The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2023-12-17 22:19:23

PRAKTIS TOPIKAL HEBAT TINGKATAN 4 PRINSIP PERAKAUNAN

Harga - WM: RM7.95 EM: RM8.35

Keywords: Harga - WM: RM7.95 EM: RM8.35

KSSM Tingkatan 4 Format SPM Berdasarkan TERKINI Tan Soon Chen PRINSIP PERAKAUNAN SPM Revisi Ekspres Praktis Intensif Mengikut Topik Soalan Berorientasikan SPM Penerapan KBAT 1 Set Pentaksiran Akhir Tahun Jawapan Lengkap Praktis KBAT Ekstra! Kod QR Praktis Asas Kecemerlangan!


Kandungan Praktis 1 Pengenalan kepada Perakaunan 1 Praktis 2 Klasifikasi Akaun dan Persamaan Akaun 9 Praktis 3 Dokumen Perniagaan Sebagai Sumber Maklumat 18 Praktis 4 Buku Catatan Pertama 25 Praktis 5 Lejar 36 Praktis 6 Imbangan Duga 49 Praktis 7 Penyata Kewangan Milikan Tunggal Tanpa Pelarasan 60 Praktis 8 Pelarasan pada Tarikh Imbangan dan Penyediaan Penyata Kewangan Milikan Tunggal 69 Praktis 9 Pembetulan Kesilapan 80 Pentaksiran Akhir Tahun .................................................................................................. 89 Jawapan .......................................................................................................................... J1 - J32 Praktis KBAT https://qr.pelangibooks.com/?u=PraktisKBATPPT4


1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Pengenalan kepada Perakaunan Praktis 1 Revisi Ekspres 1.1 Perakaunan, Subbidang Perakaunan, Kerjaya dan Badan Profesional 1. Perakaunan merupakan bidang yang melibatkan aktiviti mengumpul, menyusun, menyimpan, merekod, melapor, menganalisis, mentafsir, merancang, menilai, dan merumus rekod-rekod perakaunan. 2. Kitaran perakaunan merupakan urutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam suatu tempoh perakaunan. Dokumen Perniagaan Buku Catatan Pertama Lejar Imbangan Pelarasan Duga Imbangan Duga Terselaras Catatan Penutupan Penyata Kewangan Kitaran Perakaunan 3. Subbidang perakaunan Percukaian Perakaunan kewangan Pengauditan Perakaunan pengurusan Subbidang Perakaunan 4. Kerjaya: (a) Akauntan (b) Juruaudit (c) Pengurus Dana (d) Pengurus Kewangan (e) Ketua Pegawai Kewangan 5. Antara kepakaran dalam pelbagai skop tugas yang dimiliki oleh akauntan: (a) perundingan (b) pembuat keputusan (c) penyelesai masalah (d) penambahbaikan polisi (e) pembimbing dan mentor (f) pengimplementasian polisi (g) pembangunan sumber manusia (h) pengurusan bajet dan kewangan (i) perancangan dan pengurusan strategik 6. Badan perakaunan: Badan perakaunan Contoh Badan Kawal Selia Malaysian Institute of Accountants (MIA) Badan Penggubal Piawaian Malaysian Accounting Standard Board (MASB) Badan Profesional Perakaunan • Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) • Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) • Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)


Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Praktis 1 Pengenalan kepada Perakaunan © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2 1.2 Sejarah Perakaunan dan Perkembangannya 3500 SM • Rekod perakaunan terawal dijumpai di Babylonia. • Dicatatkan dalam kepingan tanah liat. 400 SM • Rekod perakaunan dibuat di Mesir menggunakan pen dan kertas. Sistem Catatan Bergu • Bermula di Itali. • Dipopularkan oleh Luca Pacioli (Bapa Perakaunan) untuk memenuhi keadaan ekonomi yang berkembang pesat. Selepas Revolusi Perindustrian (abad ke-17 dan 18) • Perakaunan kos diperkenalkan untuk menganalisis pelbagai kod dan memenuhi proses pengeluaran firma yang berkembang. Tahun 1973 • Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa ditubuhkan untuk menggalakkan penggunaan piawaian asas dalam perakaunan. 1.3 Penyata Kewangan Ciri kualitatif Penyata Kewangan: Kualiti asas Kualitatif tertingkat • Kerelevanan • Perwakilan benar • Kebolehbandingan • Kebolehfahaman • Kebolehsahan • Pemasaan 1.4 Andaian, Prinsip dan Batasan dalam Perakaunan Andaian perakaunan • Tempoh perakaunan • Entiti berasingan • Wang sebagai ukuran • Usaha berterusan Prinsip perakaunan • Ketekalan • Prinsip kos • Pengiktirafan hasil dan belanja Batasan perakaunan • Kos manfaat 1.5 Entiti Perniagaan Milikan tunggal Perkongsian Syarikat Berhad Koperasi Bentuk organisasi di Malaysia Aspek perbandingan bagi bentuk organisasi Pemilikan Sumber modal Tanggungan liabiliti Undang-undang Keuntungan atau kerugian Pengurusan perniagaan Faktor pemilihan


Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Praktis 1 Pengenalan kepada Perakaunan 3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Pilih jawapan yang paling tepat. 1.1 Perakaunan, Subbidang Perakaunan, Kerjaya dan Badan Profesional 1. Apakah yang dimaksudkan dengan simpan kira dalam perakaunan? A Proses mengumpul, menyusun, menyimpan, merekod, dan melapor rekod perakaunan B Tatacara penyediaan rekod perakaunan yang bermula daripada dokumen sumber hingga catatan penutupan akaun C Perekodan urus niaga kewangan yang berlaku dalam organisasi perniagaan dan bukan perniagaan secara sistematik D Proses mengumpul, menyusun, menyimpan, merekod, melapor, menganalisis, mentafsir, merancang, menilai, dan merumus TP5 2. Berapakah peringkat yang terdapat dalam suatu kitaran perakaunan yang lengkap? A Enam C Lapan B Tujuh D Sembilan 3. Apakah peringkat seterusnya yang terlibat selepas pengeposan ke lejar dengan menggunakan Sistem Catatan Bergu? A Pelarasan B Imbangan Duga C Catatan penutupan D Imbangan Duga Terselaras TP2 Menganalisis 4. Maklumat di bawah merujuk kepada tugas suatu subbidang perakaunan. Menyediakan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi serta Penyata Kedudukan Kewangan. Antara berikut, subbidang perakaunan yang manakah dimaksudkan oleh pernyataan tersebut? A Percukaian B Pengauditan C Perakaunan kewangan D Perakaunan pengurusan TP2 Menganalisis BUKU TEKS m.s. 2 BUKU TEKS m.s. 3 BUKU TEKS m.s. 3 BUKU TEKS m.s. 4 5. Pilih padanan yang betul tentang tugas yang perlu dilakukan di bawah perakaunan pengurusan dan pengauditan. Perakaunan pengurusan Pengauditan A Menyediakan maklumat perakaunan untuk kegunaan pengguna dalaman Memeriksa dokumen perniagaan dan rekod kewangan B Menyediakan maklumat perakaunan untuk kegunaan pengguna dalaman Menyediakan pelaporan maklumat perakaunan dalam bentuk Penyata Kewangan C Memeriksa dokumen perniagaan dan rekod kewangan Menyediakan maklumat perakaunan untuk kegunaan pengguna dalaman D Menyediakan pelaporan maklumat perakaunan dalam bentuk Penyata Kewangan Menyediakan maklumat perakaunan untuk kegunaan pengguna dalaman TP2 6. Rajah 1 menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang perlu dimiliki oleh seseorang akauntan. Ciri-ciri Integriti P Akauntabiliti Rajah 1 Apakah P? A Kredibiliti C Kompetensi B Objektiviti D Sifat profesional Menganalisis BUKU TEKS m.s. 5 BUKU TEKS m.s. 7 KERTAS 1


Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Praktis 1 Pengenalan kepada Perakaunan © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4 7. Maklumat berikut menunjukkan skop tugas bagi suatu profesion perakaunan. • Menjadi mentor dan pembimbing. • Menjadi pembuat keputusan. • Melaksanakan polisi. Apakah profesion perakaunan yang melibatkan skop tugas di atas? A Akauntan B Juruaudit C Pengurus Dana D Ketua Pegawai Kewangan Menganalisis 8. Apakah maksud Kod Etika Akauntan Profesional yang berkaitan dengan integriti? A Tidak boleh berkompromi dan berat sebelah B Tidak mendedahkan maklumat perniagaan kepada pihak luar C Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan D Bersikap jujur dan telus dalam menjalin hubungan profesional dengan pihak lain 9. Bagaimanakah CIMA (Chartered Institute of Management Accountants) dapat dikategorikan? A Sebagai badan kawal selia B Sebagai badan penggubal piawaian C Sebagai badan profesional perakaunan D Sebagai badan pembangunan perakaunan 10. Badan yang manakah bertanggungjawab menjadi penasihat kepada akauntan? A Institut Akauntan Malaysia (MIA) B Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) C Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) D ACCA (Association of Chartered Certified Accountants) 1.2 Sejarah Perakaunan dan Perkembangannya 11. Bilakah rekod perakaunan yang terawal ditemui di Babylonia? A 3500 SM C 800 SM B 3200 SM D 400 SM BUKU TEKS m.s. 6 BUKU TEKS m.s. 8 BUKU TEKS m.s. 9 BUKU TEKS m.s. 9 BUKU TEKS m.s. 11 12. Mengikut sejarah perakaunan, mengapakah Luca Pacioli dikenali sebagai “Bapa Perakaunan”? A Beliau telah memperkenalkan perakaunan kos B Beliau menggalakkan penggunaan piawai asas dalam perakaunan C Beliau memperkenalkan catatan rekod perakaunan menggunakan kertas dan pen D Beliau merupakan orang pertama yang menyebarkan ilmu pengetahuan tentang Sistem Catatan Bergu 13. Pada tahun 400 SM, rekod perakaunan telah dibuat dengan menggunakan dua jenis bahan di Mesir. Apakah jenis bahan yang dimaksudkan oleh pernyataan tersebut? I Papyrus II Calamus III Kulit pokok IV Kepingan tanah liat A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 14. Apakah faktor yang membawa kepada pengenalan perakaunan kos pada abad ke-17 dan 18 selepas Revolusi Perindustrian di England? A Untuk menyesuaikan dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat B Untuk menyebarkan pengetahuan mengenai Sistem Catatan Bergu C Untuk mendorong penggunaan piawaian asas dalam bidang perakaunan D Untuk memenuhi proses pengeluaran yang dijalankan dengan pesat oleh firma-firma 15. Apakah kelebihan utama menggunakan perisian perakaunan berbanding perakaunan secara manual? A Boleh diakses oleh sesiapa sahaja B Tidak memerlukan data sokongan C Memudahkan pembetulan kesilapan D Tiada kata laluan yang perlu digunakan Menilai BUKU TEKS m.s. 11 BUKU TEKS m.s. 11 BUKU TEKS m.s. 11 BUKU TEKS m.s. 12


Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Praktis 1 Pengenalan kepada Perakaunan 5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1.3 Penyata Kewangan 16. Antara berikut, yang manakah bukan keperluan menyediakan Penyata Kewangan? A Merekod urus niaga secara harian B Menggambarkan keadaan dan perjalanan perniagaan C Menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan D Menyediakan maklumat yang berguna kepada pelbagai pengguna 17. Apakah ciri-ciri kualitatif asas bagi Penyata Kewangan? A Kebolehsahan dan pemasaan B Kerelevanan dan kebolehsahan C Kerelevanan dan perwakilan benar D Kebolehbandingan dan kebolehfahaman 18. Maklumat berikut merujuk kepada suatu ciri kualitatif Penyata Kewangan. Ciri ini diperlukan untuk memastikan maklumat dalam Penyata Kewangan boleh memberi jaminan kepada pengguna bahawa maklumat tersebut boleh dipercayai. Ciri kualitatif Penyata Kewangan yang manakah berkaitan dengan pernyataan di atas? A Kebolehsahan C Perwakilan benar B Kebolehfahaman D Kebolehbandingan Menganalisis 19. Siapakah yang biasanya memerlukan maklumat dalam Penyata Kewangan untuk kegunaan dalaman? A Kerajaan B Pembekal C Pihak bank D Pihak pengurusan 20. Pihak X merupakan pihak luaran yang menggunakan Penyata Kewangan untuk membuat keputusan sama ada mahu melabur dalam sesuatu perniagaan atau tidak. Apakah pihak X? A Pembekal B Pihak bank C Agensi kerajaan D Pemegang saham BUKU TEKS m.s. 13 BUKU TEKS m.s. 14 BUKU TEKS m.s. 15 BUKU TEKS m.s. 18 BUKU TEKS m.s. 20 1.4 Andaian, Prinsip dan Batasan dalam Perakaunan 21. Andaian perakaunan yang manakah mengandaikan bahawa semua aktiviti kewangan akan beroperasi tanpa henti? A Entiti berasingan B Usaha berterusan C Tempoh perakaunan D Wang sebagai ukuran TP5 22. Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Sharif. Encik Sharif membeli beberapa buah perabot dengan wang tunai peribadi untuk kegunaan keluarganya dan tidak merekodkannya dalam buku perniagaan. Apakah andaian perakaunan yang telah diamalkan oleh Encik Sharif? A Ketekalan B Entiti berasingan C Wang sebagai ukuran D Pengiktirafan hasil dan belanja TP5 Menganalisis 23. Kedai Sharifah memulakan perniagaan baharu mulai pada 1 April 2024. Tempoh perakaunan bagi perniagaan ini adalah berakhir pada setiap enam bulan. Antara berikut, yang manakah merupakan tempoh perakaunan yang paling tepat bagi perniagaan ini? A 1 April 2024 hingga 30 September 2024 B 1 April 2024 hingga 31 Oktober 2024 C 1 April 2024 hingga 30 November 2024 D 1 April 2024 hingga 31 Mac 2025 24. Pilih pernyataan yang benar tentang prinsip kos dalam perakaunan. A Semua kos perlu dilaporkan sebagai belanja dalam Penyata Kewangan B Hasil dan belanja perlu diiktiraf sebaik sahaja apabila diterima dan dibayar C Liabiliti perlu direkodkan pada nilai pasaran semasa atau nilai masa hadapan D Aset perlu sentiasa direkodkan pada harga belian asal dalam Penyata Kewangan walaupun nilainya telah meningkat TP5 BUKU TEKS m.s. 21 BUKU TEKS m.s. 21 BUKU TEKS m.s. 22 BUKU TEKS m.s. 23


Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Praktis 1 Pengenalan kepada Perakaunan © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6 25. Maklumat berikut berkaitan dengan kaedah susut nilai yang digunakan oleh Perniagaan Aziati terhadap suatu aset bukan semasa. Puan Aziati menghitung susut nilai perabot bagi setiap tempoh perakaunan dengan menggunakan kaedah baki berkurangan. Apakah prinsip perakaunan yang telah diaplikasikan oleh Perniagaan Aziati? A Ketekalan B Entiti berasingan C Usaha berterusan D Tempoh perakaunan TP5 Menganalisis 26. Maklumat berikut menunjukkan tiga prinsip perakaunan. • Ketekalan • Prinsip kos • Pengiktirafan hasil dan belanja Situasi yang manakah menepati mana-mana satu prinsip perakaunan di atas? A Perniagaan Chong membeli beberapa batang pen yang berharga RM20 dan ingin menyusutnilaikannya pada kadar 10% setahun B Perniagaan Mega Rina telah membeli sebuah mesin yang berharga RM35 000 pada 1 Januari 2021. Mesin ini telah disusutnilaikan menggunakan kaedah garis lurus. Pada tahun 2024, perniagaan ingin menukar kaedah susut nilai ini kepada kaedah baki berkurangan C Perniagaan Fina telah membeli sebidang tanah tiga tahun yang lalu dengan harga RM400 000. Nilai tanah ini telah meningkat menjadi RM550 000 sekarang dan perniagaan membuat keputusan untuk mencatatkan nilai tanah ini dalam Penyata Kewangan dengan harga RM550 000 D Perniagaan Razilah telah menerima wang deposit berjumlah RM4 000 daripada pelanggan untuk tempahan barangan niaga pada tempoh perakaunan yang akan datang. Perniagaan ini telah menangguhkan pengiktirafan dalam Penyata Kewangan selagi barang niaga belum dihantar kepada pelanggan TP5 Menilai BUKU TEKS m.s. 23 BUKU TEKS m.s. 23 27. Apakah maksud batasan perakaunan dalam bentuk kos manfaat? A Kos penyediaan maklumat tidak diperlukan dalam Penyata Kewangan B Kos penyediaan maklumat melebihi nilai maklumat tersebut kepada pengguna Penyata Kewangan C Kos penyediaan maklumat bergantung pada maklumat yang diperlukan oleh pengguna Penyata Kewangan D Kos penyediaan maklumat tidak melebihi nilai maklumat tersebut kepada pengguna Penyata Kewangan TP5 1.5 Entiti Perniagaan 28. Apakah bentuk organisasi di Malaysia yang memerlukan sumber modal dikumpul melalui terbitan dan langganan saham? A Koperasi C Milikan tunggal B Perkongsian D Syarikat Berhad TP1 29. Pernyataan yang manakah betul tentang ciri-ciri koperasi? A Koperasi hanya mempunyai seorang pemilik B Koperasi tidak mempunyai tanggungan liabiliti C Koperasi harus mempunyai minimum 50 orang anggota D Koperasi hanya boleh didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan TP1 30. Maklumat berikut menunjukkan faktor-faktor pemilihan bagi sesebuah perniagaan yang sedang beroperasi. • Modal permulaan yang rendah. • Pemilik bebas membuat sebarang keputusan perniagaan. • Pemilik dapat menikmati sepenuhnya keuntungan. Perniagaan yang manakah menepati faktor-faktor pemilihan di atas? A Syarikat Aqilah Berhad B Koperasi Taman Gembira C Pasar Raya Chan dan Lim D Kedai Gunting Rambut Amirul TP1 Menganalisis BUKU TEKS m.s. 24 BUKU TEKS m.s. 26 BUKU TEKS m.s. 26 BUKU TEKS m.s. 26–27


Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Praktis 1 Pengenalan kepada Perakaunan 7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KERTAS 2 1. Pernyataan berikut berkaitan dengan suatu peringkat dalam kitaran perakaunan. Perkara-perkara yang diambil kira dalam peringkat ini ialah hasil dan belanja, peruntukan hutang ragu, dan susut nilai aset. (a) Apakah peringkat ini dalam kitaran perakaunan? (b) Bagaimanakah peringkat di (a) dilakukan? Terangkan secara ringkas. 2. Lengkapkan jadual di bawah dengan menulis subbidang perakaunan yang berkaitan dengan tugas yang diberikan. Tugas Subbidang perakaunan (a) Menyediakan pelaporan maklumat perakaunan melalui Penyata Kewangan. (b) Menyediakan maklumat perakaunan untuk kegunaan pengguna dalaman. TP2 3. Berdasarkan pernyataan yang diberikan, nyatakan ciri etika mengikut Kod Etika Akauntan Profesional yang diperkenalkan oleh International Federation of Accountants (IFAC). Pernyataan Ciri etika (a) Akauntan perlu bersikap jujur dan telus dalam hubungan profesional dengan pihak lain. (b) Akauntan perlu mematuhi semua undang-undang dan peraturan berkaitan. 4. Senaraikan dua peranan Institut Akauntan Malaysia (MIA). 5. Jelaskan secara ringkas bagaimana perakaunan berkembang sejak zaman purba hingga zaman moden. Zaman Zaman purba pada tahun 400 SM Zaman moden Cara perkembangan 6. Tentukan ciri-ciri kualitatif asas yang perlu ada dalam Penyata Kewangan berdasarkan pernyataan yang berikut. (a) Maklumat dalam Penyata Kewangan haruslah relevan dengan keperluan pengguna. (b) Maklumat dalam Penyata Kewangan perlu bebas daripada kesilapan material serta tidak mengandungi unsur berat sebelah. BUKU TEKS m.s. 4 BUKU TEKS m.s. 4-5 BUKU TEKS m.s. 8 BUKU TEKS m.s. 8 BUKU TEKS m.s. 11-12 BUKU TEKS m.s. 14


Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Praktis 1 Pengenalan kepada Perakaunan © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8 7. Bagaimanakah maklumat dalam Penyata Kewangan ini berguna bagi pemilik perniagaan dan pihak pengurusan? Pihak Pemilik perniagaan Pihak pengurusan Kegunaan maklumat dalam Penyata Kewangan 8. Nyatakan andaian perakaunan yang berkaitan dengan setiap situasi yang diberikan. Situasi Andaian perakaunan (a) Perniagaan Siti mempunyai tempoh perakaunan selama setahun bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun. (b) Restoran Delima merekodkan semua urus niaga dalam mata wang ringgit Malaysia, mengikut standard kewangan negara ini. TP5 9. Tentukan sama ada andaian perakaunan yang dinyatakan dalam kurungan adalah BENAR atau PALSU berdasarkan situasi yang berikut. (a) Puan Lee, pemilik perniagaan kantin, memisahkan rekod perakaunan perniagaannya daripada rekod peribadinya. [Entiti berasingan] (b) Syarikat Indah Berhad dijangka akan beroperasi dalam jangka masa yang tidak terhad. [Ketekalan] TP5 10. Jelaskan secara ringkas tentang prinsip ketekalan dalam perakaunan. Berikan satu contoh yang bersesuaian dengan prinsip ini. TP5 11. Nyatakan satu bentuk organisasi yang menanggung: (a) Liabiliti terhad (b) Liabiliti tidak terhad TP1 12. Nyatakan perbezaan antara Syarikat Berhad dengan Perkongsian dari aspek cara pengagihan keuntungan. (a) Syarikat Berhad (b) Perkongsian TP1 13. Nyatakan dua kebaikan yang diperoleh apabila suatu bentuk organisasi mempunyai bilangan pemilik antara 2 hingga 20 atau 50 orang pekongsi. TP1 Menilai BUKU TEKS m.s. 18 BUKU TEKS m.s. 22 BUKU TEKS m.s. 21-23 BUKU TEKS m.s. 23 BUKU TEKS m.s. 26 BUKU TEKS m.s. 26 BUKU TEKS m.s. 27


