The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adnilzah321, 2021-05-24 01:53:50

MINIT SPBT (1)

MINIT SPBT (1)

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG MEDAN
42500 TELOK PANGLIMA GARANG,KUALA LANGAT

MINIT MESYUARAT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
BIL 1 TAHUN 2021

Tarikh : 26 Januari 2021( Selasa )
Masa : 2.00 petang
Tempat : Atas talian
Kehadiran : 9/9

Nama Guru Besar
1. Pn. Nor Suhaida binti Saufi Pen. Kanan HEM
2. Pn. Noor Hikmah binti Yusop Guru Akademik
3. Pn. Hazlinda binti Mohd Janudin Guru Pendidikan Islam
4. Pn. Haslinda binti Samsudin Guru Akademik
5. Pn. Hasmunawati binti Hashim Guru Pendidikan Islam
6. Cik Hadibah binti Melan Guru Akademik
7. En. Fadhlullah bin Kamil Guru Akademik
8. Datin Hajjah Halina binti Sairoji Guru Pendidikan Islam
9. Pn. Norashikin binti Rosli

Turut Hadir (Jika ada) :
Tiada

Nama Yang Tidak Hadir :
Tiada

Urus Setia Mesyuarat :
Puan Hazlinda binti Mohd Janudin

Agenda Mesyuarat

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Memulakan majlis dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah.
1.2 Mengalu-alukan kehadiran Ahli Jawatan Kuasa SPBT sesi 2021 dan mengucapkan

tahniah atas lantikan sebagai AJK SPBT pada tahun ini.
1.3 Mengharapkan semua ahli dapat menyelesaikan tugasan dengan lebih awal.
1.4 Mengharapkan setiap perancangan mesti mempunyai impak yang baik ke arah membina

jati diri murid dalam pelbagai program yang dibuat.

1

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Cadangan : En. Fadhlullah bin Kamil
2.2 Sokongan : Pn. Norashikin binti Rosli

3.0 PERKARA – PERKARA BERBANGKIT

3.1 Rujuk Borang Maklum Balas ( Mesyuarat SPBT Kali ke 1/2021)

4.0 PERKARA BAHARU

4.1 Borang SPBTG 2021
4.1.1 Borang SPBTG 2021 merupakan format baharu iaitu SPBT G PIN.1/2019 berlainan
daripada borang G tahun 2020.
4.1.2 Borang SPBTG 2021 perlu dilengkapkan dengan tarikh, tandatangan terima buku oleh
murid dan guru kelas pada setiap nama murid.
4.1.3 Borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan semula kepada guru SPBT untuk
simpanan fail.
4.1.4 Borang G yang baharu ini juga telah siap ditaip nama murid. Sekiranya terdapat
pertambahan murid baharu guru kelas tuliskan sahaja nama murid tersebut di ruangan
yang disediakan.

Tindakan : Guru-guru Kelas

4.2 Penjagaan Buku Teks
4.2.1 Guru SPBT memohon kerjasama semua guru kelas dan guru matapelajaran untuk
memastikan murid-murid telah membalut buku teks masing-masing. Terutama kepada
murid tahun 5 yang menerima buku teks baharu KSSR Semakan 2017.
4.2.2 Sekiranya masih ada murid yang tidak membalut buku teks, mereka boleh pergi
ke bilik SPBT atau berjumpa dengan guru SPBT atau mana-mana AJK SPBT untuk
membeli pembalut buku dengan membawa bersama buku teks tersebut.
4.2.3 Unit SPBT menyediakan perkhidmatan membalut buku teks tersebut dengan bayaran
RM 1 bagi setiap buku.

Tindakan : Guru kelas,Guru matapelajaran dan AJK SPBT

4.3 Kutipan dan agihan buku teks 2020/2021
4.3.1 Masih dalam proses, bermula 21 – 29 Januari dengan memberi keutamaan kepada
murid asal. Bagi murid tahun 5 yang baru masuk atau berpindah ke SKKM diminta
dan digalakkan mengambil buku teks tahun 5 di sekolah lama masing-masing. Namun jika
murid berkenaan daripada sekolah swasta seperti Mujahidin akan diberi buku jika ada
lebihan daripada BOSS Daerah atau sekolah-sekolah yang berdekatan.

2

4.3.2 Untuk makluman, pada tahun ini sekolah telah menerima pertambahan murid yang
agak mendadak terutama murid tahun 1 iaitu seramai 161 orang. Merupakan jumlah
tertinggi sejak 10 tahun yang lalu. Pertambahan juga berlaku di tahun-tahun yang lain.
4.3.3 Sehubungan itu, bilangan buku sedia ada tidak mencukupi untuk menampung
pertambahan murid tersebut. Bagi mengatasinya Unit SPBT telah memohon pesanan
tambahan kepada JPN Selangor. Permohonan telah dihantar dan diterima.
Walaubagaimanapun, proses ini mengambil masa yang agak lama. (sehingga Jun)
4.3.4 Mohon jasa baik semua guru untuk memberi pertimbangan dan inisiatif kepada
murid yang masih belum mendapat buku teks.

Makluman

4.4 Buku Stok SPBT
4.4.1 Buku stok SPBT masih dalam proses kemaskini oleh penyelaras SPBT.
4.4.2 Seperti biasa buku stok SPBT akan disemak oleh Penolong Kanan Hem dan ditutup
oleh Guru Besar.

Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Guru SPBT memaklumkan hanya murid warganegara sahaja yang layak menerima
pinjaman buku teks. Murid bukan warganegara adalah seperti berikut:
a) Nur Arissa Aqila bt Abdullah – 1B
b) Johan - 2B
c) Muhammad Fitri Qayyum – 4A
d) Zelfi Atulningsih – 4A
e) Muhammad Irshad Ananda bin Nurdin – 5M
f) Muhammad Mifzal Alif – 6S
5.2 Pengurusan sekolah (HEM) juga mengingatkan pesanan PPD agar sekolah memastikan
setiap murid mempunyai sekurang-kurangnya 1 buku, 1 meja dan 1 kerusi pada hari pertama
persekolahan.
5.3 Penyelaras SPBT memaklumkan aktiviti yang bakal berlangsung pada waktu terdekat
ialah Taklimat Pra Pesanan 2022 pada Februari 2021.

Makluman

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 Pengerusi mengharapkan agar proses kutipan dan agihan buku teks akan berjalan dengan
lancar. Berharap semua pihak mematuhi SOP yang telah ditetapkan sepanjang proses
tersebut.
6.2 Mesyuarat diakhiri dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr.
6.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang.

Urus setia
Hazlinda binti Mohd Janudin
Setiausaha Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
SK Kampung Medan

4


Click to View FlipBook Version