P1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1. Kertas ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. 2. Murid wajib menjawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada tiga soalan dalam Bahagian B. 3. Jumlah markah ialah 40 markah. 4. Tempoh untuk menjawab kedua-dua bahagian ini ialah satu jam. Bahagian A Karangan Respons Terhad Panduan Umum 1. Hanya satu soalan dikemukakan dalam bahagian ini dan murid wajib menjawabnya. 2. Masa yang dicadangkan untuk murid menjawab soalan ialah 15 minit. 3. Jumlah markah yang diperuntukkan dalam bahagian ini ialah 10 markah. 4. Panjangnya karangan murid hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Teknik Menulis 1. Baca dan fahami tugasan soalan. 2. Kenal pasti kehendak soalan dan teliti maklumat/ situasi/ bahan rangsangan yang diberikan. 3. Analisis bahan yang diberikan secara kritis. Fokus hendaklah diberikan kepada skop tajuk dan isu yang berkaitan dengan perkara yang ingin dibincangkan. 4. Bina rangka karangan bagi memudahkan murid menulis serta mengelakkan berlakunya pengulangan isi. 5. Pemerengganan tidak wajib. Namun begitu, karangan perlulah mengandungi pendahuluan, isi-isi penting, dan penutup. Tulis dalam satu perenggan sahaja supaya karangan tidak terlalu panjang. (a) Pendahuluan • Pendahuluan mestilah membincangkan tema bahan secara khusus. Pendahuluan hendaklah ditulis dengan ringkas dan padat. Contoh pendahuluan: Isu pencemaran alam sekitar semakin serius akhir-akhir ini. Banyak faktor yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Panduan Menulis Karangan
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. P2 Bahasa Melayu Kertas 2 Tingkatan 2 Panduan Menulis Karangan (b) Isi/ Idea • Murid hendaklah mengemukakan sekurang-kurangnya tiga isi/ idea yang relevan dengan topik. Setiap isi/ idea hendaklah disusun mengikut kepentingan. • Isi/ idea mestilah menjawab soalan yang diberikan dan diolah dengan jelas, iaitu mengandungi fakta, huraian, dan contoh. • Isi/ idea yang kurang jelas akan menyebabkan murid mendapat markah yang rendah. Contoh perenggan isi/ idea: Selain itu, kegiatan penebangan hutan yang tidak terkawal menjadi punca pencemaran alam. Kemusnahan hutan menyebabkan pelbagai bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh. (c) Penutup • Penutup karangan hendaklah ditulis secara ringkas. • Murid mestilah merumuskan tema/ topik yang dibincangkan. • Penutup mestilah padat dan berkesan. Contoh perenggan penutup: Kesimpulannya, semua pihak haruslah membendung masalah ini segeranya sebelum nasi menjadi bubur. 6. Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan kematangan murid. 7. Murid boleh memasukkan peribahasa dalam karangan, tetapi peribahasa tersebut mestilah tepat dan relevan dengan isi/ topik yang dibincangkan. Contoh peribahasa: Peribahasa Contoh Simpulan bahasa kaki bangku; kera sumbang; ayam tambatan; otak cair; anak emas; buah tangan; serkap jarang; cari jalan Perumpamaan • seperti katak di bawah tempurung • genggam bara api biar sampai jadi arang • sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain Bidalan • biar putih tulang, jangan putih mata • jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga • terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
Bahasa Melayu Kertas 2 Tingkatan 2 Ujian 1 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Ujian 1 10 Bahagian A Karangan Respons Terhad Lengkapkan karangan pendek di bawah ini berpandukan maklumat yang disediakan. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Cara Menangani Penularan Penyakit Berjangkit Memastikan kebersihan diri dan persekitaran Mengamalkan gaya hidup sihat Mengawal kemasukan pelancong dan buruh asing Saringan kesihatan terhadap pendatang asing diperkasakan Makan secara seimbang dapat menguatkan sistem imun badan Sentiasa membuat penyelidikan tentang penyakit berjangkit Sejak belakangan ini, kes-kes . Tindakan utama dalam menghadapi isu ini ialah kita hendaklah . Hal ini dikatakan demikian kerana kepada penularan ini. Di samping itu, kita hendaklah yang berkhasiat untuk mengurangkan risiko seseorang daripada menghidapi penyakit yang berbahaya. Seterusnya, penularan penyakit dapat dielakkan ke dalam negara. hendaklah diwajibkan dan diperkasakan. Tuntasnya, setiap masyarakat mestilah berganding bahu bagai aur dengan tebing . Skor 40 Tarikh : 1 Kesihatan dan Kebersihan Ujian
