The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2024-04-16 23:11:03

Get Ready UASA KSSR B. MELAYU TAHUN 4

Harga - WM:RM7.65 EM:RM7.95

SB–1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Kata Banyak Makna • Kata banyak makna ialah kata yang mempunyai lebih daripada satu makna. • Makna perkataan yang pelbagai ini dapat dibezakan berdasarkan konteks ayat yang berlainan. SUDUTBAHASA bekas Makna: kesan Ayat contoh: Kampung Batu Sapi gempar apabila bekas tapak kaki harimau ditemukan di perkampungan mereka. Makna: tempat menyimpan sesuatu Ayat contoh: Kakak menyimpan makaroni keju itu ke dalam bekas untuk dibuat bekal ke pejabat. Makna: pernah menjadi Ayat contoh: Encik Saiful yang tinggal di Lorong Kenanga itu bekas anggota polis.


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. SB–2 Kata Hampir Sama Makna • Kata hampir sama makna ialah himpunan beberapa perkataan yang mempunyai maksud yang hampir sama. • Setiap perkataan haruslah digunakan dengan tepatnya mengikut situasi sesuatu ayat. Makna: memasak nasi atau memasak santan untuk dijadikan minyak Ayat contoh: Mak Cik Fatimah menanak nasi dengan menggunakan periuk nasi elektrik. menanak menjerang Makna: memasak air dengan menggunakan api atau elektrik Ayat contoh: Setelah mengisi air ke dalam cerek, Fatin Azirah menjerang air itu. mencelur Makna: memasukkan atau mencelupkan sesuatu ke dalam air panas sebentar Ayat contoh: Suhaimi mencelur mi segera itu ke dalam periuk beberapa minit. merebus Makna: memasak sesuatu dalam air yang banyak sehingga empuk Ayat contoh: Nenek merebus lima tongkol jagung sambil mendengar lagu lama.


1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tahun 4 Ujian 1 Ujian 1 Bahagian A 10 Tatabahasa Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Puan Melinda menaiki dari Sabah menuju ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya. A beca B perahu C kereta api D kapal terbang 2. Abang Kenwin yang merupakan graduan Universiti Perguruan Sultan Idris bertugas di . A Hospital Tuanku Ja’afar B Restoran Santan Berlada C Klinik Kesihatan Marang D Sekolah Kebangsaan Gombak Setia Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3. A Si Comel sangat disayangi oleh tuannya. B Kami haruslah menghormati jiran tetangga. C Ibu membaca novel sementara mendengar radio. D Abang Jimmey mahasiswi Universiti Malaysia Sabah. TEMA 1 Skor 50 Tarikh: 1 Kemasyarakatan UASA Ujian


Bahasa Melayu Tahun 4 Ujian 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2 Ujian 1 Pemahaman Petikan (Teks Tunggal dan Teks Pelbagai) Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pada minggu lalu, Sekolah Kebangsaan Pasir Putih melancarkan Minggu Pusat Sumber. Program ini dijalankan hanya sekali dalam setahun. Program ini melibatkan semua murid dan berlangsung selama seminggu. Cikgu Haezel guru yang mengetuai program tersebut. Beliau memberi makluman kepada warga sekolah bahawa Minggu Pusat Sumber dijalankan bagi mencungkil bakat murid-murid, menerapkan nilai keberanian murid ketika berhujah, dan memupuk sikap kerjasama dalam kalangan murid. 4. Bilakah Minggu Pusat Sumber dijalankan? A Sebelum tamat persekolahan B Minggu kedua setiap bulan C Satu kali dalam setahun D Setiap bulan Disember 5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Minggu Pusat Sumber dikendalikan oleh Cikgu Haezel. B Minggu Pusat Sumber melibatkan guru sahaja. C Minggu Pusat Sumber diadakan setiap bulan. D Minggu Pusat Sumber dijalankan selama satu jam. 6. Berikut merupakan tujuan program dijalankan kecuali A mencungkil bakat murid-murid. B memupuk sikap kerjasama antara murid. C mewujudkan kesejahteraan dalam kalangan warga sekolah. D menerapkan nilai keberanian ketika berhujah di hadapan umum.


