KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU SERTA MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI KARYA SASTERA MELAYU BMMB1104 : KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU NUR AINUL MARDIAH BINTI MOHD ZAINUDDIN BAHASA MELAYU 1 2022162310021 TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK NAMA PENSYARAH : PUAN ZAWIAH BINTI BAHROM
ISI KANDUNGAN 1.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU (Takrif, Ciri, Jenis & Bentuk) PANTUN GURINDAM SYAIR SELOKA 2.0 PROSA TRADISIONAL DALAM ASPEK HIBURAN DALAM ASPEK PENDIDIKAN DALAM ASPEK DAKWAH DALAM ASPEK KRITIKAN SOSIAL 3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU 4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI KARYA SASTERA 4.1 PANTUN 4.2 GURINDAM 4.3 SYAIR 4.4 SELOKA 5.0 RUJUKAN 6.0 BIBLIOGRAFI 7.0 LAMPIRAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesusasteraan bermaksud seni yang menggambarkan keindahan menggunakan bahasa, hasil mengarang, pengetahuan tentang sastera serta karya-karya seni (Carian Umum, n.d.) dan istilah kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil sesuatu karya atau ciptaan seni masyarakat Melayu (Azman et al., 2022). Menurut Prof. Mohd. Taib Osman, seorang tokoh negara dalam bidang kesusasteraan Melayu, konsep kesusasteraan Melayu seiring dengan keadaan dan perkembangan semasa berdasarkan perwatakan dan minat rakyat pada ketika itu (Anwar, 1981). Kesusasteraan juga seperti teguran dan nasihat untuk orang ramai dalam penulisan dengan bentuk yang lebih menarik (Safian et al., 1981). Kesusasteraan Melayu mempunyai ciri-ciri tersendiri iaitu mempunyai keindahan, mencerminkan pengalaman, mewujudkan pengalaman seni Karya sastera dinilai melalui perkara yang disampaikan, kaedah dan bentuk penyampaian. Kesusasteraan Melayu juga perlu bercirikan fiksyen,estetik dan mempunyai gaya bahasa yang khusus. Bentuk kesusasteraan Melayu terbahagi kepada dua iaitu prosa dan puisi. Prosa bermaksud hasil kesusasteraan ditulis menggunakan tatabahasa mudah dalam bentuk ayat biasa yang disusun membentuk karangan dan mudah difahami berbanding puisi. Misalnya, cerpen, novel, drama dan sebagainya. Puisi pula bermaksud hasil kesusasteraan berbentuk bahasa yang berirama, dibaca secara berentak serta ditulis tanpa mengikut hukum tatabahasa iaitu tidak terdiri daripada ayat lengkap dan frasa-frasa disusun secara berbaris-baris. Puisi terbahagi kepada dua kategori iaitu puisi tradisional dan puisi moden. 1.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU (Takrif, Ciri, Jenis & Bentuk) Prof. Mohd Taib Osman Lambang Dewan Bahasa dan Pustaka
2.0 PUISI TRADISIONAL PANTUN GURINDAM SYAIR SELOKA
Puisi tradisional merupakan warisan kesusasteraan Melayu tradisional yang dihasilkan untuk melahirkan pemikiran baharu yang sesuai pada zaman itu dan merupakan genre terawal wujud di dunia. Pantun, gurindam, syair dan seloka termasuk dalam puisi tradisional . Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang menyerlahkan kehalusan budi dan ketajaman fikiran masyarakat Melayu dalam berkarya menggunakan kaedah rangkapan yang tertua. Pantun juga merupakan bentuk karya sastera yang paling ringkas dan mempunyai perkaitan antara setiap baris serta disampaikan dalam bentuk berirama. Gurindam dikatakan sebenarnya berasal dari India yang di bawa oleh orang Hindu ke Nusantara. Istilah gurindam sendiri berasal daripada bahasa Tamil iaitu kirindam yang bermaksud perumpamaan. Walau bagaimanapun, bentuk gurindam dicipta oleh masyarakat Melayu iaitu gurindam