The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2023-12-17 21:36:41

PRAKTIS TOPIKAL HEBAT TINGKATAN 5 BAHASA MELAYU

Harga - WM: RM7.95 EM: RM8.35

KSSM Tingkatan Joey Tan Travis Shuit (Munsyi Dewan) BAHASA MELAYU SPM Praktis Intensif Mengikut Topik Latihan Berorientasikan SPM Penerapan KBAT 1 Set Kertas Model SPM Jawapan Lengkap Format SPM Berdasarkan TERKINI 5 Praktis Asas Kecemerlangan!


Praktis 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan 1 – 10 Praktis 2 Esei 11 – 27 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa 28 – 48 Praktis 4 Pemahaman 49 – 72 Praktis 5 Rumusan 73 – 81 Kertas Model SPM 82 – 92 Jawapan J1 – J28 Kandungan


1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. LATIHAN 1 30 MArkah Maklumat di bawah berkaitan dengan penyakit berjangkit. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang penyakit berjangkit. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. KARANGAN BERDASARKAN KOMBINASI KEPELBAGAIAN BAHAN RANGSANGAN Praktis KERTAS 1 1 Panduan Menjawab Karangan Berdasarkan Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan 1. Karangan berdasarkan kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan dikemukakan dalam Bahagian A. Kertas 1, 1103/1 SPM. 2. Hanya satu soalan yang diberikan dalam bahagian ini dan wajib dijawab oleh calon. 3. Jumlah markah yang diperuntukkan ialah 30 markah dan masa menjawab yang dicadangkan ialah 30 minit. 4. Panjang karangan Bahagian A adalah antara 150 hingga 200 patah perkataan. 5. Soalan dikemukakan berdasarkan kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan seperti petikan, puisi, gambar, graf, dan sebagainya. 6. Baca dan fahami arahan soalan. 7. Karangan hendaklah ditulis dalam bentuk perenggan yang mempunyai perenggan pendahuluan, perenggan isi, dan perenggan penutup. 8. Setiap perenggan ditulis menggunakan ayat yang ringkas dan padat dengan gaya bahasa yang gramatis dan tepat. 9. Hubungan antara satu idea dengan idea yang lain perlulah dijalin dengan baiknya menggunakan penanda wacana yang sesuai. 10. Setelah siap, semaklah karangan dari segi ejaan, tanda baca, dan struktur ayat.


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2 Bahasa Melayu Ting. 5 Praktis 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan Basuh tangan dengan sabun secukupnya Ker ni gkan tangan dengan tuala atau tisu yang bers hi Basuh tangan dengan air bersih secukupnya Gosok belakang tangan Gosok telapak tangan dengan kuku Gosok setiap jari dan celah jari Gosok tapak tangan Tujuh Langkah Membasuh Tangan yang Betul RANGKA KARANGAN Pendahuluan: penyakit berjangkit menular – meningkatkan kes kematian – seluruh pelosok dunia – pandemik COVID-19 pada tahun 2019 – menjadi paparan utama media – terpampang melalui dada-dada akhbar arus perdana – membawa pelbagai impak negatif – dipandang enteng – langkah-langkah pragmatik – diambil – mencegah penyakit berjangkit sebelum kudis menjadi tokak Isi-isi relevan: (a) membasuh tangan pada setiap masa – mengikut cara yang betul – disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia – menggunakan sabun dan air bersih untuk membasuh tangan – menyentuh permukaan yang kotor – tombol pintu atau troli pasar raya – membasmi mikroorganisma – berbahaya – mencegah lebih baik daripada mengubati (b) mendapatkan suntikan vaksin – mengajak ahli keluarga dan rakan-rakan – hospital kerajaan atau klinik kesihatan yang berdekatan – vaksin COVID-19 – Pfizer, Sinovac, dan sebagainya – memperkuat sistem imuniti – melawan jangkitan penyakit – mengurangkan morbiditi – mortaliti – jangan sudah terhantuk baru tengadah (c) menjaga kebersihan persekitaran – mengadakan aktiviti gotong-royong – menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing – membersihkan taman perumahan – menghapuskan tempat pembiakan haiwan perosak – nyamuk aedes, tikus, lipas, dan lalat – mengelakkan penularan wabak penyakit – demam denggi, leptospirosis Penutup: sudah terang lagi bersuluh – pelbagai langkah proaktif – diambil untuk mencegah penyakit berjangkit – semua pihak mestilah bahu-membahu – mengawal penularan penyakit berjangkit – hidup sihat sepanjang hayat


3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Ting. 5 Praktis 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan LATIHAN 2 30 MArkah Iklan-iklan di bawah menunjukkan sebahagian daripada iklan kerja kosong. Berdasarkan iklan-iklan yang diberikan, sediakan resume diri anda yang lengkap bagi permohonan satu pekerjaan yang anda minati. Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. JAWATAN KOSONG PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) Hantar permohonan anda termasuk • RESUME TERKINI • Salinan KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) melalui e-mel: [email protected] Tarikh tutup permohonan: 26 Februari 2023 Untuk maklumat lanjut sila layari laman web kami, iaitu www.universitimaya.com TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 30 JUN 2023 (JUMAAT) PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS PEGAWAI PENERANGAN GRED S41 (KONTRAK) BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA IKLAN JAWATAN KOSONG


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4 Bahasa Melayu Ting. 5 Praktis 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan LATIHAN 3 30 MArkah Maklumat di bawah berkaitan dengan teknologi hijau. Berdasarkan maklumat tersebut, tulis sebuah rencana tentang kepentingan teknologi hijau. Panjangnya rencana anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Teknologi hijau tingkatkan kualiti hidup, pacu ekonomi negara Oleh: Dr. Iskandar Hasan Tan Abdullah 13 Mac 2015, 8:24 pagi Sumber: Berita Harian Online, 13 Mac 2015 Sekilas Info Laman Utama Tentang Kami Portfolio Hubungi Kami Sumber: Internet


