The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2021-02-01 22:56:09

Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
3. Terdapat juga perumpamaan yang tidak disebutkan kata perbandingannya. Contohnya musuh dalam
selimut; sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain; dan sebagainya.


Pepatah
1. Pepatah terdiri daripada susunan perkataan yang berangkap dan terdapat pengulangan kata dan
terputus-putus.
2. Contohnya, ringan sama dijinjing, berat sama dipikul; di mana ada gula, di situ ada semut; bagaimana
acuan, begitulah kuihnya; dan sebagainya.

Bidalan
1. Bidalan merupakan perkataan yang pendek dan sebati dalam kehidupan harian masyarakat Melayu.
2. Contohnya, air tenang jangan disangka tiada buaya; sediakan payung sebelum hujan; dan sebagainya.

Perbilangan
1. Perbilangan ialah susunan perkataan yang sudah menjadi seperti peraturan, undang-undang, atau adat
Bab 2
serta nasihat.
2. Perbilangan mengandungi unsur pasangan maksud dalam susunan rangkai kata yang berkerat-kerat
dan diucapkan bait demi bait.
3. Contohnya, bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat; sekilas ikan di air, dah tahu
jantan betinanya; dan sebagainya.

Kata-kata Hikmat
1. Kata-kata hikmat atau dikenali juga sebagai kata pujangga ialah perkataan atau ungkapan orang bijak
pandai yang mengandungi pengertian yang tinggi.
2. Ungkapan tersebut mengandungi nasihat, panduan, dan peringatan sebagai pedoman dalam kehidupan
manusia.
Contoh:
(a) Bahasa jiwa bangsa
(b) Muafakat membawa berkat
(c) Pandu cermat jiwa selamat
(d) Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan



B Strategi Menjawab Soalan
1. Baca arahan soalan dengan teliti dan fahami kehendak arahan tersebut.
2. Bagi soalan yang memerlukan calon menyenaraikan dua peribahasa yang terdapat dalam petikan,
calon hendaklah memilih peribahasa yang betul-betul difahami maksudnya. Hal ini supaya, calon
dapat memberikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud yang tepat.
3. Bagi soalan yang memerlukan calon mengemukakan tiga peribahasa berdasarkan petikan, calon
hendaklah memahami situasi dalam petikan tersebut. Hal ini dapat membantu calon menentukan
peribahasa yang sesuai dengan gambaran situasi yang diberikan.
4. Setelah calon yakin akan pilihan peribahasa tersebut, tulis peribahasa dengan lengkap. Contoh menulis
jawapan: Tiga peribahasa yang sesuai dengan petikan tersebut ialah Biar putih tulang jangan putih
mata, gergaji dua mata, dan beri betis hendakkan paha.
5. Dalam petikan yang diberikan, ada beberapa kata kunci yang dapat membantu calon menentukan
peribahasa yang sesuai.




124

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Contoh:

Kata kunci / Tema petikan Cadangan peribahasa

semangat kerjasama dalam masyarakat … berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

berpakat atau bersetuju untuk membuat bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana
keputusan … muafakat

saling membantu … ibarat aur dengan tebing
6. Sekiranya soalan menghendaki calon menulis ayat menggunakan peribahasa, pastikan calon tahu akan
maksud peribahasa itu supaya ayat calon tepat.
7. Bacalah buku atau layarilah laman web yang berkaitan dengan peribahasa supaya calon banyak
memperoleh maklumat dan pengetahuan. Bab 2


Tip Pemeriksa untuk Skor A

Contoh Soalan dan Jawapan
1. Dialog di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian
berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.

Hasan : Apakah yang akan jadi dengan kampung kita ini? Seekor kerbau membawa lumpur
habis semua terpalit. Malu kita dibuatnya!
Syafiq : Mengapakah pula awak bercakap begitu, Hasan? Awak janganlah cepat membuka
pekung di dada kerana akhirnya kita sendiri yang mendapat malu.
Hasan : Saya bercakap tentang perkara yang betul. Ada penduduk dalam kampung kita
ini yang menjadi gunting dalam lipatan. Dia tidak suka melihat kita hidup dalam
keadaan harmoni.
Syafiq : Saya sudah dapat menjangkakan orang itu. Memang sahlah budak tu. Betul-betul dia
mewarisi sikap buruk bapanya, bapa borek anak rintik.
Contoh Jawapan Murid



