The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ini adalah panduan umum sahaja. Dapatkan konsultasi daripada Pegawai Dietetik untuk penjelasan lanjut. Risalah digital ini tidak digalakkan untuk edaran umum.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Najwa MMR, 2023-01-15 20:58:28

HTAR: Panduan Pemakanan GDM

Ini adalah panduan umum sahaja. Dapatkan konsultasi daripada Pegawai Dietetik untuk penjelasan lanjut. Risalah digital ini tidak digalakkan untuk edaran umum.

(DIABETES SEMASA MENGANDUNG) Disediakan oleh: Pegawai Dietetik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor 03-3375 7000 sambungan 1053/ 6257 kemas kini Januari 2023 INI ADALAH PANDUAN UMUM SAHAJA. DAPATKAN KONSULTASI PEGAWAI DIETETIK UNTUK PENJELASAN LANJUT.


- 2 - APAKAH GESTATIONAL DIABETES MELLITUS? PARAS NORMAL MGTT PARAS NORMAL BSP GESTATIONAL DIABETES MELLITUS (GDM) atau diabetes sewaktu mengandung adalah keadaan di mana kandungan glukosa di dalam darah melebihi nilai normal. Ia bersifat sementara dan biasanya akan hilang apabila bayi dilahirkan. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan hormon yang menyekat tindakan hormon insulin. Wanita yang mendapat masalah ini biasanya berisiko tinggi untuk mendapat Diabetes Jenis 2 pada masa akan datang. Ketika berpuasa = <5.1 mmol/L 2 jam selepas makan = <7.8 mmol/L * rujuk klinik kesihatan Ketika berpuasa = 3.5 – 5.2 mmol/L 2 jam selepas makan = <6.7 mmol/L * rujuk klinik kesihatan


- 3 - SIAPA YANG BERISIKO Peningkatan berat badan yang berlebihan semasa awal mengandung Terdapat sejarah keluarga yang menghidap Diabetes Mellitus Pernah mengandungkan bayi yang besar (melebihi 4 kg) atau kematian bayi dalam rahim Terlalu gemuk semasa mengandung Mengandung pada peringkat umur >35 tahun Tekanan darah tinggi (melebihi 140/90 mmHg) Berat badan berlebihan sebelum mengandung (BMI >25 kg/m²) Menghidap Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) Ketidaktoleransi glukosa (IGT)


- 4 - KOMPLIKASI PADA IBU: ω Mendapat pre-eklamsia iaitu tekanan darah meningkat ω Tangan dan kaki menjadi sembab dan terdapat protein dalam air kencing ω Menyebabkan kelahiran tidak cukup bulan ω Berisiko mendapat Diabetes Mellitus pada masa akan datang PADA ANAK: ω Bayi menjadi besar (melebihi 4 kg) dan menyebabkan kelahiran menjadi sukar ω Masalah pernafasan pada bayi ω Masalah glukosa darah bayi ω Penyakit kuning ω Kecacatan bayi


- 5 - PERTAMBAHAN BERAT BADAN* *rujuk klinik kesihatan Kategori (IJT Sebelum Mengandung) Saranan Kenaikan Berat Badan Kadar Kenaikan Normal kg Trimester pertama Trimester ke2 dan ke-3 (kg setiap minggu) Kurang berat badan (IJT <18.5 kg/m²) 12.5 – 18.0 2.3 0.44 – 0.58 Normal (IJT 18.5 – 24.9 kg/m²) 11.5 – 16.0 1.6 0.35 – 0.50 Lebih berat badan (IJT >25.0 – 29.9 kg/m²) 7.0 – 11.5 0.9 0.23 – 0.33 Obesiti (IJT >30.0 kg/m²) 5.0 – 9.0 - 0.17 – 0.27


- 6 - PANDUAN ASAS PEMAKANAN 1. Nikmati 3 hidangan utama iaitu: ω Sarapan (7.00 – 8.00 pagi) ω Makan tengah hari (12.00 tengah hari – 1.00 ptg) ω Makan malam (6.00 - 7.00 malam) 2. Hidangan ringan boleh diambil antara waktu hidangan utama untuk mencegah hipoglisemia (paras gula darah terlalu rendah) iaitu: ω Minum pagi (10.00 pagi) ω Minum petang (3.00 petang) ω Minum malam (9.00 malam) 3. Pelbagaikan pilihan makanan yang seimbang. 4. Tingkatkan pengambilan serat. 5. Hadkan pengambilan gula dan elakkan makanan tinggi gula. 6. Kurangkan lemak dan elakkan makanan tinggi lemak 7. Kurangkan garam dan elakkan makanan tinggi garam.


