Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | 1 PANDUAN PEMAKANAN DIABETES MELLITUS Disediakan oleh: PEGAWAI DIETETIK Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang 03-3375 7000 samb. 6257 / 1053
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | 2 APAKAH DIABETES? Keadaan di mana organ pankreas dalam badan mengeluarkan hanya sedikit atau tiada insulin langsung yang menyebabkan seseorang itu terpaksa bergantung kepada suntikan insulin untuk mengurangkan paras glukosa (gula) darah. Keadaan di mana organ pankreas dalam badan tidak mengeluarkan insulin yang mencukupi atau insulin yang dihasilkan tidak berkesan dalam mengawal paras glukosa (gula) darah. Keadaan di mana paras glukosa (gula) darah melebihi paras normal. Ia bersifat sementara dan biasanya normal semula apabila bayi dilahirkan. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan hormon yang menyekat tindakan hormon insulin. Wanita yang mengalami GDM berisiko tinggi untuk mendapat Diabetes Jenis II pada masa akan datang. Diabetes Jenis I Diabetes Jenis II Gestational Diabetes Mellitus (GDM)
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | 3 PANDUAN ASAS 1. Ambil tiga (3) hidangan utama, iaitu: • Sarapan (7.00 - 8.00 pagi) • Makan Tengah Hari (12.00 - 1.00 tengah hari ) • Makan Malam(6.00 – 7.00 malam) 2. hidangan utama jika perlu untuk mencegah hipoglisemia (paras gula darah terlalu rendah), iaitu: • MinumPagi (10.00 pagi) • Minum Petang (3.00 - 4.00 petang) • Minum Malam(9.00 malam) 3. 4. melangkau waktu makan. 5. Pelbagaikan pilihan makanan dan seimbang. 6. 7. Hadkan pengambilan gula dan elakkan jika perlu. 8. Kurangkan pengambilan lemak dan garam. 9. Dapatkan dan kekalkan berat badan yang bersesuaian. 10. Tingkatkan aktiviti fizikal dan lakukan senaman. 11.
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | 4 KARBOHIDRAT Kedua-dua jenis karbohidrat GULA & KANJI akan dihadam menjadi glukosa untuk digunakan sebagai tenaga oleh badan. Meningkatkan glukosa (gula) darah dengan cepat dan menyebabkan diabetes sukar dikawal. Dihadam dan diserap lebih perlahan. Glukosa (gula) darah tidak naik mendadak. Walau bagaimanapun, sekiranya diambil berlebihan, maka glukosa (gula) darah tetap meningkat dengan lebih tinggi. Gula Kanji Karbohidrat terdiri daripada: 1) Gula (karbohidrat ringkas) 2) Kanji (karbohidrat kompleks) CHO
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | 5 Gula ringkas adalah padat dengan karbohidrat. Dapatkan konsultasi daripada Pegawai Dietetik berkenaan pengambilan gula dalam keadaan tertentu. Contoh makanan tinggi gula yang perlu dielakkan: Makanan Tinggi Gula Ringkas Halwa Kek Kuih manis Biskut manis Buah-buahan dalam tin Susu pekat manis Minuman pra-campuran bergula Air tin / kotak / botol bergula Gula putih Gula merah Gula perang Glukos Sirap Kordial Jem Kaya Ais krim Coklat
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | 6 Terdapat beberapa kumpulan makanan yang mesti diambil bagi memastikan pengambilan nutrien yang mencukupi. Walau bagaimanapun, pengambilannya perlu disukat kerana mengandungi karbohidrat. Pengambilan yang berlebihan akan meningkatkan aras glukosa (gula) darah. 1) BIJIRIN 2) SAYURAN BERKANJI & KEKACANG • Rujuk muka surat 7-9 untuk saiz sukatan. • Jumlah karbohidrat bergantung kepada jumlah kalori yang dikira berdasarkan berat, tinggi, umur dan tahap aktiviti. • Dapatkan konsultasi daripada Pegawai Dietetik berkaitan jumlah yang patut diambil. Makanan Yang Perlu Disukat