Peribahasa
1. Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit. 
2. mendapat malu 

Peribahasa lain yang sama maksud
1. Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit – bagaikan kucing dengan anjing 
2. mendapat malu – sudah jatuh ditimpa tangga 

Komen pemeriksa tentang kelemahan jawapan murid
 Murid dapat mengemukakan peribahasa yang betul daripada petikan.
 Murid tidak dapat mengemukakan peribahasa yang betul daripada petikan.
 Murid tidak dapat mengemukakan peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa dalam
petikan.
 Murid tidak dapat mengemukakan peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa dalam
petikan.
125

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Contoh Jawapan Pemeriksa



Peribahasa
1. membuka pekung di dada air dicencang takkan putus
2. bapa borek anak rintik
Peribahasa lain yang sama maksud
1. membuka pekung di dada– menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.
2. bapa borek anak rintik – ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.


2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan
tiga situasi yang berbeza terdapat dalam petikan ini.

Pak Samad tidak pernah menduga kehidupannya kini lebih mewah berbanding 20
tahun dahulu. Pada masa itu, dia terpaksa menoreh getah pada sebelah pagi dan berkebun
Bab 2
sayur pada sebelah petang untuk menampung sara hidup. Dia sanggup menahan lapar dan
membeli barang yang menjadi keperluan keluarga sahaja, di samping menabung wang sedikit
demi sedikit. Kini, anak-anaknya sudah berjaya. Ada yang menjadi jurutera, guru, peguam,
dan usahawan. Namun begitu, dia agak susah hendak membantu anak-anak yatim walaupun
dia pernah mengalami penderitaan ketika kanak-kanak. Baginya, kanak-kanak harus dilatih
berdikari.


Contoh Jawapan Murid


Peribahasa yang berkaitan dengan petikan tersebut ialah kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang;  kalau tak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya,  dan seperti kacang
lupakan kulit. 


Komen pemeriksa tentang kelemahan jawapan murid
 Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang sesuai dengan situasi Pak Samad yang hasil
daripada pekerjaannya dapat dinikmati pada hari tersebut sahaja dan tidak dapat digunakan
pada hari berikutnya.
 Kalau tak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya adalah tidak sesuai dengan peribahasa
ini.
 Seperti kacang lupakan kulit sesuai dengan situasi Pak Samad yang tidak mengenang asalnya
yang susah suatu masa dahulu.


Contoh Jawapan Pemeriksa


Peribahasa yang berkaitan dengan petikan tersebut ialah kasi pagi makan pagi, kais petang makan
petang; ikat perut, dan berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.








126

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
13


1. Dialog di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa, Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian
berikan peribahasa lain yang sama maskud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.
Wan : Sebagai jiran tetangga, kita mestilah jujur. Kita tidak boleh mengamalkan sikap
telunjuk lurus tetapi kelingking berkait kerana sikap ini boleh menyebabkan
hubungan sesama jiran renggang.
Rajan : Betul tu, Wan. Sikap ini umpama api dalam sekam yang akhirnya memusnahkan
kehidupan bermasyarakat. Sebelum nasi menjadi bubur, kita haruslah menangani
masalah ini dengan baik.
Mei Ling : Masalah ini perlu kita tangani dengan baik bagaikan menarik rambut di dalam
tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak. Kita tidak mahu kerana Bab 2
nila setitik, rosak pula susu sebelanga.
Wan : Kita juga hendaklah memperkukuh perpaduan sesama kita bak kata pepatah kita,
serumpun bak serai sesusun bak sirih. Apabila perpaduan kita utuh, kita akan
saling membantu bagai aur dengan tebing.
Rajan : Kita bersyukur sebab penduduk di taman perumahan kita ini saling bekerjasama
dan hidup bersatu padu.
Mei Ling : Betul tu, Rajan. Tetapi kita janganlah berpuas hati dengan keadaan ini. Kita
seharusnya terus berusaha untuk memperkukuh perpaduan dalam kalangan kita.

