The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ciri-ciri buku:
- Peta konsep yang padat dan ringkas
- Standard kandungan bagi setiap bab
- Setiap tema dinyatakan
- Kod QR untuk Info & Video disediakan sebagai bahan tambahan untuk murid

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2021-06-17 02:58:32

Ranger SPM 2022 - Pendidikan.Islam

Ciri-ciri buku:
- Peta konsep yang padat dan ringkas
- Standard kandungan bagi setiap bab
- Setiap tema dinyatakan
- Kod QR untuk Info & Video disediakan sebagai bahan tambahan untuk murid

KC114812 Ranger SPM Revisi Cepat Pendidikan Islam PELANGI

SPMRevisi Cepat

Pendidikan
Islam

Tingkatan

4 . 5 KSSM

Mohd. Zaki Yusoff
Hazzuwen Zaidan
Mohd. Zahid Zulkefly

Tingkatan 4 12PELAJARAN Hindari Ajaran Sesat 49

1PELAJARAN Surah al-An’am, Ayat 162 – 1 13PELAJARAN Haji dan Umrah 53
163 4
8

2PELAJARAN Surah al-Kahfi, Ayat 101 – 14PELAJARAN Sembelihan 61
110


3PELAJARAN Hukum Tajwid 15PELAJARAN Korban dan Akikah 65

4PELAJARAN Larangan Rasuah 12 16PELAJARAN Muamalat Islam 70

5PELAJARAN Memahami Sunatullah 16 17PELAJARAN Solat Sunat Dhuha dan

6PELAJARAN Solat Sunat Gerhana 76

Larangan Mempersendakan 21 18PELAJARAN Kerajaan Khulafa ar-Rasyidin 81
Agama 26

7PELAJARAN Dakwah Pemacu Kemajuan 19PELAJARAN Kerajaan Umaiyah 87

8PELAJARAN Hindari Dosa-dosa Besar 30 20PELAJARAN Kerajaan Abbasiyah

92

9PELAJARAN Kemuliaan Berdikari 38 21PELAJARAN Keunggulan Tokoh Empat

10PELAJARAN Allah SWT Maha Pembalas dan 41 Mazhab 97
Maha Perkasa 102
22PELAJARAN Bersikap Benar Menjauhkan 106
11PELAJARAN Perkara yang Membatalkan 45
Kemunafikan
Iman
23PELAJARAN Khauf dan Raja’

iii

24PELAJARAN Adab terhadap Orang Sakit dan 11PELAJARAN Solat Sunat Istikharah dan Solat
Kurang Upaya 109 Sunat Tasbih 155

25PELAJARAN Wasatiah Menjamin 12PELAJARAN Perkahwinan 161

Kecemerlangan Umat 112

Tingkatan 5 13PELAJARAN Isu-isu dalam Perkahwinan 169

1PELAJARAN Surah at-Taubah, Ayat 128 – 14PELAJARAN Pengurusan Harta selepas

129 116 Kematian 174
181
2PELAJARAN Surah al-Hasyr, Ayat 21 – 119 15PELAJARAN Jenayah dalam Islam
24


3PELAJARAN Hukum Tajwid: Bacaan Ra’, 16PELAJARAN Kerajaan Uthmaniyah 185

Wakaf dan Ibtibda’ 122 17PELAJARAN Keunggulan Tokoh Islam 190
127
4PELAJARAN Ciri-ciri Mukmin Berjaya

5PELAJARAN Memahami Keutamaan dalam 18PELAJARAN Tawaduk Menzahirkan Kesucian
Tindakan 131 Jiwa 194

6PELAJARAN Kepelbagaian Bangsa dalam 136 19PELAJARAN Istiqamah Jalan Menuju 197
Islam
Mujahadah

7PELAJARAN Setiap Orang Ialah Pemimpin 139 20PELAJARAN Alam Sekitar Penenang Minda 200

8PELAJARAN Tujuh Golongan yang Mendapat 142 21PELAJARAN Sifat Mazmumah Meracuni
Naungan Allah SWT
Hati 203

9PELAJARAN Allah SWT Maha Mengawasi dan Kertas Model SPM .................................208
Maha Menyaksikan 146

