The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adilrezashamsuri, 2021-05-26 07:30:12

APA ITU MURAL JILID 1

APA ITU MURAL JILID 1

Keywords: MURAL

APA ITU

MU

RAL

JILID 1

perkongsian asas mural

APA ITU penulis:
adilreza bin shamsuri
MU khairulizharbin husni

RAL editor:
adilreza bin shamsuri
JILID 1 khairulizharbin husni
meor saifullah lulaed
azmir bin ahmad

Buku ini telah diterbitkan pada : 1 Disember 2020

ISBN: 978-967-2498-12-4

Direka oleh:
Adilreza Bin Shamsuri
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH44
Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual,
Politekik Muadzam Shah, Pahang.

COPYRIGHT
Buku ini diterbitkan oleh:
POLITEKNIK MUADZAM SHAH
Lebuh Raya Tun Abdul Razak
26700 Muadzam Shah,
Pahang Darul Makmur.
Tel: 09-4502005
Fax: 09-4502009
www.pms.edu.my

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan
sebarang alat, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya
tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Politeknik Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur.

prakata

Alhamdulillah dan rasa syukur yang tak terhingga ingin kami panjatkan ke
Hadrat Illahi Tuhan Penguasa Alam Semesta ini Allah S.W.T dengan terhasilnya
buku ‘Apa Itu Mural Jilid 1’ ini. Dengan terhasilnya buku jilid satu ini banyak
perkara asas, kemahiran dan pengalaman yang dapat kami kongsikan di
sepanjang penglibatan kami dalam menghasilkan mural baik sebagai medium
berekspresi mahupun Ketika dalam tugasan tanggung-jawab sosial korporat
(CSR). Di dalam buku ini kami ingin berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang
kaedah, teknik dan bahan-bahan yang boleh digunapakai dalam menghasilkan
lukisan dinding atau lukisan mural yang baik. Kami di sini juga ingin mengambil
kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan
terima kasih kepada Ketua Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual Politeknik
Muadzam Shah, Dr.Zulkfli Bin Md Yusoff yang telah banyak membantu sehing-
ga buku ini tercetak dan berjaya diterbitkan. Begitu banyak bantuan, ilmu dan
pengetahuan yang telah beliau kongsikan demi terhasilnya buku yang sangat
bermanfaat ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan sekerja kami yang
telah banyak memberi dorongan, motivasi dan berkongsi maklumat berupa
sejarah-sejarah awal bermulanya seni mural dan informasi yang tepat berkaitan
sejarah dan zaman tercetusnya revolusi seni mural. Sekali lagi dengan rasa
rendah diri sebagai hamba-Nya kami ingin mengucapkan rasa syukur yang
tidak terhingga kepada Sang Pencipta Segala Makhluk, Allah S.W.T kerana
dengan limpah kurnianya sehingga kami berjaya menyelesaikan penulisan
buku mural ini yang bertajuk ‘Apa Itu Mural Jilid 1’. Semoga dengan kehadiran
buku ini diharap dapat menjadi rujukan dan panduan yang berguna bagi
mereka yang ingin mempelajari dan menghasilkan karya seni mural.