2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi
dalam petikan tersebut.
Insiden salah laku di sekolah sememangnya tidak dapat dielakkan sama sekali. Oleh itu,
guru hendaklah menyiasat insiden-insiden ini supaya mereka tidak menjatuhkan hukuman
kepada pihak yang tidak bersalah. Walau sebijak mana pun murid melakukan kesalahan
tersebut, namun mereka pasti akan dikesan pada suatu masa nanti. Murid yang menimbulkan
masalah ini sepatutnya memikirkan baik dan buruk perbuatan mereka agar tidak menyesal
pada hari kemudian.



14


1. Dialog di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa, Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian
berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.

Amir : Banyak pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa
berkomunikasi. Kesannya, nasib bahasa kita seperti embun di hujung rumput.
Sofea : Media massa sepatutnya menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Hal ini
demikian kerana, media massa menjadi teladan penggunaan bahasa yang betul.
Amir : Jika pengamal media massa terus bersikap begini, mereka ini umpama musuh dalam
selimut. Kita tidak boleh membiarkan sikap begini merosakkan masa depan bahasa
kita. Bukankah Bahasa itu Jiwa Bangsa?






127

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

Sofea : Teguran pihak kerajaan terhadap media massa nampaknya bagaikan mencurah
air ke daun keladi. Langsung tidak memberikan kesan kepada mereka. Saya rasa
masyarakat boleh memainkan peranan mereka dengan memboikot media massa
tersebut.
Amir : Ya betul. Tidak semua media massa bersikap begitu tetapi kerana nila setitik, rosak
susu sebelanga.

2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi
dalam petikan tersebut

Semua negara di dunia mempunyai peruntukan undang-undang tersendiri. Jika terdapat
perbezaan, mungkin cara penguatkuasaannya yang berlainan. Walau bagaimanapun, sebagai
rakyat, kita wajib mematuhi undang-undang yang dibuat tanpa mengira tempat kita berada.
Kehadiran pendatang asing ke negara ini kebanyakannya adalah untuk mencari rezeki.
Bab 2
Ketika berada di negara ini, mereka mestilah mematuhi undang-undang negara ini dan
menyesuaikan diri mereka dengan sistem sosial dan budaya yang diamalkan di sini. Kejadian
rusuhan yang dilakukan oleh pendatang asing suatu ketika dahulu merupakan suatu peristiwa
yang mencabar kedaulatan undang-undang tempatan. Mereka tidak sepatutnya melakukan
keganasan di tempat mereka mencari rezeki. Tindakan seumpama itu amat memalukan dan
mereka seolah-olah tidak menghargai dan berterima kasih kepada Malaysia yang telah banyak
membantu mereka yang bekerja di sini.




15



1. Dialog di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa, Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian
berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.


Encik Adli : Ibu bapa sekarang betul-betul membiarkan anak mereka tanpa ada kawalan
sikit pun. Itulah sebabnya generasi muda sekarang ini banyak yang terjebak
dalam gejala sosial. Apabila anak sudah membuka pekung di dada, barulah
ibu bapa sedar akan kesilapan mereka.
Encik Lim : Betul tu, Encik Adli. Kalau kita mencuba hendak menegur anak mereka,
mereka menyuruh kita supaya jangan campur tangan. Kita ini sebagai satu
masyarakat, kita hendaklah bekerjasama, bak kata pepatah kita ke gunung
sama didaki, ke lurah sama dituruni.
Encik Mutu : Kalau kita hendak menegur seseorang, kita perlulah memahami sikap
seseorang itu. Sekiranya dia seorang yang susah hendak menerima teguran,
kita janganlah tegur. Peribahasa kita ada mengatakan, lembu dogol jangan
dibalun.
Encik Adli : Ya betul tu. Kita tidak mahu masalah yang lebih besar pula akan timbul nanti.
Lebih baik kita bersikap sederhana dalam kehidupan kita demi membina
masyarakat yang sejahtera.





128

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi
dalam petikan gersebut.

Ali berasal daripada keluarga yang miskin. Setiap hari, mereka amat sukar untuk
mencari sesuap nasi. Namun begitu, Ali bertekad untuk merealisasikan cita-citanya.
Walaupun menghadapi pelbagai rintangan, namun dia berpegang pada prinsipnya, iaitu jika
dia berusaha dengan bersungguh-sungguh, dia pasti akan berjaya. Dia mengambil keputusan
untuk berniaga secara kecil-kecilan bagi mengumpulkan modal. Akhirnya, Ali berjaya
membina empayar perniagaan yang diimpikannya. Setelah dilimpahi kemewahan, Ali mula
lupa diri. Dia melupakan keluarganya yang telah banyak memberikan sokongan kepadanya.
Apabila berlaku kemelesetan ekonomi, perniagaan Ali telah jatuh bankrap. Walaupun Ali
menyesali perbuatannya kerana mengabaikan keluarga, namun semuanya sudah terlambat.


