The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Memaparkan bangunan - bangunan bersejarah di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur izza syazwani, 2020-10-10 11:59:13

BANGUNAN BERSEJARAH DI MALAYSIA

Memaparkan bangunan - bangunan bersejarah di Malaysia

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BUKIT RAMBAI

NAMA : NUR IZZA SYAZWANI BINTI MD ZAIN
KELAS : 5 SAINS TEKNIKAL
NO. K/P : 030224040042

PERKARA M/S
PENGHARGAAN 1
PENGENALAN 2
BANGUNAN-BANGUNAN BERSEJARAH DI :-
3-5
❑ SABAH 6-7
❑ SARAWAK 8-9
❑ PERLIS 10 – 13
❑ KEDAH 14 – 14
❑ TERENGGANU 16 – 19
❑ KELANTAN 20 – 21
❑ PAHANG 22 – 24
❑ JOHOR 25 – 28
❑ NEGERI SEMBILAN 29 – 31
❑ MELAKA 32 – 33
❑ PERAK 34 – 35
❑ SELANGOR 36 – 38
❑ KUALA LUMPUR 40 - 41
KESIMPULAN

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirahim….
Alhamdulillah…
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan
kehadrat Allah swt kerana dengan izin dan
limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan
buku skrap ini dengan penuh jayanya.

Dikesempatan ini saya ingin
menghadiahkan ribuan terima kasih
kepada Cikgu Khadijah Reduan, selaku
Cikgu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
kerana telah meletakkan sepenuh
kepercayaan beliau kepada saya untuk
menyempurnakan tugasan penting ini.

1

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang semakin
pesat membangun dan maju dalam pelbagai
sektor, namun dicelah-celah arus pembangunan
dan pemodenan ini terdapat bangunan bersejarah
yang menarik dan indah di samping keunikan reka
bentuk dan senibina bangunannya serta penuh
dengan kesan sejarah ketamadunan pada suatu
masa dahulu yang tetap terpelihara sehingga kini.

Setiap bangunan dan tinggalan lama bersejarah
yang terdapat di negara ini mestilah dipelihara dan
dipulihara dengan rapi dan sebaik mungkin bagi
mengelakkan warisan ketamadunan sejarah ini
daripada terus lenyap, pupus dan dilupakan oleh
generasi masa kini dan pada masa akan datang.

Contoh bangunan bersejarah yang wajar dan
mestilah dipulihara adalah seperti Balai Besar di
Alor Setar, Kedah, Muzium Sejarah Nasional di
Kuala Lumpur, Kota Margherita di Sarawak dan
Bangunan Stadhuys di Bandar Hilir, Melaka.

2

BANGUNAN BERSEJARAH
DI SABAH

MENARA JAM ATKINSON

Menara Jam Atkinson pada asalnya telah dibina untuk
memperingati Pegawai Daerah pertama Jesselton iaitu Francis
George Atkinson yang telah menemui kematian setelah
diserang malaria ketika berusia hanya 28 tahun.

Ibunya, Mary Edith, telah memberikan jam talam dua muka
untuk bangunan ini. Namun begitu, bangunan asal yang telah
siap dibina pada tahun 1905 ini digantikan dengan bangunan
yang baru pada tahun 1964.

Pada asalnya, menara ini dibina dengan hanya menggunakan
kayu Merbau ataupun Mirabau dengan ketinggian 48 kaki.
Namun reka bentuknya telah banyak berubah sebaik
diperbaharui.

3

BANGUNAN BERSEJARAH
DI SABAH

AGNES KEITH HOUSE

Siapa sangka rumah kayu yang kelihatan begitu
terpancar ciri tradisional tempatan ini sebenarnya
merupakan milik keluarga mat saleh daripada Amerika,
Agnes Keith. Kalau anda gemar membaca sastera
lama, mungkin anda pernah dengar nama ini, kerana
Agnes Keith telah membukukan pengalamannya-
pengalamannya sewaktu menetap di Sabah.
Rumahnya sebelum ini pernah menjadi kuarters
kerajaan Inggeris yang dipanggil sebagai Newlands.
Agnes dan keluarganya tinggal di sini sehingga tahun
1942 dan kembali lagi selepas Perang Dunia Ke-2.

