The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Siri Focus terbaharu ini merangkumi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang baharu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2022-08-22 02:41:49

Focus SPM 2022 - Bahansa Melayu

Siri Focus terbaharu ini merangkumi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang baharu

Format 190mm X 260mm Extent= 392 pgs (17.18 mm) (2C,60gsm paper) Status 3imp (CRC) Date 14/1

PELANGI BESTSELLER





CC038012
SPM



TINGKATAN FOCUS
BAHASA 4∙5

MELAYU KSSM SPM





FOCUS SPM KSSM Tingkatan 4 • 5 – siri teks BAHASA
REVISI
REVISI
REVISI
rujukan yang lengkap dan padat dengan ciri-ciri
üGaleri i-Think üPeta Konsep istimewa untuk meningkatkan pembelajaran
üFikirkan üKe Arah Kecemerlangan murid secara menyeluruh. MELAYU SPM
Siri ini merangkumi Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) yang baharu serta
PENGUKUHAN &
PENGUKUHAN & mengintegrasikan keperluan Sijil Pelajaran TINGKATAN
AKSIRAN
PENT
PENTAKSIRAN Malaysia (SPM). Pastinya satu sumber yang
hebat bagi setiap murid! BAHASA MELAYU
üSudut Uji Diri üKertas Model SPM 4∙5
üLatihan FOKUS SPM üJawapan Lengkap
REVISI
KSSM
PENGUKUHAN
CIRI-CIRI EKSTRA
CIRI-CIRI EKSTRA
üCabaran KBAT üTip Pemeriksa PENTAKSIRAN
üMesej FOKUS untuk SKOR A
üKod QR AUDIO EKSTRA


JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI:
• Bahasa Melayu • Matematik • Mathematics TINGKATAN 4•
• Karangan • Matematik Tambahan • Additional Mathematics
• English • Sains • Science
• Bahasa Cina • Biologi • Biology
Beli eBook • Sejarah • Fizik • Physics 5
di sini! • Pendidikan Islam • Kimia • Chemistry
• Pendidikan Seni Visual • Prinsip Perakaunan
• Ekonomi • Perniagaan KSSM










W.M: RM31.95 / E.M: RM31.95
W.M: RM??.?? / E.M: RM??.??
CC038012
ISBN: 978-967-2779-40-7 Mahmud Sarlan
Mohamad Hanafi Hairan FORMAT PENTAKSIRAN
Mohd Yusof Ngadiman BAHARU SPM
PELANGI Azahar Bahari (Penulis Buku Teks) mulai 2021

Format: 190mm X 260mm TP Focus SPM BM 2022_pgi_CRC_update













BAHASA



MELAYU SPM



TINGKATAN
4∙5


KSSM

Mahmud Sarlan
Mohamad Hanafi Hairan
Mohd Yusof Ngadiman
Azahar Bahari (Penulis Buku Teks)

Format: 190mm X 260mm TP Focus SPM BM 2022_pgii_CRC_update




PENERBITAN PELANGI SDN. BHD. (89120-H)
Ibu Pejabat:
66, Jalan Pingai, Taman Pelangi,
80400 Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia.
Tel: 07-331 6288 Faks: 07-332 9201
E-mel: [email protected]

Pejabat Jualan:
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi,
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: 03-8922 3993 Faks: 03-8926 1223 / 8920 2366
Pertanyaan: [email protected]



© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2022
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini
boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau
ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua
pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar,
rakaman, atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. terlebih dahulu.

ISBN: 978-967-2779-40-7
eISBN: 978-967-2779-38-4 (eBook)


Cetakan Pertama 2022































Dicetak di Malaysia oleh Herald Printers Sdn. Bhd.
Lot 508, Jalan Perusahaan 3, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Selangor Darul Ehsan.
Sila layari https://plus.pelangibooks.com/errata/ untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada).

KANDUNGAN









• Karangan Fakta 63
Bab – Karangan Cemerlang 64
1 Karangan 1 – Sudut Uji Diri 65


Peta Konsep 1 • Karangan Pendapat / Perbincangan 66
Bahagian A Karangan Berdasarkan – Karangan Cemerlang 67
Kombinasi Kepelbagaian – Sudut Uji Diri 68
Bahan Rangsangan 2
Ke Arah Kecemerlangan 2 • Karangan Ulasan 69
• Tip Pemeriksa untuk Skor A 5 – Karangan Cemerlang 71
• Karangan Cemerlang 8 – Sudut Uji Diri 72
Sudut Uji Diri 16 • Karangan Peribahasa / Cogan Kata 73

Latihan FOKUS SPM 21 – Karangan Cemerlang 74
– Sudut Uji Diri 76
Bahagian B Karangan Esei 25 Latihan FOKUS SPM 77
Ke Arah Kecemerlangan 25
• Karangan Surat Kiriman Rasmi 31
– Karangan Cemerlang 33
– Sudut Uji Diri 35 Bab

• Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi 37 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa 79
– Karangan Cemerlang 38
– Sudut Uji Diri 40 Peta Konsep 79
Ke Arah Kecemerlangan 80
• Karangan Dialog / Wawancara 42 • Morfologi 80
– Karangan Cemerlang 43 – Tip Pemeriksa untuk Skor A 92
– Sudut Uji Diri 45
– Sudut Uji Diri 93
• Karangan Perbahasan 46 • Sintaksis 97
– Karangan Cemerlang 48 – Tip Pemeriksa untuk Skor A 102
– Sudut Uji Diri 49 – Sudut Uji Diri 105
• Karangan Laporan 51 • Penyuntingan 108
– Karangan Cemerlang 52 – Tip Pemeriksa untuk Skor A 115
– Sudut Uji Diri 54 – Sudut Uji Diri 116
• Bahasa Melayu Standard 120
• Karangan Syarahan / Ceramah / Ucapan / – Tip Pemeriksa untuk Skor A 121
Taklimat 55 – Sudut Uji Diri 122
– Karangan Cemerlang 57
– Sudut Uji Diri 58 • Peribahasa 123
– Tip Pemeriksa untuk Skor A 125
• Karangan Berita / Rencana Akhbar 60 – Sudut Uji Diri 127
– Karangan Cemerlang 60 Latihan FOKUS SPM 129
– Sudut Uji Diri 62




iii

Bab Bab
3 Pemahaman 131 4 Rumusan 261


Peta Konsep 131 Peta Konsep 261
Ke Arah Kecemerlangan 132 Ke Arah Kecemerlangan 262
• Petikan Umum 132 – Tip Pemeriksa untuk Skor A 265
– Tip Pemeriksa untuk Skor A 133 – Sudut Uji Diri 268
– Sudut Uji Diri 135 Latihan FOKUS SPM 280
Ke Arah Kecemerlangan 139
• Petikan Sastera 139
– Tip Pemeriksa untuk Skor A 140
Bab
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul 5 Bertutur 283
– Tingkatan 4 143
• Analisis Cerpen 143 Peta Konsep 283
• Analisis Drama 152 Ke Arah Kecemerlangan 284
• Analisis Prosa Tradisional 155
• Analisis Puisi Tradisional 158 Bahagian A Individu 284
• Analisis Puisi Moden 160 – Tip Pemeriksa untuk Skor A 285
– Sudut Uji Diri 288
Antologi Sejadah Rindu – Tingkatan 5 165
• Analisis Cerpen 165 Bahagian B Kumpulan 292
• Analisis Drama 175 – Tip Pemeriksa untuk Skor A 292
• Analisis Prosa Tradisional 180 – Sudut Uji Diri 295
• Analisis Puisi Tradisional 184 Latihan FOKUS SPM 296
• Analisis Puisi Moden 187
– Sudut Uji Diri 191

Ke Arah Kecemerlangan 197 Bab
• Novel 197 6 Mendengar 298
– Tip Pemeriksa untuk Skor A 198
Analisis Novel Tingkatan 4 200 Peta Konsep 298
• Jendela Menghadap Jalan 201 Ke Arah Kecemerlangan 299
• Leftenan Adnan Wira Bangsa 207 – Tip Pemeriksa untuk Skor A 300
• Di Sebalik Dinara 211 – Sudut Uji Diri 301
• Pantai Kasih 216 Latihan FOKUS SPM 305
Analisis Novel Tingkatan 5 223
• Songket Berbenang Emas 224
• Tirani 230 Kertas Model SPM 309
• Bimasakti Menari 238
• Silir Daksina 246 Teks Bahan Audio Ujian Mendengar 318
– Sudut Uji Diri 254
Latihan FOKUS SPM 257 Jawapan 325






iv

Galeri i-THINK
i-THINK
Galeri







Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul



Drama Berkhidmat untuk Negara


Kesedaran generasi muda dalam memupuk semangat
Tema cinta akan Negara yang diperoleh melalui penglibatan
mereka dalam Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN).

• Tanggungjawab ibu bapa dalam menentukan
keberkesanan dasar kerajaan.
• Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.
Persoalan • Kesedaran tentang kepentingan menyertai
program kerajaan.
• PLKN membentuk sikap berdikari dan jati diri
dalam diri generasi muda.

• Aiman – anak bongsu, agresif, mementingkan
kemewahan, biadap, insaf
• Khir Ghazali – bapa Aiman, berpangkat Datuk,
berpengaruh dalam masyarakat, berpandangan jauh
• Masnah – ibu Aiman, penyayang

Watak /
Perwatakan • Cikgu Dahari – guru Aiman, berpengetahuan luas,
Berkhidmat mesra, disenangi oleh orang lain
untuk
Negara • Nek Sinah – orang gaji keluarga Khir Ghazali,
penyabar, penyayang
• Posmen – suka memberikan nasihat, amanah

• Tempat – rumah Khir Ghazali, sekolah, bilik Aiman
• Masa – cuti hujung minggu, tengah hari
Latar • Masyarakat – masyarakat yang berpandangan jauh,
masyarakat yang amanah, masyarakat yang cinta
akan negara


• Cinta akan negara / Kita hendaklah memupuk
semangat cinta akan negara dalam kalangan generasi
muda.
• Kegigihan / Kita hendaklah gigih mencari rezeki yang
Nilai dan halal untuk menyara keluarga.
Pengajaran
• Bertanggungjawab / Kita hendaklah amanah dalam
memikul tanggungjawab yang diberikan.
• Kesabaran / Kita hendaklah bersabar menghadapi
kerenah manusia yang biadab.



© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja



Tema






Ketaatan terhadap pemerintah: Kaduk mentaati
perintah raja dengan menukarkan ayam Kunani
dengan ayam raja atas perintah baginda semasa
bersabung ayam.


Penindasan golongan
yang berkuasa
terhadap golongan Memahami
yang lemah: Syarikat selok-belok bidang
RAJA mengambil keusahawanan: Hakim
kesempatan dengan mendapat bantuan
menentukan harga Persoalan agensi kerajaan
dedak dan ubat ayam sebelum menjalankan
ternakan sehingga bidang penternakan
menyebabkan Hakim ayam yang
menanggung bebanan dirancangnya.
hutang.


Keberanian menentukan hak: Hakim berani menuntut
tanah milik datuknya dengan menfailkan kes di
mahkamah melalui sahabatnya, Azam.








Plot




Hakim menamatkan Hakim berasakan bahawa dia
Cerita dimulakan dengan pembelajaran pada peringkat
kisah Pak Kaduk yang ijazah. Dia berusaha untuk mengambil jalan yang salah
ditipu oleh raja. Pak apabila memilih bidang
menuntut tanah datuknya yang penternakan ayam. Namun
Kaduk mempunyai cucu begitu, dia terpaksa juga
yang bernama Hakim. tergadai. Hakim menjalankan meneruskan perusahaannya
perusahaan penternakan ayam.
itu.





Hakim menghadapi masalah dikelilingi
hutang. Jika dia tidak mampu untuk Hakim berasakan bahawa
membayar hutangnya, tanah datuknya nasibnya sama seperti
yang dicagarkan akan diambil oleh datuknya.
pihak bank.



© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Watak / Perwatakan





Watak Kaduk Hakim Azam
seperti seperti seperti
Perwatakan Datuk Hakim, suka Cucu Kaduk, Rakan karib Hakim,
bersabung ayam berpendidikan tinggi seorang peguam




Latar






Latar



Masa Tempat Masyarakat



• Zaman lampau: Kaduk • Mahkamah: Kes tuntutan • Masyarakat yang
pernah bersabung ayam mahkamah yang dilakukan oleh mementingkan bidang
dengan ayam raja. Hakim terhadap tanah milik keusahawanan: Para menteri
datuknya dijalankan di menyeru rakyat menceburi
• Zaman selepas merdeka: mahkamah. bidang pertanian kerana dapat
Hakim didedahkan dengan Dasar meningkatkan pengeluaran
Ekonomi Baru terhadap projek • Tanah Kaduk: Hakim makanan.
penternakan ayam secara kontrak menjalankan projek ternakan
dengan syarikat RAJA.
ayam di tanah Kaduk. • Masyarakat yang bekerja
untuk mencari rezeki: Hakim
• Dalam masa setahun: Hakim • Kampung: Penduduk kampung mengambil pekerja-pekerja
mengalami kerugian dalam mendakwa bahawa lori-lori untuk bekerja di ladangnya.
masa setahun dia menjalankan Hakim telah merosakkan
perusahaan penternakan jalan-jalan di kampung mereka. • Masyarakat yang
ayam. mengamalkan sistem feudal:
Wujud dua golongan, iaitu
golongan pemerintah dan
golongan rakyat pada zaman
kehidupan Kaduk.



Nilai dan Pengajaran





Nilai Keadilan Keberanian Tolong-menolong
seperti seperti seperti
Pengajaran Kita hendaklah Kita hendaklah berani Kita hendaklah
bersikap adil menuntut hak kita menolong golongan
semasa membuat yang dirampas oleh yang memerlukan
pertimbangan. orang lain. bantuan.



© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Cerpen Munsyi


Tema



Semangat cinta akan agama, bahasa, dan budaya yang tersemai dalam
Tema jiwa sekumpulan warganegara.
seperti
Huraian Ibu sering menasihati ‘saya’ agar memelihara dan cinta akan agama,
budaya, dan bahasa agar dihormati oleh orang di sekeliling.


Persoalan



Kepentingan
mempelajari
sejarah


Strategi
Kepentingan
mempertahankan kuasa asing
bahasa ibunda memecahbelahkan
penduduk


Persoalan


Penghijrahan
Keruntuhan jati anak muda ke
diri anak muda kota untuk
di kota mencari rezeki


Pembangunan
meranapkan
warisan bangsa




Watak / Perwatakan



Watak / Perwatakan



Mel Bonda Munsyi



• Bijak, taat akan ibu, amanah • Penyayang, berilmu • Kawan bonda
• Mempunyai jati diri yang • Cinta akan bangsa dan bahasa • Usia dalam lingkungan
teguh ibundanya separuh abad
• Mempunyai semangat • Mempunyai semangat patriotik • Pejuang bahasa Melayu
patriotik yang tinggi yang tinggi



© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bab Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
2 Sistem dan Aplikasi Bahasa











Fikirkan...
Fikirkan...