Latihan SPM Bab 2



Item: Morfologi
Membina Ayat
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata nama dan dua kata kerja. Kemudian,
anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.


Banjir merupakan bencana alam yang berlaku apabila air menenggelami kawasan yang
luas. Banjir bukan sahaja merosakkan harta benda tetapi juga turut melibatkan kehilangan nyawa.
Banjir juga mampu melumpuhkan ekonomi sesebuah negara. Sehubungan dengan itu, setiap rakyat
Malaysia terutamanya yang tinggal di kawasan berisiko, mereka haruslah sentiasa bersiap siaga untuk
menghadapi ancaman tersebut. Hal ini demikian kerana, tindakan awal dapat meminimumkan
kerosakan dan mengurangkan risiko kemalangan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Persediaan Menghadapi Banjir’, http://www.fomca.org.my, 28 Januari 2019



Item: Sintasksis
Menukar Ayat
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat
bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

Pihak pentadbiran sekolah perlu bekerjasama dengan polis untuk mengatasi kegiatan
gengsterisme dalam kalangan murid. Semua pihak perlulah menangani isu gengsterisme di sekolah
kerana isu ini mengganggu ketenteraman awam. Pihak polis sudah mengenal pasti ketua gengster di
seluruh negara dan akan mengambil tindakan terhadap mereka. Namun begitu, kita berasa bimbang
terhadap usaha kumpulan kongsi gelap ini menyelinap masuk ke sekolah untuk merekrut murid
menyertai kumpulan mereka. Oleh itu, pihak pengurusan sekolah perlu memberikan perhatian
penuh terhadap kegiatan ini dan tidak seharusnya menyembunyikannya.






129

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Item: Penyuntingan
Menyenaraikan kesalahan bahasa dan membetulkannya
Petikan di bawah ini mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan yang terdapat
dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Perasaan dan pemikiran positif berupaya untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit. Doktor
Wendy Schlessel Harpham menulis mengenai kisah seseorang pesakit kanser limfoma yang telah
memutuskan untuk menikmati kehidupan yang gembira walaupun dia sedang sakit. Oleh itu, dia
hidup di dalam lingkungan semua rakan-rakan yang mampu untuk menaikkan semangatnya. Dia turut
menulis sesuatu yang mengambarkan kesyukuran dan kegembiraannya. Dia juga gemar melakukan
kebaikan dan membantu orang lain. Pada masa lapang, pesakit itu akan menuntun filem komedi
yang mampu untuk membuatkannya ketawa. Rutin hidup yang dijalaninya itu didapati telah
menyusutkan tahap kansernya daripada tahun ke setahun kepada tahap yang lebih baik.
Menurut Doktor Moskowitz, perhatian yang dilakukan terhadap penyakit AIDS, diabetes,
Bab 2
dan penyakit keronik yang lain akan dapat hidup lebih lama jika sentiasa mempamerkan emosi
yang positive. Kajian terhadap sikap optimis membuktikan sikap itu mampu untuk memberikan
kesembuhan. Kajian ini membuktikan kuasa pemikiran yang positif terhadap penyembuhan ialah
benar. Pesakit yang optimis akan sembuh dan terbukti sembuh lebih cepat berbanding dengan
pesakit yang bersikap persimis.

Item: Bahasa Melayu Standard
Menulis petikan klasik kepada bahasa Melayu standard
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.


Maka Dara Zulaikha Tingkap pun menyuruh keluarkan kuda itu dan diberikan dengan
kekangnya dan pelananya. Maka Perman Isap dua dengan Orang Tikar itu, maka kedua mereka itu
pun bersegera keluar membawa kuda itu kepada Tun Beraim Bapa, maka sultan pun berangkatlah
keluar ke medan akan melihat Tun Beraim Bapa bermain-main itu. Maka dilihat oleh Tun Beraim
Bapa sultan keluar itu, maka Tun Beraim Bapa pun berdiri dengan khidmatnya di hadapan sultan
itu lalu ia sujud.