Bahasa Melayu Kertas 2 Tingkatan 2 Ujian 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2 Ujian 1 30 Bahagian B Karangan Respons Terbuka Lihat gambar dan maklumat di bawah ini dengan telitinya. Kemudian pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. 1. Sekolah anda telah mengadakan program gaya hidup sihat dan ceria bersempena dengan Hari Kesihatan Sedunia. Gambarkan suasana program tersebut. 2. Makanan seimbang harus dijadikan amalan agar badan sihat dan cergas. Huraikan pendapat anda tentang manfaat mengamalkan pemakanan yang seimbang dalam kehidupan seharian. 3. Kita harus menjaga kesihatan dan kebersihan diri agar sentiasa sihat serta cergas. Jelaskan amalan yang harus dilakukan untuk hidup sihat. Langkah untuk Kehidupan yang Lebih Sihat dan C ia Minum air mineral dengan lebih banyak Amalkan pemakanan yang seimbang Mulakan hari anda dengan sarapan yang berkhasiat Kurangkan masa sedentari dengan banyak melakukan kerja rumah Aktif secara fizikal sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari Cukupkan tidur 8 jam sehari
Bahasa Melayu Kertas 2 Tingkatan 2 Ujian 1 3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Ujian 1
Bahasa Melayu Kertas 2 Tingkatan 2 Ujian 6 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 16 KERTAS 2 1 jam Arahan: Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Jawab soalan dalam Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. Bahagian A [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Bangunan Bersejarah Harus Dikekalkan banyak bangunan bersejarah dan monumen lama – harus dipelihara dan dikekalkan – meningkatkan pemahaman dan pengetahuan tentang sejarah negara – menjadi produk pelancongan – tidak perlu diruntuhkan – dipulihara dan diubah suai – kewujudan bangunan bersejarah – membuktikan sejarah Malaysia – realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng – usaha-usaha perlu diambil – mengekalkan bangunan bersejarah – warisan negara Skor 40 Tarikh : 6 Ujian Pertengahan Sesi Akademik Ujian banyak bangunan bersejarah dan monumen lama – terdapat di negara kita – harus dipelihara dan dikekalkan – meningkatkan pemahaman dan pengetahuan tentang sejarah negara – menjadi produk pelancongan – tidak perlu diruntuhkan – dipulihara dan diubah suai – kewujudan bangunan bersejarah – membuktikan bahawa sejarah Malaysia – realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng – usaha-usaha perlu diambil – mengekalkan bangunan bersejarah – warisan negara
Bahasa Melayu Kertas 2 Tingkatan 2 Ujian 6 17 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Ujian 6 Bahagian B [30 markah] Lihat gambar dan maklumat di bawah ini dengan telitinya. Kemudian pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Aktiviti Kokurikulum Menambah ilmu pengetahuan Membentuk displin diri Meningkatkan tahap kecergasan diri Mencungkil potensi murid 1. Anda ingin menyertai suatu aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Tulis sepucuk surat untuk memohon keizinan daripada ibu dan bapa anda di kampung. 2. Aktiviti kokurikulum banyak membawa kebaikan kepada murid-murid. Huraikan faedah-faedah menyertai aktiviti kokurikulum kepada murid-murid. 3. Anda telah menyertai aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai aktiviti tersebut.
