The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2020-06-17 02:30:19

Q&A STPM P.PERNIAGAAN ( PENGGAL 1.2.3 )

Q&A STPM P.PERNIAGAAN ( PENGGAL 1.2.3 )

KANDUNGAN

Penggal 1

BAB Perniagaan dan Persekitarannya 1

1 Bahagian A Soalan Esei Pendek 1
Bahagian B Soalan Esei 15
Bahagian B Kajian Kes 21

BAB Pengeluaran 29
29
2 Bahagian A Soalan Esei Pendek 50
Bahagian B Soalan Esei 53
Bahagian B Kajian Kes
61
BAB Pemasaran 61
87
3 Bahagian A Soalan Esei Pendek 98
Bahagian B Soalan Esei
Bahagian B Kajian Kes

BAB Kewangan 110

4 Bahagian A Soalan Esei Pendek 110
Bahagian B Soalan Esei 124
Bahagian B Kajian Kes 129

BAB Sumber Manusia 134
134
5 Bahagian A Soalan Esei Pendek 154
Bahagian B Soalan Esei 158
Bahagian B Kajian Kes
166
Kertas Model STPM 1946/1

iv

Penggal 2

BAB Pengurusan 169

1 Bahagian A Soalan Esei Pendek 169
Bahagian B Soalan Esei 201
Bahagian B Kajian Kes 211

BAB Aspek Perundangan Perniagaan 216

2 Bahagian A Soalan Esei Pendek 216
Bahagian B Soalan Esei 225
Bahagian B Kajian Kes 229

BAB Kemahiran Komunikasi 233
233
3 Bahagian A Soalan Esei Pendek 256
Bahagian B Soalan Esei 263
Bahagian B Kajian Kes
268
BAB Pembuatan Keputusan 268
283
4 Bahagian A Soalan Esei Pendek 294
Bahagian B Soalan Esei
Bahagian B Kajian Kes 300

Kertas Model STPM 1946/2

v

Penggal 3

BAB Keusahawanan 303

1 Bahagian A Soalan Esei Pendek 303
Bahagian B Soalan Esei 324
Bahagian B Kajian Kes 330

BAB Rancangan Perniagaan 336

2 Bahagian A Soalan Esei Pendek 336
Bahagian B Soalan Esei 343
Bahagian B Kajian Kes 348

BAB Perniagaan Antarabangsa 354

3 Bahagian A Soalan Esei Pendek 354
Bahagian B Soalan Esei 377
Bahagian B Kajian Kes 384

BAB Etika Perniagaan dan Tanggungjawab Sosial 389

4 Bahagian A Soalan Esei Pendek 389
Bahagian B Soalan Esei 408
Bahagian B Kajian Kes 417

Kertas Model STPM 1946/3 422

Jawapan 425

vi

2Bab
Pengeluaran

Bahagian A Soalan Esei Pendek Penggal

2.1 Skop dan Proses Pengeluaran 1
Soalan 1
[4]
Terangkan dua peranan pengurusan pengeluaran.

Jawapan

Dua peranan pengurusan pengeluaran:
(a) Mengawal kos semasa pengeluaran
Pengurus pengeluaran perlu memastikan pengeluaran barang dengan

kos yang minimum agar harga produk dapat dikurangkan. Dengan ini,
keuntungan firma tidak terjejas.
(b) Mengawal kualiti penghasilan barang dan perkhidmatan
Pengurus pengeluaran perlu memastikan produk yang dihasilkan
bermutu tinggi agar kepuasan pelanggan dapat ditingkatkan.

Soalan 2 [4]

Tafsirkan pengurusan pengeluaran dan berikan tiga peranannya.

Jawapan
Pengurusan pengeluaran merujuk kepada aktiviti berkaitan merancang,
menyusun, mengawal dan menggabungkan sumber organisasi untuk
menghasilkan barang atau perkhidmatan.

