1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Ujian 1 Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. “ akan menyertai Kem Kecemerlangan UASA selama tiga hari di Pengkalan Balak, Melaka,” kata Cikgu Fadzuwal kepada murid-murid tingkatan 3. A Dia C Kami B Kalian D Mereka 2. Agar-agar yang sedang dimasak di dalam periuk itu meruap kerana Amylea terlupa untuk mengacaunya mendidih. A ketika C selepas B hingga D sebelum Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya. 3. I Harimau yang kelaparan itu menyerang mangsa dengan kasar. II Percakapan Hakimi agak kasar tetapi perwatakannya sangat lembut. III Puan Ernie tidak jadi membeli baju kurung itu kerana jahitannya kasar. IV Keuntungan kasar Syarikat Mega Jaya telah mencapai sasaran yang dihasratkan. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja 4. I Surat khabar yang telah dibaca oleh ayah dibiarkan terhampar di atas meja. II Permaidani yang terhampar di ruang tamu itu ialah hadiah daripada rakan baik ibu. III Selama enam hari Encik Zailan terhampar di hospital kerana menghidap penyakit jantung. IV Kanak-kanak yang dikhuatiri lemas di dalam sungai itu telah dijumpai terhampar di tepi sungai. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5. Untuk membiayai yuran pengajian anaknya di Australia, Encik Hanifa terpaksa melakukan lain-lain kerja walaupun dia seorang pesara guru. A melakukan kerja lain-lain B melakukan kerja-kerja lain C melakukan lain kerja-kerja D melakukan lain-lain kerja Skor 60 Tarikh : 1 Suluh Masa Depan Ujian 10 Morfologi/ Frasa/ Sintaksis/ Peribahasa Bahagian A
Bahasa Melayu Kertas 1 Tingkatan 3 Ujian 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2 Ujian 1 6. Mata pelajaran Sejarah yang diajar oleh guru di sekolah dapat memupuk semangat cintakan negara. A semangat cinta negara B semangat cinta akan negara C semangat negara yang tercinta D semangat cintakan negara Soalan 7 – 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 7. I Tiap hari Hanani menolong ibunya mengemas rumah. II Ada di antara buah mangga yang dijual oleh peniaga itu masih muda. III Azlin diberi masa selama dua minggu untuk mengosongkan rumah itu. IV Guru disiplin akan mengumumkan pelantikan pengawas baharu pada hari ini. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja 8. I Eh, sudah lama kita tidak ke perpustakaan bersama-sama! II Semalaman Puan Liza sakit perut kerana makan tiga ulas nangka. III Mengapakah kamu berdiam diri sahaja bila ditanya tentang keputusan ujian Bahasa Melayu itu? IV Cikgu Noriah bertanyakan tentang kesihatan Marlina kerana dia telah seminggu tidak datang ke sekolah. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja Soalan 9 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 9. Buah-buahan tempatan menjadi pilihan utama rakyat negara ini kerana harganya yang lebih murah berbanding dengan buah-buahan import. A Pilihan utama rakyat negara ini ialah buah-buahan tempatan yang harganya lebih mahal daripada harga buahbuahan import. B Oleh sebab buah-buahan tempatan itu lebih mahal, maka buah-buahan import menjadi pilihan utama rakyat negara ini. C Rakyat negara ini memilih buahbuahan tempatan kerana harga buah-buahan tempatan lebih murah berbanding dengan harga buahbuahan import. D Harga buah-buahan import yang lebih murah berbanding dengan harga buah-buahan tempatan menyebabkan rakyat negara ini memilih buahbuahan tempatan. Soalan 10 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 10. Pak Hussin mengingatkan anak-anaknya supaya mengenang jasa Mak Cik Rokiah yang banyak membantu mereka ketika mereka hidup susah. Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi di atas ialah A harta pulang ke tuan. B mengukur baju di badan sendiri. C buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. D hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.