Bahasa Melayu Kertas 2 Tingkatan 2 Ujian 12 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 34 KERTAS 2 1 jam Arahan: Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Jawab soalan dalam Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. Bahagian A [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Langkah-langkah Memajukan Industri Kraf Tangan industri kraf tangan – kerja-kerja penghasilan barangan kraf tradisional – dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat desa – langkah-langkah untuk memajukan industri ini harus dilakukan – rakyat Malaysia – membeli produk kraf tangan tempatan – pihak pengusaha – giat memasarkan produk ke seluruh negara – pihak kerajaan dan pihak media massa – berusaha untuk mempromosikan produk kraf tangan negara – semua pihak – berganding bahu demi kemajuan produk kraf tangan tempatan Skor 40 Tarikh : 12 Ujian Akhir Sesi Akademik Ujian
Bahasa Melayu Kertas 2 Tingkatan 2 Ujian 12 35 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Ujian 12 Bahagian B [30 markah] Lihat gambar dan maklumat di bawah ini dengan telitinya. Kemudian pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Memelihara kualiti alam sekitar dengan menyerap dan menapis air hujan sebelum menyalurkannya ke sungai. KAWASAN TADAHAN AIR Didiami hampir 50% hingga 90% spesies tumbuhan, haiwan, dan serangga yang terdapat di dunia. HABITAT SEMULA JADI • Melindungi tanah daripada hakisan dan angin. • Pokok-pokok berfungsi sebagai pengikat dengan cara mencengkam tanah dengan akarnya. PENUTUP BUMI SEMULA JADI Orang-orang asli dapat menyara hidup mereka melalui sumber hutan sejak beribu-ribu tahun dahulu. TEMPAT PERLINDUNGAN ORANG ASLI Hampir 70% daripada penawaran oksigen dunia datangnya dari hutan hujan tropika. PENSTABIL CUACA BUMI 1. Hutan merupakan warisan yang tidak ternilai kepada negara. Bincangkan usaha-usaha untuk menjaga kawasan hutan agar terus kekal dan terpelihara. 2. Anda mewakili sekolah dalam suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan anda ialah “Kepentingan Hutan kepada Kehidupan Manusia”. Tulis teks syarahan anda itu selengkapnya. 3. Pada cuti sekolah yang lalu, anda telah mengikuti ekspedisi ke sebuah taman negara yang dianjurkan oleh sekolah anda. Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai ekspedisi tersebut.
Bahasa Melayu Kertas 2 Tingkatan 2 Jawapan J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Ujian 1 Kesihatan dan Kebersihan Bahagian A Karangan Respons Terhad Sejak belakangan ini, kes-kes penularan penyakit di dalam negara semakin meningkat. Tindakan utama dalam menghadapi isu ini ialah kita hendaklah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Hal ini dikatakan demikian kerana kekotoran merupakan punca kepada penularan ini. Di samping itu, kita hendaklah mengamalkan pemakanan yang seimbang bagi membekalkan zat dan nutrien yang berkhasiat untuk mengurangkan risiko daripada menghidapi penyakit yang berbahaya. Seterusnya, penularan penyakit dapat dielakkan dengan mengawal dan memperketat kemasukan pelancong dan buruh asing ke dalam negara. Saringan kesihatan hendaklah diwajibkan dan penangkapan pendatang asing tanpa izin perlu diperkasakan. Tuntasnya, setiap masyarakat mestilah berganding bahu bagai aur dengan tebing supaya kes penyakit berjangkit dapat dikurangkan. Bahagian B Karangan Respons Terbuka 1. Pada minggu yang lalu, sekolah saya telah melancarkan Program Gaya Hidup Sihat. Program ini dilancarkan bersempena dengan sambutan Hari Kesihatan Sedunia. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan murid tentang gaya hidup sihat demi menjamin kesihatan yang baik. Program Gaya Hidup Sihat ini bermula pada pukul 7:30 pagi dan berakhir pada pukul 6:00 petang. Acara perasmian program ini telah disempurnakan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Aman, iaitu Puan Habibah binti Salim. Selepas itu, acara senamrobik diadakan di bawah bimbingan Cikgu Farid. Warga sekolah bersama-sama menyertai aktiviti ini dalam suasana yang santai. Pihak sekolah juga mendapat kerjasama daripada sebuah hospital daerah untuk menjayakan program ini. Seorang doktor telah menyampaikan ceramah yang berkaitan dengan gaya hidup sihat. Beliau menasihati murid-murid agar mendisiplinkan diri terutamanya dalam aspek pemakanan dan penjagaan kebersihan diri. Hal ini penting supaya murid-murid dapat melakukan aktiviti harian tanpa gangguan kerana memiliki tubuh badan yang sihat. Di samping itu, pameran yang berkaitan dengan kesihatan juga diadakan. Pihak hospital daerah telah menyediakan bahan pameran serta slaid tentang gaya hidup sihat. Melalui pameran ini, saya dan rakan-rakan dapat melihat cara-cara gaya hidup sihat. Kami juga diberikan pendedahan tentang kepentingan makanan seimbang serta kebersihan persekitaran tempat tinggal. Selain itu, saya dan rakan-rakan berpeluang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma. Pemeriksaan ini memberikan impak positif kepada kami tentang kesihatan diri. Kami juga dimaklumkan bahawa pemeriksaan kesihatan perlu dijalankan sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Rawatan dapat dilakukan dengan segeranya sekiranya kita mengalami masalah kesihatan. Program Gaya Hidup Sihat yang julungjulung kali diadakan ini telah menyedarkan saya dan rakan-rakan tentang pentingnya gaya hidup sihat dalam kehidupan. Selain itu, program ini juga memberikan kesan yang positif kepada kami tentang gaya hidup sihat dengan lebih baik serta efektif. Saya berharap agar pihak sekolah dapat mengadakan program seperti ini dengan lebih kerap. 2. Pengambilan makanan seimbang merupakan diet atau corak pemakanan yang mengutamakan jenis-jenis makanan yang berkhasiat. Amalan pemakanan seimbang ini dapat memberikan impak yang besar terhadap kesihatan dan kualiti kehidupan. Dengan hal yang demikian, kita haruslah memahami dan mempraktikkan pemakanan yang betul dalam rutin harian kerana banyak kebaikannya kepada tubuh badan kita. Pemakanan seimbang melibatkan pengambilan zat dan nutrien yang mencukupi bagi memastikan semua organ tubuh mendapat keperluan asas untuk berfungsi dengan sihat. Makanan yang mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, dan serat membantu Jawapan
Bahasa Melayu Kertas 2 Tingkatan 2 Jawapan © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J2 untuk memastikan sistem badan berfungsi dengan optimum. Sebagai contohnya, makan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, dan protein membantu menjaga kestabilan berat badan serta mengelakkan masalah kesihatan seperti diabetes darah tinggi, dan penyakit jantung. Deduksinya, amalan pemakanan seimbang dapat memastikan tubuh badan berfungsi dengan baiknya. Selain itu, pengambilan makanan seimbang juga akan menjadikan tubuh badan mempunyai daya tahan yang tinggi untuk melawan penyakit. Hal ini dikatakan demikian kerana pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan vitamin C, dapat mencegah penyakit selesema, masalah kulit, dan sebagainya. Keadaan ini seperti kata-kata hikmat mencegah itu lebih baik daripada mengubatinya. Tegasnya, pemakanan seimbang dapat meningkatkan sistem imun di dalam badan. Di samping itu, pengambilan makanan seimbang juga akan membantu