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | 7 Jumlah Karbohidrat 1 CHO 2 CHO 3 CHO Bijirin ½ hidangan 1 hidangan 1½ hidangan Nasi ½ cawan 1 cawan 1½ cawan Bubur nasi 1 cawan 2 cawan 3 cawan Mi ⅓ cawan ⅔ cawan 1 cawan Spageti / Makaroni / Kuetiau ½ cawan 1 cawan 1½ cawan Bihun ½ cawan 1 cawan 1½ cawan Idli 1 keping 2 keping 3 keping Putu mayam 1 keping 2 keping 3 keping Tose (20cm) ½ keping 1 keping 1½ keping Capati (20cm) ⅓ keping ⅔ keping 1 keping Roti tinggi serat 1 keping 2 keping 3 keping Roti putih 1 keping 2 keping 3 keping Roti pita (6”) ½ keping 1 keping 1½ keping Oat (belum dimasak) 3 sudu makan 6 sudu makan 9 sudu makan Muesli ¼ cawan ½ cawan ¾cawan Tepung 3 sudu makan 6 sudu makan 9 sudu makan Biskut (tidak manis) 3 keping 6 keping 9 keping Sukatan Makanan Bijirin
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | 8 Sukatan 1 Hidangan / 2 CHO Bijirin NASI KUETIAU MI 1 CAWAN 1 CAWAN ⅔ CAWAN ROTI PUTIH ROTI TINGGI SERAT BAN KOSONG 2 KEPING 2 KEPING 1 BIJI IDLI CAPATI TOSE 2 KEPING ⅔ KEPING 1 KEPING TEPUNG / OAT BISKUT TAWAR 6 SUDU 6 KEPING
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | 9 Sayuran Berkanji 1 CHO 2 CHO 3 CHO Ubi kayu/ keledek/ keladi ½ cawan 1 cawan 1½ cawan Sukun 1 potong 2 potong 3 potong Labu 1 cawan 2 cawan 3 cawan Jagung (panjang 6cm) 1 biji kecil 2 biji kecil 3 biji kecil Biji jagung ½ cawan 1 cawan 1½ cawan Ubi kentang 1 biji kecil 2 biji kecil 3 biji kecil Kentang, lenyek ½ cawan 1 cawan 1½ cawan Sengkuang 4 keping 8 keping 12 keping Kekacang 1 CHO 2 CHO 3 CHO Baked beans ⅓ cawan ⅔ cawan 1 cawan Kekacang (contoh: kacang dal, kacang kuda, kacang hijau) ⅓ cawan ⅔ cawan 1 cawan Peas ½ cawan 1 cawan 1½ cawan Sukatan Sayuran Berkanji dan Kekacang
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | 10 3) SUSU DAN HASIL TENUSU • Saranan: 2 hidangan sehari. • Susu pekat manis tidak dibenarkan. • Susu rendah lemak tanpa perisa digalakkan. • Saranan: 2 hidangan sehari. • Elakkan pengambilan 2 hidangan buah pada waktu yang sama. • Pilih buah segar tanpa dibuang kulit (jika boleh). • Jus buah tidak digalakkan kerana tidak mengandungi serat. Sukatan 1 Hidangan / 1 CHO Susu SUSU SUSU SEJAT SUSU TEPUNG 1 CAWAN (240ml) ½ CAWAN 4 SUDU 4) BUAH-BUAHAN YOGURT TANPA PERISA ¾ CAWAN
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | 11 Sukatan 1 Hidangan / 1 CHO Buah-buahan 1 BIJI LAI 1 BIJI PIR 1 BIJI LIMAU 1 BIJI CIKU 1 BIJI OREN 1 BIJI BELIMBING 1 BIJI EPAL MERAH 1 BIJI EPAL HIJAU 1 BIJI PISANG 1 POTONG NANAS 1 POTONG TEMBIKAI 1 POTONG BETIK
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | 12 Sukatan 1 Hidangan / 1 CHO Buah-buahan 1 BIJI KIWI ½ BIJI MANGGA 4 ULAS NANGKA ½ BIJI JAMBU 3 BIJI PRUN 1 SUDU KISMIS 5 BIJI RAMBUTAN 2 ULAS DURIAN 2 BIJI PLUM 2 BIJI MANGGIS 8 BIJI ANGGUR 8 BIJI DUKU 8 BIJI KECIL JAMBU AIR
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | 13 Cadangan Waktu Makan Bijirin / Sayuran Berkanji / Kekacang Susu Buah Sarapan 8.00 pagi Minum pagi 10.00 pagi Makan tengah hari 12.00 tengah hari Minum petang 3.00 petang Makan malam 6.00 petang Minum malam 9.00 malam Jumlah Berapakah Karbohidrat Yang Boleh Diambil?