3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tahun 4 Ujian 1 Ujian 1 Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 KARNIVAL HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN Tarikh: 3 Julai 2024 Masa: 7:00 pagi hingga 4:00 petang Tempat: Padang Taman Bahagia • Pameran pertanian dan herba • Senamrobik • Ceramah dan brosur tentang SSPN Plus • Menyauk ikan • Cabutan tiket bertuah BAHAN 2 Nurul Balqis dan keluarganya berpeluang untuk mengunjungi Karnival Peladang, Penternak dan Nelayan yang diadakan di kawasan mereka tinggal. Pelbagai aktiviti diadakan. Ayah Nurul Balqis mengambil bahagian dalam pertandingan menyauk ikan manakala ibunya pula menyertai aktiviti senamrobik. Nurul Balqis dan adiknya juga mengikut ibu bapa mereka mendengar ceramah. Nurul Balqis gembira kerana memenangi hadiah dalam acara cabutan tiket bertuah. Nurul Balqis sangat gembira kerana turut serta dalam program seperti itu. Dia juga mengambil kesempatan ke meja PTPTN untuk mendapatkan brosur tentang SSPN Plus.


Bahasa Melayu Tahun 4 Ujian 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4 Ujian 1 7. Apakah aktiviti yang disertai oleh ibu Nurul Balqis sahaja? A Ceramah B Senamrobik C Cabutan tiket bertuah D Pertandingan menyauk ikan 8. Dia juga mengambil kesempatan ke meja PTPTN untuk mendapatkan brosur tentang SSPN Plus. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A buah. B bongkah. C gumpal. D keping. 9. Perkataan brosur dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A kad. B nota. C kamus. D risalah. 10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Nurul Balqis dan adiknya mendaftar nama di meja PTPTN. B Karnival itu berlangsung pada waktu petang sahaja. C Para pengunjung boleh menyertai pertandingan menyauk ikan. D Nurul Balqis sedih kerana tidak memenangi sebarang hadiah. Bahagian B 10 Pemahaman Petikan dan Tatabahasa Soalan 1 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Wolly telah diumumkan sebagai penerima bantuan khas persekolahan tajaan PETRONAS semasa perhimpunan sekolah. Wolly, murid 4 Cemerlang Sekolah Kebangsaan Seri Setia sangat gembira. Dia sentiasa mematuhi peraturan sekolah, menghormati guru dan kawankawan, serta mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang. Oleh sebab itulah dia dipilih sebagai penerima bantuan khas tersebut. 1. (a) Wolly telah mendapat bantuan khas tajaan . [1 markah]


5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tahun 4 Ujian 1 Ujian 1 (b) Mengapakah Wolly dipilih sebagai penerima bantuan khas tersebut? [2 markah] (c) Bulatkan satu kata nama khas yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Wolly, murid 4 Cemerlang Sekolah Kebangsaan Seri Setia sangat gembira. [1 markah] (d) Pilih dan tuliskan (BETUL) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Wolly mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang. Wolly cemerlang dalam latar belakang akademik. Latar belakang akademik Wolly adalah cemerlang. [1 markah] Respons Kritis dan Kreatif Soalan 2 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Kamu sedang bersiap untuk menghadiri latihan bola tampar bersama rakan. Pada masa yang sama, ibu kamu meminta kamu menemaninya ke kedai buku untuk membeli alat tulis adik kamu. 2. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? [5 markah]


Bahasa Melayu Tahun 4 Ujian 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6 Ujian 1 Bahagian C 10 Penulisan Perenggan Grafik di bawah menunjukkan suasana semasa majlis rumah terbuka. Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan penganjuran rumah terbuka semasa perayaan. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. [10 markah] Menjamah juadah dengan muhibahnya Mengeratkan perpaduan Mengeratkan silaturahim