tumbesaran manusia yang lebih sempurna dari aspek fizikal dan fisiologi. Tubuh badan perlu menerima semua zat seperti protein, karbohidrat, zat besi, dan kalsium untuk tumbesaran yang sempurna dan normal. Oleh itu, seseorang yang menjaga dan mengawal pemakanannya akan memiliki keadaan fizikal yang jauh lebih baik berbanding dengan seseorang yang kurang prihatin terhadap diet dan cara pemakanannya. Seterusnya, seseorang yang mengamalkan pemakanan seimbang dapat meningkatkan tahap tenaga dan stamina. Hal ini penting dalam meningkatkan produktiviti dan prestasi seseorang dalam pelbagai aspek kehidupan. Sebagai contohnya, pekerja yang mempunyai amalan pemakanan seimbang cenderung lebih bertenaga dan fokus semasa menjalankan tugas harian. Tegasnya, pemakanan seimbang dapat meningkatkan tahap kecergasan seseorang. Kesimpulannya, pengambilan makanan yang berasaskan piramid makanan haruslah dijadikan panduan untuk menentukan jenis makanan dan kadar yang perlu diambil. Kita perlulah berdisiplin dalam hal ini demi memperoleh kehidupan yang lebih sihat. 3. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa tuntutan hidup pada masa kini lebih mementingkan kejayaan dan kecemerlangan berbanding dengan kesihatan diri. Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Oleh sebab itu, kita haruslah mengambil langkah-langkah pragmatik bagi menjalani kehidupan yang sihat. Kunci utama kepada kesihatan tubuh badan ialah amalan pemakanan kita. Oleh itu, kita seharusnya mengamalkan pemakanan secara seimbang berdasarkan piramid makanan yang disarankan oleh pakar-pakar kesihatan. Sebagai contohnya, makanan yang mengandungi karbohidrat, serat, dan vitamin perlu diambil dalam kuantiti yang banyak untuk mengekalkan kesihatan. Manakala makanan yang mengandungi protein dan lemak sepatutnya dihadkan pengambilannya bagi mengelakkan masalah kesihatan seperti obesiti, penyakit kardiovaskular, dan diabetes. Tegasnya, amalan pemakanan secara seimbang dapat menyihatkan tubuh badan kita. Selain itu, amalan gaya hidup sihat perlu dilengkapi dengan aktiviti sukan atau beriadah. Apabila kita bersukan atau beriadah, sebahagian besar organ di dalam badan kita bergerak aktif. Jantung akan berfungsi dengan baiknya untuk memastikan perjalanan darah menjadi lancar. Di samping itu, pembakaran lemak di dalam badan akan berlaku, sekali gus kita dapat mengatasi masalah lebihan lemak di dalam badan. Pada masa yang sama, aktiviti bersukan dapat meningkatkan stamina dan ketahanan fizikal kita. Deduksinya, melalui aktiviti bersenam, kita dapat menghindarkan diri daripada menghidapi pelbagai jenis penyakit. Bagi memastikan badan kita sihat, kita hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala sekurang-kurangnya tiga bulan sekali. Pendekatan ini sangat penting bagi mengesan dan mengenal pasti sebarang penyakit yang kita hadapi dan seterusnya merawatnya sebelum sakit yang dihidapi menjadi kronik. Langkah ini bertepatan dengan peribahasa Melayu, seperti sediakan payung sebelum hujan dan mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya. Tegasnya, pemeriksaan kesihatan secara berkala mampu menjamin kesihatan tubuh badan kita. Akhir sekali, kita perlu menjauhi gaya hidup yang negatif dan tidak sihat seperti pengambilan alkohol yang banyak, merokok, dan pengambilan dadah atau pil-pil perangsang. Hal ini dikatakan demikian kerana amalan gaya hidup yang tidak sihat ini akan menjejaskan kesihatan dan mental kita. Pendek kata, seseorang yang mengimpikan kehidupan yang sihat akan memastikan dirinya tidak terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral ini.