The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

- Comprehensive notes
- Concept maps
- Exam tips
- Practices & STPM model papers

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2021-09-07 04:42:49

Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Pengajian Am

- Comprehensive notes
- Concept maps
- Exam tips
- Practices & STPM model papers

PELANGI BESTSELLER

PRA-U

Teks STPM
Pengajian Am

Goh Xuan Hui PENGGAL 1
Wang Hong Keng
Mohammed bin Hashim

1

KANDUNGAN

1Bahagian   KEMAHIRAN BELAJAR........................................................................... 1

Bab Kemahiran Mencari Bab Kemahiran Berfikir Secara

1 Maklumat 2 4 Kritis 19
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Bab Bab Kemahiran Menyelesaikan

2 Kemahiran Menyoal 9 5 Masalah 30
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Bab Kemahiran Menganalisis Bab Kemahiran Komunikasi

3 Maklumat 13 6 Berkesan 34
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

2Bahagian   MALAYSIA KEKAL BERDAULAT.......................................................... 39

Bab – Hak Asasi Warganegara 56
– Suruhanjaya yang Termaktub dalam 57
1 Negara Berdaulat 40
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• Perlembagaan 60
– Bahasa Kebangsaan 60
1.1 Konsep dan Ciri 40 – Agama Rasmi 60
– Konsep Negara 40 – Takrif Orang Melayu 61
– Konsep Kedaulatan 40 – Hak Istimewa Orang Melayu dan
– Ciri-ciri Negara Berdaulat 40 61
Bumiputera 62
1.2 Pembentukan Negara Malaysia 43 – Pindaan Perlembagaan
– Kronologi Pembentukan Malaysia 43 – Perlembagaan Negeri
– Sebab-sebab Pembentukan Malaysia 43
– Reaksi Negeri-negeri Terlibat 45
– Proses Pembentukan Malaysia 47 2.2 Sistem dan Struktur Pemerintahan 72
– Sistem Pemerintahan Malaysia 72
Bab QQ1 50 – Raja Berperlembagaan 72
– Demokrasi Berparlimen 73
2 Perlembagaan Persekutuan 51 – Pengasingan Kuasa 73
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• – Konsep Organisasi dan Struktur 75
Pentadbiran
2.1 Peruntukan Perlembagaan Persekutuan 51 – Sistem Kehakiman Malaysia 77
– Takrif dan Konsep Perlembagaan 51 • Pengenalan 77
– Konsep Ketertinggian Perlembagaan 51 • Mahkamah Awam Rendah 94
– Penggubalan Perlembagaan 51 • Mahkamah Awam Tinggi 100
Persekutuan Malaysia • Mahkamah Rayuan Awam 109
– Isi Kandungan Perlembagaan Malaysia 52 • Mahkamah-mahkamah Khas 117
– Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan 52 • Mahkamah Khas yang Lain 126
Malaysia – Sistem Perundangan Malaysia 136
– Ciri-ciri Kerajaan Malaysia yang 53 • Pengenalan 136
Digariskan dalam Perlembagaan • Badan Perundangan Persekutuan 146
Malaysia 53
– Kewarganegaraan Malaysia

vii

• Fungsi Parlimen, Proses 158 – Kabinet 222
Penggubalan, dan Kelulusan Rang 171 – Jabatan Perdana Menteri dan 232
Undang-undang
Agensi-agensi Pusat
• Badan Perundangan Negeri – Kementerian dan Jabatan 246
– Perbadanan Awam di Malaysia 265
2.3 Demokrasi dan Pilihan Raya 188 – Kerajaan Negeri 278
– Pilihan Raya Malaysia 188 – Jabatan Pembangunan Kerajaan Negeri 294
– Kerajaan Tempatan 307
Bab QQ2, QQ3 198

3 Tadbir Urus Negara 199 3.3 Pelaksanaan 314
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
– Penyelarasan Kerajaan Negeri dan 314
3.1 Takrif dan Ciri 199 Kerajaan Pusat
– Definisi Tadbir Urus 199
– Konsep Tadbir Urus 199 3.4 Kepentingan dan Cabaran Tadbir 323
– Ciri Tadbir Urus 200
Urus Baik 323
3.2 Sistem dan Struktur Pentadbiran 200 – Kepentingan Tadbir Urus Baik 325
– Pembahagian Bidang Kuasa 200 – Tanggungjawab Ketua Agensi 329
– Yang di-Pertuan Agong 206 – Senarai Semak bagi Pelaksanaan
– Majlis Raja-Raja 216 Tadbir Urus 330

QQ4, QQ5

3Bahagian   KEDAULATAN MALAYSIA.................................................................. 331

Pertahanan 332 Karangan 16 Ekologi dan Pembangunan 364
Karangan 1 Cetak Rompak 332 Karangan 17 Sektor Pertanian 367
Karangan 2 Buruh Asing 334 Karangan 18 Peranan Persatuan Pengguna 369
Karangan 3 Ancaman Lanun 336
Karangan 4 Ops Selamat: Kemalangan 338 Politik 371
Jalan Raya Karangan 19 Kebebasan Media 371
Karangan 5 Pemerdagangan Orang 340 Karangan 20 Integriti dalam Politik 374
Karangan 21 Politik Wang 376
Sosial dan Budaya 342
Karangan 6 Masalah Disiplin dalam 342 Sains dan Teknologi 378
Kalangan Pelajar Karangan 22 Penggunaan Kosmetik 378
Karangan 7 Keluarga Bahagia 344 Karangan 23 Pertanian Hidroponik 380
Karangan 8 Keruntuhan Moral 346 Karangan 24 Pemuliharaan Alam Sekitar 382
Karangan 9 Rasuah 349 Karangan 25 Kesan Penggunaan Sains dan 384
Karangan 10 Merokok 351 Teknologi
Karangan 11 Penggunaan Dadah dalam 353 Karangan 26 Saintis 386
Sukan Karangan 27 Teleperubatan 388
355
Ekonomi 355 Integrasi dan Perpaduan 390
Karangan 12 Ekopelancongan 357 Karangan 28 Perpaduan dan Integrasi Kaum 390
Karangan 13 Urbanisasi 360 Karangan 29 Perubahan Sistem Kehidupan 392
Karangan 14 Inflasi 362 Masyarakat
Karangan 15 Industri Kraf Tangan Karangan 30 Halangan Perpaduan dan
Integrasi Kaum 394

Kertas Model STPM (900/1) 397

Jawapan 401

viii

4BAB   Pengajian Am Penggal 1  STPM  Bahagian 1 Kemahiran Belajar  BAHAGIAN

KEMAHIRAN BERFIKIR 1
SECARA KRITIS

Pengenalan

 1 Selain bernafas, berfikir merupakan aktiviti yang paling biasa
dilakukan oleh manusia. Selagi kita berada dalam keadaan yang sedar,
kita tidak akan berhenti berfikir.

 2 Kebolehan manusia berfikir secara abstrak dan menjana idea-idea
baharu dapat membezakan manusia daripada makhluk yang lain.

 3 Kini, kemahiran belajar asas tidak lagi terbatas kepada 3M: Membaca,
Menulis, dan Mengira, sebaliknya terdapat beberapa tambahan lagi,
antaranya Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Saintifik.

 4 Hal ini menunjukkan bahawa sistem pendidikan Malaysia semakin
mementingkan peningkatan kemahiran berfikir dalam kalangan
generasi masa kini.

Konsep Kemahiran Berfikir 3 Komponen operasi mental
berfikir pengetahuan
 1 Berfikir bertujuan untuk mencari makna. sikap
 2 John Dewey mendefinisikan berfikir sebagai operasi yang
Operasi berfikir
menggunakan fakta-fakta yang sedia ada untuk mencadangkan fakta-  Kognitif
fakta yang lain supaya fakta yang baharu dapat dipercayai berdasarkan  Metakognitif
fakta yang sedia ada.
 3 Beyer mendefinisikan berfikir sebagai manipulasi input deria dan
persepsi yang diingat kembali secara mental untuk membentuk
pemikiran, sebab, atau keputusan.
 4 Berfikir melibatkan tiga komponen, iaitu operasi mental, pengetahuan,
dan sikap.
 5 Dalam kemahiran belajar, kita lebih menumpukan perhatian kepada
operasi atau kemahiran berfikir.
 6 Namun begitu, komponen pengetahuan dan sikap juga penting.
Berfikir terdiri daripada aktiviti mental, iaitu operasi yang dijalankan
oleh minda. Operasi berfikir boleh dibahagi kepada dua jenis yang
umum, iaitu kognitif dan metakognitif.
 7 Operasi kognitif digunakan untuk mencari makna sesuatu yang
konkrit atau abstrak (konsep, benda, perkara, dan sebagainya).
 8 Operasi kognitif meliputi:
(a) kemahiran yang tersendiri dan ringkas seperti kemahiran

pemprosesan, iaitu menganalisis dan mensintesis, penaakulan
dan pemikiran kritis serta kreatif
(b) strategi atau proses yang kompleks seperti membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah

19

BAHAGIAN   Pengajian Am Penggal 1  STPM  Bahagian 1 Kemahiran Belajar BERFIKIR Sikap

Pengetahuan

1 Operasi Mental

Kognitif Metakognitif

Kemahiran Strategi

Kritis Kreatif Membuat Menyelesaikan
keputusan masalah

Rajah 1 Komponen-komponen Berfikir

 9 Operasi metakognitif meliputi operasi yang mengarahkan dan
mengawal kemahiran dan proses kognitif. Metakognisi biasanya
dikenal sebagai berfikir tentang pemikiran (thinking about thinking).
Metakognisi melibatkan operasi untuk memandu usaha seseorang
demi mencari makna, khususnya operasi merancang, mengarah, dan
menilai pemikirannya.

