MOH/P/BSKB/37.24(GU) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PERKHIDMATAN DIETETIK PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU i KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN DIETETIK
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU ii Hak cipta terpelihara. Mengeluar ulang mana-mana bahagian dari penerbitan buku ini adalah dibenarkan bagi tujuan kegunaan individu selagi maklumat yang terkandung di dalam buku ini tidak diubahsuai. Walau bagaimanapun penerbitan semula buku ini secara keseluruhan atau sebahagian bagi tujuan jualan tidak dibenarkan dan pengedaran semula mestilah mendapat kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. eISBN MOH/P/BSKB/37.24(GU) Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Medical Nutrition Therapy Individu © April 2024. Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia Diterbitkan Oleh Unit Perkembangan Profesion Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 2, Blok A, Bangunan Utama Chancery Place Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik Presint 15, 62050 Putrajaya Tel: 03-88901011 https://hq.moh.gov.my/alliedhealth/
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU iii Kata Pengantar Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu kerana berjaya menghasilkan Pelan Pengurusan Operasi (PPO) dan Prosedur Operasi Standard (POS) Perkhidmatan Dietetik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Edisi Kedua. Kerjasama antara Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Dietetik telah menjadi langkah penting dalam membangunkan panduan bagi amalan klinikal perkhidmatan dietetik. Perkembangan perawatan dalam bidang penjagaan kesihatan dan teknologi baru, secara langsung telah memberi impak terhadap perkhidmatan dietetik. Ini menjadi satu cabaran kepada pegawai dietetik dalam memastikan amalan penyampaian perkhidmatan adalah berasaskan bukti, selamat dan berkualiti. Dokumen ini diterbitkan untuk memberi keterangan mengenai pengurusan operasi perkhidmatan dietetik di fasiliti KKM dan sebagai rujukan kepada pegawai dietetik. Semoga dokumen ini dapat diguna pakai sebagai panduan dan rujukan bagi pegawai dietetik KKM dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat. Sekian, terima kasih. Yang ikhlas, Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU iv Kata Pengantar Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Dietetik kerana berjaya menghasilkan dokumen Pelan Pengurusan Operasi (PPO) dan Prosedur Operasi Standard (POS) Perkhidmatan Dietetik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Edisi Kedua bagi pegawai dietetik. Selaras dengan perkembangan dalam bidang perubatan dan kesihatan, terdapat perubahan dalam amalan dan prosedur dietetik. Oleh itu, pemurnian PPO dan POS wajar dilaksanakan supaya pesakit mendapat rawatan terbaik dan komprehensif daripada pegawai dietetik. Skop perkhidmatan yang holistik perlu diambil kira dalam usaha meningkatkan lagi kualiti hidup pesakit. Saya yakin penghasilan PPO dan POS ini bukan sahaja dapat menyeragamkan amalan perkhidmatan, malah rakyat akan mendapat lebih manfaat dari perkhidmatan dietetik di fasiliti KKM seluruh negara. Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa dan semua individu yang terlibat di dalam menyumbangkan idea, masa dan tenaga sehingga terhasilnya dokumen ini. Sekian, terima kasih. Yang ikhlas, Dato’ Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU v Kata Pengantar Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Dietetik yang berusaha gigih dalam membangunkan Pelan Pengurusan Operasi (PPO) dan Prosedur Operasi Standard (POS) Perkhidmatan Dietetik. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Edisi Kedua bagi pegawai dietetik. Pegawai dietetik merupakan salah satu profesion di Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu. Skop penyampaian perkhidmatan dietetik yang holistik perlu mengambil kira pelbagai aspek yang merangkumi pencegahan sehingga intervensi bagi meningkatkan kualiti hidup pesakit. Pegawai dietetik perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang amalan terutamanya bidang-bidang pengkhususan. Adalah diharapkan penghasilan POS ini dapat digunakan sebagai rujukan dan panduan dalam menyeragamkan amalan. Penyampaian perkhidmatan dietetik adalah bersifat dinamik dan penerbitan dokumen ini diharap dapat membantu memantapkan lagi amalan pegawai dietetik di Kementerian Kesihatan Malaysia. Sekian, terima kasih. Yang ikhlas, Puan Hajah Farina binti Zulkernain Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU vi Keterangan Mengenai Dokumen Prosedur Operasi Standard (POS) Perkhidmatan Medical Nutrition Therapy Individu merupakan satu dokumen yang digunakan untuk mencapai keseragaman dalam perlaksanaan fungsi bagi perkhidmatan dietetik di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). POS ini membantu dalam memaksimumkan keselamatan dan kecekapan operasi untuk sesebuah organisasi. POS ini digunakan oleh pegawai dietetik sebagai panduan untuk mengendalikan pesakit yang memerlukan perkhidmatan medical nutrition therapy (MNT) di fasiliti KKM. Kegunaan Dokumen Ini POS ini diguna pakai dalam pengurusan perkhidmatan bagi profesion pegawai dietetik di KKM sebagai: i. Panduan dan rujukan kepada pegawai dietetik sepanjang perkhidmatan di KKM. ii. Dokumen informasi kepada profesion kesihatan lain dan orang awam yang terlibat secara langsung dengan perkhidmatan dietetik. POS ini boleh disesuaikan untuk kegunaan perkhidmatan dietetik di semua fasiliti KKM. Bagi fasiliti selain KKM, POS ini boleh dijadikan panduan dan rujukan. Kaitan Dengan Dokumen Ini POS ini hendaklah diguna pakai bersama: i. Pelan Pengurusan Operasi (PPO) Perkhidmatan Dietetik. ii. Prosedur Operasi Standard (POS) Perkhidmatan Medical Nutrition Therapy Berkumpulan.