Tiga kepentingan pengurusan pengeluaran:
(a) Mengawal kos semasa aktiviti pengeluaran.
(b) Merancang penggunaan sumber organsiasi untuk pengeluaran barang

atau perkhidmatan.
(c) Mengawal kualiti produk atau perkhidmatan yang dihasilkan.

29

Pengajian Perniagaan Penggal 1 STPM Bab 2 Pengeluaran [2]
[2]
Soalan 3

Terangkan dua evolusi pengeluaran yang berikut:
(a) Revolusi ICT
(b) Revolusi industri

Jawapan

Penggal Dua evolusi pengeluaran:
(a) Revolusi ICT
Penggunaan ICT dalam pengeluaran menyebabkan penjimatan masa
menghasilkan produk. Penggunaan kaedah seperti CAD menyebabkan
reka bentuk produk baharu yang cepat.
1 (b) Revolusi industri
Merujuk kepada perubahan cara pengeluaran yang berlaku dalam sektor
pertanian, pembuatan dan pengangkutan. Perubahan cara pengeluaran
daripada buruh ke mesin seperti alat menenun kain.

Soalan 4

Jelaskan tiga cabaran yang dihadapi oleh seorang pengurus pengeluaran. [6]

Jawapan
Tiga cabaran yang dihadapi oleh seorang pengurus pengeluaran:
(a) Isu penjagaan alam sekitar
Penggunaan teknologi mesra alam diutamakan untuk mengurangkan
tindakan undang-undang kerana melanggar akta berkaitan.
(b) Penekanan terhadap kualiti
Jangkaan pengguna semakin meningkat dan peningkatan kualiti produk
dapat memenuhi jangkaan pengguna dan seterusnya meningkatkan daya
saing pengeluar.
(c) Fleksibiliti dalam sistem pengeluaran
Fleksibiliti proses penting untuk memudahkan pihak syarikat membuat
variasi produk dan juga memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa
berubah.

Soalan 5

Jelaskan cabaran pengurus pengeluaran yang berikut: [2]
(a) Peningkatan teknologi [2]
(b) Persaingan yang semakin meningkat [2]
(c) Isu penjagaan alam sekitar

30

Pengajian Perniagaan Penggal 1 STPM Bab 2 Pengeluaran Penggal

Jawapan 1
(a) Peningkatan teknologi
Teknologi semakin canggih dan membantu mengurangkan kos dan
juga meningkatkan daya saing syarikat. Pengurus pengeluaran perlu
memastikan pekerja diberi pendedahan tentang teknologi terbaharu.
(b) Persaingan yang semakin meningkat
Globalisasi menyebabkan persaingan semakin sengit dan pengurus
pengeluaran perlu memastikan produk syarikatnya mempunyai daya
saing yang tinggi apabila memasuki pasaran antarabangsa.
(c) Isu penjagaan alam sekitar
Penggunaan teknologi mesra alam diutamakan untuk mengurangkan
tindakan undang-undang kerana melanggar akta berkaitan.

Soalan 6 [4]

Jelaskan maksud sistem pengeluaran dan subsistem pengeluaran.

Jawapan
Sistem pengeluaran merujuk kepada proses penukaran input kepada output.
Tiga komponen dalam sistem pengeluaran ialah input, proses transformasi
dan output.
Subsistem pengeluaran ialah bahagian-bahagian kecil yang terdapat dalam
sesuatu sistem pengeluaran seperti inventori dan kawalan kualiti.

TTiipp PPemeriksa

Calon harus faham akan sistem pengeluaran dan subsistem pengeluaran serta berikan
contoh.

Soalan 7

Jelaskan hubungan antara jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran. [6]

Jawapan
Hubungan antara jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran:
(a) Jabatan pemasaran mendapat tempahan produk dan memberi tempahan
kepada jabatan pengeluaran.
(b) Jabatan pengeluaran menghasilkan produk mengikut piawai yang dikenal
pasti oleh jabatan pemasaran.

31

Penggal Pengajian Perniagaan Penggal 1 STPM Bab 2 Pengeluaran

(c) Jabatan pengeluaran mengeluarkan bilangan produk berasaskan target
jualan yang disediakan oleh jabatan pemasaran.

