The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2021-02-09 03:59:47

Novel Karya Guru - Misteri Tengah Malam

PEN G KA R YA
GURU
MAJLIS BUKU KEBANGSAAN MALAYSIA




















Nor Hanom Taib

























Pelangi Novel Sdn. Bhd. (379269-A)









Misteri Tengah Malam (prelims).indd 1 10/30/15 11:09 AM

Kandungan








Prolog 1


Bab 1 Rahsia Adam Haikal 7

Bab 2 Strategi Ibu 21

Bab 3 Cubaan yang Gagal 29

Bab 4 Dia Datang! 43

Bab 5 Penyiasat Muda 57


Bab 6 Makhluk Aneh 71

Bab 7 Rakan Bilik Gelap 85

Bab 8 Tidak Putus Asa 103

Bab 9 Perbicaraan Maya 117

Bab 10 Misi Menyelamat 131


Bab 11 Permusuhan Tamat 147

Tentang Penulis 170











Misteri Tengah Malam (prelims).indd 4 10/30/15 11:09 AM

Misteri Tengah Malam.indd 1 10/30/15 11:53 AM

Nor HaNom Taib










Krok! Krok! Kroook!”

Bunyi itu datang lagi. Diamat-amatinya
dari mana datangnya. Dari luar rumah
atau dinding sebelah rumah. Semakin lama
semakin kuat dan jelas. Betul-betul di bawah

bantalnya.
Dia bingkas bangun. Suis lampu dipetik.
Cahaya lampu kalimantang menyimbah
seluruh ruang. Bantal empuk mengalas
kepalanya sebentar tadi lekas-lekas diangkat

dan dikibas-kibas. Tiada apa-apa di sekitarnya
dan di bawah bantal juga. Bunyi tadi juga
sudah hilang. Sunyi.

Ah, mimpi agaknya! bisiknya memujuk
hati.
Lampu kalimantang dipadamkan.
Cukup sekadar cahaya samar-samar dari
lampu bilik air masuk ke bilik itu. Sudah

menjadi kebiasaannya tidur dalam keadaan


2







Misteri Tengah Malam.indd 2 10/30/15 11:53 AM

Misteri Tengah Malam


cahaya yang samar-samar. Kecerahan musuh
utamanya saat lena. Dia memujuk dirinya
untuk pejam semula.
“Krok! Krok! Kroook!”
Baru sahaja matanya mahu terpejam,

bunyi itu datang lagi. Kali ini lebih jelas dan
berturut-turut. Seolah-olah kuku-kuku tajam
mencakar-cakar kotak. Tidak putus-putus!
Jantungnya berdegup kencang. Bantal

empuknya dialihkan. Telinganya dilekapkan
terus ke tilam.
Sah! Dia pasti benar yang bunyi itu datang
dari bawah katilnya! Ya, bawah katilnya!
“Benda itu” ada bersama-samanya sekarang.

Di dalam bilik itu!
Jantungnya terasa seperti berhenti
berdegup. Kantuknya hilang sama sekali
kini. Matanya melilau ke sana sini. Dia

tertiarap, tidak mampu menggerakkan kaki.
Tangannya juga terpaku. Bunyi itu semakin
hampir. Nampaknya ‘benda itu’ sudah dekat
di kepalanya. Sudah memanjat kaki katilnya.

Hanya menunggu masa untuk mencapai
apa-apa sahaja. Kaki, tangan, kepala atau


3







Misteri Tengah Malam.indd 3 10/30/15 11:53 AM

Nor HaNom Taib
























































4







Misteri Tengah Malam.indd 4 10/30/15 11:53 AM

Misteri Tengah Malam


telinganya. Bukan satu, tetapi banyak! Dalam
cahaya samar-samar lembaga itu semakin
hampir. Terlalu banyak!
Dia memejamkan matanya rapat-rapat
dengan dahi berpeluh dingin.

“Aaaaaa!’’










































5







Misteri Tengah Malam.indd 5 10/30/15 11:53 AM

Misteri Tengah Malam.indd 6 10/30/15 11:53 AM

Misteri Tengah Malam.indd 7 11/2/15 3:57 PM

Nor HaNom Taib










Kuuk ku kuu kuuuu!”

“Kuuk ku kuu kuuuu!”
“Kuuk ku kuu kuuuu!”
Bunyi ayam tiruan dari jam digital
menerobos gegendang telinga Adam Haikal.

Neuron-neuron berebut-rebut membawa
maklumat ke otak langsung mengarahkan
seluruh anggota badan Adam Haikal untuk
bingkas bangun.
Keadaan sekeliling samar-samar.

Sekelumit cahaya lampu kalimantang dari
bilik air, cukup memberi cahaya ke retina
matanya. Selimut yang menyelimuti tubuhnya

diselak dan diperuk ke tepi. Menambah
timbunan bantal yang membukit. Kakinya
dijuntaikan di birai katil. Lambat-lambat dia
berdiri lalu membetulkan stuktur badannya
dengan menggeliat. Lega rasanya. Kain pelikat

dinaikkan ke paras dada.