10PELAJARAN Akidah Ahli Sunah Waljamaah 150 Jawapan .................................................... 217

iv

17PELAJARAN Keunggulan Tokoh Islam

Sirah dan Tamadun Islam

Iktibar daripada Keunggulan Tokoh

Kita hendaklah Kita hendaklah Kita hendaklah
mencontohi semangat bersikap cekal agar menyebarkan ilmu
kegigihan tokoh-tokoh masyarakat Islam dan kepakaran yang

Islam menuntut dapat memahami dimiliki kepada
ilmu sebagai bukti Islam yang sebenar masyarakat agar
kecintaan kepada ilmu memberi manfaat
Iktibar daripada kepada agama, bangsa
pengetahuan keunggulan tokoh
dan negara

Kita hendaklah Kita hendaklah saling
berusaha untuk bekerjasama dan
menjadi insan yang
lebih berkualiti supaya bantu-membantu dalam
dapat berbakti serta pembangunan negara
bermanfaat kepada supaya negara
masyarakat dan dihormati di peringkat
antarabangsa
negara

190

Pendidikan Islam  SPM  Pelajaran 17  Keunggulan Tokoh Islam 

17.1 Riwayat Hidup Tokoh

Salahuddin al-Ayubi

Nama penuh Yusuf bin Ayub bin Syazi

Tarikh lahir 532 Hijrah
Tarikh meninggal dunia
589 Hijrah
Jawatan
Pemerintah bagi kerajaan al-Ayyubiyah
Ketinggian akhlak • Menghormati para ulama
• Berani mempertahankan agama
Guru yang tersohor • Prihatin terhadap kebajikan rakyat

Ali bin al-Hasan bin Hibbatullah bin Asakir al-Damsyiqi

Hassan al-Banna

Nama penuh Hasan bin Ahmad bin Abdul Rahman Muhammad al-Banna

Tarikh lahir 25 Syaaban 1323 Hijrah/ 14 Oktober 1906
Tarikh meninggal dunia
1368 Hijrah / 12 Februari 1949
Jawatan
Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin
Ketinggian akhlak
• Memuliakan orang yang warak dan soleh
Guru yang tersohor • Gigih menggerakkan usaha dakwah
• Berlapang dada apabila terdapat perbezaan pandangan

• Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna
• Syeikh Muhammad Zahran

Ahmad bin Ibrahim

Nama penuh Ahmad bin Mohamad Ibrahim 5

Tarikh lahir 15 Mei 1916
Tarikh meninggal dunia
17 April 1999
Gelaran
Profesor Emeritus Tan Sri Doktor
Pekerjaan
• Pensyarah kuliah undang-undang di Universiti Islam
Ketinggian akhlak Antarabangsa, Malaysia

Tahap pendidikan • Hakim mahkamah rayuan dan mahkamah syariah

• Suka menyebarkan ilmu
• Menjaga etika keadilan ketika mendalami kes perbicaraan

• Victoria Bridge School, Singapura •  Raffles College, Singapura
• Raffles Institution, Singapura •  University of Cambridge

191

  Pendidikan Islam  SPM  Pelajaran 17  Keunggulan Tokoh Islam

17.2 Sumbangan Tokoh dalam Tamadun Islam

Tokoh Ketenteraan Sumbangan
Salahuddin Keilmuan
Baitulmuqaddis dibebaskan daripada penguasaan tentera
al-Ayubi Pentadbiran salib
Hasil karya
Hassan al- Organisasi Sistem pendidikan dikembalikan dengan pegangan Ahli
Banna Murid yang Sunah Waljamaah

Ahmad bin masyhur • Dewan istana diubah menjadi sebuah hospital yang
Ibrahim bernama Al-Bimaristan al-Atiq
Hasil karya
5 • Membina bangunan sebagai gedung ubat-ubatan bagi
Kehakiman mengagihkan ubat kepada pesakit mengikut gred yang
Perundangan ditetapkan

• Muzakirat ad-Da’awah wa Dai’yiah
• Risalah at-Taalim
• Al-Ma’thurat

Menubuhkan sebuah gerakan dakwah yang dikenali sebagai
“Ikhwanul Muslimin”

• Sayyid Qatib
• Hasan al-Hudhaibi
• Yusof al-Qardhawi
• Mustafa bin Husni al-Sibaie

• Penulis buku undang-undang keluarga Islam di Malaysia
yang paling aktif seperti:
–  Family Law in Malaysia (1997)
–  Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia (1999)

• Pelopor dan pengasas Jurnal Hukum, iaitu jurnal yang
melaporkan kes-kes berkaitan keputusan Mahkamah
Syariah.