5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Ting. 5 Praktis 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan LATIHAN 4 30 MArkah Gambar dan maklumat di bawah menunjukkan prosedur operasi standard (SOP) yang harus dipatuhi oleh masyarakat dan masalah yang dihadapi pada masa pandemik COVID-19. Sebagai seorang ahli jawatankuasa Persatuan Peniaga Makanan yang prihatin akan nasib para peniaga makanan, tulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengadukan masalah yang dihadapi dan cadangkan tindakan yang perlu diambil. Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) BANDARAYA KOTA KINABALU DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPAT JANGKITAN) (NO.8) 2020 (P.U. (A) 254/2020) 7 OKTOBER – 20 OKTOBER 2020 PERNIAGAAN BUKAN PERKHIDMATAN PERLU (NON-ESSENTIAL SERVICES) PERNIAGAAN DAN PERKHIDMATAN PERLU (ESSENTIAL SERVICES) PASAR MALAM, PASAR TANI, TAMU DAN PASAR BORONG PUSAT KAWALAN OPERASI BENCANA DAERAH KOTA KINABALU : 088 - 210 011 AKTIVITI YANG TIDAK DIBENARKAN AKTIVITI YANG DIBENARKAN RESTORAN TEMPOH OPERASI : 6:00 PAGI – 6:00 PETANG * Kaedah Pandu Lalu, Penghantaran (Delivery) / ‘Take Away’ Sahaja * ‘Dine in’ TIDAK Dibenarkan KEDAI RUNCIT DAN KEDAI SERBANEKA TEMPOH OPERASI : 6:00 PAGI – 6:00 PETANG STESEN MINYAK TEMPOH OPERASI : 6:00 PAGI – 6:00 PETANG PASAR HARIAN TEMPOH OPERASI : 6:00 PAGI – 2:00 PETANG FARMASI & KEDAI MENJUAL UBAT-UBATAN TEMPOH OPERASI : 8:00 PAGI – 6:00 PETANG RESTORAN


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6 Bahasa Melayu Ting. 5 Praktis 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan - Bantuan dengan kos RM150 juta itu sepatutnya diberikan April ini, namun dipercepat 15 hari lebih awal Isnin, 22 Mac 2020 1 Bayaran bantuan JKM kepada 500 000 orang penerima bermula Rabu ini 2 Bantuan RM600 cuma untuk pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji - Pekerja berpendapatan RM4000 atau kurang sebulan, yang mengambil cuti tanpa gaji layak mendapat bantuan kewangan RM600 setiap bulan, untuk maksimum selama 6 bulan 3 - Kemudahan membabitkan 37 855 orang murid dan 972 orang kanak-kanak Pengecualian yuran Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan dari Mac hingga Jun 4 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - Percuma sebulan sewa premis perniagaan DBKL - Bayaran penuh kepada 500 orang pekerja harian DBKL Senarai bantuan untuk rakyat terjejas akibat COVID-19 in + KUALA LUMPUR, 28 Mei – Para pekedai berasa buntu kerana masih ada segelintir pelanggan yang mengunjungi premis makanan bersikap degil serta enggan mengikut peraturan yang ditetapkan dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Walaupun pekedai menyediakan buku rekod pelanggan, menyediakan cecair pembersih tangan, memeriksa suhu badan, dan memastikan semua pekerja menjaga kebersihan diri serta memakai pelitup muka, para pelanggan pula yang tidak serius dan bersikap acuh tak acuh dalam hal ini. “Apabila dihadkan dua orang, mereka akan menarik sebuah kerusi lain untuk rakan duduk sekali di meja yang sama.” Sesetengah pelanggan enggan menulis butiran diri dan diambil suhu badan, terutama mereka yang datang untuk membungkus makanan. “Sama halnya juga dengan mereka yang makan di sini. Kami memang sudah mengehadkan sebuah meja untuk dua orang, namun pelanggan yang datang lebih daripada bilangan itu tetap mahu duduk semeja,” katanya. (Dipetik dan diubah suai daripada PKPB: ‘Ada Pelanggan Degil, Enggan Patuh SOP – Peniaga’, oleh Nor Azizah Mokhtar, Berita Harian, 28 Mei 2020)


7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Ting. 5 Praktis 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan LATIHAN 5 30 MArkah Maklumat di bawah menunjukkan masalah yang dihadapi oleh golongan nelayan di negara kita. Sebagai wakil rakyat yang prihatin, tulis sepucuk surat kepada agensi kerajaan yang terbabit untuk mengadukan masalah yang dihadapi oleh golongan nelayan dan cadangkan tindakan yang perlu diambil untuk menanganinya. Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Sisa industri jejas hasil 300 nelayan BERITA Perikanan UTAMA Sumber: Berita Harian, 30 November 2015 Rezeki nelayan pantai terjejas Mohon pihak berkuasa atasi masalah pencerobohan Mutakhir MS15 Sumber: Sinar Harian, 25 Jun 2011 KUALA LUMPUR, 9 Julai – Kerajaan akan meminda peruntukan undang-undang di bawah Jabatan Perikanan dan Jabatan Imigresen untuk mengenakan hukuman lebih berat terhadap nelayan asing yang menceroboh perairan negara. Sumber: Berita Harian Online, 9 Julai 2019


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8 Bahasa Melayu Ting. 5 Praktis 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan LATIHAN 6 30 MArkah Iklan-iklan di bawah menunjukkan sebahagian daripada iklan kerja kosong. Berdasarkan iklan-iklan yang diberikan, sediakan resume diri anda yang lengkap bagi permohonan satu pekerjaan yang anda minati. Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. ›› PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29 (JABATAN PERTANIAN MALAYSIA) Kekosongan: 40 Simpanan: 40 Syarat Kelayakan: i. Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi latihan tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya; atau ii. Diploma dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Syarat Bahasa Melayu: – Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia. Keperluan Bidang: – Pertanian/ Sains Pertanian Tambahan: – Hanya calon yang kelayakannya telah mendapat kelulusan senat/ jawatankuasa berkaitan sebelum atau pada tarikh iklan jawatan ini layak memohon. Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan melalui pautan yang berikut: http://www.spa.gov.my/web/guest/deskripri-tugas/diploma2/2186 JAWATAN KOSONG SPA IJAZAH – PENGURUSAN DAN PROFESIONAL PEGAWAI SAINS GRED C41 KEKOSONGAN: 1 SIMPANAN: 10