- 7 - MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN ω Kumpulan makanan ini perlu dielakkan kerana ia mengandungi gula ringkas yang akan meningkatkan aras glukosa darah dengan kadar yang cepat. ω Contoh makanan tinggi gula yang perlu dielakkan Gula putih Halwa Gula merah Kek Gula perang Kuih manis Glukos Biskut manis Gula-gula Buah dalam tin Madu Susu pekat manis Sirap Minuman 3+1 Kordial Serbuk coklat Jem Serbuk malta Kaya Minuman kotak Marmalade Air botol Ais krim Air tin Coklat Minuman bergas


- 8 - MAKANAN YANG PERLU DISUKAT Terdapat beberapa kumpulan makanan yang harus disukat. Makanan tersebut mesti diambil bagi memastikan pengambilan nutrien yang mencukupi. Walau bagaimanapun, pengambilannya perlu disukat kerana mengandungi karbohidrat. Pengambilan yang berlebihan akan meningkatkan aras glukosa darah. 1) BIJIRIN Rujuk muka surat 9 untuk senarai makanan bijirin. Panduan - Pilih bijirin tinggi serat untuk meningkatkan jumlah serat dalam pemakanan - Jumlah hidangan yang diperlukan bergantung kepada jumlah kalori yang dikira berdasarkan berat, tinggi, umur dan tahap aktiviti - Dapatkan nasihat daripada Pegawai Dietetik berkaitan dengan jumlah yang patut diambil


- 9 - SENARAI MAKANAN BIJIRIN Bijirin 1 karbohidrat Nasi ½ cawan Bubur nasi 1 cawan Kuey teow / mee basah ½ cawan Spaghetti / macaroni ½ cawan Bihun ¾ cawan Idli 1 keping Putu mayam 1 keping Thosai, 20cm ½ keping Chappati, 20cm ½ keping Roti bijirin penuh 1 keping Roti putih 1 keping Roti pita, 6” ½ keping Oatmeal, masak ½ cawan Oats, belum dimasak 3 sudu makan Muesli ½ cawan Tepung 3 sudu makan Biskut (tidak manis) 3 keping


- 10 - 2) SAYURAN BERKANJI & KEKACANG Sayuran Berkanji 1 karbohidrat Ubi kayu/keledek/keladi ½ cawan Sukun 1 potong Labu 1 cawan Jagung, panjang 6cm 1 biji kecil Ubi kentang 1 biji kecil Kentang, lenyek ½ cawan Sengkuang 4 keping Kekacang 1 karbohidrat Baked beans 1/3 cawan Kekacang (cth: kcg. dal, kcg. kuda, kcg. hijau) 1/3 cawan Papadam 9 keping kecil Corn kernel ½ cawan Peas ½ cawan


- 11 - 3) SUSU & HASIL TENUSU Panduan - 1 – 2 hidangan sehari - Susu pekat manis tidak dibenarkan - Susu penuh krim tidak digalakkan SUKATAN SUSU 1 hidangan = 1 karbohidrat Susu rendah lemak (cecair) 1 gelas (240ml) Susu rendah lemak (tepung) 4 sudu makan Yogurt (tanpa perasa) ¾ cawan Susu sejat ½ cawan Keju 4 keping *Susu soya (tanpa gula) 1 gelas


- 12 - 4) BUAH-BUAHAN Semua jenis buah dibenarkan * Panduan - 1 hingga 2 hidangan sehari (Rujuk muka surat 14 untuk sukatan 1 hidangan) - Elakkan pengambilan 2 hidangan buah pada waktu yang sama - Pilih buah segar tanpa dibuang kulit - Jus buah tidak digalakkan kerana tidak mengandungi serat