isi kandungan mukasurat

PENGENALAN 1 - 3

TIP 4 - 6

3 KAEDAH MELUKIS MURAL 7 - 10

PROSES ASAS MELUKIS MURAL 11 - 31

Mengukur permukaan dinding mural 12

Merekabentuk lukisan mural mengikut kesesuaian 13 - 14

Membersihkan permukaan dinding mural 15 - 16

Mengaplikasikan cat asas pada permukaan dinding mural 17 - 18

Bagaimana cara mengaplikasikan rekabentuk
Mural pada dinding 19 - 20

Pemilihan jenis cat yang sesuai untuk digunakan 21

Perbezaan antara jenis cat yang boleh digunakan 22 - 24

Senarai peralatan yang diperlukan 25 - 26

Proses mengaplikasikan cat pada dinding 27- 31

ELEMEN DAN PRISIP REKABENTUK 32 - 37
Elemen ruang 38 - 41
Elemen warna

KONKLUSI PENGARANG 42 - 43

RUJUKAN DAN KREDIT 44

Lukisan Mural pengenalan

Secara amnya mural adalah sebuah lukisan yang dibuat di atas
permukaan dinding. Mural merupakan sebuah lukisan dinding
berskala besar yang dibuat untuk mengangkat pesan moral dan kritik
sosial yang hendak disampaikan melalui media seni, mural dapat
dilihat di gedung-gedung tinggi, rumah, jalan dan lain-lain permukaan
dinding di jalanan.
Secara ringkasnya dalam sejarah seni halus, jejak seni mural dapat
dikesan sejak dari zaman prasejarah lagi di sekitar 31, 500 tahun
dahulu seperti lukisan gua di Lascaux, di wilayah Dorgogne di barat
daya Perancis. Lukisan gua ini dilukis oleh orang-orang prasejarah
dengan menggunakan cat air yang terbuat dari limun sebagai bahan
utama dalam penghasilan medium warna. Lascaux menjadi terkenal
dan menjadi salah satu rujukan utama dalam sejarah seni dunia
kerana kualiti, ukuran, dan kecanggihan kuno mereka yang luar
biasa. Subjek utama dalam lukisan gua ini terdiri dari binatang-bina-
tang besar yang berasal dari wilayah tersebut.
Pada masa kini mural digunakan sebagai medium yang lebih kreatif
dan inovatif untuk menyampaikan pesan moral dan kritik sosial, juga
sebagai medium untuk berekspresi dalam gerakan seni halus.

Lukisan Lascaux

1

apa itu lukisan jalanan

Lukisan jalanan merupakan sebuah lukisan dinding yang dikenali sebagai graf-
fiti. Lukisan yang dilukis oleh individu atau perkumpulan tertentu sebagai salah
satu medium untuk berekspresi dan juga sebagai kritik sosial pada golongan
tertentu dalam masyarakat. Pada awal kemunculannya, Street art dilabelkan
sesetengah masyarakat sebagai salah satu bentuk vandalisme namun secara
perlahan ianya mula diterima masyarakat sebagai satu bentuk kesenian.
‘Street Art’ kini lebih diterima dan difahami masyarakat. Selain diiktiraf, street
art juga dapat dilihat sebagai satu daya tarikan untuk pelancongan (Eleanor
Mathieson & Xavier A. Tapies, 2012). Seperti yang kita ketahui, industri seni
dalam negara ini begitu kecil, tidak seperti di negara-negara luar seperti di
barat dan Eropah di mana industri seni merupakan satu bidang yang sangat
dihargai oleh masyarakat. Untuk menyedarkan masyarakat kita supaya lebih
mengenali dan menghayati seni, salah satu caranya adalah dengan meng-
gu-nakan medium seni seperti Street Art.

2

mural & grafiti sama tapi
sama tak?
berbeza

Kebanyakan kita akan keliru di antara grafiti dan seni jalanan. Jika
kita mentakrifkan dua konsep ini, mural adalah cara menggambar
atau melukis di atas media dinding, tembok atau permukaan luas
yang bersifat kekal. Berbeza dengan grafiti yang lebih menekank-
an pada isi tulisan dan kebanyakan dibuat dengan semburan cat,
mural lebih terkawal kerana kebiasannya dinding mural dihasilkan
di kawasan yang dibenarkan untuk tatapan mata,lain pula dengan
grafitti di mana ada sesetengah hasil seninya diaplikasikan di
tembok awam yang dilarang menjadikan sesetengah hasil seni
grafiti dilihat sebagai vandalisme, walau bagaimanapun seni graf-
fiti kini sudah diterima oleh orang awam kerana keunikan seninya
yang tersendiri seperti elemen-elemen rekabentuk typography
yang unik dan menarik.

3

tip 1 sebagai
pelukis mural,
ambil tahu
anda perlu
Dalam menghasilkan sebuah lukisan mural, semestinya cakna!
terdapat beberapa kaedah dan tahap yang perlu di lalui
dalam menyiapkan lukisan berskala besar di dinding. Ini
adalah penting kerana kaedah yang digunakan akan
mempengaruhi hasil akhir lukisan dinding tersebut.
Semestinya untuk menghasilkan karya mural yang
terbaik, para pelukis harus cakna & tahu dengan arif
tentang bahan bahan yang baik untuk digunakan seperti,
peralatan dan juga jenis cat yang akan diguna pakai.

4

tip 2

kenal pasti

Sebelum lukisan dinding atau sesuatu mural di
laksanakan dengan menggunakan bahan bahan cat
ke atas ruang dinding terdapat beberapa langkah yang
perlu di kenalpasti seperti keluasan dinding, permu-
kaan dinding, lokasi dinding yang akan dilukis kerana
ia akan mempengaruhi jenis jenis cat atau media yang
akan digunapakai.

5

tip 3

Bagaimana
menghasilkan
mural yang baik

Perkara utama yang harus anda miliki sebelum meng-
hasilkan lukisan mural ialah minat dan kesungguhan yang
tinggi. Rasa kesungguhan yang tinggi tersebut mampu
memberikan kekuatan dan ransangan saat anda melukis.
Terutama bagi anda yang melukis di kawasan yang cukup
men yang tinggi dan kekuatan untuk menyelesaikan
projek mural tersebut.

