MASJID TAYYIBAH MUKIM HUTAN PASIR
KERTAS KERJA
PERMOHONAN
VAN JENAZAH
1
KERTAS KERJA VAN JENAZAH
MASJID TAYYIBAH MUKIM HUTAN PASIR
16450 KETEREH, KELANTAN DARULNAIM.
1. Tujuan kertas Kerja.
Kertas kerja ini bertujuan untuk membuat permohonan bagi mendapatkan sebuah
van jenazah samada dari syarikat - syarikat korporat, badan - badan kebajikan, NGO,
badan - badan berkanun atau badan – badan swasta dan lain – lain yang budiman.
2. Objektif
2.1. Memberikan perkhidmatan pengurusan jenazah yang lengkap hingga selesai
(secara pakej) kepada ahli - ahli qariah masjid dan masyarakat sekitarnya. Proses ini
bermula dari proses memandi, mengapan, menyembahyang, membawa jenazah ke
kubur dan mengkebumikannya.
2.2. Menjaga kebajikan ahli qariah dan masyarakat sekitarnya apabila ada kematian
dengan memberikan bantuan segera kepada mereka tak kira di mana kematian berlaku
samada di rumah atau di hospital atau bila-bila masa ia berlaku samada siang atau
malam. Keluarga simati tidak perlu bersusah payah mencari orang untuk pengurusan
jenazah. Mereka hanya perlu memaklumkan kepada pihak masjid dan segala urusan
pengurusan jenazah selepas itu akan diuruskan oleh pihak masjid sehingga selesai.
2.3. Memperluaskan fungsi masjid kepada masyarakat dari berfungsi hanya sebagai
sebuah pusat ibadat kepada pusat yang memberikan pelbagai khidmat masyarakat.
2.4 Program ini akan mengeratkan lagi hubungan antara pihak masjid dengan ahli - ahli
qariah khasnya dan masyarakat sekitar amnya.
3. Latar Belakang masjid.
2
3.1. Kedudukan :
Masjid Tayyibah Mukim Hutan Pasir merupakan sebuah masjid yang diketegorikan
sebagai masjid mukim. Ianya terletak lebih kurang 6 KM daripada Pekan Ketereh.
Kedudukannya yang strategik terletak di tengah-tengah antara Pangkal Kalong dan
Pekan Ketereh.
3.2. Pengurusan & Pentadbiran
Imam Tua : Tiada
Imam Muda : Ustaz Muhammad Hafiz Bin Ruslee
Bilal : En Roseli Bin Abd Latif
Masjid Tayyibah Mukim Hutan Pasir terletak di bawah seliaan Majlis Agama Islam dan
Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK) dan sebuah Jawatan kuasa telah dibentuk untuk
mentadbir masjid. Beberapa Jawatankuasa Kecil pelaksana telah dibentuk oleh Jawatan
kuasa bagi melicinkan lagi pengurusan dan pentadbiran masjid.
Antaranya ;
- Biro Pelajaran & Dakwah
- Biro Pembangunan, Kebersihan dan Keceriaan
- Biro Kebajikan Dan Hal Ehwal Mukim
- Biro Pembangunan Belia Dan Wanita
- Biro Ekonomi
- Biro Sambutan Dan Keceriaan
3.3. Ahli qariah
Ahli kariah Masjid Tayyibah Mukim Hutan Pasir ramai kerana penduduk setempat di
sekitar Masjid yang terdiri daripada penduduk tempatan ( Kg. Hutan Pasir, Sebahagian
Kg Bechah Hangus & Kg. Tok Akil ) dan penduduk luar yang datang membeli rumah di
kawasan perumahan sekitar masjid
3
• Taman SL, Taman Sri Wangi dan beberapa buah taman perumahan lain.
