The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2022-12-08 02:18:49

PBD Plus BM T1 (EG)

WM: RM12.90
EM: RM13.50

Kandungan











Rekod Pencapaian Pentaksiran Murid v – viii Tema 5: Jati Diri dan Kewarganegaraan

UNIT
Tema 1: Amalan Gaya Hidup Sihat Rakyat Berjasa Negara
UNIT 9 Terbilang 17
1 Sihat Membawa Kebahagiaan
1
Praktis Ekstra Kuiz
UNIT
Praktis Ekstra Audio
UNIT 10 Jasamu Pemimpin 19
2 Amalan Kesejahteraan Hidup
3
Video
Tema 6: Sains, Teknologi dan Inovasi
Cetus Idea UNIT
Tema 2: Beringat supaya Selamat
UNIT 11 Sinar Masa Depan 21

3 Sayangi Nyawa Anda
5
Praktis Ekstra Video Cetus Idea
UNIT

UNIT 12 Sains Merentas Kehidupan 23

4 Keselamatan di Mana-mana 7

Tema 7: Teknologi Amalan Hijau
PKJR Praktis Ekstra PAK-21 Cetus Idea Audio UNIT
Tema 3: Cahaya Perpaduan
UNIT 13 Lestarikan Kehijauan Bumi 25
5 Serasi Bersama
9
Praktis Ekstra Cetus Idea
UNIT
Praktis Ekstra Noto Visual
UNIT 14 Selamatkan Bumi Kita 27
6 Perpaduan
11
Cetus Idea
Tema 8: Sektor Pertanian Pesat Membangun
Pendidikan Sivik PAK-21 UNIT
Tema 4: Seni Bersendikan Budaya
UNIT 15 Pertanian Satu Perniagaan 29
7 Citra Bangsa
13
Praktis Ekstra Kuiz
UNIT
Praktis Ekstra i-THINK
UNIT 16 Dunia Baharu Tani 31
8 Tautan Seni Subur Harmoni 15




Kuiz Cetus Idea

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. ii






00 Kandungan .indd 2 14/11/2022 4:42 PM

Tema 9: Ekonomi dan Pengurusan Kewangan UNIT
UNIT
26 Usahawan Berwibawa
17 Pengurusan Wang Berhemat 51
33
Praktis Ekstra
Praktis Ekstra Nota Visual PAK-21 PAK-21 i-THINK
Tema 14: Wadah Ilmu
UNIT
UNIT
18 Urus Tadbir Kewangan
35 27 Menuju Puncak Jaya 53


Kuiz
Kuiz
Tema 10: Pelancongan UNIT
UNIT Pendidikan Bestari Negara
28
19 Pesona Malaysia 37 Lestari 55


Praktis Ekstra
Audio
Tema 15: Bahasa dan Kesusasteraan
UNIT
UNIT
20 Indahnya Bumi Bertuah 39 29 Bahasa Disulam Sastera 57
Dianyam

Praktis Ekstra
Praktis Ekstra
Tema 11: Sejarah dan Warisan UNIT
UNIT 30 Merekayasa Bahasa
21 Sejarah Mengajar Erti 41 59
Kehidupan
PAK-21
Tema 16: Kerjaya
UNIT
UNIT
22 Seni Warisan Anak Bangsa
43 31 Kerjaya Impian 61

Praktis Ekstra Info
Praktis Ekstra
Tema 12: Sukan dan Rekreasi UNIT
UNIT
32 Rentak Kejayaan
23 Jasmani Cergas 45 63




Kuiz Tema 17: Integriti
UNIT
UNIT
24 Cergas Aktif 47 33 Sempurnakan Diri 65



Praktis Ekstra
Praktis Ekstra
Tema 13: Pengantarabangsaan Industri Negara UNIT
UNIT 34 Tonggak Sejahtera
25 Malaysia Hab Industri 49 67
Makanan
Nota Visual PAK-21





iii © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






00 Kandungan .indd 3 14/11/2022 4:42 PM

Tema 18: Pentadbiran dan Politik
Praktis Masteri 3
UNIT
111
35 Dataran Merdeka
69
Praktis Ekstra Nota Visual Info
Praktis Ekstra PAK-21 Audio PEMINDAHAN MAKLUMAT 111
UNIT Bahagian C
• Ringkasan 111
36 Nilai Demokrasi – Model Ringkasan 111
71
Praktis 112
Audio

PRAKTIS MASTERI Praktis Masteri 4
118


Praktis Masteri 1
74 Praktis Ekstra Nota Visual Info Video
KARANGAN 118
Bahagian A
Praktis Ekstra Peta Konsep Video
SISTEM BAHASA 74 • Karangan Respons Terhad 118
• Kata Ganti Nama 74 – Model Karangan Respons Terhad 118
• Kata Kerja 75 Praktis 119
• Kata Adjektif 76 Bahagian B
• Kata Hubung 77 • Karangan Respons Terbuka 121
• Kata Tanya 78 – Model Karangan Respons Terbuka 122
• Kata Seru dan Kata Perintah 79 A Karangan Surat Kiriman Rasmi 123
124
B Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi
• Kata Bantu 80 C Karangan Laporan 126
• Kata Sendi Nama 81 D Karangan Ucapan/ Syarahan/ Ceramah 127
• Kata Bilangan 81 E Karangan Dialog/ Temu Ramah/ Wawancara 128
• Kata Majmuk 82 F Karangan Perbincangan/ Pendapat 130
• Kata Ganda 83 G Karangan Keperihalan/ Gambaran 131
132
H Karangan Fakta
• Frasa 84 I Karangan Peribahasa 133
• Ragam Ayat 85 Praktis 134
• Jenis-jenis Ayat 86
• Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk 87 Kertas Model UASA
• Pola Ayat Dasar 88 (Ujian Akhir Sesi Akademik) 135
• Cakap Ajuk dan Cakap Pindah 88
• Peribahasa 90 Ujian Pertengahan Tahun

https://qr.pelangibooks.
com/?u=PBDPlusBMTg1UPT
Praktis Masteri 2
91

Jawapan
Praktis Ekstra Cetus Idea
https://qr.pelangibooks.
PEMAHAMAN 91 com/?u=PBDPlusBMTg1Jaw
Bahagian A
• Pemahaman Petikan 91
Nota Grafik KOMSAS
Bahagian B https://qr.pelangibooks.
• Pemahaman Petikan 102 com/?u=PBDPlusBMTg1NGKOMSAS
• Novel 107


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. iv






00 Kandungan .indd 4 14/11/2022 4:42 PM

Rekod Pencapaian Bahasa Melayu


Pentaksiran Murid

Tingkatan 3atan 1
Tingk



Kelas: ........................................................ Nama Murid: ............................................................................................... Nama Guru: .......................................................................................

Unit Kemahiran Standard Pembelajaran Tahap Penguasaan
Mendengar 1.1.1 Mendengar dan mengenal sebutan perkataan dan rangkai kata
1 dan Bertutur dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat.
Sihat Membawa
Kebahagiaan Menulis 3.1.1 Menulis untuk menyatakan makna kata dengan betul mengikut
konteks.

2.1.2 Membaca secara mekanis pantun dengan sebutan dan intonasi
2 Membaca yang betul dan nada yang sesuai.
Amalan
Kesejahteraan 3.2.1 Menulis untuk menyatakan sesuatu situasi yang dibaca,
Hidup Menulis didengar, dan ditonton menggunakan ayat yang betul, tepat,
dan gramatis.
2.2.1 Membaca untuk memahami makna perkataan yang terdapat
3 Membaca dalam pelbagai bahan menggunakan glosari dan kamus dengan
Sayangi Nyawa betul dan tepat.
Anda 3.3.1 Menulis untuk melengkapkan maklumat diri dan ayat dalam
Menulis
pelbagai bahan dengan betul dan tepat.
1.3.1 Mendengar dan memahami maklumat, fakta, dan idea dalam
Mendengar
4 dan Bertutur pelbagai wacana dengan memberikan respons secara lisan
Keselamatan di dengan betul, tepat, dan bermakna.
Mana-mana 3.4.1 Membina kerangka penulisan dengan menyenaraikan isi yang
Menulis sesuai secara terancang dan kemas menggunakan bahasa yang
tepat.

Mendengar 1.3.2 Mendengar dan memahami maklumat, fakta, dan idea dalam
dan Bertutur pengumuman dan ucapan dengan memberikan respons yang
5 betul, tepat, dan bermakna.
Serasi Bersama 2.2.3 Membaca untuk memahami idea keseluruhan dalam pelbagai
Membaca bahan prosa dengan betul dan tepat secara luncuran dan
imbasan.
3.4.3 Menulis perenggan isi dan kesimpulan yang kemas
Menulis
6 menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat.
Perpaduan Aspek Seni 4.3.2 Menghasilkan syair secara terancang dan tertib, menggunakan
Bahasa idea yang kreatif serta bahasa yang indah dan menarik.
1.4.2 Berbicara untuk memulakan dan mengakhiri perbualan,
Mendengar
dan Bertutur bertanya khabar, serta menyatakan terima kasih dan
7 penghargaan secara bertatasusila.
Citra Bangsa 3.4.4 Menulis karangan berdasarkan bahan rangsangan dan cerita
Menulis menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat, indah,
serta menarik.