 Apakah aspek pengetahuan dan kemahiran bahasa yang dikaji?
 Apakah petua atau strategi menjawab soalan bagi setiap aspek pengetahuan dan kemahiran bahasa?
 Apakah bentuk soalan SPM bagi setiap aspek pengetahuan dan kemahiran bahasa? Bab 2

PETA KONSEP
PETA KONSEP


Kertas 1103/2
Bahagian A
















































79






02 Focus SPM BM.indd 79 12/01/2022 2:39 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Ke Arah Kecemerlangan







1. Soalan tentang Sistem dan Aplikasi Bahasa dikemukakan dalam Kertas 1103/2 SPM mulai tahun 2021.
2. Soalan dalam bahagian ini terdiri daripada lima soalan, iaitu morfologi, sintaksis, penyuntingan,
menukarkan bahasa prosa klasik kepada bahasa Melayu standard, dan peribahasa. Kelima-lima soalan
itu wajib dijawab.
3. Sebanyak 35 markah diperuntukkan bagi Kertas 2 Bahagian A ini mengikut pecahan seperti yang
berikut:
(a) Soalan morfologi – 8 markah
(b) Soalan sintaksis – 6 markah
(c) Soalan penyuntingan – 11 markah
(d) Soalan menukarkan bahasa Melayu klasik kepada bahasa Melayu standard – 6 markah
Bab 2
(e) Soalan peribahasa – 4 markah






Fokus


Morfologi merupakan kajian tentang pembentukan
A Format dan Bentuk Soalan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan,
1. Calon akan diberikan satu petikan yang dan pemajmukan. Morfologi juga merupakan bidang
tatabahasa yang mengkaji morfem dan pembinaan
panjangnya lebih kurang lapan hingga sembilan perkataan dalam suatu bahasa.
ayat.
2. Calon diminta untuk mengenal pasti perkataan yang dinyatakan dalam soalan daripada petikan
tersebut, sama ada kata majmuk, kata ganda, kata terbitan, kata kerja, kata adjektif, kata tugas, kata
hubung, kata nama, dan sebagainya.
3. Dalam peperiksaan, ada dua bentuk soalan yang boleh dikemukakan,
4. Bentuk soalan yang pertama ialah calon diminta supaya menyenaraikan dua perkataan yang berbeza
jenis kata. Misalnya, calon diminta supaya menyenaraikan kata nama terbitan dan kata hubung yang
terdapat dalam petikan tersebut.
Contoh: Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata nama terbitan dan
dua kata hubung.
5. Selepas itu, calon diminta untuk menulis empat ayat berdasarkan perkataan-perkataan tersebut.

Contoh: Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
6. Bentuk soalan yang kedua ialah calon diminta supaya menyenaraikan tiga perkataan yang sama
golongan kata. Misalnya, calon diminta supaya menyenaraikan kata majmuk yang terdapat dalam
petikan tersebut.

Contoh: Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk.

80






02 Focus SPM BM.indd 80 12/01/2022 2:39 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
7. Selepas itu, calon diminta supaya membina ayat daripada setiap kata majmuk yang dipilih itu.

Contoh: Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.


Fokus

KATA TUGAS
Kata atau frasa yang tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebaris ayat. Kata atau frasa ini berfungsi untuk mendukung
tugas penghubung, penerang, penguat, pembantu, atau tugas-tugas lain. Berdasarkan tugas-tugasnya, kata tugas boleh
digolongkan sebagai yang berikut:
1. Kata Sendi 5. Kata Bantu 9. Kata Seru 13. Kata Pangkal Ayat
2. Kata Hubung 6. Kata Penguat 10. Kata Nafi 14. Kata Adverba Bab 2
3. Kata Bilangan 7. Kata Seru 11. Kata Arah 15. Kata Pembenda
4. Kata Pemeri 8. Kata Perintah 12. Kata Penegas 16. Kata Penekan



B Strategi Menjawab Soalan Membina Ayat
1. Baca arahan soalan dengan teliti supaya calon dapat mengenal pasti tugasan dengan jelas.
2. Selepas itu, baca petikan dan garisi perkataan yang termasuk dalam arahan soalan. Calon hanya perlu
menyenaraikan dua perkataan bagi setiap golongan kata.
3. Calon haruslah memastikan perkataan yang dipilih menepati arahan soalan. Jika calon tidak dapat
menyenaraikan perkataan dengan betul, calon bukan sahaja tidak mendapat markah pada bahagian
senarai kata, malahan tidak mendapat markah pada bahagian ayat yang akan ditulis kelak.
4. Dalam pembinaan ayat, ayat yang dibina haruslah menunjukkan calon memahami maksud perkataan
tersebut. Calon juga tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.
5. Ayat yang dibina mestilah lengkap dan gramatis, iaitu mempunyai subjek dan predikat serta mempunyai
kata penerang yang sesuai untuk menjelaskan ayat itu lagi.
6. Pastikan bahawa ayat yang dibina tidak mengandungi kesalahan ejaan dan tatabahasa.

Membina Ayat daripada Kata Nama Khas dan Kata Nama Terbitan
1. Soalan menghendaki calon membina ayat berdasarkan kata nama khas dan kata nama terbitan yang
terdapat dalam petikan.
2. Bagi kata nama khas, terdapat dua katgori kata nama khas, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama
khas tidak hidup. Contohnya:
(a) kata nama khas hidup – Perdana Menteri, Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, dan
Muhammad Ali
(b) kata nama khas tidak hidup – Malaysia, Proton X-70, Negeri Perak, Pusat Pendidikan Ilham
Bestari, Universiti Malaya, dan Kementerian Pendidikan Malaysia
3. Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil daripada proses pengimbuhan. Kata
(a) Pengimbuhan awalan – penaja, pemimpin, pelukis, pelengkap Terbitan
(b) Pengimbuhan akhiran – lukisan, jaminan, telahan, masakan
(c) Pengimbuhan apitan – kejayaan, perdamaian, persekitaran, ketenteraman VIDEO 6
(d) Pengimbuhan sisipan – selerak, serabut, cemerlang, gemilang



81






02 Focus SPM BM.indd 81 12/01/2022 2:39 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Contoh Soalan dan Jawapan
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata nama khas dan dua
Soalan
kata nama terbitan. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri
daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran bahawa ribut petir
dan hujan lebat serta angin kencang akan berlaku di semua kawasan di seluruh negara sehingga
pukul 9.00 malam ini. MetMalaysia memaklumkan amaran itu dikeluarkan untuk penduduk
seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Perlis, Perak, Selangor, dan Melaka. Turut dijangka
mengalami cuaca yang serupa adalah di beberapa kawasan di Kedah, iaitu Kubang Pasu, Kulim,
dan Bandar Baharu selain Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, dan Rompin
di Pahang

Bab 2
Jawapan


Kata nama khas
(i) Jabatan Meteorologi Malaysia
Ayat: Sebaik sahaja menamatkan pengajiannya di universiti, Encik Hisham bertugas di
Jabatan Meteorologi Malaysia kerana minatnya yang sangat mendalam terhadap bidang
tersebut.
(ii) Kuala Lumpur
Ayat: Para peloncong asing gemar berkunjung ke Kuala Lumpur kerana mempunyai pelbagai
destinasi menarik seperti Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Kuala Lumpur, dan
pusat-pusat beli-belah yang terkenal.

Kata nama terbitan
(i) amaran
Ayat : Jabatan Laut telah memberikan amaran kepada para nelayan agar tidak turun ke laut
dalam minggu ini kerana ombak kuat dan angin kencang akan bertiup di kawasan laut di
Pantai Barat.

(ii) kawasan
Ayat: Daerah ini telah diletakkan dalam zon merah jangkitan COVID-19 kerana jumlah
penduduknya yang didapati positif virus penyakit tersebut agak tinggi.

Membina Ayat daripada Kata Ganda dan Kata Bilangan
1. Soalan menghendaki calon membina ayat berdasarkan kata ganda dan kata bilangan.
2. Kata ganda ialah kata dasar yang digandakan. Dalam proses penggandaan ini, kata dasar boleh
mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Selain itu, kata dasar boleh juga digandakan
secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu
3. Kata bilangan pula ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu frasa nama dan hadir
sebelum frasa nama tersebut. Contohnya:
(a) kata bilangan tentu – satu, lima, sepuluh Kata
(b) kata bilangan tak tentu – beberapa, segala, semua Bilangan
(c) kata bilangan pecahan – suku, separuh, tiga suku
INFO 11


82






02 Focus SPM BM.indd 82 12/01/2022 2:39 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
(d) kata bilangan pisahan – tiap-tiap, masing-masing
(e) kata bilangan himpunan – kedua-dua, ketiga-tiga, keempat-empat
(f) kata bilangan tingkat – pertama, kedua, ketiga
4. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu:
(a) Penggandaan penuh – Proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar, sama ada kata dasar
tersebut mengandungi imbuhan ataupun tidak. Contoh:
(i) penggandaan penuh kata tunggal – budak-budak, mata-mata, baik-baik
(ii) penggandaan penuh kata berimbuhan – ketua-ketua, pelajar-peljaar, amalan-amalan,
permainan-permainan
(b) Penggandaan separa – Proses menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar ini boleh
terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan. Contoh:
(i) penggandaan separa kata tunggal – pohon → peponon, laki → lelaki, siku → sesiku
(ii) penggandaan separa kata terbitan – berlari-lari, bantu-membantu, sebaik-sebaik, sayur-
sayuran, orang-orangan, tanya-tanyakan, habis-habisan, bersalam-salaman, kemerah- Bab 2
merahan
(c) Penggandaan berentak – Proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi dalam kata
dasar tersebut. Dalam penggandaan ini, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu
diulang atau diubah. Contohnya, kuih-muih, huru-hara, hiruk-pikuk, batu-batan, anak-pinak,
simpang-siur.

Contoh Soalan dan Jawapan

Soalan Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata ganda dan dua kata
bilangan. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada
setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Inisiatif Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Selangor memperkasa
peranan guru-guru muda dalam kalangan murid berjaya memberikan impak. Hal ini terbukti
apabila prestasi calon-calon dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) amat cemerlang.
Pada minggu lalu, semasa keputusan SPM 2019 diumumkan, sebanyak 36 orang murid sekolah
tersebut memperoleh A dalam semua mata pelajaran. Lebih membanggakan apabila beberapa
orang calon memperoleh keputusan 11A+. Kali terakhir sekolah tersebut mendapat A+ dalam
semua mata pelajaran yang diambil adalah pada 2011


Jawapan


Kata ganda
(i) guru-guru
Ayat: Guru-guru muda di sekolah itu bukan sahaja rajin mengadakan kelas tambahan kepada
murid-murid, malahan sanggup meluangkan masa dengan ibu bapa untuk berbincang
tentang prestasi anak-anak mereka.
(ii) calon-calon
: Para pegawas peperiksaan itu mengingatkan calon-calon agar membawa kad
Kata pengenalan sepanjang hari peperiksaan untuk memastikan mereka dapat menjalani
Bilangan peperiksaan tanpa sebarang masalah.




83






02 Focus SPM BM.indd 83 12/01/2022 2:39 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

Kata bilangan
(i) 36
Ayat: Sebanyak 36 orang penduduk kampung itu telah menghadiri mesyuarat persatuan
penduduk untuk membincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan kesejahteraan
hidup mereka.
(ii) beberapa
Ayat: Beberapa orang pemimpin masyarakat telah melawat mangsa kebakaran di taman
perumahan itu untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa.


Membina Ayat daripada Kata Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif
1. Soalan menghendaki calon membina ayat berdasarkan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
2. Kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan frasa kerja.
3. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama
sebagai predikat dalam ayat.
Bab 2
Contoh ayat : Abang saya gemar menonton filem-filem luar negara. (Kata kerja “menonton”
mesti disertai dengan objek, iaitu “filem-filem” supaya maksud ayat ini lengkap)

4. Kata kerja tak transitif pula ialah kata kerja yang sempurna maksudnya, yang boleh berdiri dengan
sendiri tanpa memerlukan objek.

Contoh ayat: Tukang kebun itu sedang berehat di bawah sebatang pohon ketapang. (kata kerja
“berehat” jelas menunjukkan perbuatan tukang kebun itu tidak memerlukan objek sebagai
pelengkapnya)

5. Terdapat beberapa bentuk kata kerja tak transitif:
(a) kata kerja tak transitif tanpa imbuhan (makan, mandi, tidur, rehat)
(b) kata kerja tak transitif awalan beR- (berenang, bersukan, bermain, bersembang)
(c) kata kerja tak transitif awalan meN- (mengalir, menangis, menyanyi, menderu)
(d) kata kerja tak transitif awalan teR- (termenung, tersedar, terjatuh, terbuka)
(c) kata kerja tak transitif beR-…-an (bersalaman, bertentangan, berpelukan, bersebelahan)

6. Kata kerja transitif pula terbahagi kepada bentuk-bentuk yang berikut:
(a) berawalan me- (melukis, mengecat, menggoreng, mengecut)
(b) berapitan me-…-kan (mendekatkan, menjauhkan, menjualkan, mengesahkan)
(c) berapitan me-…-i (mengingati, mencintai, mendekati, melalui) Kata
(d) berawalan rangkap memper- (memperperoleh, memperbaik, memperbanyak) Kerja
(e) berapitan memper-…-kan (mempermainkan, memperlakukan, memperdebatkan) INFO 12
(f) berapitan memper-…-i (memperingati, memperkebuni, mempersenjatai)

Contoh Soalan dan Jawapan
Soalan Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja transitif dan dua
kata kerja tak transitif. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda
sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.





84






02 Focus SPM BM.indd 84 12/01/2022 2:39 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

Aktiviti belajar merupakan suatu amanah. Setiap murid wajib belajar dengan bersungguh-
sungguh. Mereka juga wajib mendengar nasihat guru dan ibu bapa. Hal ini demikian kerana,
murid yang cemerlang bakal menjadi pekerja cemerlang. Orang yang cemerlang pasti disayangi,
dimuliakan, dihormati, dan disanjungi oleh orang lain. Sebaliknya, murid-murid yang bersikap
malas dan tidak berusaha untuk mencapai sesuatu akan kecundang. Dengan itu, setiap murid
wajib bersikap peka akan perancangan hidup seharian. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan rasa
kecewa pada kemudian hari.


Jawapan

Kata kerja transitif
(i) mendengar
Ayat: Semasa di dalam kelas, Ahmad mendengar kata-kata gurunya dengan teliti agar dia Bab 2
tidak ketinggalan tentang perkara penting yang disampaikan oleh gurunya.
(ii) bersikap
Ayat: pekerja yang baik akan sentiasa bersikap jujur dan setia kepada organisasi tanpa
menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

Kata kerja tak transitif
(i) belajar
Ayat: Murid-murid itu belajar tentang pembentukan kata daripada Cikgu Mahani.