Dipetik daripada Siri Karya Klasik untuk Remaja: Hikayat Raja-raja Pasai, diselenggarakan oleh Ismail Ahmad,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004


Item: Peribahasa
Menyatakan peribahasa yang bersesuaian dengan situasi petikan
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi
dalam petikan tersebut.

Institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) wujud dengan banyaknya di negara kita selepas
dasar tersebut diperkenalkan oleh kerajaan. Selain menawarkan pengajian kepada anak tempatan,
institusi ini juga membuka peluang pendidikan kepada pelajar asing. Pelajar-pelajar asing yang
belajar di negara ini bukan sahaja memperoleh pendidikan, tetapi dapat juga mengenal adat
dan budaya masyarakat Malaysia. Sementara itu, pemilik IPTS yang dapat meningkatkan mutu
pendidikan institusi masing-masing akan menerima keuntungan daripada khidmat pendidikan
yang disediakan. Walau bagaimanapun, dalam keghairahan mengaut keuntungan, ada institusi
pendidikan swasta yang terpaksa ditutup akibat kerugian.


130

JAWAPAN





Bab 3. Jika cadangan ini menerima panggilan daripada
1 Karangan dipersetujui, saya berharap agar seseorang yang tidak dikenali.
tuan dapat memilih penceramah Pemanggil mendakwa mereka
Bahagian A: Karangan motivasi yang tepat agar dapat daripada agensi penguat
Berdasarkan Kombinasi mempengaruhi murid-murid kuasa dan mendakwa kita
Kepelbagaian Bahan Rangsangan supaya mempunyai hala tuju melakukan kesalahan undang-
yang jelas. Hal ini memudahkan undang. Mereka meminta kita
memindahkan sejumlah wang
1 murid fokus terhadap tujuan
hidup mereka. Malahan, daripada akaun kita ke akaun
Soalan 1
penceramah motivasi mampu lain bagi mengelakkan kita
1. 544 Jalan Tembusu, menggembleng murid untuk dikenakan tindakan undang-
Taman Seri Setia, mengerahkan tenaga dan minda undang. Mereka meminta
36000 Teluk Intan, untuk berjaya. kita bertindak pantas dan
Perak Darul Ridzuan. 4. Saya yakin bahawa merahsiakan panggilan ini
___________________________ usaha pihak sekolah ini akan daripada orang lain.
Tuan Pengetua, memudahkan tugas ibu bapa Penipuan sebegini
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri memotivasikan anak-anak. harus kita tangani secara
Setia, Kerjasama yang bagai aur pantas. Caranya, kita harus
36000 Teluk Intan, dengan tebing ini memberikan memutuskan panggilan tersebut
Perak Darul Ridzuan. 15 Mac 20XX. impak positif kepada ibu bapa dan tidak terus melayan pihak
yang tidak pernah berasa lelah tersebut. Kita juga haruslah
Tuan, untuk menyuntikkan semangat meningkatkan tahap kesedaran
Cadangan untuk Mengadakan motivasi agar anak-anak kita terhadap jenayah siber
Program Motivasi kepada mereka mencapai kejayaan. yang menggunakan teknologi
Murid-murid Tingkatan Lima Hal ini akan menjadi lebih maklumat. Penjenayah licik
Merujuk perkara di atas, saya mudah jika pihak sekolah menggunakan teknologi
maklumat untuk memperdayakan
merupakan bapa kepada menganjurkan program motivasi mangsa terutamanya warga
murid sekolah tuan ingin secara berkala. emas.
mengemukakan cadangan 5. Saya berharap agar
untuk mengadakan program cadangan saya ini mendapat Apabila kita menerima
motivasi kepada murid-murid perhatian tuan. Segala panggilan telefon yang
tingkatan lima. kerjasama tuan dalam hal ini meragukan, dengan segera
laporkan kepada pihak polis
2. Cadangan ini saya amat saya hargai. agar polis dapat mengambil
utarakan kerana program Sekian, terima kasih. tindakan yang segera. Demikian
motivasi penting untuk juga, jika ada yang menjadi
mendorong murid-murid Yang benar, mangsa penipuan Internet,
melakukan sesuatu tindakan Shamsul Rizal segeralah membuat laporan
yang positif. Hal ini demikian .............................................. polis supaya kes tersebut
kerana, pada masa ini murid- (Shamsul Rizal bin Mokhtar) dapat ditangani dengan segera.
murid semakin kurang motivasi. Laporan sebegini penting
Selain itu, program motivasi ini 2. Kita sering mendengar berita agar polis dapat mengesan
juga dapat merangsang murid- tentang penipuan Internet. penjenayah yang licik itu.
murid untuk berusaha dengan Kejadian jenayah ini bagaikan Kesimpulannya, jenayah
lebih bersungguh-sungguh. Hal tiada surutnya walaupun sudah penipuan Internet harus
ini demikian kerana, banyak banyak pihak yang menjadi ditangani dengan pantas agar
murid pada masa ini hanya mangsa. tidak berterusan menghantui Jawapan
belajar sambil lewa, bak kata masyarakat. Semua pihak
pepatah, bagai melepaskan Terdapat pelbagai tanda haruslah berganding bahu bagi
batuk di tangga. yang patut kita cakna apabila menanganinya.