3.5.1 Menulis isi-isi penting untuk menghasilkan ringkasan dengan
8 Menulis betul menggunakan ayat yang gramatis.
Tautan Seni Subur
Harmoni Aspek 5.5.1 Memahami dan membina ayat berdasarkan pola ayat inti
Tatabahasa dengan betul dan tepat mengikut konteks.





v © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






00b Rekod Pencapaian.indd 5 14/11/2022 4:43 PM

Unit Kemahiran Standard Pembelajaran Tahap Penguasaan

1.5.1 Mengemukakan soalan bertumpu untuk mengetahui pesanan,
Mendengar
9 dan Bertutur arahan, panduan, dan tunjuk cara dengan betul, tepat, dan
Rakyat Berjasa secara bertatasusila.
Negara Terbilang Aspek 5.4.1 Memahami dan menggunakan frasa nama dengan betul
Tatabahasa mengikut konteks.
2.2.1 Membaca untuk memahami makna perkataan yang terdapat
Membaca dalam pelbagai bahan menggunakan glosari dan kamus dengan
10 betul dan tepat.
Jasamu Pemimpin
Menulis 3.7.1 Mengedit ejaan, tanda baca, dan kesalahan nahu yang mudah
dengan betul tanpa mengubah maksud asal ayat.
1.5.3 Bersoal jawab dalam perbualan menggunakan soalan bertumpu
Mendengar dan mengemukakan jawapan yang sesuai dan betul secara
11 dan Bertutur bertatasusila.
Sinar Masa Depan
Membaca 2.2.2 Membaca untuk memahami maklumat daripada arahan dalam
pelbagai bahan dengan memberikan respons yang betul dan tepat.
3.1.1 Menulis untuk menyatakan makna kata dengan betul mengikut
Menulis
12 konteks.
Sains Merentas 4.3.1 Menghasilkan karya fiksyen dengan mengaplikasikan rangka
Kehidupan Aspek Seni penulisan sastera secara terancang dan tertib menggunakan
Bahasa
idea yang kreatif serta bahasa yang indah dan menarik.
1.6.2 Menyampaikan maklumat dalam bentuk ucapan dan
Mendengar
13 dan Bertutur pengumuman dengan betul, tepat, jelas, intonasi yang sesuai,
Lestarikan dan berkesan menggunakan ayat yang gramatis.
Kehijauan Bumi 2.3.1 Membaca untuk menyaring dan mengenal pasti idea utama dan
Membaca
idea sampingan dengan betul dan tepat.
2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan
Membaca fiksyen untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dan
14 ungkapan menarik dengan pemahaman dan penghayatan yang
Selamatkan Bumi baik.
Kita 3.4.1 Membina kerangka penulisan dengan menyenaraikan isi yang
Menulis sesuai secara terancang dan kemas menggunakan bahasa yang
tepat.

1.7.2 Berunding untuk mendapatkan persetujuan bagi sesuatu
Mendengar
15 dan Bertutur tawaran tentang sesuatu perkara secara rasional dengan ayat
Pertanian Satu yang gramatis dan bahasa yang santun.
Perniagaan Aspek 5.3.1 Memahami dan menggunakan awalan dan akhiran bagi kata
Tatabahasa nama dengan betul mengikut konteks.
Mendengar 1.8.1 Menerangkan sesuatu perkara dengan bernas dan kritis secara
16 dan Bertutur jelas mengunakan ayat yang betul, tepat, dan gramatis.
Dunia Baharu Tani 2.1.2 Membaca secara mekanis pantun dengan sebutan dan intonasi
Membaca
yang betul dan nada yang sesuai.

Mendengar 1.8.2 Mengulas peristiwa mengikut urutan secara jelas dan bernas
17 dan Bertutur menggunakan ayat gramatis.
Pengurusan Wang 3.4.4 Menulis karangan berdasarkan bahan rangsangan dan cerita
Berhemat Menulis menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat, indah,
serta menarik.

18 2.2.2 Membaca untuk memahami maklumat daripada arahan dalam
Urus Tadbir Membaca pelbagai bahan dengan memberikan respons yang betul dan
Kewangan tepat.


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. vi






00b Rekod Pencapaian.indd 6 14/11/2022 4:43 PM

Unit Kemahiran Standard Pembelajaran Tahap Penguasaan

Aspek
Tatabahasa 5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan ayat mudah.

1.2.1 Mendengar dan memahami perkataan, rangkai kata, istilah,
Mendengar
dan Bertutur dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat
19 mengikut konteks.
Pesona Malaysia 3.6.1 Menulis untuk mengolah maklumat daripada bahan grafik
Menulis kepada bentuk prosa, bentuk puisi, dan bentuk ilustrasi dengan
menggunakan bahasa yang betul dan tafsiran yang tepat.
1.2.2 Mendengar dan memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang
Mendengar
20 dan Bertutur mudah dalam ujaran dengan menyatakan maksud yang betul,
Indahnya Bumi tepat, dan jelas mengikut konteks.
Bertuah Aspek 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata adjektif warna, bentuk,
Tatabahasa perasaan, dan waktu dengan betul mengikut konteks.
2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan
Membaca fiksyen untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dan ungkapan
21 menarik dengan pemahaman dan penghayatan yang baik.
Sejarah Mengajar
Erti Kehidupan Aspek Seni 4.4.1 Mempersembahkan pengacaraan menggunakan sebutan,
Bahasa intonasi, nada, gaya, dan bahasa badan yang sesuai melalui
teknik yang menarik dan berkesan.

Mendengar 1.3.2 Mendengar dan memahami maklumat, fakta, dan idea dalam
pengumuman dan ucapan dengan memberikan respons yang
22 dan Bertutur betul, tepat, dan bermakna.
Seni Warisan Anak
Bangsa 3.2.1 Menulis untuk menyatakan sesuatu situasi yang dibaca,
Menulis didengar, dan ditonton menggunakan ayat yang betul, tepat,
dan gramatis.

Mendengar 1.4.1 Berbual tentang kegiatan harian serta hal-hal persendirian
23 dan Bertutur menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara santun.
Jasmani Cergas 2.1.2 Membaca secara mekanis pantun dengan sebutan dan intonasi
Membaca
yang betul dan nada yang sesuai.
2.2.1 Membaca untuk memahami makna perkataan yang terdapat
Membaca dalam pelbagai bahan menggunakan glosari dan kamus dengan
24 betul dan tepat.
Cergas Aktif
Menulis 3.3.1 Menulis untuk melengkapkan maklumat diri dan ayat dalam
pelbagai bahan dengan betul dan tepat.
Mendengar 1.4.3 Menceritakan pengalaman diri dan orang lain dalam pelbagai

25 dan Bertutur situasi dengan sebutan dan intonasi yang betul secara santun.
Malaysia Hab 3.4.2 Menulis perenggan pendahuluan dengan membina ayat tema,
Industri Makanan Menulis ayat rangsangan, dan ayat arahan secara terancang, tertib, dan
kemas menggunakan bahasa yang tepat, indah, dan menarik.

2.2.3 Membaca untuk memahami idea keseluruhan dalam pelbagai
26 Membaca bahan prosa dengan betul dan tepat secara luncuran dan
Usahawan imbasan.
Berwibawa Aspek 5.5.1 Memahami dan membina ayat berdasarkan pola ayat inti
Tatabahasa dengan betul dan tepat mengikut konteks.

2.3.1 Membaca untuk menyaring dan mengenal pasti idea utama dan
27 Membaca idea sampingan dengan betul dan tepat.
Menuju Puncak
Jaya Aspek 5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan ayat mudah.
Tatabahasa




