The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pastel Triangles Quote Notebook eBook Cover (4)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Valencia Leyla, 2023-04-06 03:21:49

Pastel Triangles Quote Notebook eBook Cover (4)

Pastel Triangles Quote Notebook eBook Cover (4)

RUKUN NEGARA NAMA AMYLIA ASANG (20DAT22F2010) BRIGITTA INTANG (20DAT22F2008) ARABELLA GRACE (20DAT22F2009) VALENCIA LEYLA (20DAT22F2001) CANDY YIK WAN DING (20DAT22F2005) PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (MPU21032) MDM FARAH HANAN


Penghargaan Segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Maha Pencipta alam semesta serta pencipta umat manusia yang cukup sempurna dari segi akal dan fikiran supaya dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba-Nya. Syukur kepada Tuhan kerana kami telah selesai menjalankan penulisan e-Folio yang bertajuk ‘Rukun Negara sebagai teras mencapai perpaduan negara‘ dengan jayanya. E-Folio ini merupakan sebahagian daripada tugasan bagi subjek Penghayatan Etika dan Peradaban. Dikesempatan ini kami ingin menyampaikan jutaan terima kasih kepada Puan Farah Hanan Binti Abu Bakar, salaku pensyarah bagi kursus Penghayatan Etika dan Peradaban kerana beliau telah memberikan sepenuh kepercayaannya kepada kami serta memberikan tunjuk ajar dan nasihat untuk kami meyempurnakan tugasan penting ini. Selain itu, ucapan ini juga ditujukan kepada rakan seperjuangan saya yang telah berhempas pulas dalam menjayakan tugasan ini tidak kira secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah kalian hulurkan amatlah saya hargai. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Politeknik Mukah Sarawak kerana telah memberi peluang dan ruang ini untuk kami meghasilkan buku digital ini sebagai rujukan pensyarah dan para pelajar. Akhir kata, kami berharap agar tugasan yang telah kami laksanakan ini dapat menambah ilmu pengetahuan dan memberi manfaat kepada diri sendiri serta pelbagai pihak.


Penghargaan Pengenalan 1.0 Latar belakang, kaedah, prinsip, objektif dan matlamat Rukun Negara 1.1 Latar Belakang Rukun Negara 1.2 Kaedah Rukun Negara 1.3 Prinsip Rukun Negara 1.4 Objektif dan matlamat Rukun Negara 2.0 Penjelasan Prinsip-prinsip Rukun Negara 2.1 Kaedah penghayatan Rukun Negara 3.0 Implikasi Peristiwa 13 Mei 4.0 Di sebalik makna Prinsip Rukun Negara 5.0 Kesan kewujudan Rukun Negara kepada bangsa dan negara 5.1 Kesan jika Rukun Negara tidak dihayati 6.0 Kepentingan Rukun Negara Isu-isu semasa berkaitan dengan Rukun Negara Aktiviti pengukuhan Rujukan Kesimpulan Kandungan


Pengenalan Kebanyakan rakyat negara ini biasa dengar Rukun Negara. Walau bagaimanapun, tahap pengetahuan mereka berbeza-beza iaitu ada yang setakat sedar sahaja kehadirannya dan ada yang boleh menyebut prinsipprinsip Rukun Negara itu. Ada juga yang memahami tuntutan prinsip-prinsip rukun negara itu dan ada juga yang bertanggungjawab iaitu Rukun Negara hendaklah dijadikan landasan untuk memandu tindak-tanduk kita sepanjang masa dalam setiap aspek kehidupan dan dengan setiap pihak yang didampingi serta pada semua peringkat, sama ada dalam hubungan sesama manusia mahupun hubungan dengan Tuhan. Kejayaan seseorang untuk benar-benar menghayati semangat sesuatu peraturan seperti yang dikehendaki oleh Rukun Negara, seluruh latar belakang dan tujuan peraturan itu mestilah difahami. Daripada keinsafan yang timbul hasil pemahaman itu bolehlah diharapkan bahawa semangat dan asuhan peraturan menjadi perkara kedua. Apa yang lebih penting ialah bahawa kita dapat memanfaati peraturan itu dengan menjadikannya amalan hidup kita. Ideologi bermaksud ajaran atau satu bentuk fahaman yang boleh dijadikan pegangan hidup atau cita-cita yang hendak dicapai secara bersungguh-sungguh. Dalam konteks Rukun Negara sebagai ideologi kebangasaan, ia merujuk kepada lunas-lunas dalam dasar pemerintahan untuk dijadikan panduan am tindakan rakyat. Rukun Negara adalah satu prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara.


