KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3
Tajuk : Amalan Kitar Semula di Kampung Belukar, Kuantan,
Pahang
Nama : Qurratu ‘ain binti Muhammad Nubli
Tingkatan : 3 Ibnu Majah
Guru Geografi : Muallimah Norhana binti Hashim
~1~
ISI KANDUNGAN
No. Tajuk Halaman
1. Penghargaan 3
2. Pendahuluan 4
3. Objektif kajian 5
4. Kawasan kajian 6
5. Kaedah kajian 7
6. Hasil kajian
7. Rumusan 8-13
8. Rujukan 14
9. Lampiran 15
16-23
~2~
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Pertama sekali, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, saya diberi
kesihatan yang baik dan dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini.
Seterusnya, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pengetua sekolah, Puan Aineszun binti
Amzah kerana memberi kebenaran untuk melakukan kajian lapangan ini.
Di samping itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya serta
seluruh ahli keluarga yang banyak membantu dan memberi dorongan kepada saya dalam
melaksanakan projek ini.
Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru Geografi
saya, Puan Norhana binti Hashim yang banyak membantu dan membimbing saya dalam
menjalankan kerja kursus ini. Seterusnya, tidak dilupakan juga ucapan terima kasih buat rakan-
rakan saya yang banyak membantu dan memberikan kerjasama untuk mengumpul dan merekod
maklumat.
Akhir sekali, terima kasih buat semua pihak yang terlibat kerana memberikan kerjasama
yang baik semasa projek ini dilaksanakan.
~3~
PENDAHULUAN
Kerja lapangan ini merupakan tugasan wajib bagi setiap pelajar tingkatan 3 yang akan
menduduki peperiksaan Pt3. Saya telah memilih tajuk amakan kitar semula di Kampung Belukar
bagi memenuhi keperluan kerja lapangan geografi saya pada tahun ini. Saya memilih Kampung
Belukar sebagai kawasan kajian saya kerana saya juga merupakan salah seorang penduduk tetap
di kawasan ini.
Tajuk amalan kitar semula ini amat menarik minat saya untuk mengkaji mengenainya
disebabkan oleh sikap sebahagian masyarakat yang kurang mengambil berat tentang amalan kitar
semula.
Di samping itu, saya juga amat berbesar hati kerana saya berpeluang untuk menjalankan
kajian ini. Saya bersama rakan-rakan sekelas telah mengambil masa selama 6 minggu untuk
menyiapkan tugasan ini.
~4~
OBJEKTIF KAJIAN
Melalui kajian Amalan kitar semula di Kampung Belukar, saya dapat:
1. Mendefinisikan konsep dan takrifan kitar semula.
2. Menyenaraikan jenis bahan-bahan yang dapat dikitar semula.
3. Mengenal pasti kepentingan amalan kitar semula di kawasan kajian.
4. Mengenal pasti masalah atau halangan dalam menjalankan kitar semula di kawasan
kajian.
5. Mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam melaksanakn amalan
kitar semula di kawasan kajian.
~5~
KAWASAN KAJIAN
Saya telah memilih Kampung Belukar sebagai kawasan kajian saya. Kampung
Belukar terletak di Mukim Kuantan. Jarak di antara kampung ini dengan pusat Bandar
adalah sejauh 8.7 km dan mengambil masa kira-kira 13 minit. Kawasan kajian saya
berkeluasan kira-kira 3.61 km persegi dan terletak di kawasan tanah pamah yang rata.
Kampung Belukar terletak berekatan dengan Sungai Belat yang menjadi antara punca
pendapatan bagi penduduk kampung utuk menangkap ketam dan udang. Berhampiran
dengan Kampung Belukar, terdapat beberapa kampung dan taman perumahan lain seperti
Kampung Kurnia, Kampung Razali dan Paya Besar.
Saya memilih Kampung Belukar sebagai kawasan kajian kerana saya tinggal di sini.
Hal ini memudahkan saya mengumpul data dan mencari maklumat yang diperlukan
dalam kajian ini.
Peta 1: Kedudukan Kampung Belukar
~6~
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mengumpul data dan maklumat bagi kajian
ini. Kaedah-kaedah tersebut ialah:
1. Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan bagi mendapatkan maklumat secara langsung tentang amalan kitar
semula yang dilakukan oleh penduduk Kampung Belukar.
2. Rujukan
Saya telah merujuk pelbaai sumber seperti buku dan internet bagi mendapatkan data dan
maklumat kampung saya.
3. Soal selidik
Soal selidik dilakukan dengan menyediakan borang soal selidik dan diedarkan kepada
sekurang-kurangnya 20 orang responden bagi mendapatkan maklumat tentang amalan kitar
semula. Borang soal selidik dilakukan bagi menganalisis data dan maklumat.