vii © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






00b Rekod Pencapaian.indd 7 14/11/2022 4:43 PM

Unit Kemahiran Standard Pembelajaran Tahap Penguasaan

3.5.1 Menulis isi-isi penting untuk menghasilkan ringkasan dengan
Menulis
28 betul menggunakan ayat yang gramatis.
Pendidikan Bestari 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am dan kata nama
Negara Lestari Aspek khas yang tunggal dan yang mengalami pemajmukan dengan
Tatabahasa
betul mengikut konteks.
Mendengar 1.6.1 Menyampaikan isi dan fakta tentang sesuatu perkara dengan
29 dan Bertutur betul dan jelas menggunakan ayat yang gramatis.
Bahasa Disulam 3.6.1 Menulis untuk mengolah maklumat daripada bahan grafik
Sastera Dianyam Menulis kepada bentuk prosa, bentuk puisi, dan bentuk ilustrasi dengan
menggunakan bahasa yang betul dan tafsiran yang tepat.
2.2.2 Membaca untuk memahami maklumat daripada arahan dalam
30 Membaca pelbagai bahan dengan memberikan respons yang betul dan
Merekayasa tepat.
Bahasa 3.7.1 Mengedit ejaan, tanda baca, dan kesalahan nahu yang mudah
Menulis
dengan betul tanpa mengubah maksud asal ayat.
2.2.1 Membaca untuk memahami makna perkataan yang terdapat
Membaca dalam pelbagai bahan menggunakan glosari dan kamus dengan
31 betul dan tepat.
Kerjaya Impian
Menulis 3.5.1 Menulis isi-isi penting untuk menghasilkan ringkasan dengan
betul menggunakan ayat yang gramatis.
1.7.2 Berunding untuk mendapatkan persetujuan bagi sesuatu
Mendengar
dan Bertutur tawaran tentang sesuatu perkara secara rasional dengan ayat
32 yang gramatis dan bahasa yang santun.
Rentak Kejayaan 5.2.1 Memahami dan menggunakan kata ganda penuh, kata ganda
Aspek
Tatabahasa penuh berimbuhan, dan kata ganda majmuk dengan betul
mengikut konteks.
2.2.1 Membaca untuk memahami makna perkataan yang terdapat
Membaca dalam pelbagai bahan menggunakan glosari dan kamus dengan
33 betul dan tepat.
Sempurnakan Diri
Aspek
Tatabahasa 5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan ayat mudah.
Mendengar 1.8.2 Mengulas peristiwa mengikut urutan secara jelas dan bernas
dan Bertutur menggunakan ayat yang gramatis.
34
Tonggak Sejahtera Aspek 3.4.1 Membina kerangka penulisan dengan menyenaraikan isi yang
Tatabahasa sesuai secara terancang dan kemas menggunakan bahasa yang
tepat.
Mendengar 1.1.1 Mendengar dan mengenal sebutan perkataan dan rangkai kata
dan Bertutur dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat.
35
Dataran Merdeka 2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan
Membaca fiksyen untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dan ungkapan
menarik dengan pemahaman dan penghayatan yang baik.

1.2.1 Mendengar dan memahami perkataan, rangkai kata, istilah,
Mendengar dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat
36 dan Bertutur mengikut konteks.
Nilai Demokrasi
Menulis 3.4.3 Menulis perenggan isi dan kesimpulan yang kemas
menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat.







© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. viii






00b Rekod Pencapaian.indd 8 14/11/2022 4:43 PM

UNIT

Tema 1: Amalan Gaya Hidup Sihat

1 Sihat Membawa Kebahagiaan





Buku teks ms. 2 – 6


Kemahiran Mendengar dan Bertutur


SP 1.1.1 Mendengar dan mengenal sebutan perkataan dan rangkai kata dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat.
Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, lengkapkan petikan dengan perkataan dan
rangkai kata yang betul. Sebut perkataan dan rangkai kata tersebut.

Track 1
Penjagaan Kebersihan Diri


Penjagaan kebersihan diri amat penting untuk setiap individu. Namun begitu, isu kebersihan selalu
dipandang remeh oleh masyarakat. Tubuh badan ialah anugerah Tuhan yang dipinjamkan

kepada setiap manusia. Dengan itu, kita bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan tubuh badan dengan

baik.
Menjaga kebersihan diri merupakan satu daripada amalan gaya hidup sihat. Amalan ini
wajar dipraktikkan oleh setiap individu tanpa mengira umur, bangsa, atau agama. Jika asas kebersihan diri tidak

dijaga, tubuh badan akan mudah dijangkiti penyakit dan seterusnya menjejaskan urusan kehidupan kita.

Misalnya, apabila kita dijangkiti selesema , badan akan mula rasa tidak selesa, sukar bernafas,
deria rasa terjejas, malah tidur juga akan terganggu. Hal ini dapat mengganggu produktiviti kerja di
pejabat atau menjejaskan segala aktiviti harian.

Penjagaan kebersihan diri amat penting kepada setiap individu. Antara kepentingannya termasuklah

kebersihan diri sebahagian daripada tuntutan sesetengah agama . Selain itu, kebersihan
diri dapat menjadi lambang sifat disiplin diri seseorang. Penjagaan kebersihan diri juga dapat
mengurangkan risiko jangkitan penyakit . Penjagaan penampilan diri dapat membina keyakinan diri

untuk bergaul dan berdepan dengan masyarakat. Akhir sekali, penjagaan kebersihan diri dapat mewujudkan
keharmonian keluarga dan masyarakat.

















Meningkatkan Menonjolkan imej yang Dapat menghindari Mewujudkan
produktiviti diri menarik penyakit keharmonian keluarga







TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






Unit 01 to 05.indd 1 14/11/2022 4:44 PM

Bahasa Melayu Tingkatan 1 Unit 1
Kemahiran Menulis


SP 3.1.1 Menulis untuk menyatakan makna kata dengan betul mengikut konteks.
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, nyatakan makna perkataan yang berhuruf tebal dengan
merujuk kamus. Bina ayat berdasarkan perkataan tersebut. KBAT Menganalisis


Pemakanan Seimbang

Pemakanan seimbang merujuk pengambilan makanan yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan.
Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan penjagaan kesihatan.
Antara kebaikan pemakanan seimbang termasuklah tumbesaran manusia menjadi lebih sempurna
dari aspek fizikal. Pemakanan seimbang membolehkan tubuh badan menerima semua keperluan zat
yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat. Kekuatan fizikal ini menjadikan seseorang dapat
menjalankan tugasnya dengan baik.
Pemakanan seimbang juga dapat memberikan vitamin yang mencukupi kepada badan. Keperluan
vitamin yang mencukupi ini menjadikan tubuh manusia lebih berketahanan untuk menghadapi sebarang
jangkitan penyakit atau tidak mudah jatuh sakit. Kesihatan dikatakan perkara yang sangat penting dalam
kehidupan seseorang. Dengan itu, amalan pemakanan seimbang mampu mempengaruhi kesihatan dan
kesejahteraan seseorang.
Pemakanan seimbang juga mampu mengawal kadar obesiti. Satu daripada aspek utama dalam
pemakanan seimbang ialah kuantiti makanan yang kecil tetapi berkhasiat. Pengawalan pemakanan
sebegitu dapat menjadikan tubuh seseorang tidak terlalu gemuk. Oleh itu, mereka mudah untuk menjalani
pelbagai aktiviti harian.





Perkataan Makna Contoh Ayat



berkenaan dengan badan; Fizikal Azrul lebih kecil berbanding dengan
1. fizikal
jasmani abangnya.



bahan organik yang penting Haziq mengambil vitamin setiap hari untuk
2. vitamin
untuk kesihatan badan mengekalkan kesihatan dirinya.



Jangkitan kuman pada paru-paru Norseha
3. jangkitan kejadian penyakit yang berjangkit
beransur sembuh.


kegemukan yang disebabkan
4. obesiti terdapatnya lemak yang Faris menjaga pemakanannya bagi mengelakkan
masalah obesiti.
berlebihan


banyaknya; jumlah; bilangan Qaleesya mengira kuantiti hadiah yang ingin
5. kuantiti
sesuatu diberikan kepada guru-gurunya.



Praktis Ekstra
Tema 1


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2 TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6






Unit 01 to 05.indd 2 14/11/2022 4:44 PM

UNIT

Bahasa Melayu Tingkatan 1 Unit 2
Tema 1: Amalan Gaya Hidup Sihat
2 Amalan Kesejahteraan Hidup





Buku teks ms. 7 – 12


Kemahiran Membaca


SP 2.1.2 Membaca secara mekanis pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul dan nada yang sesuai.
Baca pantun di bawah ini dengan sebutan dan intonasi yang betul serta nada yang sesuai.


Pantun Hidup Sihat


Di tepi paya duduk berehat, Sebelum makan angkat jemuran,
Selepas minum hilang dahaga; Bimbang hujan turun menimpa;
Amalkan gaya hidup sihat, Banyakkan makan sayur-sayuran,
Makan minum hendaklah dijaga. Buah-buahan jangan pula dilupa.


Selepas minum hilang dahaga, Bimbang hujan turun menimpa,
Terus melihat hasil jualan; Diri takut demam sekali;
Makan minum hendaklah dijaga, Buah-buahan pula jangan dilupa,
Makanan berkhasiat jadi amalan. Pencuci mulut berkhasiat sekali.


Terus melihat hasil jualan,
Dibeli rakan untuk si emak; Bestari Kata
Makanan berkhasiat jadikan amalan, • gaya – cara
Elakkan makan makanan berlemak. • berkhasiat – mengandungi atau
memberikan khasiat
• jemuran – barang yang dijemur
Dibeli rakan untuk si emak, • pencuci mulut – benda manis
seperti buah-buahan yang
Sebelum makan angkat jemuran; dimakan selepas makan nasi
Elakkan makan makanan berlemak, dan lain-lain
Banyakkan makan sayur-sayuran.




















Pendidikan Sivik : Nilai Bertanggungjawab IDEA
• Murid-murid membincangkan kepentingan menjaga kesihatan. CETUS
• Murid-murid mengekspresikan perasaan gembira kerana memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas.





TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






Unit 01 to 05.indd 3 14/11/2022 4:44 PM

Bahasa Melayu Tingkatan 1 Unit 2
Kemahiran Menulis


SP 3.2.1 Menulis untuk menyatakan sesuatu situasi yang dibaca, didengar, dan ditonton menggunakan ayat yang betul, tepat, dan gramatis.
IDEA
Tulis ulasan tentang petua untuk mengawal tekanan darah berdasarkan maklumat yang
diberikan di bawah ini. CETUS



Petua kawal tekanan darah











Bersenam sekurang-kurangnya Mengurangkan Amalkan pemakanan sihat
30 minit setiap hari berat badan #SUKUSUKUSEPARUH








Berhenti atau tidak Dapatkan tidur
merokok/ e-rokok yang berkualiti








Kurangkan pengambilan garam Elakkan pengambilan Mengurangkan tekanan
kepada satu sudu teh sehari minuman beralkohol atau stres

SUMBER : Portal MyHealth


Penyakit darah tinggi merupakan penyakit berbahaya yang menyerang semua golongan usia. Pelbagai

petua boleh diamalkan untuk menghindari penyakit ini. Antaranya termasuklah mengurangkan berat badan.
Hal ini dikatakan demikian kerana risiko menghidap tekanan darah tinggi meningkat dua hingga tiga kali

ganda sekiranya seseorang menghidap obesiti. Selain itu, seseorang perlulah mengamalkan pemakanan sihat.
Amalan pemakanan sihat ini dapat menguatkan badan selain mencegah penyakit berbahaya. Seterusnya,

seseorang hendaklah mendapatkan tidur yang mencukupi serta mengurangkan tekanan atau stres. Tidur yang

berkualiti menjadikan kita lebih segar dan cergas manakala mengurangkan stres dapat menambahkan kualiti
hidup kita. Kita juga wajar menjauhi minuman beralkohol dan rokok kerana dapat membahayakan kesihatan.

Akhir sekali, kita wajar bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk meningkatkan sistem imunisasi
badan. Jelaslah bahawa tekanan darah mampu dikawal dengan mengamalkan petua-petua yang diberikan.













© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4 TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6






Unit 01 to 05.indd 4 14/11/2022 4:44 PM

UNIT

Bahasa Melayu Tingkatan 1 Unit 3
Tema 2: Beringat supaya Selamat
3 Sayangi Nyawa Anda





Buku teks ms. 14 – 18



Kemahiran Membaca

SP 2.2.1 Membaca untuk memahami makna perkataan yang terdapat dalam pelbagai bahan menggunakan glosari dan kamus dengan betul dan tepat.
Baca petikan di bawah ini. Kemudian, berikan makna perkataan yang berhuruf tebal dengan merujuk
kamus.

Kes seorang remaja perempuan yang membunuh diri setelah mendapat undian sebanyak 69 peratus untuk
mati melalui laman sosial telah menggemparkan negara. Jika kita lebih memahami dan mengenali gejala
kemurungan, kita mungkin mampu untuk membantu dan menyelamatkan mangsa.
Golongan muda lazimnya banyak mengalami perubahan dari aspek fizikal dan emosi ketika menempuh
alam remaja. Tambahan pula, kesibukan ibu bapa bekerja menyebabkan anak-anak berasa kesunyian dan
tersisih. Seterusnya, sukatan pelajaran yang semakin mencabar dan harapan yang tinggi daripada ibu bapa
merupakan faktor yang menyumbang kepada masalah kemurungan dalam kalangan remaja. Penggunaan
media sosial secara keterlaluan turut menjadi faktor masalah ini. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka
terdedah kepada masalah gangguan secara maya. Remaja yang kurang mengamalkan gaya hidup sihat
seperti bersukan dan bersosial turut terdedah kepada masalah ini.
Ibu bapa, guru, dan golongan dewasa sewajarnya lebih prihatin terhadap sindrom kemurungan
supaya rawatan segera dapat diberikan kepada remaja tersebut. Pelbagai pihak turut disarankan agar
melaksanakan kempen kesedaran nasional bagi membantu remaja yang mengalami masalah kemurungan.
Kerajaan juga perlu menyediakan khidmat sokongan emosi selama dua puluh empat jam sehari supaya
remaja berkenaan dapat berkongsi masalah yang dihadapi bersama-sama para sukarelawan terlatih.



Perkataan Makna

perubahan dalam fungsi badan seseorang yang menunjukkan tanda-tanda
1. gejala
adanya sesuatu penyakit yang berkaitan

2. fizikal berkenaan dengan badan; jasmani


3. emosi perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut, dan lain-lain


4. tersisih terasing; terpisah


5. maya berkaitan dengan komputer dan Internet


6. prihatin mengambil berat atau memberikan perhatian terhadap sesuatu perkara

kumpulan gejala atau tanda-tanda yang menunjukkan terdapatnya sesuatu
7. sindrom
penyakit atau keadaan tertentu

8. sukarelawan orang lelaki yang melakukan sesuatu dengan sukarela






TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






Unit 01 to 05.indd 5 14/11/2022 4:44 PM

Bahasa Melayu Tingkatan 1 Unit 3
Kemahiran Menulis


SP 3.3.1 Menulis untuk melengkapkan maklumat diri dan ayat dalam pelbagai bahan dengan betul dan tepat.
Lihat borang di bawah ini dengan teliti. Kemudian, lengkapkan borang tersebut dengan maklumat yang
sesuai.


BORANG PENYERTAAN LARIAN JAMBATAN PULAU PINANG 2023


Maklumat Peserta

Nama: Jantina:
No. Sijil Kelahiran/No. Kad Pengenalan: Warganegara:

Tarikh Lahir: Umur:

Alamat Rumah:

Maklumat Ibu/ Bapa/ Penjaga
Nama:

No. Kad Pengenalan: No. Telefon:
Alamat Rumah:

Maklumat Keluarga Terdekat untuk Dihubungi Jika Berlaku Kecemasan
Nama:

No. Kad Pengenalan: No. Telefon:
Maklumat Kesihatan Peserta:

Maklumat Tambahan: Tandakan (✓) pada petak yang berkenaan

Kategori: Kategori A (10KM) / Kategori B (5KM)


Saiz Baju: S / M / L / XL

Peraturan Pertandingan

✓ Pakaian sukan yang sesuai.
✓ Tidak membuang sampah merata-rata.
✓ Tidak membawa benda-benda tajam seperti pisau, gunting, dan lain-lain.
Kebenaran Penyertaan

Saya , ibu/ bapa/ penjaga kepada

, murid Tingkatan *bersetuju/ tidak bersetuju bahawa
anak jagaan saya menyertai Larian Jambatan Pulau Pinang 2023 dan *bersetuju/ tidak bersetuju dengan
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Nama dan Tandatangan Ibu Bapa/ Penjaga, Tarikh:




( )






© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6 TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6






Unit 01 to 05.indd 6 14/11/2022 4:44 PM

UNIT

Tema 2: Beringat supaya Selamat

4 Keselamatan di Mana-mana





Buku teks ms. 19 – 23



Kemahiran Mendengar dan Bertutur

SP 1.3.1 Mendengar dan memahami maklumat, fakta, dan idea dalam pelbagai wacana dengan memberikan respons secara lisan dengan betul, tepat, dan bermakna.
Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan secara lisan.

Pemantauan Kendiri Kes Positif COVID-19 di Rumah
Track 2
1. Nyatakan tiga perkara yang perlu dilakukan semasa menjalani pemantauan kendiri kes COVID-19 di rumah.
Tiga perkara yang perlu dilakukan semasa menjalani pemantauan kendiri kes COVID-19 di rumah ialah

sentiasa berada di rumah, elakkan daripada berinteraksi secara bersemuka, dan amalkan adab batuk dan

bersin yang betul.

2. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terpaksa berkongsi bilik air dengan ahli keluarga yang lain?
Kita perlu membersihkan permukaan yang disentuh seperti tombol pintu, kepala pili air, dan peralatan yang

lain setiap kali selepas digunakan.




3. Bagaimanakah status kesihatan seseorang itu dilaporkan?
Status kesihatan seseorang dilaporkan kepada anggota kesihatan melalui panggilan telefon atau melalui

aplikasi MySejahtera pada setiap hari.




4. Nyatakan tindakan sekiranya gejala COVID-19 bertambah teruk.
Jika gejala COVID-19 bertambah teruk, hubungi 999 atau terus ke hospital yang berdekatan dengan

menggunakan kenderaan sendiri.






5. Senaraikan adab batuk dan bersin yang betul.

Adab batuk dan bersin yang betul adalah dengan menutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila
batuk atau bersin. Buang tisu dan pelitup muka yang telah digunakan ke dalam bungkusan lalu diikat

sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Kemudian, cuci tangan dengan serta-merta.





