The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shawakirms, 2020-11-22 09:47:44

Objektif 2013

Objektif 2013

Modul Soalan PdPR 2020
PENGAJIAN AM SEMESTER 1 (KOLEKSI PERCUBAAN 2013)

SET 1

1. Antara yang berikut , pernyataan manakah yang benar tentang sistem Kerajaan Persekutuan ?

I Segala kuasa pemerintahan dimiliki oleh Kerajaan Pusat .

II Kerajaan Negeri melaksanakan kebanyakan pentadbiran negara.

III Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan .

IV Setiap peringkat kerajaan mempunyai kedudukan dan kuasa masing-masing.

A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV

2. Yang manakah antara yang berikut benar jika terdapat percanggahan antara undang-undang
persekutuan dengan undang-undang negeri ?
A. Undang-undang persekutuan akan dibatalkan .
B. Undang-undang persekutuan dan undang-undang negeri akan dipinda untuk mendapatkan
persamaan.
C. Undang-undang persekutuan akan digunakan dan undang-undang negeri akan terbatal
setakat mana yang bercanggahan sahaja.
D. Undang-undang yang bercanggahan itu akan dirujuk kepada Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri

3. Dengan cara apakah kewarganegaraan dapat diperoleh kategori yang berikut ?
 Orang yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia dan sudah menjadi warganegara
Persekutuan Tanah Melayu
 Orang yang dilahirkan di negara Malaysia pada Julai 1982

A. Kuat kuasa undang –undang C. Naturalisasi
B. Pendaftaran D. Penggabungan wilayah

4. Konsep terpenting tentang Doktrin Pengasingan Kuasa ialah
A. badan eksekutif mesti mempunyai kuasa membuat undang-undang dan
menguatkuasakanya
B. badan perundangan mesti mempunyai kuasa untuk menghukum individu atau pihak yang
melanggar undang-undang yang digubal
C. badan kehakiman mesti mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang dan
melaksanakan dasar-dasar awam
D. badan yang sama tidak semestinya bertanggungjawab untuk membuat undang-undang ,
menguatkuasakannya dan menghukum pihak yang melanggarnya

 Mengisytiharkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan tidak sah
 Mengiystiharkan tindakan kerajaan sebagai tidak sah

5. Antara senarai berikut , yang manakah berkaitan dengan kuasa yang tersebut di atas ?

A Perundangan B. Perlembagaan C. Kehakiman D. Eksekutif

6. Antara yang berikut yang manakah merupakan kuasa Mahkamah Persekutuan ?

I Memutuskan sebarang pertikaian antara mahkamah rendah

II Mempunyai kuasa untuk meminda Perlembagaan Persekutuan

III Mendengar rayuan ulang bicara kes sivil dan kes jenayah yang diputuskan oleh

Mahkamah Rayuan

IV Memutuskan persoalan perlembagaan yang ditimbulkan dalam perbicaraan di

mahkamah lebih rendah

A I dan II B. I dan IV C. II dan IV D. III dan IV

7. Antara yang berikut , yang manakah tidak benar tentang Mahkamah Kanak-kanak ?
A. Mahkamah Kanak-kanak wujud di setiap negeri
B. Perbicaraan di Mahkamah Kanak-kanak dijalankan secara tertutup
C. Mahkamah Kanak-kanak boleh membebaskan pesalah dengan ikat jamin
D. Keputusan Mahkamah Kanak-kanak tidak boleh dirayu di Mahkamah Tinggi

8. Antara yang berikut , yang manakah yang mencerminkan keistimewaan Dewan Rakyat

menurut Perlembagaan Persekutuan ?

I. Ahli Dewan Rakyat sahaja yang boleh dipilih untuk menganggotai Kabinet

II. Ahli Dewan Rakyat sahaja yang boleh dilantik untuk menganggotai Suruhanjaya Diraja

III. Ahli Dewan Rakyat sahaja berhak dilantik untuk menjadi Perdana Menteri

IV. Ahli Dewan Rakyat mempunyai kata pemutus dalam rang undang-undang kewangan

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

9. Dalam prosedur penggubalan dan kelulusan sesuatu rang undang-undang di Parlimen , pada

peringkat manakah kajian terperinci dilakukan ?

A. Jabatan Peguam Negara C. Bacaan Kedua dalam Dewan Rakyat

B. Kabinet D. Peringkat Jawatankuasa Dewan Rakyat

10. Antara tugas yang berikut, yang manakah dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut

kuasa budibicara baginda ?