LATAR BELAKANG, OBJEKTIF DAN PRINSIP RUKUN NEGARA


Latar Belakang Konsep Rukun Negara .Latar Belakang, Objektif dan Prinsip Rukun Negara Rukun Negara telah diisytiharkan dengan rasminya oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970, iaitu semasa sambutan ulang tahun ke-13 merdeka. Keputusan untuk membentuk ideologi kebangsaan ini dibuat beberapa bulan selepas peristiwa 13 Mei 1969 meletus. Konflik kaum itu telah menghilangkan keyakinan rakyat terhadap hubungan kaum. Justeru, setelah banyak perbincangan diadakan dan setelah selesai tugas memulihkan keamanan, sebuah badan khas telah ditugaskan untuk menggubal satu set “peraturan” yang boleh memandu rakyat negara ini menjalankan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab dalam keadaan yakin dan selamat. Dalam masa yang sama diharap rakyat memiliki rasa patriotik dan cinta terhadap negara. Rukun Negara ialah amalan yang perlu dilakukan dan satu visi bagi merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaysia dan ia juga merupakan satu doktrin untuk untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia. Rukun Negara menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersamasama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama


Prinsip Rukun Negara Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagaibagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:


Objektif dan Matlamat Rukun Negara Untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan berpatriotik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu pihak, jika tidak, kestabilan dan keselamatan negara akan terancam. Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat. Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara. Ahli-ahli masyarakat menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-masing. Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak. Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Untuk mencipta satu masyarakat yang adil Untuk memelihara cara hidup demokratik Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan Untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden


Kepercayaan kepada agama ini akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain masih boleh diamalkan dengan aman. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri merupakan lambang perpaduan rakyat. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi Perlembagaan memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Perlembagaan Malaysia menjadi sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan dan kehakiman negara. Penjelasan Prinsip Rukun Negara Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan


Kedaulatan undang-undang perlu diterima dan dipertahankan. Hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil jika undang-undang tidak dipatuhi. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Sikap yang bersopan santun dan bersusila amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain terutamanya dalam kalangan anggota masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan Prinsip ini menjadi panduan supaya anggota masyarakat sentiasa bertindak sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni yang diamalkan di negara ini.


Warganegara Malaysia hendaklah menghayati kepercayaan agama masing-masing. Berpegang teguh kepada seluruh agama. Warganegara Malaysia hendaklah setia dan mentaati Ketua Negara dan pemimpin negara. Jangan melakukan tindakan yang boleh dianggap sebagai menderhaka kepada raja dan negara seperti menyebarkan maklumat yang boleh menjejaskan imej negara. Warganegara Malaysia hendaklah menghormati Perlembagaan Persekutuan. Sebarang tindakan hendaklah selaras dengan peruntukan Perlembagaan. Warganegara Malaysia hendaklah mematuhi undangundang negara. Mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Warganegara Malaysia hendaklah mengamalkan budaya dan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian. Menyayangi ahli keluarga, jiran tangga, harta awam dan alam sekitar. Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan kesusilaan Bagaimana Menghayati Prinsip Rukun Negara ?


Implikasi Peristiwa 13 Mei Tragedi berdarah 13 Mei 1969 telah menggemparkan seluruh negara; malahan negara-negara asing turut terperanjat kerana semenjak Malaya merdeka negara ini berkeadaan aman dan semakin membangun. Pakatan dan kerjasama kaum yang bermula dengan usaha menentang pengganas dan mendapatkan kemerdekaan, telah dikagumi ramai. Kemajuan negara, lebih lagi selepas Malaysia dibentuk pada tahun 1963 menjadi contoh di mata dunia. Demokrasi juga telah berjalan baik dan membari manfaat sepenuhnya kepada rakyat tetapi anehnya kejadian buruk itu menunjukkan demokrasi itu sendiri telah disalahgunakan dan akibatnya semua kebanggan rakyat tentang perpaduan dan pembangunan terus lenyap dengan sekelip mata. Pemimpin serta rakyat yang bertanggungjawab dan cintakan negara serta menghargai perpaduan mengalami bermacam-macam perasaaan: malu di atas kegagalan memelihara hubungan kaum yang telah terbina semenjak merdeka; bimbang sekiranya kaum Melayu dan kaum Cina akan terus bermusuhan sehingga boleh melemahkan pertahanan negara; rasa kerugian dan sedih di aras kehilangan nyawa dan harta benda.