IDEA
Praktis Ekstra
Tema 2 CETUS



TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






Unit 01 to 05.indd 7 14/11/2022 4:44 PM

Bahasa Melayu Tingkatan 1 Unit 4
Kemahiran Menulis


SP 3.4.1 Membina kerangka penulisan dengan menyenaraikan isi yang sesuai secara terancang dan kemas menggunakan bahasa yang tepat.
Tulis kerangka penulisan yang lengkap berdasarkan tajuk ‘Langkah-langkah Menjaga Keselamatan Diri
Semasa Berbasikal di Jalan Raya’ .


Pendahuluan:
banyak kemalangan jalan raya melibatkan penunggang basikal – cedera parah dan mengakibatkan kematian –
risiko kemalangan semasa menunggang basikal di jalan raya adalah lebih tinggi berbanding dengan
menggunakan kenderaan lain


Isi-isi penting:
(a) mematuhi peraturan jalan raya – tidak melanggar lampu isyarat – menunggang basikal dengan berhemah
dan tidak berlumba-lumba atau berbual-bual sambil menunggang basikal – memberikan isyarat tangan

semasa ingin membelok ke kiri atau ke kanan

(b) mengutamakan keselamatan semasa menunggang basikal – memastikan basikal selamat untuk digunakan –

keadaan brek dan tayar yang berfungsi dengan baik – tidak mengubah suai basikal seperti basikal lajak dan
sebagainya – memakai pakaian yang cerah, topi keledar basikal, dan kasut yang sesuai



(c) sentiasa berwaspada dan berhati-hati di jalan raya – tidak melintas sesuka hati – memandang ke kiri dan kanan
serta memastikan tiada kenderaan semasa melintas – menunggang di sebelah tepi jalan raya – tidak

menunggang basikal di kawasan lalu lintas yang sesak

(d) sediakan diri dengan kemahiran untuk mengawal keseimbangan basikal – mengetahui cara mengawal gear

serta sentiasa yakin terhadap diri semasa berbasikal – jangan mudah panik walaupun berada dalam situasi
yang cemas



Penutup:
keselamatan di jalan raya tanggungjawab diri sendiri – malang tidak berbau – menunggang secara berhemah
dapat mengelakkan sebarang tragedi






AKTIVITI PAK-21 Peta Pemikiran
Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Setiap kumpulan perlu menyediakan peta pemikiran yang mengandungi maklumat tentang punca-
punca kemalangan jalan raya.
Hasil dapatan murid akan ditampal di hadapan kelas.





Pendidikan Keselamatan
Jalan Raya


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8 TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6






Unit 01 to 05.indd 8 14/11/2022 4:44 PM

UNIT

Tema 3: Cahaya Perpaduan

5 Serasi Bersama





Buku teks ms. 26 – 30


Kemahiran Mendengar dan Bertutur


SP 1.3.2 Mendengar dan memahami maklumat, fakta, dan idea dalam pengumuman dan ucapan dengan memberikan respons yang betul, tepat, dan bermakna.
Dengar ucapan yang dibacakan oleh rakan anda di hadapan kelas. Kemudian, jelaskan maklumat yang
diperoleh daripada petikan ucapan tersebut secara lisan.


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Raja Tun Uda, barisan guru penolong kanan, guru-guru, dan murid-murid sekalian. Bersyukur ke hadrat
Tuhan kerana dengan rahmat-Nya kita dapat berhimpun pada hari ini bersempena dengan Program Kem
Perpaduan dan Pertandingan Tarian Integrasi.

Hadirin sekalian,
Perpaduan telah menjadi agenda yang penting untuk merapatkan jurang antara kaum demi memupuk
perpaduan nasional. Sebagai sebuah negara majmuk yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan etnik,
Malaysia perlu sentiasa memperkukuh perpaduan nasional supaya masyarakat berbilang kaum dapat terus
mengecap keamanan dan mencapai cita-cita negara.

Satu daripada usaha memupuk perpaduan adalah melalui pelbagai program pada peringkat sekolah,
daerah, negeri, mahupun kebangsaan. Kem Perpaduan dan Pertandingan Tarian ini diadakan bagi
memberikan peluang kepada murid-murid daripada pelbagai kaum untuk berinteraksi melalui aktiviti yang
dijalankan.

Program ini juga mampu menyemai sikap kasih sayang dan menyemarakkan semangat perpaduan
antara murid pelbagai kaum. Program ini juga dapat memberikan peluang kepada mereka untuk
mempelajari cara hidup dan budaya kaum lain supaya mereka dapat menerima, menghormati, dan
menghayati kepelbagaian kaum yang terdapat di negara ini.

Saya berharap agar semua murid yang mengikuti program ini akan memanfaatkan dan menjalinkan
semangat muhibah dalam kalangan mereka. Selain itu, mereka dapat memupuk semangat hormat-
menghormati serta saling memahami adat dan budaya rakyat berbilang kaum. Sekian, terima kasih.



Teks ucapan menerangkan penganjuran Program Kem Perpaduan dan Pertandingan Tarian Integrasi.
Perpaduan merupakan agenda yang penting di Malaysia kerana memiliki rakyat yang berbilang kaum. Usaha
memupuk semangat perpaduan kaum perlu dilakukan sejak murid-murid di bangku sekolah lagi. Oleh itu, program

ini diadakan bagi memberikan peluang kepada murid-murid daripada pelbagai kaum untuk berinteraksi melalui
aktiviti yang dijalankan. Program ini juga bertujuan untuk menyemai sikap kasih sayang dan menyemarakkan

semangat perpaduan antara murid pelbagai kaum. Seterusnya, program ini juga dapat memberikan peluang
kepada murid-murid untuk mempelajari cara hidup dan budaya kaum lain supaya mereka dapat menerima,
menghormati, dan menghayati budaya masyarakat pelbagai kaum.










TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






Unit 01 to 05.indd 9 14/11/2022 4:44 PM

Bahasa Melayu Tingkatan 1 Unit 5
Kemahiran Membaca


SP 2.2.3 Membaca untuk memahami idea keseluruhan dalam pelbagai bahan prosa dengan betul dan tepat secara luncuran dan imbasan.
Baca petikan-petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, kenal pasti idea keseluruhan yang terdapat
dalam petikan-petikan tersebut.
Nota Visual
Prinsip Rukun Negara
Petikan 1

Menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara bukanlah suatu perkara yang sukar. Kita
perlulah mempunyai kesedaran untuk sentiasa mengeratkan perpaduan dan memelihara keharmonian
masyarakat menerusi amalan prinsip-prinsip dan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Rukun Negara.

Prinsip-prinsip Rukun Negara hendaklah sentiasa diamalkan oleh masyarakat kita dan diwarisi daripada
satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Dengan itu, pendidikan Rukun Negara wajar dijadikan
agenda teras kerajaan. Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia
hendaklah menerajui pelaksanaan agenda ini menerusi pelbagai program, inisiatif, dan aktiviti bawah
kementerian dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan, pihak swasta, dan masyarakat. Dengan
usaha yang bersungguh-sungguh yang digembleng oleh semua pihak, kita akan berjaya menyemarakkan
penghayatan prinsip dan nilai Rukun Negara demi mengeratkan perpaduan rakyat di negara kita.



Petikan 2


Aktiviti Modul Rukun Negara diperkenalkan dalam program pengajaran dan pembelajaran di tabika dan
taska dalam usaha menyemai benih-benih perpaduan pada peringkat awal persekolahan. Hal ini dilakukan
supaya perpaduan sentiasa dijiwai dan dijadikan sebagai budaya dalam kehidupan seharian.
Nilai-nilai perpaduan dan amalan hidup bermasyarakat disemai melalui program pengajaran
dan pembelajaran kanak-kanak seawal usia empat hingga enam tahun. Program seumpama ini wajar
diseragamkan dan diterapkan di semua prasekolah, tabika, dan taska bawah seliaan agensi kerajaan dan
swasta.

Program Take 5 yang dilaksanakan di 1781 buah Tabika Perpaduan (TP) dan 41 buah Taska Genius
Perpaduan (TGP) bawah Kementerian Perpaduan Negara di seluruh negara mengandungi segmen
kebersihan diri dan segmen pendidikan serta penghayatan Rukun Negara setiap hari. Program ini
memberikan pendedahan dan penerapan nilai-nilai murni yang positif dengan kaedah yang kreatif dan
interaktif untuk dijadikan sebagai pembudayaan dalam kehidupan seharian.






Idea keseluruhan daripada kedua-dua petikan ialah usaha-usaha menyemarakkan
penghayatan prinsip dan nilai Rukun Negara demi mengeratkan perpaduan rakyat di

negara kita.