(d) Jabatan pengeluaran membuat penambahbaikan produk berdasarkan
maklumat citarasa pengguna yang diberi oleh jabatan pemasaran.

Soalan 8

Terangkan hubungan antara jabatan pengeluaran dengan jabatan kewangan.
[4]

Jawapan
Hubungan antara jabatan pengeluaran dengan jabatan kewangan:

1 (a) Jabatan kewangan menyediakan bajet untuk pelaburan jabatan

pengeluaran seperti pembelian mesin dan bahan mentah.
(b) Jabatan pengeluaran menghasilkan produk dan jabatan kewangan

menentukan keberuntungan untuk produk tersebut.
(c) Jabatan pengeluaran mereka bentuk produk baharu dan jabatan

kewangan mencari sumber modal untuk membiayai pembangunan
produk baharu.

Soalan 9

Terangkan hubungan antara jabatan pengeluaran dengan jabatan sumber
manusia. [4]

Jawapan
Hubungan antara jabatan pengeluaran dengan jabatan sumber manusia:
(a) Jabatan pengeluaran mengenal pasti bilangan pekerja yang diperlukan
dan jabatan sumber manusia menjalankan aktiviti pengrekrutan untuk
mencari calon yang sesuai bagi memenuhi kekosongan jawatan di
jabatan pengeluaran.
(b) Jabatan pengeluaran memohon untuk memberi latihan kepada pekerja
dan jabatan sumber manusia mengenal pasti jenis latihan yang sesuai
serta mereka bentuk program latihan.

2.2 Perancangan Pengeluaran
Soalan 10

Jelaskan perbezaan antara reka bentuk pengeluaran berbentuk simplification
dengan standardization. [4]

32

Pengajian Perniagaan Penggal 1 STPM Bab 2 Pengeluaran

Jawapan
Perbezaan antara reka bentuk pengeluaran berbentuk simplification dengan
standardization:

Aspek Simplification Standardization
Proses piawaian perlu diikuti
Maksud Proses mengurangkan sepanjang proses pengeluaran. Penggal
langkah dalam proses
pengeluaran. Memastikan produk dikeluarkan
mengikut standard yang telah
Tujuan Menjimatkan masa ditetapkan serta seragam.
pengeluaran serta kos
pengeluaran. 1

Soalan 11

Jelaskan perbezaan antara reka bentuk pengeluaran berbentuk simplification

dengan modular. [4]

Jawapan
Perbezaan antara reka bentuk pengeluaran berbentuk simplification dengan
modular:

Aspek Simplification Modular
Proses membahagikan proses
Maksud Proses mengurangkan pengeluaran kepada unit
langkah dalam proses pengeluaran yang lebih kecil.
pengeluaran. Memudahkan pemantauan dan
kawalan proses pengeluaran
Tujuan Menjimatkan masa serta mengenalpasti kesilapan
pengeluaran serta kos yang mungkin berlaku.
pengeluaran.

Soalan 12

Jelaskan perbezaan antara reka bentuk pengeluaran berbentuk modular
dengan standardization. [4]

33

Pengajian Perniagaan Penggal 1 STPM Bab 2 Pengeluaran

Jawapan
Perbezaan antara reka bentuk pengeluaran berbentuk modular dengan
standardization:

Aspek Modular Standardization

Penggal Maksud Proses membahagikan proses Proses piawaian yang perlu
pengeluaran kepada unit diikuti sepanjang proses
pengeluaran yang lebih kecil. pengeluaran.

Tujuan Memudahkan pemantauan dan Memastikan produk
kawalan proses pengeluaran dikeluarkan mengikut
1 serta mengenalpasti kesilapan standard yang telah

yang mungkin berlaku. ditetapkan serta seragam.

Soalan 13 [4]

Bezakan jenis pengeluaran berbentuk massa dengan tempahan.