6

TEKNIK 3 kaedah
MELUKIS MURAL melukis mural

YANG BOLEH
DIGUNA PAKAI

7

KAEDAH MANUAL

Melukis secara manual, kaedah ini lebih kepada pelukis yang berpen-
galaman dan sangat mahir dalam menghasilkan lukisan dalam skala
besar tanpa mencacatkan komposisi lukisan yang hendak dilukis.

Melukis secara manual juga memerlukan pengalaman dan praktis
yang berterusan, kaedah ini lebih sesuai kepada mereka yang benar
benar terlibat di dalam dunia lukisan mural,street art atau graffiti.

8

KAEDAH GRID

Lukisan grid pula adalah teknik yang akan membantu meningkat-
kan ketepatan anda tanpa menjejaskan pengembangan lukisan
tangan bebas anda dalam jangka masa panjang. Ini pada dasarn-
ya melibatkan meletakkan grid di atas gambar dan kanvas ruju-
kan anda, kemudian menggunakan grid itu untuk membantu pen-
empatan gambar anda. Kaedah ini biasa digunakan di dalam luki-
san potrait, sama halnya juga dengan lukisan mural cuma gamba-
ran potrait diganti dengan gambaran dinding yang hendak dilukis.
Dan kebiasaanya pelukis akan membuat garisan binaan grid ini
dengan menggunakan spray putih sebagai tanda koordinat setiap
petak sebelum melukis.

9

kaedah menekap

Kaedah memancarkan lukisan ke dinding menggunakan projektor merupa-
kan satu teknik yang paling mudah dan cepat. Kaedah ini boleh dipraktikkan
walaupun individu tersebut tidak begitu mahir di dalam lukisan mural, ini
adalah kerana kaedah menggunakan projektor adalah sama seperti kaedah
menekap.

Walau bagaimanapun terdapat limitasi seperti keadaan cuaca ketika
hendak menggunakan kaedah ini sekiranya permukaan yang hendak dilukis
berada di kawasan yang terbuka, kerana kaedah menekap lukisan yang
dipancarkan menggunakan projektor sebaiknya dilakukan didalam keadaan
yang gelap. Tetapi sekiranya kaedah ini hendak diguna pakai ketika waktu
siang dan cerah beberapa peralatan di perlukan seperti kain kanvas yang
besar untuk menutup ruang paparan projektor supaya kaedah menekap
lukisan dapat di lakukan dengan lebih jelas.

10

proses asas BERIKUT ADALAH PROSES
melukis mural PENGHASILAN MURAL
MENGGUNAKAN
TEKNIK MENEKAP,
MENGGUNAKAN
“PROJEKTOR”

11

MENGUKUR Pertama sekali ialah mengenal pasti fizikal dan saiz dinding yang hendak dilu-
Permukaan kis, mengetahui saiz dinding yang hendak dilukis adalah amat penting kerana
Untuk Dinding ia akan mempengaruhi jumlah cat serta durasi masa yang diperlukan untuk
Mural meghasilkan lukisan mural tersebut. Saiz dindig boleh diukur dengan pita
pengukur kerana jika dinding tersebut terlalu besar kaedah lukisan grid boleh
di guna pakai selain melukis secara manual atau meggunakan projektor.
Kemudian kenal pasti apakah jenis permukaan dinding tersebut kasar atau
sebaliknya. Ini kerana setiap kemasan akhir simen pada dinding adalah tidak
sama permukaannya.

12

mereka bentuk

lukisan mural

mengikut

kesesuaian Perkara kedua yang perlu dilakukan ialah rekabentuk lukisan mural,mer
ekabentuk lukisan mural perlulah bersesuaian dengan konsep dan mesej
yang hendak disampaikan, untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dan
inovatif kita perlulah berfikir secara kritis dalam menyampaikan sesuatu
mesej di dalam bentuk lukisan, dengan kaedah ini dunia dapat dilihat dari satu
perspektif yang berbeza serta dapat mengubah suatu perkara yang ingin
dihasilkan menjadi lebih baik. Sebagai contoh, subjek yang telah dipilih untuk
dilakar pada dinding perlulah sesuai dan mampu diterima penonton, mempu-
nyai daya tarikan dan dihargai masyarakat dari sudut yang positif dan kreatif,
jadi hasil seni mural ini dapat dilihat dari sudut yang artistik dan estetik.

13

LANGKAH 1 LANGKAH 2
LANGKAH 3
Berikut adalah salah satu teknik bagi memudahkan proses mere-
bentuk pada dinding mural. Gambar dinding di lokasi sebenar
diambil, seterusnya di“impose” dan disuai padankan dengan
rekabentuk yang telah direka menggunakan perisian rekabentuk
iaitu Adode Ilustrator dan Adobe Photoshop. Proses ini dapat mem-
bantu dalam mendapatkan hasil sebenar mengikut ketiggian dan
keluasan dinding yang akan dilukis.