Praktis Ekstra
Tema 3


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 10 TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6






Unit 01 to 05.indd 10 14/11/2022 4:44 PM

Praktis Masteri 3 Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemindahan Maklumat








PEMINDAHAN MAKLUMAT


BAHAGIAN C


Ringkasan

Fokus Topik

1. Dalam Ujian Akhir Sesi Akademik, soalan (b) Cari kata kunci yang dinyatakan dalam
Pemindahan Maklumat terdapat dalam Soalan arahan soalan. Contoh: Tulis sebuah
Kertas 1 (02/1), Ujian Bertulis (Pemahaman) ringkasan tentang syarat-syarat menjadi
dan merupakan soalan subjektif respons pemandu pelancong.
terhad. 2. Menulis ringkasan
2. Dalam bahagian ini, satu petikan umum yang (a) Gariskan isi-isi penting dalam petikan.
panjangnya kira-kira 250 hingga 300 patah (b) Tulis setiap ayat dalam satu perenggan
perkataan diberikan. sahaja.
3. Murid dikehendaki supaya menulis ringkasan (c) Gunakan ayat yang ringkas, tepat, dan padat.
yang panjangnya tidak melebihi 100 patah (d) Pilih kata yang tepat, ejaan dan tanda baca
perkataan. yang betul, serta penanda wacana yang
4. Markah yang diperuntukkan bagi bahagian sesuai.
ini ialah 15 markah. 3. Menyemak ringkasan
5. Murid wajib menjawab soalan tersebut. (a) Semak ringkasan secara keseluruhan setelah
Panduan Menulis Ringkasan selesai menulis.

1. Memahami petikan dan kehendak soalan (b) Buat pembetulan kesalahan ejaan,
(a) Baca keseluruhan petikan dan fahami tatabahasa, dan tanda baca.
kehendak soalan. (c) Pastikan panjang ringkasan anda tidak
melebihi 100 patah perkataan.


Model Ringkasan
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang syarat-syarat
menjadi pemandu pelancong. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan.
Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kerjaya sebagai pemandu pelancong di negara ini mempunyai masa depan yang cerah. Khidmat pemandu
pelancong sangat penting dalam industri pelancongan kerana mereka memainkan peranan untuk
mempromosikan negara kepada dunia luar.
Peluang untuk menjadi pemandu pelancong terbuka kepada semua warganegara Malaysia, sebaiknya
yang berdisiplin, bijak, peramah, lancar berkomunikasi, dan mempunyai minat yang mendalam dalam
lapangan ini. Hal ini demikian kerana, bidang ini sangat mencabar. Mereka juga disyaratkan mengikuti
kursus pelancongan di pusat pengajian tinggi awam atau pusat pengajian tinggi swasta di bawah seliaan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia serta lulus kertas peperiksaan kursus tersebut dengan
agregat yang ditetapkan.
Selain itu, calon mestilah berusia 18 tahun ke atas, sihat tubuh badan, dan tidak mempunyai rekod
jenayah. Kebolehan menguasai lebih daripada satu bahasa menjadi kelebihan kepada calon yang berminat
untuk menceburi bidang ini. Calon juga digalakkan untuk mempelajari sejarah sesebuah tempat supaya dapat
menerangkan fakta-fakta penting yang berkaitan dengan tempat tersebut secara tepat dan jelas kepada
para pelancong. Setelah itu, calon diwajibkan untuk memohon lesen Pemandu Pelancong Malaysia daripada
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
Maklumat tentang kerjaya pemandu pelancong boleh diperoleh melalui Internet dan iklan dalam akhbar.
Kerjaya ini menjanjikan pelbagai ganjaran yang menarik.


111 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






Praktis Masteri Pemindahan Maklumat.indd 111 14/11/2022 4:48 PM

Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemindahan Maklumat
Model Ringkasan Lengkap Praktis Ekstra
Ringkasan
Syarat-syarat untuk menjadi pemandu pelancong ialah warganegara Malaysia, berdisiplin, bijak, peramah,
dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini. Calon mesti mengikuti kursus pelancongan di pusat
pengajian tinggi awam atau pusat pengajian tinggi swasta serta lulus dengan agregat yang telah ditetapkan.
Selain itu, calon mesti berusia 18 tahun ke atas, sihat tubuh badan, dan tidak mempunyai rekod jenayah. Calon
yang menguasai lebih daripada satu bahasa diberikan keutamaan. Calon juga digalakkan agar mempelajari
sejarah sesebuah tempat dan memohon lesen Pemandu Pelancong Malaysia daripada Kementerian Pelancongan,
Seni dan Budaya Malaysia.
Nota Visual
Praktis 1 Pencemaran Alam
Sekitar
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan Info
tentang cara-cara menangani masalah pencemaran alam. Panjangnya ringkasan anda Dasar Alam
hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan Sekitar
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Masalah pencemaran alam semakin hari semakin tidak dapat diselesaikan. Jumlah kes pencemaran yang kian
meningkat membuktikan bahawa masyarakat masih tidak prihatin akan pencemaran yang berlaku di sekitar
mereka. Alam sekitar seperti sungai dan laut terus tercemar dan hal ini menyebabkan hidupan laut mati.
Perubahan cuaca yang tidak menentu seperti hujan dan kepanasan yang melampau merupakan
fenomena yang muncul akibat daripada pencemaran alam. Perindustrian menjadi penyumbang utama
pencemaran alam. Maka, satu strategi baharu perlu dirancang agar penempatan kawasan perkilangan
menjadi lebih teratur dan tidak menjejaskan alam sekitar. Kilang-kilang yang baru dibina hendaklah jauh
dari kawasan perumahan. Selain itu, kemahiran merawat sisa-sisa toksik dengan kaedah sains dan teknologi
dapat menyelamatkan alam daripada terus tercemar.
Undang-undang yang sedia ada perlu dikaji dan dipinda agar sesuai dengan perubahan dan kehendak
semasa. Mereka yang memandang ringan terhadap undang-undang alam sekitar tidak akan terlepas daripada
hukuman. Di samping itu, kesedaran orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar daripada
pencemaran amat penting. Pembakaran terbuka hendaklah dielakkan, selain mengurangkan penggunaan
kenderaan bermotor. Masyarakat digalakkan agar menggunakan pengangkutan awam dan mengubah sikap
dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat, di samping berperanan untuk menyedarkan rakan-
rakan tentang kepentingan menjaga kebersihan. Kempen kitar semula dilihat sebagai satu agenda yang
mampu mengurangkan pelupusan sampah yang selama ini membebankan pihak berkuasa dalam proses
menguruskannya.
Masyarakat juga boleh bertindak dengan membuat aduan tentang kejadian Bestari Kata
pencemaran alam kerana pencemaran memberikan kesan yang ketara terhadap
kehidupan harian. Jerebu yang melanda negara baru-baru ini sedikit sebanyak • fenomena – sesuatu
kenyataan atau kejadian
menjejaskan ekonomi negara dari segi pendapatan yang diperoleh daripada yang dapat diperhatikan
pelancong asing. Masyarakat mempunyai tanggungjawab menjaga alam sekitar • toksik – beracun
daripada tercemar. Alam sekitar yang bebas daripada sebarang pencemaran • agenda – susunan perkara
yang dikemukakan untuk
akan memberikan kehidupan yang selesa dan harmonis. dibincangkan
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana dalam Berita Harian)


Banyak cara yang boleh diambil untuk menangani pencemaran alam sekitar. Antaranya termasuklah

menempatkan kawasan perkilangan secara lebih teratur. Selain itu, kilang-kilang yang dibuka hendaklan jauh dari
kawasan perumahan. Seterusnya, kemahiran merawat sisa-sisa toksik dengan kaedah sains dan teknologi amat

perlu. Undang-undang sedia ada perlu dikaji dan dipinda agar sesuai dengan perubahan dan kehendak semasa.
Dalam pada itu, kesedaran dalam kalangan orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar perlu dipupuk

bagi memastikan alam sekitar kekal terpelihara. Akhir sekali, orang ramai perlu mengelakkan pembakaran sampah
secara terbuka.





© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 112






Praktis Masteri Pemindahan Maklumat.indd 112 14/11/2022 4:48 PM

Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemindahan Maklumat

Praktis 2

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan Info
tentang kesan-kesan rasuah kepada masyarakat dan negara. Panjangnya ringkasan anda Apa itu
hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan Rasuah?
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.