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU vii ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Pengenalan 1 2. Objektif 2 3. Polisi Operasi Utama 3 4. Prosedur Kerja 4 5. Arahan Kerja 9 6. Prosedur Alternatif, Variasi Dan Kontigensi 21 7. Panduan Dokumentasi 22 8. Kawalan Kualiti 23 9. Pengurusan Data 27 10. Dokumen Rujukan Lain 28 11. Lampiran 29 12. Glosari 42 13. Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia 43 14. Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Dietetik 45 15. Panel Penyemak Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Dietetik 46 16. Panel Penilai Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Dietetik 47 17. Penghargaan 49
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 1 1. PENGENALAN Perkhidmatan medical nutrition therapy boleh disampaikan melalui konsultasi individu atau konsultasi berkumpulan. Konsultasi individu diberikan kepada pesakit yang mempunyai komorbiditi, yang mengalami masalah malpemakanan dan yang memerlukan sokongan pemakanan. Perkhidmatan ini diberikan kepada semua peringkat umur daripada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan geriatrik. Pegawai dietetik melaksanakan konsultasi individu berdasarkan proses penjagaan pemakanan (nutrition care process) yang merangkumi penilaian pemakanan, diagnosis pemakanan, intervensi pemakanan serta pemantauan dan penilaian semula pemakanan. Konsultasi individu disampaikan sama ada secara bersemuka atau maya. Penyampaian secara maya hanya dikhususkan kepada kaedah persidangan video dan dilaksanakan berdasarkan garis panduan dan prosedur operasi standard semasa. Bagi perkhidmatan dietetik pesakit dalam di hospital, pelaksanaan intervensi yang melibatkan proses pesanan dan pemberian diet normal, diet teraputik atau medical food kepada pesakit, pendidikan diet, kaunseling diet serta koordinasi penjagaan pemakanan dilaksanakan mengikut preskripsi diet yang ditetapkan oleh pegawai dietetik. Bagi perkhidmatan dietetik pesakit luar, pelaksanaan intervensi diet yang merangkumi pendidikan dan kaunseling diet adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan menyokong perubahan tingkah laku dan gaya hidup pesakit.
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 2 2. OBJEKTIF Objektif prosedur ini adalah untuk memastikan pesakit: 2.1. Mendapat terapi pemakanan yang komprehensif sebagai sebahagian daripada rawatan kepada masalah perubatan. 2.2. Mendapat diet yang bersesuaian dengan keperluan pemakanan semasa berada di wad. 2.3. Mencapai keperluan nutrien bagi menyokong dan melengkapkan proses perawatan serta mengelakkan masalah malpemakanan. 2.4. Meningkatkan status pemakanan dan kualiti kesihatan.
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 3 3. POLISI OPERASI UTAMA 3.1. Prosedur ini hanya boleh dilaksanakan oleh pegawai dietetik yang bertauliah dan berdaftar dengan Malaysian Allied Health Professions Council (MAHPC). 3.2. Pesakit mesti dirujuk oleh pengamal perubatan untuk mendapatkan perkhidmatan medical nutrition therapy individu. 3.3 Caj rawatan dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan. 3.4. Prosedur ini diberikan mengikut waktu bekerja rasmi. 3.5. Pesanan dan pemberian diet bagi pesakit dalam yang dirujuk mesti dilaksanakan berdasarkan preskripsi diet oleh pegawai dietetik. 3.6. Pesakit luar yang hadir pada hari janji temu mesti didaftarkan. 3.7. Maklumat berkaitan proses penjagaan pemakanan (nutrition care process) mesti didokumentasikan dalam rekod perubatan pesakit. 3.8. Prosedur ini mesti diberikan selaras dengan proses perawatan oleh pelbagai profesion kesihatan yang berkaitan. 3.9. Pegawai dietetik perlu sentiasa mematuhi amalan pencucian tangan yang betul serta Prosedur Operasi Standard (POS) kawalan penyakit berjangkit dari semasa ke semasa.
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 4 4. PROSEDUR KERJA 4.1. Ringkasan Prosedur Menyeluruh Setiap prosedur diterangkan dengan dua (2) cara: i. Secara ringkas dalam bentuk carta aliran kerja. ii. Dihuraikan dalam bentuk teks. Untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas mengenai sesetengah proses, beberapa arahan kerja disediakan untuk rujukan. Proses pentadbiran seperti pendaftaran, janji temu, discaj dan dokumentasi perlu dilakukan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh pihak hospital, klinik kesihatan serta institusi masing-masing.