(ii) bertujuan
Ayat: Kerajaan memberikan bantuan komputer dan Internet percuma kepada murid-
murid yang kurang berkemampuan ini bertujuan supaya mereka tidak ketinggalan dalam
pembelajaran secara maya.


Membina Ayat daripada Kata Kerja Pasif dan Kata Adjektif
1. Soalan menghendaki calon membina ayat berdasarkan kata kerja pasif dan kata adjektif.
2. Kata kerja pasif ialah hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif kepada ayat pasif.
3. Kata kerja pasif dapat dibahagikan kepada lima bentuk, iaitu:
(a) Kata kerja pasif diri pertama dan kedua – Kata kerja pasif diri pertama dan kedua terbentuk
apabila kata kerja pasif didahului oleh kata ganti nama diri pertama dan kedua. Contohnya,
kutulis, kausenangi, anda jelaskan, kita masukkan, kami perindah, saya percayai, dan sebagainya.
Kata (b) Kata kerja pasif diri ketiga – Kata kerja pasif diri ketiga pula terbentuk apabila kata kerja pasif
Kerja bergabung dengan imbuhan di-, diper-, diper-...-i, di-...-kan, di-...-i, dan diper-...-kan. Contohnya,
disapu, disenangi, dijelaskan, dipercayai, diperbesar, diperdengarkan, dan sebagainya. Pelaku kata
kerja dalam ayat berkenaan mestilah terdiri daripada orang ketiga,
(c) Kata kerja pasif dengan awalan ber- dan ter- – Kata kerja pasif dengan awalan ber- dan ter-
terbentuk apabila kata kerja pasif menerima awalan ber- dan ter-. Contohnya, berjahit, bersapu,
tertelan, terambil dan sebagainya. Kata kerja pasif berawalan ber- bersifat tak transitif dan terdiri
daripada dua jenis, iaitu berpelengkap dan tanpa pelengkap.

Contoh ayat:
(a) Kecederaan di kepalanya beransur baik. (berpelengkap)
(b) Encik Mohan sedang bercukur. (tanpa pelengkap)




85






02 Focus SPM BM.indd 85 12/01/2022 2:39 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
(d) Kata kerja pasif dengan apitan ke-...-an – Kata kerja pasif dengan apitan ke-...-an terbentuk apabila
kata dasar menerima apitan ke-...-an lalu membentuk kata kerja dalam ayat pasif. Contohnya,
kelihatan. kecurian, kemalangan, kesempitan, kelparan, dan sebagainya.
(e) Kata kerja pasif dengan kata kena – Kata kerja pasif dengan kata kena ialah kata kerja tunggal
yang didahului oleh kata kena dalam ayat pasif. Contohnya, kena dera, kena pukul, kena tangkap,
dan sebagainya.
4. Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti putih,
kecil, kuat, ramai dan sedikit, sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.
5. Kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat.
6. Kata adjektif dapat diikuti dengan kata penguat seperti amat, paling, sangat, dan sungguh. Contohnya;
amat cantik, sungguh rajin, paling baik, dan tersohor.
7. Kata adjektif terbahagi kepada lapan jenis, iaitu;
(a) sifat / keadaan –baik, bagus, nakal, keras (e) waktu – pagi, petang, malam, siang
(b) warna – hitam, putih, biru, kuning (f) jarak – dekat, jauh, singkat, lama
Bab 2
(c) ukuran – besar, kecil, panjang, pendek (g) perasaan – rindu, benci, marah, takut
(d) bentuk – bulat, lonjong, segi empat, segi tiga (h) pancaindera – masam, pahit, manis, tawar

Contoh Soalan dan Jawapan
Soalan Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja pasif dan dua
kata kerja adjektif. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri
daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Pengurusan masa yang efektif amat penting bagi seseorang untuk mencapai kejayaan
dalam hidupnya. Rahsia kecemerlangan seseorang individu ialah kemampuannya menguruskan
masa dengan baik. Namun begitu, pengendalian masa bukanlah mudah. Banyak cabaran dan
godaan yang akan dihadapi oleh seseorang individu. Disiplin diri yang kuat dan pendirian diri
yang teguh amat diperlukan agar seseorang itu tidak lalai dan alpa daripada tugas sebenar mereka.
Teknik pengurusan masa yang baik amat penting dalam kalangan murid sebagai panduan untuk
menguruskan masa secara sistematik dan tidak terperangkap oleh kekangan masa.


Jawapan

Kata kerja pasif
(i) dihadapi
Ayat: Setiap masalah dan cabaran perlu dihadapi oleh remaja dengan jiwa yang tenang agar
mereka dapat menanganinya dengan baik.
(ii) diperlukan
Ayat: Banyak wang yang diperlukan oleh para peserta lawatan ke luar negara itu untuk
menampung kos pengangkutan dan penginapan.
Kata adjektif
(i) kuat
Ayat: Orang kurang upaya itu berjaya dalam hidupnya walaupun dia tidak seperti orang
lain kerana dia mempunyai semangat yang kuat untuk berjaya.
(ii) lalai
Ayat: Ibu selalu menasihati saya agar tidak lalai semasa berada di tempat awam supaya saya
tidak menjadi mangsa ragut.

86






02 Focus SPM BM.indd 86 12/01/2022 2:39 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Membina Ayat daripada Kata Hubung dan Kata Bantu
1. Soalan menghendaki calon membina ayat berdasarkan kata hubung dan kata bantu.
2. Kata hubung ialah kata yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal
atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih
daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk.
3. Kata hubung terbahagi kepada:
(a) Kata hubung gabungan – Jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama taraf
sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk
gabungan.
(i) Contoh kata hubung gabungan ialah lalu, dan, tetapi, atau, bahkan, lantas, maka, serta, dan
sambil.
(ii) Contoh penggunaan dalam ayat: Malik membuka almari lalu mengambil bajunya.

(b) Kata hubung pancangan – Jenis kata hubung yang menghubungkan klausa-klausa tak setara Bab 2
atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi
kepada tiga jenis, iaitu:
(i) kata hubung pancangan relatif – kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama
dengan satu klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung pancangan relatif ialah “yang”.
(ii) kata hubung pancangan komplemen, – berfungsi untuk menghubungkan satu klausa yang
menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua contoh kata komplemen
yang sering digunakan ialah “bahawa” dan “untuk”.
(iii) kata hubung pancangan keterangan. – berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi
keterangan pada satu klausa utama. Contoh kata keterangan adalah seperti; “kerana, hingga,
kalau, agar, jika, sungguhpun, supaya, apabila”.
4. Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan atau ragam yang
berkaitan dengan sesuatu kata kerja.
5. Kata bantu terbahagi kepda dua jenis, iaitu: Kata
(a) Kata bantu aspek – telah, sudah, sedang, masih, dan akan Bantu
(b) Kata bantu ragam – mahu, hendak, enggan, boleh, dan mesti
INFO 13
Contoh Soalan dan Jawapan
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata hubung dan kata bantu.
Soalan Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Ketagihan permainan Internet sudah tentu memberikan impak yang negatif. Remaja
akan menghabiskan masa yang banyak di hadapan komputer dan juga bersosial secara maya
dengan alat peranti masing-masing. Masa dan tempat serta keadaan tidak lagi menjadi isu
apabila ada akses Internet, maka ketagihan terhadap permainan akan dilakukan supaya dapat
melepaskan ketagihan. Lama-kelamaan, hal tersebyt akan menjadi rantaian kehidupan dan
ketagihan terhadap permainan atas talian tidak dapat dielakkan. Masa berharga hanya dibiarkan
berlalu demi memenuhi ketagihan. Hal ini ialah impak yang amat buruk kepada remaja. Pada
waktu malam, mereka menghabiskan masa dengan melayari Internet. Natijahnya, dalam jangka
panjang, remaja akan berhadapan dengan masalah kesihatan.







87






02 Focus SPM BM.indd 87 12/01/2022 2:39 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

Jawapan

Kata hubung
(i) apabila
Ayat: Mereka segera membaiki kerosakan pada kenderaan itu apabila lampu isyarat pada
papan pemuka menunjukkan ada masalah pada bahagian enjin kenderaan tersebut.
(ii) serta
Ayat: Semangat yang tinggi, daya tahan dan keberanian, serta kegigihan merupakan elemen
positif yang perlu ada pada diri setiap peserta sukan lasak.

Kata bantu
(i) sudah
Ayat: Semua peserta kem motivasi itu sudah bersiap sedia untuk pergi ke tapak perkhemahan
yang terletak di Kuala Woh, Tapah.
Bab 2
(ii) akan
Ayat: Mereka akan menyiapkan kerja itu dengan segera walaupun tarikh akhir penyerahan
projek tersebut masih lama lagi.

Membina Ayat daripada Kata Ganda
Contoh Soalan dan Jawapan

Soalan Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata ganda. Kemudian, anda
dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
Makan malam merupakan masa yang terbaik untuk melengkapkan pengambilan makanan
dalam sehari. Contohnya, sekiranya terdapat kekurangan jenis-jenis makanan yang diambil pada
siang hari, makanan tersebut boleh diambil semasa makan malam. Sebaik-baiknya sediakan dua
hidangan sayur dan satu daripadanya ialah sayur berdaun hijau. Elakkan daripada makan terlalu
hampir dengan waktu tidur. Makanlah sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur.

Dipetik dan diubah suai daripada https://www.sinarharian.com.my/article/27431/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/
tip-makanan-sihat


Jawapan

Kata ganda
(i) jenis-jenis
Ayat: Kanak-kanak sering didedahkan dengan jenis-jenis makanan yang kadangkala boleh
mengundang pelbagai jenis penyakit berbahaya.
(ii) sebaik-baiknya
Ayat: Sebaik-baiknya kita hendaklah mengurangkan pengambilan makanan yang terproses,
bergoreng, berminyak, dan berasaskan santan.
(iii) sayur-sayuran
Ayat: Pengambilan sayur-sayuran adalah penting untuk diet yang seimbang serta boleh
mengurangkan risiko penyakit kronik tertentu.

88






02 Focus SPM BM.indd 88 12/01/2022 2:39 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Membina Ayat daripada Kata Berimbuhan Apitan

Contoh Soalan dan Jawapan
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata berimbuhan apitan.
Soalan
Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 menumpukan kepada
kualiti berbanding dengan kuantiti sebelum ini. Program membaca diselaraskan dengan
pencapaian pendidikan pada peringkat global yang berasaskan dua pentaksiran antarabangsa,
iaitu Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for
International Student Assessment (PISA). Kajian PISA pada tahun 2012 terdapat jurang yang besar Bab 2
antara murid bandar dengan murid luar bandar. Hal ini demikian kerana, murid-murid tidak
dapat menjawab soalan yang menguji pemikiran aras tinggi (KBAT) yang menguji keupayaan
menaakul, membuat refleksi, dan menilai.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sistem IQ NILAM Bantu Lahirkan Pembaca Berkualiti’ oleh Norafizah
Abdul Razak, Majalah Pendidik, Januari 2019)


Jawapan

(i) menumpukan
Ayat: Cikgu Amir menasihati murid-muridnya supaya sentiasa menumpukan perhatian
semasa beliau sedang mengajar.

(ii) berasaskan
Ayat: Sejarah sesebuah negara hendaklah ditulis dengan berdasarkan fakta dan intreprestasi
yang tepat.
(iii) keupayaan
Ayat: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memuji kesiapsiagaan dan keupayaan
Malaysia dalam menangani jangkitan COVID-19.


Membina Ayat daripada Kata Pinjaman
1. Kata pinjaman ialah perkataan yang dipinjam daripada bahasa asing yang dibawa masuk ke dalam
bahasa Melayu. Peminjaman kata berlaku kerana pertembungan bahasa yang menyebabkan berlaku
penyerapan kata bahasa asing ke dalam bahasa Melayu. Selain itu, peminjaman kata juga berlaku
kerana perkembangan teknologi yang berlaku.
2. Kata pinjaman dalam bahasa Melayu dipinjam daripada pelbagai bahasa asing, iaitu bahasa Inggeris,
bahasa Arab, bahasa Sanskrit, bahasa Indonesia, dan bahasa Cina.
3. Yang berikut ialah contoh-contoh kata pinjaman yang terdapat dalam bahasa Melayu.

Bahasa Inggeris Bahasa Arab Bahasa Sanskrit Bahasa Cina
teknologi solat syurga teko

akses zakat negara tocang
blok ibadah sastera gincu



89






02 Focus SPM BM.indd 89 12/01/2022 2:39 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

standard tazkirah kapas koyok
stabil zikir sutera tanglung

4. Dalam usaha membentuk kata pinjaman, penyesuaian huruf dilakukan. Penyesuaian itu terdiri
daripada pengekalan, penggantian, dan pengguguran huruf tertentu.
(a) Pengekalan huruf – Ejaan asal dikekalkan. Contohnya:
• atom
• bank
• diesel
• hotel
(b) Penggantian huruf – Beberapa huruf digantikan untuk disesuaikan dengan bunyi atau sebutan
dalam bahasa Melayu. Contohnya:
(i) c menjadi k (ii) y menjadi i (iii) g menjadi j
• criteria – kriteria • Febuary – Februari • regime – rejim
Bab 2
• cluster – kluster • gravity – graviti • magistrate – majsitret
• vaccin – vaksin • geology – geologi • contingent – kontinjen
• republic – republik • biology – biologi
(iv) ph menjadi f (v) ou menjadi au
• graph – graf • accountant – akauntan
• photography – fotografi • pound – paun
• telephone – telefon

(c) Pengguguran huruf – Beberapa huruf tertentu tidak dikekalkan.
(i) ch menjadi k (ii) ce menjadi s (ii) uu menjadi u
• scheme – skim • science – sains • vacuum – vakum
• cholera – kolera • ambulance – ambulans • continuum – kontinum
• monarchy – monarki • insurance – insurans

5. Kesilapan yang kerap dilakukan dalam kata pinjaman.
(a) Kesalahan ejaan

Ejaan yang Salah Ejaan yang Betul Ejaan yang Salah Ejaan yang Betul
maksima maksimum gembeling gembleng

emel e-mel lanskap landskap
redha reda stesyen stesen
dhuha duha stokin stoking

geraf graf spesis spesies
hajjah hajah otomobil automobil
ehsan ihsan snooker snuker

lanskap landskap baucer baucar
silaturrahim silaturahim mentera gembleng
patriotisma patriotisme lanskap mantera

gembeling gembleng lagenda legenda


90






02 Focus SPM BM.indd 90 12/01/2022 2:39 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
(b) Kesalahan pengimbuhan
Pengimbuhan yang Salah Pengimbuhan yang Betul
menyetabilkan menstabilkan
mengategorikan mengkategorikan
menakrifkan mentakrifkan
memamerkan mempamerkan
meplagiat memplagiat
mevetokan memvetokan
meziarahi menziarahi
ketrampilan keterampilan
menawet mengawet
mempersonakan mempesonakan Bab 2

Contoh Soalan dan Jawapan

Soalan Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata pinjaman. Kemudian, anda
dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih
untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambah-
kan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.