• Menghasilkan buku berkaitan undang-undang Malaysia
seperti:
–  Sistem Undang-undang Malaysia
–  Islamic Law in Malaysia

Antara hakim di mahkamah rayuan dan
mahkamah syariah

• Anggota panel pengasas kuliah
undang-undang UIA, Malaysia

• Pengasas dan penggubal undang-undang
Islam (hudud dan qisas) Kelantan pada
tahun 1991

192

Pendidikan Islam  SPM  Pelajaran 17  Keunggulan Tokoh Islam 

17.3 Iktibar daripada Keunggulan Tokoh

Sebagai umat Islam,

1 Kita hendaklah mencontohi semangat kegigihan tokoh-tokoh Islam
menuntut ilmu sebagai bukti kecintaan kepada ilmu pengetahuan

2 Kita hendaklah bersikap cekal agar masyarakat Islam dapat memahami
Islam yang sebenar

3 Kita hendaklah berusaha untuk menjadi insan yang lebih berkualiti
supaya dapat berbakti serta bermanfaat kepada masyarakat dan

negara

4 Kita hendaklah saling bekerjasama dan bantu-membantu dalam
pembangunan negara supaya negara dihormati di peringkat

antarabangsa

5 Kita hendaklah menyebarkan ilmu dan kepakaran yang dimiliki
kepada masyarakat agar memberi manfaat kepada agama,

bangsa dan negara

10 Prinsip Dakwah
Hassan al-Banna

INFO

PRAKTIS SUMATIF 5

Kertas 1
1. Nyatakan nama penuh Salahuddin al-Ayubi.
2. Senaraikan pekerjaan yang pernah dilakukan oleh Ahmad bin Ibrahim.
3. Namakan guru yang tersohor kepada Hassan al-Banna.

Umat Islam hendaklah mencontohi semangat kegigihan tokoh-tokoh Islam menuntut
ilmu sebagai bukti kecintaan kepada ilmu pengetahuan
4. Bagaimanakah anda dapat mencontohi mereka untuk berjaya dalam pelajaran?
Huraikan hujah anda. KBAT

193

18PELAJARAN Tawaduk Menzahirkan Kesucian Jiwa

Akhlak Islamiah

Hikmah Tawaduk Membentuk insan Dikasihi dan
yang bertakwa disenangi oleh
Membentuk kerana sentiasa semua masyarakat
keluarga yang kerana tidak bersikap
harmoni kerana mengamalkan sifat
saling menghormati mahmudah sombong
antara satu sama
Hikmah tawaduk
lain

Mendapat kedudukan Membudayakan
yang mulia di sisi Allah sikap merendah diri
SWT kerana sentiasa
demi kepentingan
mengamalkan sifat Islam
bersyukur

194

Pendidikan Islam  SPM  Pelajaran 18  Tawaduk Menzahirkan Kesucian Jiwa 

18.1 Maksud dan Dalil Naqli Sifat Tawaduk

1. Maksud: Sikap kerendahan hati kepada Allah SWT dan sesama manusia.

2. Dalil naqli:
(a) Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

(Riwayat Muslim) .‫َو َما تَ َوا َض َع اَ َح ٌد لِلَّه اِل ّاَ َرفَ َع ُه اللَّ ُه‬

Maksudnya: Dan tidaklah seseorang merendahkan diri kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan
mengangkat darjatnya.



(b) Iyad bin Hamar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

.‫ َولاَ يَبْ ِغي أَ َح ٌد َعلَى أَ َح ٍد‬،‫إِ َّن اللَّه أَ ْو َحى إِلَ َّي أَ ْن تَ َوا َض ُعوا َحتَّى لاَ يَ ْف َخ َر أ َح ٌد َعلَى أَ َح ٍد‬

(Riwayat Muslim)
Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT telah mewahyukan kepada aku agar bersifat tawaduk.
Janganlah seseorang antara kamu bersikap sombong dan berbuat zalim kepada orang lain.