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 5 Carta Aliran Kerja Konsultasi Individu Mula Terima rujukan Temui pesakit dan semak butiran Laksanakan penilaian pemakanan Tentukan keperluan sokongan pemakanan Rancang intervensi sokongan pemakanan oral atau kombinasi Tentukan sama ada pesakit boleh mengambil makanan secara oral Ya Ya Ya Ya Lampiran 1a/1b/2 Tidak Rancang pemakanan melalui tiub Rancang intervensi nasihat pemakanan dan modifikasi diet Laksanakan intervensi pemakanan Tentukan preskripsi diet dan/ atau medical food yang sesuai Kenal pasti diagnosis pemakanan Lakukan rawatan susulan Nilai keberkesanan intervensi pemakanan Berkesan? Tercapai? Perlu? Boleh? Discaj pesakit Kaji semula strategi intervensi pemakanan Teruskan dengan rawatan susulan Tentukan matlamat perawatan tercapai Teruskan pemantauan dan penilaian sehingga matlamat tercapai Tidak Tidak Tidak Tamat t Ya Ya AK 5.1 & Lampiran 3a/3b/3c/3d AK 5.2 & Lampiran 3a/3b/3c/3d AK 5.4 & Lampiran 3a/3b/3c/3d AK 5.3 & Lampiran 3a/3b/3c/3d Lampiran 3a/3b/3c/3d
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 6 Huraian proses konsultasi individu: 4.1.1. Terima rujukan dari pengamal perubatan melalui borang rujukan fizikal atau digital (Rujuk lampiran 1 atau 2: Borang Rujukan Dietetik atau Borang Rujukan Runding Cara Pemakanan). Rujukan pesakit luar daripada pihak klinik dan hospital swasta serta institusi lain boleh diterima dan tidak memerlukan format atau borang khas. Walau bagaimanapun, maklumat rujukan perlulah jelas daripada pengamal perubatan kepada pegawai dietetik bagi memudahkan pengurusan kes dan rekod. Bagi institusi yang mengamalkan rujukan dalaman secara automatik berdasarkan persetujuan dan indikasi tertentu, dokumen rujukan tidak diperlukan. 4.1.2. Temui pesakit yang dirujuk dan semak butiran dalam rekod perubatan pesakit. 4.1.3. Laksanakan penilaian pemakanan ke atas pesakit (Rujuk AK 5.1: Arahan Kerja Penilaian Pemakanan & Lampiran 3: Dietetic Care Notes). 4.1.4. Kenal pasti diagnosis pemakanan (Rujuk AK 5.2: Arahan Kerja Diagnosis Pemakanan & Lampiran 3: Dietetic Care Notes). 4.1.5. Tentukan sama ada pesakit memerlukan sokongan pemakanan. Jika tidak perlu, rancang intervensi nasihat pemakanan dan modifikasi diet dengan merujuk kepada penilaian dan diagnosis pemakanan. Jika perlu, tentukan sama ada pesakit boleh mengambil makanan secara oral atau tidak. 4.1.6. Sekiranya pesakit boleh mengambil makanan secara oral, rancang intervensi sokongan pemakanan oral sama ada preskripsi oral nutritional supplement atau dengan kombinasi pemakanan melalui tiub. Sekiranya pesakit tidak boleh mengambil makanan secara oral, rancang pemakanan melalui tiub sepenuhnya.
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 7 4.1.7. Tentukan preskripsi diet dan/ atau medical food yang sesuai. 4.1.8. Laksanakan intervensi pemakanan (Rujuk AK 5.3: Arahan Kerja Intervensi Pemakanan & Lampiran 3: Dietetic Care Notes) seperti berikut: a. Pesakit dalam: i. Berikan konsultasi kepada pesakit atau penjaga. ii. Maklumkan anggota kejururawatan yang menjaga pesakit di wad berkenaan pelan intervensi pemakanan dan preskripsi diet oleh pegawai dietetik. b. Pesakit luar: i. Berikan konsultasi kepada pesakit atau penjaga. ii. Pesakit atau penjaga menjalankan pelan intervensi mengikut preskripsi yang ditetapkan. 4.1.9. Lakukan rawatan susulan bagi pesakit dalam dan berikan janji temu untuk rawatan susulan bagi pesakit luar. 4.1.10.Nilai keberkesanan intervensi pemakanan yang dijalankan semasa rawatan susulan. Sekiranya tidak berkesan, kaji semula strategi intervensi pemakanan (Rujuk AK 5.3: Arahan Kerja Intervensi Pemakanan & Lampiran 3: Dietetic Care Notes). Sekiranya berkesan, teruskan dengan rawatan susulan.
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 8 4.1.11.Semasa rawatan susulan, tentukan sama ada matlamat perawatan tercapai. Sekiranya tidak tercapai, teruskan dengan pemantauan dan penilaian sehingga matlamat perawatan tercapai (Rujuk AK 5.4: Arahan Kerja Pemantauan Dan Penilaian Semula & Lampiran 3: Dietetic Care Notes). Sekiranya tercapai, discaj pesakit daripada perkhidmatan dietetik. 4.1.12.Dokumentasikan semua maklumat berkaitan: a. Catat proses penjagaan pemakanan (nutrition care process) dalam rekod perubatan pesakit pada setiap lawatan. b. Catat maklumat pesakit dan ringkasan perkhidmatan dietetik dalam Sistem Maklumat Rawatan Pelanggan (SMRP) dan juga format pengumpulan data statistik perkhidmatan dietetik yang berkaitan.