14

MEMBERSIHKAN
Permukaan
Dinding Mural

Perkara ketiga apa yang perlu dilakukan adalah, membersihkan dinding untuk
menghilangkan segala kotoran, minyak serta debu yang ada. Dinding yang
telah dibersihkan sebaiknya dibiarkan sehingga benar-benar kering sebelum
proses melukis dijalankan. Sebelum segala proses dalam penghasilan mural
dimulakan, dinding yang telah dibersihkan perlu dilapisi dengan cat
asas(emulsion paint). Cat asas yang dipilih sebaiknya berwarna cerah seperti
putih atau kelabu terang. Fungsi cat asas ini adalah bertujuan untuk menutup
segala warna dan tekstur yang ada di permukaan dinding yang hendak dilukis
ibarat seperti satu permukaan kertas lukisan kosong yang bersih.

15

Berikut adalah contoh salah satu projek lukisan mural di mana
dinding lukisan akan dibersihkan terlebih dahulu, segala kekotoran
atau bendasing yang melekat pada dinding akan dibersihkan
menggunakan “scrapper” supaya permukaan yang akan dilukis
menjadi lebih kemas untuk proses melukis dan mewarna.

16

MENGAPLIKASIKAN Setelah permukaan dinding dibersihkan dari segala kekotoran dan ben-
catasas pada dasing, proses seterusnya adalah menngaplikasikan cat asas pada
permukaan permukaan dinding yang akan dilukis. Kebiasaannya cat asas akan
Dinding mural menggunakan warna putih kerana ia ibarat menjadikan permukaan dind-
ing seperti kertas lukisan yang besar dan ia akan mudah proses melakar.
Walau bagaimanapun terdapat juga pelukis mural yang menggunakan
selain dari warna putih, ia bergantung kepada rekaan dan warna lukisan
yang hendak di lukis.

17

Berikut adalah contoh dinding projek mural yang telah siap
diwarnakan dengan warna asas berwarna putih.Permukaan
sebegini akan memudahkan proses melakar.

18

KAEDAH MENEKAP
REKABENTUK Mural
Pada Dinding

Kaedah termudah, cepat dan lebih praktikal untuk memindahkan rekabentuk
mural anda ke dinding adalah dengan munggunakan projektor. Kaedah ini lebih
memudahkan serta banyak menjimatkan waktu . Selain menggunakan projektor,
kaedah grid teknik skala juga dapat digunakapakai. Visual yang dipancarkan ke
dinding melalui projektor akan terlihat lebih tepat bersesuaian dengan idea serta
akaran asal mural.

19

Berikut adalah contoh projek mural yang telah mengap-
likasikan teknik menekap menggunakan projektor, teknik ini
sesuai dengan keadaan yang gelap untuk memastikan pancar-
an lukisan dari projektor dapat di tekap dengan baik. Walau
bagaimana pun sekiranya proses menekap ingin dilakukan
pada waktu siang hari ruang pancaran dari projektor ke arah
dinding yang hendak dilukis haruslah di tutup dengan kain
kanvas untuk memudahkan kerja menekap, tetapi akan
berlaku limitasi sekiranya ruang lukisan yang hendak ditekap
agak besar dan luas.Jadi solusi yang terbaik adalah dengan
menekap di waktu malam.

20

pemilihan jenis Jika lokasi atau ruang dinding mural berada di luar ruangan atau tertedah
cat yang dengan cahaya matahari, sudah tentu cat yang anda perlukan adalah cat
sesuai untuk yang berkualiti serta sesuai dan mampu bertahan dari kesan cuaca seperti
di gunakan cahaya matahari, hujan dan sebagainya. Ketika pembelian cat dilakukan,
adalah sebaiknya terlebih dahulu memeriksa serta memilih jenis cat yang
betul supaya tidak tersalah.
Cat akrilik merupakan salah satu pilihan cat yang baik dan berkualiti serta
sesuai untuk digunakan. Namun, pemilihan cat akrilik sebagai medium
utama dalam penghasilan keseluruhan mural tentunya akan memerlukan
kos yang sangat tinggi. Cat akrilik merupakan salah satu alternatif yang
boleh dipertimbangkan dalam menghasilkan karya mural yang bermutu
tinggi. Selain cat akrilik anda juga boleh menggunakan cat yang biasanya
digunakan untuk mengecat rumah. Bagi melindungi lukisan mural di dinding
yang telah siap sepenuhnya, anda juga boleh lapisi permukaan dinding
mural dengan pernis yang jernih.