Implikasi peristiwa ini ke atas kerjasama ekonomi dan politik dalam konteks pemerintahan negara merupakan perkara paling serius dalam pemikiran pemimpin dan juga rakyat. Kemerdekaan telah diperolehi hasil usaha dan perjuaangan bersama semua kaum. Kerajaan demokrasi yang jelas telah terbukti berjaya membawa kemajuan adalah kerajaan dokongan rakyat berbilang kaum. Ini semua sudah tergugat dengan konflik kaum yang telah terjadi itu. Banyak perkara telah menjadi tanda tanya pada pelbagai pihak – pemimpin, awam malahan pemerhati-pemerhati politik antarabangsa. Apa akan jadi kepada kerajaan yang telah didirikan dengan gabungan parti dan kaum? Bagaimana kerajaan berbagai-bagai kaum yang telah diserasikan oleh Perikatan UMNO-MCAMIC dapat meneruskan usaha membawa perubahan ke kota dan desa yang memang sudah terbukti itu? Mungkinkan demokrasi akan tergantung tidak menentu atau akan terkubur terus akhirnya? Banyak lagi soalansoalan seperti ini sering ditanyakan dan menjadi asas perbualan. Sesungguhnya peristiwa 13 Mei itu telah membuka mata pihak kerajaan dan juga rakyat. Banyak pengajaran telah diperolehi daripadanya.


ISI 1: DI SEBALIK MAKNA PRINSIP RUKUN NEGARA


Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia yang telah dibentuk pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei 1969 yang telah melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Tujuan utama Rukun Negara dibentuk adalah untuk membentuk perpaduan yang kukuh. Oleh itu, prinsip-prinsip dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi memastikan kejayaan dan kestabilan Malaysia. Melalui Rukun Negara, Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya, memelihara satu cara hidup demokratik, iaitu dengan mencipta satu masyarakat yang adil agar kemakmuran negara dapat dinikmati secara adil dan saksama, menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak serta membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden dalam rangkaian kehidupan. Terdapat lima prinsip dalam Rukun Negara yang perlu dijiwai oleh setiap rakyat Malaysia iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan dan Kesusilaan. Kepercayaan kepada Tuhan dimaksudkan sebagai bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa islam adalah Agama Rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan atau perihal agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan merosakkan bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masingmasing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.


Prinsip kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara adalah berteraskan kepada amalan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Seterusnya, prinsip ketiga iaitu Keluhuran Perlembagaan yang menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi dan berfungsi untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Oleh hal yang demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia juga turut menentukan pola politik dan kedudukan sosioekonomi rakyat di negara ini. Ianya juga adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat. Prinsip keempat Rukun Negara adalah Kedaulatan Undang-Undang. Keadilan yang diasaskan atas kedaulatan undang-undang menunjukkan bahawa setiap rakyat adalah sama taraf di sisi undang-undang. Selain itu, Kebebasan asasi juga terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara yang berasaskan perlembagaan perlu diterima dan dipertahankan kedaulatannya.


Tanpa adanya undang-undang maka negara tidak dapat mencapai keamanan dan kestabilan. Seterusnya, undangundang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undangundang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Menerusi kewujudan undang-undang juga, ianya akan menjamin kehidupan anggota masyarakat agar dapat hidup dalam suasana yang teratur dan selamat tanpa sebarang bentuk kekacauan. Hakhak semua rakyat juga boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkaraperkara seperti mana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan. Akhir sekali, prinsip kelima Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku setiap rakyat. Ianya bertujuan untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin dan bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Kesimpulannya, Rukun Negara bukanlah sekadar prinsip yang yang hanya dilafazkan dengan ikrar tetapi ianya menuntut kesungguhan setiap warganegara untuk menghayati dan mengamalkannya. Justeru, mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui perpaduan yang kukuh maka pertumbuhan ekonomi dapat ditingkatkan dan kestabilan politik dapat dikekalkan dalam sistem pemerintahan negara yang bercorak demokratik.