9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Ting. 5 Praktis 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan LATIHAN 7 30 MArkah Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki menjawab satu daripada e-mel di bawah. Tulis e-mel anda itu selengkapnya. Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. E-mel 1 Daripada [email protected] Kepada [email protected] Subjek Pelancongan di Malaysia Salam hormat, saudara Affandi. Apa khabar? Saya berharap agar saudara di sana sihat sejahtera di samping keluarga tercinta. Mohon maaf kerana lambat menghantar e-mel kepada saudara kerana peperiksaan semester kedua di universiti baru sahaja berakhir. Walaupun peperiksaan telah berakhir, kini saya pula terpaksa menumpukan perhatian saya pada projek hujung tahun. Saya telah diberi tugasan yang bertajuk “Pelancongan di negara Asia”. Saya bercadang untuk menggunakan negara saudara sebagai negara kajian untuk tugasan saya. Saya sedar bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai keistimewaan. Bolehkah saudara menceritakan keunikan tersebut kepada saya? Saya akan berasa amat bersyukur sekiranya saudara sanggup berbuat sedemikian. Saya menantikan respons daripada saudara. Sahabatmu, Joey Tan E-mel 2 Daripada [email protected] Kepada [email protected] Subjek Tugasan projek: Cara-cara untuk Menarik Minat Pelancong ke Malaysia Salam hormat, kakanda Arshad. Apa khabar? Harapan saya agar along berada dalam keadaan sihat wal afiat. Mohon maaf kerana terpaksa menghantar e-mel ini kepada along. Saya ingin meminta bantuan daripada along. Saya tidak menelefon along terus kerana tahu bahawa along sentiasa bekerja di kawasan yang mempunyai isyarat telefon yang lemah. Oleh sebab itu, saya menghantar e-mel ini agar along akan dapat membacanya apabila along membuka e-mel along nanti. Along, Saya memerlukan bantuan along berkenaan dengan tajuk tugasan Bahasa Melayu saya, iaitu ‘Cara-cara untuk menarik minat pelancong ke negara Malaysia’. Kesukaran untuk mengakses Internet di kawasan ini ditambah pula dengan masalah kekurangan data menyukarkan saya untuk mencari maklumat yang lengkap. Saya menantikan balasan e-mel daripada along. Adindamu, Sarimah


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 10 Bahasa Melayu Ting. 5 Praktis 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan LATIHAN 8 30 MArkah Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki menjawab satu daripada e-mel di bawah. Tulis e-mel anda itu selengkapnya. Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. E-mel 1 Daripada [email protected] Kepada [email protected] Subjek Cara-cara Meredakan Tekanan Perasaan Gerald, Apa khabar saudara di sana? Saya berharap agar saudara dan keluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Gerald, saya ingin memberitahu saudara bahawa saya bakal menduduki peperiksaan akhir tahun tidak lama lagi. Saya mengalami tekanan perasaan sehingga tidak dapat melelapkan mata pada waktu malam. Sebagai akibatnya, saya berasa mengantuk pada waktu pagi dan tidak bertenaga untuk mengulang kaji pelajaran. Bolehkah saudara memberikan cadangan tentang cara-cara meredakan tekanan perasaan kepada saya? Sekiranya masalah ini tidak saya tangani dengan segera, saya pasti akan kecundang dalam peperiksaan akhir tahun sekali gus mengecewakan ibu bapa saya. Saya menantikan respons daripada saudara. Terima kasih. Sahabatmu, Wai Kei E-mel 2 Daripada [email protected] Kepada [email protected] Subjek Keracunan Makanan Syukri, Apa khabar? Saya berharap agar saudara sentiasa sihat sejahtera di samping keluarga yang tercinta. Untuk pengetahuan saudara, saya mengalami keracunan makanan pada minggu lalu sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital. Saya muntah-muntah dan cirit-birit setelah makan nasi lemak yang saya beli di sebuah gerai yang terletak di tepi jalan yang berdekatan dengan rumah saya. Doktor memberitahu saya bahawa nasi lemak tersebut kemungkinan sudah basi ataupun tercemar. Apakah pandangan saudara tentang langkah berjaga-jaga yang perlu kita ambil untuk mengelakkan keracunan makanan? Saya pasti saudara akan memberikan pelbagai maklumat yang berguna kepada saya. Saya sedia menantikan balasan e-mel daripada saudara. Terima kasih. Sahabatmu, Jarret Raj


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 82 Bahasa Melayu Ting. 5 Kertas Model SPM Kertas 1 Dua jam 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan dalam Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. Bahagian A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan telitinya. Anda dikehendaki menjawab satu daripada e-mel di bawah. Tulis e-mel anda itu selengkapnya. Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. E-mel 1 Daripada [email protected] Kepada [email protected] Subjek Pilihan Kerjaya Salam sejahtera Travis, Apa khabar? Saya berharap agar saudara berada dalam keadaan sihat sejahtera. Tujuan saya menghantar e-mel ini kepada saudara adalah untuk bertanyakan pendapat saudara tentang pemilihan kerjaya. Seperti yang pernah saya ceritakan dahulu, ibu bapa saya berharap agar saya memilih kursus kejuruteraan tetapi saya lebih meminati bidang psikologi. Saya berharap agar kerjaya doktor psikologi menjadi kerjaya saya pada suatu hari nanti. Apakah pendapat saudara berkenaan dengan isu ini? Saya menantikan balasan e-mel balasan daripada saudara. Sahabatmu, Joey E-mel 2 Daripada [email protected] Kepada [email protected] Subjek Dilema dalam Pekerjaan Karpal, Apa khabar saudara Karpal? Sudah lama saya tidak menghantar e-mel kepada saudara lantaran kesibukan dalam kerjaya saya. Saya menjadi semakin sibuk akibat beban kerja yang lebih banyak. Walaupun pangkat dan gaji saya masih sama, saya berasa tertekan kerana tugasan yang diberikan amat banyak. Selain itu, masa yang amat suntuk Kertas Model SPM 100