~7~
HASIL KAJIAN
Berdasarkan Wikipedia Bahasa Melayu, kitar semula adalah proses bahan buangan
terbiodegradasi untuk menghasilkan barangan boleh digunakan semula. Menurut akta
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), kitar semula bermaksud
memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi tujuan menghasilkan keluaran semula. Konsep
kitar semula Malaysia berasaskan 3R iaitu Reduce (kurangkan), Reuse (guna semula) dan
Recycle (kitar semula). Secara umumnya, kitar semula boleh dimaksudkan sebagai suatu proses
menggunakan barang-barang terpakai bagi menghasilkan produk baru.
Jenis-jenis bahan yang dapat dikitar semula
Kertas
Antara jenis-jenis kertas yang kerap dikitar semula oleh penduduk kampung adalah surat khabar,
majalah-majalah lama, buku-buku lama dan risalah-risalah. kerana harganya lebih tinggi
berbanding barang lain.
Barang plastik
Barang plastik merupakan antara barang yang kerap dikitar semula oleh penduduk. Antaranya
adalah botol minuman plastik dikitar menjadi pasu bunga, beg plastik digunakan semula ketika
membeli-belah dan sebagai plastik sampah.
Logam
Tin besi/tin aluminium merupakan barang yang kerap dikitar semula oleh penduduk kerana harga
jualannya tinggi. Antara barang logam yang dikitar semula seperti tin minuman, tin makanan dan
tin biskut.
Kain dan pakaian terpakai
Kain dan pakaian terpakai merupakan antara barang popular yang kerap dikitar semula.
Kebiasaannya, kain-kain dan pakaian terpakai akan digunakan sebagai kain basahan atau ianya
dikumpulkan di sebuah tempat sebelum dihantar ke pusat kitar semula.
~8~
Sisa makanan
Sisa makanan jarang dihantar ke pusat kitar semula kerana kebiasaannya, penduduk akan
menggunakan sisa makanan bagi membuat baja kompos dan sebagai makanan kepada haiwan
ternakan dan peliharaan seperti ayam, itik dan kucing.
Barang kaca
Kebanyakan barang kaca boleh dikitar semula. Antara barang kaca yang kerap dihantar ke pusat
kitar semula ialah pinggan dan mangkuk kaca, botol-botol kaca dan gelas kaca.
Barang getah
Barang getah juga boleh dihantar ke pusat kitar semula untuk dikitar semula. Antara barang
getah yang kerap dikitar semula adalah tayar kenderaan, tayar basikal dan tiub pelampung.
Penduduk menjadikan tayar kereta atau lori sebagai hiasan di halaman rumah.
Barang kayu
Penduduk kampung juga kadangkala menghantar barang kayu seperti meja, kerusi dan almari
bagi dikitar semula di pusat kitar semula kerana harga jualan barang kayu lebih tinggi
berbanding barang kitar semula yang lain. Penduduk juga kerap menggunakan kayu bagi
membuat para, tiang khemah dan membaiki bot.
Sisa kebun
Antara sisa kebun yang dikitar semula adalah daun-daun kering, ranting-ranting dan kayu pokok
yang telah mati. Penduduk kebiasaannya menjadikan sisa kebun sebagai baja kompos.
Minyak masak
Minyak masak yang kotor akan ditapis dahulu, kemudian minyak yang telah ditapis akan
dikumpulkan di dalam sebuah bekas sebelum di kitar semula.
~9~
Kepentingan amalan kitar semula di Kampung Belukar
1. Dapat mengelakkan pencemaran alam sekeliling
Amalan kitar semula amat penting diamalkan di sesebuah kawasan bagi mengurangkan
sampah sarap yang menjadi punca pencemaran alam. Melalui soal selidik yang
dijalankan, seramai 80% daripada responden berpendapat bahawa amalan kitar semula
dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar. Ini dapat menjamin persekitaran yang sihat
kerana kawasan yang kotor merupakan punca pelbagai penyakit seperti denggi.
2. Dapat menjimatkan wang dan kos
Berdasarkan soal selidik, seramai 70% daripada responden amat setuju bahawa amalan
kitar semula dapat menjimatkan wang dan kos. Hal ini kerana melalui amalan kitar
semula, kita bukan sahaja mendapat wang hasil jualan barang kitar semula, malah dapat
menjaga alam daripada tercemar.
3. Dapat menyelesaikan masalah pembuangan sampah yang berleluasa
Seramai 70% daripada responden amat setujuju bahawa amalan kitar semula dapat
menyelesaikan masalah pembuangan sampah sarap yang berleluasa.Hal ini kerana
dengan mengamalkan amalan kitar semula, sampah-sampah yang dibuang akan
berkurangan kerana ia telah dikitar semula.