4

BANGUNAN BERSEJARAH
DI SABAH

Namun, sekembalinya ke sini, rumah ini dilihat
telah musnah terbakar dek kerana perang. Oleh itu,
mereka telah membina rumah ini sekali lagi dengan
reka bentuk yang sama. Mereka tinggal di sini
sehinggalah tahun 1952.

Bangunan ini dibaikpulih 50 tahun kemudian dan
dibuka kepada orang awam mulai tahun 2004. Di
dalamnya terdapat perabot-perabot dengan ciri-ciri
kolonial dan barangan antik yang lain.

5

BANGUNAN BERSEJARAH
DI SARAWAK

THE OLD COURTHOUSE

The Old Courthouse adalah sebuah bangunan
bersejarah dibina pada tahun 1883 oleh Charles Brooke
yang boleh di temui di Bandar Kuching. Pada asalnya
ianya digunakan sebagai pejabat kerajaan dan tempat
majlis upacara negeri dijalankan.

Di bahagian hadapan bangunan ini, terdapat
monumen Charles Brooke yang berketinggian 6 meter.
Pada monumen yang dibina dalam tahun 1924 ini,
terdapat panel dengan 4 angka yang melambangkan
kepelbagaian masyarakat di Sarawak iaitu Melayu,
Kayan, Dayak dan Cina.

6

BANGUNAN BERSEJARAH
DI SARAWAK

KUBU MARGHERITA

Kalau dilihat reka bentuk Kubu Margherita ini terasa
macam melancong ke negara Eropah. Kubu yang
berwarna putih ini telah siap dibina dengan reka
bentuk istana lama Inggeris pada tahun 1879 oleh
Sir Charles Brooke dan diberikan nama sempena nama
isterinya, Margaret Brooke.

Terletak di atas bukit, kubu ini menyajikan

pemandangan yang seluas pandangan mata ke semua

arah di kawasan sekitarnya. Kubu ini dibina untuk

menjadi lambang kestabilan kerajaan dan

kekuatannya.

7

BANGUNAN BERSEJARAH
DI PERLIS

MUZIUM NEGERI KANGAR / MUZIUM
KOTA KAYANG

(RUMAH TETAMU KANGAR)

Muzium Negeri Kangar berdiri di atas tanah
berkeluasan 4.84 ekar yang suatu ketika dahulunya
diberikan Raja Syed Alwi kepada adik lelaki baginda
Syed Salim yang menjadi ketua menteri kepada Raja.

8

BANGUNAN BERSEJARAH
DI PERLIS

Pada sekitar kurun ke-19, Syed Salim telah
mendirikan rumahnya di atas tanah yang luas ini untuk
didiami bersama keluarganya sebelum dijual kepada
Kerajaan Negeri selepas Perjanjian Bangkok
ditandatangani.

Bangunan ini telah dijadikan kediaman rasmi
Penasihat British yang pertama, Meadow Frost
serta pewarisnya sehinggalah Perang Dunia Kedua
(1941) yang memperlihatkan rumah ini diambil alih
oleh tentera Jepun. Dari tahun 1943 ke 1945 pula
ia digunakan oleh tentera Thai.

Setelah negara mencapai kemerdekaan, bangunan
ini dijadikan sebagai kediaman rasmi Ketua Menteri
Perlis. Sedihnya, bangunan asal di atas tanah
ini dirobohkan pada tahun 1991 dan digantikan dengan
replika bangunan yang sama yang berfungsi sebagai
Muzium Negeri.

9

BANGUNAN BERSEJARAH
DI KEDAH

ISTANA PELAMIN

Istana Pelamin telah dibina pada tahun 1736 oleh
Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778) dan dijadikan
sebagai tempat bersemayam Sultan-sultan yang
kemudian di Kedah serta tempat berjalannya pelbagai
majlis Diraja.