7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tahun 4 Ujian 1 Ujian Bahagian D 1 20 Penulisan Karangan Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. MINGGU BAHASA PANITIA BAHASA INGGERIS PANITIA BAHASA ARAB PANITIA BAHASA MELAYU ANJURAN BERSAMA MAJLIS PENUTUPAN MINGGU BAHASA Tarikh: 15 Jun 2024 Masa: 7:30 pagi hingga 12:00 tengah hari Tempat: Dewan SK Pulai Mutiara


Bahasa Melayu Tahun 4 Ujian 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8 Ujian 1 [20 markah]


33 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tahun 4 Ujian 5 – UPSA Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Encik Roslan bergegas ke jeti untuk menaiki ke Pulau Langkawi. A feri B kereta C basikal D kapal terbang 2. Puan Noreen menerima sebentuk cincin daripada suaminya bersempena dengan ulang tahun perkahwinan . A dia B beliau C kami D mereka Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3. A Makanan seimbang itu disediakan oleh Puan Amira untuk keluarganya. B Pak Cik Ismail membaca televisyen sambil berbual-bual dengan cucunya. C Kita perlu menulis pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali setahun. D Puan Rosnita berasa menggembirakan kerana berjaya menarik hati juri masakan. TEMA 1 _ TEMA 4 Skor 50 Tarikh: Ujian Pertengahan Sesi 5 Akademik (UPSA) UASA Ujian BAHAGIAN A [10 markah]


Bahasa Melayu Tahun 4 Ujian 5 – UPSA © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 34 Ujian 5 Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Sekolah Irfan telah menganjurkan Kempen Hidup Sihat mulai semalam selama seminggu. Program itu bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kesedaran secara lebih dekat kepada semua murid, guru, dan ibu bapa tentang kepentingan amalan hidup sihat. Kesedaran tentang kepentingan amalan hidup sihat amat perlu bagi mendapatkan kehidupan yang sejahtera. Kempen ini dirasmikan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah Irfan. Dalam ucapannya, beliau menyarankan semua warga sekolah dan ibu bapa agar mengutamakan aktiviti riadah seperti berjoging dan bersenam. Selesai upacara perasmian kempen, majlis diteruskan dengan senamrobik berirama. Selepas itu, majlis diserikan dengan persembahan gimrama oleh kanak-kanak prasekolah. Dengan memakai pakaian yang berwarna-warni, mereka melakukan gerakan yang sungguh menarik. 4. Siapakah yang telah melakukan upcara perasmian kempen? A Irfan B Guru C Ibu bapa D Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru 5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Kempen Hidup Sihat diadakan selama sehari. B Persembahan gimrama tidak menarik perhatian penonton. C Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru menggalakkan aktiviti riadah. D Tujuan Kempen Hidup Sihat diadakan adalah untuk mendapatkan kehidupan yang sejahtera. 6. Berikut merupakan aktiviti yang telah diadakan kecuali A gimrama. B berjoging. C senamrobik berirama. D perasmian kempen.


35 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tahun 4 Ujian 5 – UPSA Ujian 5 Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 BAHAN 2 Sekolah Kebangsaan Bukit Hill telah mengadakan Karnival Permainan Tradisional sebelum sesi persekolahan penggal pertama berakhir. Sebelum pertandingan dimulakan, Cikgu Alfian meminta semua murid melakukan senaman di padang. Kumpulan 4 Bestari menghasilkan wau yang cantik, unik, dan menarik perhatian para juri. Mereka telah dinobatkan sebagai pemenang wau tercantik. Pertandingan congkak pula dimenangi oleh kumpulan 5 Cemerlang manakala juara pertandingan gasing ialah kumpulan murid 6 Kreatif. Semua murid berasa seronok kerana dapat bermain permainan tradisional dan mereka pulang dengan gembiranya.