8







Misteri Tengah Malam.indd 8 10/30/15 11:53 AM

Misteri Tengah Malam


Adam menuju ke bilik air. Beberapa helai
baju kotor yang mengelepek di lantai yang
mengganggu laluannya, dikuis dengan kaki.
Adam Haikal menapak beberapa langkah
menuju ke tingkap. Cahaya fajar mencuri

perhatiannya di sebalik kaca tingkap. Langsir
rona hijau diselak sedikit. Pokok mangga
di hadapan rumahnya sudah nampak hijau
warna daunnya. Beberapa ekor burung tiung

sudah mula terbang meninggalkan sarang.
Pastinya sudah merebut ulat-ulat yang belum
sempat masuk ke lubang. Jika di kampung,
pasti ibu-ibu ayam sudah membawa anak-
anak turun reban untuk mengais-ngais tanah.

Adam Haikal sedar bahawa dia sudah
lewat untuk melaksanakan amanahnya kepada
Pencipta.
Pintu bilik air dikuak gasang. Berus

gigi di atas singki yang hampir kembang
bulunya dicapai lalu dicoleknya ubat gigi
putih di bahagian permukaan atasnya. Adam
Haikal menggosok gigi ala kadar. Titik-titik

putih percikan dari berus giginya melekat
pada cermin dan sekitar dinding bilik air,


9







Misteri Tengah Malam.indd 9 10/30/15 11:53 AM

Nor HaNom Taib

menambahkan titik-titik sedia ada yang sudah
kering. Baju-baju dan seluar balapan yang
disangkut di jeriji tingkap berpetak bilik kecil
itu langsung tidak dihiraukan. Dia mencapai
gayung air dan menjirus kepala dan seluruh

badan dengan dua, tiga gayung air. Tanpa
bersabun, dia terus membasuh pergelangan
tangan, berkumur, memasukkan air ke dalam
hidung, berniat, membasuh muka, tangan

hingga siku, kepala, telinga dan kaki. Perkara
yang wajib perlu diutamakan, bisik Adam
Haikal dalam hati.
Sampul keropok, coklat dan kandi
serta kotak air minuman ringan bertebaran

ketika sejadah dihamparkan. Solat Subuh
dilaksanakan dengan tertib rukun dan
tamakninahnya. Bagi Adam Haikal, selagi
tiada najis yang jelas dan nyata maka syarat

supaya bersih pakaian, badan, dan tempat
sudah dipatuhi. Segala sampah dan sisa di
dalam bilik itu akan diuruskannya selepas dia
menyelesaikan urusannya dengan yang Maha

Agung.
“Assalamualaikum warahmatullah.


10







Misteri Tengah Malam.indd 10 10/30/15 11:53 AM

Misteri Tengah Malam


Assalamualaikum warahmatullah.”
Adam Haikal menadah tangan,
menghamparkan doa kesejahteraan untuk ibu
bapanya, dirinya, dan seluruh umat Islam.
‘Orang yang sombong ialah orang tidak

mahu berdoa selepas solat.’
Adam Haikal sentiasa ingat akan pesanan
Ustaz Kamal. Biarpun sepotong ayat, dia tidak
akan lupa.

Usai solat, Adam Haikal merebahkan
badannya ke katil. Sejadah masih di tempatnya.
Adam Haikal merenung siling yang putih,
mengenangkan kerja-kerja sekolah yang perlu
diselesaikan hujung minggu itu.

“Nak buat kerja sekolah Matematiklah,”
bisiknya sendirian.
Beg di belakang pintu dicapai. Dia
mengeluarkan buku latihan matematik dan

buku teks menuju ke meja belajar. Dua tiga
buku komik yang berselerakan di atas meja
diketepikan. Kerusi yang menjadi tempat
penyangkut tuala dan jaket ditarik untuk

duduk. Bukan di kerusi sahaja, tempat
penyangkut baju di belakang pintu pun sudah


11







Misteri Tengah Malam.indd 11 10/30/15 11:53 AM

Nor HaNom Taib

sarat dengan baju dan seluarnya.
Adam Haikal mula menggaris tepi buku
dan menulis tajuk. Soalan satu hingga sepuluh
ditulis dan dijawab. Terasa mudah. Sampai
ke soalan sebelas, Adam Haikal merasakan

dia perlu merujuk buku yang lain. Dia
merenung rak bukunya yang tinggi sampai
ke siling. Buku-buku di baris empat dan lima
masih tersusun rapi tetapi baris satu, dua,

dan tiga sudah lintang-pukang. Papan dam,
robot bakugan, kad-kad monopoli terselit di
celah-celah dan di atasnya, termasuk juga
kertas-kertas ujian yang sudah ditandai dan
dikembalikan semula oleh guru-gurunya.

Kertas ujian tahun semasa dan tahun lepas
juga.
Buku yang dicari Adam Haikal tidak
kelihatan. Dia sudah hilang momentum.