10

BANGUNAN BERSEJARAH
DI KEDAH

Istana ini telah melalui banyak ‘dugaan’ seperti
kemusnahan sewaktu kedatangan Bugis pada tahun
1771 dan diabaikan ketika dibawah taklukan Siam
dari tahun 1821 ke 1842. Namun, pada tahun 1851,
ia telah dibaikpulih oleh Sultan Ahmad Tajuddin
Mukarram Shah dan kembali meriah dengan pelbagai
majlis termasuklah majlis-majlis perkahwinan.

Istana ini dinamakan sebagai Istana Pelamin
selepas berlangsungnya sebuah majlis perkahwinan
yang dikatakan paling meriah pernah diadakan
iaitu pada tahun 1904. Mulai tahun 1983, bangunan
ini telah ditukarkan fungsinya sebagai Muzium Diraja
Kedah sehingga kini.

11

BANGUNAN BERSEJARAH
DI KEDAH

BALAI SERI

Bangunan dengan gabungan reka bentuk barat dan
timur ini adalah hasil rekaan seorang arkitek bernama
Muhammad bin Lebai Tambi. Pembinaannya dimulakan
pada 21 Januari 1893 untuk digunakan sebagai
Mahkamah Tinggi yang dirasmikan oleh Sultan Abdul
Hamid Shah.

Bangunan ini kemudiannya bertukar fungsi beberapa
kali sehinggalah pada tahun 1983 dimana ia telah
dijadikan sebagai Balai Seni Negeri yang dirasmikan
oleh sultan pada 25 Julai 1983

12

BANGUNAN BERSEJARAH
DI KEDAH

RUMAH KELAHIRAN DATUK SERI
DR. MAHATHIR MOHAMAD

Alor Setar, Kedah adalah daerah dimana Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
telah dilahirkan iaitu pada 20 Disember, 1925.
Daripada seorang rakyat biasa yang dibesarkan di
dalam rumah papan yang hanyalah berbumbungkan
daun nipah, beliau telah membesar menjadi seorang
doktor dan seterusnya sebagai pemimpin negara.
Rumah satu bilik ini telah dipulihara oleh Arkib Negara
pada tahun 1992.

13

BANGUNAN BERSEJARAH
DI TERENGGANU

MASJID PUTIH

Masjid Putih ataupun juga dikenali sebagai Masjid
Besar dan Masjid Abidin adalah sebuah masjid yang
dibina antara tahun 1783 ke 1808 oleh Sultan Zainal
Abidin II. Masjid unik ini pada awal binaannya langsung
tidak menggunakan tiang. Ketika zaman pemerintahan
Sultan Umar, bangunan masjid ini telah digantikan
dengan batu bata.
Kemudiannya ditambah dengan 3 buah kubah dan
3 tiang bulat oleh Tengku Panglima Besar. Masjid ini
telah mengalami banyak pengubahsuaian sehingga
dapat memuatkan dalam 2,500 orang lorong pada
satu-satu masa.

14

BANGUNAN BERSEJARAH
DI TERENGGANU

KOTA LAMA DUYUNG

Terletak hanyalah 7 km dari bandaraya Kuala
Terengganu di Pulau Duyung, Kota Lama Duyung telah
dibina pada tahun 1919 oleh pegawai kanan
Pentadbiran Negeri Terengganu, Dato’ Biji Sura.
Rumah ini digelar sebagai Kota Lama kerana ia turut
dikelilingi oleh tembok batu. Yang menariknya tentang
rumah ini, ia merupakan rumah yang dibina
menggunakan batu-bata yang satu-satunya terdapat di
daerah ini pada lorong itu. Reka bentuknya
diinspirasikan daripada seni bina Melayu Terengganu
pada zaman 1920-an.

15

BANGUNAN BERSEJARAH
DI KELANTAN

MUZIUM PERANG KELANTAN
(BANK KERAPU)

Dibina pada tahun 1912, sebaik siap dibina, bangunan
ini telah digunakan sebagai bank oleh The Mercatile
Bank of India Ltd. Ianya dipanggil sebagai Bank Kerapu
kerana permukaan bangunan ini yang agak menggerutu
disebabkan oleh penggunaan simen berbatu-batu kecil.
Kalau anda nak tahu, bangunan ini merupakan
bangunan batu yang pertama di Kelantan.