Jawapan
Proses pengeluaran berbentuk massa dengan tempahan:

Aspek Massa Tempahan

Maksud Melibatkan pengeluaran Proses pengeluaran
produk yang seragam serta tempahan ialah
melibatkan jumlah yang penghasilan produk
besar. berdasarkan spesifikasi
pengguna.

Volum Banyak Sedikit
pengeluaran

Soalan 14 [4]

Bezakan jenis pengeluaran berbentuk kelompok dengan tempahan.

34

Pengajian Perniagaan Penggal 1 STPM Bab 2 Pengeluaran

Jawapan
Perbezaan antara proses pengeluaran berbentuk kelompok dengan tempahan:

Aspek Kelompok Tempahan Penggal
Maksud Penghasilan produk Proses pengeluaran
dalam kelompok tertentu tempahan ialah penghasilan
Volum mengikut spesifikasi produk berdasarkan
pengeluaran pengguna. spesifikasi pengguna.
Sederhana Sedikit

Soalan 15 1

Bezakan jenis pengeluaran berbentuk massa dengan kelompok. [4]

Jawapan
Perbezaan antara jenis pengeluaran berbentuk massa dengan kelompok:

Aspek Massa Kelompok
Maksud Melibatkan pengeluaran Penghasilan produk
produk yang seragam serta dalam kelompok tertentu
Volum melibatkan jumlah yang mengikut spesifikasi
pengeluaran besar. pengguna.
Banyak Sederhana

Soalan 16 [2]
[2]
Terangkan jenis pengeluaran yang sesuai untuk aktiviti yang berikut: [2]
(a) Percetakan buku
(b) Pengeluaran minyak masak
(c) Pembinaan empangan

Jawapan
(a) Percetakan buku
Jenis pengeluaran kelompok. Penghasilan buku dalam kelompok tertentu
mengikut spesifikasi pengguna. Proses pengeluaran berpindah ke
kelompok berikutnya apabila kelompok produk pertama disiapkan.

35

Penggal Pengajian Perniagaan Penggal 1 STPM Bab 2 Pengeluaran

(b) Pengeluaran minyak masak
Jenis pengeluaran massa. Melibatkan pengeluaran produk yang seragam

serta melibatkan jumlah yang besar. Input pengeluaran disusun dalam
satu barisan pengeluaran produk.
(c) Pembinaan empangan
Jenis pengeluaran mengikut tempahan. Penghasilan produk berdasarkan
spesifikasi pengguna. Mengambil masa yang lama, unit pengeluaran
yang rendah serta darjah piawaian yang rendah.

TTiipp PPemeriksa

Calon harus faham proses pengeluaran seperti proses pengeluaran kelompok, massa,

1 dan projek sebelum menjawab soalan ini. Calon harus mengaitkan aktiviti yang
diberi dengan proses pengeluaran yang bersesuaian.

Soalan 17

Nyatakan maksud susun atur proses pengeluaran dan nyatakan tiga
kepentingannya [4]

Jawapan
Susun atur proses pengeluaran merujuk kaedah penyusunan sumber seperti
alatan, manusia untuk memastikan aliran bahan dan kerja yang cekap agar
ruang digunakan dengan baik.

Tiga kepentingannya ialah:
(a) Meminimumkan kos pengendalian bahan serta kos sewa.
(b) Membolehkan ruang dan sunber digunakan dengan cekap.
(c) Membolehkan pergerakan maklumat yang cekap serta proses komunikasi

berjalan lancar.

Soalan 18 [6]

Jelaskan jenis susun atur dalam pengeluaran.

Jawapan
Jenis susun atur dalam pengeluaran:
Susun atur secara tetap
Segala peralatan, bahan, dan pekerja digerakkan ke lokasi untuk penghasilan
produk. Sesuai untuk pembinaan jambatan.

36

Pengajian Perniagaan Penggal 1 STPM Bab 2 Pengeluaran Penggal

Susun atur proses
Penyusunan bahan mentah, mesin, dan pekerja mengikut fungsi kerja yang
dilakukan. Contohnya perkhidmatan hospital.
Susun atur produk
Mesin, buruh, dan bahan disusun mengikut urutan proses pengeluaran.
Contohnya pengeluaran barang elektrik.