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

 1 Pemikiran kritis ialah pemikiran yang mahir dan bertanggungjawab
untuk memudahkan proses memberikan pendapat, membuat
anggaran, kesimpulan, atau keputusan dengan bijak.

 2 Kemahiran berfikir secara kritis dijalankan oleh individu sendiri
berdasarkan kriteria-kriteria tertentu mengikut konteks atau situasi
yang berkenaan.

 3 Pemikiran kreatif pula ialah pemikiran produktif yang bercapah.
Kemahiran berfikir secara kreatif melibatkan penjanaan atau sintesis
idea atau hasil yang baharu, asli, dan inovatif.

 4 Kemahiran ini membantu proses membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.

 5 Perbandingan antara pemikiran biasa dengan pemikiran kritis boleh
dilihat seperti dalam jadual yang berikut.

20

  Pengajian Am Penggal 1  STPM  Bahagian 1 Kemahiran Belajar 

Contoh maklumat dalam bahagian Malaysia Kekal Berdaulat: BAHAGIAN
Yang Dipertua Negeri bukan ketua agama Islam negeri masing-masing

Pemikiran Biasa Pemikiran Kritis

Kesan Kesan 1
Semakin hampir
Meneka Mungkin betul / Menganggar dengan jawapan
mungkin salah (peranannya berbeza daripada sultan, raja,
dan Yang di-Pertuan Agong) Tahu menjana
Menerima maklumat Sekadar tahu sahaja maklumat yang lain
Menilai Ada sikap kritis
Mempercayai Mungkin betul / (bertanyakan kenapa tidak boleh?)
mungkin salah Lebih logik, kritis, dan
Memberikan pendapat Mengandaikan kreatif
tanpa sebab Mungkin tidak logik (jika boleh apakah masalahnya?)
Risiko kesilapan
Menyelesaikan Mungkin silap Memberikan pendapat yang bersebab rendah dan menjana
masalah secara (Yang Dipertua Negeri mungkin bukan maklumat tambahan
terburu-buru seorang muslim, jadi pastilah tidak boleh
menjadi ketua agama Islam)

Menyelesaikan masalah dengan
mempertimbangkan alternatif yang lain
(siapakah ketua agama Islam di negeri
yang tidak beraja? Ketua agama Islam
di negeri yang tidak beraja ialah Yang di-
Pertuan Agong)

Jadual 1 Perbandingan Pemikiran Biasa dengan Pemikiran Kritis

Kepentingan Menguasai Kemahiran Berfikir Secara Kritis
dan Kreatif

 1 Mengelakkan kesilapan berfikir
(a) Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) yang bijak
dapat menyediakan generasi kini untuk menghadapi kehidupan
yang mencabar dalam dunia yang berteknologi tinggi dan
mempunyai pelbagai budaya.
(b) Empat jenis kesilapan berfikir yang umum dan harus dielakkan
adalah seperti:

(i) Terburu-buru: tidak menggunakan masa untuk meneliti
unsur-unsur yang terlibat

(ii) Sempit: tidak menggunakan maklumat yang mencukupi dan
relevan

(iii) Kabur: tidak mengorganisasikan maklumat dan pemikiran
secara jelas

(iv) Bercelaru: tidak mempertimbangkan semua faktor secara
sistematik dan teratur

 2 Meningkatkan pemikiran secara kritis dan kreatif
(a) Pemikiran yang kritis dan kreatif dapat dipelajari sekiranya
latihan yang secukupnya dilakukan.
(b) Terdapat tiga prinsip pengajaran pembelajaran KBKK, antaranya:

(i) Pengajaran berfikir dijalankan secara eksplisit, jelas, tersurat,
dan nyata supaya pelajar-pelajar sedar tentang proses berfikir
yang dialami

21

  Pengajian Am Penggal 1  STPM  Bahagian 1 Kemahiran Belajar

BAHAGIAN (ii) Suasana bilik darjah yang penuh dengan semangat demokrasi
supaya pelajar-pelajar menghargai pemikiran yang bijak dan
menerima idea yang bercanggah dengannya.
(iii) Kemahiran berfikir disebatikan dalam kandungan
1 pengajaran supaya pelajar-pelajar dapat memikirkan perkara

yang dipelajari.
 3 Memperkembang daya intelek
(a) Pengajaran pembelajaran KBKK harus berteraskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.
(b) Peningkatan KBKK juga sesuai dengan konsep prauniversiti
yang membolehkan para pelajar menguasai pelajaran mereka
berdasarkan sifat-sifat individu sendiri.
 4 Memupuk pembelajaran berdaya fikir
(a) Para pelajar mempunyai pengetahuan awal tentang sesuatu
topik. Untuk meningkatkan pengetahuan mereka, mereka harus
menilai, mengkritik, mengubah suai, dan membina semula
pemahaman mereka secara aktif dalam pemikiran mereka.
(b) Oleh itu, penguasaan KBKK dapat memupuk pembelajaran
berdaya fikir. Kita hendaklah menerapkan konsep the brain power
atau kuasa otak; bukan apa-apa yang berada di antara dua bahu:
the brawn power atau kuasa otot; atau apa-apa yang berada di
antara dua tapak kaki: the natural resources atau sumber semula
jadi. Hal ini penting untuk melahirkan modal insan berminda
kelas pertama.
 5 Kepentingan global, nasional, dan individu
Zaman ini ialah zaman persaingan kekuatan minda dan fikiran.
Ledakan maklumat telah menyebabkan situasi mengaplikasikan
pengetahuan lebih penting daripada memiliki pengetahuan.

Pengelasan Kemahiran Berfikir

 1 Apabila kita berfikir, kita menggunakan operasi kognitif untuk
mencari makna daripada pengalaman.

 2 Operasi yang diskrit dan ringkas dipanggil kemahiran berfikir,
manakala operasi yang kompleks dan rumit dipanggil proses berfikir.

 3 Kemahiran Berfikir boleh dibahagi kepada dua kategori yang utama,
iaitu Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kemahiran Berfikir Secara
Kreatif.

 4 Kemahiran Berfikir Secara Kritis pula boleh dibahagi kepada dua
kategori kecil, iaitu:
(a) Kemahiran Menganalisis Secara Kritis
(b) Kemahiran Menilai Secara Kritis

 5 Kemahiran Menganalisis Secara Kritis dapat meningkatkan
pemahaman dan kebolehan menggunakan maklumat yang sedia ada.

 6 Kemahiran Menilai Secara Kritis dapat meninjau kemunasabahan
sesuatu idea.

22

  Pengajian Am Penggal 1  STPM  Bahagian 1 Kemahiran Belajar  BAHAGIAN

 7 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif memperluas idea dan 1
memperkembang imaginasi.

 8 Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif saling berkaitan dan
digunakan secara bersepadu semasa kita berfikir. Kemahiran-
kemahiran ini digunakan ketika seseorang menjalankan dua proses
berfikir yang utama, iaitu:
(a) Membuat Keputusan
(b) Menyelesaikan Masalah

 9 Apabila seseorang membuat keputusan berdasarkan maklumat yang
relevan atau menjana penyelesaian yang asli kepada masalah yang
dihadapinya, beliau menyepadukan kemahiran-kemahiran berfikir
yang kritis dan kreatif untuk menilai kemunasabahan setiap pilihan
supaya pilihan yang terbaik dapat diperoleh.

10 Rajah 2 menunjukkan peta domain pemikiran yang mengaitkan dua
kemahiran berfikir dengan dua proses berfikir.

11 Matlamat pembelajaran kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
menuju kepada proses membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah dengan bijak.