21

perbezaan CAT AKRILIK
antara jenis
cat yang boleh Bahan asas cat akrilik adalah plastik yang mengandungi polietilena. Cat ini
digunakan biasanya digunakan pada kertas, kanvas, kain,dinding dan media kayu. Semasa
digunakan, cat ini mesti dicairkan terlebih dahulu dengan menggunakan air yang
mencukupi.

Ciri utama cat akrilik ialah ia cepat kering. Jadi cat ini sangat sesuai untuk
menambahkan ketebalan pada tekstur. Bagi aktiviti mural yang menggunakan
permukaan dinding yang terdedah di kawasan lapang cat akrilik yang

CAT minyak

Cat minyak dibentuk oleh zarah pigmen warna yang digantung menggunakan
bahan minyak. Itulah sebabnya, pelarut dibuat dari minyak. Cat ini sangat
digemari pelukis kerana mempunyai warna yang tajam. Ini dapat memudahkan
artis membuat panorama yang jelas dan membentuk kesan tekstur yang
dihasilkan.Satu lagi kelebihan cat minyak adalah ketahanannya yang sangat
baik. Walau bagaimanapun, cat ini memerlukan masa yang lama untuk kering.
Cat ini juga mempunyai bau yang menyakitkan yang sering menyebabkan sakit
kepala, terutama bagi mereka yang baru mengenal cat minyak. Cat ini sangat
baik digunakan pada permukaan kanvas. Walau bagaimana pun untuk aktiviti
mewarna mural terdapat limitasi jika menggunakan cat jenis minyak kerana cat
minyak memerlukan cecair khas untuk campuran warna jadi ia akan
memperuntukkan kos yang tinggi untuk lukisan dinding yang besar.

22

(contoh cat mural pelaka yang biasa digunakan untuk aktiviti mural) CAT lapangan

Pemilihan cat mural adalah penting sekiranya dinding lukisan yang hendak dilukis
berada di kawasan terbuka dan terdedah kepada cuaca. Ini akan menyebabkan
dinding lukisan cepat menjadi pudar dan merekah selain dari itu ia akan menye-
babkan lukisan menjadi terkupas apabila terkena sinaran matahari dan hujan.
Selain dari itu cuaca di luar kawasan terbuka juga mempengaruhi kulat yang
tumbuh kerana suhu lembab dan basah disebabkan cuaca. Cat untuk lukisan
lapangan biasanya telah diformulasikan untuk bertindak lebih tahan lama bagi
melindungi dinding dari pelbagai Iklim. Tip untuk pemilihan cat yang perlu diberi
penekanan adalah seperti weatherproof atau water resistant, selain dari itu pelukis
mural boleh mengenal pasti jenis cat yang dapat bertahan di kawasan terbuka.Ter-
dapat kualiti cat yang dapat bertahan selama 2 tahun, 4 tahun ataupun lebih dari
itu, kualiti ketahanan cat ini akan mempengaruhi harga cat.

(contoh cat dinding untuk kegunaan luar. Sumber: www.seamaster.com) (contoh cat dasar emulsion paint. Sumber: www.nipponpaint.com)

23

cat epoxy

Cat epoxy kebiasaannya merupakan sejenis cat yang digunakan untuk mengecat
lantai. Epoxy dalam bahasa mudahnya adalah bahan kimia yang dikategorikan
sebagai resin ataupun gam. Cat epoxy perlu dicampur dengan bahan yang dike-
nali sebagai hardener untuk menjadikan cat epoxy kering dan tahan lama, cat ini
akan memberi kemasan berkilat setelah kering. Nisbah campuran cat epoxy
kebiasaannya 2:1. Cat ini biasanya dapat dilihat di lantai kilang di perindustri-
an,walau bagaimanapun ia juga digunakan untuk aktiviti keceriaan di sekolah dan
institusi berkaitan.

(Sumber: www.epoxymurah.com) (contoh lantai yang menggunakan cat epoxy. Sumber:www.gz-supplies.com) (contoh cat epoxy dan campuran epoxy hardener.
Sumber: www.ewarehouse.my)

24

1 23 SENARAI PERALATAN

YANG DIPERLUKAN

4 5 6 1. Berus rata (pelbagai saiz)
7 89 10 2. Berus lukisan (pelbagai saiz)
3. Berus Roller (saiz besar dan
11 12 kecil)
13 14 4. Bekas cat
5. Pensil penanda
6. Bekas Plastik bertutup (kegu-
naan lebihan cat)
7. Surat Khabar terpakai (kegu-
naan untuk pelapik di ruang
kerja)
8. Thinner (membersih berus)
9. Masking tape
10. Gunting
11. Kapur tulis (tujuan menanda
pada dinding)
12. Kain pengelap
13. Plastik sampah (wajib bagi
memastikan ruang kerja bersih)
14. Baldi air

