The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2023-10-22 21:28:00

Praktis Prestasi UASA Penulisan Tahun 6

Price - WM: RM7.50 EM:7.80

Penulisan Tahun 6 Bahagian B 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. B Respons Kritis dan Kreatif B ahagian Mesti Kuasai Respons Kritis dan Kreatif terdapat dalam Bahagian B. Kamu akan diberikan satu situasi dan kamu perlu memberikan pendapat berdasarkan situasi tersebut. Idea atau jawapan yang rasional dan relevan akan diterima. Idea yang diberikan hendaklah positif. Jumlah keseluruhan markah ialah lima markah. Jumlah patah perkataan hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Bolehkah kamu kongsikan panduan menulis respons kritis dan kreatif? Panduan Menulis Respons Kritis dan Kreatif Beberapa panduan menulis Respons Kritis dan Kreatif adalah seperti yang berikut: 1. Baca soalan dengan teliti dan fahami situasi yang dikemukakan. 2. Kenal pasti kata kunci dan kehendak soalan. 3. Catat idea secara ringkas. Murid hendaklah mengemukakan sekurang-kurangnya dua isi/ idea. 4. Jawapan mestilah ditulis dengan jelas, bersih, dan kemas. 5. Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk menghubungkan idea-idea tersebut. 6. Pastikan penggunaan imbuhan, ejaan, dan tanda baca yang betul. 7. Jawapan kamu hendaklah tidak melebihi jumlah patah perkataan yang ditetapkan. 8. Semak jawapan agar tidak mengandungi apa-apa kesalahan.


Penulisan Tahun 6 Bahagian B © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2 Model Soalan dan Jawapan Model 1 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Kamu mengajak ibu kamu ke kedai alat tulis untuk membeli kelengkapan sekolah. Setibanya di sana, kamu teruja apabila kedai tersebut sedang menjalankan promosi. Banyak potongan harga yang diberikan. Ibu kamu berpesan supaya sentiasa berjimat cermat dan elakkan pembaziran. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? Saya akan menyediakan senarai barang yang hendak dibeli terlebih dahulu. Saya akan membeli barangan mengikut senarai tersebut supaya tidak berlaku pembaziran. Saya akan mengutamakan barangan keperluan berbanding dengan kehendak. Saya akan membuat perbandingan harga barangan. [35 patah perkataan] Model 2 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Rakan kamu tidak faham akan pengajaran yang disampaikan oleh guru pagi tadi. Jadi, dia tidak dapat menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Dia mahu meminjam buku latihan kamu dengan tujuan mahu meniru jawapan kamu. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? Saya akan menegur perbuatannya itu dan mengingatkannya supaya jujur pada diri. Saya akan menawarkan pertolongan untuk memberikan tunjuk ajar kepadanya. Saya juga akan menasihatinya supaya memberikan tumpuan semasa guru mengajar supaya tidak keciciran dalam pelajaran. [35 patah perkataan] Tip Murid disarankan supaya membaca situasi yang diberikan lebih daripada sekali supaya murid benar-benar memahami kehendak soalan.


Penulisan Tahun 6 Bahagian B 3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan perenggan dengan kata kerja yang betul. Sewaktu pulang dari sekolah, kamu melihat ruang tamu di rumah kamu bersepah-sepah dengan barang permainan. Kamu duduk di sofa sebentar bagi melepaskan lelah. Tiba-tiba, kamu terpandang nota yang ditinggalkan oleh ibu. Ibu memberitahu bahawa dia membawa adik ke klinik kerana kakinya luka akibat terpijak mainan yang tajam. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? memasukkan mengutip memvakum Saya akan semua mainan yang berserakan di ruang tamu. Saya akan mainan-mainan itu ke dalam bekas mainan yang disediakan. Saya akan ruangan tersebut supaya kekal bersih dan selamat. [31 patah perkataan] 2 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan perenggan dengan kata kerja yang betul. Kamu menemani ibu kamu melakukan pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik. Keputusan pemeriksaan kesihatan tersebut agak kurang memuaskan. Doktor menasihati ibu kamu supaya menjaga pemakanan agar dapat mengawal paras kolesterol dan gula dalam darah. Sebagai anak yang prihatin, apakah tindakan yang akan kamu lakukan? menyediakan merancang memastikan Saya akan menu harian yang sihat untuk ibu. Saya akan makanan harian yang diambil oleh ibu seimbang. Saya akan menjadikan piramid makanan sebagai panduan dalam makanan. (29 patah perkataan)