MENGANALISIS SECARA BERFIKIR SECARA KREATIF MENILAI SECARA KRITIS
KRITIS Matlamat: Matlamat:
Matlamat: Idea dan hasil yang baharu Kata putus yang kritis
Pemahaman yang jelas Kemahiran: Kemahiran:
Kemahiran: 1 Menjana Idea Alternatif 1 Menilai Maklumat
1 Menganalisis Idea 2 Mencantum Idea-idea 2 Menilai Inferens
2 Menganalisis Hujah Kaedah: Kaedah:
Kaedah: Mengembangkan dan mencipta Menilai dan menerima kata
Menggunakan dan menjelaskan idea yang pelbagai dan asli
maklumat yang relevan putus berdasarkan sebab yang

munasabah

MEMBUAT KEPUTUSAN MENYELESAIKAN MASALAH
Matlamat: Matlamat:
Keputusan yang terbaik Penyelesaian yang terbaik
Kemahiran: Kemahiran:
Menjana, menganalisis, dan Menjana, menganalisis, dan menilai
menilai kemunasabahan idea-idea kemun­ asabahan idea-idea
Strategi: Strategi:
Mempertimbangkan pilihan- Mempertimbangkan penyelesaian
pilihan, meramal akibat, dan yang mungkin, meramal akibat,
memilih yang terbaik dan memilih yang terbaik

Rajah 2 Peta Domain Pemikiran

23

  Pengajian Am Penggal 1  STPM  Bahagian 1 Kemahiran Belajar

BAHAGIAN Kemahiran Berfikir

I Kemahiran Berfikir Secara Kritis
1.1 Menganalisis Secara Kritis
1 Menganalisis Idea

membanding dan membeza
mengkelas
meneliti perhubungan bahagian-keseluruhan
membuat urutan

Menganalisis Hujah
mencari sebab dan kesimpulan
mengusul periksa andaian

1.2 Menilai Secara Kritis

Menilai Maklumat
menentukan kebolehpercayaan sumber

Menilai Inferens
menerangkan sebab
membuat ramalan
membuat generalisasi
menaakul melalui analogi
membuat penaakulan bersyarat

II Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
Menjana Idea-idea Alternatif
menjana kemungkinan-kemungkinan
Mencantum Idea-idea
mencipta metafora

Strategi Berfikir
III Membuat Keputusan
IV Menyelesaikan Masalah

Jadual 2 Kemahiran dan Strategi Berfikir

Kemahiran Berfikir Secara Kritis

 1 Pemikiran Kritis ditakrif sebagai penggunaan operasi berfikir yang
asas untuk menganalisis, mentafsir, dan menilai sesuatu hujah dengan
mendalam.

 2 Banyak definisi telah diberikan oleh tokoh-tokoh pemikir tentang
pemikiran kritis. Jadual 3 mengikhtisarkan ciri-ciri utama pemikiran
kritis.

Reaktif: Pemikiran kritis ialah reaksi atau gerak balas terhadap idea-idea
yang sedia ada dan bukan penghasilan idea yang baharu. Penghasilan
idea yang baharu melibatkan pemikiran kreatif, dan bukan kritis. Hasil
pemikiran kritis ialah idea yang disampaikan secara meyakinkan,
munasabah, dan bernas.

24

  Pengajian Am Penggal 1  STPM  Bahagian 1 Kemahiran Belajar  BAHAGIAN

Penilaian: Pemikiran kritis digunakan untuk menentukan sama 1
ada sesuatu idea itu patut dipercayai, atau sesuatu tindakan itu patut
dibuat. Penilaian dibuat berasaskan satu set kriteria, termasuk keaslian,
kebenaran, kejituan, kemunasabahan, dan nilai idea berkenaan.
Analisis: Pemikiran kritis melibatkan penggunaan operasi dan
kemahiran berfikir yang asas untuk menganalisis sesuatu hujah supaya
hujah itu dapat ditafsir dan difahami dengan jelas. Analisis hujah perlu
dibuat secara terperinci, objektif, dan gigih.
Logik: Pemikiran kritis merangkumi kaedah menaakul secara logik dan
bersepadu, dengan mempertimbangkan andaian yang dibuat, serta sedar
tentang hujah yang berat sebelah (bias). Kemahiran berfikir secara kritis
digunakan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, dan
mempelajari konsep yang baharu.

Jadual 3 Empat Ciri Pemikiran Kritis

 3 Pemikiran kritis boleh dibahagikan kepada dua komponen yang
utama, iaitu analisis idea dan penilaian idea
(a) Kemahiran Menganalisis Secara Kritis

(i) Tujuan menganalisis maklumat adalah untuk meningkatkan
pemahaman dan menjelaskan idea tentang maklumat yang
ditemui.

(ii) Kemahiran meng­analisis dengan kritis boleh dibahagi
kepada dua kategori:

• Menganalisis idea
• Menganalisis hujah

Menganalisis Idea Menganalisis Hujah
(i) Menganalisis sesuatu perkara atau idea dengan (i) Mengenal pasti unsur-unsur yang digunakan

cara: dalam pemikiran apabila seseorang
• mengenal pasti ciri-ciri utama dan implikasi mengkomunikasikan idea:
• mencari sebab-sebab yang digunakan dalam
ciri-ciri itu, iaitu pengelasan
• membandingkan dengan perkara yang hujah seseorang. Sebab-sebab ini digunakan
untuk menyokong idea-idea yang bertujuan
lain untuk mengenal pasti persamaan dan untuk meyakinkan pihak yang lain: Mencari
perbezaan, iaitu membanding dan membeza sebab dan kesimpulan
• memisahkan suatu perkara kepada bahagian- • mengesan andaian yang diambil dalam
bahagian kecil untuk me­nentukan bagaimana tindakan dan kepercayaan seseorang:
setiap bahagian itu berfungsi dengan merujuk mengusul periksa andaian
ke­pada keseluruhan perkara, iaitu meneliti
perhubungan bahagian – keseluruhan
• menentukan turutan perkara-perkara secara
relatif berdasarkan tahap yang berlainan bagi
suatu ciri tertentu, iaitu membuat urutan

Jadual 4 Menganalisis Idea dan Hujah

(b) Kemahiran Menilai Secara Kritis
(i) Tujuan menilai dengan kritis adalah untuk memastikan kata

putus atau kesimpulan yang dibuat berkemungkinan betul
lebih daripada berkemungkinan salah.

25

  Pengajian Am Penggal 1  STPM  Bahagian 1 Kemahiran Belajar

BAHAGIAN (ii) Kemahiran menganalisis secara kritis boleh dibahagi kepada
dua kategori:

• Menilai maklumat
1 • Menilai inferens

Menilai Maklumat Menilai Inferens
(i) Kemahiran yang berkaitan dengan punca (i) Kemahiran yang berkaitan dengan inferens.

maklumat asas seperti media massa, buku atau Kita membuat inferens berdasarkan
orang lain, iaitu menentukan kebolehpercayaan maklumat yang diterima tanpa mengesahkan
sumber. maklumat ini secara langsung.
( ii) Maklumat itu digunakan sebagai bukti
untuk menyokong inferens. Oleh itu, kita
perlu memastikan inferens yang dibuat itu
berkemungkinan besar adalah betul.
(iii) Kemahiran yang berkaitan dengan menilai
inferens termasuk menerangkan sebab
membuat ramalan, membuat generalisasi,
menaakul dengan analogi, dan membuat
penaakulan.

Jadual 5 Menilai Maklumat dan Inferens

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

 1 Pemikiran Kreatif ditakrif sebagai penggunaan operasi berfikir yang
asas untuk mengembangkan atau mencipta idea atau hasil yang
baharu, estetik, dan membina.

 2 Jadual 6 mengikhtisarkan ciri-ciri utama pemikiran kreatif.

Keberanian: Pemikiran yang kreatif memerlukan keberanian untuk
menjana idea yang banyak, pelbagai, dan baharu tanpa dikongkong
oleh idea yang lama. Oleh itu, pemikir yang kreatif berfikiran
terbuka, sanggup menerima risiko dan kritikan, dan bersedia untuk
bertanggungjawab atas keputusannya.
Imaginatif: Pemikiran yang kreatif memerlukan imaginasi yang
mencapah berdasarkan pengalaman yang lepas. Imaginasi memerlukan
kemahiran sintesis, iaitu cantuman idea-idea yang sedia ada.
Perkembangan idea: Salah satu hasil imaginasi ialah perkembangan
atau peluasan idea yang sedia ada. Walaupun idea yang dihasilkan bukan
merupakan rekaan yang baharu, tetapi hasil itu dapat menyediakan
pelbagai alternatif yang baharu.
Reka cipta: Hasil pemikiran kreatif yang unggul ialah penghasilan idea
yang baharu, iaitu reka cipta. Reka cipta juga dijalankan berasaskan
proses sintesis idea yang sedia ada, sehingga sesuatu yang asli diciptakan.

Jadual 6 Empat Ciri Pemikiran Kreatif

26

  Pengajian Am Penggal 1  STPM  Bahagian 1 Kemahiran Belajar  BAHAGIAN

 3 Dua jenis kemahiran berfikir secara kreatif yang perlu diberikan 1
perhatian ialah:
(a) Menjana idea yang banyak, pelbagai, dan asli sebagai jawapan yang
mungkin untuk soalan-soalan yang berkaitan dengan kehidupan
peribadi dan profesional: menjana kemungkinan-kemungkinan
(b) Mencipta analogi yang membantu kita meningkatkan pemahaman
yang mendalam: mencipta metafora

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

Menjana Idea-idea Alternatif Mecantum Idea-idea
menjana kemungkinan-kemungkinan mencipta metafora

Rajah 3 Dua Komponen Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

Alat-alat Berfikir

 1 Pengurusan Grafik
(a) Pengurusan Grafik (PG) atau Graphic Organiser (GO) digunakan
secara meluas oleh Swartz & Parks (1994) dalam program
Penyebatian Pemikiran Kritis dan Kreatif dalam Kandungan
Pengajaran.
(b) Apa itu Pengurusan Grafik?