Bahasa Melayu Kertas 1 Tingkatan 3 Ujian 1 3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Ujian 1 Pemahaman Petikan 5 Baca bahan di bawah ini dengan telitinya dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Soalan 11 – 15 berdasarkan bahan di bawah ini. Santap Istiadat Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Santap merai, hormat-menghormat; Bukan santap hendakkan kenyang, Santap santun dengan aturan. Nasi disuap di tangan kanan, Lauk dibinjat sopan siuman, Sampai ke mulut mamah perlahan, Tanda tidak gelojoh makan. Selesai santap nasi – Diiringkan seteguk minuman, Isyarat menghormat, mulia-memuliakan. Santap nasi suap pertama, Berturut dengan suap kedua; Dua suap, ketiga sudah, Keempatnya basuh tangan; Kelima halwa juadah, Keenam mengiring buah-buahan. Ketujuh berkumur-kumur, Ke delapan makan sirih; Kelat jatuh ke rengkungan, Seri naik ke peroman. Itulah santap beradat kebesaran Di dalam riwayat zaman yang silam. Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia 11. Nyatakan maksud peroman dalam sajak tersebut. A Badan C Kepala B Wajah D Rambut 12. Santap santun dengan aturan Baris sajak di atas bermaksud A makan dengan tertib dan sopan. B duduk di meja makan dengan sopan. C mengunyah makanan perlahan-lahan. D makan mengikut jadual yang ditetapkan. 13. Apakah adab makan yang ketujuh? A Mencuci tangan selepas makan B Makan halwa sebagai pencuci mulut C Makan buah-buahan yang dihidangkan D Berkumur-kumur selepas makan 14. Mengapakah kita dilarang daripada bersikap gelojoh ketika makan? A Supaya tidak tercekik makanan ketika makan B Supaya dapat makan semua makanan C Supaya tidak diketawakan orang D Supaya dapat menikmati makanan 15. Yang berikut merupakan pernyataan yang benar berdasarkan seloka tersebut kecuali A terdiri daripada lima rangkap. B tidak mempunyai pembayang. C rima akhir bagi setiap baris adalah sama. D jumlah baris bagi setiap rangkap tidak sama.
Bahasa Melayu Kertas 1 Tingkatan 3 Ujian 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4 Ujian 1 10 Morfologi/ Frasa/ Sintaksis/ Peribahasa Bahagian B 1. Dalam bahan di bawah ini, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. TIPS MEMUPUK AMALAN MEMBACA 1. 2. 3. 4. Ibu bapa membenarkan anak-anak membaca jenre yang digemari. Ibu bapa membawa anak-anak berkunjung ke perpustakaan. Ibu bapa mewujudkan perpustakaan mini atau sudut bacan di rumah. Ibu bapa membawa anak-anak berkunjung ke pesta buku. (i) (ii) [2 markah] 2. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Pada hujung minggu yang lalu, Aiman sekeluarga berkunjung ke pusat membeli-belah. (ii) Pekerja-pekerja itu memperlebarkan jalan raya di simpang itu untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. [2 markah]
Bahasa Melayu Kertas 1 Tingkatan 3 Ujian 1 5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Ujian 1 3. Baca arahan dengan telitinya dan jawab semua soalan yang diberikan. Kenal pasti subjek dan predikat bagi ayat di bawah ini. Kemudian, tulis jawapan pada ruang jawapan yang disediakan. (i) Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur itu dibuka kepada orang ramai pada pukul 10:00 pagi. Subjek : Predikat : (ii) Keputusan itu dibuat berdasarkan undian daripada ahli-ahli persatuan yang berdaftar. Subjek : Predikat : [4 markah] 4. Lihat bahan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan situasi di bawah ini, tulis dua peribahasa yang sesuai. Pada hujung minggu itu, Sabrina banyak menghabiskan masa di rumah. Dia sangat rajin membantu ibunya memasak di dapur. Ketika menunggu gulai ayam yang dimasaknya itu mendidih, dia menanak nasi. Dia tidak pernah merungut apabila terpaksa membantu ibunya membuat kerja-kerja di dapur. (i) (ii) [2 markah] Pemahaman Petikan 10 5. Baca bahan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 Sudahlah nasib untung yang malang, Mengambah lautan berulang-ulang, Mudaratnya bukan lagi kepalang, Senantiasa di dalam nasib dan walang. Hanyutlah badan ke sana ke mari, Segenap pesisir desa dan negeri, Bertambahlah pula sopan dan negeri, Santap nan tidak minum pun kari. (Dipetik daripada ‘Syair Burung Nuri’, antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia)