16

BANGUNAN BERSEJARAH
DI KELANTAN

Ketika Perang Dunia Ke-2, bangunan ini telah
digunakan oleh polis Jepun sebagai ibu pejabat,
penjara, bilik siasatan serta tempat untuk mendera
tahanan perang. Setelah kejatuhan Jepun, ia
digunakan semula sebagai bank sehingga tahun
1981 sebelum dijadikan Balai Seni Lukis &
Kraftangan Kelantan.
Mulai tahun 1992, fungsinya telah diubah kepada
Muzium Memorial Perang Dunia Ke-2 yang
mempamerkan banyak barangan berkaitan dengan
peperangan yang terdiri daripada artifak, foto dan
artikel.

17

BANGUNAN BERSEJARAH
DI KELANTAN

ISTANA JAHAR
(MUZIUM DIRAJA NEGERI KELANTAN)

Bangunan yang kelihatan sungguh menarik di pandangan
mata dengan warna hitam dan kuning ini, merupakan
pada asalnya dibina oleh Sultan Muhammad II pada
tahun 1887 untuk cucuandanya yang bernama Long
Kundur Bendahara. Pembinaannya disambung oleh
Sultan Ahmad selepas Sultan Muhammad II mangkat.
Pada tahun 1889, Long Kundur telah menjadi Sultan
Muhammad III dan menjadikan Istana Jahar sebagai
Balai Besar dan tempat bersemayam baginda dan
Sultan-sultan yang kemudian iaitu Sultan Muhammad IV
dan Sultan Ismail. Bangunan ini kini digunakan sebagai
Muzium Diraja Negeri Kelantan.

18

BANGUNAN BERSEJARAH
DI KELANTAN

ISTANA BALAI BESAR

Istana Balai Besar ataupun Istana Susmana Besar
adalah sebuah bangunan lama yang telah dibina pada
tahun 1840 oleh Sultan Muhammad II sebagai
menggantikan pusat pentadbiran dari Kota Saba ke
Kota Bharu.
Istana ini telah menjadi tempat bersemayam Sultan-
sultan Pahang yang lalu. Sehingga kini, bangunan ini
masih kekal digunakan untuk menjalankan sebarang
upacara rasmi negeri.

19

BANGUNAN BERSEJARAH
DI PAHANG

MASJID NEGERI
(MADRASATUL FIRDAUS)

Masjid yang comel berwarna terang ini, Masjid Negeri
ataupun Madrasathul Firdaus adalah sebuah bangunan
yang tertua yang terletak di bandar Kuala Lipis.
Bayangkanlah, bagaimana sebuah masjid yang tidaklah
segah bangunan-bangunan kolonial lain ini mampu
berdiri dengan teguh sejak tahun 1888 lagi.Sangat
menakjubkan bukan? Lagi satu sebab kenapa masjid ini
sangat istimewa adalah kerana ia tidak pernah
ditenggelami banjir walaupun ketika banjir besar
melanda pada tahun 1971, yang peliknya, masjid ini
terletak di tebing Sungai Jelai. Untuk pengetahuan
anda, masjid ini telah dibina pada abad ke-19 oleh
seorang saudagar Arab dari Yemen yang bernama
Habib Hassan.

20

BANGUNAN BERSEJARAH
DI PAHANG

MUZIUM SULTAN ABU BAKAR

Dibina pada tahun 1888, bangunan ini telah
digunakan sebagai tempat penginapan residen-
residen Inggeris pada tahun 1898. Struktur asal
bangunan ini adalah daripada kayu namun pada tahun
1929, ianya telah digantikan sebagai bangunan batu
2 tingkat. Ketika waktu pencerobohan Jepun,
bangunan ini pernah digunakan sebagai markas
tentera Jepun.
Mulai tahun 1976 pula, ianya telah dijadikan sebagai
Muzium Sultan Abu Bakar. Dalam muzium ini terdapat
banyak pameran barangan bersejarah untuk dilihat
seperti barangan tembikar dan kaca antik daripada
China, dan banyak lagi artifak-artifak yang lain.