(i) Pengurusan Grafik membantu guru atau pelajar
menvisualkan cara mereka berfikir tentang kandungan
sesuatu bidang kajian.

(ii) Pengurusan Grafik merupakan pemetaan atau pola
penyusunan yang boleh digunakan untuk mewakili
perhubungan antara maklumat-maklumat tentang sesuatu
idea.

(c) Bagaimanakah Pengurusan Grafik membantu Pengajaran dan
Pembelajaran?

(i) Kerangka fotograf menyempadankan gambar dalamnya
untuk membentuk suatu persembahan visual. Tanpa
kerangka ini, fotograf ini kelihatan tidak kemas kerana tiada
sempadan.

(ii) Kedua-dua metafora ini menonjolkan ciri penting bagi
kerangka pemikiran. Pengurusan Grafik, sebagai kerangka
pemikiran, menyokong dan menyusun pemikiran tetapi
secara tersendiri.

(d) Apakah komponen Pengurusan Grafik?
(i) Sesuatu Pengurusan Grafik mempunyai bahagian-bahagian

yang boleh ditukar-tukar untuk membolehkan kita
mengawal proses mencari dan mengaitkan perhubungan.
(ii) Bahagian-bahagian ini termasuk garis, bulatan, gambar, dan
perkataan. Pengurusan Grafik boleh dibentuk pada kertas
nota atau kad.

27

  Pengajian Am Penggal 1  STPM  Bahagian 1 Kemahiran Belajar

BAHAGIAN (e) Bagaimanakah menggunakan Pengurusan Grafik?
(i) Merancang dan menyusun idea untuk persembahan aktiviti
pembelajaran secara lisan mahupun bertulis supaya dapat
menjelaskan idea-idea secara teratur.
1 (ii) Memahami proses pemikiran kendiri. Sekiranya pelajar

menulis, perkara yang difikirkannya ialah langkah demi
langkah menurut turutan dalam Pengurusan Grafik.
(iii) Menterjemahkan sesuatu fikiran yang tersirat dalam minda
kepada bentuk yang tersurat dalam Pengurusan Grafik.
(iv) Sekiranya diusahakan oleh pelajar-pelajar dari setiap kelas,
Pengurusan Grafik boleh berkembang menjadi suatu jaringan
gambar, benda kecil, rencana akhbar, dan kad berperkataan
yang dihubungkan oleh tali-tali berwarna meliputi suatu
dinding besar dengan menggunakan pola-pola berlainan
untuk menghubungkan maklumat-maklumat. Guru dan
pelajar boleh mencari cara-cara yang berlainan untuk
mengorganisasikan isi kandungan yang dikaji.
 2 Peta Minda
(a) Peta Minda (Mind Map) diperkenal oleh Tony Buzan (1984) sebagai
suatu cara untuk mencatat nota dengan ringkas dan berkesan.
(b) Apa itu Peta Minda?
(i) Apabila kita mengingat kembali maklumat yang kita ketahui,
kita cuba mengaitkan satu perkara dengan perkara-perkara
lain yang saling berkaitan.
(ii) Oleh itu, kita boleh meningkatkan keberkesanan mencatat
nota dengan menggunakan anak panah, warna, dan kod
istimewa untuk menonjolkan perhubungan-perhubungan
yang penting.
(iii) Kaedah ini lebih berkesan berbanding dengan kaedah
mencatat nota dengan menggunakan ayat, senarai isi
pendek atau senarai kata kunci yang tidak menunjukkan
perhubungan antara idea.
(c) Apakah Komponen Peta Minda?
(i) Buzan mencadangkan teknik Peta Minda yang menggunakan
ciri-ciri yang berikut:
• kata kunci
• imej
• warna
• lukisan tiga dimensi
• saiz yang berbeza-beza
• garisan (underlining)
(d) Peta Minda membantu pelajar mencatat nota dengan pantas dan
mengelakkan pengulangan perkataan.
(e) Nota juga wujud sebagai satu gambaran mental yang lengkap,
bermakna, dan mudah diingati.
(f) Pelajar juga dapat mengembangkan kemahiran kreativiti
organisasi dan persembahan.

28

  Pengajian Am Penggal 1  STPM  Bahagian 1 Kemahiran Belajar  BAHAGIAN

Contoh: Punca dan Langkah Mengatasi Penyakit Jantung

Faktor genetik Melakukan aktiviti riadah

1

Amalan pemakanan Amalan pemakanan
yang tidak sihat yang seimbang

Punca Penyakit Langkah Mengatasi
Jantung Gaya hidup dan tabiat yang sihat

Ketegangan fikiran dan personaliti
yang negatif

Amalan merokok dan ketagihan
arak

Rajah 4 Peta Minda

(g) Bagaimanakah menggunakan Peta Minda?
(i) Menggambarkan apa-apa yang dibaca, didengar, atau

ditonton sebagai teknik mencatat nota.
(ii) Merancang dan menyusun idea sebagai kerangka pemikiran

untuk persembahan lisan dan bertulis seperti menulis esei.

Kesimpulan

 1 Guru perlu membantu pelajar membentuk kemahiran berfikir bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang boleh berfikir secara mahir bagi
mencapai matlamat Wawasan 2020.

 2 Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dapat membantu pelajar
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

 3 Kemahiran berfikir membolehkan pelajar memahami isu semasa
dengan lebih baik.

 4 Selain itu, kemahiran berfikir dapat diaplikasikan oleh murid seumur
hidup.

29

2Bahagian

MALAYSIA KEKAL
BERDAULAT

Bab 1: Negara Berdaulat
Bab 2: Perlembagaan Persekutuan
Bab 3: Tadbir Urus Negara

1 N E G A R A B E R D A U L ATBAB  Pengajian Am Penggal 1  STPM  Bahagian 2 Malaysia Kekal Berdaulat

BAHAGIAN 1.1 Konsep dan Ciri

2 Konsep Negara ‘13, ‘14, ‘16

Layari laman web 1 Negara merujuk suatu daerah atau wilayah yang mempunyai sebuah
https://goo.gl/WfRcpK kerajaan yang sistematik dari segi ekonomi, politik, sosial, budaya,
untuk mengetahui maklumat pertahanan, keamanan, dan sebagainya.
lanjut tentang geografi
Malaysia, rakyat Malaysia, 2 Negara merupakan suatu organisasi daripada rakyat negara tersebut
dan kerajaan Malaysia untuk mencapai tujuan bersama dalam sebuah konstitusi yang
dijunjung tinggi oleh warganegara di negara tersebut.
INFO
3 Sesebuah negara mesti mempunyai unsur-unsur seperti rakyat,
Layari laman web sempadan wilayah tetap, pemerintah yang berdaulat, dan pengiktirafan
https://goo.gl/7ELbTG dari negara lain.
untuk mengetahui maklumat
lanjut tentang negara Konsep Kedaulatan ‘15, ‘16, ‘18
Malaysia
1 Istilah kedaulatan merupakan terjemahan daripada bahasa Inggeris,
INFO Sovereignty dan dalam bahasa Itali disebut Sovranus atau superanus
dalam bahasa Latin.

2 Istilah ini membawa maksud tertinggi.
3 Oleh itu, kedaulatan dapat ditakrif sebagai hak eksklusif untuk

menguasai sepenuhnya sesebuah kawasan pentadbiran, rakyat atau
diri sendiri dan mendapat pengiktirafan antarabangsa.
4 Kedaulatan ialah kuasa sesebuah negara untuk membuat undang-
undang dan menguatkuasakan undang-undang dengan menggunakan
segala kuasa yang ada lantaran sifatnya yang mutlak.
5 Kedaulatan wujud kerana adanya wilayah.
6 Kedaulatan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:
(a) kedaulatan politik
(b) kedaulatan yang sah
7 Kedaulatan politik ialah kuasa rakyat yang dilaksanakan melalui
pilihan raya untuk memilih kerajaan.
8 Kedaulatan yang sah ialah kuasa ketertinggian Perlembagaan dan
undang-undang negara yang dilaksanakan oleh kerajaan yang
mendapat mandat daripada rakyat.

Ciri-ciri Negara Berdaulat ‘13, ‘14, ‘16, ‘18

1 Malaysia ialah sebuah negara yang berdaulat. Hal ini dibuktikan
melalui ciri-ciri yang berikut, iaitu:

40

  Pengajian Am Penggal 1  STPM  Bahagian 2 Malaysia Kekal Berdaulat 

(a) Sempadan yang tetap dan diiktiraf – Sempadan Malaysia Ciri-ciri negara berdaulat BAHAGIAN
diiktiraf oleh semua negara dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa  Sempadan yang diiktiraf
Bersatu. Malaysia berkuasa penuh terhadap kawasan perairan dan  Penduduk yang tetap
ruang udara Malaysia. Kuasa autonomi ini dihormati oleh kuasa  Kerajaan yang teratur dan
asing. Sebarang pencerobohan wilayah negara akan dianggap
sebagai pencabulan kedaulatan dan kerajaan Malaysia berhak sistematik
menentang sebarang pencabulan kedaulatan wilayah ini.  Mempunyai kedaulatan
 Ideologi negara sendiri
(b) Penduduk yang tetap – Penduduk tetap di Malaysia terdiri  Mempunyai identiti
daripada masyarakat yang berbilang kaum. Kaum-kaum yang
terdapat di Malaysia seperti Melayu, Cina, India, Bumiputera, tersendiri
dan lain-lain.
2
(c) Kerajaan yang teratur dan sistematik – Pertukaran kerajaan
di Malaysia berlandaskan undang-undang yang ditetapkan dan
melalui proses pilihan raya. Maka, penguatkuasaan undang-
undang berlangsung sepanjang masa. Malaysia terdiri daripada
sebuah Kerajaan Pusat, 13 buah kerajaan negeri, dan 3 buah
Wilayah Persekutuan.