seolahseolah pantun yang ditulis dan disampaikan dalam bentuk syair. Syair merupakan sebuah puisi atau karya sastera yang disampaikan dalam bentuk berlagu. Syair sebenarnya berasal dari Parsi yang telah dibawa masuk ke Tanah Melayu bersama-sama dengan agama Islam dan telah diubah usai bagi menyesuaikan penggunaan syair dengan Bahasa Melayu Klasik pada zaman itu. Seloka pula merupakan puisi yang ditulis dalam bentuk karangan berangkap. Harun Mat Piah(1989) yang merupakan seorang pakar manuskrip Melayu ada mengatakan bahawa istilah seloka diambil daripada perkataan sanskrit iaitu 'shloka' yang merujuk kepada berjenaka, menyindir dan berseloroh (Harun,1989). 2.0 PUISI TRADISIONAL Harun Mat Piah
3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU DALAM ASPEK HIBURAN DALAM ASPEK PENDIDIKAN DALAM ASPEK DAKWAH DALAM ASPEK KRITIKAN SOSIAL
Karya sastera banyak memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu lebih-lebih lagi pada zaman sebelum munculnya teknologi dan peralatan digitial yang canggih. Hal ini demikian telah menyebabkan masyarakat Melayu pada zaman itu sangat kreatif dalam berkarya dan mencipta perkara baru. Antara fungsi sastera ialah sebagai hiburan kepada masyarkat Melayu. Hiburan diperlukan dalam sastera bagi melahirkan karya yang dapat membawa keseronokan yang indah kepada para pembaca dan dalam masa yang sama menarik minat mereka untuk membaca karya sastera tersebut. Karya berupaya menghiburkan hati para pembaca melalui ungkapan kata-kata indah, unsur kelucuan, kebolehan pengkarya untuk membelai perasaan para pembaca dan pendengar, rentak dan irama yang tersusun dan sebagainya. Hal ini kerana pada zaman dahulu, masyarakat Melayu berhibur dengan berpuisi, membaca puisi dan mendengar puisi. Contoh karya sastera hiburan ialah cerita lipur lara, cerita jenaka, puisi yang dijadikan sebagai lirik dikir barat. Seterusnya, sastera juga memainkan peranan dalam aspek pendidikan. Karya sastera ini mendidik masyarakat melalui penulisan dengan memasukkan dan menerapkan unsurunsur yang dapat menambah ilmu pengetahuan dan mendidik atau memberi pengajaran serta nasihat kepada para pembaca. Hal ini demikian kerana, terdapat penulis yang berkongsi ilmu pengetauan yang pelajari oleh mereka, pengalaman luas yang pernah mereka lalui dalam hidup serta pesanan yang mereka ingin sampaikan kepada pembaca dalam penulisan karya sastera mereka. Ada juaga penulis yang menulis cerita rekaan yang diselitkan pengajaran dan nila-nilai yang baik untuk dicontohi para pembaca seperti cerita teladan iaitu Sang Kancil dan sebagainya. Selain itu, kesusasteraan Melayu juga berfungsi dalam usaha untuk meluaskan atau menyampaikan dakwah melalui penulisan yang boleh mengajak pembaca ke arah kebaikan nseperti yang dirtuntut dalam agama Islam. Dakwah sendiri merujuk kepada proses penyampaian pesanan yang suci daripada Tuhan kepada manusia dan disampaikan melalui medium bahasa dan penulisan. Malah Islam juga sangat menjunjung tinggi nilai sesebuah kesusasteraan terutamanya penulisan yang menjadi medium penyampaian dan penyebaran dakwah. Akhirnya, kesusasteraan juga sangat berperanan untuk kritikan sosial. Hal ini demikian kerana, sastera telah merakamkan corak kehidupan masyarakat daripada dimensi yang pelbagai-bagai dan mempunyai banyak perbezaan sudut pandangan daripada setiap orang yang berbeza. Rakaman yang telah direkodkan dalam sastera ini diambil dari kisah sebenar atau realiti yang pernah berlaku kepada masyarakat yang terdahulu. 3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu
4.0 Manifestasi Akal Budi dalam Karya Sastera
Pantun empat kerat – budi Akar keladi melilit selasih, Selasih tumbuh di hujung taman, Kalungan budi junjungan kasih, Mesra kenangan sepanjang zaman. Ambil galah jolok ramunia, Kait mari sampai berdiri, Kita hidup atas dunia, Buat baik taburkan budi. Ambilkan saya buah delima, Masak sebiji di balik daun, Budi tuan saya terima, Jadi kenangan bertahun-tahun. Anak dara berkain cukin, Dari daik bulan puasa, Tidak kira kaya miskin, Asalkan baik budi bahasa. Harun Mat Piah ( penyelenggara ) Puisi Melayu Tradisional : nasihat dan pengajaran,2004 Dewan Bahasa dan Pustaka 4.1 PANTUN
4.1 PANTUN Maksud/tema Pantun ini berkenaan tentang kepentingan budi, jasa, kesopanan tutur kata, dan tingkah laku dalam kehidupan manusia. Di dalam pantun ini ada menyatakan bahawa seseorang itu akan sentiasa mengenang budi dan jasa baik yang orang lakukan kepada mereka sepanjang masa. Pantun ini juga menggalakkan semua orang untuk berbuat baik, banyak menabur budi dan jasa sementara masih hidup di dunia kerana mereka akan dihormati sewaktu hidup dan dikenang sesudah mati. Selain itu, budi baik yang diberikan kepada seseorang akan sentiasa diingat, dikenang dan dihargai oleh orang itu sepanjang masa. Masyarakat melayu juga sangat menyanjung nilai budi bahasa, iaitu kesopanan mengatasi soal kebendaan, kekayaan atau kemiskinan seseorang.
4.2 GURINDAM GURINDAM TENTANG PERSAHABATAN Cari olehmu akan kawan, pilih segala orang yang setiawan. Baik-baik memilih kawan, salah-salah bisa jadi lawan. Cari olehmu akan sahabat, yang boleh dijadikan obat. Sebelum berbicara pikir dahulu, agar tidak melukai hati temanmu.
4.2 GURINDAM Maksud/tema Gurindam ini bertemakan pesanan dalam persahabatan. Di dalam pantun ini, kita dinasihati untuk mencari seorang kawan yang setia iaitu sentiasa ada di sisi kita tidak kira di saat kita sedang senang atau susah. Kita juga perlu berhati-hati dalam memilih kawan supaya kita tidak tersalah memilih kawan yang akan mengkhianati kita dalam diam sehingga bermusuhan. Kita juga perlu mencari kawan yang boleh menolong kita ketika dalam kesusahan serta kita perlu berhati-hati dan berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata kepada kawan kita supaya mereka tidak terasa atau sakit hati dengan kawankawan kita.
Apa tanda Melayu jati Belajarnya tekun sampai mati Apa tanda Melayu jati Belajar dengan sepenuh hati Wahai ananda harapan bunda Tuntutlah ilmu selagi muda Carilah guru di mana saja Supaya hidupmu tiada sia-sia Wahai ananda seri permata Tuntutlah ilmu di desa di kota Manfaatnya besar tiada terhingga Dunia akhirat dirimu terpelihara 4.3 SYAIR
Syair ini berkisarkan tentang ajakan untuk para pelajar agar melaksanakan kewajipan mereka sebagai pelajar iaitu belajar dengan bersungguh-sungguh dan perlulah dibuat dengan ikhlas dari hati. Syair ini juga menyelitkan sebuah pesan yang ditujukan pada generasi muda untuk menuntut ilmu agar hidup mereka lebih bermakna dan berharga bila mereka tua nanti. Selain itu, syair ini juga menyebutkan tuntutan kepada semua orang untuk menuntut ilmu dimanapun berada kerena akan memberi manfaat kepada kita di dunia dan akhirat 4.3 SYAIR
4.4 Seloka Seloka Nasihat Jika hendak kamu melamar, Jangan banyak tulis dihapus, Jika siswa rajin belajar, Sudah tentu pasti lulus. Jika kita pegang kuas, Melukislah pada kertas, Jika anak bangsa cerdas, Bangsa pun berkualitas. Hendaklah melempar jangkar, Kalau ada perahu singgah, Kalau anak bangsa pintar, Negeri ini akan bangga.