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 9 5. ARAHAN KERJA 5.1. Arahan Kerja Penilaian Pemakanan Penilaian pemakanan dilakukan oleh pegawai dietetik sebelum menentukan diagnosis dan intervensi pemakanan. Ia merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. Penilaian pemakanan melibatkan pengumpulan data, penilaian semula yang berterusan dan analisa status pemakanan pesakit. Ia digunakan untuk menterjemahkan data, mengenal pasti masalah dan seterusnya membantu dalam merancang intervensi. 5.1.1. Dapatkan data pesakit melalui temu bual dengan pesakit atau penjaga, secara pemerhatian dan pengukuran, rekod perubatan pesakit ataupun daripada anggota kesihatan yang berkaitan. Data yang diperlukan adalah seperti berikut: a. Data antropometri i. berat badan, sejarah berat badan ii. tinggi/ panjang iii. knee height/ arm span/ demi-arm span/ ulna length iv. indeks jisim tubuh (IJT) v. ukur lilit pinggang vi. mid upper arm circumference (MUAC) vii. skinfold measurement viii. peratus lemak tubuh ix. carta tumbesaran x. lain-lain yang berkaitan b. Data nutrition-related biochemistry, medical test and procedures i. glukosa darah ii. lipid profile iii. renal profile iv. liver function test v. full blood count vi. elektrolit vii. lain-lain yang berkaitan
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 10 c. Data nutrition-focused physical findings i. selera makan ii. swallowing function iii. muntah/ loya/ anoreksia iv. diarea/ sembelit v. loss of subcutaneous fat vi. muscle wasting vii abdominal distension viii. edema/ ascites ix masalah pergigian x. status hidrasi xi. alergi xii. access route xiii. lain-lain yang berkaitan d. Data food/ nutrition related history i. pengambilan makanan dan nutrien ii. pemberian makanan dan nutrien iii. kebolehdapatan bekalan produk/ makanan iv. penggunaan ubat atau suplemen v. nutrition quality of life vi. lain-lain yang berkaitan e. Sejarah pesakit (patient history) i. sejarah peribadi/ sejarah sosial ii. sejarah perubatan/ kesihatan/ keluarga iii. penggunaan rawatan komplementari/ alternatif iv. aktiviti fizikal/ gaya hidup v. pengetahuan, amalan dan kepercayaan vi. lain-lain yang berkaitan
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 11 5.1.2. Gunakan data tersebut untuk: a. Penentuan diagnosis pemakanan b. Perancangan intervensi pemakanan
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 12 5.2. Arahan Kerja Diagnosis Pemakanan Diagnosis pemakanan dibina daripada pernyataan problem, etiology, signs & symptoms (PES). Tujuan diagnosis pemakanan adalah untuk mengenal pasti dan menerangkan masalah pemakanan spesifik yang dapat diselesaikan atau diperbaiki melalui intervensi pemakanan. Diagnosis pemakanan adalah berbeza daripada diagnosis perubatan. Diagnosis pemakanan terbahagi kepada empat (4) kategori iaitu: Intake pengambilan makanan atau nutrien yang terlalu banyak atau sedikit berbanding dengan keperluan Clinical keadaan klinikal atau fizikal yang berkaitan dengan masalah pemakanan Behavioral-environmental pengetahuan, sikap, kepercayaan, persekitaran, kebolehdapatan makanan atau keselamatan makanan Other tidak diklasifikasikan sebagai intake, clinical, behavioral-environmental Tulis pernyataan diagnosis pemakanan seperti berikut: a. Kenal pasti masalah (Problem) pemakanan utama yang boleh dirawat melalui medical nutrition therapy dengan menggunakan Nutrition Care Process Terminology (NCPT). b. Tentukan etiologi (Etiology) bagi masalah pemakanan utama tersebut. Hubungkan masalah dengan etiologi menggunakan perkataan “related to”. c. Tentukan tanda-tanda dan simptom (Signs and Symptoms) masalah pemakanan tersebut. Hubungkan etiologi dengan tanda-tanda dan simptom menggunakan perkataan “as evidenced by” (AEB). d. Catatkan diagnosis pemakanan menggunakan pernyataan Problem, Etiology, Signs & Symptoms (PES).
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 13 Perkara-perkara yang perlu diambil kira semasa membuat diagnosis pemakanan ialah: P (Problem) Tentukan sama ada diagnosis pemakanan boleh diselesaikan atau diperbaiki oleh pegawai dietetik. Utamakan diagnosis daripada kategori “intake” jika terdapat dua atau lebih pilihan. E (Etiology) Nilai semula etiologi yang digunakan bagi menentukan sama ada ia merupakan penyebab utama yang dapat diselesaikan atau diperbaiki ataupun dapat mengurangkan tanda-tanda dan simptom-simptom melalui intervensi pemakanan. S (Signs and symptoms) Tanda-tanda dan simptom-simptom boleh diukur di mana ia dapat memberikan indikasi sama ada intervensi pemakanan yang dijalankan berjaya menyelesaikan atau memperbaiki masalah pesakit.