325

Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Jawapan
3. Kemalangan jalan raya kerap 4. Negara kita telah banyak menghayati dan mendukung
berlaku di negara kita hingga mencapai kejayaan pada aspirasi yang terkandung dalam
banyak mengorbankan jiwa dan peringkat antarabangsa. Kunci semangat ini.
memusnahkan harta benda. utama kejayaan tersebut ialah
Sejak tahun 2018 hingga 2019, semangat ‘Malaysia Boleh’ 5. Kita acap kali mendengar yang
kadar kemalangan jalan raya di dalam kalangan rakyat Malaysia. mengatakan jiran ialah saudara
negara kita didapati meningkat Lagu ‘‘Kauboleh’’ yang terhampir dengan kita. Namun
dengan banyak. dinyanyikan oleh Kumpulan begitu, sejauh manakah kita
Isu terbaharu, kemalangan Metropolitan mampu benar-benar menganggap
jiran sebagai saudara kita?
jalan raya berlaku kerana membakar semangat rakyat
terdapat pemandu yang mabuk. Malaysia berusaha untuk Hal ini mesti difikirkan semula
Mereka meminum alkohol mencapai kejayaan dalam kerana banyak yang semakin
sehingga tidak rasional. Lebih apa-apa bidang. Lirik lagu ini mengabaikan jiran mereka.
menyedihkan, kemalangan menyatakan kejayaan sebenar Jiran amat penting
yang disebabkan oleh pemandu bermula dalam fikiran. Dalam dalam kehidupan kita. Oleh
yang mabuk ini telah banyak hal ini, pembinaan fikiran yang itu, kita perlu memupuk
meragut nyawa. Kerajaan positif amat penting untuk kerjasama dengan jiran sekali
memandang berat isu ini dan mencapai kejayaan. gus mengukuhkan ukhuwah
telah menggubal undang- dengan mereka. Apabila
undang yang lebih tegas untuk Negara kita telah banyak kita menghadapi sesuatu
menanganinya. mengukir kejayaan dalam musibah, jiranlah tempat kita
Selain itu, punca bidang sukan. Atlet seperti mengadukan masalah kita.
kemalangan jalan raya Datuk Mokhtar Dahari, Datuk Malahan, perpaduan dalam
juga disebabkan oleh sikap M. Jegathesan, dan Datuk sesebuah masyarakat juga
pemandu yang cuai. Mereka Rajamani membuktikan mereka bermula daripada hubungan
menggunakan telefon bimbit mampu mencapai kejayaan jiran yang utuh. Agama
semasa memandu kenderaan hasil daripada fikiran dan Islam sendiri menitikberatkan
dan tidak fokus. Malahan, ada semangat ‘Malaysia Boleh’ hubungan dengan jiran. Dengan
yang memandu kenderaan Kejayaan tersebut bukanlah itu, kita haruslah membina
melebihi had laju sehingga diperoleh dengan mudah, hubungan yang baik dengan
mudah hilang kawalan. bak kata pepatah, ‘yang bulat jiran melalui cara memahami
Kemalangan juga berlaku kerana datang bergolek, yang pipih mereka dengan sebaik-baiknya.
kenderaan tidak diselenggara datang melayang’. Banyak
dengan baik oleh pemilik. pengorbanan yang dilakukan Namun begitu, hubungan
Bagi mengelakkan oleh mereka. antara jiran kini semakin
kemalangan jalan raya, semua Generasi muda haruslah longgar. Banyak yang bersikap
pihak haruslah berganding menghayati semangat ‘Malaysia bagai enau dalam belukar
bahu untuk menanganinya. Boleh’ agar lebih banyak melepaskan pucuk masing-
Bagi pihak pemandu, mereka kejayaan dapat ditempa oleh masing. Hal ini disebabkan
perlu lebih berwaspada di negara. Kita berharap agar masyarakat sibuk dengan
jalan raya. Mereka juga patut generasi muda akan berjuang aktiviti sendiri sehingga tiada
menyelenggara kenderaan berhabis-habisan dalam segala masa untuk melibatkan diri
dengan baik. Bagi pihak yang bidang agar negara kita dapat dalam aktiviti masyarakat.
menyediakan jalan, mereka duduk sama rendah dan berdiri Tambahan pula, kehidupan
haruslah membaiki jalan-jalan sama tinggi dengan negara sesetengah pihak yang suka
yang rosak dan berbahaya maju yang lain. Hal ini penting menyendiri telah menjadikan
kepada pengguna. agar negara kita terus disegani masalah ini semakin buruk.
Kesimpulannya, kita pada peringkat antarbangsa. Hal ini tidak seharusnya
tidak harus memejamkan Kesimpulannya, semangat dibiarkan kerana akan
mata dan membiarkan ‘Malaysia Boleh’ merupakan meruntuhkan institusi
statistik kemalangan terus tonik yang paling mujarab masyarakat. Oleh itu, semua
bertambah. Hal ini demikian untuk melonjakkan kejayaan pihak haruslah berusaha
kerana, kemalangan jalan bangsa dan negara kita. Oleh untuk menyuburkan hubungan
Jawapan
raya merugikan negara kerana itu, semua pihak haruslah kejiranan. Dalam aspek individu,
kehilangan sumber manusia
untuk memajukan negara.