4. Dapat mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida
Seramai 70% reponden bersetuju bahawa pengurangan barangan yang tidak
terbiodegradasi dapat mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida. Hal ini kerana
apabila permintaan barangan yang diperbuat daripada sumber yang tidak boleh
diperbahrui seperti beg plastik, kilang-kilang akan mengurangkan hasil pengeluaran
produk. Ini dapat membantu mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida.
5. Penggunaan sumber asli dapat dikurangkan melalui amalan kitar semula
Seramai 65% responden bersetuju bahawa penggunaan sumber asli dapat dikurangkan
melalui amalan kitar semula. Sumber asli seperti petroleum merupakan sumber yang
tidak boleh diperbaharui dan akan habis pada masa akan datang. Oleh itu, amalan kitar
semula dapat mengurangkan penggunaan sumber asli. Contohnya, pengurangan
penggunaan beg plastik dapat mengurangkan penggunaan sumber asli yang digunakan
bagi membuat beg plastik.
6. Amalan kitar semula perlu digalakkan oleh Negara disebabkan kapasiti pusat
pelupusan sampah terhad.
Seramai 60% responden bertsetuju bahawa amalan kitar semula perlu digalakkan oleh
Negara disebabkabn kapasiti pusat pelupusan sampah yang terhad. Sekiranya Negara
tidak menggalakkan amalan kitar semula, pembinaan pusat pelupusan sampah akan
semakin bertambah dan menyebabkan pencemaran alam lebih banyak berlaku.
~ 10 ~
7. Amalan kitar semula dapat menjamin peluang pekerjaan dan pendapatan kepada
rakyat dan Negara
Seramai 55% bersetuju bahawa amalan kitar semula dapat menjamin peluang peluang
pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat dan Negara. Ini kerana sesiapa sahaja boleh
mencari wang dengan mengumpul barang-barang kitar semula atau menjual barangan
yang telah dikitar semula. Contohnya, seseorang boleh menjual hiasan halaman rumah
daripada tayar terpakai.
Masalah yang dihadapi dalam menjalankan amalan kitar semula di Kampung
Belukar
1. Tiada tempat khas bagi membuang barang kitar semula
Ketiadaan tong kitar semula di sesebuah kawasan menyukarkan aktiviti kitar semula
dijalankan kerana jarak yang jauh antara Kampung Belukar ke pusat kitar semula.
Oleh itu, penduduk kebiasaannya akan menjual baranng kitar semula kepada
pengumpul barang kitar semula yang akan datang pada setiap enam bulan.
2. Kurang kesedaran dalam kalangan penduduk
Masih ramai lagi penduduk yang kurang kesedaran akan amalan kitar semula
menyebabkan mereka memandang ringan akan penjagaan alam. Namun, kita
seharusnya sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan menjadi tanggungjawab kita
untuk menjaga alam kerana setiap apa yang dilakukan akan memberi kesan sama ada
kepada manusia itu sendiri, haiwan dan tumbuhan.
3. Tiada penguatkuasan yang serius daripada pihak berkuasa
Tiada penguatkuasaan yang serius daripada pihak berkuasa menyebabkan penduduk
tidak terlalu mengambil berat tentang kitar semula dan besikap sambil lewa dalam
membuang sampah. Apabila pihak berkuasa tidak mengenakan sebarang denda atau
hukuman kepada pelaku-pelaku yang mencemarkan alam sekitar menyebabkan lebih
banyak sampah dibuang merata-rata dan lebih banyak pencemaran alam yang
berlaku.
4. Tiada kerjasama antara penduduk
Hasil kajian saya mendapati bahawa kerjasama antara penduduk amat penting bagi
memastikan kawasan persekitaran yang bersih dan sihat. Namun, ada sebahagian
penduduk yang tidak memberikan kerjasama ketika amalan kitar semula dijalankan
menyebabkan aktiviti kitar semula kurang mendapat sambutan dan kurang dijalankan.
~ 11 ~
5. Harga jualan barang kitar semula rendah
Harga jualan sesebuah barang kitar semula yang rendah menyebabkan amalan kitar
semula kurang mendapat sambutan daripada penduduk. Sebagai contoh, harga surat
khabar lama adalah 15 sen sekilogram. Ianya tidak begitu berbaloi dibandingkan
dengan tenaga mengumpul barang-barang kitar semula.
6. Program tentang amalan kitar semula kurang dijalankan
Program kitar semula kurang dijalankan kerana tiada kerjasama antara penduduk. Ini
menyebabkan penduduk kurang mendapat pengetahuan dan pengalaman tentang kitar
semula. Hal ini menyebabkan amalan kitar semula kurang dijalankan.
7. Tiada pengetahuan tentang amalan kitar semula
Terdapat segelintir penduduk yang tidak mengetahui tentang amalan kitar semula.
Hal ini kerana mereka tidak didedahkan tentang amalan kitar semula atau mereka
kurang berminat untuk mengetahui tentang amalan kitar semula.