Usaha menangani masalah alam sekitar tidak harus menjadi tanggungjawab kerajaan semata-mata
tetapi perlu didokong oleh semua anggota masyarakat tanpa mengira latar belakang.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad berkata, pengurusan dan
pemuliharaan alam sekitar di Malaysia amnya dan di Kelantan khususnya dilaksanakan dalam konteks
pembangunan lestari melibatkan pembangunan ekonomi, sosial, dan perlindungan alam sekitar.
“Pemuliharaan alam sekitar merupakan usaha yang perlu dilaksanakan secara berterusan
dan memerlukan sokongan semua pihak. Selain itu, kegagalan kita untuk menjaga dan memulihara
bumi ini pada masa lalu dan masa kini telah mengakibatkan pelbagai fenomena yang telah mula
kita rasai sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.
Dipetik dan diubah suai daripada https://www.sinarharian.com.my/article/104002/EDISI/Kelantan/
Kelestarian-alam-sekitar-tanggungjawab-bersama

Jawapan

(i) konteks
Ayat: Cadangan Encik Harun wajar dipertimbangkan dalam konteks perkembangan pandemik
COVID-19.
(ii) sosial
: Encik Adli dan Puan Azlina menasihati anak mereka agar berpegang teguh dengan
ajaran agama supaya tidak terjebak dalam gejala sosial.
(iii) fenomena
Ayat: Penduduk di beberapa negara di Asia berpeluang untuk menyaksikan fenomena
gerhana matahari cincin pada hari Khamis yang lalu.





91






02 Focus SPM BM.indd 91 12/01/2022 2:39 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

Tip Pemeriksa untuk Skor A


Contoh Soalan dan Jawapan

Soalan Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian, anda
dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih
untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambah-
kan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.

Peranan, perhatian, dan kepekaan ibu bapa sangat penting untuk membesarkan anak-anak
yang kuat dari segi emosi, daya tahan, dan daya saing. Selain itu, kanak-kanak yang memiliki
semangat yang kental boleh menyesuaikan diri dalam apa-apa juga situasi yang sukar. Kanak-
kanak itu mampu bangun semula daripada kegagalan atau pengalaman yang menyakitkan. Bagi
kanak-kanak yang lemah, keadaan sebaliknya akan berlaku dan keadaan ini boleh menjejaskan
Bab 2
kesihatan mental mereka.


Contoh Jawapan Murid



(i) anak-anak 
Ayat: Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang agar mereka
membesar dengan sempurna. 

(ii) daya saing 
Ayat: Para usahawan perlulah memiliki daya saing yang tinggi agar dapat mengembangkan
perniagaan mereka ke tahap global. 
(iii) bangun semula 
Ayat: Usahawan itu bangun semula daripada kegagalannya apabila mengusahakan satu
perniagaan baharu berasaskan jualan produk dalam talian. 


Komen pemeriksa tentang kelemahan jawapan murid
 Murid tidak menyenaraikan kata majmuk dengan tepat. Perkataan anak-anak bukanlah kata
majmuk, sebaliknya merupakan kata ganda.
 Murid dapat mengemukakan kata majmuk yang tepat iaitu ‘daya saing’.

 Murid tidak dapat membezakan frasa kerja dengan kata majmuk. ‘Bangun semula’ ialah frasa
kerja.
 Ayat murid salah dan tidak mendapat markah kerana murid tidak memilih kata majmuk dengan
tepat.
 Ayat murid betul dan diberikan markah kerana pemilihan kata majmuk yang betul dan ayat yang
dibina juga gramatis.
 Ayat murid salah dan tidak mendapat markah kerana murid tidak memilih kata majmuk dengan
tepat.






92






02 Focus SPM BM.indd 92 12/01/2022 2:39 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Contoh Jawapan Pemeriksa


(i) Ibu bapa
Ayat: Ibu bapa haruslah memenuhi keperluan anak-anak sama ada dari segi keperluan harian,
kasih sayang, dan pendidikan mereka.

(ii) daya tahan
Ayat: Pelari maraton itu berjaya menamatkan lariannya dalam tempoh masa kurang daripada
dua jam kerana mempunyai daya tahan yang tinggi.

(iii) daya saing
Ayat: Para atlet haruslah memiliki daya saing yang tinggi terutamanya ketika bertanding pada
peringkat antarabangsa.

Bab 2
1


1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif. Kemudian,
anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Kejayaan luar biasa seorang pelajar di Kolej Mara Banting menjadi bualan masyarakat
apabila beliau bukan sahaja meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) yang diumumkan pada minggu lepas, malah turut cemerlang dalam ujian semester
di kolejnya. Muhammad Ihsan Thaqif Bahter Nasir  yang berusia 18 tahun memperoleh
keputusan cemerlang 9A+ dalam SPM dan Anugerah Kepujian dalam peperiksaan semester
yang lalu di kolej tersebut. Beliau seorang yang rajin, peramah, dan suka akan aktiviti lasak.
Selain itu, beliau aktif dalam aktiviti kemasyarakatan juga.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bukan Calang-calang Cemerlang, Remaja ini Dianggap Datang dari
Planet Lain’ oleh Nadia Saiful Bahari, M Star, 20 Mac 2018


2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian, anda dikehendaki
untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Setiap ibu bapa pastinya ingin menjadi yang terbaik buat cahaya mata mereka. Tidak
keterlaluan jika dikatakan bahawa ibu bapa mahu anak-anak patuh akan suruhan Tuhan,
sayang serta hormat akan mereka. Dengan itu, ibu bapa perlu mendidik dan membimbing
anak-anak mereka menjadi insan yang bertanggungjawab, berbudi bahasa, dan memiliki jati
diri. Begitu pun, menjadi seorang ibu bapa bukanlah perkara mudah. Banyak cabaran yang
harus ditempuhi. Selain bertanggungjawab terhadap keperluan asas, keperibadian anak perlu
dibentuk sebaik-baiknya, bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bagaimanakah Personaliti Ibu Bapa Membentuk Peribadi Anak’,
www.gaya360.com, 31 Oktober 2019





93






02 Focus SPM BM.indd 93 12/01/2022 2:39 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
2



1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata nama dan dua kata adjektif.
Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.


Kerajaan akan meningkatkan usaha bagi melaksanakan pembaharuan lebih besar
dalam sistem pendidikan. Antaranya ialah meningkatkan kualiti pengajaran bahasa Inggeris,
kualiti guru-guru, dan memastikan kebolehpasaran graduan. Pembaharuan itu dijangka
dapat dilaksanakan dengan segera selepas Pasukan Petugas Khas mengkaji dasar pendidikan.
Selain itu, kerajaan juga telah meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) untuk
memastikan akta tersebut segar dan relevan dengan mahasiswa kini. Pindaan ini diharap
dapat melahirkan graduan yang berani, aktif, kritis, dan berdaya saing.
Bab 2
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pembaharuan Lebih Besar dalam Sistem Pendidikan Negara, Sinar
Harian, 18 April 2019



2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata ganda. Kemudian, anda dikehendaki
untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Percutian di kawasan semula jadi antara yang menjadi pilihan oleh kebanyakan warga
kota. Kunjungan mereka ke kawasan-kawasan hijau tersebut dapat memberikan ketenangan
minda selepas berminggu-minggu bekerja dan terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas.
Namun begitu, dalam keterujaan warga kota merencana jadual percutian, sebaik-baiknya
mereka perlu mengelakkan daripada melakukan perjalanan jauh. Dengan itu, bandar
Serendah ialah lokasi yang paling ideal sebagai destinasi percutian. Hal ini demikian kerana,
Serendah memiliki air-air terjun yang jernih, dusun-dusun yang luas, dan belukar-belukar
kecil. Tempat sebegini amat sesuai untuk aktiviti riadah ringan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Lokasi Ideal Beriadah’ oleh Nurul Husna Mahmud, www.hmetro.
com.my, 5 Mei 2020



3


1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata bilangan dan dua kata sendi.
Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan. atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Dua minggu lepas, saya memandu kenderaan di tengah-tengah ibu kota. Saya dapat merasai
pengalaman seolah-olah berada di Dhaka, Bangladesh. Bermula dari Medan Pasar sehingga
Jalan Pudu, saya sudah mula melihat ribuan warga Bangladesh yang menjadikan kawasan itu
sebagai pusat pertemuan dengan rakan senegara pada hujung minggu. Kedua-dua tempat ini





94






02 Focus SPM BM.indd 94 12/01/2022 2:39 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

memang menjadi destinasi pilihan mereka kerana mereka mudah dikunjungi. Apabila melihat
situasi ini, fikiran saya diterpa kegusaran bahawa negara kita ‘dijajah’ secara senyap oleh
bangsa asing.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Negara Dijajah Secara Senyap oleh Pendatang Tanpa Izin’’ oleh
Meganderan Rajagopal, www.bharian.com.my, 19 Mac 2019


2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata kerja. Kemudian, anda dikehendaki
untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Kementerian Pendidikan (KPM) perlu menaik taraf kepantasan capaian talian Internet
terutama di kawasan luar bandar dengan segera. Hal ini demikian kerana, kebanyakan guru Bab 2
menggunakan Google Classroom untuk menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Masalah timbul bagi murid-murid yang tinggal di luar bandar kerana kelemahan pelayar
Internet menyebabkan mereka ketinggalan pelajaran. Kerajaan perlu meneliti perkara ini
agar masalah capaian Internet yang rendah di luar bandar dapat diatasi. Kerajaan diharapkan
agar dapat melaksanakan satu skim khas berbentuk wakaf alat peranti pintar kepada murid
luar bandar.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘KPM Perlu Segera Atasi Masalah Kepantasan Capaian Internet Agar
Pelajar Luar Bandar Dapat Belajar’ www.gpsbestari.com, 22 April 2020



4


1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif. Kemudian,
anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Penampilan diri ini amat penting bagi setiap individu. Dalam etika berpakaian,
pelbagai aspek dapat kita bincangkan. Antaranya ialah cara pemakaian mestilah sesuai
dengan majlis yang kita hadiri, masa, dan kumpulan yang menyertai program itu. Tentulah
tidak sesuai jika kita berpakaian selekeh ketika menghadiri majlis makan malam. Hal ini
demikian kerana, etika berpakaian yang salah boleh menimbulkan masalah. Contohnya, kita
mungkin kehilangan peluang untuk menjawat jawatan tersebut walaupun pada dasarnya, kita
layak. Selain itu, kita perlu melazimi amalan senyum kerana peribadi manusia akan terserlah
apabila senyuman diukir pada wajah kita.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kepentingan Penampilan Diri’ www.pnakasowi.blogspot.com, 15
Februari 2017

2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata ganda Kemudian, anda dikehendaki
untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas





95






02 Focus SPM BM.indd 95 12/01/2022 2:39 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

Terdapat pelbagai cara untuk mencegah demam denggi. Antaranya ialah kita haruslah
memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk dengan membuang bekas-bekas yang boleh
menakung air. Kita juga haruslah memastikan tangki air dan bekas tadahan hujan ditutup.
Malahan, pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air hendaklah kita buang airnya sekurang-
kurangnya seminggu sekali. Kita juga haruslah memastikan saliran atap sentiasa mengalir.
Tambahan pula, amalan membela ikan di dalam kolah dapat mengurangkan jentik-jentik.
Kita juga haruslah menggunakan racun semburan serangga untuk membunuh nyamuk.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Demam Denggi’, www.infosihat.gov.my, 28 Februari 2020



5


1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata berimbuhan asing dan dua kata
Bab 2
adjektif. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.


Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Itulah pegangan individu yang bijak, mempunyai
pandangan jauh, dan mengamalkan perbelanjaan berhemah sehingga berjaya melahirkan
jutawan. Amalan menabung merupakan satu amalan yang baik berlandaskan kesedaran untuk
memastikan kedudukan kewangan kukuh. Pada zaman pascaglobalisasi ini, tabiat menabung
pada lahiriah memang sukar diamalkan lantaran godaan iklan daripada serata pelosok media.
Namun begitu, jati diri yang ampuh mampu menangkis godaan negatif ini.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Jadikan Menabung Amalan’, www.beritakampus.usm.my


2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata tugas. Kemudian, anda dikehendaki
untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas


Mak Jah bertanyakan arah tujuan suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak
keluar. Pak Ngah hanya membisu. Mak Jah terus mengulangi pertanyaannya itu. Pak Ngah
menyatakan dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Jah
mencadangkan suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut
suaminya akan berasa lapar. Pak Ngah memberitahu isterinya bahawa dia hendak meletak
jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Jah bertanyakan cara suaminya hendak
mendapatkan pekerjaam sekiranya dia berhenti kerja. Pak Ngah menjelaskan dia hendak
memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.











96






02 Focus SPM BM.indd 96 12/01/2022 2:39 PM

Bab


4 Rumusan











Fikirkan...
Fikirkan...
 Apakah keperluan peperiksaan untuk Kertas 1103/2 Bahagian C Bahasa Melayu SPM?
 Apakah bentuk soalan yang dikemukakan?
 Apakah teknik menulis rumusan dengan baik?
 Bagaimanakah sistem pemarkahan untuk Soalan Rumusan?





PETA KONSEP
PETA KONSEP






Kertas 1103/2 Bahagian C









































261





004a Focus SPM BM.indd 261 12/01/2022 2:41 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
Ke Arah Kecemerlangan




A Format dan Bentuk Soalan
1. Rumusan dikemukakan sebagai Soalan 9 dalam Kertas 1103/2 SPM mulai tahun 2021.
2. Rumusan hanya terdiri daripada satu soalan dan wajib dijawab.
3. Sebanyak 30 markah diperuntukkan bagi soalan bahagian ini.
4. Jawapan rumusan boleh ditulis dalam satu perenggan atau empat perenggan.
5. Calon dikehendaki untuk membuat rumusan berdasarkan bahan-bahan sumber yang diberikan.
6. Panjang rumusan yang perlu dibuat hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
7. Arahan soalan tidak menyatakan tugasan atau fokus rumusan.
8. Bahan-bahan sumber mungkin terdapat dua atau tiga fokus soalan.
9. Bahan rumusan terdiri daripada sekurang-kurangnya dua bahan sumber yang berbeza seperti petikan,
bahan grafik, puisi, carta, gambar, dan sebagainya.
10. Contoh arahan soalan:

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.