25

15 SENARAI PERALATAN
16 17 YANG DIPERLUKAN

19 20 15. Tangga Aluminium
18 16. Kain kanvas
17. Tali Nylon (Pengikat kain kanvas)
18. Sarung tangan plastik
19. Batang rod boleh laras
20. Pisau pemotong
21. Perancah (untuk kegunaan
dinding yang tinggi)
22. Playar (untuk pembuka tudung
cat dan sebagainya)
23. Pengikis(untuk kegunaan ketika
membersihkan permukaan dinding)

21 22 23

26

proses
MENGAPLIKASIKAN
cat Pada Dinding

Proses mengaplikasi rekabentuk mural yang telah direka di dalam perisian
digital pada permukaan dinding yang sebenar. Berikut adalah contoh projek
tanggungjawab sosial koprat berkaitan mural kebersihan bandar di Raja
Pekan Pahang.

27

proses mengecat

(Sumber: koleksi penulis)

28

(Sumber: koleksi penulis)

29

(Sumber: koleksi penulis)

30

Salah satu projek mural dengan kerjasama Sw Corp Pekan Pahang bertajuk kempen kebersihan bandar di Raja.

31

Pengetahun asas
prinsip rekabentuk
yang perlu di ketahui

32

PRINSIPREKA BENTUK

Sebelum menghasilkan apa apa karya seni mural, semestinya pelukis perlu mema-
hami terlebih dahulu prinsip asas yang paling utama dalam rekabentuk iaitu 7 prin-
sip reka bentuk. Prinsip rekaan adalah peraturan yang mesti dipatuhi oleh pereka
untuk membuat komposisi yang berkesan dan menarik. Prinsip asas reka bentuk
adalah Penekanan, Keseimbangan dan Penjajaran, Kontras, Pengulangan, Perk-
adaran, Pergerakan dan Ruang Putih. Reka bentuk tidak perlu mematuhi peraturan
ini dengan tegas untuk menjadi "baik". Sebilangan rekaan yang benar-benar
mengejutkan mengabaikan satu atau lebih prinsip reka bentuk untuk menghasilkan
karya yang menarik dan berkesan. Namun jika prinsip asas ini tidak diaplikasikan
dalam rekabentuk pasti akan terdapat kecacatan dalam menghasilkan karya,
namun sesetengah kelainan di dalam seni itu dianggap istimewa, bagaimana pun
secara peribadinya bagi saya, ilmu yang berguna itu adalah ilmu yang diamalkan.
peribadinya bagi saya, ilmu yang berguna itu adalah ilmu yang diamalkan.

33

ELEMEN RUANG

Di dalam menghasilkan karya mural yang baik, penekanan pada elemen atau
prinsip ruang adalah perkara paling utama kerana hasil lukisan yang besar pada
dinding memerlukan komposisi ruang yang seimbang untuk menampakkan hasil
karya mural yang baik.

Elemen Ruang Reka Bentuk merujuk pada kawasan di dalam, di sekitar, di atas
atau di bawah objek atau objek. Penting untuk mencipta dan memahami
kedua-dua karya seni dua dimensi atau tiga dimensi.

Ruang merangkumi latar belakang, latar depan dan tanah tengah. Ruang meru-
juk kepada jarak atau kawasan di sekitar, antara atau dalam komponen seke-
ping.

LATAR BELAKANG
Adalah kawasan lukisan yang kelihatan secara visual jauh di jarak di atau dekat
cakrawala. Ia biasanya terletak di permukaan kanvas yang lebih tinggi.

LATAR DEPAN
Kawasan lukisan yang kelihatan secara visual paling hampir dengan penonton.
Selalunya terletak di satah bawah atau bahagian bawah kanvas.

LATAR TENGAH
Adalah ruang yang membentuk jarak antara latar depan dan latar belakang
lukisan. Tidak ada pengukuran khusus untuk apa hadnya. Biasanya ia terletak di
suatu tempat di satah tengah kanvas.

34

ILUSTRASI PAPARAN RUANG

LATAR DEPAN PAPARAN LATAR BELAKANG
LATAR BELAKANG HADAPAN LATAR TENGAH
GAMBAR LATAR DEPAN

RUANG TANAH

LATAR TENGAH

ILUSTRASI MENGGAMBARKAN BAGAIMANA
ASPEK RUANG DI LIHAT DARI
PAPARAN HADAPAN

35

KEPENTINGAN RUANG

Ruang diperlukan sebagai penentu jarak antara bentuk dan bentuk yang lain. Itulah
sebabnya aspek ruang adalah salah satu daripada 7 elemen reka bentuk grafik yang
sangat penting untuk membina sejumlah objek dalam reka bentuk.

