The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK BUKU PSS SK SUNGAI ISAP, 25150 KUANTAN, PAHANG, 2021-03-03 10:14:13

sejSeksaizA42021

sejSeksaizA42021

Pelan lokasi sekolah

Sekolah ini merupakan sekolah gred A kategori luar bandar,
yang terletak di Mukin Kuala Kuantan. Jarak sekolah ke pusat
bandar lebih kurang 12 km. Dengan menjadikan peta lokasi
persekitaran sekolah sebagai rujukan, Sekolah Kebangsaan
Sungai Isap dilihat terletak di tengah-tengah dua laluan
utama menuju ke pusat bandar. Kedudukan yang strategik ini
menjadikan Sekolah Kebangsaan Sungai Isap adalah pilihan
pertama penduduk setempat.

maklumat sekolah

Nama sekolah : SK Sungai Isap
Alamat : Sungai Isap, 25150 Kuantan
Gred sekolah :A
Kategori : Luar Bandar
Tahun dibuka : Januari 1996
Keluasan sekolah : 14.00 ekar (5.67 hektar)
Guru Besar : En Mohd Ibrahim bin Ismail
GPK Pentadbiran : Pn Rosmawati bt Mohamad
GPK HEM : Pn Rohana bt Ariffin
GPK Kokurikulum : En Mustaffa b Baik
Bilangan guru : 76 orang
Bilangan KPT : 1 orang
Pembantu Tadbir : 4 orang
Pembantu Tadbir Rendah : 1 orang
Pembantu Am Rendah : 1 orang
Pekerja Rendah Awam : 1 orang
Bilangan Murid : 1 020
Bilangan Bilik Darjah : 33 buah
Bilangan Kelas Prasekolah : 2 kelas
Bilangan Kelas Tahun 1-6 : 33 kelas
Nama Kelas Pra : Ertiga dan Exora
Nama Kelas Tahun 1-6 : Waja, Saga, Iswara, Wira,, Persona, Perdana,

VISI SEKOLAH
SKSI SENTIASA GEMILANG

MISI SEKOLAH
Kami warga SK Sungai Isap, beriltizam dan berusaha
sedaya upaya kami untuk membangunkan potensi
setiap individu melalui pendidikan berkualiti dan
merealisasikan trasformasi pendidikan yang terkandung
dalam pelan pembangunan pendidikan Malaysia
2013—2025

MOTO SKSI

Iltizam Menuju Kejayaan

SLOGAN SKSI
Akhlah didahulukan
Akademik diutamakan

LAGU SEKOLAH

Mari marilah semua
sayangi sekolah kita
Sekolah Kebangsaan Sungai Isap
Bersih indah dan permai.

Kitalah murid cemerlang
Di dalam semua bidang
Rebut segala peluang

Agar terus gemilang

Disiplin hormati
Didikan patuhi
Guru tak dilupai
Allah berkati
Dunia hingga ukhrawi

Marilah bersama
Iltizam menuju kejayaan.



LENCANA SEKOLAH

Lencana sekolah ini dicipta berdasarkan kepada rumusan-rumusan
Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Motto/ Slogan “ Iltizam Menuju Kejayaan “ melambangkan hasrat
sekolah bagi membentuk pelajar secara bersungguh-sungguh dan
penuh tanggungjawab untuk cita-cita sekolah menuju kejayaan.

BUKU DAN PEN melambangkan ilmu yang merupakan intipati
kepada pelaksanaan kurikulum dan ianya sejajar dengan
perkembangan dan ledakan ilmu yang mutakhir.

TIGA RANGKAIAN BULATAN yang tertera di bawah buku
bermaksud kesepaduan bagi mencapai kejayaan dalam bidang
kurikulum, kokurikulum dan bina insane.

WARNA BIRU bermaksud perpaduan yang harus dipupuk oleh
semua warga Sekolah Kebangsaan Sungai Isap (SKSI) untuk
kecemerlangan sekolah. Warna kuning bermaksud kesetiaan warga
sekolah menyahut cabaran cita-cita berlandaskan Falsafah
Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam.

Sejarah sk sungai isap

SK Sungai Isap ialah sebuah sekolah yang jaraknya lebih kurang 12 kilometer
dari Bandar Kuantan. Terletak di bawah pengurusan Pejabat Pelajaran
Kuantan dan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Sekolah ini dinamakan
Sekolah Kebangsaan Sungai Isap kerana kedudukannya di dalam kawasan
Perumahan Awam Sungai Isap.

Sekolah ini mula dibuka pada 5 Januari 1997 dengan jumlah murid
seramai 711 orang dan seramai 35 orang guru. Keseluruhan murid di Sekolah
Kebangsaan Sungai Isap berbangsa Melayu. Peningkatan jumlah murid
begitu ketara, di mana pada tahun 2002 murid telah bertambah menjadi 1784
orang dan 79 orang guru.