326

Format: 190mm X 260mm Extent= 392 pgs (17.20 mm) 3 imp CRC


PELANGI BESTSELLER





CC038011
SPM



Tingkatan FOCUS
BAHASA 4∙5


MELAYU KSSM SPM BAHASA



FOCUS SPM KSSM Tingkatan 4 • 5 – siri teks
REVISI
REVISI
REVISI
rujukan yang lengkap dan padat dengan ciri-ciri
üGaleri i-Think üPeta Konsep istimewa untuk meningkatkan pembelajaran MELAYU SPM
üFikirkan üKe Arah Kecemerlangan murid secara menyeluruh.
Siri ini merangkumi Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) yang baharu serta
mengintegrasikan keperluan Sijil Pelajaran Tingkatan
PENGUKUHAN &
PENGUKUHAN & Malaysia (SPM). Pastinya satu sumber yang
PENTAKSIRAN
PENT AKSIRAN hebat bagi setiap murid! BAHASA MELAYU 4∙5
üSudut Uji Diri üJawapan Lengkap REVISI
üKertas Model SPM üLatihan FOKUS SPM
PENGUKUHAN KSSM

CIRI-CIRI EKSTRA PENTAKSIRAN
CIRI-CIRI EKSTRA
üCabaran KBAT üTip Pemeriksa AUDIO EKSTRA
üMesej FOKUS untuk SKOR A
üKod QR

JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI:
• Bahasa Melayu • Matematik • Mathematics
• Karangan • Matematik Tambahan • Additional Mathematics Tingkatan 4•
• English • Sains • Science
Dapatkan • Bahasa Cina • Biologi • Biology
versi • Sejarah • Fizik • Physics 5
eBook! • Pendidikan Islam • Kimia • Chemistry
• Pendidikan Seni Visual
KSSM











W.M: RM29.95 / E.M: RM30.95
CC038011
ISBN: 978-967-2930-38-9 FORMAT PENTAKSIRAN
Mahmud Sarlan • Mohd Hanafi Hairan BAHARU SPM
Mohd Yusof Ngadiman mulai 2021
PELANGI Azahar Bahari (Penulis Buku Teks)




CVR_Focus_SPM.indd 49-51 12/22/20 4:35 PM


Click to View FlipBook Version