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 14 Contoh Nutrition Diagnosis: NUTRITION PROBLEM ETIOLOGY “related to” SIGN & SYMPTOMS “as evidenced by” Inadequate energy intake Decreased appetite secondary to chronic COPD Consuming less than 75% of estimated energy needs for 1 month and unintentional weight loss of 6% in 1 month Intake of types of fat inconsistent with needs (saturated & trans-fat) Daily high fat food choices High total cholesterol, LDL & triglycerides Excessive sodium intake Lack of cooking skills leading to high sodium convenience meals Diet history of high sodium intake Inadequate energy intake Swallowing difficulty due to mouth ulcers Inability to swallow solid foods & total intake less than 50% of kcal needs Inadequate protein intake Decreased appetite & consumption of meals Diet recall reveals patient meeting only 4% of protein needs and low albumin level Unintended weight loss Poor oral intake secondary to difficulty swallowing 30% weight loss in a month Altered nutritionrelated laboratory values Uncontrolled type 2 diabetes mellitus HbA1c of 10.2% and noncompliance with oral medications and diet control per spouse
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 15 NUTRITION PROBLEM ETIOLOGY “related to” SIGN & SYMPTOMS “as evidenced by” Altered GI function Decreased functional intestine length Recent small bowel resection, reports of diarrhoea, abdominal pain and bloating associated with per orally food intake for 10 days Inadequate enteral nutrition infusion Compromised percutaneous endoscopic gastrostomy (PEG) tube Feeding being on hold until PEG tube is fixed Altered nutritionrelated lab values Kidney dysfunction & poor knowledge of modified diet Abnormal BUN, Cr, K+ levels & high preference for fresh fruits
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 16 5.3. Arahan Kerja Intervensi Pemakanan Intervensi pemakanan adalah perancangan yang dibuat bertujuan untuk mengubah tingkah laku berkaitan pemakanan, faktor risiko, keadaan persekitaran atau aspek status kesihatan bagi menyelesaikan atau memperbaiki diagnosis pemakanan yang dikenal pasti. Intervensi pemakanan hendaklah dilaksanakan mengikut keperluan dan kesesuaian pesakit. Langkah-langkah dalam perancangan intervensi pemakanan:: a. Menentukan intervensi pemakanan berdasarkan kehendak pesakit, keutamaan, impak, dan sumber yang ada. b. Berkolaborasi dengan pesakit dalam proses perancangan dan kenal pasti matlamat intervensi untuk setiap diagnosis pemakanan. c. Menyediakan preskripsi pemakanan yang menggariskan cadangan pemakanan khusus dan intervensi yang diperlukan untuk mengatasi diagnosis pemakanan dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan. d. Merancang strategi pemakanan berdasarkan bukti saintifik. e. Merancang tempoh dan kekerapan rawatan susulan. Langkah-langkah untuk melaksanakan proses intervensi makanan: 5.3.1. Tetapkan matlamat bagi intervensi pemakanan dengan mengambil kira perkara berikut: a. Diagnosis pemakanan. b. Maklumat evidence-based daripada garis panduan medical nutrition therapy, concensus, panduan, protokol atau hasil kajian yang dikeluarkan. c. Matlamat jangka pendek dan jangka panjang. 5.3.2. Bina strategi intervensi pemakanan berdasarkan kategori berikut: a. Kaedah pemberian makanan atau nutrien - pendekatan individu bagi pemberian makanan atau nutrien termasuk hidangan utama atau snek, pemakanan enteral, pemakanan parenteral serta keperluan suplemen.
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 17 b. Pendidikan diet - memberi pengetahuan dan kemahiran kepada penjaga atau pesakit untuk mengurus, membuat modifikasi makanan dan tingkah laku bagi meningkatkan atau mengekalkan berat badan, atau meningkatkan status kesihatan. c. Kaunseling diet - diberi kepada penjaga atau pesakit bagi membantu menetapkan keutamaan dan matlamat intervensi, mewujudkan pelan tindakan individu dan menggalakkan pemantauan kendiri. Antara teori dan model yang digunakan adalah cognitivebehavioral theory (CBT), health belief model, social learning theory dan transtheoretical model/ stages of change. Strategi yang sesuai dirancang bagi mencapai matlamat pengurusan pemakanan termasuk motivational interviewing, goal setting, self-monitoring, problem solving, social support, stress management, stimulus control, cognitive restructuring, relapse prevention dan rewards/ contingency management. d. Koordinasi penjagaan pemakanan - berunding, merujuk atau bekerjasama dengan profesion kesihatan lain, institusi atau agensi, bagi membantu perawatan atau pengurusan masalah berkaitan dalam mencapai matlamat intervensi. 5.3.3. Sediakan preskripsi diet yang bersesuaian berdasarkan keperluan pesakit secara individu. 5.3.4. Laksanakan konsultasi kepada pesakit atau penjaga dengan: a. Menerangkan matlamat intervensi pemakanan jangka pendek dan jangka panjang. b. Memberi preskripsi diet yang dirancang. c. Memberi pendidikan terhadap diet atau penerangan tentang pelan pemakanan yang dirancang.
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 18 5.3.5. Maklumkan anggota kejururawatan yang menjaga pesakit di wad berkenaan pelan intervensi pemakanan dan preskripsi diet yang ditentukan bagi pesakit dalam. Maklumkan penjaga atau pesakit untuk melaksanakan pelan intervensi pemakanan serta menjalankan pemantauan kendiri berkenaan: a. Perubahan berat badan. b. Pengambilan makanan. c. Masalah yang boleh mempengaruhi pengambilan makanan. 5.3.6. Dokumentasikan intervensi pemakanan dalam rekod perubatan pesakit seperti berikut: a. Intervensi pemakanan yang lengkap dengan: i. Matlamat intervensi pemakanan. ii. Saranan pemakanan dengan jenis diet khas. b. Arahan pelaksanaan intervensi yang dibincangkan dengan pesakit atau penjaga dan arahan pesanan diet. c. Bahan pendidikan yang diberikan kepada pesakit atau penjaga. d. Perancangan untuk lawatan susulan bagi menilai keberkesanan intervensi dan perkembangan kesihatan pesakit. e. Pelan discaj.