Guru besar yang pertama di sekolah ini ialah Puan Hajah Noresah

bt Mohamad yang mula berkhidmat pada 5 Januari 1997 hingga 31 Disember

2001. Guru besar kedua ialah Puan Kamariah bt Nan mula berkhidmat pada

1 Januari 2001 hingga 15 Disember 2006. Guru besar ketiga ialah

Dato’Haji Mohamed Sabri bin Mohd Arsad,PKC memulakan tugasnya pada

16 Disember 2006 hingga 1 Disember 2008. Guru Besar Encik Mustaffa bin

Mat,PKT merupakan guru besar yang keempat bermula pada 2 Disember

2008 sehinggalah beliau bersara wajib ketika berusia 60 tahun pada

9 Februari 2015. Guru besar yang kelima ialah Encik Zulkefli bin Ab Wahab

memulakan khidmatnya pada 10 Februari 2016 hingga 15 Mac 2017.

Seterusnya guru besar yang keenam ialah Tuan Syed Abd Wahab bin Syed

Hashim bermula 16 Mac 2017 hingga beliau bersara pilihan pada 1 Jun 2018.

Guru besar yang ketujuh ialah Encik Mohd Ibrahim bin Ismail bermula pada

2 Jun 2018 sehingga sekarang.

Sekolah ini bertaraf Gred A, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan
yang paling ramai murid di Negeri Pahang pada tahun 2009. Jumlah murid-
nya pada tahun tersebut mencecah lebih kurang 1700 orang murid, 96 orang
guru dan 9 orang kakitangan sekolah serta 7 orang kakitangan swasta.

Sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Kuantan Tahun 2007,
sekolah ini telah menerima Anugerah Khas Daerah Kuantan atas pencalonan
Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, SK Sungai Isap juga
turut menerima Anugerah Gading Bersilang dan Pengurusan PKKP Terbaik
Tempat ke 3 pada tahun 2008.Pada tahun yang sama, SK Sungai Isap menempa
nama dan kenangan manis apabila berjaya mencapai bilangan murid paling
ramai mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR), iaitu seramai
80 orang.

Sekolah Kebangsaan Sungai Isap pada peringkat awal
penubuhannya,mempunyai tiga blok bangunan 2 tingkat yang digunakan sebagai
bilik Darjah, Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Muzik, Surau dan
Pusat Sumber. Pada tahun 2001, sekolah ini telah mendapat satu blok Makmal
Komputer dan telah beroperasi pada tahun 2003. Manakala pada tahun 2009 satu
lagi blok bangunan tiga tingkat telah dibina dan beroperasi pada tahun 2011.
Bangunan ini menemnpatkan murid tahap 2 dan bilik Jqaf. Ini bagi menampung
bilangan murid yang semakin bertambah.. Diikuti pada tahun berikutnya, satu
bangunan pejabat guru telah dibina bertujuan untuk kemudahan dan keselesaan
guru. Pada tahun 2011, bilangan murid SKSI telah berkurangan kerana
sebahagian murid telah dipindahkan ke sekolah baru iaitu SK Sg Isap Murni.
Sehingga tahun 2020, murid SKSI tidak melebihi jumlah 1100 orang sahaja.

Pada tahun 2019, SKSI telah direkodkan sebagai sekolah TS25 sejajar

dengan dasar Kementerian Pendidikan yang digubal menjadikan sekolah

pusat transformasi menjelang 2025 nanti.

Pada keseluruhannya, masyarakat di persekitaran sekolah ini terdiri

daripada Bangsa Melayu yang kebanyakannya bekerja di Jabatan kerajaan dan

Syarikat Swasta. Purata taraf hidup dan Kumpulan komuniti di sekolah ini ialah

20 peratus golongan professional, 60 peratus golongan sederhana dan

20 peratus berpendapatan rendah. Dengan kerjasama pihak PIBG, warga sekolah

dan komuniti setempat, diharap SK Sungai Isap terus memacu kejayaan yang

berterusan.

GURU BESAR-GURU BESAR
SK sungai isap

1. PN HAJAH NORESAH BT MOHAMAD (1997 - 2001)
2. PN KAMARIAH BT NAN (2001 - 2006 )
3. TN HAJI MOHAMED SABRI BIN MOHD ARSAD, PKC( 2006 - 2008)
4. EN MUSTAFFA BIN MAT, PKT ( 2008 - 2015)
5. EN ZULKEFLI BIN AB WAHAB ( 2015 - 2016)
6. TUAN SYED ABD WAHAB BIN SYED HASYIM (2016 - 2019)
7. EN MOHD IBRAHIM BIN ISMAIL (2019 HINGGA KINI...)

EN MOHD IBRAHIM BIN ISMAIL
(GURU BESAR)

PN ROSMAWATI BINTI MOHAMAD
(GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)

PN ROHANA BT ARIFFIN
(GURU PENOLONG KANAN HEM)

EN MUSTAFA BIN BAIK
(GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)


Click to View FlipBook Version