TTiipp PPemeriksa

Calon harus membezakan setiap jenis susun atur kilang.

Soalan 19 1

Bezakan susun atur tetap dengan susun atur proses. [4]

Jawapan
Perbezaan antara susun atur tetap dengan susun atur proses:

Aspek Susun atur tetap Susun atur proses
Maksud Segala peralatan, bahan, Penyusunan bahan mentah,
dan pekerja digerakkan ke mesin, dan pekerja
Jenis lokasi untuk penghasilan mengikut fungsi kerja yang
pengeluaran produk. dilakukan.
Sesuai untuk pembinaan Sesuai untuk perkhidmatan
jambatan. seperti hospital.

Soalan 20 [4]

Bezakan susun atur produk dengan susun atur proses.

Jawapan
Perbezaan antara susun atur produk dengan susun atur proses:

Aspek Susun atur produk Susun atur proses
Maksud Mesin, buruh, dan bahan Penyusunan bahan mentah,
disusun mengikut urutan mesin, dan pekerja mengikut
Jenis proses pengeluaran. fungsi kerja yang dilakukan.
pengeluaran Pengeluaran barang yang Penyediaan perkhidmatan
seragam seperti kasut. hospital.

37

Pengajian Perniagaan Penggal 1 STPM Bab 2 Pengeluaran [4]

Soalan 21

Bezakan susun atur tetap dengan susun atur produk.

Jawapan
Perbezaan antara susun atur tetap dengan susun atur produk:

Penggal Aspek Susun atur tetap Susun atur produk

Maksud Segala peralatan, bahan, dan Mesin, buruh dan bahan
pekerja digerakkan ke lokasi disusun mengikut urutan
untuk penghasilan produk. proses pengeluaran.
1
Jenis Sesuai untuk pembinaan Pengeluaran barang yang
pengeluaran jambatan. seragam seperti kasut.

Soalan 22 [4]

Jelaskan susun atur selular.

Jawapan
Susun atur selular:
Susun atur selular bermaksud pengumpulan semua proses yang diperlukan
bagi sesuatu set produk. Kaedah ini membantu pengeluaran produk tertentu
kerana firma dapat mengumpulkan semua input pengeluaran ke satu unit
yang kecil. Di samping menjimatkan kos, kaedah ini juga dapat mengawal
proses pengeluaran dengan baik.

TTiipp PPemeriksa

Calon harus faham susun atur pengeluaran seperti susun atur tetap, susun atur
proses, dan susun atur produk. Calon harus mengaitkan aktiviti yang diberi dengan
susun atur pengeluaran yang bersesuaian.

Soalan 23

Jelaskan bagaimana faktor berikut mempengaruhi pemilihan lokasi kilang.

(a) Kos pengangkutan [2]

(b) Penawaran tenaga buruh [2]

(c) Pengguna dan pasaran [2]

38

Jawapan

Kertas Model STPM 946/1
KERTAS 1
Bahagian A

1. Tiga cabaran untuk sebuah perniagaan pakaian ialah:
• Persaingan yang semakin sengit. Pengeluar tempatan menghadapi persaingan sengit
daripada pengeluar negara lain.
• Peningkatan teknologi. Penggunaan teknologi terkini untuk meningkatkan kualiti
dan kuantiti pengeluaran.
• Isu penjagaan alam sekitar. Pengurus pengeluaran perlu mengambil kira aspek alam
sekitar agar pengeluaran tidak mencemarkan alam sekitar dan juga menghindari
tindakan kerajaan.
• Penekanan kepada kualiti pengeluaran. Jangkaan pengguna terhadap kualiti produk
semakin meningkat dan pengurus pengeluaran perlu berusaha untuk  meningkatkan
kualiti produk secara berterusan.
• Keperluan untuk memenuhi citarasa pengguna yang pelbagai. Produk pengeluar
mesti berupaya memenuhi citarasa pengguna. Kitaran hayat produk pula semakin
pendek.
• Sumber semakin berkurangan. Memastikan sumber diuruskan dengan cekap dan
mencari sumber alternatif.