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 19 5.4. Arahan Kerja Pemantauan dan Penilaian Semula Pemantauan adalah satu pendekatan untuk membuat pengukuran dan pengumpulan data pesakit pada lawatan susulan yang dirancang berdasarkan hasil yang ingin dicapai. Penilaian semula dilakukan pada setiap lawatan susulan. Keberkesanan rawatan dinilai berdasarkan perubahan positif dengan membuat perbandingan yang sistematik terhadap data semasa dengan yang terdahulu. Pencapaian matlamat intervensi pemakanan diukur dengan membandingkan satu atau lebih parameter dengan standard yang perlu dicapai. Fokus pemantauan dan penilaian semula pemakanan adalah untuk menerangkan dan dapat menunjukkan hasil daripada penjagaan pemakanan. Hasil penjagaan pemakanan dapat menyumbang kepada penjagaan kesihatan yang baik, seperti berikut: 5.4.1. Laksanakan proses pemantauan dan penilaian semula berdasarkan kepada kategori berikut, mengikut kesesuaian: a. Data antropometri b. Data nutrition-related biochemistry, medical test and procedures c. Data nutrition-focused physical findings d. Data food/ nutrition related history 5.4.2. Tentukan perancangan selanjutnya sama ada untuk meneruskan pelan penjagaan pemakanan (nutrition care plan) atau pelan discaj. 5.4.3. Laksanakan penilaian kepatuhan terhadap preskripsi diet bagi pesakit dalam dengan menggunakan Borang Audit Kepatuhan Terhadap Pelaksanaan Preskripsi Diet (Rujuk Lampiran 4: Borang Audit Kepatuhan Terhadap Pelaksanaan Preskripsi Diet). 5.4.4. Dokumentasikan maklumat pemantauan dan penilaian semula dalam rekod perubatan pesakit atau kad rawatan pesakit pada setiap lawatan.
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 20
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 21 6. PROSEDUR ALTERNATIF, VARIASI DAN KONTIGENSI 6.1. Bagi kes-kes tertentu di mana intervensi nasihat pemakanan dan modifikasi diet tidak dapat mencapai matlamat yang ditetapkan seperti pesakit tidak dapat memenuhi keperluan tenaga dan protein yang mencukupi, sokongan pemakanan enteral dicadangkan sebagai alternatif. 6.2. Bagi kes-kes seperti ileus, gastroparesis, gastrointestinal bleeding dan bowel obstruction di mana sokongan pemakanan secara oral atau melalui tiub tidak sesuai atau tidak dapat mencapai keperluan pemakanan; pemakanan parenteral dicadangkan sebagai alternatif berdasarkan keperluan nutrien yang disarankan oleh pegawai dietetik. 6.3. Bagi pengendalian kes penyakit berjangkit, maklumat data antropometri, biokimia, klinikal dan pengambilan makanan yang terkini diperolehi mengikut cara yang bersesuaian dan garis panduan semasa yang berkuatkuasa. 6.4. Bagi pesakit yang kurang berkemampuan, pelan sokongan pemakanan alternatif yang bersesuaian diberikan kepada pesakit dan disarankan supaya dirujuk oleh pegawai perubatan kepada pegawai kerja sosial perubatan. 6.5. Bagi pesakit yang mempunyai halangan komunikasi, konsultasi dilaksanakan bersama penjaga atau penterjemah dan penggunaan alat bantu mengajar yang bersesuaian perlu digunakan.
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 22 7. PANDUAN DOKUMENTASI 7.1. Dokumentasi dalam rekod perubatan pesakit: 7.1.1. Setiap langkah dalam proses penjagaan pemakanan (nutrition care process) pesakit mesti direkodkan dalam rekod perubatan pesakit. 7.1.2. Dokumentasi mengikut format Assessment, Diagnosis, Intervention, Monitoring and Evaluation (ADIME) menggunakan format dietetic care notes dan format follow up dietetic care notes. 7.1.3. Dokumentasi perlu lengkap dengan tarikh, masa, tandatangan dan cop nama berserta jawatan pegawai yang berkenaan. 7.1.4. Pen dakwat basah dan liquid paper tidak boleh digunakan dalam dokumentasi. 7.1.5. Semua dokumentasi mestilah kemas, jelas dan segala kesilapan perkataan perlu digariskan dengan satu garisan dan ditandatangan ringkas, diikuti dengan pembetulan. 7.1.6. Penggunaan abreviasi ataupun ringkasan perkataan adalah terhad kepada senarai yang diterima pakai. 7.1.7. Dokumentasi hendaklah dibuat secara berterusan tanpa melangkau barisan dan muka surat. 7.2. Maklumat pesakit dan ringkasan perkhidmatan dietetik didokumentasikan dalam Sistem Maklumat Rawatan Pelanggan (SMRP) dan juga format pengumpulan data statistik perkhidmatan dietetik yang berkaitan. 7.3. Maklumat indikator kualiti perlu dikumpulkan mengikut arahan semasa dan format pengumpulan data yang ditetapkan.