Bahasa Melayu Tahun 4 Ujian 5 – UPSA © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 36 Ujian 5 7. Pemenang pertandingan congkak ialah A Cikgu Alfian. B kumpulan 6 Kreatif. C kumpulan 4 Bestari. D kumpulan 5 Cemerlang. 8. Kumpulan 4 Bestari menghasilkan wau yang cantik. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A biji. B buah. C ikat. D ketul. 9. Perkataan juara dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A johan. B jaguh. C ketua. D tokoh. 10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Karnival Permainan Tradisional itu diadakan di dewan sekolah. B Karnival Permainan Tradisional itu berlangsung selama tiga hari. C Sekolah Kebangsaan Bukit Hill telah menganjurkan Karnival Permainan Tradisional. D Semua murid berasa gembira kerana dapat membawa pulang hadiah. BAHAGIAN B [10 markah] Soalan 1 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Keluarga Encik Jamal baru berpindah ke Taman Ria. Rumah mereka berdekatan dengan rumah Encik Chong dan Encik Fahmi. Keluarga Encik Jamal mengadakan jamuan di rumahnya sebagai tanda perkenalan dan sesi beramah mesra dengan penduduk di sekitar rumahnya. Penduduk di Taman Ria sangat mesra dan ramah. Encik Jamal sangat gembira kerana dapat berkenal-kenalan dengan penduduk di taman itu.


81 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tahun 4 Ujian 11 – UASA Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. kamu dan ibu kamu ke klinik pagi tadi? A Bilakah B Siapakah C Di manakah D Mengapakah 2. Majlis buku tentang kehebatan robot itu telah dilakukan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. A pelancaran B pembukaan C penutupan D penulisan Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3. A Zahara dipilih sebagai penjaga masa bagi pertandingan Kuiz Bahasa. B Kaki Badrul haru-biru kerana terlanggar meja sewaktu menghias dewan. C Pengunjung yang datang ke pameran pertanian itu berasa sangat gilang-gemilang. D Pengawal keselamatan itu pemberi nasihat kepada murid yang membuang sampah. TEMA 1 _ TEMA 9 Skor 50 Tarikh: Ujian Akhir Sesi Akademik 11 (UASA) UASA Ujian BAHAGIAN A [10 markah]


Bahasa Melayu Tahun 4 Ujian 11 – UASA © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 82 Ujian 11 Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran Sains pagi tadi, Cikgu Christina berkongsi maklumat tentang daya geseran kepada murid-muridnya. Daya geseran terhasil apabila dua permukaan bersentuhan antara satu dengan yang lain. Kesan daripada daya geseran akan menghasilkan haba dan bunyi. Selain itu, daya geseran akan mengakibatkan sesuatu permukaan menjadi haus serta memperlahankan dan menghentikan objek. Semua murid termasuk Izzah sangat gembira kerana memperoleh ilmu pengetahuan yang berharga itu. 4. Mengapakah murid-murid berasa gembira? A Melihat dua permukaan bersentuhan antara satu sama lain B Mendengar bunyi daripada dua benda yang bergeseran C Mempelajari Sains dengan Cikgu Christina D Memperoleh ilmu tentang daya geseran 5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Semua murid tidak teruja dengan perkongsian itu. B Cikgu Izzah berkongsi maklumat tentang daya geseran. C Kesan daya geseran akan menghasilkan daya graviti dan daya laju. D Daya geseran terhasil apabila dua permukaan bersentuhan antara satu dengan lain. 6. Berikut merupakan kesan daya geseran kecuali A menghasilkan haba. B menghasilkan bunyi. C menghasilkan bunga api. D memperlahankan objek.