Penulisan Tahun 6 Bahagian B © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4 3 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan perenggan dengan frasa kerja yang betul. Kamu menerima sepucuk surat daripada sahabat pena kamu yang tinggal di luar negara. Dia memberitahu hasratnya untuk berjumpa dengan kamu. Dia ingin merasai pengalaman hidup di kampung. Kamu berasa sangat teruja. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? mengemas rumah meminta izin membalas surat Saya akan daripada ibu dan ayah untuk menjemput sahabat pena datang ke rumah untuk beberapa hari. Sekiranya diizinkan, saya akan tersebut untuk mempelawanya datang ke rumah. Saya akan dan menyediakan bilik untuknya. (35 patah perkataan) 4 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan perenggan dengan frasa kerja yang betul. Jiran kamu baru sahaja dijangkiti oleh virus COVID-19. Oleh sebab mereka tidak mengalami gejala yang teruk, jadi mereka sekeluarga diarahkan supaya menjalani kuarantin kendiri di rumah. Sebagai jiran, apakah tindakan yang dapat kamu lakukan? menghulurkan pertolongan berkongsi maklumat bertanyakan khabar Saya akan sentiasa jiran. Saya akan dan bantuan yang diperlukan, misalnya bekalan makanan. Saya akan memberikan kata-kata semangat dan yang sahih bagi mengelakkan kerunsingan. (30 patah perkataan)


Penulisan Tahun 6 Bahagian B 5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 5 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan perenggan dengan frasa yang betul. Cuti persekolahan semakin hampir. Kamu sekeluarga merancang untuk bercuti di Cherating selama seminggu. Tempoh percutian yang lama, menuntut kamu supaya tidak mengabaikan hal-hal keselamatan untuk memastikan rumah kamu dalam keadaan selamat. Sebagai ketua keluarga, apakah tindakan yang akan kamu lakukan? • menutup semua suis • pengawal keselamatan dan jiran • memastikan pintu dan tingkap • menyertai kempen rumah selamat Saya akan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Saya akan memaklumkan kepada tentang ketiadaan kami sekeluarga. Saya akan berkunci. Saya juga akan elektrik. (34 patah perkataan) 6 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan perenggan dengan frasa yang betul. Kamu mahu membeli hadiah hari lahir untuk sahabat kamu. Kamu memutuskan untuk membeli hadiah tersebut secara dalam talian sahaja ekoran jadual kamu yang sibuk. Namun begitu, kamu risau akan menjadi mangsa penipuan. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? • melayari laman web • menyemak maklumat • membuat pembayaran • menyimpan resit-resit pembelian Saya akan yang diyakini dan boleh dipercayai. Saya akan peniaga dan kaedah pembayaran. Sekiranya semua maklumat adalah sahih, barulah saya dan sebagai bukti. (33 patah perkataan)


Penulisan Tahun 6 Bahagian B © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6 7 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan perenggan berdasarkan frasa yang diberikan. Tragedi kepala air semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini. Namun begitu, kamu sekeluarga sudah lama merancang untuk pergi berkelah di air terjun pada hujung minggu nanti. Segala kelengkapan juga telah pun disediakan. Kamu pasti tidak akan membatalkan trip tersebut. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? • tanda-tanda awal kejadian • perubahan cuaca • sentiasa berwaspada • mendapatkan maklumat tentang lokasi Saya akan perkelahan bagi meneruskan aktiviti tersebut. Pada hari perkelahan, saya akan dan berjaga-jaga dengan . Saya akan peka terhadap kepala air, misalnya perubahan arus air. (36 patah perkataan) 8 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan perenggan berdasarkan frasa yang diberikan. Puan Alia seorang wanita berkerjaya. Dia mempunyai seorang anak yang berusia satu tahun. Dia ingin mencari pengasuh untuk anaknya itu. Puan Alia mahu memilih pengasuh yang terbaik di samping menitikberatkan aspek-aspek keselamatan. Andaikan kamu Puan Alia, apakah tindakan yang akan kamu lakukan? • mempunyai peribadi yang baik • pengalaman dan kelayakan • memastikan persekitaran Saya akan rumah pengasuh bersih dan selamat. Saya juga akan memastikan pengasuh , pembersih, bertanggungjawab, dan penyayang. Pengasuh perlulah mempunyai serta tahu untuk menggunakan talian kecemasan. (34 patah perkataan)