I Melantik Timbalan Yang di-Pertuan Agong

II Melantik Speaker Dewan Rakyat dan Setiausaha Parlimen

III Menolak permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen

IV Melantik Pemangku Raja di negeri baginda

A. I dan III B. I dan IV C. II dan IV D. III dan IV

11. Kabinet bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen

Pernyataan di atas membawa maksud
A. kesemua anggota Parlimen mesti mematuhi arahan Kabinet
B. kesemua anggota Kabinet sama-sama bertanggungjawan terhadap segala keputusan

Kabinet
C. kesemua anggota Kabinet secara individu bertanggungjawab kepada Parlimen
D. kesemua anggota Kabinet mesti menghadirkan diri di Parlimen

12.  Membuat pinjaman daripada Bank Dunia dan menguruskan pembayaran hutang negara

 Meluluskan pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan kepada kakitangan kerajaan

 Mentadbirkan peraturan pinjaman Kerajaan Negeri

Pernyataan di atas merupakan tanggungjawab dan bidang kuasa

A. Bank Negara Malaysia C. Unit Perancang Ekonomi

B. Perbendaharaan Malaysia D. Unit Penyelarasan Pelaksanaan

13. Tujuan utama Kerajaan Tempatan diwujudkan adalah untuk
A. memberikan peluang kepada penduduk tempatan untuk mengambil bahagian dalam
pengurusan kawasan yang didiami oleh mereka
B. menjaga kebersihan kawasan sekitar
C. meningkatkan pendapatan negeri melalui kutipan cukai pintu dan cukai-cukai lain
D. menjamin Indah Water Konsortium menjalankan pelupusan air kumbahan dengan baik

14. Antara yang berikut, yang manakah yang merupakan sumber kewangan Kerajaan Negeri ?

I. Bayaran cukai jalan III. Bayaran pembaharuan passport

II. Bayaran lesen hiburan IV. Bayaran zakat dan fitrah

A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. II dan IV

15. Antara yang berikut , yang manakah benar tentang bidang kuasa Perbadanan Awam ?

Badan Berkanun Badan Tidak Berkanun

A. Membantu kerajaan dalam Membolehkan kerajaan melaksanakan

penguatkuasaan undang-undang sesuatu tanggungjawab yang khusus dan

penting tanpa terikat oleh peraturan

pentadbiran

B. Perlantikan pegawai kanan kerajaan Terletak di bawah pengawasan oleh

sebagai ahli Lembaga Pengarah kementerian berkenaan secara longgar

C. Pegawai tadbir utama ialah Pengarah Mesti didaftarkan di bawah Akta

Syarikat

D. Membolehkan kerajaan menceburi bidang Membolehkan kerajaan membuat

yang tidak mampu diceburi oleh sektor keuntungan kewangan

swasta

SET 2

1. Antara berikut, manakah yang berkaitan dengan ciri-ciri sebuah negara yang berdaulat?

I Mempunyai institusi pentadbiran yang berkesan

II Mempunyai penduduk yang berbilang bangsa

III Mempunyai pemerintahan secara demokrasi

IV Mempunyai sempadan yang jelas

A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

Anak : Dilahirkan di Kampung Baru, Triang Pahang.
Ibu : Warganegara Thailand

Ayah : Seorang pemastautin tetap tetapi belum memperoleh kewarganegaraan.

2. Manakah antara berikut benar mengenai taraf kewarganegaraan anak di atas ?

A Bukan warganegara B Warganegara secara masukan

C Warganegara secara pendaftaran D Warganegara secara kuatkuasa undang-undang

3. Encik X boleh ditahan melalui
Encik X mengamuk dengan menggunakan parang panjang di stesen bas Kuantan

A perintah saman B waran tangkap C writ mahkamah D tangkap tanpa waran

4. Yang manakah antara kesalahan berikut dikategorikan sebagai kes jenayah?

I Meminta ganjaran dan saguhati daripada pelanggan

II Menuntut harta warisan daripada kedua-dua ibu bapa

III Tidak menyelesaikan bayaran balik pinjaman perumahan

IV Mencuri maklumat akaun dan peribadi pelanggan melalui internet

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

Seorang anggota tentera berpangkat sarjan yang ponteng tugas telah merompak

seorang pendatang asing tanpa izin menggunakan selaras senapang yang dicuri

daripada kem tentera tempat beliau bertugas.

5. Di manakah anggota tentera tersebut akan diadili?

A Mahkamah Tinggi B Mahkamah Majistret

C Mahkamah Tinggi Tentera D Mahkamah Rendah Tentera

6. Yang manakah merupakan ahli ex-officio Dewan Undangan Negeri Melaka?

A Pegawai Kewangan Negeri B Setiausaha Kerajaan Negeri

C Penasihat Undang-Undang Negeri D Yang Dipertua Dewan Undangan

Negeri

7. Yang manakah antara berikut fungsi Majlis Raja-raja?

I Menentukan hari kelepasan negeri

II Mempersetujui atau tidak perubahan sempadan negeri

III Memberikan nasihat berkaitan pelantikan Hakim Besar

IV Mempertimbangkan amalan atau upacara agama seluruh persekutuan

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

8. Antara penyatataan berikut, yang manakah benar tentang pembahagian kuasa

perundangan yang disenaraikan dalam Jadual Sembilan Perlembagaan Persekutuan?