4.4 Seloka Seloka ini mengandungi nasihat kepada anakanak muda atau anak bangsa. Seloka ini ada mengatakan bahawa jika anak-anak bangsa belajar dengan bersungguh, kejayaan pasti menjadi milik mereka. Selain itu, jika anak-anak bangsa ini cerdas atau pandai, akan terlahirlah bangsa yang berkualiti untuk memerintah masyarakat dan negara pada masa yang akan datang. Malah, jika anak-anak bangsa menggunakan kepintaran dan kelebihan mereka untuk mengharumkan nama negara, satu negara pasti akan berbangga dengan mereka.
5.0 Rujukan Anwar, R. (1981). Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972. Dewan Bahasa dan Pustaka. (Anwar, 1981) Azman, D., Mohd Nazri, D., Shamsudin, A. B., Abdul Rani, H., & Hasnah, D. (2022). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan. Pustaka Al-Ehsan. Harun Mat Piah; (1989). Puisi Melayu Tradisinal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Safian, H., Mohd. Thani, A., & Johan, J. (1981). Sejarah Kesusasteraan Melayu Jilid 1. Dewan Bahasa dan Pustaka. (Safian et al., 1981)
6.0 Bibliografi anyflip.com. (2022, May 22). BMMB1104 konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu - 1445-24-lingchin Flip PDF | AnyFlip. https://anyflip.com/tjbrv/nfvx (anyflip.com, 2022) Arifah, A. (2020, December 17). Konsep Kesusasteraan Melayu. Slideshare. Retrieved January 26, 2023, from https://www.slideshare.net/ArifahAzlanShah1/konsepkesusasteraan-melayu-240193262 Carian Umum. (n.d.). https://prpm.dbp.gov.my/cari1 keyword=kesusasteraan Eu, M. (2021, September 29). Fungsi Sastera Dalam Masyarakat.SCRIBD. Retrieved January 24, 2023, from https://www.scribd.com/document/528240293/Fungsi-SasteraDalam-Masyarakat# (Eu, 2021) fliphtml5.com. (2021, January 22). BMMB 3033 KESUSASTERAAN MELAYU (Tutorial Minggu 1) - Membalik Buku Halaman 1-10 | FlipHTML5. https://fliphtml5.com/iuffi/mhud/basic (fliphtml5.com, 2021) .
6.0 Bibliografi Maizatul, M. (2022, October 10). KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU SERTA MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI TRADISIONAL. Slideshare. Retrieved January 24, 2023, from https://www.slideshare.net/MaizatulMansor1/konsep-dan-fungsikesusasteraan-melayu-serta-manifestasi-akal-budi-dalam-puisitradisionalpdf (Maizatul, 2022) Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Karya Puisi Tradisional -. . .. (n.d.). Coggle. https://coggle.it/diagram/YiDUnz5DfRykzTyn/t/manifestasi-akal melayu-dalam-karya-puisi-tradisional (Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu Dalam Karya Puisi Tradisional -. . ., n.d.-b) Siti Hajar Abd. Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Shah Alam; Oxford Fajar Sdn. Bhd. Syed Hussein, A., H. Rosihan, A., Shafie, A. B., Shahnon, A., Hamdan, H.,Abdul Rahman, A.-A., Aziz, D., Hashim, M., & Sidi, G. (1980). Kesusasteraan Melayu dan Islam Suatu Pertembungan Pemikiran. Sarjana Enterprise. (Syed Hussein et al., 1980)
7.0 LAMPIRAN Antara tokoh-tokoh sasterawan negara yang terkenal. Antara contoh pantun lain yang biasa dijumpai yang mengandungi nasihat tersirat.
7.0 LAMPIRAN Gurindam 12 adalah salah satu contoh gurindam yang terkenal karya Raja Ali Haji Salah satu buku yang dijadikan sebagai rujukan.