(d) Mempunyai kedaulatan – Malaysia berupaya untuk mengawal
hal ehwal dalam negeri dan kebebasan untuk mengadakan
hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.

(e) Ideologi negara sendiri – Malaysia mengamalkan demokrasi
berparlimen. Selain itu, setiap pemimpin membawa ideologi
masing-masing antaranya gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan
oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Ideologi merupakan sistem kepercayaan yang menjadi asas
kepada tingkah laku individu, masyarakat, dan negara. Ideologi
negara pula merujuk kepercayaan yang akan menggerakkan
suatu pergerakan politik dan sosial.

(f) Mempunyai identiti tersendiri – Mempunyai perlembagaan
bertulis yang menjamin kestabilan negara, agama rasmi, iaitu
agama Islam, bahasa rasmi, iaitu bahasa Malaysia, simbol atau
lambang negara, bendera negara, lagu Negaraku, dan sebagainya.

PRAKTIS STPM

Bahagian A

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih jawapan yang paling tepat.

1 Yang manakah merupakan ciri konsep asas sebuah 2 Semua yang berikut ialah ciri-ciri sesebuah negara
negara? kecuali
I Mempunyai penduduk yang tetap A sempadan yang tertentu.
II Sistem ekonomi yang mampan B mesti memiliki perlembagaan bertulis.
III Mempunyai sempadan yang diiktiraf C berdaulat dan kewibawaan.
IV Berkongsi identiti dengan negara lain D berpenduduk tetap.
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

41

  Pengajian Am Penggal 1  STPM  Bahagian 2 Malaysia Kekal Berdaulat

3 Semua penyataan yang berikut benar tentang IV Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa
sistem  kerajaan kecuali pemerintahan
A kerajaan kesatuan merupakan satu A I dan II C II dan IV
penyusunan politik yang membolehkan B I dan III D III dan IV
kerajaan pusat mempunyai segala kuasa
pentadbiran. 6 Yang manakah yang menunjukkan bahawa
BAHAGIAN B kerajaan kesatuan lebih kukuh dan stabil Malaysia negara berdaulat?
pertahanannya. I Negara dipimpin oleh parti politik
C dalam sistem kerajaan persekutuan setiap II Mempunyai penduduk yang ramai
2 peringkat kerajaan mempunyai autonomi III Berupaya untuk mengawal hal ehwal dalam

perundangan tertentu. negara
D Malaysia mengamalkan sistem kerajaan IV Kestabilan negara dijamin oleh Perlembagaan
persekutuan. Persekutuan
A I dan II C II dan III
4 Yang manakah benar tentang amalan demokrasi B I dan IV D III dan IV
di Malaysia?
I Parlimen Malaysia berbentuk dwidewan 7 Yang manakah konsep sebuah negara berdaulat?
II Sistem Parlimen Malaysia berasaskan sistem A Kerajaan yang cekap dan berkuasa mutlak
Parlimen Westminster B Ketua Negara berkebolehan mentadbir negara
III Dewan Undangan Negeri terbubar apabila C Negara mengamalkan sistem pemerintahan
Parlimen dibubarkan demokrasi
IV Rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas D Kerajaan yang boleh membuat keputusan
diwajib­kan mengundi tanpa campur tangan asing
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV 8 Yang manakah boleh menggugat kedaulatan
sesebuah negara?
5 Yang manakah ciri-ciri sebuah negara demokrasi? A Kehadiran pelabur asing
I Amalan pilihan raya bebas B Kehadiran tenaga pakar asing
II Ketua negara ialah seorang raja C Penyebaran media secara terbuka
III Jaminan hak dan kebebasan rakyat D Kemasukan pendatang asing tanpa izin

Bahagian B [3]
[4]
Jawab semua soalan.

1 Nyatakan tiga ciri negara Malaysia sebagai negara yang berdaulat.
(a)
(b)
(c)

2 Nyatakan dua ciri konsep asas sebuah negara.
(a)
(b)

42

  Pengajian Am Penggal 1  STPM  Bahagian 2 Malaysia Kekal Berdaulat  BAHAGIAN

1.2 Pembentukan Negara 2
Malaysia

Kronologi Pembentukan Malaysia

1 Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai
kemerdekaan.

2 Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman mengemukakan cadangan
kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah, dan Sarawak
digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia.

3 Kerajaan British menolak cadangan tersebut kerana Singapura
diketepikan.

4 Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura ketika itu juga menyarankan
agar Singapura digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu.

5 Pada 27 Mei 1961, dalam majlis makan tengah hari di Hotel Adelphi,
Singapura, Tunku Abdul Rahman mencadangkan gagasan Malaysia
dibentuk.

6 Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum
(JPPK) ditubuhkan. JPPK berperanan untuk menerangkan tentang
gagasan Malaysia kepada orang ramai, selain mengumpulkan
pandangan penduduk.

7 Sabah dan Sarawak akhirnya menerima gagasan ini.
8 Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk meninjau pendapat rakyat

Sabah tentang gagasan Malaysia serta membuat penilaian dan
mengemukakan cadangan kepada British.
9 Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) membincangkan
kewajaran Sabah dan Sarawak menyertai gagasan Malaysia.
Jawatankuasa ini juga membincangkan hak dan kepentingan
penduduk Sabah dan Sarawak.
10 Perjanjian Malaysia ditandatangani di Marlborough House, London
pada 9 Julai 1963.
11 Pada 16 September 1963, negara Malaysia yang merangkumi
Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah, dan Singapura ditubuhkan
secara rasminya.

Sebab-sebab Pembentukan Malaysia Sebab-sebab pembentukan
Malaysia
1 Senario politik di Singapura  Senario politik di Singapura
(a) Sebab utama penubuhan Malaysia adalah untuk menentang  Senario politik di Sarawak
kegiatan komunis yang semakin bertambah di Singapura pada  Mengimbangi jumlah
tahun 1950-an.
(b) Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan pemogokan penduduk
di sebuah syarikat bas yang kemudiannya merebak menjadi  Kemajuan ekonomi bersama
rusuhan.  Mempercepat proses

kemerdekaan

43

  Pengajian Am Penggal 1  STPM  Bahagian 2 Malaysia Kekal Berdaulat

BAHAGIAN (c) Selain itu, komunis juga merampas pucuk pimpinan Parti
Tindakan Rakyat (PETIR) yang sejak tahun 1959 menguasai
Kerajaan Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew.

(d) Pertelingkahan dalam pertubuhan ini menyebabkan PETIR kalah
dalam pilihan raya kecil pada tahun 1961, iaitu pilihan raya Hong
Lim dan pilihan raya Anson.

(e) Lee Kuan Yew mengusir golongan berhaluan kiri dalam PETIR.
(f) Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti
2 berhaluan komunis, iaitu Barisan Sosialis di bawah pimpinan

Lim Chin Siong ditubuhkan.
(g) Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk ke

Tanah Melayu.
(h) Gagasan Malaysia diharap dapat menggagalkan hasrat komunis

untuk menguasai Singapura dan dapat menyekat kemaraan
mereka.

Parti Bersatu Rakyat 2 Senario politik di Sarawak
Sarawak (SUPP) merupakan (a) Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut
sebuah parti bercorak yang berhaluan komunis ditubuhkan tetapi dibubarkan semasa
pelbagai kaum tetapi Darurat.
majoriti keahliannya terdiri (b) Walau bagaimanapun, satu pertubuhan komunis sulit, iaitu
daripada kaum Cina. Parti Persatuan Belia Maju Sarawak telah bergerak dalam kalangan
ini ditubuhkan pada tahun kesatuan sekerja, pelajar, dan petani.
1959 di Sarawak. Parti (c) Mereka menghasut masyarakat Cina agar menentang British.
Bersatu Rakyat Sarawak (d) Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah dipengaruhi oleh
merupakan antara parti komunis.
politik yang tertua. (e) Kerajaan British kemudiannya melancarkan operasi pisang untuk
menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal.
(f) Gagasan Malaysia diharap dapat mewujudkan kestabilan politik
dan dapat menentang ancaman komunis.