Senarai Persekutuan Senarai Negeri Senarai Bersama

A Hari Kelepasan Am Perkhidmatan Bomba Perikanan Laut Dalam

B Kajian,Siasatan dan Muzium Kebudayaan dan Sukan
Penyelidikan

C Pemeliharaan Warisan Menangkap ikan di sungai Keselamatan Sosial

D Kebajikan Masyarakat Tanah Kebajikan Orang Asli

Majlis-majlis penyelarasan yang ditubuhan di bawah peruntukan
perlembagaan bertujuan melicinkan tugas-tugas pentadbiran dan
menyelaras dasar-dasar kerajaan

9. Yang manakah antara berikut merupakan majlis penyelarasan yang ditubuhkan

mengikut peruntukan perlembagaan ?

I Majlis Keselamatan Negara II Majlis Kewangan Negara

III Majlis Tanah Negara IV Majlis Tindakan Negara

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

10. Antara berikut yang manakah tanggungjawab Ketua Audit Negara ?

I Menjelaskan kelemahan dalam perbelanjaan

II Menyiapkan laporan tentang akaun perbelanjaan

III Menerima dan mengutip caruman daripada majikan

IV Mengubal dasar dan menguruskan pinjaman perumahan kakitangan awam

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

11. Antara berikut yang manakah merupakan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong ?
A mengisytiharkan darurat
B memperkenankan perlantikan Jemaah Menteri
C memperkenankan pindaan Perlembagaan Persekutuan
D memperkenankan permintaan untuk pembubaran Parlimen

12. Yang manakah penyataan yang tepat tentang tiga suruhanjaya yang dinyatakan?

Suruhanjaya Suruhanjaya Suruhanjaya Khas

Pilihan Raya Pekhidmatan

A Menyemak kawasan Mewujudkan jawatan Menyemak kes yang dirujuk

pengundian kosong

B Menyemak pendaftaran Mengambil tindakan Mengeluarkan arahan

pengundi disiplin kakitangan awam perpindahan kakitangan

awam

C Mengubah kawasan Membuat pengesahan Mengkaji sesuatu isu

pilihan raya jawatan kakitangan awam

D Menyemak kawasan Mengkaji kenaikan gaji Mengambil tindakan

pilihan raya kakitangan awam disiplin kakitangan awam

13. Yang manakah benar tentang amalan demokrasi di Malaysia?

I Parlimen Malaysia berbentuk dwidewan

II Sistem Parlimen Malaysia berasaskan sistem Parlimen Westminster

III Dewan Undangan Negeri terbubar sebaik sahaja Parlimen dibubarkan

IV Rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas diwajibkan mengundi

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

Encik Rosli yang baru membeli sebidang tanah sawah berhasrat menukar status tanah
sawahnya kepada tanah pembangunan.

14. Pihak yang manakah berkuasa meluluskan permohonan di atas ?

A Dewan Undangan Negeri B Pejabat Tanah dan Galian

C Pihak Berkuasa Tempatan D Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

15. Antara berikut aspek yang manakah diambil kira oleh Kerajaan Persekutuan dalam

memberikan peruntukan atau geran kepada Pihak Berkuasa Tempatan ?

I Taraf dan status sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan

II Jumlah kutipan hasil oleh sesebuah PBT

III Keluasan kawasan di bawah penguasaan PBT

IV Panjang jalan raya dalam kawasan PBT

A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV

SET 3

1. Antara berikut yang manakah benar tentang ciri sesebuah negara berdaulat?
A. Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan yang dibentuk
B. Badan pemerintah dipilih menerusi pilihan raya yang telus
C. Berupaya mengadakan hubungan luar dengan negara lain walaupun tidak diiktiraf negara
lain
D. Memiliki perlembagaan bertulis sebagai panduan mentadbir negara tanpa pengaruh

kuasa
luar

2. Antara berikut yang manakah tujuan mengadakan doktrin pengasingan kuasa?

I Menjamin rakyat mendapat keadilan undang-undang

II Mengelakkan pemusatan kuasa oleh mana-mana cabang kerajaan

III Menghadkan kuasa antara badan pemerintah, perundangan dan kehakiman

IV Mengagihkan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

A. I dan II B I dan IV C. II dan III D. III dan IV

3. Antara berikut yang manakah tindakan disifatkan sebagai melanggar hak asasi individu?

I Rumah pengedar dadah disita atas arahan mahkamah

II Seseorang dijatuhi hukuman mati kerana terlibat dalam pembunuhan

III Penduduk Sabah dan Sarawak dihalang bermastautin di Semenanjung Malaysia

IV Seseorang yang ditangkap dan ditahan reman selama 7 hari tanpa dihadapkan ke

hadapan

Majistret.