83 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tahun 4 Ujian 11 – UASA Ujian 11 Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 PROGRAM GUNTING RAMBUT PERCUMA Masa: 10:00 pagi hingga 5:00 petang Tarikh: 20 Disember 2024 Lokasi: Kedai Gunting Rambut Isma, No 66, Jalan Pingai, Taman Gemilang Perhatian kepada penduduk Taman Gemilang dan kawasan yang berhampiran, kami akan menganjurkan program ini dengan syarat-syarat yang berikut: * Terhad kepada 50 orang kanak-kanak terawal * 18 tahun ke bawah BAHAN 2 Sehari sebelum tamat cuti sekolah, Aviel, Maliki, dan Charlie mengambil peluang menggunting rambut di Kedai Gunting Rambut Pak Azlan. Kedai gunting rambut itu berhampiran dengan kawasan kediaman mereka. Aviel, Maliki, dan Charlie sangat gembira kerana Pak Azlan menggunting rambut mereka secara percuma pada hari itu. Hal ini demikian kerana Pak Azlan mengenali mereka. Tambahan pula, anak Pak Azlan yang bernama Salman sekelas dengan Aviel dan Charlie.


Bahasa Melayu Tahun 4 Ujian 11 – UASA © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 84 Ujian 11 7. Siapakah anak Pak Azlan? A Charlie B Aviel C Salman D Maliki 8. Pak Azlan menggunting rambut mereka secara percuma pada hari itu. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A ikat. B helai. C gugus. D genggam. 9. Perkataan berhampiran dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A berjauhan. B bersamaan. C berasingan. D berdekatan. 10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Perkhidmatan gunting rambut itu dijalankan dari rumah ke rumah. B Program Gunting Rambut itu hanya untuk 30 orang pelanggan terawal sahaja. C Orang ramai dijemput ke Kedai Gunting Rambut Isma pada 15 Disember 2024. D Aviel dan rakan-rakannya tidak dikenakan bayaran selepas rambut mereka digunting. BAHAGIAN B [10 markah] Soalan 1 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Michelly dan rakan-rakannya ke sekolah pada hari Sabtu yang lalu untuk membantu Cikgu Olivia menghias bilik bacaan pemulihan. Murid lelaki membaiki rak buku dengan bantuan Cikgu Olivia manakala murid perempuan ditugaskan untuk menghias bilik bacaan tersebut. Mereka menyiapkan tugasan tepat pada masa yang diberikan. Peralatan yang telah digunakan kemudiannya disusun rapi oleh murid-murid setelah selesai gotong-royong. Cikgu Olivia memuji sikap murid-muridnya kerana mengamalkan sikap integriti seperti bekerjasama, menghargai masa, amanah, dan bertanggungjawab.


85 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tahun 4 Ujian 11 – UASA Ujian 11 1. (a) Michelly dan rakan-rakannya membantu guru mereka pada hari . [1 markah] (b) Mengapakah Cikgu Olivia memuji sikap murid-muridnya? [2 markah] (c) Bulatkan satu kata ganda yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Peralatan yang telah digunakan kemudiannya disusun rapi oleh murid-murid setelah selesai gotong-royong. [1 markah] (d) Pilih dan tuliskan (BETUL) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Michelly dan rakan-rakannya ke sekolah untuk membantu guru mereka. Ke sekolah Michelly dan rakan-rakannya untuk membantu guru mereka. Guru mereka ke sekolah untuk membantu Michelly dan rakan-rakannya. [1 markah] Soalan 2 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Dalam perjalanan ke makmal sains, kamu ternampak seorang murid merosakkan bahan-bahan hiasan di dalam bilik bacaan. 2. Sebagai murid yang prihatin, apakah tindakan yang kamu lakukan? [5 markah]