3 Mengimbangi jumlah penduduk
(a) Penubuhan Malaysia juga bertujuan untuk mengimbangi jumlah
penduduk.
(b) Tunku Abdul Rahman menjangkakan bahawa jika Sabah,
Sarawak, dan Brunei digabungkan dengan Tanah Melayu, hal ini
akan mendatangkan faedah sosial.
(c) Penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura sahaja akan
menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum kerana tiga
perempat daripada penduduk Singapura berbangsa Cina.
(d) Kemasukan Sabah, Sarawak, dan Brunei akan mengimbangi
kadar penduduk berdasarkan kaum kerana 70 peratus daripada
penduduk Borneo Utara ialah bumiputera.

4 Kemajuan ekonomi bersama
(a) Pembentukan Malaysia membolehkan kelima-lima buah kawasan
menikmati kemajuan ekonomi bersama.
(b) Singapura, Brunei, dan Tanah Melayu telah mencapai kemajuan
ekonomi yang amat memuaskan, tetapi Sabah dan Sarawak ialah
negeri yang masih mundur.

44

  Pengajian Am Penggal 1  STPM  Bahagian 2 Malaysia Kekal Berdaulat  BAHAGIAN

(c) Penubuhan Persekutuan Malaysia membolehkan Sabah dan 2
Sarawak dimajukan.

(d) Kekayaan di kawasan maju akan dipindahkan ke kawasan yang
masih mundur.

5 Mempercepat proses kemerdekaan
(a) Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan untuk mempercepat
proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei, dan Singapura.
(b) British berjanji akan memberikan kemerdekaan yang lebih awal
sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei, dan Singapura bergabung
dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia.
(c) Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di
rantau ini dan menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-
wilayah ini daripada ancaman kuasa luar.

Reaksi Negeri-negeri Terlibat Parti Kebangsaan Sarawak
(SNAP) merupakan parti
1 Singapura politik tertua bangsa
(a) Lee Kuan Yew selaku Ketua Menteri Singapura menyokong Dayak Sarawak. Parti
gagasan Malaysia kerana PETIR dapat meneruskan kekuasaannya ini ditubuhkan pada 10
di Singapura manakala ancaman komunis dapat dikawal. April 1961 di Betung
(b) Perkembangan ekonomi Singapura pula akan menjadi lebih pesat oleh sekumpulan pekerja
dan Singapura dapat merdeka dengan lebih awal. Shell yang berketurunan
(c) Namun demikian, Barisan Sosialis dan Parti Buruh menentang Iban yang berasal dari
gagasan ini. Saribas dan pekerja Shell
(d) Pada 1 September 1962, Lee Kuan Yew telah mengadakan satu di Brunei dan kawasan
pungutan suara bagi mendapatkan persetujuan rakyat Singapura yang berdekatan dengan
mengenai penyertaan Singapura dalam Malaysia. Sarawak.
(e) 71.1% daripada rakyat Singapura menyokong penubuhan
Malaysia.
(f) Melalui gagasan Malaysia, taraf pelabuhan bebasnya dikekalkan.
(g) Singapura mempunyai kuasa autonomi dalam bidang kewangan,
pendidikan, dan perburuhan.
(h) Singapura akan mendapat 15 kerusi dalam Parlimen Malaysia.

2 Sabah dan Sarawak
(a) Pemimpin-pemimpin di kedua-dua negeri ini membentuk
Barisan Bersatu pada 9 Julai 1961 bagi menentang gagasan
Malaysia.
(b) Pemimpin-pemimpin ini termasuk Ong Kee Hui (Pengerusi
SUPP), Temenggung Jugah Anak Barieng (Yang Dipertua Parti
Negara Sarawak – PANAS), Dato’ Mustapha bin Dato’ Harun dan
Donald Stephen (ahli tak rasmi Majlis Undangan Sabah).
(c) Mereka menentang gagasan ini kerana bimbang Sabah dan
Sarawak akan dikuasai oleh Tanah Melayu dan juga bimbang
akan kedudukan politik mereka terjejas serta keperibadian negeri
masing-masing akan hilang.

45

  Pengajian Am Penggal 1  STPM  Bahagian 2 Malaysia Kekal Berdaulat

BAHAGIAN Pertubuhan Kebangsaan (d) Golongan peniaga Cina pula bimbang kuasa ekonomi akan
Kadazan Bersatu (UNKO) dirampas oleh Tanah Melayu dan Singapura.
merupakan sebuah parti
politik yang ditubuhkan bagi (e) Selain itu, mereka juga berpendapat bahawa Sabah dan Sarawak
memperjuangkan nasib perlu diberikan kemerdekaan dahulu sebelum menyertai
Malaysia.
2 dan masa depan bangsa
(f) Kaum bumiputera bukan Islam turut menentang gagasan
Kadazan-Dusun-Murut. Malaysia. Bantahan mereka disuarakan melalui Parti Kebangsaan
UNKO diasaskan oleh Sarawak (SNAP), Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu
Huguan Siou masyarakat (UNKO) dan sebagainya.
Kadazan-Dusun-Murut yang
pertama, Donald Stephens. (g) Pemimpin di kedua-dua negeri menganggap bahawa gagasan
Malaysia merupakan satu helah untuk Tanah Melayu menguasai
sumber ekonomi Sabah dan Sarawak.

(h) Pada bulan Jun 1961, Tunku Abdul Rahman berangkat ke Sabah
dan Sarawak dan mendapati rakyat di sana telah salah faham
mengenai gagasan Malaysia. Oleh itu, sebuah persidangan
Persatuan Parlimen Komanwel diadakan di Singapura pada Julai
1961.

(i) Beberapa orang daripada Barisan Bersatu telah dihantar oleh
British ke persidangan ini. Mereka membincangkan gagasan
Malaysia.

(j) Akhirnya, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum (JPPK)
ditubuhkan untuk mengumpulkan pendapat Sabah dan Sarawak
mengenai gagasan ini.

(k) Pada bulan Ogos 1961, Abang Haji Mustapha (Pengerusi PANAS)
menyokong gagasan Malaysia.

(l) Kemudian, Donald Stephen dan Dato’ Mustapha turut menyokong
gagasan ini selepas melawat ke Tanah Melayu dan berunding
dengan Tunku Abdul Rahman.

Parti Rakyat Brunei (PRB) 3 Brunei
yang dipimpin oleh A.M. (a) Sultan Omar Ali Saifudin menyokong gagasan ini tetapi
Azahari ialah sebuah parti Parti Rakyat Brunei (PRB) yang dipimpin oleh A.M. Azahari
politik yang diharamkan di menentangnya.
Brunei. Pada tahun 1956, (b) A. M. Azahari menentang gagasan ini kerana Brunei akan
PRB diasaskan sebagai menjadi jajahan Malaysia. Beliau mahukan kemerdekaan Brunei
parti berhaluan kiri yang dahulu sebelum menyertai Malaysia. Beliau juga merancang
bermatlamat untuk memberi untuk menggabungkan Brunei, Sabah, dan Sarawak menjadi
Brunei kemerdekaan penuh Persekutuan Borneo Utara, iaitu kerajaan Kalimantan Utara di
daripada United Kingdom bawah pimpinan Sultan Brunei.
(UK). Parti tersebut berusaha (c) PRB menang dalam pilihan raya Majlis Daerah dan Majlis
untuk mendemokrasikan Undangan yang diadakan pada Ogos dan September 1962.
negara dengan mengalihkan Kemenangan ini menyakinkan Azahari bahawa rakyat Brunei
kepimpinan daripada istana turut menentang gagasan Malaysia.
kepada rakyat. (d) Azahari juga berasa dirinya kuat kerana Filipina dan Indonesia
turut menyokongnya.
(e) PRB melancarkan pemberontakan bersenjata pada 7 Disember
1962. Pemberontakannya ditumpaskan oleh Kerajaan Brunei
dengan bantuan tentera dari British dan Tanah Melayu.

46

  Pengajian Am Penggal 1  STPM  Bahagian 2 Malaysia Kekal Berdaulat  BAHAGIAN

(f) Azahari melarikan diri ke Filipina dan mengisytiharkan dirinya 2
sebagai Perdana Menteri dan Sultan Omar Ali Saifudin sebagai
Ketua Kerajaan Persekutuan Borneo Utara.

(g) Walaupun pada mulanya Sultan Brunei menyokong gagasan
ini tetapi baginda telah menarik diri pada Julai 1963 kerana
baginda tidak mahu membayar cukai hasil daripada pengeluaran
minyaknya kepada kerajaan pusat Malaysia dalam tempoh 10
tahun.

(h) Selain itu, baginda juga tidak berpuas hati kerana diberi
kedudukan yang paling rendah dalam senarai nama sultan-
sultan. Tambahan pula, rakyat Brunei juga tidak bersetuju untuk
menyertai Malaysia.