Ruang dalam karya reka bentuk grafik dapat dibuat kerana penambahan bentuk dan
bentuk objek reka bentuk. Secara teknikal, aspek ruang berfungsi sebagai akses untuk
menambahkan fokus mata atau pandangan penonton ke objek reka bentuk. Atas sebab
ini, banyak pereka grafik menggunakan elemen ruang untuk menentukan jarak dari
bentuk objek ke objek lain dalam karya mereka.

Dengan aspek ruang, anda boleh menemui dua elemen utama dalam reka bentuk, iaitu
elemen objek atau angka dan elemen latar atau latar belakang. Kedua-dua elemen ini
juga sangat bergantung dan saling melengkapi.

Tetapi secara praktikalnya, anda juga harus tahu membezakan ruang reka bentuk
grafik, kerana reka bentuk grafik yang menggunakan perisian atau aplikasi reka bentuk
pasti akan menggunakan sejumlah layar di dalamnya. Lapisan pertama selalu dikenali
sebagai kawasan kerja. Kemudian lapisan kedua akan disebut ruang positif, dan
lapisan ketiga akan disebut ruang negatif.

36

KESEIMBANGAN

Penggunaan ketiga-tiga lapisan ini iaitu latar depan,latar belakang dan latar tegah mesti
dikaji dengan teliti bersama dengan penggunaan aspek lain. Tujuannya supaya ruang
dalam reka bentuk dapat terdiri dari lapisan positif dan negatif yang seimbang.
Aspek keseimbangan ini adalah penting dalam menghasilkan karya seni yang baik dan
kreatif.
Keseimbangan dalam reka bentuk juga akan memudahkan penonton menangkap semua
maklumat dan mesej yang hendak disampaikan dalam reka bentuk anda. Anda juga boleh
membuat reka bentuk dengan lebih mudah sekiranya objek di dalamnya seimbang.

37

sebagai
pelukis mural,

anda perlu
cakna!

38

WARNA
Warna ialah unsur visual yang memainkan peranan penting dalam penghasilan karya seni. Warna
dapat membezakan antara sesuatu benda. Warna juga boleh dilihat disekeliling kehidupan
kita,betapa hebatnya ciptaan yang Maha Kuasa, dimana kehidupan kita berseri seri dengan
pelbagai jenis warna.

Contohnya keindahan alam semula jadi yang mempunyai persekitaran yang warna warni serta
menarik. Warna juga berkait rapat dengan perasaan atau membangkitkan aura seseorang. Ia
juga dapat mempengaruhi suasana dan dapat menunjukkan ruang dan digunakan sebagai
simbol.

Penggunaan warna sangat penting dalam mereka dan menghasilan karya. Warna juga
merupakan alat komunikasi visual yang sangat efektif. Selain itu warna juga terbahagai kepada
tiga kategori dan mempunyai beberapa ciri penting iaitu jenis-jenis warna , nilai warna dan skema
warna.

39

JENIS-JENIS WARNA

1. Warna Asas iaitu biru, merah dan kuning. (Primer)
2. Warna Sekunder iaitu campuran warna asas tertentu
menghasilkan warna hijau, ungu dan jingga / oren.
(Sekunder)
3. Warna Tertier iaitu campuran warna asas dan sekunder.

40

campuran
warna asas,
berdasarkan
roda warna

41

konklusi pengarang 1

Secara kesimpulannya, seni mural merupakan medium penghantar mesej
yang sudah diterima pada masa kini sebagai suatu hasil karya yang mampu
memberi impak dan pesanan positif kepada masyarakat. Selain itu seni mural
juga berperanan sebagai penyeri atau subjek untuk mengindahkan perseki-
taran melalui kaedah berkomunikasi secara visual.

Sebagai pengkarya atau pelukis mural, prinsip asas rekabentuk perlulah difa-
hami supaya hasil karya yang dihasilkan mampu memberi impak maksima
kepada masyarakat dan bukan hanya memberi penekanan kepada nilai estetik
semata mata. Pengkarya juga perlu memahami prinsip rekabentuk merupakan
satu konsep di mana ia menyusun maklumat visual mengikut aturan supaya
idea yang cuba disampaikan dapat diamati dengan baik.