Bahasa Melayu Kertas 1 Tingkatan 3 Ujian 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6 Ujian 1 Bahan 2 Tanpa pasir pantai atau silir angin rentet susun bibir palang besi dingin itu menjerut resah berteleku dalam hening bernyanyi rakus dalam kelu rasa keterkongkongan menghantar pergi erti keriuhan jauh di balik redup senja yang mula mengundurkan diri bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian hukuman terhebat hikayat kemanusiaan. (Dipetik daripada sajak ‘Senja di Palang Besi’, antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia) (i) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan perasaan kedua-dua watak. [3 markah] (ii) Nyatakan dua persoalan yang sama yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut. [3 markah] (iii) Jika tekanan emosi tidak ditangani dengan baik, seseorang akan bertindak di luar kawalan. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk menangani tekanan emosi? KBAT Menilai [4 markah]
Bahasa Melayu Kertas 1 Tingkatan 3 Ujian 1 7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Ujian 1 Novel: KOMSAS 10 6. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3. (i) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar (ii) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim (iii) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya (iv) Chot, karya Azizi Haji Abdullah Pengajaran sering dipaparkan oleh penulis sesebuah novel supaya dapat diteladani oleh pembaca. Pengajaran disampaikan kepada pembaca melalui pelbagai cara termasuklah menerusi watak sampingan. Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, nyatakan satu pengajaran yang dapat dikaitkan dengan setiap watak sampingan yang telah ditetapkan berserta contoh peristiwa yang sesuai. NOVEL WATAK SAMPINGAN JUSTERU IMPIAN DI JARING • Haji Marzuki • Wan Najlah • Syed Amiri HEMPASAN OMBAK • Mokhsein • Hajah Zaoyah • Zuraida TAWANAN KOMANDER CAUCASUS • Haikal • Devnath • Puteri Coleoptera CHOT • Mak Su Kiah • Leha/ Ibu • Som
Bahasa Melayu Kertas 1 Tingkatan 3 Ujian 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8 Ujian 1 15 Pemindahan Maklumat Bahagian C Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan era digital dalam sistem pendidikan. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Dunia kini memasuki Revolusi Digital atau Revolusi Industri 4.0. Penggunaan Internet (IoT), data besar (big data), pangkalan data awan (cloud computering), dan lain-lain pastinya akan mengubah corak kehidupan manusia. Sebagai contohnya, murid-murid pada masa ini dapat mencari maklumat melalui Internet untuk menyelesaikan tugasan sekolah mereka. Kerja-kerja sekolah murid telah mula disimpan dalam sistem awan. Era digital juga membolehkan alatan teknologi menggantikan ibu bapa dan guru dalam pembelajaran. Hal ini turut memungkinkan pendidikan lebih berkualiti ditawarkan kepada murid-murid. Pada masa akan datang, tidak mustahil pengajaran dan pembelajaran murid menjadi sumber pendapatan bagi syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan digital juga. Selain berada di sekolah, muridmurid boleh menikmati proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel di manamana sahaja. Syarikat berasaskan teknologi digital kini berusaha untuk menyediakan platform pembelajaran melalui peranti mudah alih. Guru-guru yang memiliki kecekapan yang mencukupi dan dapat mengajar dengan baiknya turut menjadikan kandungan dalam pembelajaran digital lebih berkualiti. Beberapa orang guru kumpulan terbaik mempunyai potensi besar untuk menjadi rakan kongsi dalam syarikat-syarikat pembelajaran digital. Guru-guru pula berpeluang untuk memperoleh pendapatan mengikut bilangan pengguna yang menggunakan pakej pembelajaran mereka dalam platform digital. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sekolah Masa Hadapan dalam Era Digital’ oleh Afizan Amer, https://www.fomca.org.my/v1/index.php/fomca-di-pentas-media/513- sekolah-masa-hadapan-dalam-era-digital