Rasuah ialah penyakit sosial yang dapat mencemarkan imej sesebuah negara dan rakyatnya. Rasuah wujud
sejak manusia mula mengenal erti peradaban dan ketamadunan. Sekiranya diterima sebagai amalan biasa,
rasuah akan membawa kehancuran kepada seluruh masyarakat, bangsa, dan negara seperti yang berlaku
dalam sejarah tamadun besar dunia.
Gejala ini berlaku kerana adanya si pemberi dan si penerima. Kedua-dua pihak dianggap bersalah
kerana melakukan penyelewengan demi tuntutan peribadi. Selain itu, rasuah diberikan oleh pihak tertentu
untuk mempercepat sesuatu urusan. Perbuatan rasuah juga berlaku kerana pelaku tidak mengamalkan
nilai-nilai murni atau tidak mempunyai sahsiah yang baik.
Kita terpaksa mengakui bahawa Malaysia juga tidak terkecuali dalam fenomena ini. Walaupun gejala
ini belum begitu berleluasa, kesedaran seluruh masyarakat amat diperlukan, terutama dalam suasana
pertumbuhan ekonomi yang kian pesat. Jika tidak dikawal dan diperangi habis-habisan dari awal, rasuah
akan memberikan kesan yang lebih buruk terhadap sistem pentadbiran negara. Penyakit ini juga akan
turut menggugat kestabilan sosial negara, apatah lagi ketika kerajaan sedang mencanangkan program
pembangunan perindustrian yang bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju. Gejala ini
akan menjejaskan keyakinan orang ramai, terutama pelabur asing terhadap kecekapan dan keberkesanan
sistem perundangan serta birokrasi negara ini.
Masyarakat yang mengamalkan rasuah bukan sahaja kehilangan harga diri, malahan amalan rasuah
merupakan kesalahan besar di sisi agama dan pengamal rasuah dianggap berdosa. Sesuatu organisasi yang
mengamalkan rasuah akan hilang integriti dan kepercayaan orang ramai. Penjenayah rasuah yang ditangkap
akan dikenakan tindakan undang-undang yang berat seperti denda dan penjara, selain kehilangan
pekerjaan. Oleh itu, semua pihak perlu menjauhi sifat tamak yang dapat Bestari Kata
menyebabkan perbuatan rasuah serta mengelakkan diri daripada berbelanja
melebihi pendapatan. Oleh sebab usaha menangani gejala ini kian serius, • imej – sesuatu yang
rakyat sangat berharap agar tiada sesiapa pun yang akan terkecuali daripada terpapar pada pandangan
atau tanggapan orang atau
tindakan undang-undang. Kita yakin bahawa hukuman yang setimpal dapat pihak lain
mewujudkan perilaku yang baik kepada diri seseorang. Sehubungan itu, dalam • birokrasi – cara
memerangi gejala ini, semua pihak perlulah bertindak secara menyeluruh dan pentadbiran yang
berterusan. Jika kita sepakat melakukannya, tiada sebab kita akan gagal. melibatkan berbagai-bagai
peringkat atau proses
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana dalam 'Minda Pengarang', pengurusan dan banyak
Berita Harian) peraturan



Amalan rasuah di sesebuah negara perlu ditangani kerana banyak memberikan kesan buruk kepada negara.

Amalan rasuah dapat mencemarkan imej negara dan rakyatnya. Selain itu, amalan ini memberikan kesan buruk
terhadap sistem pentadbiran negara. Amalan rasuah juga dapat menjejaskan keyakinan orang ramai, khususnya

pelabur asing terhadap kecekapan dan keberkesanan sistem perundangan serta birokrasi negara. Seterusnya,

sesuatu organisasi yang mengamalkan rasuah akan hilang integriti dan kepercayaan orang ramai. Akhir sekali,
amalan rasuah menyebabkan seseorang boleh dikenakan tindakan undang-undang dan akan kehilangan

pekerjaan.










113 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






Praktis Masteri Pemindahan Maklumat.indd 113 14/11/2022 4:48 PM

Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemindahan Maklumat

Praktis 3

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan Info
tentang sebab-sebab remaja berhutang. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak Muflis pada
melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri Usia Remaja
tanpa mengubah maksud asal petikan.


Dewasa ini, golongan remaja yang sudah berkerjaya gemar berbelanja secara berlebih-lebihan berbanding
dengan pendapatan bulanan mereka. Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka menggunakan kad kredit
untuk membeli pakaian yang berjenama atau telefon yang mahal. Malah, ada dalam kalangan remaja yang
sudah membeli kereta yang mahal. Mereka berbelanja tanpa mengukur kemampuan kewangan mereka.
Maka, tidak hairanlah golongan yang baru bekerja ini menghadapi masalah kewangan yang serius hingga
menyebabkan mereka muflis.

Berdasarkan kajian, jika seseorang pekerja itu terpaksa menggunakan 30 peratus daripada wang
gajinya untuk membayar hutang, maka mereka dianggap sebagai menghadapi masalah kewangan yang
serius. Statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan bahawa 47 peratus belia di
Malaysia menanggung hutang kad kredit yang tinggi dan 38 peratus terlibat dengan hutang peribadi. Hal
ini menunjukkan bahawa remaja di Malaysia masih lemah dalam pengurusan kewangan.
Kekurangan kewangan keluarga menyebabkan sebahagian besar daripada remaja yang melanjutkan
pelajaran ke mana-mana pusat pengajian tinggi terpaksa membuat pinjaman pendidikan bagi menanggung
kos pengajian. Malangnya, apabila tamat pengajian mereka terpaksa menganggur dan mengambil masa
yang lama untuk mendapat pekerjaan. Hutang pinjaman pendidikan tidak
dapat dijelaskan mengikut masa yang ditetapkan. Lebih malang lagi jika Bestari Kata
mereka meminjam wang daripada orang perseorangan atau daripada syarikat- • muflis – tidak berupaya
syarikat kewangan yang tidak sah. membayar hutang,
bankrap
Kesimpulannya, remaja seharusnya bijak membuat pertimbangan dalam • serius – sungguh-sungguh,
menguruskan kewangan mereka. Kegagalan untuk menguruskan kewangan benar-benar, tegas, dan
akan memberikan kesan negatif kepada kehidupan mereka. Peluang pekerjaan bukan main-main
yang semakin terhad dan keadaan ekonomi yang tidak menentu akan • menganggur – tidak
bekerja, tidak mempunyai
menghimpit golongan remaja untuk memenuhi tuntutan kehidupan mereka pekerjaan
pada masa ini yang memerlukan kos yang tinggi. Tidak ada jalan pintas untuk • kos – harga yang perlu
berjaya dalam menguruskan kehidupan. dibayar untuk memperoleh


Banyak dalam kalangan remaja kini yang berhutang. Hal ini berpunca daripada sikap gemar berbelanja

berlebih-lebihan. Mereka menggunakan kad kredit untuk membeli pakaian yang berjenama dan mahal. Selain itu,

mereka berbelanja tanpa mengukur kemampuan kewangan diri sendiri sehingga menyebabkan muflis. Hal

ini membuktikan bahawa mereka masih lemah dalam pengurusan kewangan. Remaja akan berhutang
sebaik-baik sahaja melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi apabila meminjam wang daripada tabung

pendidikan. Lebih malang lagi, mereka yang menganggur gagal untuk membayar hutang pinjaman pendidikan.

Ironinya, kegagalan menguruskan kewangan yang baik akan memberikan kesan buruk dalam jangka
masa panjang terhadap kehidupan remaja.














© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 114






Praktis Masteri Pemindahan Maklumat.indd 114 14/11/2022 4:48 PM

Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemindahan Maklumat

Praktis 4
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan Info
tentang punca-punca penyakit mental. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak Kesihatan
Mental dan
melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda Kesihatan Fizikal
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.



Laporan statistik tentang penyakit mental sangat membimbangkan kerana jumlah ini terus meningkat dari
semasa ke semasa. Masalah ini bertambah rumit apabila kurangnya pengetahuan tentang bahaya penyakit
ini dalam kalangan masyarakat menyebabkan mereka tidak mendapatkan rawatan atau merawat penyakit
ini secara tradisional sahaja. Peningkatan penyakit mental disebabkan oleh tekanan hidup yang semakin
mencabar, terutamanya di kawasan bandar besar.

Banyak terdapat faktor yang menyumbang kepada masalah psikososial ini di tempat kerja yang dapat
mengakibatkan tekanan, kemurungan, dan keletihan melampau. Bebanan kerja yang banyak serta perlu
disiapkan dalam masa yang singkat menimbulkan masalah kesihatan. Selain itu, kelemahan pengurusan
organisasi menyebabkan prestasi kerja merosot. Desakan peningkatan kompetensi ini akan menimbulkan
ketegangan. Hubungan dengan rakan sekerja yang kurang erat, tiada kesantunan, dan hilang sikap saling
membantu menjadikan anggota dalam sesebuah organisasi berada dalam konflik.
Di samping itu, situasi di tempat kerja yang dapat menyumbang kepada masalah mental ialah kurangnya
sokongan daripada pihak atasan. Lebih buruk lagi apabila pihak majikan dan pengurusan menafikan hak
pekerja untuk mendapatkan layanan yang baik dan sikap perikemanusiaan. Tidak dinafikan juga terdapat
penderaan fizikal, psikologi, dan seksual di sesuatu tempat kerja. Sesuatu konflik timbul disebabkan oleh
kelemahan komunikasi antara majikan dengan pekerja atau sesama pekerja itu
sendiri. Bestari Kata
Masalah kemurungan juga merupakan punca utama kepada penyakit • psikososial – melibatkan
mental. Kebelakangan ini, media banyak melaporkan kes mencederakan diri faktor atau pengaruh
psikologi dan sosial
dan bunuh diri. Kemurungan kronik akibat tekanan hidup menyebabkan • kompetensi – kecekapan
pesakit mengalami halusinasi dan amat memudaratkan jika tidak dirawat • konflik – perselisihan
dengan segera. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan bagi menangani atau pertentangan antara
individu, idea, kepentingan,
masalah yang menyumbang kepada penyakit mental ini agar tidak berlarutan. dan lain-lain
Majikan perlu merangka pelan bagi mengurangkan tekanan dengan • kronik – sangat teruk
menyediakan persekitaran tempat kerja yang sihat.