- 13 - SUKATAN BUAH-BUAHAN Bil. Jenis Buah 1 hidangan = 1 karbohidrat 1. Epal / Pir / Lai / Belimbing 1 biji sederhana 2. Jambu batu ½ biji 3. Tembikai / Tembikai susu / Nenas / Betik 1 potong 4. Oren / Ciku / Kiwi 1 biji sederhana 5. Rambutan / Laici / Pulasan 5 biji 6. Manggis / Plum 2 biji 7. Duku / Langsat / Anggur / Longan 8 biji 8. Cempedak / Nangka 4 ulas 9. Prun 3 biji 10. Kurma kering 2 biji 11. Mangga ½ biji kecil 12. Pisang 1 biji kecil (60g) 13. Durian 2 ulas sederhana 14. Kismis 1 sudu (20g)


- 14 - Berapakah Jumlah Karbohidrat Bijirin / Sayuran Berkanji dan Kekacang yang Boleh Anda Ambil? (CONTOH: 1800 kcal) Waktu Makan Jumlah Karbohidrat Bijirin / Ubi / Kekacang Susu Buah Sarapan (7.00 - 8.00 pagi) 2 1 Minum pagi (10.00 pagi) 1 Makan tengah hari (12.00 – 1.00 petang) 3 1 Minum petang (3.00 petang) 1 Makan malam (6.00 – 7.00 malam) 3 1 Minum malam (9.00 malam) 1 1 Rujuk muka surat 20-22 untuk contoh menu


- 15 - MAKANAN YANG BEBAS DIMAKAN Cecair ω Air mineral / air kosong ω Air barli kosong / air limau nipis (tanpa gula) Rempah dan perisa ω Serbuk kari ω Cili / herba / lada sulah ω Cuka / esen ω Rempah ratus * Penggunaan sos/ kicap perlu dihadkan – tinggi gula Sayuran berdaun hijau ω Sawi / kangkung / bayam / kailan ω Kacang panjang / kacang buncis / kacang bendi ω Petola / peria Semua jenis sayuran hijau digalakkan bagi meningkatkan pengambilan serat


- 16 - PROTEIN Panduan - 2-3 hidangan sehari - Hadkan pengambilan: o Kuning telur (2-3 biji seminggu) o Makanan laut (1 hidangan seminggu) o Organ dalaman (tidak digalakkan) o Lemak dan kulit ayam, lemak daging (tidak digalakkan) o Makanan terproses (tidak digalakkan) 1 hidangan protein = Ayam tanpa kulit 1 ketul peha Ikan selar / kembung 1 ekor Udang 12 ekor sederhana Sotong 2 ekor sederhana Kerang 40 biji kecil Daging tanpa lemak 2 saiz kotak mancis Telur ayam 2 biji Taukua 1 keping Tauhu 1 ½ keping Tempe 2 keping


- 17 - LEMAK Hadkan pengambilan lemak kerana: • Ia mengandungi kalori yang tinggi • Boleh meningkatkan berat badan berlebihan • Boleh memburukkan masalah diabetes • Boleh meningkatkan risiko penyakit jantung Panduan Mengurangkan Pengambilan Lemak • Buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam serta kulit ayam. • Kurangkan pengambilan lemak terutamanya lemak tepu (minyak sapi, santan, krimer bukan hasil tenusu dan lemak haiwan) • Penggunaan santan dihadkan kepada 2 sudu makan, 2 kali seminggu atau digantikan dengan susu rendah lemak dalam masakan. • Gunakan cara masak yang sihat seperti bakar / panggang, kukus, celur / rebus atau gunakan ketuhar gelombang mikro. Elakkan makanan bergoreng. • Pilih snek rendah lemak. Elakkan kek, biskut manis, pastri, coklat, kuih-muih dan makanan ringan dalam paket.


- 18 - GARAM Masalah berlebihan garam: • Meningkatkan risiko masalah tekanan darah tinggi dan sembab (bengkak air) • Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko pennyakit jantung, stroke dan kerosakan buah pinggang Panduan Mengurangkan Garam: • Jangan makan makanan yang diketahui masin seperti ikan masin, telur masin dan lain-lain. • Kurangkan atau elakkan menambah garam dalam semua jenis masakan. • Pilih makanan tanpa garam - elakkan makanan bergaram seperti makanan ringan atau keropok, jeruk-jeruk dan lain-lain. • Elakkan makanan yang diproses seperti ikan, sotong, dan kerang dalam tin. • Gunakan rempah ratus seperti kulit kayu manis, bawang putih, lada hitam untuk memberi rasa pada masakan.