Telefon pintarnya dicapai. Permainan
‘Blackshot’ dipilih untuk menghilangkan
lelah. Niatnya pagi tadi untuk mengalihkan
pembalut coklat, keropok, kandi dan lain-

lain itu sudah tergendala. Namun itu bukan
masalah besar baginya. Objek-objek itu sedikit


12







Misteri Tengah Malam.indd 12 10/30/15 11:53 AM

Misteri Tengah Malam


pun tidak mengganggu hidupnya. Ruang
berpetak itulah dunianya. Kadang-kadang
ruang itulah ruang kokpit kapal angkasanya
atau dok kapal lautnya. Kadang-kadang,
bertukar menjadi kem kubu perangnya.

Adam Haikal bahagia. Tidak ada sesiapa
yang dibenarkan masuk ke ruang itu. Tanda
amaran ‘DILARANG MASUK’ pada muka
pintu yang ditulis dengan huruf besar berwarna

merah dan disertakan gambar orang yang
bersedia untuk menembak, meyakinkannya
bahawa dia tidak akan diganggu, terutama
oleh adik-adiknya, Alisya Humaira dan Najah
Insyirah. Namun terselit juga kebimbangan

di hatinya seandainya pemegang kuasa
veto yang kedua dalam rumah itu tiba-tiba
terjongol di muka pintu. Namun perasaan itu
cuma datang sekali-sekala. Sedikit pun tidak

membuat Adam Haikal tergerak hati untuk
mengubah keadaan kem tenteranya itu.
Setelah mencapai tahap tertinggi
pusingan ketiga ‘Blackshot’nya, Adam

Haikal menyambung kerja sekolahnya.
Pencapaiannya sebagai pelajar terpilih UPSR


13







Misteri Tengah Malam.indd 13 10/30/15 11:53 AM

Nor HaNom Taib

dan tempat rujukan rakan-rakan sekelas, tidak
boleh tercalar. Sikapnya yang ceria, aktif, dan
mudah mesra antara faktor dia popular di
sekolah.


(

Siapa yang tidak kenal akan Adam Haikal.
Semua aktiviti dan pertandingan yang
dianjurkan pihak sekolah pasti disertainya.
Bukan setakat itu, setiap pertandingan

membuahkan hasil, meletakkan Adam Haikal
sebagai wakil sekolah di peringkat daerah dan
negeri.
Atas tiket itulah juga Adam Haikal dipilih

menjadi pengawas sekolah. Walau puas
ditolak oleh ibu dan ayahnya kerana bimbang
pelajarannya akan terganggu memandangkan
dia bakal menduduki peperiksaan penting

tahun itu, namun setelah dirasionalkan
oleh Guru Penolong HEM, ibu dan ayah
menerimanya dengan beberapa syarat.









14







Misteri Tengah Malam.indd 14 10/30/15 11:53 AM

Misteri Tengah Malam



✓ MARKAH UJIAN PERLU SEIRING DENGAN
HEADCOUNT SEKOLAH
✓ PERLU MELENGKAPKAN NOTA DAN LATIHAN JIKA
MEWAKILI SEKOLAH
✓ AKTIVITI YANG DIIKUTI 80% MEMBERI IMPAK
KEPADA AKADEMIK


Saya bernama Adam Haikal Mohamad Razy berjanji akan
mematuhi syarat dan peraturan di atas. Jika sebarang
pelanggaran dibuat saya perlu meletakkan jawatan yang
saya jawat di sekolah.

Yang benar,

……………………………………………………
(Adam Haikal Mohamad Razy)



Disaksikan oleh,

……………………………………………………
(Mohamad Razy Mohamad Rosli)



Pencapaian Adam Haikal semakin
meningkat. Setiap pagi Adam Haikal akan tiba
di sekolah jam 6.45 pagi untuk mengalunkan
zikir pagi sebelum perhimpunan ringkas

bermula jam 7.10 pagi.  Guru bertugas akan



15







Misteri Tengah Malam.indd 15 10/30/15 11:53 AM

Nor HaNom Taib

maklum dan memberi peluang kepadanya.
Alunan zikir yang ringkas hanya sekitar lima
minit tetapi mengesankan. Pelajar yang hadir
awal akan berzikir bersama-sama.
“Terima kasih, Adam. Alunan zikir yang

awak alunkan setiap pagi menenangkan hati
saya,” luah Sarah dan Lily, ikhlas. Sarah dan
Lily merupakan rakan sekelas Adam Haikal.
Guru yang bertugas juga berasa terhutang

budi. Selepas mendengar alunan zikir
Adam Haikal, pelajar akan duduk dengan
tenang dalam barisan kelas masing-masing,
melancarkan sesi perhimpunan ringkas setiap
pagi. Begitu juga waktu pembinaan insan

pada setiap pagi Jumaat. Budaya membaca
al-Quran yang diadakan di dewan sekolah
akan dipimpin oleh Adam Haikal bersama
kawan-kawannya, Irfan Danish, Aidil Ikmal,

dan Omar Rayyan secara bergilir-gilir setiap
minggu. Minggu pertama, Adam Haikal akan
memimpin bacaan Yasin sementara Irfan
memimpin bacaan doa selepas Yasin, dan

begitulah seterusnya.
Ustaz Kamal sering menjadikan Adam


16







Misteri Tengah Malam.indd 16 10/30/15 11:53 AM


Click to View FlipBook Version