The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shawakirms, 2020-11-10 03:17:05

Latihan ABK

Latihan ABK

ALIH BENTUK KOMUNIKASI

Soalan:

Berdasarkan jadual yang diberikan, huraikan kadar penyertaan tenaga buruh antara gender dan
pengangguran bagi peringkat umur 15 tahun ke atas di negara-negara terpilih ASEAN pada tahun 2013.
Berikan kesan sekiranya berlaku peningkatan berterusan penggangguran dalam negara.

MALAYSIA: INDEKS PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DI NEGARA-NEGARA
TERPILIH ASEAN PADA TAHUN 2013.

Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Kadar Kadar
Penggangguran penggangguran
(15 tahun ke atas) (15 tahun ke atas) Belia (15 – 24
Negara (%)
(%) tahun)
Myanmar Lelaki Perempuan (%)
Filipina
Singapura 82.9 85.7 - -
Malaysia
Thailand 79.7 51.5 7.3 16.3
Indonesia
77.5 59.1 3.1 6.7

80.5 49.5 3.0 10.3

80.8 64.4 0.6 2.8

84.4 51.3 6.2 22.2

(Sumber: dipetik drp Laporan Pembangunan Negara Bersekutu, 2013)

Jadual menunjukkan penyertaan tenaga buruh antara gender dan pengangguran bagi peringkat
umur 15 tahun ke atas di negara-negara terpilih ASEAN pada tahun 2013.

A- Antara Gender :

Kadar penyertaan tenaga buruh antara gender bagi peringkat umur 15 tahun ke atas di negara-
negara terpilih ASEAN pada tahun 2013 lelaki lebih banyak/ramai daripada perempuan ialah negara
Filipina, Singapura, Malaysia, Thailand dan Indonesia. Buktinya, kadar penyertaan tenaga buruh lelaki
negara Filipina pada tahun 2013 ialah sebanyak 79.7% manakala kadar penyertaan perempuan Filipina
sebanyak 51.5%.

Kadar penyertaan tenaga buruh antara gender bagi peringkat umur 15 tahun ke atas di negara-
negara terpilih ASEAN pada tahun 2013 perempuan lebih banyak/ ramai daripada lelaki ialah negara
Myanmar. Buktinya, kadar penyertaan tenaga buruh perempuan negara Myanmar pada tahun 2013 ialah
sebanyak 85.7% manakala kadar penyertaan lelaki sebanyak 82.9%.

Kadar penyertaan tenaga buruh antara gender bagi peringkat umur 15 tahun ke atas di negara-
negara terpilih ASEAN pada tahun 2013 lelaki paling tinggi/banyak ialah negara Indonesia manakala,
lelaki paling sedikit/rendah ialah negara Singapura. Buktinya, kadar penyertaan tenaga buruh lelaki
Indonesia pada tahun 2013 sebanyak 84.4% manakala kadar penyertaan lelaki Singapura sebanyak 77.5%.

Kadar penyertaan tenaga buruh antara gender bagi peringkat umur 15 tahun ke atas di negara-
negara terpilih ASEAN pada tahun 2013 perempuan paling tinggi/banyak ialah negara Myanmar
manakala, perempuan paling sedikit/rendah ialah negara Malaysia. Buktinya, kadar penyertaan tenaga
buruh perempuan Myanmar sebanyak 85.7% manakala, kadar penyertaan perempuan Malaysia sebanyak
51.3%.

#sila pilih salah satu idea di atas

B- Pengangguran bagi peringkat umur 15 tahun ke atas:

Kadar pengangguran bagi peringkat umur 15 tahun ke atas di negara di negara-negara terpilih
ASEAN pada tahun 2013 yang paling tinggi/banyak ialah negara Filipina manakala, paling
rendah/sedikit ialah negara Thailand. Buktinya, kadar penggangguran negara Filipina pada tahun
2013 sebanyak 7.3% manakala kadar penggangguran negara Thailand sebanyak 0.6%.

C- Kesan sekiranya berlaku peningkatan berterusan pengganguran dalam negara.

1. Pembaziran sumber tenaga kerja.
 Kebanyakkan penggangur memiliki kelulusan akademik yang tinggi dan mempunyai
kemahiran untuk menyumbang dalam pembangunan negara.
 Wujud penggangguran akan membazir sumber modal insan untuk bekerja dalam pelbagai
sektor ekonomi.

2. Mewujudkan masalah sosial.
 Wujud penggangguran mendorong kepada perlakuan negatif anggota masyarakat atas
desakan hidup.
 Bagi memenuhi keperluan hidup dan bersifat materialistik pengganggur sanggup
melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang.

