Penulisan objektif Pembelajaran dalam RPH Oleh: Cikgu Ezzahusin 2024
Apakah yang menjadikan Objektif Pembelajaran yang baik Contoh? Kunci untuk menulis objektif pembelajaran yang berkesan ialah: Khusus/ Spesifik Boleh diukur. Boleh dicapai. Relevan/ Munasabah Masa yang ditetapkan Akronim S M A R T digunakan untuk memastikan objektif menepati sasaran
Model A B C D A Ditulis ‘murid’ atau lebih spesifik ‘Murid tingkatan 1’ udiens Behaviour (Tingkah Laku) Condition (Situasi) Degree (Aras) Merupakan NADI kepada objektif. Mesti boleh diukur, diperhati dan spesifik Apa yang guru cadangkan. Murid gunakan untuk melengkapkan arahan guru spt; kalkulator, nota, peta etc Aras menunjukkan standard yang mesti dicapai oleh murid. Berkaitan had masa (10min/20min) atau Bilangan jawapan yang betul (6/10) atau Julat ketepatan (90%)
Objektif pembelajaran vs kriteria kejayaan Perbezaan
Mengetahui Menghayati Mengamalkan Menyedari Meyakini Istilah yang tidak boleh digunakan di dalam penulisan objektif RPH Memahami Menghargai Melahirkan Istilah ini tidak dapat digunakan kerana TIDAK JELAS dan TIDAK DAPAT DIUKUR.
Mengidentifikasi Menyebut Menunjukkan Mendefinisikan Melabel *Mengingat / mengedari maklumat/ informasi Objektif pembelajaran LOTS- MENGINGAT
Menjelaskan Mendeskripsikan Mengklasifikasikan/ Perbezaan Mencontohkan Meringkaskan Mengelompokkan *Memahami makna, menulis kembali menggunakan ayat sendiri, mentafsir, menterjemah, merangkum, membuat tafsiran Objektif pembelajaran LOTS - MEMAHAMI
Objektif pembelajaran LOTS- MENGAPLIKASI Gunakan pengetahuan mereka tentang.... dalam.... Menggunakan prinsip ....untuk menyelesaikan ... Menunjukkan cara/ kaedah Menyelesaikan Merancang Jelaskan penggunaan .... Mentafsir ... Mengubah Menentukan Menerapkan Menggunakan dan mempraktikkan pengetahuan & teori, merespon tentang sesuatu yang difahami
Menganalisis Menguji Mengukur Membandingkan Mentafsir Membagi Mentafsir elemen, prinsip, struktur, organisasi, hubungan, kualiti dll Objektif pembelajaran HOTS- MENGANALISIS
Menilai Meninjau Menyelidik Mengelola Mencadangkan Menilai keseluruhan konsep, hubungan dengan nilai output, berfikiran kritis, perbandingan strategi, penilaian Objektif pembelajaran HOTS- MENILAI
Merancang Mengembangkan Membangun Mengintegrasikan Menambahbaik Mengembangkan struktur, sistem, model, pendekatan, idea-idea, berfikiran kreatif Objektif pembelajaran HOTS- MENCIPTA
Contoh Kata Kerja yang boleh digunakan dalam menulis objektif yang jelas Murid dapat menuliskan Murid dapat menyusun Murid dapat membandingkan Murid dapat mengkategorikan Cara tepat menulis objektif RPH 1.TINGKAH LAKU Elakkan daripada menggunakan kata kerja yang tidak dapat diperhatikan seperti Murid dapat mengetahui Murid dapat memahami Murid dapat mengamalkan KK perlu selari dengan KK dalam standard pembelajaran (SP) atau hasil pembelajaran khusus (HPK) yang dipilih daripada DSKP / HSP
Kandungan bermaksud isi pelajaran yang ingin disampaikan dan dikuasai oleh murid-murid. Isi kandungan yang ditulis dalam objektif harus spesifik dan harus diambil daripada SP dan diperincinkan mengikut tema/ tajuk yang ingin diajar. Cara tepat menulis objektif RPH 2. KANDUNGAN Ukuran ialah had minimum yang telah ditetapkan oleh guru untuk dicapai oleh murid-murid bagi sesuatu objektif 3. UKURAN 4. SOSIAL Sosial bermaksud cara objektif itu dicapai oleh murid-murid dan WAJIB ada dalam binaan objektif. Tujuannya adalah memudahkan merancang pentaksiran Contoh frasa sosial: dengan bimbingan guru secara berpandukan pada gambar rajah dalam kumpulan secara individu dengan bimbingan rakan kumpulan dll.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat: Menulis satu perenggan bahagian isi daripada tajuk Alam Sekitar secara individu dengan menggunakan ayat yang gramatis Menghuraikan empat peristiwa dalam Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul berserta justifikasi secara berkumpulan menggunakan ayat yang gramatis dengan bimbingan guru. Menulis dua perenggan isi punca kemalangan dengan lima ayat yang gramatis setiap satu perenggan berpandukan soalan yang diberi. Membaca satu teks perasmian Kejohanan Sukan dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul secara bimbingan guru Cara tepat menulis objektif RPH BAHASA MELAYU Hijau - tingkah laku Biru -isi pelajaran/ kandungan Jingga - Ukuran Merah - Sosial
Terima kasih