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 23 8. KAWALAN KUALITI 8.1. Kaedah Kawalan Kualiti Ciri-ciri kualiti bagi perkhidmatan medical nutrition therapy individu bagi pesakit boleh dikawal melalui: 8.1.1. Orientasi dan penilaian kompetensi perlu dilaksanakan kepada semua pegawai dietetik. 8.1.2 Penyeliaan dan pemantauan oleh pegawai yang dipertanggungjawabkan berlandaskan Prosedur Operasi Standard (POS). 8.1.3. Penggunaan borang Audit Kepatuhan Terhadap Pelaksanaan Preskripsi Diet 8.1.4. Penerapan nilai-nilai yang memberi keutamaan kepada aspek kualiti. 8.1.5. Pembelajaran berterusan dalam kalangan pegawai dietetik bagi meningkatkan kemahiran dan mutu perkhidmatan. 8.1.6. Pengukuran pencapaian menggunakan indikator kualiti yang ditetapkan. 8.1.7. Penambahbaikan melalui usaha mengurangkan kesan sebarang nonconformance kepada pelanggan, pembetulan serta-merta, serta maklum balas kepada petugas dan pengurusan supaya proses kerja, polisi dan sistem penyampaian boleh diperbaiki untuk kegunaan masa depan. 8.1.8. Pendidikan dan latihan berkenaan penjagaan pemakanan diberi kepada anggota kesihatan yang terlibat dalam rawatan pesakit. 8.1.9. Pengurusan data dan maklumat perkhidmatan bagi membantu penilaian pencapaian dan perancangan perkembangan perkhidmatan dietetik.
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 24 8.2. Standard Kawalan Kualiti 8.2.1. Dua (2) petunjuk kepada kualiti prosedur medical nutrition therapy individu iaitu: a. Semua pesakit dalam dirawat dalam tempoh 24 jam (hari bekerja) selepas rujukan diterima. b. Pematuhan pegawai dietetik terhadap amalan dietetik klinikal. 8.2.2. Definisi: a. Dirawat dalam tempoh 24 jam bermaksud setiap pesakit dalam yang dirujuk diberi konsultasi dalam tempoh 24 jam (hari bekerja) selepas rujukan diterima melalui Borang Rujukan Dietetik dari mana-mana disiplin perubatan (Rujuk Lampiran 1: Borang Rujukan Dietetik). b. Pematuhan terhadap amalan dietetik klinikal bermaksud pegawai patuh kepada setiap langkah yang disenaraikan dalam borang Audit of Clinical Dietetic Practice, Ministry of Health Malaysia (Rujuk Lampiran 5: Audit of Clinical Dietetic Practice, Ministry of Health Malaysia). 8.2.3. Mekanisma Kawalan: a. Membuat perbandingan catatan masa rujukan diterima dengan masa pesakit dirawat pada Borang Rujukan Dietetik b. Menjalankan audit pematuhan ke atas pegawai dietetik secara berkala. 8.2.4. Standard Pengukuran: a. >90% kes dirawat dalam tempoh 24 jam (hari bekerja) selepas rujukan diterima. b. 100% pegawai dietetik mencapai standard ≥75% berdasarkan Audit of Clinical Dietetic Practice, Ministry of Health Malaysia semasa audit pematuhan dijalankan.
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 25 8.2.5. Pencapaian dikira mengikut formula: Bilangan pesakit dalam yang dirawat dalam tempoh 24 jam (hari bekerja) selepas rujukan diterima x 100 % Jumlah pesakit dalam yang dirujuk Bilangan pegawai dietetik yang mencapai standard ≥75% berdasarkan Audit of Clinical Dietetic Practice, Ministry of Health Malaysia x 100 % Jumlah pegawai dietetik yang diaudit 8.2.6 Ringkasan Standard Kawalan Kualiti: Bil. Ciri Kualiti Mekanisme Kawalan Standard Pengukuran 1. Semua pesakit dalam dirawat dalam tempoh 24 jam (hari bekerja) selepas rujukan diterima. Membuat perbandingan catatan masa rujukan diterima dengan masa pesakit dirawat pada Borang Rujukan Dietetik. >90% kes dirawat dalam tempoh 24 jam (hari bekerja) selepas rujukan diterima. 2. Pematuhan pegawai dietetik terhadap amalan dietetik klinikal. Menjalankan audit pematuhan ke atas pegawai dietetik secara berkala. 100% pegawai dietetik mencapai standard ≥75% berdasarkan Audit of Clinical Dietetic Practice, Ministry of Health Malaysia semasa audit pematuhan dijalankan.
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 26 8.3. Penambahbaikan Kualiti Kaedah-kaedah penambahbaikan kualiti perkhidmatan dietetik adalah: 8.3.1. Merancang masa dengan bijak bagi memastikan kecekapan kerja pegawai dietetik di tahap yang optimum. 8.3.2. Menerapkan nilai-nilai budaya korporat dengan berfokuskan keperluan pesakit (patient-centered) semasa menjalankan perkhidmatan. 8.3.3. Memastikan keselamatan sokongan pemakanan enteral berdasarkan Policies & Procedures on Infection Control Ministry of Health Malaysia, 2009 dan Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan (TPS). 8.3.4. Meningkatkan kemahiran pegawai dietetik melalui pembelajaran berterusan seperti perbincangan kajian kes, continuous dietetic education and update (CDE), teaching ward round, clinical attachment, kursus dan lain-lain. 8.3.5. Menjalankan kajian quality assurance (QA) dan penyelidikan. 8.3.6. Sentiasa mengamalkan dan mengemas kini maklumat evidence-based berkaitan pengurusan perkhidmatan sokongan pemakanan enteral. 8.3.7. Memberi latihan berkenaan penjagaan pemakanan dan sokongan enteral kepada anggota kesihatan yang terlibat dalam rawatan pesakit.