89 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Kertas 1 Satu jam lima belas minit Arahan: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. 1. Apakah peringkat pertama yang perlu dilalui dalam kitaran perakaunan? A Lejar B Imbangan Duga C Dokumen Perniagaan D Buku Catatan Pertama 2. Apakah badan perakaunan yang bertindak sebagai badan kawal selia di Malaysia? A Malaysian Institute of Accountants (MIA) B Malaysian Accounting Standard Board (MASB) C Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) D Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) 3. Antara berikut, yang manakah digunakan untuk menunjukkan ciri kualitatif asas bagi Penyata Kewangan? I Pemasaan III Kebolehfahaman II Kerelevanan IV Perwakilan benar A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV 4. Maklumat berikut berkaitan dengan amalan seorang kerani akaun yang diupah oleh Perniagaan Danial. Semasa menyediakan Penyata Kewangan, semua belanja belum bayar dan prabayar diambil kira oleh kerani akaun untuk menentukan untung yang diperoleh perniagaan. Apakah prinsip perakaunan yang diamalkan oleh kerani akaun tersebut? A Prinsip kos B Kos manfaat C Wang sebagai ukuran D Pengiktirafan hasil dan belanja 5. Antara berikut, yang manakah mempunyai tanggungan liabiliti yang terhad? I Kedai Runcit Syakirah II Koperasi Bukit Tinggi III Klinik Lim dan Osman IV Syarikat Norzila Sendirian Berhad A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV 6. Antara berikut, yang manakah boleh didapati melalui Akaun Perdagangan? I Hasil II Belanja III Kos Jualan IV Jualan Bersih A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV 7. Pilih padanan yang betul bagi jenis aset. Aset Semasa Aset Bukan Semasa A Bank Overdraf Bank B Premis Tunai C Gadai Janji Alatan Pejabat D Akaun Belum Terima Kenderaan 8. Apakah urus niaga yang menyebabkan keduadua aset dan liabiliti bertambah pada masa yang sama? A Membeli barang niaga secara kredit B Membeli perabot untuk kegunaan perniagaan secara tunai C Membawa masuk perabot dari rumah untuk kegunaan perniagaan D Cek daripada pelanggan dipulangkan oleh pihak bank kerana tak laku Pentaksiran Akhir Tahun 100


Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Pentaksiran Akhir Tahun © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 96 Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit Arahan: Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Jawab semua soalan di Bahagian A dan dua soalan dalam Bahagian B. Bahagian A [60 markah] Jawab semua soalan. 1. (a) Nyatakan andaian perakaunan yang berkaitan dengan situasi di bawah. (i) Puan Amrita merekodkan ambilan barang niaga untuk kegunaan sendiri sebagai ambilan dalam buku perniagaan. (ii) Salun Rambut Garcia dijangka akan beroperasi untuk suatu tempoh masa yang tidak tetap dan tidak akan dibubarkan dalam masa yang terdekat. [2 markah] (b) Nyatakan dokumen sumber yang terlibat dalam setiap urus niaga yang berikut. (i) Penjualan barang niaga secara kredit. (ii) Pembayaran gaji kepada pekerja. [2 markah] (c) Nyatakan akaun yang perlu didebitkan dan dikreditkan bagi urus niaga di bawah. Membeli sebuah perabot untuk kegunaan perniagaan dengan cek. [2 markah] (d) Maklumat di bawah diperoleh daripada Perniagaan Teck Meng. RM Belian 8 000 Pulangan Masuk 240 Pulangan keluar 280 Insurans atas Belian 300 Angkutan Keluar 1 200 Berapakah belian bersih? [2 markah] (e) Petikan Imbangan Duga berikut diperoleh daripada buku Kim Cafe. Kim Cafe Imbangan Duga pada 30 Jun 2024 Debit RM Kredit RM Akaun Belum Terima dan Akaun Belum Bayar 2 000 2 750 Peruntukan Hutang Ragu 120 Maklumat tambahan: (i) Seorang pelanggan telah diisytiharkan muflis dan hutangnya sebanyak RM500 terpaksa dihapus kira.


Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Pentaksiran Akhir Tahun © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 102 (vi) Kedua-dua kenderaan dan alatan pejabat disusutnilaikan pada kadar 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan. (vii) Perabot disusutnilaikan sebanyak 15% setahun atas kos. (viii) 20% daripada insurans yang dibayar adalah untuk belian. (ix) Pada 1 September 2024, pemilik telah membawa masuk sebuah kelengkapan baharu berharga RM1 800 yang dibeli dengan wang tunai peribadi. (x) Kelengkapan disusutnilaikan sebanyak 10% setahun atas kos. Anda dikehendaki menyediakan (dalam bentuk penyata): (a) Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2024. [17 markah] (b) Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2024. [8 markah] Bahagian B [40 markah] Jawab dua soalan sahaja. 4. Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 April 2024 bagi Perniagaan Bryan adalah seperti yang berikut. Perniagaan Bryan Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 April 2024 RM RM Aset Bukan Semasa Ekuiti Pemilik Kenderaan 14 000 Modal 42 190 Perabot 5 800 Liabiliti Semasa Akaun Belum Bayar 450 Aset Semasa Tunai 1 780 Bank 21 120 Inventori Akhir 1 890 Akaun Belum Terima 2 100 46 690 46 690 Urus niaga yang berikut berlaku sepanjang bulan Mei 2024: (i) Menerima cek berjumlah RM 800 daripada pelanggan dan diskaun RM50 diberikan. (ii) Pemilik mengambil tunai sebanyak RM150 dan tunai ini digunakan untuk membeli alat tulis untuk kegunaannya sendiri. (iii) Membayar pembekal sebanyak RM4 200 dengan cek dan menerima diskaun RM300. (iv) Membayar sewa berjumlah RM400 secara tunai. (v) Membeli barang niaga berharga RM8 000 secara kredit. (vi) Menjual separuh daripada baki inventori pada harga RM5 600 secara kredit. (vii) Menerima cek bernilai RM5 000 daripada pelanggan.


J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Praktis 1 Pengenalan kepada Perakaunan KERTAS 1 1. A 2. C 3. B 4. C 5. A 6. A 7. A 8. D 9. C 10. B 11. A 12. D 13. A 14. D 15. C 16. A 17. C 18. A 19. D 20. D 21. B 22. B 23. B 24. D 25. A 26. D 27. D 28. D 29. C 30. D KERTAS 2 1. (a) Pelarasan (b) Pelarasan dibuat melalui Jurnal Am dan dipindahkan ke dalam lejar. 2. (a) Perakaunan kewangan (b) Perakaunan pengurusan 3. (a) Integriti (b) Sifat profesional 4. Dua peranan Institut Akauntan Malaysia (MIA): • Menentukan kelayakan seseorang untuk menjadi ahli. • Menawarkan latihan, pelajaran, dan peperiksaan kepada seseorang yang ingin menceburi profesion perakaunan. • Mengenakan peraturan atas amalan profesion perakaunan. • Mempromosi dan mempopularkan profesion perakaunan. [Pilih mana-mana dua sahaja] 5. Zaman Zaman purba pada tahun 400 SM Zaman moden Cara perkembangan Membuat rekod perakaunan menggunakan calamus (pen) dan papyrus (kertas) di Mesir. Penggunaan perisian perakaunan. 6. (a) Kerelevanan (b) Perwakilan benar Jawa


Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Jawapan 7. Pihak Pemilik perniagaan Pihak pengurusan Kegunaan maklumat dalam Penyata Kewangan Mengetahui sama ada perniagaan memperoleh keuntungan atau kerugian. Sebagai rujukan untuk merancang aktiviti perniagaan pada masa hadapan. 8. (a) Tempoh perakaunan (b) Wang sebagai ukuran 9. (a) BENAR (b) PALSU 10. Ketekalan merujuk kepada kaedah perakaunan yang dipilih oleh sesuatu perniagaan hendaklah digunakan secara berterusan. Sebagai contoh, jika perniagaan memilih kaedah garis lurus untuk mengira susut nilai aset bukan semasa, maka kaedah ini perlu digunakan secara berterusan. 11. (a) Syarikat Berhad/ Koperasi (b) Milikan tunggal/ Perkongsian 12. (a) Keuntungan diagihkan kepada para pemegang saham dalam bentuk dividen. (b) Untung atau rugi diagihkan kepada pekongsi mengikut syarat yang telah dipersetujui. 13. • Dapat berkongsi modal dan kepakaran. • Dapat menanggung risiko kerugian bersama-sama. Praktis 2 Klasifikasi Akaun dan Persamaan Akaun KERTAS 1 1. C 2. B 3. D 4. A 5. C 6. A 7. B 8. D 9. A 10. B 11. B 12. B 13. A 14. B 15. A 16. C 17. A 18. D 19. C 20. B 21. A 22. D 23. A 24. A 25. D 26. C apan