ISI 2: KESAN RUKUN NEGARA KEPADA BANGSA DAN NEGARA


K e d a t a n g a n k a u m C i n a , I n d i a d a n k a u m k a u m l a i n k e T a n a h M e l a y u p a d a s u a t u m a s a d a h u l u t e l a h m e m b e n t u k m a s y a r a k a t M a l a y s i a p a d a h a r i i n i , i a it u w u j u d n y a p e l b a g a i a n k a u m , a g a m a d a n b u d a y a . i i . K e d a t a n g a n p e l b a g a i k a u m k e T a n a h M e l a y u d a n d a s a r B r iti s h t e l a h m e n g u b a h l a n d s k a p N e g a r a i n i y a n g m a n a T a n a h M e l a y u m e n j a d i P u s a t P e r l o m b o n g a n b i j i ti m a h d a n p u s a t p e r l a d a n g a n g e t a h . I m p a k n y a t e r h a d a p p e m b a n g u n a n e k o n o m i d a n s o s i a l N e g a r a t e r u s k e l i h a t a n s e h i n g g a h a r i i n i . i i i . K e d a t a n g a n k a u m k a u m l a i n j u g a t e l a h m e n g g a l a k k a n p e n e m p a t a n B a n d a r m a s y a r a k a t C i n a m e l a l u i a k ti v iti p e r n i a g a a n . O l e h it u , k e b a n y a k k a n B a n d a r B a n d a r d i M a l a y s i a s e h i n g g a h a r i i n i k e k a l d i h u n i o l e h o r a n g C i n a . i v . E k o r a n d a s a r B r iti s h k e b a n y a k k a n k a u m C i n a d a n I n d i a b e rt u m p u a t a u l e b i h r a m a i d i n e g e r i – n e g e r i p a n t a i b a r a t s e p e rti S e l a n g o r , P e r a k , J o h o r , P u l a u P i n a n g d a n S e r e m b a n . M a n a k a l a , d i n e g e r i P a n t a i T i m u r s e p e rti K e l a n t a n d a n T e r e n g g a n u d i h u n i o l e h O r a n g M e l a y u . v . K e w u j u d a n p e l b a g a i k a u m t e l a h m e m b e r i k e s a n k e p a d a p e rt u m b u h a n p a rti p o l iti k s e p e rti : - a . DA P b . U M N O c . P A S


tiada perasaan bertolak ansur anatara agama dan bangsa kurang semangat kebangsaan dan cinta akan negara rakyat yang tidak patuh kepada agamanya melahirkan masyarakat yang rosak akhlak dan tiada jati diri rakyat tidak menghormati undangundang menyebabkan hidup bermasyarakat di negara ini tidak aman dan stabil rakyat tidak bersatu padu dan hidup tidak harmoni K ES A N J I K A R U K U N N E G A R A T I D A K D I H A Y A T I


KESAN JIKA RUKUN NEGARA TIDAK DIHAYATI 1. Hilang jati diri 2. Meningkatkan gejala sosial 3. Menggugat keselamatan negara 4. Perpaduan negara terhakis / semakin goyah 5. Kurangnya semangat patriotik 6. Kurang menghormati perlembagaan negara 7. Pembangunan negara terjejas 8. Kedaulatan negara tergugat 9. Budaya tercemar 10. Menjatuhkan imej negara 11. Ketidakstabilan politik


ISI 3: KEPENTINGAN RUKUN NEGARA


Mencapai perpaduan yang lebih erat. Melalui usaha untuk mencapai perpaduan, semua lapisan perlulah menanam cita-cita yang positif bagi membentuk satu bangsa dan negara supaya kekal lama. Sebagai contoh, pada masa ini iaitu dilanda covid-19, semua masyarakat mestilah bersatu padu dengan mematuhi SOP semasa covid-19. Hal ini perlu dipatuhi supaya dapat mengurangkan kes. Umum mengetahui, bahawa sesebuah negara yang maju dari pelbagai aspek menjadikan konsep perpaduan yang terjalin antara setiap masyarakatnya sebagai tunggak utama perkembangan negara. Mencipta sebuah masyarakat yang adil. Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Hal ini demikian kerana masyarakat yang adil akan mewujudkan negara yang stabil dan masyarakat yamg aman. Contohnya, kerajaan mestilah membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada semua masyarakat tanpa mengira kaum. Hal ini dilakukan bagi mengelakkan daripada berlaku pengangguran yang banyak di negara ini. Seperti yang berlaku kini dengan kehadiran covid-19, ramai masyarakat menganggur kerana terpaksa berhenti kerja.