B Strategi Menjawab Soalan Rumusan

Langkah 1 Menganalisis Bahan-bahan Sumber

Calon mestilah membaca bahan-bahan sumber yang diberikan dengan teliti untuk mengenal pasti fokus
soalan dengan tepat.


Langkah 2 Menulis Pendahuluan

1. Baca dan fahami bahan-bahan sumber yang diberikan dengan teliti.
2. Kenal pasti persoalan utama yang hendak disampaikan dalam bahan-bahan sumber.
3. Bina pendahuluan dengan satu ayat yang dapat menyatakan kandungan bahan-bahan sumber tersebut
secara keseluruhan.
Bab 4
4. Elakkan daripada menulis pendahuluan daripada isi tersurat atau isi tersirat.
5. Tulis pendahuluan dalam satu ayat sahaja.
6. Contoh penulisan pendahuluan:

Petikan ini membincangkan kesan-kesan jerebu kepada kesihatan dan langkah-langkah untuk
mengatasi masalah jerebu.



Langkah 3 Menulis Isi Tersurat

1. Kenal pasti isi tersurat yang dinyatakan secara langsung dalam bahan sumber.
2. Sekurang-kurangnya empat isi tersurat perlu dicari daripada petikan.
3. Tulislah isi-isi tersebut dalam olahan bahasa yang ringkas, tepat, dan padat agar calon dapat mengawal
jumlah perkataan supaya tidak lebih daripada had yang ditetapkan.



262





004a Focus SPM BM.indd 262 12/01/2022 2:41 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
4. Pastikan bahawa terdapat kesinambungan antara satu isi dengan isi yang lain. Gunakan penanda
wacana atau kata hubung yang sesuai untuk menyambung ayat.
5. Elakkan daripada memasukkan huraian dan contoh secara langsung daripada petikan dalam isi
tersurat.

Kajian menunjukkan bahawa betapa jerebu meninggalkan kesan yang negatif terhadap
kesihatan manusia. Pendedahan yang terlalu lama dan secara langsung kepada jerebu serta
udara yang tercemar dapat mengakibatkan penyakit kanser, lelah, konjunktivitis, batuk, dan
sakit mata.

6. Contoh penulisan berdasarkan isi tersurat (berdasarkan contoh di atas):
Jerebu meninggalkan kesan buruk terhadap kesihatan manusia kerana dapat mengakibatkan
penyakit.


Langkah 4 Menulis Isi Tersirat


1. Isi tersirat tidak dinyatakan secara langsung dalam bahan-bahan sumber.
2. Isi-isi tersirat boleh diperoleh daripada bahan kedua, iaitu bahan grafik, puisi, atau poster yang diberikan.
3. Bilangan isi tersirat yang ditulis boleh lebih atau kurang daripada isi tersurat. Namun begitu, pastikan
bahawa jumlah isi tersurat dan isi tersirat ialah lapan isi.



Langkah 5 Menulis Penutup

1. Penutup rumusan seharusnya berupa pendapat, cadangan, atau ulasan tentang keseluruhan bahan-
bahan sumber yang diberikan.
2. Elakkan daripada menyalin sebahagian daripada perenggan terakhir petikan yang diberikan sebagai
penutup rumusan.
3. Calon boleh menggunakan kata-kata seperti kesimpulannya, oleh itu, atau dengan itu sebagai penanda
penutup rumusan.
4. Penutup rumusan harus dibuat dalam satu ayat sahaja.
5. Contoh penulisan penutup:
Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak dalam menangani masalah jerebu hingga Bab 4
peringkat akar umbi amat diperlukan agar kesihatan terjamin manakala kualiti udara yang
dihidu bebas daripada pencemaran.


C Ciri-ciri Rumusan yang Baik
1. Isi menepati kehendak soalan. Calon dinasihati supaya menulis isi yang lebih asalkan tidak melebihi
had jumlah perkataan yang ditentukan. Yang berikut merupakan cadangan jumlah isi dalam sesuatu
rumusan.
Isi Calon 1 Calon 2 Calon 3 Calon 4 Calon 5
Pendahuluan 1 1 1 1 1
Isi Tersurat 6 5 4 3 2
Isi Tersirat 2 3 4 5 6
Penutup 1 1 1 1 1
Jumlah 10 10 10 10 10


263





004a Focus SPM BM.indd 263 12/01/2022 2:41 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
2. Jumlah perkataan menepati ketentuan dalam soalan. Tulislah bilangan perkataan di bahagian bawah
sebelah kanan kertas jawapan. Yang berikut merupakan panduan mengira perkataan dalam rumusan.

Aspek Huraian Contoh
Kata nama khas dikira sebagai satu perkataan Kementerian Pendidikan Malaysia, Sekolah
Menengah Kebangsaan Tun Mamat
Kata sendi dikira sebagai satu perkataan di – 1 patah perkataan
di sana – 2 patah perkataan
Kata ganda dikira sebagai satu perkataan gunung-ganang, murid-murid, haru-biru
Peribahasa, dikira sebagai satu perkataan ada hati – 1 patah perkataan
ungkapan, dan seperti aur dengan tebing – 1 patah perkataan
cogan kata pandu cermat jiwa selamat – 1 patah perkataan
Tarikh dan dikira sebagai satu perkataan 1000 – 1 patah perkataan
angka 8 September 20XX – 1 patah perkataan
Kata majmuk dikira sebagai satu perkataan tunjuk ajar, bercampur aduk, mengambil kira
Gelaran dikira sebagai satu perkataan Yang Berhormat – 1 patah perkataan
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong – 1 patah perkataan

3. Rumusan mestilah mengandungi keempat-empat aspek, iaitu pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat,
dan penutup.
4. Penggunaan bahasa baik, lancar, dan tidak terdapat kesalahan tatabahasa.
5. Rumusan tidak mengandungi kesalahan ejaan.

D Pemarkahan Soalan Rumusan
1. Markah penuh bagi soalan rumusan ialah 30 berdasarkan pembahagian markah seperti yang berikut.
(a) Isi → 20 markah (b) Bahasa → 10 markah
2. Pecahan markah isi adalah seperti yang berikut:
Isi Markah
Pendahuluan 2 markah
Isi tersurat Minimum: 4 markah
Maksimum: 12 markah
Isi tersirat Minimum: 4 markah
Maksimum: 12 markah
Bab 4
Penutup 2 markah
• Jumlah markah isi tersurat dan tersirat ialah 16 markah.
3. Pecahan markah bahasa dan markah isi rumusan adalah seperti yang berikut:
Peringkat Markah isi Markah bahasa Huraian
Baik 18 – 20 9 – 10 – kesinambungan isi baik
15 – 17 7 – 9 – struktur ayat / tatabahasa baik
– kosa kata luas
– tanda baca / ejaan betul
Sederhana 12 – 14 6 – 7 – kesinambungan isi masih baik
8 – 11 4 – 6 – struktur ayat / tatabahasa masih memuaskan
– kosa kata masih memuaskan
– penggunaan tanda baca / ejaan memuaskan
Lemah 1 – 7 1 – 4 – keseluruhannya dalam serba kekurangan /
tidak memuaskan

264





004a Focus SPM BM.indd 264 12/01/2022 2:41 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan

Tip Pemeriksa untuk Skor A



Contoh Soalan dan Jawapan
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 – Petikan

Kehambaran atlet negara semasa Sukan SEA pada tahun 2019 menimbulkan pelbagai persoalan
tentang mutu pembangunan sukan negara. Berdasarkan banyaknya wang yang dibelanjakan dalam
bidang sukan, mutu sukan negara sepatutnya terus berkembang maju. Ada pihak yang mendakwa
bahawa kemerosotan ini berpunca daripada kemelut dalam pengurusan sukan negara. Kemelut
ini timbul kerana sikap tidak profesional pegawai yang mencampuri urusan jurulatih untuk
menentukan pemilihan pemain. Malahan, sikap pengurusan sukan yang menjadikan persatuan
sukan sebagai platform untuk mencari keuntungan peribadi juga menjadi faktor kemerosotan
sukan negara. Selain itu, pengurusan sukan gagal menjaga kebajikan para atlet mereka, mengambil
kesempatan atas kemenangan atlet dan melewat-lewatkan penyerahan ganjaran. Natijahnya,
banyak atlet yang berjauh hati dan mengambil keputusan untuk bersara awal.

Di samping itu, kemajuan sukan negara juga terbantut kerana bidang sukan negara kekurangan
tenaga pelapis yang boleh menggantikan atlet senior. Persaraan dua jagoan sukan negara seperti
Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicole Ann David merupakan tamparan hebat kepada bidang
sukan kerana sehingga kini, kita masih tidak nampak atlet yang mampu menggantikan mereka.
Masalah ini berlaku kerana kebanyakan ibu bapa kurang memberikan dorongan kepada anak-
anak mereka agar bergiat aktif dalam bidang sukan. Mereka berpendapat bahawa kecemerlangan
akademik lebih utama kerana lebih menjamin masa hadapan.

Kemajuan sukan negara juga tersekat kerana banyak berlaku ketirisan dalam penyaluran
peruntukan kepada atlet. Ketirisan ini berlaku akibat sikap tidak amanah pegawai sukan. Oleh
itu, atlet tidak dapat menyerlahkan potensi mereka yang sebenar. Malahan, ada dalam kalangan
atlet terlibat dengan rasuah demi kepentingan diri mereka. Pengharaman beberapa orang pemain Bab 4
badminton negara menjadi bukti amalan rasuah sebenarnya membelenggu atlet negara kita.
Atlet yang sebegini sudah tentu tidak dapat berjuang dengan bermati-matian untuk negara.
Tambahan pula, moral atlet kita berada pada tahap yang rendah dan mudah mengaku kalah
apabila menghadapi lawan yang bertaraf dunia. Hal ini mungkin kerana, mereka kurang keyakinan
di samping kurang pendedahan dan pengetahuan.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sukan Malaysia Pamer Prestasi Terburuk Sepanjang 2019’,
Buletin Asia, Disember 2019













265





004a Focus SPM BM.indd 265 12/01/2022 2:41 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
Bahan 2 – Grafik



RINGKASAN
RINGKASAN
BELANJAWAN
A
BELANJ
WAN
2020
2020
> RM45 JUTA
SUKAN
> RM20 JUTA SUKAN Program
e-Sukan Pembangunan Bola
Sepak Negara (NFDP)







> RM179 JUTA
Persiapan kejohanan > RM299 JUTA
antarabangsa seperti Pelaksanaan program sukan
Sukan Olimpik 2020, > RM10 JUTA untuk semua termasuk
Sukan SEA 2021, Pembangunan memulihkan dan menaik taraf
dan atlet paralimpik atlet wanita kemudahan sukan


Contoh Jawapan Murid



Petikan membincangkan  faktor-faktor yang menyekat kemajuan sukan di negara kita  dan
kesan-kesannya.

 Antara faktornya ialah masalah utamanya ialah kerap berlaku kemelut dalam pengurusan
sukan negara. Kemelut ini timbul kerana sikap tidak profesional pegawai yang mencampuri urusan
jurulatih untuk menentukan pemilihan pemain.  Sikap pengurusan sukan yang menjadikan
persatuan sukan sebagai platform menjadi faktor kemerosotan sukan negara.  Natijahnya,
Bab 4
banyak atlet yang berjauh hati dan mengambil keputusan untuk bersara awal.  Kemajuan sukan
negara juga tersekat kerana banyak berlaku ketirisan dalam penyaluran peruntukan kepada atlet.
 Persaraan dua jagoan sukan negara seperti Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicole Ann David
merupakan tamparan hebat.  Malahan, ada dalam kalangan atlet terlibat dengan rasuah demi
kepentingan diri mereka.
 Kesan yang dialami ialah negara mengalami kemerosotan ekonomi akibat terlalu banyak
wang terbazir dalam bidang sukan dan  industri pelancongan juga akan terjejas.

 Kesimpulannya, semua pihak haruslah menangani kekangan-kekangan ini.
 [131 patah perkataan]







266





004a Focus SPM BM.indd 266 12/01/2022 2:41 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
Komen pemeriksa tentang kelemahan jawapan murid
 Murid tidak dapat memberikan maksud kehendak bahan rangsangan pertama, iaitu kekangan-
kekangan dalam bidang sukan.

 Murid juga tidak dapat memahami perkara yang dinyatakan dalam bahan rangsangan kedua.
 Murid menyalin semua baris ayat tanpa memisahkan isi dengan huraian.
 Isi yang dikemukakan oleh murid kurang tepat kerana membuang bahagian penting isi.

 Isi yang dikemukakan oleh murid bukanlah isi kerana ayat merupakan huraian kepada isi.
 Murid mengemukakan isi tersurat yang tepat dan mendapat markah.
 Murid mengemukakan contoh, bukannya isi tersurat.
 Murid mengemukakan isi tersurat yang tepat dan mendapat markah.

9 Murid tidak mengemukakan isi tersirat yang sesuai dengan kehendak soalan.
 Murid tidak mengemukakan isi tersirat yang sesuai dengan kehendak soalan.
 Murid menulis rumusan lebih daripada jumlah yang dibenarkan.

Pemarkahan
Pendahuluan → 0
Isi tersurat → 5
Isi tersirat → 0
Penutup → 1
Bahasa → 4
———————––––
Jumlah → 10
———————––––


Contoh Jawapan Pemeriksa


Rumusan membincangkan halangan-halangan yang menyekat kemajuan sukan di negara kita dan
peruntukan kerajaan untuk memajukannya.
Antara faktor yang menghalang pembangunan sukan ialah kemelut dalam pengurusan Bab 4
sukan akibat sikap tidak profesional pegawai. Selain itu, terdapat sesetengah pengurusan sukan
yang mencari keuntungan peribadi dan gagal menjaga kebajikan atlet serta mengambil kesempatan
terhadap mereka. Tambahan pula, bidang sukan negara kekurangan tenaga pelapis yang mampu
menggantikan atlet senior. Di samping itu, banyak berlaku ketirisan dalam penyaluran peruntukan
kepada atlet. Malahan, ada atlet yang terlibat dengan rasuah.

Dalam pada itu, kerajaan memperuntukkan ratusan juta ringgit untuk memajukan sukan
negara agar dapat setanding dengan negara yang lain. Tumpuan kerajaan adalah kepada Sukan
Olimpik dan pembinaan prasarana sukan untuk semua peringkat.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu dalam menangani kekangan-
kekangan ini demi meningkatkan mutu sukan negara.
[120 patah perkataan]






267





004a Focus SPM BM.indd 267 12/01/2022 2:41 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
1


Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 – Petikan


Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan wahana penting untuk membantu
pencapaian matlamat Pembangunan Pendidikan 2015 – 2025. Kemajuan pesat TMK harus
dimanfaatkan para guru untuk memastikan pendidikan negara kita dapat bergerak seiring dengan
negara-negara maju yang lain.
Terdapat beberapa tujuan teknologi maklumat dan komunikasi dibangunkan dalam bidang
pendidikan di negara kita. Antara tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan pembangunan
infrastruktur TMK di setiap sekolah di negara kita. Hal ini penting agar semua sekolah memperoleh
infrastruktur TMK yang lengkap bagi membolehkan pembelajaran secara dalam talian dapat
dijayakan. Di samping itu, pembangunan dalam bidang ini juga ditingkatkan dengan memperluas
akses agar murid-murid memperoleh literasi komputer seawal yang mungkin.

Pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan di negara ini juga
bertujuan untuk menekankan pengintegrasian bidang ini agar pengetahuan murid-murid menjadi
lebih luas. Selain itu, pembangunan ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan teknologi
maklumat dalam pengurusan pendidikan agar kerenah birokrasi dapat dikurangkan sekali gus
mencekapkan pengurusan. Tambahan pula, pembangunan ini juga bertujuan untuk meningkatkan
penyelidikan dan pembangunan dalam teknologi maklumat dan komunikasi agar bidang ini terus
diperkasa dalam sistem pendidikan negara.

Pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan di negara ini
berhasrat untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran TMK dalam kalangan guru. Hal
ini amat penting agar guru dapat merangsang murid agar menggunakan TMK sebagai sumber
pengajaran dan pembelajaran. Peranan guru juga berubah menjadi fasilitator dan moderator.
Malahan, pembangunan ini juga bermatlamat untuk meningkatkan kerjasama antara institusi
pendidikan dengan masyarakat. Kerjasama ini penting agar dapat membantu memperkembang
TMK dalam pendidikan. Dalam hal ini, sarana ibu bapa yang mungkin mempunyai pengetahuan
Bab 4
yang luas dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi dapat dimanfaatkan untuk memajukan
TMK di sekolah demi kebaikan murid-murid.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘‘ICT dalam Pendidikan’
oleh Hamsiah binti Mohd Dahalan


Kepentingan
Teknologi
Maklumat kepada
INFO 17 Remaja







268





004a Focus SPM BM.indd 268 12/01/2022 2:41 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
Bahan 2 – Grafik

Peranan Teknologi dalam Pendidikan



Memberikan
Meningkatkan
peluang Meningkatkan
kecekapan
pembelajaran kemahiran
dan
yang sama guru dan
keberkesanan
kepada semua murid
hasil
murid yang
pembelajaran
pelbagai
keupayaan


Menjadikan
Mewujudkan
proses
suasana
pembelajaran
pembelajaran
lebih aktif
yang
menyeronokkan





Fokus

Usaha Kementerian Pendidikan tidak akan berjaya jika para guru tidak dibudayakan penggunaan komputer dan TMK
sepenuhnya. Pengalaman di negara maju menunjukkan lima keperluan perlu ada jika Kementerian Pendidikan ingin
meningkatkan pendedahan dan penerimaan guru kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Keperluan itu ialah:
• sikap guru dan pelajar mestilah positif dan bersedia untuk berubah
• prasarana komputer dan rangkaian komunikasi mestilah lengkap dan mencukupi
• tenaga yang terlibat untuk memperkenal dan memperluaskan teknologi maklumat mestilah mahir
• peruntukan wang mestilah mencukupi untuk menggerakkan perkembangan TMK
• hubungan interpersonal yang kuat antara guru dengan pelajar Bab 4



2



Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan Pedofilia dan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan Jenayah Seksual
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal Kanak-kanak di
Malaysia
petikan dan bahan. VIDEO 9
Bahan 1 – Petikan

Belakangan ini, isu penderaan seksual terhadap kanak-kanak semakin kerap berlaku. Isu ini
seharusnya ditangani kerana penjenayah menyeksa, menggunakan kanak-kanak dan mengugut
mereka untuk melakukan hubungan seksual demi memuaskan nafsu serakah tersebut.


269





004a Focus SPM BM.indd 269 12/01/2022 2:41 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
Terdapat pelbagai faktor jenayah ini berlaku. Faktor utamanya ialah kurangnya didikan
agama yang diperoleh para pelakunya. Dengan itu, mereka tidak dapat menilai perlakuan mereka
yang sememangnya berdosa besar dan dilaknat oleh agama. Kita mengakui bahawa ada orang
yang zahirnya kelihatan sebagai orang yang taat kepada agama turut melakukan perbuatan keji ini.
Golongan ini melakukan perbuatan ini kerana mereka gagal mengawal nafsu seks mereka sehingga
syaitan menguasai perlakuan mereka.

Selain itu, penderaan seksual terhadap kanak-kanak berlaku kerana pengaruh Internet yang
memaparkan perlakuan seks. Hal ini akan mempengaruhi fikiran penjenayah untuk melakukannya.
Tambahan pula, ada dalam kalangan penjenayah tersebut pernah menjadi mangsa penderaan
seksual semasa mereka kecil. Keadaan ini menimbulkan ketagihan kepada mereka untuk melakukan
perbuatan itu kepada kanak-kanak lain. Penderaan seksual juga berlaku kerana sikap sesetengah
ibu bapa yang kurang mengambil berat tentang aduan yang disampaikan oleh anak-anak mereka.
Lazimnya, apabila anak mula didekati oleh penjenayah, mereka akan melakukan amang seksual
untuk menggoda mangsa. Anak-anak biasanya akan memberitahu ibu bapa mereka, tetapi ibu
bapa jarang mahu mempercayai aduan itu sehinggalah keadaan menjadi lebih buruk.

Malahan, jenayah ini turut berlaku kerana sikap lepas tangan ibu bapa terhadap anak-anak
mereka. Ada ibu bapa yang tidak mengambil kisah tentang anak-anak mereka yang berkeliaran
seorang diri di kawasan perumahan. Keadaan ini mendorong penjenayah untuk melarikan mangsa
dan melakukan jenayah tersebut. Di samping itu, jenayah ini juga dilakukan oleh ayah tiri yang
menganggap anak tirinya sebagai stimulasi seksual. Hal ini biasanya berlaku bagi seseorang ibu
tunggal yang berkahwin dengan pasangan baharu. Di samping itu, penagihan dadah dan arak
boleh juga menjadi faktor jenayah ini berlaku kerana fikiran pelaku yang tidak waras. Natijahnya,
anak-anak yang menjadi mangsa penderaan seksual ini sudah pasti mengalami trauma yang
berpanjangan.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Jenayah Seksual: Penderaan Seksual Kanak-kanak” oleh Goh
Chee Eong dan Lee Ming Ting.)


Bahan 2 – Grafik
Cara Bijak Menjaga Keselamatan Diri



Tiada sesiapa yang boleh
menyentuh saya dan meminta
Bab 4
saya merahsiakannya.


Jika ada seseorang yang
menyentuh saya dan meminta
merahsiakannya, saya mesti
memberitahu orang dewasa.




TUBUH SAYA,
MILIK SAYA.





270





004a Focus SPM BM.indd 270 12/01/2022 2:41 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
3



Baca petikan dan sajak di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda Semangat
Patriotisme
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan dan bahan. VIDEO 10

Bahan 1 – Petikan

Isu semangat patriotisme selalu menjadi bahan perbualan dalam kalangan rakyat Malaysia
kerana semangat ini amat penting. Antara kepentingannya ialah semangat patriotisme mampu
membina negara yang aman, damai, dan makmur. Dengan itu, rakyat akan berasa bahagia dan
sejahtera tinggal di negara ini. Malahan, situasi ini akan merangsang lebih banyak pelabur asing
melaburkan wang mereka di negara kita. Natijahnya, ekonomi negara dapat diaktifkan sekali gus
masalah pengangguran rakyat dapat dikurangkan. Tambahan pula, semangat patriotisme juga
akan memangkin kemajuan negara kerana rakyat berganding bahu untuk melonjakkan kemajuan
negara.
Semangat patriotisme juga akan melonjakkan usaha untuk meningkatkan imej negara pada
peringkat antarabangsa. Atlet-atlet negara yang berjaya seperti Datuk Lee Chong Wei, Azizulhasni
Awang, dan Datuk Nicole Ann David sanggup berkorban untuk meningkatkan imej negara.
Tambahan pula, semangat patriotisme juga akan mendorong rakyat menjaga nama baik negara
daripada tercemar. Oleh itu, sebarang perlakuan buruk sama ada di dalam negara atau di luar
negara akan dijauhi semata-mata mahu menjaga nama baik negara. Di samping itu, semangat
patriotisme juga akan melonjakkan semangat generasi muda untuk meneroka peluang-peluang
baharu dalam pelbagai bidang. Mereka akan merintis bidang-bidang yang mampu menjadi
penanda aras kepada kejayaan bangsa Malaysia.
Semangat patriotisme juga merupakan elemen penting untuk membentengi negara daripada
penjajahan bentuk baharu. Hal ini demikian kerana, semangat patriotisme dalam kalangan rakyat
mampu menolak sebarang usaha penjajahan. Kita tahu bahawa ledakan langit terbuka memudahkan
usaha-usaha penjajahan ini tetapi rakyat yang berpatriotisme tinggi mampu menepisnya. Semangat
patriotisme juga mampu melonjakkan jualan produk tempatan sekali gus merancakkan ekonomi
negara. Hal ini demikian kerana, rakyat akan mengutamakan pembelian barangan tempatan Bab 4
berbanding dengan barangan import. Kita mahu rakyat negara kita berasa bangga apabila membeli
barangan keluaran negara mereka dan berasa megah apabila menggayakannya.
(Dipetik daripada ‘Kepentingan Semangat Kejiranan’, laman web Jom.ri)




















271





004a Focus SPM BM.indd 271 12/01/2022 2:41 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
Bahan 2 – Sajak

SUMPAH ANAK MERDEKA

Aku anak merdeka
Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa

Aku anak merdeka
Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa

Aku anak merdeka
Harapan nusa dan bangsa Fokus
Akan kutentang petualang negara
Yang tegar membuat angkara Pakar ahli psikologi menyatakan nilai dan sikap
terbahagi kepada aspek kognitif, afektif, dan tingkah
laku. Aspek kognitif ialah nilai terhadap maklumat
Aku anak merdeka dan kepercayaan dalam sesuatu perkara. Afektif pula
Di hati semangat waja ialah nilai membabitkan kecenderungan individu yang
mencerminkan sebahagian nilai dan sikap. Tingkah
Di dada penuh satria laku pula ialah gerak-geri, kelakuan, dan perbuatan
Ini Tuah akan membela seseorang individu. Ketiga-tiga aspek ini saling berkaitan
dalam mengawal tingkah laku dan pandangan seseorang
Untuk kubalut luka lama yang boleh mempengaruhi kehidupan, agama dan
persekitaran, sistem kerajaan, masyarakat, kebudayaan,
Serunai Faqir adat resam, dan sejarah. Ketiga-tiga aspek berkenaan
patut ditanamkan dalam jiwa remaja bagi meningkatkan
Wangsa Maju semangat patriotisme yang kian pudar.



4


Baca petikan dan sajak di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
Bab 4
mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 – Petikan

Sejak dahulu lagi, gejala rasuah sesuatu yang sukar ditangani, namun terus berlaku dengan pelbagai
kaedah licik untuk mengaburi mata pihak berkuasa. Walaupun semakin banyak yang sedar akan
keburukan rasuah, namun jenayah keji ini semakin pantas berlaku seiring dengan kepesatan
teknologi pada masa ini. Antara kesan gejala rasuah ialah berlakunya ketirisan sesuatu peruntukan
yang akhirnya menjejaskan kualiti sesuatu pembinaan. Sebagai contohnya, seorang jurutera binaan
yang diberikan amanah meluluskan sesebuah bangunan baharu telah meluluskan bangunan yang
sememangnya tidak selamat kerana menerima rasuah. Hal ini sudah tentu akan membahayakan
nyawa orang yang berada di dalam bangunan itu kelak. Selain itu, rasuah juga menyebabkan
pertimbangan dan keputusan tidak lagi dibuat berasaskan kepentingan sesuatu dasar. Sebagai
contohnya, hakim yang menerima rasuah sudah pasti tidak dapat menjatuhkan keputusan yang adil
kepada tertuduh. Oleh itu, sistem kehakiman tidak lagi dihormati.


272





004a Focus SPM BM.indd 272 12/01/2022 2:41 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
Rasuah juga boleh menggugat kesejahteraan negara apabila terdapat warganegara asing yang
memperoleh kewarganegaraan di negara ini dengan cara memberikan rasuah. Warganegara asing
ini tidak mematuhi syarat-syarat dan saluran-saluran yang sah. Malahan rasuah juga menyebabkan
permasalahan asas yang dihadapi oleh rakyat seperti kemiskinan akan terus gagal dilaksanakan
kerana sumber-sumber yang telah disalurkan kepada kumpulan ini telah diselewengkan oleh
pihak tertentu. Tambahan pula, rasuah akan menyebabkan pentadbiran kerajaan akan dilihat
sebagai lemah kerana kerajaan kehilangan atau kerugian hasil pendapatan akibat amalan tindakan
yang tidak bertanggungjawab oleh kakitangan kerajaan yang diberikan amanah.

Malahan, amalan rasuah juga akan menjejaskan nama baik negara pada peringkat
antarabangsa. Para pelabur akan hilang keyakinan untuk melaburkan wang mereka di negara yang
memang banyak rasuah. Hal ini demikian kerana, mereka terpaksa mengeluarkan perbelanjaan
yang banyak untuk menjalankan operasi perniagaan mereka lantaran banyak pihak yang ingin
akan rasuah. Di samping itu, amalan rasuah juga boleh meningkatkan kadar jenayah di negara
kita. Hal ini demikian kerana, penjenayah tidak berasa takut dengan hukuman kerana mereka
boleh merasuah pihak berkuasa untuk melepaskan mereka daripada tindakan undang-undang.
Keadaan ini boleh menimbulkan kekacauan kerana pihak yang tidak berpuas hati dengan pihak
berkuasa akan mengambil tindakan sendiri kepada penjenayah yang dilepaskan itu.

Dipetik dan diubah suai daripada Mencegah Rasuah Pendekatan Integriti dan Amalan Tadbir
Urus yang Berkesan , Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)



Bahan 2 – Sajak

Usah Terlibat dengan Rasuah

Usah terlibat dengan rasuah, Usahlah terlibat dengan rasuah,
perbuatan demikian dimurkai Allah, bila tertangkap semuanya musnah,
pemberi dan penerima rendah maruah, kemesraan sekeluarga punah ranah,
ingatlah anak isteri di rumah. sementelah tertuduh diheret ke mahkamah.

Usahlah terlibat dengan rasuah, Usahlah terlibat dengan rasuah,
kenanglah bapa bekerja di sawah, kehidupan berintegriti tidaklah susah, Bab 4
membesarkan kita dengan payah, selalulah sujud di atas sejadah,
janganlah biarkan mereka berasa gundah. kepada Allah tangan ditadah.