J26 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Tolak: Liabiliti Semasa Akaun Belum Bayar Angkutan Masuk Belum Bayar Faedah atas Pinjaman Belum Bayar Pinjaman Bank 4 154 320 800 10 000 2 742 (18 016) Modal Kerja 5 542 28 572 Ekuiti Pemilik Modal Awal Tolak: Rugi Bersih 35 713 (7 141) Modal Akhir 28 572 Pentaksiran Akhir Tahun KERTAS 1 1. C 2. A 3. C 4. D 5. C 6. D 7. D 8. A 9. D 10. B 11. A 12. B 13. C 14. D 15. C 16. A 17. C 18. B 19. D 20. B 21. A 22. C 23. D 24. C 25. B 26. B 27. B 28. D 29. B 30. B 31. A 32. A 33. A 34. D 35. A 36. A 37. A 38. A 39. D 40. D KERTAS 2 Bahagian A 1. (a) (i) Entiti berasingan (ii) Usaha berterusan (b) (i) Invois (salinan) (ii) Baucar pembayaran (c) • Akaun yang perlu didebitkan: Akaun Perabot • Akaun yang perlu dikreditkan: Akaun Bank (d) Belian bersih = Belian − Pulangan Keluar + Insurans atas Belian = RM8 000 − RM280 + RM300 = RM8 020 (e) Peruntukan Hutang Ragu = 2% × (RM2 000 − RM500) = 2% × RM1 500 = RM30


Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Jawapan Jumlah Peruntukan Hutang Ragu yang dicatatkan dalam Akaun Untung Rugi = RM120 − RM30 = RM90 (sebagai hasil) 2. (a) Jurnal Am Tarikh Butir Folio Debit Kredit 2024 RM RM Mei 1 Tunai 1 290 Bank 14 000 Kenderaan 15 800 Modal 31 090 (Aset dan modal pada tarikh ini) 6 Ambilan 150 Belian 150 (Ambilan inventori untuk kegunaan sendiri) 25 Perabot 1 500 Modal 1 500 (Membawa masuk perabot dari rumah untuk kegunaan perniagaan) Jurnal Belian Tarikh Butir Folio No. Dokumen Jumlah 2024 RM Mei 4 Fesyen Gemilang Zahara INV07389 9 720 10 Fesyen Gemilang Zahara ND0498 90 15 Pembekal Fesyen Serba Moden INV10512 8 100 31 Akaun Belian (Dt) 17 910 Jurnal Jualan Tarikh Butir Folio No. Dokumen Jumlah 2024 RM Mei 5 Kedai Pakaian Anggun Bergaya INV15678 1 530 13 Kedai Pakaian Mini Jane INV15679 513 18 Koperasi SMK Sri Damai INV15680 6 030 31 Akaun Jualan (Kt) 8 073


KSSM Tingkatan 4 Praktis Topikal HEBAT! SPM KSSM merupakan siri praktis topikal berdasarkan sukatan pelajaran KSSM dan format pentaksiran SPM yang terkini. Soalan-soalan tersedia yang berorientasikan peperiksaan bertujuan untuk membantu murid menguasai konsep-konsep yang dipelajari, di samping membiasakan diri mereka dengan format pentaksiran sekolah dan peperiksaan SPM. Dengan penerapan soalan dan praktis berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), murid akan dapat menempuh peperiksaan dengan lebih yakin. Jawapan lengkap turut disediakan untuk semua soalan. SPM Format Peperiksaan SPM Prinsip Perakaunan (3756) Perkara Kertas 1 Kertas 2 Jenis Item Bilangan Soalan Jumlah Markah Jenis Instrumen Tempoh Ujian Aneka pilihan • Respons terhad • Respons terbuka 40 soalan (Wajib) 40 markah Ujian Objektif Ujian Subjektif 1 jam 15 minit Bahagian A 3 soalan (Wajib) (60 markah) Bahagian B 3 soalan (Pilih 2) (40 markah) 100 markah 2 jam 30 minit Dicetak di Malaysia oleh The Commercial Press Sdn. Bhd. Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sila layari https://plus.pelangibooks.com/errata untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada). Cetakan Pertama 2024 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar, rakaman, atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada terlebih dahulu. PelangiPublishing PelangiBooks PelangiBooks Bahasa Melayu English Matematik / Mathematics Matematik Tambahan / Additional Mathematics Sains / Science Fizik / Physics Kimia / Chemistry Biologi / Biology Sejarah Pendidikan Islam Ekonomi Perniagaan Prinsip Perakaunan JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI TINGKATAN 4 5 W.M: RM7.95 / E.M: RM8.35 FC064824 ISBN: 978-629-470-322-3 Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 03-8922 3993 E-mel: [email protected] Pertanyaan: [email protected] PRINSIP PERAKAUNAN 4 Tingkatan FC064824 PRINSIP PERAKAUNAN Praktis Topikal HEBAT! SPM KSSM


Click to View FlipBook Version