The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Siri buku yang berkaitan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2024-03-11 04:42:59

Kelahiran Nabi Muhammad SAW

Siri buku yang berkaitan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW

Kelahiran Nabi Muhammad SAW 3


Muhammad SAW dilahirkan di Mekah pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah. Dia dilahirkan sebagai anak yatim. Bonda Muhammad SAW, Aminah berasa sangat sedih atas kematian suaminya. Dia berasa kasihan kepada anaknya yang kematian bapa.


Pada malam kelahiran Muhammad SAW, tidak ada apa-apa tanda pada diri Aminah. Dia tidak berasa sakit. Pada waktu Subuh, Aminah melahirkan Muhammad SAW. Muhammad SAW tidak menangis tetapi bersin ketika lahir.


Jiran-jiran berasa hairan mendengar cerita itu. Sejak Muhammad SAW dilahirkan, rumah Aminah berseri-seri. Ramai orang mengunjungi rumah itu untuk melihat Muhammad SAW.


Ada antara jiran-jiran itu datang berkalikali semata-mata mahu melihat Muhammad SAW. Mereka berasa sayang kepada Muhammad SAW. “Alangkah gembiranya hatiku kalau mendapat bayi seperti Muhammad,” kata mereka.


Click to View FlipBook Version