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | 14 FIBER / SERAT Membantu kawalan glukosa (gula) darah Sukatan 1 Hidangan Sayur-sayuran ½ CAWAN / 1 SENDUK SAYUR & BATANG DIMASAK 1 CAWAN SAYUR MENTAH / ULAM Sayur-sayuran >3 hidangan 2 hidangan Legum (campuran kekacang, lentil dan kacang soya) 1 hidangan Hasil bijirin tinggi serat 50% daripada pengambilan makanan bijirin Nasi putih Roti putih Biskut kosong Tepung gandum biasa Roti canai + Kari Nasi beras perang Roti wholemeal Biskut tinggi serat Tepung wholegrain Capati + Dal Kacang rebus
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | 15 Contoh Cara Masakan Sihat CELUR PANGGANG KUKUS REBUS SUP TUMIS AIR • Pilih bahan semula jadi untuk memasak berbanding bahan diproses atau diproses ultra (ultra-processed foods) secara komersial. (ultra-processed foods mengandungi bahan tiruan seperti pewarna, pemanis, penambah perisa, pengawet dan bahan tambahan yang lain) • Rancang hidangan yang rendah lemak, rendah garam dan tinggi fiber. • Elakkan kaedah bergoreng dan bersantan. • Kurangkan bahan yang tinggi lemak tepu seperti mentega, susu penuh krim, krimer bukan tenusu, santan dan minyak kelapa. • Hadkan bahan yang tinggi asid lemak trans. • Hadkan bahan yang diproses dan ultra-processed foods seperti mi segera, nuget, burger, sosej. • Kawal ramuan dan rempah ratus. • Elakkan penambahan gula. • Gunakan maklumat pemakanan pada label sebagai panduan. HIDANGAN SIHAT
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | 16 PROTEIN • 2 hingga 3 hidangan sehari • Hadkan pengambilan: Kulit dan lemak haiwan Daging merah dan terproses Organ dalaman Sukatan 1 Hidangan Protein IKAN IKAN AYAM 1 EKOR SEDERHANA 1 KEPING 1 KETUL SOTONG DAGING 2 EKOR SEDERHANA 2 SAIZ KOTAK MANCIS TEMPE TAUHU FUCUK 2 KEPING 1½ KEPING 3 KEPING
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | 17 Makanan Tinggi Garam Kawal pengambilan makanan tinggi garam bagi mengawal tekanan darah
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | 18 Hidangan Menu Sukatan Sarapan (7.00 pagi) Roti putih Telur Sayur / Salad Marjerin Kopi O 2 keping (2 CHO) 1 biji 1 cawan 2 sudu teh Tanpa gula Minum pagi (10.00 pagi) Salad sayur Perahan lemon 1 cawan sedikit Makan tengah hari (1.00 tengah hari) Nasi beras perang Ayam Sayur (dimasak) Buah Minyak tumis (jika perlu) Air kosong 1 cawan (2 CHO) 1 ketul 1 cawan 1 hidangan (1 CHO) 2 sudu teh Minum petang (4.00 petang) Susu rendah lemak 4 sudu (1 CHO) Makan malam (7.00 malam) Nasi beras perang Ikan Sayur (dimasak) Buah Minyak tumis (jika perlu) Air kosong 1 cawan (2 CHO) 1 ekor sederhana 1 cawan 1 hidangan (1 CHO) 2 sudu teh Minum malam (9.00 malam) Teh O Tanpa gula CONTOH HIDANGAN (1200 kcal, 9 CHO sehari)