33 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Hasil mengejut yang dilakukan oleh pihak lembaga disiplin sekolah, terdapat beberapa orang murid yang menyimpan telefon bimbit di dalam beg masing-masing. A penilaian C pengamatan B pemilihan D pemeriksaan 2. Beberapa orang doktor sedang melakukan untuk mengetahui punca kematian mangsa kemalangan jalan raya itu. A uji kaji B soal selidik C bedah siasat D imbas kembali Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya. 3. I Nasihat gurunya itu mudah sahaja meresap ke dalam hati Hazim. II Kedinginan angin pada malam itu meresap hingga tulang sumsum kami. III Budi pekerti Puan Sofea yang mulia kini meresap kepada anak-anaknya pula. IV Penjenayah yang meresap ke sempadan negara jiran itu berjaya diberkas oleh pihak berkuasa. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja 4. I Azlin menyokong hasrat adiknya untuk menceburi bidang kedoktoran. II Hasrat Abang Fazlin untuk menyambung pelajaran di luar negara tidak dipersetujui oleh ayah dan ibu. III Persatuan Penduduk Taman Dahlia mempunyai hasrat untuk menubuhkan unit kawalan keselamatan menjelang musim perayaan Aidilfitri. IV Satu daripada hasrat pertandingan ini ialah peserta perlu berusia lapan belas tahun ke atas. A I dan II sahaja C I, II, dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5. Murid-murid tidak sepatutnya abai akan pelajaran meskipun mereka aktif dalam kokurikulum. A tidak patut abai akan pelajaran B tidak sepatutnya mengabaikan pelajaran Skor 60 Tarikh : 5 Ujian Pertengahan Sesi Akademik Ujian KERTAS 1 1 jam 30 minit Arahan: Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Jawab semua soalan dalam setiap bahagian. BAHAGIAN A [15 markah]
73 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Projek perumahan itu dijangka akan siap akhir tahun ini. A di C pada B dari D sejak 2. Saya mendengar bahawa Cikgu Haslidawati akan bertukar ke sekolah lain pada tahun depan. A sorak-sorai C desas-desus B carut-marut D kumat-kamit Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya. 3. I Keadaan cuaca yang masam menandakan hari hendak hujan. II Kita tidak boleh sentiasa masam kerana sikap ini akan mengganggu tugas kita. III Saya gemar makan buah mangga yang masih muda walaupun rasanya masam. IV Wajah Ziana masam apabila ibunya menegur sikapnya yang suka tidur pada waktu siang. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja 4. I Model kereta baharu itu amat tegar apabila berlanggar dengan lori. II Baju yang direndam itu menjadi tegar setelah dimasukkan bahan pelembut. III Pendiriannya tetap tegar walaupun menerima kecaman daripada pelbagai pihak. IV Semua penagih tegar itu diasingkan daripada penagih baharu dalam sesi rawatan itu. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5. Pak Sani memangkas pokok kelapa yang bongkok ke rumahnya petang semalam. A mengerat pokok kelapa yang senget B memenggal pokok kelapa yang serong C menebang pokok kelapa yang condong D memangkas pokok kelapa yang bongkok Skor 60 Tarikh : 10 Ujian Akhir Sesi Akademik Ujian KERTAS 1 1 jam 30 minit Arahan: Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Jawab semua soalan dalam setiap bahagian. BAHAGIAN A [15 markah]
J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Ujian 1 Suluh Masa Depan Bahagian A Morfologi/ Frasa/ Sintaksis/ Peribahasa 1. B 6. B 2. A 7. B 3. D 8. A 4. A 9. C 5. B 10. D Pemahaman Petikan 11. B 12. A 13. D 14. A 15. C Bahagian B Morfologi/ Frasa/ Sintaksis/ Peribahasa 1. (i) jenre – genre (ii) bacan – bacaan 2. (i) pusat membeli-belah – pusat beli-belah (ii) memperlebarkan – memperlebar 3. (i) Subjek: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur itu Predikat: dibuka kepada orang ramai pada pukul 10:00 pagi (ii) Subjek: Keputusan itu Predikat: dibuat berdasarkan undian daripada ahli-ahli persatuan yang berdaftar 4. (i) ringan tulang (ii) sambil menyelam minum air Pemahaman Petikan 5. (i) Burung nuri berasa sedih dan kecewa kerana hidup terumbang-ambing tanpa tujuan. Penyair pula berasa sedih dan sunyi kerana hidup terpenjara akibat kesalahan yang dilakukannya. (ii) ● Ketabahan menghadapi dugaan hidup ● Kesan buruk kerana bertindak mengikut perasaan (iii) Pada pendapat saya, cara-cara untuk menangani tekanan emosi adalah dengan menarik nafas dan bertenang, berfikiran positif, mendapatkan bantuan