Proses Pembentukan Malaysia Proses Pebentukan Malaysia:
 Jawatankuasa Perundingan
1 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum (JPPK)
(a) JPPK ditubuhkan pada 23 Julai 1961 dan dipengerusikan oleh Perpaduan Kaum (JPPK)
Donald Stephen (anggota Majlis Undangan Sabah). Anggotanya  Suruhanjaya Cobbold
ialah Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu), Lee Kuan Yew  Jawatankuasa Antara
(Singapura), Dato’ Mustapha Dato’ Harun (Sabah), Temenggung
Jugah Anak Barieng (Sarawak), dan Dato’ Setia Pangeran Ali Kerajaan (JAK)
(Brunei).  Pengisytiharan Malaysia
(b) Tujuan JPPK adalah untuk:

(i) memberitahu orang ramai tentang Malaysia.
(ii) mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.
(iii) menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan

Malaysia.
(c) JPPK telah memberikan peluang kepada pemimpin Sabah dan

Sarawak untuk mengemukakan pandangan mengenai gagasan
Malaysia.
(d) JPPK telah mengadakan empat mesyuarat, iaitu di Kota Kinabalu
(21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala Lumpur (6
Januari 1962) dan Singapura (1 Februari 1962).
2 Suruhanjaya Cobbold
(a) Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Januari 1962 dan
dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of
England).
(b) Ahli-ahli suruhanjaya ini terdiri daripada Sir Anthony Abel
dan Sir David Watherston, iaitu wakil British dan Muhammad
Ghazalie Shafie dan Dato’ Wong Pow Nee, iaitu wakil Tanah
Melayu.
(c) Tugas utama suruhanjaya ini adalah untuk:
(i) meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai

Malaysia.
(ii) membuat syor-syor perlembagaan.

(d) Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga
18 April 1962. Sebanyak 50 perjumpaan dengan 690 kumpulan

47

BAHAGIAN   Pengajian Am Penggal 1  STPM  Bahagian 2 Malaysia Kekal Berdaulat

orang ramai diadakan. Selain itu, lebih 2000 memorandum telah
diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan
kepada Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962.
(e) Pada 1 Ogos 1962, laporan ini diumumkan mengenai pandangan
rakyat Sabah dan Sarawak:
(i) satu pertiga menyokong kuat gagasan Malaysia
(ii) satu pertiga menyokong dengan syarat
(iii) satu pertiga hendak merdeka dahulu sebelum menyertai
2 Malaysia
(f) Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia
dan mengesyorkan syor-syor Perlembagaan Malaysia seperti di
bawah:
(i) Nama Persekutuan baharu ialah Malaysia.
(ii) Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas

Perlembagaan Malaysia.
(iii) Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak

dijamin.
(iv) Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri.
(v) Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan untuk

berkhidmat dalam perkhidmatan awam secepat mungkin.
(vi) Dasar pendidikan, agama, imigresen, perwakilan Parlimen,

kedudukan bumiputera, kewangan, kewarganegaraan, dan
perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawak ditentukan oleh
Majlis Undangan Negeri masing-masing.
(vii) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sabah dan
Sarawak dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa rasmi sehingga Dewan Undangan Negeri masing-
masing membuat keputusan.
(g) Hampir semua syor diterima oleh British dan diumumkan pada
1 Ogos 1962. Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963.
Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka
Perlembagaan Malaysia.
3 Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
(a) JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangka Perlembagaan
Malaysia dan pengerusinya ialah Lord Landsdowne manakala
Timbalan Pengerusinya ialah Tun Abdul Razak.
(b) Anggota JAK terdiri daripada wakil British, Tanah Melayu, Sabah,
dan Sarawak.
(c) Wakil Sabah telah mengemukakan memorandum yang
mengandungi 20 perkara. Antaranya ialah:
(i) Agama Islam – agama rasmi Persekutuan. Tiada agama
rasmi di Sabah

48

  Pengajian Am Penggal 1  STPM  Bahagian 2 Malaysia Kekal Berdaulat  BAHAGIAN

(ii) Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah 2
(iii) Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan
(iv) Imigresen orang asing Sabah di bawah kuasa negeri Sabah
(v) Sistem pendidikan Sabah dikekalkan
(vi) Perwakilan Parlimen – harus mengambil kira keluasan

kawasan dan bilangan penduduk
(d) Pemimpin Sarawak tidak mengemukakan memorandum tetapi

bersetuju dengan memorandum yang dikeluarkan oleh Sabah.
(e) Pada 27 Februari 1963, JAK mengeluarkan laporan. Kemudian,

pada 8 Mac 1963 laporan tersebut telah dibentangkan di Majlis
Negeri Sarawak manakala pada 13 Mac 1963 laporan tersebut
telah dibentangkan di Sabah.
(f) Kedua-dua negeri menerima laporan ini dan laporan ini
seterusnya diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi
Akta Malaysia 1963. Kandungan laporan tersebut ialah:
(i) Agama Islam – agama rasmi kecuali Sabah dan Sarawak
(ii) Bahasa Melayu – bahasa rasmi Persekutuan
(iii) Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah dan Sarawak sehingga

10 tahun selepas Hari Malaysia apabila Dewan Undangan
Negeri Sabah dan Sarawak membuat pindaan
(iv) Imigresen Sabah dan Sarawak dibenarkan untuk mengawal
sendiri
(v) Sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan di bawah
kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan Negeri kedua-
dua negeri ini membuat pindaan
(vi) Perwakilan Parlimen – Sabah 16 kerusi, Sarawak 24 kerusi,
dan Singapura 15 kerusi
(g) Berdasarkan laporan JAK, Perjanjian Malaysia ditandatangani di
Marlborough House, London pada 9 Julai 1963. Pada masa ini,
Brunei menarik diri secara rasminya.

4 Pengisytiharan Malaysia
(a) Filipina dan Indonesia menentang kuat penubuhan Malaysia.
(b) Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua-dua negara
dengan Tanah Melayu. Akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan.
(c) Pemimpin ketiga-tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau
kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai
penyertaan mereka dalam gagasan Malaysia.
(d) Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore
menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September 1963.
(e) Oleh itu, tarikh penubuhan yang ditetapkan terpaksa ditunda.
(f) Mengikut laporan PBB, lebih 70 peratus rakyat Sabah dan Sarawak
menyokong Malaysia. Pada 16 September 1963, penubuhan
Malaysia diisytiharkan secara rasminya.

49

  Pengajian Am Penggal 1  STPM  Bahagian 2 Malaysia Kekal Berdaulat

PRAKTIS STPM

Bahagian A

BAHAGIAN Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih jawapan yang paling tepat.

1 Senarai negeri yang berikut terlibat dengan 3 Mengapakah rakyat Sabah dan Sarawak menentang
pembentukan Malaysia. cadangan penubuhan Malaysia?
A Menganggotai Indonesia Raya
2 B Melindungi kuasa pembesar
C Mengekalkan pemerintahan British
• Sabah D Membentuk pemerintahan Barat
• Sarawak
• Singapura 4 Mengapakah A.M. Azahari menentang penubuhan
Malaysia?
Apakah kelebihan pembentukan Malaysia kepada A Mengurangkan kuasa raja
negeri-negeri tersebut? B Menubuhkan kerajaan Kalimantan Utara
A Menyeragamkan pentadbiran C Menamatkan penjajahan British
B Merdeka dengan lebih cepat D Menghapuskan pengaruh komunis
C Mengurangkan perbelanjaan pentadbiran
D Menamatkan pertelingkahan kaum

2 Mengapakah British menyokong pembentukan 5 Mengapakah Jawatankuasa Perunding Perpaduan
Malaysia? Kaum dibentuk pada tahun 1641?
I Mengimbangkan kaum A Mengadakan pungutan suara dalam kalangan
II Menyeragamkan pentadbiran rakyat
III Menjamin kepentingannya terkawal B Meninjau pendapat rakyat tentang penubuhan
IV Menyekat pengaruh komunis Malaysia
A I dan II C II dan III C Menggubal perlembagaan Malaysia
B I dan IV D III dan IV D Menjelaskan gagasan Malaysia kepada orang
ramai

Bahagian B

Jawab semua soalan. [3]
1 Nyatakan tiga sebab gagasan Malaysia dibentuk.
(a)
(b)
(c)

2 Nyatakan tiga peranan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum. [3]
(a)
(b)
(c)

50

  Pengajian Am Penggal 1  STPM  Jawapan 

JAWAPAN

Bahagian 2 Malaysia Kekal Berdaulat BAB 2 (m/s 62 – 72)

BAB 1 (m/s 41 – 42) Bahagian A 2 A 3 A 4 A 5 B
1 B 8 A 9 B 10 D
Bahagian A 6 B 7 B 13 D 14 A 15 D
1 B 2 B 3 B 4 A 5 B 18 A 19 D 20 C
6 D 7 D 8 D 11 B 12 B 23 A 24 B 25 C
1 6 D 17 D 28 B 29 B 30 B
2 1 A 22 C 33 D
Bahagian B 26 C 27 D
1 (a) Malaysia mempunyai kedaulatan wilayah, iaitu 31 A 32 D

mempunyai sempadan yang tetap dan diiktiraf oleh Bahagian B
semua negara dunia. Ciri-ciri Perlembagaan
(b) Malaysia mempunyai penduduk yang tetap. Tidak 1 (a) Perlembagaan Malaysia ialah perlembagaan bertulis
timbul arus penghijrahan penduduk keluar masuk (b) Merupakan sumber segala perundangan di Malaysia
negara secara tidak teratur dan besar-besaran. (c) Merupakan undang-undang tertinggi Malaysia
(c) Malaysia mempunyai kerajaan yang teratur dan
sistematik. Pertukaran kerajaan dijalankan melalui 2 (a) Sistem Kerajaan Persekutuan
proses pilihan raya. Penguatkuasaan undang-undang (b) Kuasa-kuasa pemerintahan kerajaan pusat dan
juga dapat dijalankan dengan berkesan.
negeri
2 (a) mempunyai sebuah kerajaan yang teratur dari (c) Hak asasi warganegara
segi ekonomi, politik, sosial, budaya, pertahanan, (d) Kewarganegaraan
keamanan, dan sebagainya. (e) Pilihan raya
(f) Parlimen
(b) mempunyai unsur-unsur seperti rakyat, sempadan
wilayah tetap, pemerintah yang berdaulat, dan 3 (a) Warganegara berhak bercakap dan mengeluarkan
diiktiraf oleh negara lain. idea/ fikiran kecuali isu sensitif