A. I dan II B I dan IV C. II dan III D. III dan IV

4. Antara berikut, yang manakah benar tentang Majlis Raja-raja?

I Mesyuarat diadakan seminggu sekali iaitu setiap hari Rabu

II Mesyuarat dipengerusikan oleh Raja dan Yang di-Pertua Negeri secara bergilir

III Setaiusaha Majlis Raja-raja memegang jawatan selama yang diperkenankan oleh Majlis

Raja-raja

IV Majlis Raja-raja boleh menimbangkan soal-soal tentang dasar negara dan perkara lain

yang difikirkan patut

A. I dan II B I dan IV C. II dan III D. III dan IV

5. Antara berikut yang manakah benar tentang kuasa budi bicara Raja atau Sultan?
A. Melantik Majistret
B. Melantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
C. Mengurniakan bintang kebesaran, pangkat, kemuliaan kepada mereka yang berjasa
D. Memberi pengampunan kepada pesalah jenayah yang dijatuhi hukuman oleh mahkamah

6. Antara berikut yang manakah benar tentang jawatan Yang di-Pertua Negeri?

I Dilantik oleh Majlis Raja-raja

II Bertindak sebagai Ketua Agama Islam

III Mestilah warganegara Malaysia melalui kuatkuasa undang-undang

IV Boleh dipecat dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga Dewan Undangan Negeri

A. I dan II B I dan IV C. II dan III D. III dan IV

7 Yang manakah yang termasuk dalam bidang tugas Suruhanjaya Pilihanraya?

I Mempersempadankan kawasan pilihan raya

II Menyemak dan mendaftarkan nama pemilih

III Menentukan calon bertanding

IV Memastikan pilihanraya dilaksanakan dilaksanakan setiap 5 tahun

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

8.. Antara berikut yang manakah termasuk dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan

I Kesihatan II Kebajikan orang asli

III Lesen untuk melombong galian IV Kutu rayau dan penjaja beredar

A. I dan II B I dan IV C. II dan III D. III dan IV

9 .Antara berikut, kementerian manakah yang membuat dan menyimpan akaun kewangan

sendiri.

I Kementerian Pelajaran II Kementerian Sumber Manusia

III Kementerian Belia dan Sukan IV Kementerian Kesihatan

A. I dan II B I dan IV C. II dan III D. III dan IV

10. Yang manakah penyataan yang benar tentang tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

I Membayar gaji dan pencen kakitangan awam

II Mengesahkan jawatan seseorang kakitangan awam

III Menukar atau memindahkan seseorang kakitangan awam

IV Menyediakan rekod perkhidmatan seseorang kakitangan awam

A. I dan II B I dan IV C. II dan III D. III dan IV

11. Antara berikut, yang manakah benar tentang Majlis Tanah Negara?
I Dipengerusikan oleh Perdana Menteri
II Pengerusi mempunyai kuasa undi pemutus
III Wakil-wakil kerajaan Persekutuan tidak boleh melebihi 10 orang
IV Setiap negeri diwakili oleh seorang wakil yang dilantik oleh raja atau Yang dDpertua

Negeri B I dan IV C. II dan III D. III dan IV
A. I dan II

12.Yang manakah tujuan penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ?

A. Memberi peluang kepada penduduk untuk menceriakan kampung
B. Memberi peluang kepada masyarakat akar umbi mentadbir kampung
C. Memberi pelbagai kemudahan kepada penduduk kampung supaya mereka berdikari
D. Memberi peluang kepada penduduk kampung merancang dan melaksanakan projek-

projek pembangunan

-Mendengar kes rayuan yang dibicarakan
-Mentafsir Perlembagaan dan Undang-undang

13. Yang manakah antara mahkamah berikut mempunyai kuasa seperti yang tersenarai di atas?

A. Mahkamah Tinggi B. Mahkamah Sesyen

C. Mahkamah Rayuan D. Mahkamah Persekutuan

14. Yang manakah penyataan yang benar tentang Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)?
I Saraan ditentukan oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri
II Adun boleh menjadi ahli Dewan Rakyat pada masa yang sama
III Adun dilanti oleh raja atau Yang DiPertua Negeri daripada kalangan rakyat negeri

yang berjasa

IV ADUN mesti meletakkan jawatan sebagai ADUN jika dipilih menjadi Yang Dipertua

Dewan Negara

A. I dan II B I dan III C. II dan IV D. III dan IV

15. Yang manakah sumber kewangan Kerajaan Negeri?

I Bayaran cukai jalan II Bayaran cukai tanah

III Hasil kutipan zakat dan fitrah IV Bayaran denda di Mahkamah Tinggi

A. I dan II B I dan IV C. II dan III D. III dan IV

SET 4

1. Adanya penduduk tetap

Pernyataan di atas merujuk kepada
A Konsep negara B Sistem Kerajaan C Kedaulatan negara D Kerajaan Persekutuan