18.2 Contoh Sifat Tawaduk yang Diamalkan oleh

Rasulullah SAW

Tawaduk dalam pergaulan 5

Rasulullah SAW menunjukkan sifat tawaduk ketika bergaul terutama dengan kanak-
kanak. Walaupun mempunyai kedudukan yang mulia, baginda tidak sombong dengan
kedudukannya, sebaliknya menghormati dan menyayangi kanak-kanak.

Baginda sentiasa bersikap lemah lembut dan menunjukkan kasih terhadap kanak-kanak.
Rasulullah SAW suka berjabat tangan dengan semua orang sama ada orang kaya, orang
fakir, orang tua dan kanak-kanak.

Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW selalu menyantuni kanak-kanak
dengan mendahulukan ucapan salam ketika bertemu dan membelai rambut mereka dengan
perasaan kasih sayang.
(Riwayat Bukhari)

Sifat Tawaduk

INFO

195

  Pendidikan Islam  SPM  Pelajaran 18  Tawaduk Menzahirkan Kesucian Jiwa

Tawaduk ketika makan dan minum
Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan yang disediakan
untuk baginda. Jika baginda menyukai makanan tersebut,
baginda akan memakannya. Apabila baginda tidak menyukainya,
baginda meninggalkannya.
Baginda menyambut baik bila diundang dan tidak pernah
mencaci apa saja makanan yang dihidang oleh pengundang.
Baginda tidak menzahirkan perasaannya sebaliknya hanya
berdiam.
(Riwayat Muslim)

18.3 Hikmah Sifat Tawaduk

Membentuk insan Dikasihi dan Membudayakan
yang bertakwa disenangi oleh sikap merendah diri
kerana sentiasa semua masyarakat
kerana tidak demi kepentingan
mengamalkan sifat bersikap sombong Islam
mahmudah

Membentuk Mendapat
keluarga yang kedudukan
harmoni kerana yang mulia di
saling menghormati sisi Allah SWT
kerana sentiasa
antara satu mengamalkan sifat
sama lain bersyukur

5

PRAKTIS SUMATIF

Kertas 1
1. Bagaimanakah contoh tawaduk rasulullah dalam rumah tangga? Jelaskan.
2. Senaraikan dua hikmah mengamalkan sifat tawaduk.

196

19PELAJARAN Istiqamah Jalan Menuju Mujahadah

Akhlak Islamiah

Cara Memiliki Sifat Istiqamah

Mencari kawan Sentiasa Sentiasa membaca
yang disiplin bermujahadah dan mengambil
melakukan melawan nafsu
kebaikan agar sentiasa iktibar daripada kisah
mengamalkan sifat rasul yang istiqamah
melakukan kebaikan
mahmudah

Cara memiliki
sifat istiqamah

Pelajari ilmu dengan Muhasabah diri agar
istiqamah supaya ikhlas dan sabar
menjadi amalan
dalam kehidupan melakukan kebaikan

Berdoa kepada Allah
agar dapat

melaksanakan
segala suruhan-Nya
dan meninggalkan

larangan-Nya

197

5   Pendidikan Islam  SPM  Pelajaran 19  Istiqamah Jalan Menuju Mujahadah

19.1 Maksud dan Dalil Naqli Sifat Istiqamah

1. Maksud: Ketaatan yang berterusan dalam melaksanakan suruhan Allah SWT dan
menjauhi larangan-Nya.

2. Dalil naqli:
(a) Firman Allah SWT:

(Surah Hud: 112)
Maksudnya: Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang
betul sebagaimana telah diperintahkan kepadamu…


(b) Sufian bin Abdullah meriwayatkan bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah

SAW:

.‫ قُ ْل آ َم ْن ُت ِباللَّ ِه فَا ْستَ ِق ْم‬:‫ قَا َل‬.‫يَا َر ُسو َل اللَّ ِه قُ ْل لِي ِفي ا إْ ِل ْسل َا ِم قَ ْولاَ لاَ أَ ْسأَ ُل َع ْن ُه أَ َح ًد بَ ْع َد َك‬

(Riwayat Muslim)
Maksudnya: “Wahai Rasulullah SAW katakanlah kepadaku satu perkataan yang berkaitan tentang
Islam yang aku tidak perlu bertanya kepada orang lain. Baginda berkata: “Ucapkanlah: Aku beriman
dengan Allah SWT dan kemudian beristiqamahlah kamu”.