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 27 9. PENGURUSAN DATA 9.1. Semua maklumat pesakit dan ringkasan perkhidmatan dietetik dimasukkan dalam Sistem Maklumat Rawatan Pelanggan (SMRP) yang ditetapkan oleh pihak Pusat Informatik Kesihatan (PIK), Kementerian Kesihatan Malaysia. 9.2. Semua maklumat pesakit dan ringkasan perkhidmatan dietetik direkodkan dalam format data primari yang ditetapkan oleh profesion dari semasa ke semasa. 9.3. Semua ringkasan maklumat pesakit dan perkhidmatan dietetik diserahkan kepada penyelaras statistik institusi dan penyelaras statistik negeri masingmasing di bawah pemantauan ketua bidang negeri. 9.4. Semua ringkasan maklumat pesakit dan perkhidmatan dietetik dikumpulkan dan dianalisa oleh penyelaras statistik dietetik kebangsaan di bawah Biro Penyelidikan dan Kualiti, Jawatankuasa Teknikal Profesion Pegawai Dietetik, Kementerian Kesihatan Malaysia.
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 28 10. DOKUMEN RUJUKAN LAIN a. Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774) b. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) c. Clinical Practice Guidelines, Ministry of Health Malaysia d. Garis Panduan Perkhidmatan Penjagaan Luka Di Fasiliti Kesihatan Primer, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2019 e. Garis Panduan Perkhidmatan Perawatan Domisiliari Di Kesihatan Primer, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2020 f. Garis Panduan Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya (Virtual Consultation Services) di Klinik Kesihatan, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2022 g. Garis Panduan Pelaksanaan Klinik Maya (Virtual) Perkhidmatan Dietetik, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2022 h. Garis Panduan Pemakanan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2020 i. Handbook of Children’s Palliative Care, Ministry of Health Malaysia, 2021 j. Manual Diet Hospital, Perkhidmatan Dietetik dan Sajian, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2016 k. Medical Nutrition Therapy Guidelines, Malaysian Dietitians Association l. Nutrition Care Process Terminology (NCPT) m. Paediatric Protocols for Malaysian Hospitals, Ministry of Health Malaysia, 2019 n. Panduan Pencegahan & Pengendalian Kes Berisiko Malnutrisi Dalam Kalangan Kanak-Kanak Bawah 5 Tahun, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2020 o. PDK Ku Sihat: Garis Panduan dan Manual Aktiviti, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2022 p. Perinatal Care Manual, 4th Edition, Division of Family Health Development, Ministry of Health Malaysia, 2020 q. Policies & Procedures on Infection Control, Ministry of Health Malaysia, 2009 r. Perintah Fi (Perubatan) s. Garis panduan dan protokol semasa yang berkaitan
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 29 11. LAMPIRAN 11.1 Lampiran 1a: Borang Rujukan Dietetik (Pesakit Dalam) Lampiran 1b: Borang Rujukan Dietetik (Pesakit Luar) 11.2 Lampiran 2: Borang Rujukan Runding Cara Pemakanan 11.3 Lampiran 3a: Dietetic Care Notes (Hospital) Lampiran 3b: Dietetic Care Notes – Follow Up (Hospital) Lampiran 3c: Dietetic Care Notes (Klinik Kesihatan) Lampiran 3d: Dietetic Care Notes – Follow Up (Klinik Kesihatan) 11.4 Lampiran 4: Borang Audit Kepatuhan Terhadap Pelaksanaan Preskripsi Diet 11.5 Lampiran 5: Audit of Clinical Dietetic Practice, Ministry of Health Malaysia Semua borang, format dan templat adalah tertakluk kepada sebarang pindaan dan perakuan Jawatankuasa Teknikal Profesion Pegawai Dietetik Kementerian Kesihatan Malaysia dari semasa ke semasa.
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 30 11.1 Lampiran 1a: Borang Rujukan Dietetik (Pesakit Dalam)
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 31 11.1 Lampiran 1b: Borang Rujukan Dietetik (Pesakit Luar)
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 32 11.2 Lampiran 2: Borang Rujukan Runding Cara Pemakanan
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 33 11.3 Lampiran 3a: Dietetic Care Notes (Hospital)
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 34
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 35 11.3 Lampiran 3b: Dietetic Care Notes – Follow Up (Hospital)
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 36 11.3 Lampiran 3c: Dietetic Care Notes (Klinik Kesihatan)
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 37
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 38 11.3 Lampiran 3d: Dietetic Care Notes – Follow Up (Klinik Kesihatan)
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 39 11.4 Lampiran 4: Borang Audit Kepatuhan Terhadap Pelaksanaan Preskripsi Diet
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 40 11.5 Lampiran 5: Audit of Clinical Dietetic Practice, Ministry of Health Malaysia
PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN MEDICAL NUTRITION THERAPY INDIVIDU 41