21

BANGUNAN BERSEJARAH
DI JOHOR

MUZIUM DIRAJA ABU BAKAR

Muzium Diraja Abu Bakar terletak di dalam sebuah
bangunan yang dahulunya adalah Istana Besar Johor.
Istana yang siap dibina pada tahun 1866 ini telah dibina
dengan pengaruh reka bentuk Resaissance di bawah
seliaan arkitek Eropah.
Perabot-perabot yang terdapat di dalam istana ini telah
ditempah oleh Almarhum Sultan Abu Bakar dari negara
England.
Bangunan ini kemudiannya telah dibaikpulih untuk
dijadikan muzium pada tahun 1982. Di dalam muzium ini
anda dapat melihat pameran barangan yang diperbuat
daripada perak, cenderahati dan barang-barang kemas.
Di samping itu, turut dapat dilihat adalah foto-foto
keluarga Diraja sejak pemerintahan Sultan Abu Bakar.

22

BANGUNAN BERSEJARAH
DI JOHOR

BANGUNAN SULTAN IBRAHIM

Bangunan Sultan Ibrahim yang terletak di atas Bukit
Timbalan ini adalah lokasi dimana terletaknya jabatan-
jabatan Kerajaan Negeri Johor. Mula dibina pada tahun
1938, bangunan dengan ketinggian 11 tingkat ini siap
sepenuhnya pada tahun 1942 dengan perbelanjaan
sebanyak RM2 juta.
Reka bentuk bangunan ini agak unik dengan gabungan
seni bina Kolonial, Islam dan Melayu Johor. Di hadapan
istana ini terdapat lukisan 8 bintang yang menjadi
simbol kepada 8 buah daerah yang terdapat di dalam
negeri Johor.
Pada bahagian pintu masuknya pula terdapat ukiran
dengan motif flora yang termasuklah lada hitam serta

bunga cengkih yang merupakan hasil utama Johor.

23

BANGUNAN BERSEJARAH
DI JOHOR

MASJID SULTAN ABU BAKAR

Berada di Jalan Skudai, Johor Bahru, masjid yang
mula dibina pada tahun 1892 dan siap pada tahun
1900 ini telah direka bentuk oleh arkitek Melayu,
Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak yang mendapatkan
inspirasi daripada bangunan-bangunan zaman Victoria
Inggeris memandangkan Sultan Johor pada ketika itu,
Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar agak cenderung
kepada budaya dan gaya Inggeris.

Masjid ini juga telah dibina dengan sedikit sentuhan

elemen Melayu dan Moorish. Masjid yang dinamakan

sempena nama ayahanda kepada Sultan Ibrahim,

Sultan Abu Bakar ini dapat memuatkan dalam 2000

jemaah pada satu-satu masa. 24

BANGUNAN BERSEJARAH
DI NEGERI SEMBILAN

ISTANA LAMA SERI MENANTI

Untuk pengetahuan anda, Seri Menanti adalah nama 3
batang padi yang tumbuh di kawasan sekitar yang
dinamakan sebagai Padi Menanti ataupun ‘semangat
padi yang menanti’. ‘Seri’ pula bermaksud ‘padi’ di
dalam bahasa Jawa. Istana Lama Seri Menanti ini
adalah sebuah istana 4 tingkat yang dibina untuk
menggantikan Istana Pulih yang telah terbakar
sewaktu Perang Bukit Putus. Istana ini telah direka
oleh dua orang tukang iaitu Taib dan Kahar dengan
arahan Yang di-Pertuan Besar yang mahu istana ini
dibina dengan reka bentuk alam Minangkabau.
Yang menariknya, istana indah ini telah dibina tanpa
menggunakan walaupun satu batang paku besi! Untuk
menyambung dari satu bahagian dengan bahagian yang
lain, mereka menggunakan sambungan kayu yang
dinamakan pasak.