Penulisan Tahun 6 Bahagian B 7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 9 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan perenggan berdasarkan frasa yang diberikan. Rakan kamu asyik memerhatikan sekumpulan murid bermain bola di padang. Dia teringin untuk turut serta dalam permainan tersebut, tetapi dia khuatir kalau-kalau mereka tidak mahu bermain dengannya kerana berlainan bangsa. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? • meminta izin • berfikiran positif • bersatu padu • bersalaman dan berkenalan Saya akan menasihati rakan tersebut supaya sentiasa dan . Saya akan memanggil sekumpulan murid itu dan mereka untuk bermain bola bersama-sama bagi pihak rakan tersebut. Saya akan meminta mereka . (37 patah perkataan) 10 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan perenggan berdasarkan frasa yang diberikan. Keluarga kamu telah mengadakan rumah terbuka pada hari itu. Semua jiran dijemput hadir. Pada petang itu, kamu menerima kunjungan daripada jiran kamu yang berlainan bangsa. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? • bertanyakan khabar • menyambut kedatangan jiran • dilayan dengan mesra • menjemput mereka duduk dan menikmati hidangan Saya akan dengan senyuman mesra. Saya akan bersalaman dengan mereka dan . Kemudian, saya akan yang disediakan. Semua tetamu akan tanpa mengira agama dan bangsa. (38 patah perkataan)


Penulisan Tahun 6 Bahagian B © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8 11 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Kamu ingin menyertai Kelab Kebudayaan Sekolah. Kamu berminat untuk mempelajari tarian tradisional bimbingan Cikgu Suzi. Namun begitu, hasrat itu ditentang oleh ibu bapa kamu. Mereka beranggapan bahawa penyertaan kamu dalam Kelab Kebudayaan itu tidak memberikan faedah. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? 12 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Kamu mengajak sepupu kamu yang datang dari Kuala Lumpur itu bermain wau bersamasama di padang. Sepupu kamu menolak pelawaan kamu. Dia mengatakan bahawa permainan tersebut membosankan. Dia lebih gemar bermain permainan video. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan?


Penulisan Tahun 6 Bahagian B 9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 13 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Kamu melihat sekumpulan kanak-kanak sedang menangkap kupu-kupu di taman. Mereka menggunakan jaring. Kupu-kupu yang diperoleh mereka dimasukkan ke dalam bekas tertutup. Kamu kasihan akan nasib kupu-kupu tersebut. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? 14 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Kamu menanam pokok bunga di dalam pasu dan diletakkan di kawasan berbumbung. Hari demi hari, pokok bunga itu kelihatan layu dan tidak subur. Pertumbuhannya seakan-akan terbantut meskipun sudah dijaga dengan baik. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan?


Penulisan Tahun 6 Bahagian B © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 10 15 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Bapa kamu penternak lembu tenusu. Setiap petang, kamu akan mengikut bapa ke kandang lembu tenusu. Banyak kerja yang harus dilakukan di situ, misalnya membersihkan kandang, memberikan makanan kepada lembu, dan memerah susu lembu menggunakan mesin. Kamu kasihan akan bapa kamu yang bertungkus lumus dalam melakukan kerja-kerja itu. Sebagai anak, apakah tindakan yang akan kamu lakukan? 16 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Di tempat tinggal kamu terdapat kebun komuniti yang diusahakan oleh penduduk kampung. Suatu hari, kamu ternampak beberapa orang kanak-kanak menceroboh masuk ke kawasan kebun komuniti itu. Mereka bermain-main di dalam kawasan kebun itu. Beberapa tanaman musnah ekoran pencerobohan tersebut. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan?


Penulisan Tahun 6 Bahagian B 11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 17 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Pada petang itu, kamu membantu ayah dan ibu memetik buah mangga yang sudah masak di kebun di belakang rumah. Kamu mengisi buah mangga itu ke dalam bakul rotan yang besar untuk dibawa pulang. Hasilnya sungguh banyak. Kamu khuatir buah-buah mangga itu akan rosak jika tidak dimakan segera dan berlaku pembaziran. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? 18 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Puan Julia mempunyai sebuah rumah pusaka di kampung. Rumah itu sudah lama dibiarkan kosong tanpa penghuni. Jika terus dibiarkan, rumah tersebut akan rosak dimakan anai-anai. Puan Julia sayang akan rumah pusaka tersebut. Sekiranya kamu Puan Julia, apakah tindakan yang akan kamu lakukan?