2. Yang manakah menunjukkan kepentingan utama adanya kerajaan ?

I Memberikan perkhidmatan kemudahan awam

II Memberi subsidi barangan kepada masyarakat

III Menjaga agar alam sekitar bersih dan selamat

IV Memberikan sewa bangunan yang rendah

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

3. Yang berikut merupakan pindaan-pindaan yang memerlukan sokongan 2/3 majoriti ahli

Majlis Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja kecuali

A Hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera B Tanah Simpanan orang

Melayu

C Keistimewaan Parlimen D Hal ehwal Islam

4. Seseorang warganegara tidak boleh didiskriminasikan daripada aspek agama, kaum,
keturunan, atau tempat lahir

Pernyataan di atas berkait dengan B Kebebabasan Diri
A Sama Rata D Pengabdian dan Kerja Paksa
C Kebebasan Beragama

5. Siapakah yang bertanggungjawab untuk memaklumkan keputusan pemilihan Yang Di-

Pertuan Agong kepada Majlis Parlimen ?

A Peguam Negara B Perdana Menteri

C Setiausaha Dewan Rakyat D Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

6. Apabila seorang raja dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong, baginda masih boleh

I menjalankan pemerintahan di negerinya II melantik pemangku raja di negerinya

III membuat pindaan Perlembagaan Negeri IV memperkenankan RUU negerinya

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

7. Yang manakah penyataan yang benar tentang tujuan penubuhan Majlis Air Negara ?

I Menyediakan perkhidmatan air yang efisien

II Menyelaraskan bekalan air di semua negeri

III Mengambil alih pengurusan air di semua negeri

IV Menyelesaikan semua permasalahan air secara menyeluruh

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

8. Yang manakah yang termaktub di bawah Senarai Bersama ?

I Perparitan dan pengairan II Perkapalan dan perikanan

III Perlindungan penyu dan penangkapan ikan IV Perlindungan binatang dan burung

liar

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

9.  Warganegara secara kuat kuasa undang-undang
 Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Majlis Parlimen

Penyataan di atas merjuk kepada

A Ketua Negara B Ketua Kerajaan C S/Usaha Dewan Rakyat D Speaker Dewan

Rakyat

10. Yang manakah yang benar tentang kementerian ?

I Menyeragamkan tugas pentadbiran kerajaan negeri

II Meluluskan akta yang berkaitan dengan kementeriannya

III Memantau kegiatan agensi dan jabatan di bawah kementeriannya

IV Merupakan agensi pelaksana yang menjalankan sistem pentadbiran

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

11. Antara yang berikut, yang manakah kuasa Dewan Negara jika tidak mempersetujui
sesuatu

rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat ?
A Menolak rang undang-undang itu
B Meminda rang undang-undang itu
C Melewatkan kelulusan rang undang-undang itu
D Membatalkan kelulusan rang undang-undang itu

12. Antara yang berikut, yang manakah fungsi Parlimen ?

I Menyemak dasar kerajaan

II Melaksanakan pentadbiran negara

III Meluluskan sesuatu perbelanjaan kerajaan

IV Menghukum kerana menghina mahkamah

A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

13. Yang manakah benar tentang kekosongan luar jangka yang berlaku di Dewan Rakyat ?
A Kekosongan berlaku apabila Parlimen dibubarkan
B Kekosongan yang berlaku diisi melalui pilihan raya umum
C Kekosongan itu perlu diisi jika ia menjejaskan majoriti parti yang memerintah
D Kekosongan yang berlaku mesti diisi dalam tempoh 120 hari daripada tarikh
pemberitahuan

14. Mahkamah yang manakah yang kes rayuannya boleh didengar di Mahkamah Tinggi ?

I Mahkamah Khas Raja-raja II Mahkamah Perusahaan

III Mahkamah Syariah IV Mahkamah Juvana

A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

15. Seorang anggota tentera yang berpangkat Staf Sarjan telah mengemukakan saman

terhadap ketuanya yang menipu berhubung dengan penjualan sebidang tanah

Antara mahkamah berikut, yang manakah akan mendengar kes tersebut ?

A Mahkamah Khas B Mahkamah Syariah

C Mahkamah Tentera D Mahkamah Seksyen

SET 5

1. Konsep Kerajaan Kesatuan ialah
A. kebanyakan kuasa terletak pada tangan KN dan kuasa pemerintahan KP amat terhad
B. KN mempunyai kuasa yang lebih rendah dan segala kuasa terletak di tangan KP
C. KP dan KN mempunyai kuasa autonomi masing-masing dalam bidang-bidang tertentu
D. Kuasa KP terletak sepenuhnya di tangan raja dan KN berkuasa dalam bidang tertentu

2. Yang manakah merupakan ciri-ciri demokrasi yang diamalkan di Malaysia sekarang?

I Terdapat dua parti politik II Raja mempunyai kuasa mutlak

III Raja mempunyai kuasa simbolik IV Parlimen membincang dasar-dasar negara

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

3. Yang manakah pasangan yang benar mengenai komponen-komponen kerajaan dan

tugasnya ?