25

BANGUNAN BERSEJARAH
DI NEGERI SEMBILAN

RUMAH PUTIH

Rumah Putih adalah sebuah bangunan bersejarah yang
dibina pada tahun 1912 oleh B.P. Habbach. Bahan asas
yang digunakan dalam pembinaan bangunan berwarna
putih ini adalah batu-bata yang kemudiannya
dikemaskan dengan simen.
Bangunan dengan reka bentuk British ini, pada awalnya
digunakan sebagai pusat pentadbiran British sebelum
dijadikan sebagai pejabat kerajaan negeri yang kini
telah pun dipindahkan ke bangunan baru.
Sekiranya anda ke sini, anda juga dapat melihat tugu
peringatan yang berdiri di hadapannya. Di samping itu,
di dalam kawasan yang sama juga, iaitu di hadapan
bangunan ini, adalah kawasan di mana Hari
Memperingati Pahlawan diadakan setiap tahun.

26

BANGUNAN BERSEJARAH
DI NEGERI SEMBILAN

ISTANA LAMA AMPANG TINGGI

Istana Lama Ampang Tinggi merupakan istana yang
siap dibina pada tahun 1865. Sebaik pembinaannya
selesai, istana ini diduduki oleh Yamtuan Ulin sebelum
dihadiahkan kepada puteri baginda, Tunku Cindai yang
berkahwin dengan Tunku Muda Chik.
Selepas itu, istana ini diturunkan pula kepada anaknya
yang bernama Tunku Halijah. Bermula daripada itu,
rumah ini dijadikan tempat tinggal keluarga Tunku
Muda Chik dari masa ke masa dan diabaikan
sepenuhnya bermula dari tahun 1930.

27

BANGUNAN BERSEJARAH
DI NEGERI SEMBILAN

Pada tahun 1953, bangunan lama ini telah dibuka dan
diangkut ke Seremban untuk dibina semula dan siap
setahun kemudian.
Pada tahun 1980 pula, istana ini sekali lagi dipindahkan
untuk dibawa ke dalam Kompleks Budaya Negeri
Sembilan iaitu di dalam tapak Muzium Negeri Sembilan.
Kini, anda boleh masuk ke dalamnya untuk melihat
pelbagai barangan antik dan khazanah Negeri
Sembilan.

28

BANGUNAN BERSEJARAH
DI MELAKA

KOTA A FAMOSA

Memang banyak bangunan bersejarah di Malaysia
tetapi Kota A Famosa boleh dikatakan yang selalu
menjadi sebutan ramai. Kota A Famosa adalah sebuah
kota yang telah dibina pada tahun 1511 menggunakan
buruh-buruh paksaan sewaktu dibawah taklukan
Portugis.

Namun begitu, kini, bukan keseluruhan kota ini dalam

keadaan yang sempurna, kerana satu-satunya

struktur yang masih dalam bentuk asal hanyalah pintu

gerbang kota ini iaitu Pintu Gerbang Santiago.

Dikatakan bahawa pintu gerbang ini adalah struktur

Eropah yang tertua di rantau Asia.Bangunan yang

telah pun berusia lebih daripada 500 tahun ini masih

teguh berdiri kerana menggunakan antara jenis

batuan yang paling kukuh iaitu Batu Lada ataupun

Batu Letrik yang agak sukar untuk dicari. 29

BANGUNAN BERSEJARAH
DI MELAKA

BABA & NYONYA HERITAGE
MUSEUM

Baba & Nyonya Heritage Museum sekiranya ke Melaka.
Muzium ini pada asalnya merupakan tempat tinggal
bagi keluarga Cina, iaitu keluarga Chan yang datang
untuk berniaga dari tahun 1865 ke 1919.
Pada tahun 1985 pula ia mula dibuka sebagai muzium
yang diuruskan sendiri oleh generasi ke-4 keluarga ini.
Dipamerkan di dalamnya adalah perabot-perabot asal
yang dipelihara dengan baik, yang masing-masing
memiliki ciri Baba Nyonya yang sangat cantik untuk

diamati.