Antara punca penyakit mental ialah tekanan hidup yang semakin mencabar. Selain itu, bebanan kerja

yang banyak perlu disiapkan dalam masa yang singkat telah menekan pekerja. Dalam pada itu, kelemahan

pengurusan organisasi menyebabkan prestasi kerja merosot. Seterusnya, hubungan sesama rakan sekerja yang

kurang erat, tiada kesantunan, dan hilang sikap saling membantu menjadikan anggota dalam sesebuah
organisasi berada dalam konflik. Di samping itu, kurangnya sokongan daripada pihak atasan menjadikan situasi

tempat kerja tidak menyeronokkan. Terdapat majikan yang menafikan hak pekerja untuk mendapatkan layanan

yang baik dan berperikemanusiaan. Tuntasnya, pelbagai usaha perlu dilakukan bagi mengekang masalah tekanan
dan stres ini daripada berleluasa.














115 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






Praktis Masteri Pemindahan Maklumat.indd 115 14/11/2022 4:48 PM

Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemindahan Maklumat

Praktis 5
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan Info
tentang sebab-sebab berlakunya keracunan makanan. Panjangnya ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan Keracunan
Makanan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.


Keracunan makanan sama ada di sekolah atau di rumah atau premis-premis makanan bukanlah suatu
yang baharu, malah telah lama dibincangkan oleh pihak-pihak yang terlibat. Keracunan makanan berlaku
sekiranya pengendali makanan tidak menjaga kebersihan makanan. Pengendali makanan hendaklah
mengamalkan kebersihan diri dengan membasuh tangan sebelum menyentuh atau menyediakan makanan.
Terdapat sebilangan pengendali makanan yang mengamalkan tabiat yang kotor seperti batuk atau meludah
berhampiran makanan yang disediakan.
Penggunaan racun yang tidak dikawal juga menyebabkan sayur-sayuran dan buah-buahan beracun
dan berbahaya kepada kesihatan. Bahan-bahan mentah sama ada bahan basah atau bahan kering perlu
disimpan di tempat yang sesuai dan jauh daripada vektor pembawa penyakit seperti lipas, lalat, dan tikus.
Selain itu, proses memasak juga perlu dilakukan dengan teliti. Makanan yang tidak dimasak dengan baik
dapat menyebabkan keracunan makanan. Penggunaan bahan pewarna dan bahan perasa yang berlebihan
juga dapat mengganggu kesihatan.

Akhir-akhir ini, banyak kejadian dilaporkan oleh media massa berkaitan dengan penyediaan makanan
yang kotor di premis-premis makanan termasuklah warung nasi kandar, restoran tomyam, dan sebagainya.
Sikap pengendali makanan yang tidak menghiraukan kebersihan dapur dan persekitarannya dapat
mengundang padah. Tindakan tegas daripada pihak jabatan kesihatan dan
pihak berkuasa tempatan dengan melakukan pemeriksaan mengejut dan Bestari Kata
tindakan seperti amaran dan larangan berniaga akan menyedarkan mereka • tabiat – perbuatan yang
tentang pentingnya penjagaan kebersihan semasa menyediakan makanan. selalu dilakukan, kelakuan,
tingkah laku
Mangsa keracunan akan mengalami gejala seperti loya, pening, muntah, • vektor – haiwan yang
dan cirit-birit. Kegagalan mendapat rawatan segera menyebabkan mangsa mengandungi parasit
pengsan, malah dapat mengakibatkan maut. Isu keracunan makanan ini perlu berbahaya serta dapat
ditangani dengan segera memandangkan kebanyakan masyarakat kini lebih memindahkan parasit
tersebut kepada organisma
gemar makan di luar berbanding dengan makan di rumah. Kesedaran semua lain
pihak tentang pengambilan makanan yang bersih dan berkhasiat amat penting • padah – akibat, balasan
bagi mencegah sesuatu yang tidak diingini daripada berlaku.


Antara sebab berlakunya keracunan makanan ialah penyedia makanan yang tidak menjaga kebersihan

makanan, termasuklah mengamalkan tabiat kotor seperti batuk atau meludah berhampiran makanan. Selain
itu, penggunaan racun serangga yang tidak dikawal menyebabkan sayur-sayuran dan buah-buahan dapat

mengakibatkan keracunan makanan. Bahan-bahan mentah yang belum dimasak yang terdedah kepada vektor

pembawa penyakit seperti lipas dan lalat juga menyumbang kepada keracunan makanan. Penggunaan bahan
pewarna dan bahan perasa yang berlebihan juga akan mengganggu kesihatan. Ironinya, sikap pengendali

makanan yang tidak menghiraukan kebersihan dapur dan persekitaran akan mengundang padah. Pemeriksaan

mengejut oleh pihak yang bertanggungjawab dan tindakan undang-undang akan dikenakan bagi menyedarkan

pemilik premis makanan yang bersikap sambalewa ini.










© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 116






Praktis Masteri Pemindahan Maklumat.indd 116 14/11/2022 4:48 PM

Bahasa Melayu Tingkatan 1 Pemindahan Maklumat

Praktis 6
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan Info
tentang kesan-kesan buruk pencemaran alam sekitar. Panjangnya ringkasan anda Pencemaran
hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan Alam Sekitar
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.


Pencemaran alam sekitar memberikan implikasi yang buruk terhadap alam dan kehidupannya. Pencemaran
memberikan kesan langsung kepada tumbuh-tumbuhan akibat perubahan cuaca dan gangguan kesuburan
tanah. Hal ini menyebabkan kekurangan makanan dan sebahagian daripada kegiatan penduduk yang
terlibat dengan pertanian akan terjejas. Pembuangan bahan-bahan tercemar dapat mengancam habitat
haiwan dan menyebabkan kematian. Jika hal sedemikian berterusan dalam jangka yang masa panjang,
haiwan-haiwan ini akan mengalami kepupusan.
Fenomena penipisan lapisan ozon juga sering dikaitkan dengan pencemaran udara. Pembebasan
gas karbon dioksida dan gas klorofluorokarbon (CFC) oleh alat penyembur dan alat penyaman udara akan
menipiskan lapisan ozon. Sinaran ultralembayung yang sampai ke bumi akan memberikan kesan buruk
kepada manusia seperti masalah kanser kulit, demam, dan penyakit mata. Selain itu, kepanasan yang
melampau akan mencairkan lapisan ais di kutub utara dan kutub selatan. Peningkatan aras laut akan berlaku
yang akan menenggelamkan kawasan-kawasan petempatan yang rendah.

Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dirasai
oleh penduduk bumi. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap
dan akhirnya suhu di bumi meningkat. Kebakaran hutan yang berlaku dapat memberikan kesan kepada
peningkatan suhu bumi. Antara fenomena yang dikaitkan dengan pemanasan global ialah banjir besar yang
dapat mengorbankan banyak nyawa. Usaha-usaha menangani pemanasan Bestari Kata
global ini harus dilakukan dengan mengharamkan penggunaan produk-
produk yang menyebabkan penipisan lapisan ozon, sebaliknya menggunakan • habitat – tempat haiwan dan
tumbuh-tumbuhan hidup
produk yang lebih mesra alam. secara semula jadi
Semua harus memainkan peranan menjaga alam sekitar daripada • ozon – bentuk gas oksigen
dengan tiga atom oksigen
sebarang pencemaran. Kerakusan manusia mengejar pembangunan dalam satu molekul
dan keselesaan dalam hidup dengan mengabaikan alam sekitar akan • ultralembayung – ultraungu
mengundangkan padah. Isu pencemaran ini bersifat global, maka usaha- • prejudis – rasa suka atau
tidak suka yang tidak
usaha yang dilakukan perlu melibatkan semua negara tanpa sebarang berasas terhadap sesuatu
prejudis. Kesejahteraan alam sekitar dapat menjamin kehidupan yang lebih kaum, agama, negara, dan
selesa. sebagainya



Pencemaran alam sekitar akan memberikan kesan kepada perubahan cuaca dan kesuburan tanah yang

dapat menjejaskan aktiviti pertanian. Selain itu, pembuangan bahan-bahan tercemar dapat mengancam habitat

haiwan dan menyebabkan kepupusan haiwan. Di samping itu, penipisan lapisan ozon juga disebabkan oleh

pencemaran udara. Sinaran ultralembayung yang sampai ke bumi memberikan kesan kepada manusia. Kecairan

ais di kutub utara dan kutub selatan menyumbang kepada peningkatan aras laut yang akan menenggelamkan

kawasan petempatan yang rendah. Fenomena banjir besar yang berlaku mengakibatkan kehilangan banyak

nyawa. Tuntasnya, kesejahteraan alam sekitar dapat menjamin kehidupan yang lebih selesa.











117 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






Praktis Masteri Pemindahan Maklumat.indd 117 14/11/2022 4:48 PM


Click to View FlipBook Version