3. Hubungan kekeluargaan terjejas.
 Kerap berlaku konflik kerana terdapat pengangguran dalam keluarga.
 Suami yang mengganggur akan mendorong kepada konflik pertelingkahan rumahtangga
yang boleh menyebabkan penceraian.

4. Taraf hidup terjejas.
 Penggangguran menyebabkan rakyat tiada pendapatan.
 Penggangguran tidak dapat memenuhi keperluan hidup.
 Tidak dapat merealisasikan kehidupan yang berkualiti dan sejahtera.

5. Ekonomi negara terjejas.
 Wujud penggangguran akan mengurangkan modal tenaga mahir dan separuh mahir
dalam penghasilan komoditi eksport.
 Mempengaruhi kuantiti produktiviti secara langsung menjejaskan perolehan negara.

SKEMA JAWAPAN : 1A + 1B + 2C

Soalan:
Berdasarkan maklumat dalam carta pai, huraikan perkembangan bilangan sebenar pekerja asing
berdasarkan jenis pekerjaan di Malaysia dari tahun 2014 hingga tahun 2016. Jelaskan kesan-kesan positif
ekoran perkembangan ini.

MALAYSIA : TABURAN PERATUSAN PEKERJA ASING BERDASARKAN
JENIS PEKERJAAN PADA TAHUN 2014 DAN PADA TAHUN 2016

Jumlah 1,183,000 orang Jumlah 1,571,000 orang

* PRA : Pembantu Rumah Asing
(Sumber: Laporan Unit Perancang Ekonomi,

Malaysia, 2016)

Skema Jawapan: Tahun 2014 Tahun 2016
272,090 orang 377,040 orang
Jenis Pekerjaan 425,880 orang 628,400 orang
Pertanian 153,790 orang 188,520 orang
Industri 236,600 orang 267,070 orang
Perkhidmatan 94,649 orang 109,970 orang
Pembinaan
Pembantu Rumah Asing

Carta Pai menunjukkan bilangan sebenar pekerja asing berdasarkan jenis pekerjaan di Malaysia
dari tahun 2014 hingga tahun 2016.

A- BILANGAN SEBENAR PEKERJA ASING

Bilangan sebenar pekerja asing berdasarkan jenis pekerjaan di Malaysia dari tahun 2014 hingga
tahun 2016 telah menunjukkan peningkatan ialah jenis pekerjaan Pertanian, Industri, Perkhidmatan,
Pembinaan dan PRA (Pembantu Rumah asing). Buktinya, bilangan sebenar pekerja asing jenis pekerjaan
pertanian sebanyak 272,090 orang pada tahun 2014, meningkat kepada 377,040 orang pada tahun 2016
dengan peningkatan sebanyak 104,950 orang atau 38.57%.

Bilangan sebenar pekerja asing berdasarkan jenis pekerjaan di Malaysia dari tahun 2014 hingga
tahun 2016 yang menunjukkan peningkatan paling tinggi/banyak ialah jenis pekerjaan Industri.
Buktinya, bilangan sebenar pekerja asing jenis pekerjaan industri seramai 425,880 orang pada tahun2014,
meningkat kepada 628,400 orang pada tahun 2016 iaitu peningkatan sebanyak 202,520 orang atau 47.55%.

Bilangan sebenar pekerja asing berdasarkan jenis pekerjaan di Malaysia dari tahun 2014 hingga
tahun 2016 yang menunjukkan peningkatan paling rendah/sedikit ialah jenis pekerjaan ialah PRA
(Pembantu Rumah asing). Buktinya, bilangan sebenar pekerja asing jenis pekerjaan PRA seramai 94,649
orang pada tahun 2014, meningkat kepada 109,970 orang pada tahun 2016 iaitu peningkatan sebanyak
15,321 orang atau 16.19%.

B- KESAN-KESAN POSITIF EKORAN PERKEMBANGAN PEKERJA ASING INI:

1. Meningkatkan Pendapatan negara.
 Pendapatan negara meningkat kerana perkembangan pelbagai sektor dalam negara.

2. Meningkatkan ekonomi negara.
 Kegiatan ekonomi negara bertambah banyak.
 Produktiviti meningkat.

3. Merapatkan hubungan antara rakyat
 Perpaduan rakyat antara negara terjalin dengan baik
 Dapat mempelajari pelbagai bahasa dan budaya.

4. Mengeratkan Hubungan diplomatik.
 Hubungan diplomatik semakin baik bagi negara- negara terlibat.

5. Dapat memenuhi keperluan tenaga kerja.
 Tidak lagi menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja bagi menjalankan perniagaan.

SKEMA JAWAPAN: 2A + 2B


Click to View FlipBook Version