J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Ujian 1 Bahagian A Tatabahasa 1. D 2. D 3. A Pemahaman Petikan (Teks Tunggal dan Teks Pelbagai) 4. C 5. A 6. C 7. B 8. A 9. D 10. C Bahagian B Pemahaman Petikan dan Tatabahasa Soalan 1 1. (a) PETRONAS (b) Wolly dipilih sebagai penerima bantuan khas tersebut kerana dia sentiasa mematuhi peraturan sekolah selain menghormati guru dan kawan-kawan. Di samping itu, dia mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang. (c) Wolly / 4 Cemerlang / Sekolah Kebangsaan Seri Setia (d) Latar belakang akademik Wolly adalah cemerlang. BETUL Respons Kritis dan Kreatif Soalan 2 2. Saya akan meminta maaf daripada ibu kerana tidak dapat menemaninya. Hal ini demikian kerana saya telah berjanji dengan rakan saya terlebih dahulu. Saya akan memberi penjelasan kepada ibu bahawa saya haruslah menepati janji saya itu. Selain itu, saya akan memberi cadangan supaya ibu membeli alat tulis adik pada hari lain. Bahagian C Penulisan Perenggan Pada pendapat saya, kebaikan penganjuran rumah terbuka semasa perayaan amat banyak. Antara kebaikan tersebut ialah para tetamu dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Pada masa sama, amalan ini juga dapat mengeratkan perpaduan antara kaum. Amalan majlis rumah terbuka juga secara langsung dapat membolehkan kita menjamah pelbagai juadah bersama-sama dengan muhibahnya. Bahagian D Penulisan Karangan 1. Karangan Berformat 15 Jun 2024 7:30 pagi Semua murid tahap 2 telah berkumpul di Dewan SK Pulai Mutiara. Sebelum itu, kehadiran muridmurid telah direkod oleh guru kelas di kelas masingmasing. 8:00 pagi Acara pertama dimulakan. Ucapan perasmian penutupan Minggu Bahasa disempurnakan oleh Guru Besar SK Pulai Mutiara, Encik Sofrie Abdullah. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Arab yang telah bekerjasama dengan eratnya untuk menjayakan semua aktiviti yang telah dirancang. 9:00 pagi Majlis diteruskan dengan pertandingan terakhir yang diadakan bersempena dengan Minggu Bahasa tersebut, iaitu Bicara Berirama. Saya dan rakan-rakan daripada kelas 4 Gemilang membuat persembahan yang bertajuk “Malaysiaku”. Kami menaruh harapan tinggi untuk menjuarai pertandingan ini kerana kami telah membuat latihan yang mantap selama beberapa hari. 10:00 pagi Penyampaian hadiah kepada setiap pemenang tahap 1 dan tahap 2 diadakan. Para pemenang gembira kerana menerima ganjaran atas usaha yang telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Pasukan saya juga demikian kerana kami telah terpilih untuk memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bicara Berirama. 11:30 pagi Persembahan yang menggabungkan murid-murid tahap 1 dan tahap 2, iaitu Action Song diadakan. Semua murid menyanyi bersama-sama dengan seronoknya. 12:00 tengah hari Majlis Penutupan Minggu Bahasa selesai dijalankan. Pihak penganjur gembira dan berpuas hati kerana program berjalan dengan lancarnya. Warga sekolah berharap agar program seumpama ini akan diadakan lagi pada masa akan datang. 2. Karangan Tidak Berformat Pada 15 Jun 2024 yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Majlis Penutupan Minggu Bahasa. Program itu telah dianjurkan oleh tiga panitia bahasa di sekolah saya, iaitu panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Arab. Majlis telah bermula pada pukul 8:00 pagi. Guru Besar SK Pulai Mutiara, Encik Sofrie Abdullah telah dijemput ke pentas untuk menyampaikan ucapan perasmian penutupan Minggu Bahasa. Satu jam selepas itu, majlis diteruskan dengan Jawapan