Penulisan Tahun 6 Bahagian B © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 12 19 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Ibu kamu menjalankan perniagaan kuih bulan secara dalam talian. Hari demi hari, tempahan pelanggan semakin meningkat. Dia tidak menang tangan untuk menguruskan perniagaan itu. Banyak kesilapan yang berlaku akhir-akhir ini. Antaranya ialah kesilapan jumlah, jenis, dan alamat penerima. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? 20 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Abang kamu bercita-cita untuk menjadi usahawan yang berjaya. Walaupun mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan, namun dia memilih untuk bekerja sendiri. Dia mengusahakan ladang tembikai di kampung. Suatu hari, ladang tembikai yang diusahakannya telah musnah akibat banjir. Abang kamu seperti patah semangat untuk meneruskan cita-citanya itu. Sebagai adik, apakah tindakan yang akan kamu lakukan?


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J1 B Respons Kritis dan Kreatif 1 Saya akan mengutip semua mainan yang berserakan di ruang tamu. Saya akan memasukkan mainan-mainan itu ke dalam bekas mainan yang disediakan. Saya akan memvakum ruangan tersebut supaya kekal bersih dan selamat. 2 Saya akan merancang menu harian yang sihat untuk ibu. Saya akan memastikan makanan harian yang diambil oleh ibu seimbang. Saya akan menjadikan piramid makanan sebagai panduan dalam menyediakan makanan. 3 Saya akan meminta izin daripada ibu dan ayah untuk menjemput sahabat pena datang ke rumah untuk beberapa hari. Sekiranya diizinkan, saya akan membalas surat tersebut untuk mempelawanya datang ke rumah. Saya akan mengemas rumah dan menyediakan bilik untuknya. 4 Saya akan sentiasa bertanyakan khabar jiran. Saya akan menghulurkan pertolongan dan bantuan yang diperlukan, misalnya bekalan makanan. Saya akan memberikan kata-kata semangat dan berkongsi maklumat yang sahih bagi mengelakkan kerunsingan. 5 Saya akan menyertai kempen rumah selamat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Saya akan memaklumkan kepada pengawal keselamatan dan jiran tentang ketiadaan kami sekeluarga. Saya akan memastikan pintu dan tingkap berkunci. Saya juga akan menutup semua suis elektrik. 6 Saya akan melayari laman web yang diyakini dan boleh dipercayai. Saya akan menyemak maklumat peniaga dan kaedah pembayaran. Sekiranya semua maklumat adalah sahih, barulah saya membuat pembayaran dan menyimpan resit-resit pembelian sebagai bukti. 7 Saya akan mendapatkan maklumat tentang lokasi perkelahan bagi meneruskan aktiviti tersebut. Pada hari perkelahan, saya akan sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga dengan perubahan cuaca. Saya akan peka terhadap tanda-tanda awal kejadian kepala air, misalnya perubahan arus air. 8 Saya akan memastikan persekitaran rumah pengasuh bersih dan selamat. Saya juga akan memastikan pengasuh mempunyai peribadi yang baik, pembersih, bertanggungjawab, dan penyayang. Pengasuh perlulah mempunyai pengalaman dan kelayakan serta tahu untuk menggunakan talian kecemasan. 9 Saya akan menasihati rakan tersebut supaya sentiasa berfikiran positif dan bersatu padu. Saya akan memanggil sekumpulan murid itu dan meminta izin mereka untuk bermain bola bersama-sama bagi pihak rakan tersebut. Saya akan meminta mereka bersalaman dan berkenalan. 10 Saya akan menyambut kedatangan jiran dengan senyuman mesra. Saya akan bersalaman dengan mereka dan bertanyakan khabar. Kemudian, saya akan menjemput mereka duduk dan menikmati hidangan yang disediakan. Semua tetamu akan dilayan dengan mesra tanpa mengira agama dan bangsa. 11 Saya akan memujuk dan meyakinkan ibu dan bapa bahawa penyertaan dalam kelab kebudayaan itu banyak faedahnya. Saya akan menjelaskan faedah dan kelebihan menyertai kelab tersebut. Saya juga akan mendedahkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang tahun oleh kelab itu. 12 Saya akan memujuknya dan mengatakan bahawa permainan wau sungguh menyeronokkan. Saya akan menjelaskan bahawa permainan wau merupakan permainan tradisi dan menjadi identiti orang Melayu. Saya akan mengingatkannya tentang tanggungjawab generasi muda dalam mengekalkan permainan tradisional supaya tidak dilupakan. Jawapan


Click to View FlipBook Version