19.2 Cara Memiliki Sifat Istiqamah

1 Mencari kawan yang disiplin melakukan kebaikan

2 Sentiasa bermujahadah melawan nafsu agar sentiasa mengamalkan
sifat mahmudah

3 Sentiasa membaca dan mengambil iktibar daripada kisah rasul yang istiqamah
melakukan kebaikan

4 Muhasabah diri agar ikhlas dan sabar melakukan kebaikan

5 Pelajari ilmu dengan istiqamah supaya menjadi amalan dalam kehidupan

6 Berdoa kepada Allah agar dapat melaksanakan segala suruhan-Nya dan
meninggalkan larangan-Nya

198

Pendidikan Islam  SPM  Pelajaran 19  Istiqamah Jalan Menuju Mujahadah 

19.3 Contoh Sifat Istiqamah yang Diamalkan oleh

Rasulullah SAW

Istiqamah dalam ibadat Istiqamah dalam berdakwah

• Rasulullah SAW istiqamah beribadat • Rasulullah SAW tetap berdakwah
kepada Allah SWT menyebarkan agama Islam walaupun
menghadapi pelbagai kesusahan,
• Baginda tidak jemu memohon keampunan tentangan dan ancaman hebat daripada
daripada Allah SWT walaupun baginda kafir Quraisy
seorang yang maksum
• Sifat istiqamah Rasulullah SAW dalam
• Abu Hurairah r.a mengatakan berdakwah terserlah melalui ketegasan
bahawa beliau mendengar Rasulullah baginda yang tidak akan meninggalkan
SAW bersabda: “Demi Allah SWT, usaha dakwah walaupun digantikan dengan
sesungguhnya aku beristighfar dan kesenangan dan kenikmatan duniawi
bertaubat kepada Allah SWT lebih dari
70 kali setiap hari” • Baginda bergerak keluar menemui orang
(Riwayat Bukhari) ramai di pasar dan menyampaikan dakwah
secara bersendirian atau berkumpulan
dengan pelbagai cara

19.4 Hikmah Mengamalkan Sifat Istiqamah dalam 5

Kehidupan

1. Mengamalkan sifat istiqamah memberi banyak manfaat kepada kehidupan, iaitu:
(a) Menzahirkan individu yang berakhlak mulia kerana melaksanakan kebaikan
secara berterusan.
(b) Membentuk insan yang teguh pendirian dalam mempertahankan kebenaran.
(c) Memperkukuhkan jati diri dengan sifat sabar dan tidak berputus asa untuk
berjaya.
(d) Memupuk sikap sanggup berkorban harta dan nyawa demi mempertahankan
Islam.
(e) Membangunkan ekonomi kerana komitmen semua pihak untuk memajukan
negara.
(f) Melahirkan sifat kebersamaan dalam masyarakat kerana sentiasa menjaga
kepentingan bersama.

PRAKTIS SUMATIF

Kertas 1
1. Nyatakan dua hikmah mengamalkan sifat istiqamah dalam kehidupan.
2. Bagaimanakah anda mengamalkan sifat istiqamah dalam kehidupan? Jelaskan. KBAT

199

SPMRevisi Cepat Tingkatan KC114812 Ranger SPM Revisi Cepat Pendidikan Islam

Nota Padat BHearlwamaranna! 4 . 5 KSSM
Galeri i-THINK
• Bahasa Melayu
Praktis Sumatif • English
• Matematik
Kertas Model SPM • Mathematics
• Sains
Jawapan • Science
• Sejarah
KOD QR Info & Video ✔ Pendidikan Islam
• Biologi
Dapatkan • Biology
versi • Fizik
eBook! • Physics
• Kimia
• Chemistry
• Matematik Tambahan
• Additional Mathematics
• Ekonomi
• Perniagaan
• Prinsip Perakaunan

www.PelangiBooks.com W.M: RM14.95 / E.M: RM14.95
PelangiBookswww. .com• Kedai Buku Online • Perpustakaan Online •
KC114812
• Kedai Buku Online • Perpustakaan Online • ISBN: 978-967-2806-82-0

PELANGI Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (89120-H)
PELANGI Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (89120-H)


Click to View FlipBook Version