Bahasa Melayu Tahun 4 Jawapan © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J2 pertandingan terakhir yang diadakan bersempena dengan Minggu Bahasa tersebut, iaitu Bicara Berirama. Saya dan rakan-rakan daripada kelas 4 Gemilang membuat persembahan yang bertajuk “Malaysiaku”. Kemudian, penyampaian hadiah kepada setiap pemenang tahap 1 dan tahap 2 diadakan. Pasukan saya amat gembira apabila terpilih untuk memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bicara Berirama. Sebelum majlis berakhir, warga sekolah disajikan dengan persembahan yang menggabungkan murid-murid tahap 1 dan tahap 2, iaitu Action Song. Semua murid menyanyi bersamasama dengan seronoknya. Ujian 2 Bahagian A Tatabahasa 1. B 2. D 3. B Pemahaman Petikan (Teks Tunggal dan Teks Pelbagai) 4. B 5. A 6. D 7. B 8. A 9. C 10. D Bahagian B Pemahaman Petikan dan Tatabahasa Soalan 1 1. (a) berjoging (b) Kebaikan berjoging adalah dapat menjadikan tubuh sihat dan cergas. Selain itu, aktiviti berjoging juga mampu mencerdaskan otak, menguatkan tulang, dan menghilangkan stres. (c) berbual-bual / berjoging (d) Mampu mencerdaskan otak dengan berjoging. BETUL Respons Kritis dan Kreatif Soalan 2 2. Saya akan memberitahu ibu dan memintanya menemani saya ke singki untuk membersihkan pakaian saya yang terkena air itu. Saya akan memaafkan perbuatan pengunjung itu kerana peristiwa itu berlaku tanpa sengaja. Saya juga akan menasihati pengunjung itu agar sentiasa berhatihati pada masa akan datang untuk mengelakkan perkara seperti itu berlaku lagi. Bahagian C Penulisan Perenggan Pada pendapat saya, terdapat banyak kepentingan kita melibatkan diri dalam seni pertahanan diri. Pertamanya, kita dapat membina keyakinan diri yang tinggi. Selain itu, ilmu itu dapat kita gunakan untuk mempertahankan diri ketika keselamatan terancam. Penglibatan dalam bidang seni pertahanan diri juga dapat meningkatkan kekuatan otot dan tahap kecergasan fizikal serta mental. Bahagian D Penulisan Karangan 1. Karangan Berformat 17, Jalan Hang Tuah, 50050, Kuala Lumpur. 10 Jun 2024. Ke hadapan sahabatku, Faris yang berada di Johor Bahru. Apa khabar? Harapan saya agar saudara sekeluarga sihat sejahtera hendaknya. Saudara, Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk berkongsi cerita tentang aktiviti keceriaan yang diadakan di sekolah saya baru-baru ini. Hampir semua murid tahap dua terlibat dalam aktiviti tersebut. Saya ditugaskan untuk menyapu sampah sarap yang terdapat di sekitar kawasan bilik darjah. Murid-murid lain pula diarahkan untuk mengutip sampah, mengecat dinding sekolah, serta menanam pokok bunga dan herba. Aktiviti yang bermula pada pukul 7:30 pagi itu berakhir pada pukul 11:30 tengah hari. Persekitaran sekolah saya kelihatan lebih bersih dan ceria selepas itu. Hal ini menyebabkan saya dan rakan-rakan berasa lebih selesa dan bersemangat untuk datang ke sekolah demi menuntut ilmu. Guru-guru juga kelihatan gembira. Setakat ini sahaja perkongsian cerita saya. Apakah pula aktiviti yang saudara lakukan di sekolah baru-baru ini? Harapan saya agar saudara sudi berkongsi cerita tersebut dengan saya. Sampaikan salam saya kepada keluarga saudara. Semoga kita berjumpa dalam warkah seterusnya. Sekian, terima kasih. Sahabatmu, Farid 2. Karangan Tidak Berformat Sekolah merupakan tempat murid-murid menuntut ilmu untuk melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berguna. Lantaran itu, persekitaran yang bersih, ceria, dan kondusif membolehkan murid-murid belajar dalam suasana selesa. Pelbagai usaha perlu digembleng untuk merealisasikan sekolah impian sebegini. Guru kelas berperanan untuk membuat pembahagian kumpulan tenaga kerja harian dan pengagihan tugasan. Hal ini perlu bagi memastikan setiap murid akan berperanan dalam melaksanakan dan menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.


Click to View FlipBook Version