Usahlah terlibat dengan rasuah,
rezeki yang ada cukuplah sudah,
dosa pahala jangan dianggap mudah, Kamaruddin Hassan
ingatlah kita akan kembali ke tanah. Shah Alam Selangor














273





004a Focus SPM BM.indd 273 12/01/2022 2:41 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
5


Baca petikan dan sajak di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 – Petikan


Jiwa dan raga,
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka.

Petikan di atas ialah sebahagian lirik lagu “Bahtera Merdeka”. Daripada lirik di atas, rakyat
perlulah memiliki kekuatan fizikal, agama, dan emosi bagi menjamin keamanan dan kestabilan
negara. Walau bagaimanapun, semua kekuatan itu semakin rapuh khususnya dalam kalangan
generasi muda, walhal semua kekuatan itu menjadi asas penting untuk kemajuan negara.
Kerajaan tidak memandang enteng tentang kerapuhan aspek tersebut kerana sedar akan
kepentingannya sebagai tunjang keutuhan negara. Pelbagai langkah dirancang dan dilaksanakan
untuk meningkatkan kekuatan fizikal, agama, dan emosi dalam kalangan generasi muda. Bagi
membina kekuatan fizikal, golongan muda diajar dan dilibatkan dalam Pendidikan Jasmani
sejak tahun 1 lagi. Tidak cukup dengan itu, terdapat sukan dan permainan yang menggalakkan
murid bergiat aktif dalam sukan. Di samping itu, terdapat juga subjek Sains Kesihatan yang
menitikberatkan penjagaan kesihatan agar golongan muda memiliki fizikal yang kuat.
Bagi bahagian agama pula, kerajaan menitikberatkan pengajaran agama kepada setiap
rakyat sejajar dengan Prinsip Rukun Negara, iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan. Walaupun
Islam merupakan agama rasmi di negara ini, penganut agama lain dibenarkan menjalankan
aktiviti keagamaan mereka. Bagi penganut agama Islam, subjek ini diajar di sekolah agar murid
yang beragama Islam mempunyai asas yang kukuh tentang agama itu. Selain itu, kerajaan juga
memperkasa sekolah agama rakyat agar murid Islam mendapat pendidikan agama tambahan pada
waktu petang.
Bagi memantapkan emosi golongan muda, kerajaan menjalankan pelbagai kempen
terhadap generasi muda. Antara kempennya ialah ‘Sehati Sejiwa Se-Malaysia’ dan ‘Masyarakat
Bab 4
Penyayang’. Menerusi kempen ini, kerajaan berharap agar generasi muda berasa bangga menjadi
rakyat Malaysia dan bersikap penyayang terhadap masyarakat. Di samping itu, kerajaan turut
menjalankan kempen ‘Budi Bahasa Amalan Mulia’ supaya generasi muda mengamalkan amalan
berbudi bahasa. Kerajaan juga menjalankan kempen ‘Cintailah Bahasa Kita’ untuk meningkatkan
perasaan cinta akan bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda.
















274





004a Focus SPM BM.indd 274 12/01/2022 2:41 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
Bahan 2 – Sajak
Warkah Kepada Generasi

Generasi tercinta
kalian adalah kelompok bertuah
yang sempat berteduh di langit alaf baru
dengan keberanian sebagai bangsa bermaruah
di tanah merdeka milik abadi kita.
Generasiku yang bijak bestari
ini bumi suci perjuangan nenek moyang
yang bersumpah setia memartabatkan bangsa
mendaulatkan tanah air, mencipta kebebasan
membina istana merdeka yang kalian diami.
Penutup warkah ini
ingin kuingatkan: jangan biarkan akar sejarah
tercabut dari bumi bertuah ini.

Amiruddin Md. Ali Hanafiah


Fokus

Penggunaan bahasa rojak dan slanga di media sosial sehingga mempengaruhi cara berbahasa di alam realiti, antara cabaran
yang perlu ditangani bagi memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat. Para pengguna media sosial dilihat
menekankan kepantasan mesej yang mahu disampaikan, berbanding dengan penggunaan bahasa dan tatabahasa yang
betul. Dengan itu, masyarakat tanpa mengira umur perlu terus menggunakan bahasa Melayu dengan baik di samping
memartabatkan penggunaan bahasa itu tanpa mengira keadaan.


6



Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini dan Faedah dan
kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah Kebaikan
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa Amalan Rumah Bab 4
mengubah maksud asal petikan dan bahan. INFO 18 Terbuka

Bahan 1 – Petikan

Pada zaman dahulu, amalan ziarah-menziarahi merupakan tradisi masyarakat yang sangat
popular. Kini, amalan tersebut semakin kurang dilakukan dengan memberikan pelbagai
alasan. Realitinya, banyak manfaat daripada amalan murni tersebut. Antaranya ialah amalan
ini dapat memperkukuh hubungan silaturahim seterusnya meningkatkan perpaduan dalam
kalangan masyarakat. Semasa berziarah, lazimnya tetamu akan membawa buah tangan,
manakala tuan rumah pula melayan tetamu dengan juadah mengikut kemampuan. Aktiviti
seperti ini besar impaknya kepada hubungan sesama masyarakat. Selain itu, amalan ini juga
dapat menyatupadukan masyarakat terutamanya yang membabitkan masyarakat pelbagai kaum.
Alangkah indahnya kehidupan masyarakat jika mereka saling menziarahi tanpa mengira agama
dan kaum. Amalan ini mampu meruntuhkan tembok prasangka antara kaum.



275





004a Focus SPM BM.indd 275 12/01/2022 2:41 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
Amalan ziarah-menziarahi juga dapat membina masyarakat penyayang. Apabila ada
sesebuah keluarga yang ditimpa kesusahan, masyarakat di sekitarnya datang untuk memberikan
bantuan dan sokongan moral. Tambahan pula, amalan ini dapat mewujudkan sikap suka bergaul
dalam kalangan generasi muda kerana mutakhir ini, generasi muda lebih suka menyendiri dan
bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Malahan, para remaja
juga akan belajar tentang adab-adab semasa berkunjung ke rumah orang. Di samping itu, amalan
ziarah-menziarahi ini dapat menangani masalah jenayah setempat. Apabila hubungan masyarakat
menjadi rapat, masyarakat akan lebih mudah untuk bekerjasama bagi membanteras jenayah yang
berlaku di kawasan mereka. Sebagai contohnya, jika ada jiran yang balik ke kampung, jirannya
yang lain akan menjaga keselamatan rumah jirannya itu.
Di samping itu, amalan ziarah-menziarahi ini juga dapat membentuk masyarakat prihatin
dan bertanggungjawab. Jika ada jiran yang sakit, jiran di sekitarnya akan menziarahinya. Kunjungan
itu sudah tentu memberikan kelegaan dan ketenangan kepada seisi tuan rumah kerana ada pihak
yang mengambil berat keadaan mereka. Malahan, amalan ini mampu meluaskan ilmu pengetahuan
kerana semasa berbual-bual, banyak informasi berguna yang dapat dikongsi secara bersama.
Tambahan pula, amalan ini dapat mengurangkan gejala sosial dalam kalangan masyarakat. Hal
ini demikian kerana, masyarakat saling mengenali dan mampu memberikan teguran kepada
anak-anak jiran secara berhemah hasil perhubungan yang dibentuk melalui amalan kunjung-
mengunjung.
Dipetik dan diubah suai daripada “Kebaikan-kebaikan Amalan Berziarah”,
laman web maribelajaradab.


Bahan 2 – Grafik
RUMAH

TERBUKA ERAT

SILATURAHIM


Budaya orang Melayu sambut
Hari Raya Aidilfitri masih kekal hingga kini
Bab 4
Amalan rumah terbuka sudah menjadi lumrah untuk telah memutuskan bahawa sebanyak enam gawang minda kita ialah apakah
sambutan perayaan di negara ini termasuk Hari Raya perayaan kaum dianggap sebagai perayaan utama kepentingan-kepentingan amalan rumah
Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Hari Krismas. negara yang diraikan pada peringkat kebangsaan terbuka (sebenarnya, amalan rumah
Perayaan seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka anjuran bersama kerajaan pusat dan kerajaan terbuka yang diwujudkan banyak
sehingga pelbagai lapisan masyarakat mengetahui istilah negeri. Menyedari kesungguhan kerajaan untuk memberikan kemaslahatan terutamanya
rumah terbuka yang amat sinonim dalam kehidupan mereka menganjurkan rumah terbuka pada peringkat dalam mengeratkan perpaduan kaum
sejak turun-temurun. Kerajaan Malaysia pada tahun 2020 nasional, persoalan yang sering berlegar-legar di dalam kalangan anggota masyarakat.
















276





004a Focus SPM BM.indd 276 12/01/2022 2:41 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
7


Baca petikan dan sajak di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan dan bahan.


Bahan 1 – Petikan

Pada zaman langit terbuka ini, sektor perindustrian harus diberikan fokus untuk menjanakan
ekonomi negara. Antaranya ialah industri desa kerana industri ini berpotensi tinggi dan mampu
memberikan sumbangan yang banyak terhadap kerancakan ekonomi negara. Bagi meningkatkan
kemajuan industri desa, para pengusaha harus meningkatkan kualiti produk bagi memenangi hati
pelanggan. Selain itu, pengusaha industri desa haruslah menghasilkan produk yang memenuhi cita
rasa pelanggan. Misalnya, pengusaha batik haruslah menghasilkan rekaan terbaharu. Malahan,
pengusaha juga haruslah melipatgandakan promosi mereka dengan menggunakan medium
Internet bagi memperluas liputan pasaran mereka.

Selain itu, masyarakat juga haruslah menyokong produk industri desa dengan membeli
produk tersebut. Jika ada kualiti yang kurang baik, masyarakat haruslah memberikan teguran
secara membina supaya pengusaha dapat meningkatkan kualitinya. Demikianlah sebaliknya, jika
kualiti produk itu amat baik, masyarakat harus menggunakan media sosial untuk menguar-uarkan
keunikan dan kehebatan produk tersebut. Di samping itu, rakyat Malaysia yang berada di luar
negara haruslah membantu pengusaha tempatan dengan menjadi wakil jualan produk tersebut di
luar negara. Hal ini dapat melebarkan pasaran produk industri desa. Pihak universiti juga boleh
mengadakan kerjasama strategik dengan pengusaha industri tempatan dari segi penyelidikan dan
pembangunan. Menerusi kerjasama ini, pihak universiti dapat membantu pengusaha mengeluarkan
produk berkualiti.

Malahan, penggunaan teknologi moden penting bagi meningkatkan kuantiti dan kualiti
produk industri desa. Hal ini penting agar produk industri desa berdaya saing khususnya di
pasaran antarabangsa. Oleh itu, semua agensi kerajaan yang terlibat perlu mengadakan kursus
tentang cara menggunakan peralatan mesin dan jentera. Jelaslah bahawa penggunaan alat teknologi
moden, akan menarik lebih banyak lagi mereka yang berminat menceburkan diri dalam industri Bab 4
desa. Di samping itu, aspek pemasaran juga haruslah seiring dengan perkembangan teknologi
maklumat pada masa ini. Para pengusaha haruslah memanfaatkan laman dagang seperti ‘Shopee’
dan ‘Lazada’ untuk meluaskan pasaran barangan mereka.





















277





004a Focus SPM BM.indd 277 12/01/2022 2:41 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
Bahan 2 – Sajak

Cabaran Industri Desa
Cahaya suria luas bertebaran, Anak nelayan menangkap kuang,
Nampak cerah seluruh angkasa; Kuang diletakkan di hujung dahan;
Industri desa banyak cabaran, Bahan mentah pula berkurang,
Pengusaha usah berputus asa. Hasilkan barang tak cukup bahan.

Jadikan mainan burung serindit, Pucuk ketapang menjulang tinggi,
Dikejar-kejar di tengah halaman; Tempat hinggap burung pekaka;
Persaingan jadi semakin sengit, Tenaga kerja banyak yang pergi,
Barangan import jadi ancaman. Tak lagi sanggup di sini bekerja.

Anak nelayan pergi dermaga, Kalau pergi ke Pekan Selasa,
Pergi bersama si anak Daeng; Jangan lupa membeli tauhu;
Para pengeluar berlawan harga, Aduhai malang industri desa,
Pengusaha desa gagal bersaing. Hidup segan mati tak mahu.


Azahar Bahari
Ilham Bestari, Teluk Intan.



Fokus

Objektif Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)
• Membangunkan usahawan bumiputera luar bandar dalam semua bidang ekonomi yang berdaya maju dan dibenarkan
oleh undang-undang.
• Menggalakkan penglibatan dan pembangunan usahawan bumiputera bagi mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan
pendapatan serta perniagaan yang berdaya maju kepada masyarakat di luar bandar.
• Memajukan sektor-sektor ekonomi yang berpotensi tinggi di luar bandar.


8


Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
Bab 4
mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 – Petikan

Industri pelancongan penting kepada negara kita kerana industri ini menjanakan ratusan
bilion ringgit setiap tahun kepada negara kita. Oleh itu, kerajaan berusaha untuk
meningkatkan industri ini agar terus berdaya maju dan memberikan impak positif kepada
ekonomi negara. Namun demikian, industri ini sering berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Antara cabarannya ialah persaingan dengan negara-negara lain terutama negara di rantau
ASEAN. Setiap negara di ASEAN mempunyai keistimewaan tersendiri yang menjadi pusat
tarikan masing-masing. Di samping itu, terdapat juga cabaran daripada segi kejadian jenayah
yang semakin meningkat di negara kita. Hal ini menyebabkan pelancong asing berasa tidak
selamat semasa berada di negara kita. Tambahan pula, banyaknya penipuan Internet yang
turut membimbangkan pelancong asing. Hal ini demikian kerana semasa berada di negara ini,
data peribadi mereka mudah dibocorkan oleh pihak tertentu.