kaunseling, menjalani gaya hidup sihat, meluahkan masalah dan tidak memendamnya, serta meningkatkan amalan rohani. Novel: KOMSAS 6. (i) Justeru Impian di Jaring • Haji Marzuki: Kita mestilah yakin dengan keputusan yang telah dibuat – Haji Marzuki yakin dengan keputusannya untuk memilih Syahir bagi menggantikan Gopinath ke Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta. • Wan Najlah: Kita mestilah insaf setelah melakukan kesalahan – Wan Najlah memohon maaf atas sikapnya di Restoran 48 Jam. Wan Najlah terkesan dengan katakata Syahir tempoh hari tetapi mengakui kebenaran kata-kata Syahir. • Syed Amiri: Kita janganlah memandang rendah akan kemampuan orang lain – Syed Amiri sering memandang rendah akan keupayaan Syahir tetapi Syahir kekal tenang dan tidak menghiraukan sindiran tersebut. (ii) Hempasan Ombak • Mokhsein: Kita mestilah bersikap baik hati dengan membantu orang lain – Mokhsein yang pernah bekerja dengan Haji Badrul lebih 10 tahun berasa terhutang budi kerana mendidiknya dalam dunia perniagaan. Dia bermurah hati membantu Farid memajukan Syarikat Batik Nusantara. Jawapan
Bahasa Melayu Kertas 1 Tingkatan 3 Jawapan © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J2 • Hajah Zaoyah: Kita hendaklah menyayangi setiap ahli keluarga kita – Hajah Zaoyah amat menyayangi anakanaknya. Sebagai ibu, dia sanggup berkorban menjaga anaknya-anaknya. Dia juga sanggup menggadaikan tanah dan barang kemasnya demi membantu Farid memajukan perusahaan warisan arwah suaminya. • Zuraida: Kita hendaklah melakukan sesuatu pekerjaan dengan gigih – Buktinya, Zuraida seorang peniaga gigih mengusahakan gerainya, lebih-lebih lagi ibunya telah melepaskan gerai tersebut sepenuhnya kepada Zuraida setelah dia tamat SPM. (iii) Tawanan Komander Caucasus • Haikal: Kita hendaklah mempunyai semangat setia kawan yang tinggi. Contohnya, Haikal sanggup menanggung risiko pergi semula ke rumah usang pada waktu malam untuk menjejaki Farhani atas dasar sifat setia kawan yang tinggi antara mereka. • Devnath: Kita hendaklah bertoleransi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Contohnya, Devnath menghormati cara hidup Haikal sebagai seorang Muslim walaupun mereka berbeza fahaman agama dan bangsa. Dia memahami punca kelewatan Haikal tiba ke tempat mereka berkumpul disebabkan Haikal perlu menunaikan solat isyak terlebih dahulu. • Puteri Coleoptera: Kita hendaklah mengenang budi orang lain – Puteri Coleoptera menghadiahi Farhani dan rakan-rakannya lambang kebesaran kerajaan kumbang yang diperbuat daripada logam perak yang berukir cantik. (iv) Chot • Mak Su Kiah: Kita hendaklah prihatin terhadap jiran yang berada dalam kesusahan – Mak Su Kiah menyediakan makan tengah hari kepada ibu Alias, iaitu Puan Leha. • Leha: Sebagai ibu, kita hendaklah mengajarkan ilmu agama kepada anakanak – Puan Leha mengajar Alias mengaji al-Quran di rumahnya. • Som: Kita hendaklah tekun menuntut ilmu – Som belajar Matematik dan membuat latihan bersama-sama Alias. Bahagian C Pemindahan Maklumat Era digital banyak memberikan kebaikan kepada dunia pendidikan. Antaranya termasuklah murid-murid mudah mencari maklumat melalui Internet untuk menyelesaikan tugasan sekolah mereka. Selain itu, kerja-kerja sekolah murid disimpan dalam sistem awan. Seterusnya, alatan teknologi pula digunakan bagi menggantikan ibu bapa dan guru dalam pembelajaran. Dalam pada itu, era digital turut menjadikan pengajaran dan pembelajaran murid sebagai sumber pendapatan bagi syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan digital. Murid-murid juga dapat menikmati proses pembelajaran dan pengajaran yang lebih fleksibel di mana-mana sahaja. Guru yang mempunyai kecekapan yang mencukupi dan dapat mengajar dengan baiknya dapat menjadikan kandungan dalam pembelajaran digital lebih berkualiti. Akhir sekali, guru-guru berpeluang untuk memperoleh pendapatan mengikut bilangan pengguna yang menggunakan pakej pembelajaran mereka dalam platform digital. Kecerdasan Meningkat, Keterampilan Memikat Ujian 2 Bahagian A Morfologi/ Frasa/ Sintaksis/ Peribahasa 1. B 6. B 2. A 7. B 3. B 8. D 4. B 9. A 5. B 10. C Pemahaman Petikan 11. A 12. D 13. A 14. C 15. B