Komponen Kerajaan Tugas-tugas

I. Badan Perundangan Menguatkuasakan undang-undang

II. Badan Kehakiman Mentafsir undang-undang

III. Badan Eksekutif. Menguatkuasakan undang-undang

IV. Badan Perundangan. Melaksanakan undang-undang

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D III dan IV

4. Perkara-perkara berikut merupakan tanggungjawab dan kuasa bersama Kerajaan
Persekutuan

dan Kerajaan Negeri.

I. Keselamatan dalam negeri II. Bekalan dan perkhidmatan air

III.Buruh dan keselamatan sosial IV. Kutu rayau dan penjaja beredar

A. I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

5. Puan Y telah berkahwin dengan Encik X yang merupakan warganegara Malaysia. Pilih

kenyataan yang benar sekiranya Puan Y ingin memohon menjadi warganegara Malaysia

secara pendaftaran.

I Fasih berbahasa Melayu

II Telah menetap di Malaysia selama 2 tahun

III Berumur lebih daripada 21 tahun pada tarikh permohonan

IV Berminat untuk menetap di Malaysia dan berkelakuan baik

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

6. Negeri manakah yang tidak mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ?

I Perlis II Kedah III Kelantan IV Pulau Pinang

A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV

7. Yang manakah antara berikut terkandung dalam Perkara 10, kebebasan bercakap ,

berhimpun

dan menubuhkan persatuan ?

I boleh menubuhkan persatuan keagamaan

II bebas mengeluarkan pandangan dan pendapat.

III bebas berhimpun secara beramai-ramai di tempat-tempat awam

IV boleh menubuhkan persatuan untuk menjalankan aktiviti masing-masing.

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

8.
 Menasihati menteri tentang pentadbiran kementerian.
 Mengawasi dan menyelaras kegiatan jabatan dan perbadanan awam.

Pernyataan di atas adalah sebahagian tugas B Ketua Setiausaha Negara.
A Setiausaha Parlimen. D Pengarah Jabatan Perkhidmatan
C Ketua Setiausaha Kementerian.
Awam.

9. Kenyataan yang benar tentang Ketua Setiausaha Negara ?

I Beliau merupakan Setiausaha Kabinet.

II Beliau dipilih dalam pilihan raya umum.

IIIBeliau mengetuai seluruh perkhidmatan awam.

IV Pemecatan seorang Ketua Setiausaha Negara hendaklah melalui tribunal.

A I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

 Merupakan kementerian yang paling penting
 Bertanggungjawab membentuk dan menyelaras dasar kerajaan

10. Yang manakah berkaitan dengan maklumat di atas?

A. Jabatan Perdana Menteri B. Kementerian Luar Negeri

C. Kementerian Sumber Manusia D. Kementerian Keselamatan Dalam Negeri

Memelihara harta intelek seperti hak cipta, paten, cap dagangan, dan reka bentuk
perindustrian

11.Kementerian yang bertanggungjawab terhadap perkara di atas ialah
A.Kementerian Sumber Manusia
B.Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
C.Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
D Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

12 Yang manakah benar tentang tugas-tugas Perdana Menteri?
A.Ketua negara B.Ketua eksekutif C.Ketua agama Islam D.Ketua pentadbiran awam

13. Jika Perdana Menteri hilang kepercayaan majoriti ahli di Dewan Rakyat, beliau boleh

A. membubarkan Parlimen bila-bila masa

B. mengadakan pilihan raya umum pada bila-bila masa sahaja

C. mengadakan rombakan Kabinet dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong

D. meletak jawatan atau memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan

Parlimen

14. Yang manakah kriteria peruntukan kewangan oleh Kerajaan Persekutuan kepada

Kerajaan Tempatan ?

I luas kawasan II bilangan penduduk

III jaringan jalanraya IV jumlah aset dimiliki

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

15.Kuasa mentafsir perlembagaan dan undang-undang dilaksanakan oleh

A. Mahkamah Tinggi B. Mahkamah Rayuan

C. Mahkamah Persekutuan D. Mahkamah Khas Raja-Raja

SET 6

.

1 Tujuan pembentukan negara Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 ialah untuk

I Mempercepat kemerdekaan wilayah Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei

II Mencapai taraf sebuah negara perindustrian maju

III Menyekat pengaruh komunis yang semakin menular

IV Mempertingkatkan lagi bilangan penduduk negara

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

2.