278





004a Focus SPM BM.indd 278 12/01/2022 2:41 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
Selain itu, industri pelancongan negara turut berhadapan dengan cabaran isu alam
sekitar. Banyak kawasan rekreasi di negara kita dicemari sampah sarap dan air laut menjadi
kotor. Hal ini mengurangkan minat pelancong berkunjung ke negara kita. Selain itu, isu jerebu
juga boleh menjejaskan kualiti alam sekitar yang turut menjejaskan industri pelancongan
negara. Semasa jerebu melanda negara kita, banyak pelancong yang membatalkan tempahan
aktiviti pelancongan mereka. Malahan, serangan wabak penyakit seperti COVID-19 juga
melumpuhkan industri pelancongan di seluruh negara. Di samping itu, terdapat sesetengah
peniaga tempatan yang mencekik darah pelancong asing dengan mengenakan bayaran yang
mahal. Hal ini memudarkan minat pelancong asing datang ke negara kita. Peniaga teksi
mengenakan tambang yang mahal dan peniaga makanan menjual makanan dengan harga yang
tidak masuk akal. Sikap sebegini memberi kesan buruk kepada industri pelancongan dalam
jangka panjang.
Selain itu, ada peniaga yang menyampaikan maklumat yang kurang tepat tentang perkhidmatan
pelancongan mereka. Sebagai contohnya, ada pengusaha inap desa memaparkan keindahan tempat
mereka melalui laman web kepada pelancong. Apabila pelancong datang, keadaan tersebut tidak
sama seperti yang digambarkan dalam laman web. Iklan bersifat ‘ indah khabar dari rupa’ itu akan
memudarkan keinginan pelancong berada lebih lama di negara kita. Malahan, ada peniaga juga yang
tidak jujur kepada pelancong asing dengan memberikan produk yang tidak berkualiti. Akibatnya,
pelancong asing berasa tertipu dengan sikap buruk itu. Mereka akan tawar hati kepada negara
kita dan menjadikan cerita ini sebagai cerita di negara mereka. Akibatnya, pelancong dari negara
tersebut tidak lagi datang ke negara kita.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Halangan atau Cabaran Industri Pelancongan di Malaysia’,
pelanconganblogspot.


Bahan 2 – Grafik
TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020 (TMM2020)


FOKUS TMM2020 menjadi Sasaran 30 juta Peruntukan RM90 juta
kepada Kementerian
pelancong serta
pemangkin untuk
Ekopelancongan, seni dan budaya mencapai RM100 bilion resit Pelancongan, Seni dan
yang selaras dengan Pelan sasaran-sasaran yang pelancongan Budaya Malaysia bagi
Ekopelancongan Kebangsaan ditetapkan bawah aktiviti/ program yang Bab 4
2016 – 2025 & Dasar Budaya Pelan Transformasi berkaitan dengan
Kebangsaan sebagai jalan menuju Pelancongan promosi dan kesedaran
ke depan dalam pembangunan Malaysia bagi pasaran domestik
industri pelancongan Malaysia dan antarabangsa
TEMA KEMPEN TAHUN
MELAWAT MALAYSIA
1 1990
Fascinating Malaysia. IMPAK INDUSTRI PELANCONGAN KEPADA EKONOMI MALAYSIA
Year Of Festivals
2 1994 Keluaran Dalam Negara Guna tenaga dalam industri ini
Fascinating Malaysia. Kasar (KDNK) meningkat meningkat 4.9% kepada
Naturally More 3.5 juta orang & menyumbangkan
2007 RM (bilion)
3 Celebrating 50 Years of RM220.6 23.5% (2018) kepada
Nationhood 400 RM201.4 (15.2%) jumlah keseluruhan
(14.6%)
4 2014 200 guna tenaga
Meraikan 1Malaysia Truly Asia negara berbanding
5 2020 100 22.9% (2017)
Visit Truly Asia Malaysia 2020
2017 2018

279





004a Focus SPM BM.indd 279 12/01/2022 2:41 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan

Latihan SPM



Bahagian C
Rumusan
[30 markah]


Pilih satu daripada soalan-soalan di bawah ini.

1. Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 – Petikan

Kempen kitar semula sudah lama dilaksanakan, namun sokongan masyarakat terhadap kempen
ini masih rendah. Hal ini membuktikan usaha selama ini bagaikan mencurah air ke daun keladi
walhal amalan kitar semula ini banyak manfaatnya. Manfaat yang paling utama ialah amalan ini
dapat menangani masalah kekurangan tapak pelupusan sampah. Akibat pertambahan penduduk,
maka kadar pembuangan sampah juga semakin banyak. Malahan, amalan kitar semula dapat
menjanakan pendapatan kepada sesetengah pihak. Mereka mengutip barangan kitar semula
sebagai pendapatan tambahan. Selain itu, semakin banyak kilang kitar semula dibuka sekali gus
mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Selain itu, amalan kitar semula dapat mengekalkan alam sekitar. Hal ini demikian kerana,
penghasilan sesuatu produk dapat dihasilkan dengan menggunakan barangan kitar semula. Sebagai
contohnya, penghasilan kertas daripada kertas yang dikitar semula dapat mengelakkan penebangan
pokok. Malahan, amalan kitar semula juga dapat menjamin kebersihan alam sekitar kita. Jika
dahulu, tong-tong plastik, tin-tin kosong dan kotak akan dibuang di merata-rata tempat sehingga
mengotorkan kawasan persekitaran. Kini, barangan tersebut tidak akan terbuang kerana ada orang
yang akan mengutipnya untuk memperoleh pendapatan. Hal ini dapat menjadi sumber pendapatan
dan dapat membersihkan alam sekitar.
Amalan kitar semula juga dapat menangani kepupusan haiwan liar. Hal ini demikian
kerana, penggunaan bahan kitar semula dapat menyelamatkan sesuatu habitat itu dimusnahkan.
Bab 4
Misalnya, penggunaan kertas kitar semula mampu menyelamatkan kawasan hutan yang menjadi
habitat haiwan. Di samping itu, masalah kesan rumah hijau juga dapat dikurangkan melalui kitar
semula. Menurut kajian, penghasilan barang baharu daripada bahan mentah menggunakan lebih
banyak tenaga berbanding menghasilkan barang baharu daripada barang terbuang. Gas-gas yang
dikeluarkan dari kilang seperti karbon monoksida, sulfur oksida, dan metana marupakan punca
kesan rumah hijau sekali gus menjurus kepada pemanasan global. Hal ini terjadi apabila banyak
tenaga yang digunakan ketika menghasilkan sesuatu barang.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kitar Semula Amalan Terbaik’, Cikhijau.25










280





004a Focus SPM BM.indd 280 12/01/2022 2:41 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
Bahan 2 – Grafik
Jom Kitar Semula!


Kitar semula akan mengubah sisa menjadi sumber-sumber yang bernilai.
Kitar semula juga boleh mengurangkan penggunaan bahan-bahan
semula jadi, menjana sumber kewangan, dan memberikan faedah sosial.



Bahan-bahan yang boleh dikitar semula:
Reduce
(Kurangkan)
• Beli produk isian semula
• Gunakan kain tuala bagi
menggantikan tisu
• Gunakan e-mel untuk Reuse
menghantar surat/ dokumen
(Guna semula) KACA KERTAS PLASTIK
• Bawa beg yang boleh
diguna semula semasa
membeli barang
Recycle • Bawa bekas makanan Kaca: Kertas: Plastik &
Majalah,
Lutsinar/
(Kitar semula) sendiri berwarna, surat khabar, buku, Aluminium:
• Kertas surat khabar • Guna bekas botol minuman, kotak Lutsinar/ berwarna,
tin minuman
botol vitamin,
boleh dijadikan pelbagai minuman semula bekas kosmetik dan makanan
kraf tangan menarik sebagai hiasan
atau bekas alat tulis
2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 – Petikan

Setiap manusia pasti menginginkan kehidupan yang serba sempurna. Tiada seorang pun
individu yang mahu hidup dalam keadaan serba kekurangan dan kesusahan. Namun demikian,
ada yang sanggup mengambil jalan singkat untuk memenuhi keperluan mereka dengan
berhutang. Amalan berhutang memberikan impak negatif terhadap kedudukan kewangan Bab 4
seseorang kerana terpaksa membayar wang lebih atas pinjaman yang dilakukan. Oleh itu,
kedudukan kewangan mereka menjadi kian kritikal apabila pinjaman dilakukan. Selain itu,
amalan berhutang juga akan menyebabkan seseorang itu mengalami masalah tekanan yang
boleh menjejaskan kesihatannya. Tidurnya akan terganggu apabila memikirkan hutang yang
perlu dijelaskan sedangkan sumbernya masih tiada. Malahan, kajian juga mendapati amalan
berhutang juga boleh memporak-perandakan sesebuah keluarga terutama apabila ahli keluarga
tersebut meminjam wang daripada lintah darat.
Amalan berhutang juga boleh meningkatkan statistik pesakit mental dan masalah
kemurungan dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana, mereka tidak mempunyai
wang yang cukup untuk membayar pinjaman tersebut sedangkan pihak yang memberikan
pinjaman akan menekan mereka pada setiap masa. Malahan, amalan berhutang juga menyebabkan
pendidikan dalam institusi keluarga akan terencat. Apabila sesebuah keluarga berhadapan dengan





281





004a Focus SPM BM.indd 281 12/01/2022 2:41 PM

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
masalah kewangan, ibu bapa terpaksa bekerja lebih masa untuk mendapat wang yang cukup untuk
membayar hutang mereka. Akibatnya, anak-anak di rumah dibiarkan untuk menguruskan diri
mereka sendiri. Kelompangan dalam pendidikan ini khususnya aspek agama akan menyebabkan
anak-anak mudah terjebak dalam gejala sosial.
Amalan berhutang juga boleh meningkatkan kadar jenayah di negara kita . Hal ini demikian
kerana, seseorang yang banyak hutang akan sanggup melakukan jenayah untuk mendapatkan wang
dengan cara yang mudah. Mereka akan merompak, memeras ugut, atau menculik sebagai jalan
untuk mendapatkan wang. Tambahan lagi, amalan berhutang juga menyebabkan sesetengah orang
terjebak dalam gejala sosial untuk mendapatkan wang dengan segera. Ada wanita yang sanggup
menjadi pegawai perhubungan pelanggan di kelab-kelab malam demi mendapatkan wang. Tidak
kurang juga yang sanggup menjadi pelacur. Hal ini amat mendukacitakan kerana hutang telah
menyebabkan maruah diri menjadi terlalu murah harganya. Keadaan ini menunjukkan betapa
buruknya kesan amalan berhutang kepada seseorang individu. Dengan itu, kita haruslah ukur baju
di badan sendiri sebelum membuat sesuatu hutang baharu.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Buruknya Amalan Berhutang’, Muhammad Lutfi Zahid
Dewan Siswa, November 2018



Bahan 2 – Sajak


HUTANG

Hati-hati dengan hutang Wahai Awang Malang
salah rancang jadi gelandangan apakah kamu senang?
anakmu sudah hilang
Hati-hati dengan hutang
salah pandang boleh kecundang tanahmu tinggal sebidang
maruahmu hilang
Hati-hati dengan hutang anak orang naik toncang
tanah tak akan tinggal sebidang bini kamu tidak berpakaian

Hati-hati dengan hutang
orang di belakang sedang berang Sementara hutang belum berusang
mari kita bersidang
Kalau asyik berhutang sama berbincang
Bab 4
harga diri akan hilang jangan tersasar pandang
salah hari kena lempang
entah-entah kena terajang Sarji Kasim Bera
mengerang seorang 03. 11. 2014

















282





004a Focus SPM BM.indd 282 12/01/2022 2:41 PM

JAWAPAN






Bab 3. Jika cadangan ini menerima panggilan daripada
1 Karangan dipersetujui, saya berharap agar seseorang yang tidak dikenali.
tuan dapat memilih penceramah Pemanggil mendakwa mereka
Bahagian A: Karangan motivasi yang tepat agar dapat daripada agensi penguat
Berdasarkan Kombinasi mempengaruhi murid-murid kuasa dan mendakwa kita
Kepelbagaian Bahan Rangsangan supaya mempunyai hala tuju melakukan kesalahan undang-
yang jelas. Hal ini memudahkan undang. Mereka meminta kita
memindahkan sejumlah wang
1 murid fokus terhadap tujuan
hidup mereka. Malahan, daripada akaun kita ke akaun
Soalan 1
penceramah motivasi mampu lain bagi mengelakkan kita
1. 544 Jalan Tembusu, menggembleng murid untuk dikenakan tindakan undang-
Taman Seri Setia, mengerahkan tenaga dan minda undang. Mereka meminta
36000 Teluk Intan, untuk berjaya. kita bertindak pantas dan
Perak Darul Ridzuan. merahsiakan panggilan ini
___________________________ 4. Saya yakin bahawa daripada orang lain.
usaha pihak sekolah ini akan
Tuan Pengetua, memudahkan tugas ibu bapa Penipuan sebegini
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri memotivasikan anak-anak. harus kita tangani secara
Setia, Kerjasama yang bagai aur pantas. Caranya, kita harus
36000 Teluk Intan, dengan tebing ini memberikan memutuskan panggilan tersebut
Perak Darul Ridzuan. 15 Mac 20XX. impak positif kepada ibu bapa dan tidak terus melayan pihak
yang tidak pernah berasa lelah tersebut. Kita juga haruslah
Tuan, untuk menyuntikkan semangat meningkatkan tahap kesedaran
Cadangan untuk Mengadakan motivasi agar anak-anak kita terhadap jenayah siber
Program Motivasi kepada mereka mencapai kejayaan. yang menggunakan teknologi
Murid-murid Tingkatan Lima maklumat. Penjenayah licik
Hal ini akan menjadi lebih menggunakan teknologi
Merujuk perkara di atas, saya mudah jika pihak sekolah maklumat untuk memperdayakan
merupakan bapa kepada menganjurkan program motivasi mangsa terutamanya warga
murid sekolah tuan ingin secara berkala. emas.
mengemukakan cadangan 5. Saya berharap agar
untuk mengadakan program cadangan saya ini mendapat Apabila kita menerima
motivasi kepada murid-murid perhatian tuan. Segala panggilan telefon yang
tingkatan lima. kerjasama tuan dalam hal ini meragukan, dengan segera
laporkan kepada pihak polis
2. Cadangan ini saya amat saya hargai. agar polis dapat mengambil
utarakan kerana program Sekian, terima kasih. tindakan yang segera. Demikian
motivasi penting untuk juga, jika ada yang menjadi
mendorong murid-murid Yang benar, mangsa penipuan Internet,
melakukan sesuatu tindakan Shamsul Rizal segeralah membuat laporan
yang positif. Hal ini demikian .............................................. polis supaya kes tersebut
kerana, pada masa ini murid- (Shamsul Rizal bin Mokhtar) dapat ditangani dengan segera.
murid semakin kurang motivasi. Laporan sebegini penting
Selain itu, program motivasi ini 2. Kita sering mendengar berita agar polis dapat mengesan
juga dapat merangsang murid- tentang penipuan Internet. penjenayah yang licik itu.
murid untuk berusaha dengan Kejadian jenayah ini bagaikan Kesimpulannya, jenayah
lebih bersungguh-sungguh. Hal tiada surutnya walaupun sudah penipuan Internet harus
ini demikian kerana, banyak banyak pihak yang menjadi ditangani dengan pantas agar
murid pada masa ini hanya mangsa. tidak berterusan menghantui Jawapan
belajar sambil lewa, bak kata masyarakat. Semua pihak
pepatah, bagai melepaskan Terdapat pelbagai tanda haruslah berganding bahu bagi
batuk di tangga. yang patut kita cakna apabila menanganinya.



325


Click to View FlipBook Version