83 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Ting. 5 Kertas Model SPM Bahagian B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Kita perlu membuka mata dan minda untuk melihat perubahan dan perkembangan dunia pada hari ini. Pada zaman dahulu, bahasa sekadar berperanan sebagai wadah untuk kita berhubung dengan masyarakat setempat. Namun demikian, kini kita digalakkan untuk menguasai pelbagai bahasa untuk keperluan yang pelbagai. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada, ‘Kepentingan Menguasai Pelbagai Bahasa’ oleh Faiz Awae, Dewan Siswa, Bil.4, 2021 Petikan di atas menyatakan senario yang menuntut kita menguasai pelbagai bahasa. Huraikan faedah yang diperoleh apabila seseorang menguasai pelbagai bahasa. Permainan video alam maya atau lebih dikenali sebagai e-sukan menarik minat banyak pengikut khususnya golongan remaja dan belia pada masa ini. Sebut sahaja nama-nama permainan video yang popular dan terkini, pasti semuanya mendapat tempat dalam hati para peminatnya. Sungguhpun terdapat pihak yang mengatakan bahawa e-sukan tidak mendapat pengiktirafan dalam mana-mana peringkat sukan antarabangsa kerana dianggap bukan sukan sebenar atas faktor ketiadaan aktiviti pergerakan fizikal, pandangan ini berbeza pada peringkat Asia dan terutamanya dalam kalangan golongan peminat e-sukan tersebut. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada ‘Fenomena e-Sukan: Masa Depan atau Buang Masa?’ http://blog.klix.my/ Petikan rencana di atas memberikan sedikit gambaran tentang e-sukan yang kian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Walau bagaimanapun, majoriti ibu bapa masih tidak dapat menerima e-sukan tersebut sebagai sesuatu yang mampu memberikan manfaat kepada anak-anak mereka. Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan golongan ibu bapa berpendapat sedemikian? diperuntukkan untuk setiap tugasan tersebut juga menyukarkan saya. Tambahan pula, saya terasa diri saya tidak mendapat sebarang sokongan ataupun bantuan sama ada daripada pihak atasan ataupun rakan sekerja saya. Pada pendapat saudara, apakah yang harus saya lakukan? Saya menantikan balasan e-mel daripada saudara. Ucapan terima kasih saya dahulukan atas nasihat dan saranan saudara. Yang benar, Sunitha 1. 2.


85 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Ting. 5 Kertas Model SPM Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. 2. Jawab semua soalan. Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa [35 markah] 1. Baca petikan di bawah dengan telitinya. Kenal pasti dan senaraikan empat kata ganda. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata ganda tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Sebagaimana yang kita ketahui, perpaduan ialah teras keamanan dan kesejahteraaan negara. Oleh itu, program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak tahun 1986 lagi. Aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan memberikan peluang kepada murid-murid yang berbilang bangsa dan agama untuk berinteraksi dan bergaul mesra antara satu dengan yang lain. Melalui program RIMUP, sikap hormat-menghormati dan bertolak ansur juga dapat dipupuk dalam diri setiap murid. Dengan ini, negara Malaysia tidak akan menjadi porak-peranda, sebaliknya sentiasa aman damai. Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, Halaman 42, Kementerian Pendidikan Malaysia [8 markah] 2. Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian nyatakan jenis ayat bagi ayat yang bergaris sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan. Tahukah anda bahawa terdapat berbagai-bagai jenis pelaburan? Satu daripada pelaburan yang amat popular di Malaysia ialah pelaburan hartanah. Pelaburan hartanah menuntut para pelabur untuk membeli hartanah seperti tanah, rumah, kedai atau rumah kedai. Kemudian, hartanah yang dibeli boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi untuk mengaut keuntungan. Walau bagaimanapun, janganlah kita terburu-buru membeli hartanah kerana pelaburan hartanah tidaklah semudah yang kita sangkakan. Yang penting ialah usaha untuk menimba ilmu secara berterusan agar pelaburan kita membuahkan hasil. Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, Halaman 112, Kementerian Pendidikan Malaysia. [6 markah]


87 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Ting. 5 Kertas Model SPM Bahagian B: Pemahaman [35 markah] 6. Baca semua bahan yang diberikan dengan telitinya. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Misai kucing atau nama saintifiknya, Orthosiphon stamineus merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan kerana kecantikannya. Penggunaan misai kucing dalam perubatan tradisional adalah sangat popular pada masa ini. Misai kucing lazimya digunakan untuk merawat gout, darah tinggi, dan kencing manis. Eksperimen yang dijalankan membuktikan bahawa ekstrak misai kucing mampu merangsang perembesan hormon insulin sekali gus mengurangkan paras glukosa dalam darah. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa ekstrak misai kucing dapat menurunkan paras kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Cara pengambilan misai kucing adalah dalam bentuk air rebusan atau teh. Bahagian yang biasa digunakan ialah daunnya. Kajian terkini mendapati bahawa misai kucing tidak mendatangkan apa-apa kesan sampingan kepada hati dan buah pinggang. Walau bagaimanapun, kajian secara berterusan perlu dijalankan untuk memastikan misai kucing tidak memudaratkan kesihatan sekiranya diambil dalam jangka masa yang panjang. Dipetik dan diubah suai daripada‘Misai Kucing’ Kementerian Kesihatan Malaysia Bahan 2 Daun pegaga atau nama saintifiknya, Centella asiatica ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga daun pasli dan tumbuh melata bersama rumput. Herba daun hijau yang berbentuk kipas ini sering digunakan dalam perubatan tradisional, terutamanya untuk mengurangkan paras gula dalam darah. Hal ini dikatakan demikian kerana pengambilan daun pegaga dapat meningkatkan penghasilan hormon insulin. Namun begitu, pesakit diabetes tidak boleh menghentikan pengambilan ubat yang diberikan oleh doktor dengan sewenang-wenangnya walaupun pengambilan daun pegaga dapat membantu untuk mengawal penyakit yang dialami. Bukan itu sahaja, daun pegaga juga digunakan untuk mengurangkan paras kolesterol, asid urik, urea, serta tekanan darah. Sementara itu, daun pegaga mempunyai sifat antibakteria dan antiradang yang mampu mempercepat pemulihan luka di samping menyembuhkan tisu yang rosak serta mengurangkan parut. Oleh itu, pegaga digunakan secara meluas dalam industri kosmetik dan kecantikan kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada para pengguna, terutamanya golongan wanita. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Khasiat Awet Muda Pegaga’ Berita Harian Online, 9 Jun 2017