Selain dari itu kepentingan elemen dan prinsip rekabentuk adalah panduan
kepada pelukis dalam menghasilkan seni mural supaya setiap permukaan
dinding yang dilukis tidak mencacatkan pemandangan, malah lebih teruk jika ia
dilabelkan sebagai vandalisme. Jadi pengkarya haruslah mempunyai seman-
gat bertanggungjawab dalam setiap aktiviti seni yang bakal dihasilkan. Dapat
disimpulkan, sebagai pengkarya harus bersedia dengan ilmu dan peka dengan
keadaan sekeliling supaya hasil seni dapat berbicara kepada masyarakat
dengan baik,“Seni akan mengambil tempat apabila kata-kata tidak mampu
menjelaskan maksud tertentu”.

42

konklusi pengarang 2

Secara konklusinya begitulah antara kepentingan dan fungsi warna dalam
menghasilkan mural yang mempunyai nilai estetik yang tinggi, artistik, kreatif
dan inovatif. Sifat warna yang berbeza-beza ini dapat dinilai keberkesanan dan
fungsinya dari sudut psikologi dan emosi sebagai medium penghantar seni
selain dari simbol-simbol dan kesan visual yang sering digunakan sewaktu
menghasilkan mural. Secara umumnya warna dapat dibahagikan kepada dua
kelompok utama iaitu warna sekunder dan warna primer, dan di sepanjang
proses kreatif dalam menghasilkan mural akan berlaku berbagai lagi eksplorasi
dan eksperimentasi dalam pencampuran warna.

Selain titik, garis, ruang dan tekstur, elemen warna juga memainkan peranan
yang sangat penting dalam menyampaikan suatu pesan, kesan, ekspresi dan
interpretasi pada masyarakat dan penikmat seni. Keberagaman rupa, bentuk
dan gaya juga dapat dilihat melalui pemilihan warna yang digunakan. Pada
kebiasaannya pemilihan warna akan dilakukan terlebih dahulu iaitu sewaktu
dalam proses merekabentuk lagi selari dengan tema dan konsep yang telah
ditentukan.

Selain dari penggunaan warna yang kompleks dan rumit, monokromatik juga
dapat menghasilkan skema warna yang sederhana, minimalis dan elegan.
Aspek lingkungan dan lokasi juga perlu diambil kira dalam proses pemilihan
warna, ini kerana secara tidak langsung sedikit sebanyak akan mempengaruhi
sosiologi dan budaya masyarakat setempat. Dapatlah sekiranya kesimpulan
dibuat bahawa pemilihan dan penggunaan warna dalam menghasilkan lukisan
mural adalah sangat penting kerana ianya bersifat kekal dan monumental
selagi mana ia tidak diubah dan dihapuskan.

43

rujukan

Main:

Ocvirk, Stinson, Wigg, Bone (2001). Art Fundamentals, Theory and Practice. McGraw Hill,
USA.

Additional:

FSAD1250 Art, Design and Visual Thinking, New York State College of Human Ecology Cornell
University online http://char.txa.cornell.edu/author.htm

Ocvirk, Stinson, Wigg, Bone, Cayton. (2008). Art Fundamentals: Theory and Practice.
McGraw-Hill Humanities/Social Sciences/Languages: 11 Edition.

Resnick, E. (2003). Design For Communication Conceptual Graphic Design Basic, John Wiley
&Sons Inc., New Jersey.

http://www.yelmonline.com/news/article_6c0b2352-c823-11e9-ac59-6b08a2440678.html
https://www.gameplan-a.com/2018/05/finding-the-perfect-canvas-in-the-unlikeliest-places/
https://www.lifehacker.com.au/2014/05/use-a-projector-to-paint-amazing-wall-murals/
https://www.efdotstudio.com/blog/going-big
https://adalah.co.id/mural/
https://pohonbintang.wordpress.com/my-writings/art/guernica-dewey-spirkin/
https://www.theartstory.org/artist/picasso-pablo/
https://www.epoxymurah.com/2018/06/harga-jasa-epoxy-lantai-terbaru.html
https://www.freepik.com/free-photo/carpenter-holds-paintbrush-paints-wood_8971442.htm

44

ADILREZA BIN SHAMSURI KHAIRUL IZHAR BIN HUSNI
BA (Hons) Industrial Design (UiTM) BA Edu. Visual Art
Diploma in Industrial Design (UiTM) (Universitas Negeri Medan,Indonesia)

Hasil perkongsian ilmu ini diharap dapat mewarnai dan Politeknik Muadzam Shan
mengubah dunia menjadi lebih kreatif di samping Lebuh Raya Tun Abdul Razak,
26700 muadzam shah ,
dapat memberi kefahaman yang sebenar kepada Pahang Darul makmur
sesetengah golongan yang masih menganggap aktiviti Tel: 09-4502005 Fax: 09-4502009

ini sebagai sesuatu yang negatif.


Click to View FlipBook Version