakak jangan marah, tau. Nanti Man
bawakan kulit telur penyu untuk kakak,”

usik Arman.

Pantas Arisa mencubit lengan adiknya itu.

Ibu dan ayah mereka hanya menggelengkan
kepala melihat telatah mereka.

“Awak nak kirim apa-apa?” tanya Encik

Hisyam kepada Puan Aisyah.

“Bawa balik telur penyu, ya bang,”
jawab Puan Aisyah. “Arman, jangan lupa,

ya. Ingatkan Papa, Mama nak makan telur
penyu. Sebiji pun jadilah,” pesan Puan
Aisyah lagi, begitu berharap.


Sudah lama Puan Aisyah mengidam
hendak makan telur penyu. Sejak dia mula




9




8 Air Mata Qaseh.indd 9 5/21/13 2:02 PM


Click to View FlipBook Version