2. Dua kelebihan dan dua kelemahan milikan berbentuk syarikat berhad:
Kelebihan:
• Dapat mengumpul modal yang besar melalui penjualan saham syarikat.
• Liabiliti terhad.
• Perniagaan kekal.
• Terdapat pengkhususan dalam pengurusan untuk operasi lebih cekap dan berkesan.
Kelemahan:
• Penubuhan lebih rumit.
• Cukai yang tinggi dikenakan daripada jumlah keuntungan perniagaan.
• Pengurusan dikawal oleh pengarah dan bukan pemilik syarikat.
• Laporan kewangan perlu ditunjukkan kepada pemegang saham dan diaudit.
• Penubuhan melibatkan kos yang tinggi.

3. Tiga jenis susun atur pengeluaran:
• Susun atur secara tetap
– Kedudukan produk ditetapkan. Input akan dibawa ke lokasi produk. Kos tinggi
– Contoh: Pembinaan rumah
• Susun atur proses
– Mesin dan peralatan, tenaga kerja dan bahan mentah yang sama fungsi akan
dikumpulkan dalam jabatan tertentu atau disusun mengikut fungsi kerja.
– Contoh: Perkhidmatan hospital
• Susun atur produk
– Semua input disusun khusus mengikut urutan penghasilan sesuatu produk.
– Contoh: Pengeluaran kereta

425

Pengajian Perniagaan STPM Jawapan

• Susun atur selular
– Tindakan menyusun peralatan dan kerja yang serupa ke dalam satu kumpulan
yang sama supaya bahagian pengeluaran menjadi kecil serta boleh mengeluarkan
produk dengan cepat dan menjimatkan kos.
– Contoh: Pembuatan cip komputer, telefon

4. Pendekatan kawalan kualiti:
• Kawalan input
– Kawalan ke atas input seperti bahan, tenaga kerja, mesin dan kaedah yang
dilakukan sebelum aktiviti pengeluaran bermula.
– Tujuannya adalah untuk memastikan pengeluaran mengikut spesifikasi.
• Kawalan proses
– Kawalan semasa input ditransformasikan kepada output, bertujuan untuk
mengelakkan barang yang cacat daripada diproses.
– Melibatkan tindakan pemulihan dan pengubahsuaian selepas kerosakkan.

5. Empat langkah pertama dalam proses pembelian produk pengguna:
• Mengenalpasti keperluan
• Mencari maklumat
• Menilai alternatif
• Membuat keputusan pembelian

6. Tiga asas segmentasi pasaran yang boleh digunakan oleh syarikat makanan segera:
• Geografi
– Syarikat makanan segera membahagikan pasaran mengikut lokasi seperti bandar,
negeri atau negara.
• Demografi
– Syarikat makanan segera membahagikan pasaran mengikut faktor seperti umur,
jantina, saiz keluarga dan saiz pendapatan.
• Psikografi
– Syarikat makanan segera membahagikan pasaran mengikut personaliti, gaya hidup
atau citarasa pengguna.
• Gelagat pengguna (manfaat produk)
– Syarikat makanan segera membahagikan pasaran mengikut kegemaran dan
kekerapan penggunaan.

7. Tiga jenis sumber dana jangka pendek:
• Overdraf
– Kemudahan kredit yang disediakan oleh bank komersil kepada pemegang akaun
semasa yang membolehkan pemegang akaun semasa mengeluarkan wang lebih
daripada baki akaun.
• Pemfaktoran
– Kemudahan pembelian invois perniagaan oleh syarikat pemfaktoran daripada
peniaga.
• Penerimaan jurubank
– Draf yang dikeluarkan oleh pengimport dan diterima dan disahkan oleh bank.

8. Dua sumber penerimaan tunai dan dua sumber pembayaran tunai untuk sesebuah
perniagaan:
• Penerimaan tunai:
– Jualan tunai
– Penghutang (jualan kredit)

426


Click to View FlipBook Version