91 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Ting. 5 Kertas Model SPM Bahagian C: Rumusan [30 markah] 9. Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Pemerdagangan manusia merupakan jenayah terancang yang semakin leluasa di seantero dunia termasuk Malaysia. Kegiatan yang tidak berperikemanusiaan ini dijalankan tanpa mengenal kewarganegaraan, bangsa, keturunan, dan warna kulit. Sekiranya jenayah ini tidak dibanteras dengan segeranya, hak asasi manusia dan keselamatan negara pasti terancam. Pemerdagangan manusia berlaku di negara Malaysia kerana perkembangan ekonomi yang pesat. Hal ini menarik kemasukan warga asing, terutamanya dari negara-negara yang miskin. Segelintir warga asing memasuki negara Malaysia melalui sindiket pemerdagangan manusia. Selain itu, jenayah ini berpunca daripada kedudukan Malaysia yang strategik di rantau Asia Tenggara. Impaknya, negara Malaysia dijadikan sebagai lokasi transit bagi pemerdagangan manusia ke negara lain. Oleh hal yang demikian, negara Malaysia memperketat kawalan di sempadan negara sebagai usaha untuk membanteras jenayah ini. Kes pemerdagangan manusia di negara Malaysia menunjukkan peningkatan kerana kekurangan kesedaran masyarakat tentang implikasi jenayah ini. Sebagai akibatnya, masalah ini tetap dipandang enteng oleh masyarakat walaupun kerap kali terpampang melalui dadadada akhbar arus perdana. Oleh sebab itu, pihak kerajaan dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mengadakan kempen kesedaran secara berterusan agar kes pemerdagangan manusia mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Negara Malaysia telah mengambil pelbagai langkah proaktif untuk membanteras pemerdagangan manusia. Antaranya termasuklah penubuhan Majlis Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyeludupan Migran pada tahun 2008. Bukan itu sahaja, Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Manusia juga diwujudkan untuk tujuan yang sama. Dengan ini, sebarang rundingan dengan negara luar, penguatkuasaan, pendakwaan, dan perlindungan yang berkaitan dengan isu pemerdagangan manusia dapat dijalankan dengan efektif. Tuntasnya, pemerdagangan manusia yang berlaku di negara Malaysia hanya dapat diatasi sehingga akar umbinya sekiranya semua pihak menggembleng tenaga untuk memeranginya. Janganlah kita mengharapkan pihak kerajaan semata-mata untuk menangani masalah ini kerana usaha membanteras pemerdagangan manusia ialah tanggungjawab kita bersama. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pemerdagangan Manusia (Wanita & Kanak-kanak)’ Unit Pusat Sumber, Institut Sosial Malaysia


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J1 Praktis 1 KARANGAN BERDASARKAN KOMBINASI KEPELBAGAIAN BAHAN RANGSANGAN LATIHAN 2 Format: Resume Pendahuluan: nama penuh – alamat lengkap – nombor telefon – e-mel Isi-isi relevan: (a) tajuk – berminat untuk memohon jawatan pembantu tadbir kewangan yang diiklankan – nyatakan media pengiklanan dan tarikh iklan disiarkan – menyatakan maklumat diri (b) anugerah – memperoleh Anugerah Kecemerlangan Akademik – belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Putra – selain memegang jawatan ketua kelas – memikul tanggungjawab sebagai bendahari Kelab Matematik – naib johan dalam Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (c) kemahiran teknologi maklumat – mahir menggunakan perisian Microsoft Office dan Adobe untuk mengemas kini penyata kewangan secara sistematik – berupaya untuk menyediakan pelbagai dokumen kewangan seperti kunci kira-kira dan invois (d) kemahiran bahasa – dapat bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baiknya – dapat bertutur dan menulis dalam bahasa Mandarin – belajar di SJK (C) Wen Chai pada peringkat sekolah rendah (e) potensi diri – mudah mesra dan sesuai bekerja dalam pasukan – berupaya untuk bekerja bawah tekanan dan mampu menyempurnakan segala kerja dalam masa yang ditetapkan kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih – sedia menerima cabaran untuk melakukan tugasan yang sukar (f) kemahiran tambahan – berupaya untuk menyediakan akaun bulanan dan tahunan secara terancang – berkemampuan untuk menjawab panggilan telefon dan membalas e-mel secara efisien – segala urusan di pejabat berjalan dengan lancarnya Penutup: rujukan dan alamat untuk dihubungi LATIHAN 3 Pendahuluan: teknologi hijau – pembangunan produk, peralatan, dan sistem – memelihara dan memulihara alam sekitar – sumber semula jadi – selaras dengan konspen pembangunan lestari – pembangunan dilaksanakan bagi memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan – apakah kepentingan teknologi hijau? Isi-isi relevan: (a) meningkatkan kualiti kehidupan – menggalakkan penggunaan sumber – mesra alam – tenaga suria, angin, air – mengurangkan pelepasan bahan-bahan pencemar hasil daripada pembakaran bahan api fosil – meningkatkan tahap kesihatan – Mahatma Gandhi pernah berkata, “Kesihatan ialah kekayaan sebenar, bukannya emas ataupun perak” – menjamin kesejahteraan hidup (b) memacu pertumbuhan ekonomi negara – produk teknologi hijau yang dihasilkan – dieksport ke seantero dunia – meningkatkan pendapatan negara – industri fotovolta – mengeksport panel solar – negara-negara – Asia Tenggara – ekonomi negara mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju (c) menangani pencemaran alam sekitar – produk teknologi hijau – mengalami proses biodegradasi – penguraian secara semula jadi oleh mikroorganisma – bekas makanan – dibuat daripada ubi kayu – mengurangkan penghasilan sampah sarap – mengurangkan penggunaan tapak pelupusan sampah – menjamin kebersihan alam sekitar – serampang dua mata Penutup: penggunaan teknologi hijau membawa pelbagai faedah – segenap lapisan masyarakat diseru agar memanfaatkan teknologi hijau – mengekalkan kelestarian alam sekitar sekali gus memastikan keseimbangan ekosistem tidak terjejas LATIHAN 4 Format: Surat Kiriman Rasmi Pendahuluan: alamat pengirim – nama dan alamat penerima – tarikh – panggilan hormat – tajuk/ perkara Isi-isi relevan: (a) sedia maklum bahawa pihak berkuasa telah menggariskan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh semua orang – untuk memutuskan rantaian jangkitan penyakit COVID-19 – memahami dan mematuhi SOP ini – demi keharmonian dan keselamatan rakyat (b) malangnya sedikit sebanyak menjejaskan periuk nasi peniaga – masa operasi yang dipendekkan – menjadi keliru – ada tempat – masa operasi 6:00 pagi hingga 6:00 petang, ada pula 7:00 pagi hingga 7:00 malam – ada juga yang 10:00 pagi hingga 10:00 malam – keadaan ini Jawapan