 Berumur 21 tahun atau lebih

 Berkelakuan baik

 Mempunyai tahap pengetahuan Bahasa Melayu yang mencukupi

Individu yang memenuhi syarat-syarat di atas layak memohon kewarganegaraan secara

A kuat kuasa undang-undang B pendaftaran

C naturalisasi D Percantuman wilayah

3. Yang manakah merupakan prinsip kebebasan diri yang terkandung dalam Perlembagaan
Persekutuan?
I kebebasan untuk bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan

II kebebasan untuk bergerak dalam mana-mana wilayah dalam persekutuan

III Berhak mengetahui sebab-sebab penangkapan dan mendapatkan khidmat guaman

IV Berhak mendapatkan habeas corpus daripada tahanan tidak sah oleh pihak berkuasa

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

4. Antara berikut, yang manakah benar tentang Majlis Raja-raja Melayu?

I Menyimpan minit mesyuarat Majis Raja-raja

II Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong

III Menimbang perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar negara

IV Menentukan dasar-dasar luar negara dan hal ehwal antarabangsa

A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV

5.  Menjamin akauntabiliti pengurusan awam
 Mengemukakan laporan kepada Parlimen

Pernyataan di atas merujuk kepada tanggungjawab dan tugas

A Menteri Kewangan B Majlis Kewangan Negara

C Ketua Audit Negara D Bank Negara Malaysia

6. Yang manakah benar tentang Badan Tidak Berkanun

I ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965

II perbelanjaan ditanggung oleh organisasi

III kakitangan awam boleh dipinjamkan kepada organisasi

IV penubuhan anak syarikat mesti mendapat kelulusan kerajaan

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

7. Sumber perolehan Kerajaan Persekutuan diperoleh daripada

I Cukai tanah II zakat dan fitrah

III kompaun dan saman kenderaan IV Cukai import

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

8. Antara yang berikut, yang manakah dikategorikan sebagai Suruhanjaya tetap dalam

Perlembagaan Persekutuan?

I Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman II Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

III Suruhanjaya Pemuafakatan Antara Kaum IV Suruhanjaya Majlis Raja-raja Melayu

A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV

9. Antara berikut yang manakah benar tentang tujuan penubuhan Unit Permodenan
Tadbiran

Awam ( MAMPU) ?
A Merancang pembangunan sosioekonomi negara
B Merancang program kemajuan sumber manusia
C Memastikan dasar-dasar kerajaan mencapai matlamatnya
D Mengurus dan melaksanakan polisi kewangan Negara

10. Yang manakah di antara berikut merupakan pegawai eksekutif negeri.

I Menteri Besar II Setiausaha Kerajaan Negeri

III Penasihat Undang-undang Negeri IV Exco Negeri

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

11.
* Mengeluarkan lesen kepada penjaja
* Mengeluarkan lesen layak menduduki bangunan

Pernyataan di atas merujuk kepada bidang kuasa

A Pihak Berkuasa Tempatan B Pejabat Tanah dan Daerah

C Kementerian Kewangan D Jabatan Perdana Menteri

12. Jenis Dewan Bidang kuasa
Dewan Rakyat X Meluluskan enakmen atau ordinan
I Dewan Negara Y Menangguhkan kelulusan undang-
II
Dewan Undangan Negeri Undang
III Z Meluluskan undang-undang awam

Yang manakah padanan yang betul dewan-dewan yang dinyatakan mengikut bidang

kuasa

yang diperuntukkan oleh perlembagaan.

I II III

AX YZ

BZ YX

CZ XY

DY XZ

13.Yang manakah di antara berikut merupakan undang-undang bertulis.

I Undang-undang Statut II Undang-undang adat

III Undang-undang subsidiari IV Keputusan mahkamah

A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV

14. Yang manakah merupakan bidang tugas Peguam Negara.

I Memberi arahan memberhentikan perbicaraan

II Melaksanakan pentadbiran bidang kehakiman

III Membantu merangka rang undang-undang

IV Menjatuhkan hukuman ke atas pesalah-pesalah

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

15. Yang manakah merupakan bidang kuasa Parlimen? .

I Membahaskan dasar-dasar negara II Memilih dan melantik Ahli Kabinet

III Membahaskan rang undang-undang IV Meluluskan akta-akta yang telah

digubal

A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

SET 7

1. Antara berikut yang manakah berikut merupakan ciri-ciri sebuah negara?

I Mempunyai institusi pentadbiran yang berkesan

II Mempunyai penduduk yang berbilang bangsa

III Mempunyai pemerintahan secara demokrasi

IV Mempunyai sempadan yang jelas

A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

2.
Kriss Dayanti seorang wanita Indonesia yang berkahwin dengan warganegara
Malaysia

Apakah syarat yang mesti dipatuhi oleh Kriss Dayanti mendapatkan kewarganegaraan
Malaysia?
A Mempunyai pekerjaan tetap di negara ini.
B Memahami budaya hidup masyarakat negara ini.
C Telah tinggal di negara ini tidak kurang 12 bulan.
D Perkahwinannya masih kekal ketika permohonan