- 19 - HIPOGLISEMIA Hipoglisemia terjadi apabila paras glukosa darah jatuh terlalu rendah daripada paras normal (<4.0 mmol/L) Faktor Penyebab Tanda / Simptom Langkah Atasi 1. Menangguhkan / terlupa masa makan 2. Tidak makan dengan mencukupi 3. Jumlah insulin yang terlalu banyak 4. Berlebihan aktiviti fizikal / senaman 1. Peluh berlebihan 2. Rasa hendak pitam 3. Rasa lapar 4. Berdebar-debar 5. Kabur penglihatan 6. Ketar / menggigil 7. Loya 8. Koma Ambil makanan seperti: - 1 biji gula-gula @ - ½ cawan jus buah @ - 1 gelas minuman bergula Diikuti dengan: - 1 keping roti @ - 3 keping biskut @ - Sedikit buahbuahan


- 20 - CONTOH HIDANGAN 1700 kcal Hidangan Menu Sukatan Sarapan (7.00 – 8.00 pagi) Oat Susu rendah lemak 3 sudu makan 4 sudu makan Minum pagi (10.00 pagi) Bihun Teh O 1 cawan Tanpa gula Makan tengah hari (12.00 – 1.00 petang) Nasi Ayam / Ikan Sayur Kekacang Minyak 1 cawan 1 ketul 1 cawan ½ cawan 2 sudu teh Minum petang (3.00 petang) Buah Teh O/Air Masak 1 hidangan Tanpa gula Makan malam (6.00 –7.00 malam) Nasi Ayam / Ikan Sayur Buah Minyak 1 cawan 1 ketul 1 cawan 1 hidangan 2 sudu teh Minum malam (9.00 malam) Susu rendah lemak 4 sudu makan * Sila rujuk muka surat 9 untuk senarai pertukaran bijirin


- 21 - CONTOH HIDANGAN 1800 kcal Hidangan Menu Sukatan Sarapan (7.00 – 8.00 pagi) Roti tinggi serat Susu rendah lemak Marjerin Telur 3 keping 4 sudu makan 1 sudu teh 1 biji Minum pagi (10.00 pagi) Biskut (tidak manis) Teh O 3 keping Tanpa gula Makan tengah hari (12.00 – 1.00 petang) Nasi Ayam / Ikan Sayur Buah Minyak 1 ½ cawan 1 ketul 1 cawan 1 hidangan 2 sudu teh Minum petang (3.00 petang) Roti tinggi serat Teh O 1 keping Tanpa gula Makan malam (6.00 –7.00 malam) Nasi Ayam / Ikan Sayur Buah Minyak 1½ cawan 1 ketul 1 cawan 1 hidangan 2 sudu teh Minum malam (9.00 malam) Biskut (tidak manis) Susu rendah lemak 3 keping 4 sudu makan * Sila rujuk muka surat 9 untuk senarai pertukaran bijirin


- 22 - CONTOH HIDANGAN 2000 kcal Hidangan Menu Sukatan Sarapan (7.00 – 8.00 pagi) Roti tinggi serat Susu rendah lemak Marjerin Telur 3 keping 2 sudu makan 2 sudu teh 1 biji Minum pagi (10.00 pagi) Biskut (tidak manis) Oats Susu rendah lemak 3 keping 3 sudu makan 2 sudu makan Makan tengah hari (12.00 – 1.00 petang) Nasi Ayam / Ikan Sayur Buah Minyak 1½ cawan 1 ketul 1 cawan 1 hidangan 3 sudu teh Minum petang (3.00 petang) Biskut (tidak manis) Teh O 6 keping Tanpa gula Makan malam (6.00 – 7.00 malam) Nasi Ayam / Ikan Sayur Buah Minyak 1½ cawan 1 ketul 1 cawan 1 hidangan 3 sudu teh Minum malam (9.00 malam) Roti tinggi serat Susu rendah lemak 1 keping 4 sudu makan * Sila rujuk muka surat 9 untuk senarai pertukaran bijirin


- 23 - Nota:


- 24 - Food Plate Concept


Click to View FlipBook Version