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J2 Bahasa Melayu Ting. 5 Jawapan amat mengelirukan – apatah lagi untuk kawasan yang mempunyai pertindihan sempadan (c) serba salah apabila ada pelanggan yang enggan mematuhi SOP – duduk beramai-ramai di satu meja, tidak mencatatkan suhu badan dan maklumat peribadi sama ada dalam buku ataupun mengimbas kod QR yang telah disediakan, enggan memakai pelitup muka, dan sebagainya – walaupun ditegur berulang kali – masih degil – tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka ialah sumber rezeki kami – lagipun tiada kuasa untuk berbuat apa-apa – malangnya – apabila penguat kuasa melakukan pemantauan dan pemeriksaan di kedai makan – semua akan terpalit dan didenda (d) ingin memohon masa operasi untuk setiap pekedai/ pegerai dijelaskan dengan terperinci dalam SOP – mudah untuk melakukan persediaan – waktu yang sesuai untuk membuka kedai/ gerai dan sebagainya – dapat maklumkan masa beroperasi kepada bakal pelanggan – risau apabila mereka datang – kedai/ gerai sudah ditutup (e) berharap agar keras diberikan kepada para pekedai untuk kali pertama atas faktor pelanggan mereka tidak mematuhi SOP di tempat makan – sekiranya diulangi barulah didenda – jumlah kompaun sebanyak RM10 000 amatlah berat bagi pekedai – pendapatan sebulan pun tidak mencecah jumlah tersebut lantaran masa beroperasi terhad dan kapasiti pelanggan tidak mencapai tahap maksimum seperti biasa – selain itu – ingin memohon pengecualian bayaran sewa premis perniagaan memandangkan sumber pendapatan yang amat terhad dan tidak menentu pada masa ini Penutup: berharap agar permohonan dipertimbangkan dan mendapat perhatian yang sewajarnya – didahulukan dengan ucapan terima kasih – pengakuan, tandatangan, dan nama penuh penulis LATIHAN 5 Format: Surat Kiriman Rasmi Pendahuluan: alamat pengirim – nama dan alamat penerima – tarikh – panggilan hormat – tajuk/ perkara Isi-isi relevan: (a) pembuangan sisa industri sewenang-wenangnya telah menjejaskan pendapatan nelayan – dilakukan oleh segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab – tergamak membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai dan laut – semata-mata untuk mengurangkan kos operasi – akibatnya, hidupan akuatik terancam – hasil tangkapan nelayan semakin berkurang – ada yang telah kehilangan mata pencarian – tidak dapat menampung kos sara hidup (b) turut berdepan dengan masalah pencerobohan nelayan asing – terutama dari Vietnam dan Indonesia – hal ini kian membimbangkan – mereka sengaja memasuki perairan negara kita – untuk mencuri hasil laut – hasil tangkapan dibawa pulang ke negara mereka – menggunakan pukat tunda – menyebabkan kepupusan ikan – merosakkan terumbu karang – habitat hidupan akuatik – nelayan tempatan kerugian besar (c) berharap agar tindakan yang pragmatik diambil – menguatkuasakan undang-undang sedia ada – meminda undang-undang di Dewan Parlimen – supaya hukuman berat dikenakan terhadap nelayan asing – apabila didapati bersalah menceroboh perairan negara – juga terhadap pengusaha kilang yang telah mencemarkan sungai dan laut – mengenakan hukuman denda yang tinggi berserta hukuman penjara – sekali kena, dua kali jalan tahu (d) berharap agar pihak berkuasa mengambil inisiatif – untuk membela nasib nelayan – golongan nelayan banyak memberikan sumbangan kepada ekonomi negara – tindakan yang diambil sudah tentu dapat mengurangkan penderitaan dalam kalangan nelayan negara ini Penutup: berharap agar aduan mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya – didahulukan dengan ucapan terima kasih atas kerjasama – pengakuan, tandatangan, dan nama penuh penulis LATIHAN 6 Format: Resume Pendahuluan: nama penuh – alamat lengkap – nombor telefon – e-mel Isi-isi relevan: (a) tajuk – berminat untuk memohon jawatan pegawai sains yang diiklankan dalam surat khabar – nyatakan nama surat khabar dan tarikh iklan disiarkan – menyatakan maklumat diri (b) anugerah – memperoleh anugerah tesis terbaik dalam projek penyelidikan bioperubatan pada peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Putra Malaysia – juga memperoleh anugerah pelajar terbaik dalam subjek Mikrobiologi, Hematologi dan Biokimia Klinikal pada peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Putra Malaysia – memenangi pingat emas bagi kategori pembentangan poster dalam Simposium Bioperubatan Malaysia di Universiti Sains Malaysia pada tahun 2019 (c) kemahiran teknologi maklumat – mahir menggunakan perisian Statistical Package for The Social Sciences (SPSS) dan KNIME Analytics Platform yang dapat mempercepat penganalisisan maklumat – mahir menggunakan perisian asas – Microsoft Office dan Apache OpenOffice yang dapat membantu mengemaskinikan segala maklumat dan kertas kerja dengan cepat dan mudah (d) kemahiran bahasa – dapat bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baiknya – pernah mempelajari bahasa Perancis semasa mengikuti program pertukaran pelajar antarabangsa di Universiti Putra Malaysia