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | 19 Hidangan Menu Sukatan Sarapan (8.00 pagi) Bihun Ayam Sayur (dimasak) Minyak tumis (jika perlu) Teh O 1 cawan (2 CHO) 1 ketul 1 cawan 2 sudu teh Tanpa gula Minum pagi (10.00 pagi) Kacang kuda rebus Teh O ⅓ cawan (1 CHO) Tanpa gula Makan tengah hari (12.00 tengah hari) Nasi putih Ayam Sayur (dimasak) Buah Minyak tumis (jika perlu) Air kosong 1 cawan (2 CHO) 1 ketul 1 cawan 1 hidangan (1 CHO) 2 sudu teh Minum petang (3.00 petang) Biskut tinggi serat Susu rendah lemak 3 keping (1 CHO) 2 sudu (½ CHO) Makan malam (6.00 petang) Nasi beras perang Ikan Sayur (dimasak) Buah Minyak tumis (jika perlu) Air kosong 1 cawan (2 CHO) 1 ekor sederhana 1 cawan 1 hidangan (1 CHO) 2 sudu teh Minum malam (9.00 malam) Susu rendah lemak 2 sudu (½ CHO) CONTOH HIDANGAN (1500 kcal, 11 CHO sehari)
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | 20 HIPOGLISEMIA Hipoglisemia terjadi apabila paras glukosa (gula) darah jatuh terlalu rendah daripada paras normal (<3.9 mmol/L). Hipoglisemia boleh dielakkan dengan mengamalkan waktu dan jumlah makanan serta waktu dan jumlah suntikan insulin yang teratur. Antara sebab Tanda / Simptom Langkah atasi Menangguhkan / Terlupa masa makan Tidak makan dengan mencukupi Jumlah suntikan insulin terlalu banyak Aktiviti fizikal / Senaman berlebihan daripada kebiasaan Peluh berlebihan Rasa hendak pitam Rasa lapar Berdebar-debar Kabur penglihatan Ketar / Menggigil Loya Koma Ambil makanan seperti: 1 sudu madu atau ½ cawan jus buah atau 3 sudu gula (dilarutkan) Periksa bacaan glukosa (gula) darah selepas 15 minit: Jika masih <3.9 mmol/L, ulang langkah di atas Jika telah >3.9 mmol/L, ambil hidangan utama atau snek mengikut kebiasaan pada masa itu Kenal pasti punca
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | 21
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | 22 Contoh Hidangan Sarapan
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | 23 Contoh Hidangan Makan Tengah Hari dan Makan Malam
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | 24 Kemas kini: 1.2.2024 Buku ini adalah panduan asas sahaja. Dapatkan konsultasi daripada Pegawai Dietetik untuk pelan diet mengikut keperluan individu, dan bersesuaian dengan masalah dan penyakit selain daripada diabetes mellitus. RUJUKAN: 1. Clinical Practice Guidelines for Management of Type 2 Diabetes Mellitus (6th Edition). Medical Development Division, Ministry of Health Malaysia. 2020 2. Medical Nutrition Therapy Guideline for Type 2 Diabetes (2nd Edition). Malaysian Dietitians' Association, Kuala Lumpur. 2013 3. Panduan Diet Malaysia 2020. Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan untuk Makanan dan Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. 2022 4. Panduan Pinggan Sihat Malaysia. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia. 2016