3.4. Aktiviti Mengimarahkan Masjid.
Aktiviti mengimarah masjid mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada
penduduk setempat dan dari luar. Di antara aktiviti-aktiviti yang disediakan meliputi kuliah
magrib harian, kuliah subuh pada setiap pagi hari minggu, sambutan hari-hari kebesaran
dalam Islam, Forum, Kursus Haji, program sepanjang Bulan Ramadhan dan lain – lain.
4. Kemudahan Pengurusan Jenazah.
Pihak Masjid telah menyediakan kemudahan pengurusan jenazah seperti palung
dan hos memandi, bahan untuk memandi dan kain kafan jenazah. Malangnya pihak kami
kami tidak memiliki kemudahan van jenazah. Sekarang ini, apabila berlaku kematian
kebiasaanya kami mendapatkan khidmat van jenazah dari Masjid Ketereh, Masjid
Belukar Luas, Masjid Dendang dan sekitarnya.
Adakalanya berlaku pertembungan, van jenazah yang hendak dipinjam telah
digunakan oleh pihak lain atau mengalami kerosakan. Maka kami terpaksa menggunakan
alternatif lain seperti menggunakan lori kecil. Keadaan ini telah menimbulkan rasa kurang
senang dari kalangan ahli keluarga simati. Oleh itu kami merayu kepada semua untuk
membantu kami untuk mendapatkan van jenazah bagi membolehkan kami memberikan
khidmat yang terbaik kepada ahli qariah dan masyarakat sekitar.
5. Spesifikasi Van Jenazah.
5.1 Sebuah van (Jenama /model terpulang kepada penderma).
5.2 Van yang telah di ubah suai dalaman ( tempat duduk untuk pengiring, tempat
meletakkan jenazah, keranda / pengusung ).
5.3 Cat beserta dengan tulisan pada badan van sesuai dengan sebuah van jenazah
(nama pihak penderma, nama van jenazah dan ayat – ayat Al Quran).
4
6. Rancangan Operasi.
6.1 Pengurusan / penyelenggaraan Van Jenazah diuruskan oleh Biro Kebajikan Dan Hal
Ehwal Mukim
6.2. Tugas memandu Van akan dilaksanakan oleh seorang pembantu pada bilal dan siak
yang telah dilantik oleh jawatankuasa Induk masjid dan diberi saguhati bulanan.
6.3. Perhidmatan van jenazah ini akan dikenakan sedikit bayaran yang ditentukan oleh
pihak pengurusan masjid bagi membiayai minyak dan penyelengaraan van.
7. Penutup.
Akhir kata, kami AJK Masjid Tayyibah Mukim Hutan Pasir dengan penuh
takzimnya menyeru pihak tuan agar sama-sama membantu kami untuk mendapatkan
sebuah van jenazah bagi kegunaan ahli – ahli qariah dan penduduk sekitarnya. Semoga
segala usaha dan ikhtiar kita untuk merealisasikan harapan ahli–ahli kariah dan
penduduk sekitar Masjid Tayyibah Mukim Hutan Pasir bagi mendapatkan sebuah van
jenazah ini diberkati dan dianugerahkan pahala berganda-ganda. In sya allah.
Sekian, Terima Kasih. Wassalam.
“BERSAMA MENCARI KEREDHAAN ALLAH”
“ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI,
RAKYAT DIPAYUNGI”
“SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU
DUNIA DAN AKHIRAT”
5
Disediakan oleh;
……………………………………………
(ONN BIN ABDULLAH)
Setiausaha,
Masjid Tayyibah Mukim Hutan Pasir
16450 Ketereh, Kelantan.
# Sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila hubungi ;
Imam Muda : UST MUHAMMAD HAFIZ BIN RUSLEE – 014-5173673
Setiausaha : EN ONN BIN ABDULLAH – 016-2255404
Bendahari : EN ZAKARIA BIN OMAR – 013-9252889
Derma boleh disalurkan ke akaun BANK MUAMALAT Masjid Tayyibah Mukim Hutan
Pasir, no: 0303 0013214 725
6
7