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J3 Bahasa Melayu Ting. 5 Jawapan (e) potensi diri – berupaya untuk bekerja bawah tekanan – mampu menyempurnakan segala kerja dalam masa yang ditetapkan – mudah mesra – dapat bekerja secara berkumpulan – mampu membuat penilaian berdasarkan fakta saintifik dan bukti yang sahih (f) kemahiran tambahan – mempunyai pengetahuan luas tentang Prosedur Operasi Standard (SOP) di makmal penyelidikan – mahir menggunakan pelbagai alat di makmal penyelidikan – berupaya untuk mengenal pasti punca kerosakan alat tertentu Penutup: rujukan dan alamat untuk dihubungi LATIHAN 7 Format: E-mel Pendahuluan: alamat e-mel pengirim dan penerima – subjek Isi-isi relevan: (a) daya tarikan ke negara kita – berbilang bangsa dan agama tinggal bersama-sama – hidup harmoni – mewujudkan kepelbagaian budaya, adat, perayaan, makanan, permainan tradisional, dan sebagainya – amat unik (b) budaya yang berbeza – seperti pakaian – contohnya, samfu dan ceongsam bagi kaum Cina, baju Melayu dan baju kurung bagi kaum Melayu, sari dan doti bagi kaum India – makanan seperti kuih bakul, limau mandarin, angpau ketika perayaan Tahun Baharu Cina, ketupat, rendang, dan dodol sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk kaum Melayu, serta muruku dan tose ketika sambutan perayaan Hari Deepavali untuk kaum India (c) cara untuk menarik pelancong ke negara kita – mengadakan pelbagai kempen yang menarik – Kempen Tahun Melawat Malaysia mula dilancarkan pada tahun 1990 – diteruskan hingga sekarang – pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan – pertunjukan kebudayaan dan pesta flora (Kuala Lumpur) (d) pakej pelancongan yang menarik – diskaun diberikan – tempat penginapan, tiket kapal terbang, dan sebagainya – menyediakan kemudahan awam yang baik – pengangkutan awam yang memudahkan mobiliti para pelancong – hotel yang memberikan tawaran harga yang berpatutan – lokasi yang menarik – memulihara destinasi pelancongan Penutup: semoga berpuas hati dengan informasi yang diberikan – pengakuan pengirim e-mel LATIHAN 8 E-mel 1 Format: E-mel Pendahuluan: bertanyakan khabar rakan dan menyatakan khabar diri kepadanya Isi-isi relevan: (a) melakukan aktiviti riadah pada masa senggang – meluangkan masa dengan berjoging, berbasikal, atau berenang – mengajak ahli keluarga atau rakan-rakan – badan membebaskan hormon endorfin – berasa cergas dan senang hati – melupakan stres – menjamin kesihatan fizikal dan mental – badan cergas, otak cerdas (b) meluahkan isi hati kepada ahli keluarga – memberitahu ibu bapa atau adik-beradik tentang masalah pelajaran – mendapat galakan dan bantuan – setiap sungai ada penghujungnya, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya – tidak mudah berputus asa – tabah menghadapi cabaran dan dugaan (c) mendekatkan diri kepada Tuhan – menunaikan ibadat – sentiasa berdoa kepada Tuhan – membaca kitab-kitab agama – menenangkan jiwa dan raga – mewujudkan keredaan dan kepasrahan Penutup: berharap agar dapat meredakan stres – menggunakan teknik yang betul – bijak menangani stres sebelum kudis menjadi tokak – usaha yang berterusan pasti membuahkan hasil – pengakuan pengirim e-mel E-mel 2 Format: E-mel Pendahuluan: berharap agar rakan telah sembuh sepenuhnya dan menyatakan khabar diri kepadanya – memberitahu rakan bahawa banyak langkah berjaga-jaga harus dilakukan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa keracunan makanan Isi-isi relevan: (a) mengutamakan kebersihan diri – setiap masa – mencuci tangan menggunakan sabun dan air bersih sebelum dan selepas makan – dapat mengelakkan pengambilan makanan tercemar – memotong kuku yang panjang – tempat pembiakan bakteria dan mikroorganisma – memudaratkan kesihatan – mencegah lebih baik daripada mengubati (b) membeli makanan di restoran dan gerai yang benarbenar bersih – penjual makanan memakai topi, sarung tangan, dan apron sewaktu menyediakan makanan – pastikan makanan sentiasa ditutup – tidak dihinggapi lalat – pastikan persekitaran restoran atau gerai bersih dan bebas daripada haiwan perosak – tikus, lalat, dan lipas (c) sentiasa mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia – melihat, menghidu, dan merasa makanan yang dibeli – memastikan makanan tidak berlendir, berkulat, dan berbau masam serta busuk – mengelakkan termakan makanan yang sudah basi – membuang makanan tersebut – membuat aduan kepada penguat kuasa supaya tindakan sewajarnya diambil