30

BANGUNAN BERSEJARAH
DI MELAKA

MEMORIAL PENGISYTIHARAN
KEMERDEKAAN

(INDEPENDENCE MONUMENT MUSEUM)

Bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan pada
asalnya digunakan sebagai tempat orang-orang atasan
dan pegawai kerajaan bersosial, namun selepas
kemerdekaan, ianya dibuka kepada orang ramai
sebelum dijadikan bangunan memorial pada tahun
1985.
Bangunan yang dibina pada tahun 1911 ini kini menjadi
tempat penyimpanan pelbagai dokumen-dokumen,
artifak, majalah, keratan akhbar dan lain-lain lagi yang
penting kepada negara dari zaman Kesultanan Melayu
Melaka sehinggalah Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957.

31

BANGUNAN BERSEJARAH
DI PERAK

GALERI SULTAN AZLAN SHAH

Istana ini mula dibina pada tahun 1898 dan
segalanya selesai pada tahun 1903. Bahan-bahan
untuk membuat istana ini didatangkan daripada
negara-negara seperti India, Itali, Perancis dan dari
Tanah Melayu sendiri.

Sewaktu pembinaannya, bahan-bahan binaan dari
luar negara telah didatangkan dengan menggunakan
kapal-kapal dagangan yang menggunakan Sungai
Perak, manakala bahan tempatan pula diangkut
menggunakan gajah. Bayangkanlah suasana ketika
itu. Pasti meriahkan?

Di dalam Galeri Sultan Azlan Shah ini anda dapat

melihat pameran pelbagai barangan peninggalan

Sultan Perak yang termasuklah pemberian-

pemberian daripada luar negara, foto-foto salasilah

kerabat Diraja dan banyak lagi. 32

BANGUNAN BERSEJARAH
DI PERAK

MASJID UBUDIAH

Untuk pengetahuan anda, Masjid Ubudiah ini juga
dikatakan sebagai salah satu masjid yang terindah di
Malaysia. Datang dulu ke sini, baru anda tahu betapa
cantiknya masjid ini. Asalnya, masjid ini telah
dibangunkan kerana nazar Sultan Idris Murshidul Adzam
Shah I, Sultan Perak ke-28 yang menjalankan
pemerintahan dari 1887 ke 1916.

Masjid yang didirikan di Bukit Chandan ini mula dibina
pada tahun 1913 dengan kos sebanyak RM220,000 (pada
ketika itu) dengan bantuan seorang arkitek, A.B. Hubback
dan kerja pelaksanaan pula oleh ketua jurutera negeri
Perak, Caufield.

Dapat dilihat masjid ini memiliki pengaruh seni bina Islam-

India serta bentuk segi lapan yang unik. 33

BANGUNAN BERSEJARAH
DI SELANGOR

ISTANA BANDAR (ALAEDIN)

Dibina pada penghujung abad ke-19 dan siap pada tahun
1905, Istana Bandar (Alaeddin) adalah sebuah
peninggalan antik yang memiliki seni binaan yang unik.
Sewaktu pembinaan istana, tukang-tukang Cina yang
mahir turut terlibat dimana mereka menghasilkan ragam
hiasan serta ukiran dengan pengaruh Cina sendiri.
Secara keseluruhannya, istana ini memiliki pengaruh
Islam dari Timur Tengah dan juga India.
Untuk pengetahuan anda, istana ini pernah menjadi
tempat bersemayam Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah
dan permaisuri baginda sehingga baginda mangkat pada
1889. Bangunan ini kemudiannya menjadi tempat
pertabalan sultan Selangor ke-7.
Selepas kemerdekaan, iaitu pada tahun 1957, istana ini
telah tidak digunakan lagi kerana pusat pemerintahan
mula dipindahkan ke KL.

34

BANGUNAN BERSEJARAH
DI SELANGOR

KOTA RAJA MAHADI

Terletak tidak jauh dari bangunan Majlis
Perbandaran Klang, Kota Raja Mahadi ini telah
dibina oleh Raja Mahadi bin Raja Sulaiman ketika
kemuncaknya peperangan Klang iaitu pada tahun
1866.
Peperangan Klang berlaku akibat perebutan kuasa
untuk memerintah daerah Klang antara Raja Mahadi
dan Raja Abdullah.
Kubu yang terletak di Bukit Kota ini tidak lagi
digunakan sebaik dua buah peperangan saudara
berakhir.