BAB 1 (m/s 50) (b) Warganegara berhak berhimpun secara aman
dengan syarat tidak bersenjata atau mencetuskan
Bahagian A keganasan
1 B 2 D 3 C 4 B 5 D
(c) Warganegara berhak menubuhkan persatuan dengan
Bahagian B syarat mesti berdaftar
1 (a) Senario politik di Singapura – Kegiatan komunis
4 (a) (i) Perlembagaan mengatasi segala undang-
kian bertambah di Singapura pada tahun 1950-an. undang lain di Malaysia
Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap
masuk ke Tanah Melayu. Dengan gagasan Malaysia, (ii) Perlembagaan merupakan sumber yang
hasrat komunis menguasai Singapura gagal dan menggariskan kuasa pelbagai pihak kerajaan
seterusnya dapat menyekat kemaraan mereka.
(b) Senario politik di Sarawak – Pertubuhan komunis (iii) Semua undang-undang yang bercanggah
semakin giat bergerak dalam kalangan kesatuan dengan Perlembagaan akan terbatal setakat
sekerja, pelajar, dan petani. Melalui gagasan ini, yang bercanggah
kestabilan politik yang diperoleh dapat menentang
ancaman komunis. (iv) Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak
(c) Mengimbangi jumlah penduduk – Tunku Abdul mengikut Perlembagaan
Rahman menjangkakan jika Sabah, Sarawak, dan
Brunei digabungkan dengan Tanah Melayu akan (v) Pindaan Perlembagaan memerlukan lebih
membawa faedah sosial, iaitu keseimbangan kaum banyak syarat daripada pindaan undang-
dapat dicapai. undang lain

(b) Mahkamah akan membatalkan undang-undang lain
setakat yang bercanggah.

2 (a) memberikan penerangan kepada orang ramai Hak Kebebasan Asasi
tentang penubuhan Malaysia 1 (a) Hak diberitahu sebab ditahan
(b) Hak diikat jamin keluar
(b) mengumpulkan pandangan penduduk (c) Hak mendapat rawatan perubatan
(c) menggalakkan pembentukan Malaysia 2 (a) Memaksa seseorang melakukan sesuatu kerja tanpa

persetujuannya
(b) Membezakan seseorang berdasarkan keturunan

Jawapan 401

  Pengajian Am Penggal 1  STPM  Jawapan

(c) Menyekat seseorang daripada mengemukakan 3 (a) (i) Menganut agama Islam
ideanya (ii) Bertutur dalam bahasa Melayu
(iii) Mengamalkan adat istiadat Melayu
3 Menghadapkan Encik X ke mahkamah untuk
mendapatkan perintah tahanan lanjut. (b) Yang di-Pertuan Agong

4 (a) Undang-undang Subversif Majlis Penyelarasan dan Suruhanjaya
(b) Undang-undang Darurat 1 (a) Majlis Kewangan Negara
(b) Majlis Negara (bagi Kerajaan Tempatan)
Kewarganegaraan (c) Majlis Tanah Negara
1 kuat kuasa undang-undang
2 (a) Berniat tinggal tetap di Malaysia 2 (a) Kuasa imigresen kerajaan negeri Sabah dan Sarawak
(b) Mempunyai penguasaan bahasa Melayu yang (b) Kuasa kerajaan negeri mengenakan cukai dan royalti

memuaskan di Sabah dan Sarawak
(c) Telah bermastautin di Malaysia bagi satu tempoh
3 (a) Hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera
yang dikehendaki (b) Hak-hak dan kedaulatan Sultan-sultan/ Majlis Raja-

3 (a) Menteri Dalam Negeri warganegara Raja
(b) (i) Menjadi asing/ (c) Hal ehwal Islam
dwikewarganegaraan dengan (d) Kewarganegaraan
(ii) Memperoleh kewarganegaraan (e) Kepentingan kaum-kaum yang lain
melakukan penipuan (f) Keistimewaan parlimen

4 (a) (i) Seorang isteri kepada warganegara Malaysia 4 (a) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan
(ii) Seorang anak bawah umur 21 tahun manakala (b) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri

salah seorang ibu bapanya ialah warganegara 5 (a) Menyiasat sesuatu isu/ kes khas
Malaysia (b) Mengubah sempadan kawasan pilihan raya
(b) Menyatakan sumpah taat setia kepada Yang di- (c) Melantik kakitangan awam
Pertuan Agong
6 (a) Perkhidmatan Awam
5 (a) Mencapai umur 21 tahun (b) Perkhidmatan Polis
(b) Telah memperoleh kerakyatan negara lain (c) Perkhidmatan Pelajaran
(c) Berniat berhijrah ke negara lain
6 (a) pendaftaran 7 (a) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)
(b) (i) Perkahwinan mereka didaftarkan di Malaysia (b) (i) Menyerahkan laporan kepada Yang di-Pertuan
(ii) Mesti bermastautin di Malaysia sekurang- Agong
(ii) Mengesyorkan tindakan atau penambahbaikan
kurangnya dua tahun tindakan terhadap pihak yang
7 (a) Tan Ai: pendaftaran bertanggungjawab
(b) Icuk Suprianto: masukan
(c) Ahmad Sabri: masukan 8 (a) Mengenakan tapisan dan kawalan penyebaran
maklumat melalui media siber
Agama/ Hak Istimewa Orang Melayu/ Bahasa
1 (a) (i) Bahasa ibunda sesuatu kaum boleh (b) Menyiasat kes-kes jenayah siber seperti penipuan/
hasutan/ pengodaman dalam media siber
dikembangkan
(ii) Bahasa lain boleh digunakan, diajar, atau (c) Mengesyorkan tindakan undang-undang terhadap
pihak yang melanggar akta Komunikasi dan
dipelajari bagi maksud bukan rasmi Multimedia Malaysia
(b) Markah diberi kerana bahasa Melayu dalam tulisan
Pindaan Perlembagaan
rumi dan Jawi boleh diterima 1 (a) Kelulusan majoriti 2/3 Dewan Undangan Negeri

2 (a) (i) Sultan Johor dan persetujuan Sultan/ Yang Dipertua Negeri
(ii) Yang di-Pertuan Agong (b) (i) Warisan takhta kerajaan dan kuasa raja
(iii) Yang di-Pertuan Agong (ii) Kedudukan para pembesar Melayu
(b) (i) Melantik mufti dan kadi/ hakim Mahkamah (iii) Kuasa pelantikan waris takhta kerajaan,

Syariah permaisuri, dan pemangku raja
(ii) Mempertimbangkan hal ehwal Islam di wilayah/ (iv) Kuasa kurniaan atau lucutan pangkat, gelaran

negeri baginda kehormatan, bintang kebesaran

402 Jawapan

PRA-UPENGGAL PRA-U Teks STPM Pengajian Am CC039772a PRA-U Teks STPM
Penggal 1 ditulis berdasarkan sukatan
Teks STPM pelajaran terbaharu Pengajian Am Pengajian Am
STPM yang disediakan oleh Majlis
Pengajian Am Peperiksaan Malaysia. Buku ini amat
sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar
1 yang bakal menghadapi peperiksaan
CIRI-CIRI ISTIMEWA Pengajian Am STPM Kertas 1
sebagai rujukan.
■ Nota dan Latihan yang Komprehensif
Judul-judul Pra-U & STPM kami:
■ Kolum Sisi yang Mengandungi Galeri › Success with MUET
Info, Akses Ilmu, Arkib Sejarah, dan › MUET My Way
Petunjuk STPM › Pengajian Am Penggal 1, 2, & 3
› Bahasa Melayu Penggal 1, 2, & 3
■ Praktis STPM yang Menepati › Biology Term 1, 2, & 3
Piawaian STPM › Physics Term 1, 2, & 3
› Chemistry Term 1, 2, & 3
■ Kertas Model STPM Penggal 1 › Mathematics (T) Term 1, 2, & 3
› Sejarah Penggal 1, 2, & 3
■ Jawapan Lengkap › Geografi Penggal 1, 2, & 3
› Ekonomi Penggal 1, 2, & 3
› Pengajian Perniagaan Penggal 1, 2, & 3

Dapatkan PENGGAL
versi
eBook! 1

W.M: RM37.95 / E.M: RM38.95

CC039772a
ISBN: 978-967-2878-78-0

PELANGI


Click to View FlipBook Version