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J4 Bahasa Melayu Ting. 5 Jawapan Penutup: menegaskan bahawa keracunan makanan dapat dielakkan jika sentiasa mengamalkan langkah berjaga-jaga – tidak harus dipandang enteng – membawa maut – kesihatan aset paling berharga dalam kehidupan – pengakuan pengirim e-mel Praktis 2 ESEI A Surat Kiriman Rasmi LATIHAN 2 Pendahuluan: menulis kepala surat – alamat pengirim, tarikh, nama dan alamat penerima, kata panggilan hormat, dan perkara – menyatakan tujuan menulis surat Isi-isi relevan: (a) perkara di atas dirujuk – seperti kita sedia maklum – bahasa kebangsaan di negara kita ialah bahasa Melayu – tinggal di dalam negara yang berbilang bangsa – tidak dapat dinafikan – penggunaan pelbagai bahasa dan dialek tetap wujud dalam pertuturan harian – boleh digunakan dan diterima – namun, dianggap sebagai janggal dan seolah-olah tidak menghormati Perkara 152, Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara kita jika digunakan dalam situasi rasmi atau formal (b) situasi yang serius – semakin menjadi-jadi – berlaku sepanjang masa dan di mana-mana sahaja – berjalanjalan di sekitar bandar – dapat melihat banyak nama jalan dan papan tanda yang lebih mengutamakan bahasa asing daripada bahasa kebangsaan kita – ada yang meletakkan nama bahasa Melayu selepas penggunaan bahasa Inggeris atau bahasa Cina pada papan iklan dan nama jalan – ada yang menterjemahkan sesuatu informasi dalam bahasa lain kepada bahasa Melayu – malangnya penterjemahan tersebut salah – menyebabkan kekeliruan – tidak memahami maklumat yang hendak disampaikan – ada segelintir peniaga yang langsung tidak menggunakan bahasa Melayu dalam iklan atau pada papan tanda mereka (c) tidak harus dipandang enteng – slogan Bahasa Jiwa Bangsa – bahasa mencerminkan budaya kita – bangsa dan jati diri – amat merisaukan sekiranya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera – dikhuatiri isu ini akan melarat – lama-kelamaan bahasa Melayu hilang dek ditelan zaman – generasi muda yang sememangnya lebih mengagung-agungkan bahasa asing akan lebih berani untuk melakukannya pada masa akan datang – pelancong asing pasti hairan apabila melihat tiada ataupun amat kurang penggunaan bahasa kebangsaan di tempat kita sendiri (d) berharap agar tindakan segera dapat diambil – boleh memberikan kuasa kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mengambil tindakan – bahkan pihak DBP telah pun menyuarakan kesanggupan mereka – menjadi mata dan telinga pihak berkuasa untuk memantau isu ini – sememangnya mempunyai hak dan kelayakan untuk berbuat sedemikian – sebagai badan yang berusaha untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan di negara kita – DBP sepatutnya mempunyai kuasa untuk bertindak ataupun mengenakan kompaun terhadap mereka yang enggan menggunakan bahasa kebangsaan yang betul pada papan tanda, papan iklan, dan sebagainya di premis perniagaan mereka (e) berharap agar pelbagai kempen yang berkaitan dengan cinta akan bahasa kebangsaan diadakan – pertandingan dengan pemberian imbuhan yang menarik – contohnya pidato dan bercerita – dari semasa ke semasa – pasti akan menarik minat masyarakat – secara tidak langsung – memberikan kesedaran tentang kepentingan penggunaan bahasa Melayu (f) berharap agar pihak tuan mendengar luahan hati dan permohonan daripada seorang rakyat yang merupakan pencinta bahasa kebangsaan di negara kita – berharap agar surat ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya Penutup: segala kerjasama didahulukan dengan ucapan terima kasih – pengakuan pengirim B Surat Kiriman Tidak Rasmi LATIHAN 2 Pendahuluan: alamat pengirim – tarikh – kata penghadapan Isi-isi relevan: (a) mengharapkan rakan sihat sejahtera – menyatakan khabar diri – ingin berkongsi cita-cita dengan rakan – setiap orang mempunyai cita-cita yang tersendiri – doktor, peguam, jurutera, dan sebagainya antara cita-cita yang diimpikan oleh kebanyakan orang – dianggap sebagai cita-cita yang profesional dan selamat – cita-cita saya mungkin berlainan sedikit – tetapi murni – ingin menjadi seorang penggiat Youtube atau penulis blog yang berjaya – kedua-duanya akan menuntut kemahiran yang hampir sama – antaranya menyediakan bahan, menulis, dan mengambil gambar – membuat rakaman video, mengedit, dan sebagainya (b) demi mencapai cita-cita tersebut – haruslah rajin membaca dan mencari bahan – banyak orang yang beranggapan bahawa seseorang penggiat Youtube atau penulis blog hanya beromong-omong kosong atau melakukan perkara-perkara yang bodoh untuk menarik perhatian orang ramai terhadap saluran Youtube atau blog mereka – tidak semestinya begitu – ada guru-guru


KSSM Tingkatan 5 BAHASA MELAYU W.M: RM7.95 / E.M: RM8.35 FC065014 ISBN: 978-629-470-000-0 Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 03-8922 3993 E-mel: [email protected] Pertanyaan: [email protected] Praktis Topikal HEBAT! SPM KSSM merupakan siri praktis topikal berdasarkan sukatan pelajaran KSSM dan format pentaksiran SPM yang terkini. Soalan-soalan tersedia yang berorientasikan peperiksaan bertujuan untuk membantu murid menguasai konsep-konsep yang dipelajari, di samping membiasakan diri mereka dengan format pentaksiran sekolah dan peperiksaan SPM. Dengan penerapan soalan dan praktis berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), murid akan dapat menempuh peperiksaan dengan lebih yakin. Jawapan lengkap turut disediakan untuk semua soalan. SPM Format Peperiksaan SPM Bahasa Melayu (1103) Perkara Kertas 1 Kertas 2 Kertas 3 Kertas 4 Jenis Item Bilangan Soalan Jumlah Markah Jenis Instrumen Tempoh Ujian • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka Bahagian A • 1 soalan Bahagian B • 4 soalan (Jawab 1 soalan) Jumlah soalan: 5 Bahagian A • 30 markah Bahagian B • 70 markah Ujian Bertulis Ujian Bertulis Ujian Bertutur Ujian Mendengar 2 jam Bahagian A • Sistem dan Aplikasi Bahasa Bahagian B • Pemahaman Bahagian C • Rumusan Jumlah soalan: 9 100 markah 2 jam 30 minit Bahagian A • Individu Bahagian B • Kumpulan 70 markah • Individu - 3 hingga 5 minit • Kumpulan - 12 hingga 15 minit • 4 hingga 6 petikan • 20 hingga 25 soalan 30 markah 30 minit • Objektif Aneka Pilihan • Objektif Pelbagai Bentuk • Subjektif Respons Terhad Dicetak di Malaysia oleh The Commercial Press Sdn. Bhd. Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sila layari https://plus.pelangibooks.com/errata untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada). Cetakan Pertama 2024 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar, rakaman, atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada terlebih dahulu. PelangiPublishing PelangiBooks PelangiBooks Bahasa Melayu English Matematik / Mathematics Matematik Tambahan / Additional Mathematics Sains / Science Fizik / Physics Kimia / Chemistry Biologi / Biology Sejarah Pendidikan Islam Ekonomi Perniagaan Prinsip Perakaunan JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI TINGKATAN 4 5 5 Tingkatan FC065014 Praktis Topikal HEBAT! SPM KSSM BAHASA MELAYU


Click to View FlipBook Version