Langkah-langkah bagi mengatasi masalah dalam menjalankan amalan kitar
semula di Kampung Belukar
1. Meletakkan tempat khas bagi membuang barang kitar semula
Kerajaan perlu meletakkan tong-tong kitar semula di setiap kawasan penempatan agar
dapat memudahkan penduduk menghantar barangan terpakai ke pusat kitar semula
dan penduduk dapat mengamalkan amalan kitar semula di samping menggalakkan
orang lain untuk mengamalkan kitar semula.
2. Membuat kempen amalan kitar semula
Membuat kempen amalan kitar semula dapat membantu memberi pengetahuan
kepada penduduk tentang kitar semula agar penduduk mempunyai pengetahuan
tentang kitar semula dan memberi galakan kepada mereka.
3. Memperketatkan undang-undang
Pihak berkuasa perlulah mengenakan denda kepada pihak yang tidak
bertanggungjawab membuang sampah merata-rata dan mencemarkan alam sekitar. Ini
dapat menjadikan penduduk lebih berdisiplin dalam mengamalkan amalan kitar
semula serta dapat memastikan kawasan persekitaran bebas daripada sampah-sarap.
4. Menaikkan harga jualan barang kitar semula
Kerajaan perlulah menaikkan lagi harga jualan barang kitar semula berbaloi dengan
usaha si pengumpul agar dapat menarik minat lebih ramai orang untuk menjalankan
kitar semula.
~ 12 ~
5. Membuat aktiviti gotong-royong
Pihak jawatankuasa pengurusan kampung perlu memperbanyakkan lagi membuat
aktiviti gotong-royong agar dapat memastikan kawasan perkampungan bersih
daripada sampah-sarap dan menghasilkan persekitaran yang bersih dan sihat serta
sedap mata memandang. Ini dapat menarik minat penduduk agar menjaga kebersihan
kawasan persekitaran demi kemaslahatan sejagat.
6. Mengadakan program atau aktiviti kitar semula
Mengadakan lebih banyak program atau aktiviti kitar semula agar dapat menarik
minat penduduk untuk mengamalkan kitar semula dan mendapatkan pengetahuan
tentang kitar semula. Penduduk bukan sahaja dapat menimba pengalaman malah
dapat menanamkan sifat kerjasama dan kesatuan dalam hati.
~ 13 ~
RUMUSAN
Kesimpulannya, berdasarkan hasil kajian saya, saya dapat memahami bahawa
kebanyakan responden menunjukkan sifat prihatin dan cakna akan apa yang berlaku di
kampung. Ini merupakan satu respon yang positif daripada penduduk kampung bagi
menggalakkan lagi amalan kitar semula. Hasil kajian ini menunjukkan maklum balas
yang positif daripada penduduk kampung agar kerajaan dan pihak berkuasa
menguatkuasakan amalan kitar semula agar rakyat lebih cakna akan alam sekitar.
Selain itu, amalan kitar semula juga penting dilakukan bagi mengurangkan
pencemaran alam seperti pemanasan global, kesan rumah hijau dan sebagainya. Amalan
kitar semula juga penting kepada generasi akan datang agar mereka menyayangi dan
menjaga alam sekitar. Sayangilah Bumi kita kerana keadaan Bumi akan datang
bergantung kepada keadaan Bumi pada masa kini. Sekiranya kita tidak menjaga Bumi
pada masa sekarang, pada masa akan datang, Bumi mungkin akan lebih teruk terjejas.
Akhir kata, amalan kitar semula ini perlu dipupuk dan disemai dalam diri setiap orang,
terutamanya generasi muda demi mengekalkan kebersihan dan keindahan alam.
~ 14 ~
RUJUKAN
Buku
Buku teks Geografi Tingkatan 3 KSSM, Kementerian Pendidikan Malaysia
Internet
https://anyflip.com/feneh/gfbz/basic
https://www.scribd.com/document/419651476/Contoh-Soal-Selidik-Kitar-Semula-t1-
2018
https://www.google.com/maps/place/Perkampungan+Belukar+Maju,+25150
+Kuantan,+Pahang/@3.7765912,103.2784849,16.07z/data=!4m13!1m7!3m
6!1s0x31c8b0c09aa43b4d:0x82b8d23ea9153383!2sJalan+Kampung+Kurnia
+Belukar,+25150+Kuantan,+Pahang!3b1!8m2!3d3.7815373!4d103.285878
1!3m4!1s0x31c8b0c40950d85f:0x22c620cb8e70acfd!8m2!3d3.7786522!4d
103.2854158
~ 15 ~
LAMPIRAN
~ 16 ~
~ 17 ~
~ 18 ~
~ 19 ~
~ 20 ~
~ 21 ~
GRAF HASIL KAJIAN SOAL SELIDIK
~ 22 ~
~ 23 ~