Membina masyarakat yang progresif. Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap negara memerlukan masyarakat yang progresif terhadap kemajuan dalam bidang sains dan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi terkini.Masyarakat yamg progresif terhadap kemajuan ini sudah tentu memberi banyak manfaat kepada negara contohnya dalam bidang ekonomi. Golongan muda terutamanya perlulah menguasai bidang ini supaya dapat mencipta teknologi canggihdan sekali gus dapat bersaing dengan negara lain contontohnya negara Jepun Memelihara satu cara hidup demokratik. Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang neagra.Umum mengetahui, system pemerintahan di Malaysia dijalankan secara demokrasi. Contohnya, semasa pilihan raya berlangsung rakyat sendiri perlulah membuat undian bagimemilih kerajaan yang mampu mentadbir negara kearah kemajuan dari pelbagai aspek. Tanpa pentadbiran yang cekap, sesebuah negara tersebutr akan mundur dan dalam masa yang sama akan dipandang rendah oleh negara lain. Jadi, perkara tidak boleh dipandang enteng begitu sahaja. Apabila berlaku sebarang masalah melanda negara, kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan.


Isu-isu semasa berkaitan dengan Rukun Negara


Apakah perinsip rukun negara yang ke-empat? AKTIVITI PENGUKUHAN 1. 2. Apakah objektif utama Rukun Negara? 3. Nyatakan tiga alasan rakyat Malaysia perlu menghormati kedaulatan undang-undang 4. Nyatakan tiga kesan sekiranya rakyat Malaysia berpegang teguh kepada agama dan kepercayaan masing-masing. 5. Nyatakan dua cara bagaimana kita boleh menghayati prinsip Rukun Negara?


RUJUKAN


BUKU NAZARUDDIN HJ. MOHD JAIT, MA'ROF REDZUAN, ASNARULKHADI ABU SAMAH, ISMAIL HJ. MOHD RASHID. PENGAJIAN MALAYSIA KENEGARAAN DAN KEWARGANEGARAAN EDISI KEDUA DITERBITKAN OLEH: PRENTICE HALL PEARSON MALAYSIA SDN. BHD. DR. MOHD BIN SAMSUDIN, DR. AZHARUDIN BIN MOHAMED DALI, RIDZUAN BIN HASAN DAN ISHAK BIN SAIDOO. BUKU SEJARAH TINGKATAN 5 DBP DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA KUALA LUMPUR 2020 SITI ZAHARAH SETAPA, HASNAH HUSSIIN, NUR AFIFAH SAHARUDIN, NORHASLINA SULAIMAN, MOHD ROSDI RIPIN, SOLEHAH SAMSUDIN, ZUHARYATI YUSOF. PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN. DITERBITKAN OLEH: PENERBIT EHSAN (M) SDN. BHD. LINK https://www.studocu.com/my/document/pol iteknik-metro-betongsarawak/communicative-english-3/e-folioetika-dan-peradaban/36479931 https://agri.upm.edu.my/artikel/disebalik_ makna_prinsip_rukun_negara-43449


KESIMPULAN Kelahiran Rukun Negara tidak menempuh jalan yang panjang. Namun, ia dihasilkan dengan berlatarkan sejarah yang panjang. Walaupun masa menggubalnya setahun, namun peristiwa 13 Mei yang mendorong penggubalnnya berhubung kaitdengan dimensi sejarah yang luas dan jauh ke belakang. Implikasi renteran, peristiwa yang berkaitan adalah juga penting difahami, Kelima-lima prinsip haruslah dilihat sebagai satu kesatuan tuntutan yang menyeluruh. Individu sebagai insan Tuhan adalah juga anggota banyak kelompok daripada yang terkecil seperti keluarga hinggalah seluruh masyarakat. Kesempurnaan masyarakat jika hendak dicapai mesti bermula dengan kekuatan di peringkat individu. Disiplin kendiri dan hubungan baik dengan pihak lain hanya bermakna dan benar apabila individu juga bertanggungjawab dari segi keagamaan; tegasnya dia juga menghayati hubungannya dengan Tuhan, pencipta alam. Individu dalam masyarakat bertindak dan bergerak dalam konteks ekonomi, politik dan sosial. Dalam sebarang aktiviti, di mana sahaja, manusia tidak terpisah daripada tuntutan kuasa yang berbagai-bagai yang perlu dipatuhi.


e-book ini menjelaskan tentang rukun negara sebagai teras mencapai perpaduan negara. anatara faktor rukun negara sebagai teras mencapai perpaduan negara ialah di sebalik makna prinsip rukun negara, kesan rukun negara kepada bangsa dan negara dan kepentingan rukun negara. perbincangan tentang faktor ini telah disesuaikan dengan menghubungkaitkan isu semasa yang semakin berleluasa disebabkan faktor-faktor yang mempengaruhinya dari pelbagai sudut. e-book ini juga menjelaskan kesan-kesan daripada cabaran tersebut serta mengemukakan usahausaha dalam mengatasi masalah tersebut menular.


Click to View FlipBook Version