35

BANGUNAN BERSEJARAH
DI KUALA LUMPUR

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah ibarat ‘icing on
the cake’ untuk bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan ini
tersergam indah di hadapan Dataran Merdeka, anda
boleh bersantai untuk menikmati pemandangannya
yang lebih-lebih lagi memukau jiwa pada waktu malam
sambil menikmati angin bandar.
Dibina pada abad yang ke-19 iaitu pada tahun 1893,
bangunan ini memiliki reka bentuk Moghul dan Moorish
dengan pengaruh Islam berdasarkan 3 buah kubah
yang terdapat padanya.

36

BANGUNAN BERSEJARAH
DI KUALA LUMPUR

Pada awalnya bangunan ini dikenali sebagai Pejabat
Baru Kerajaan, namun, pada tahun 1948, setelah
Persekutuan Tanah Melayu terbentuk, Bangunan
Sultan Abdul Samad dinamakan sebagai Sekretariat
Persekutuan.
Pada tahun 1974 pula, pejabat-pejabat Kerajaan
Negeri Selangor telah dipindahkan ke Shah Alam,
dan sejak dari itu, bangunan ini telah diberikan nama
yang baru bersempena dengan nama Sultan Selangor
yang memerintah dari tahun 1857 ke 1898, Sultan
Abdul Samad.

37

BANGUNAN BERSEJARAH
DI KUALA LUMPUR

MUZIUM DIRAJA NEGARA

Terletak di Jalan Istana, Muzium Diraja Negara telah
berdiri di sini sejak dari tahun 1928 lagi. Bangunan
yang bersejarah ini pada asalnya merupakan rumah
agam milik seorang jutawan Cina, Chan Wing.
Bangunan muzium ini telah direka bentuk oleh sebuah
firma seni bina Swan & MacLaren yang terkenal dari
Singapura.

Muzium yang dahulunya sebuah rumah kediaman ini

memiliki keluasan 11.34 hektar. Rumah dengan gaya

seni bina Palladian ini pada ketika itu merupakan

rumah agam dengan saiz yang tidak dapat ditandingi

oleh rumah lain di sekitar Tanah Melayu. Bangunan ini

kemudiannya telah diubahsuai dengan penambahan

bilangan bilik daripada 13 kepada 20 buah, balai

mengadap, dapur untuk memuatkan 100 orang, satu

dewan santapan, empat bilik tetamu dan dua balai

kemasukan 38

KESIMPULAN

Saya amat bersyukur kerana telah menyiapkan
buku skrap dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Ketika menjalankan tugasan ini,
banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai
yang telah saya pelajari. Saya telah
mempelajari dan mengetahui banyak perkara
yang berfaedah semasa melaksanakan kerja
kursus ini. Saya telah banyak memperoleh
maklumat tentang sejarah Kota A Famosa ini
yang kian dilupakan masyarakat kini. Oleh itu,
saya mesti menghargai dan memelihara
warisan dahulu kala kita dan menghargai serta
berusaha untuk mengekalkannya.

Saya juga telah mempelajari tentang
keistimewaan dan keunikan bangunan ini yang
dapat menarik minat ramai pelancong asing.
Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran,
ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara
rakan-rakan semasa menjalankan dan
menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna.
Nilai kerjasama telah membuatkan saya
bersama rakan–rakan berganding bahu untuk
mencari maklumat tentang bangunan itu.

39

KESIMPULAN

Tugasan ini juga memberi peluang kepada
saya untuk menguasai kemahiran membuat
penyelidikan dengan tatacara yang betul serta
dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah
keberanian untuk berkomunikasi, memupuk
sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa
negara kita. Kini, saya telah mengenali erti
tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu
tugasan. Saya juga mendapat tahu bahawa kita
harus berusaha bersungguh-sungguh untuk
mencapai sesuatu matlamat.

40

Nyanyi burung riang bersama
Merdu suara burung kenari
Bercuti rehat bersama keluarga
Tempat menarik dalam negeri…

Terbang sekawan cari rezeki
Burung merpati jelajahi buana
Tiada bezanya luar negeri
Malaysia jadi pilihan utama…


Click to View FlipBook Version