3 Padanan manakah yang benar?

Senarai Persekutuan Senarai Bersama Senarai Negeri
Muzium dan monumen
A Ubat dan Kesihatan Kebajikan masyarakat Pertanian dan hutan
Pelancongan
B Ternakan binatang Kutu rayau Undang-undang Adat

C Penapisan Biasiswa

D Perkhidmatan bomba Pekerjaan profesional

4. Mengikut perkara 75 Perlembagaan Persekutuan, sesuatu undang-undang boleh terbatal
jika

A hanya dipersetujui oleh Ahli Dewan Rakyat
B bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
C tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong
D tidak dipersetujui oleh majoriti Ahli Dewan Rakyat.

5  Mengadili semua kes jenayah kecuali yang melibatkan hukuman mati
 Mengeluarkan saman, waran dan perintah mahkamah
 Mengadili tuntutan kes sivil tidak melebihi RM250 000.00

PePernyataan di atas merujuk bidang kuasa B Mahkamah Sesyen
A Mahkamah Tinggi D Mahkamah Persekutuan
C Mahkamah Majistret

6. Yang manakah benar tentang kuasa perundangan Dewan Undangan Negeri ?

I menggubal undang-undang bagi perkara yang tidak disebutkan dalam mana-mana Senarai

II Berkuasa untuk meminda undang-undang Persekutuan yang bercanggah dengan undang-

undang negeri

IIImenggubal undang-undang bagi perkara yang disebutkan dalam Senarai Negeri dan

Senarai

Bersama

IV Berkuasa menolak sebarang rang undang-undang atau pindaan undang-undang

berkenaan

perkara-perkara yang disebut dalam Senarai Negeri dan Senarai Persekutuan

A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV

7.
Keputusan Pilihan Raya bagi Kawasan Parlimen A.

Jumlah pengundi berdaftar 24550 orang

Peratusan mengundi 84.99%

Jumlah kertas undi rosak 185

Jumlah undi calon A daripada parti X 9472

Jumlah undi calon B daripada parti Y 8523

Jumlah undi calon C daripada calon bebas 2685

Penyataan manakah yang benar?

I Calon C hilang wang pertaruhan

II Jumlah kertas undi yang sah adalah sebanyak 20680

III Calon B berhak mempertikaikan kemenangan calon A di Mahkamah Tinggi

IV Calon C boleh menggunakan sebarang simbol sebagai pengenalan dalam

kempennya

A. I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

8. Apakah yang menyebabkan seorang Ahli Parlimen boleh terlucut keahliannya?
A. Dituduh melakukan pembunuhan
B. Telah melanggar peraturan dewan
C. Gagal mengangkat sumpah jawatan
D. Tidak mengisytiharkan perbelanjaan pilihan raya.

9 Jemaah Menteri bertanggungjawab secara bersama kepada

A Parlimen B Dewan Rakyat C Dewan Negara D Yang di-Pertuan

Agong

10 Pejabat Setiausaha Persekutuan di Sabah dan Sarawak diwujudkan untuk

I membantu kerajaan negeri merancang dasar

II menguruskan perkhidmatan pegawai awam negeri

III menyelaras kegiatan jabatan dan agensi Persekutuan

IV mengekalkan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

11  Merancang belanjawan kerajaan
 Menggubal dasar-dasar kewangan

Penyataan di atas adalah di bawah bidang kuasa
A Kabinet B Parlimen C Perbendaharaan D Majlis Kewangan Negara

12 Jawatan Penentu Saraan
X Menteri Pelajaran I Jabatan Perkhidmatan Awam
Y Ketua Pengarah II Kabinet
Z Setiausaha Politik III Majlis Parlimen

Yang manakah padanan yang betul antara jawatan dan penentu saraan?

X YZ

AI II III

B III II I

C I III II

D III I II

13.
O Menjadi pemangkin perubahan yang berani dalam penyampaian sektor awam

dan swasta.
O Menyokong penyampaian dan memacu kemajuan Program Transformasi

Kerajaan dan Ekonomi

Penyataan di atas merujuk kepada peranan
A Unit Perancang Ekonomi(UPE)
B Unit Penyelarasan Pelaksanaan(UPP)
C Unit Kerjasama Awam Swasta(UKAS)
D Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan(PEMANDU)

14. Yang manakah benar tentang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri?
A Memegang kuasa eksekutif tertinggi negeri
B Diketuai oleh raja atau Yang Dipertua Negeri
C Jumlah keahlian adalah sama di setiap negeri
D Terdiri daripada ahli Dewan Undangan Negeri

15 eBadan berkanun dan badan tidak berkanun mpunyai persamaan dari segi

I kawalan kerajaan II akta penubuhan

III kepentingan kerajaan IV penubuhan anak syarikat

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV


Click to View FlipBook Version