MOH/P/BSKB/36.24(GU) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PERKHIDMATAN DIETETIK PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM i KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM ii Hak cipta terpelihara. Mengeluar ulang mana-mana bahagian dari penerbitan buku ini adalah dibenarkan bagi tujuan kegunaan individu selagi maklumat yang terkandung di dalam buku ini tidak diubahsuai. Walau bagaimanapun penerbitan semula buku ini secara keseluruhan atau sebahagian bagi tujuan jualan tidak dibenarkan dan pengedaran semula mestilah mendapat kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. eISBN MOH/P/BSKB/36.24(GU) Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Dietetik KKM © April 2024. Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia Diterbitkan Oleh Unit Perkembangan Profesion Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 2, Blok A, Bangunan Utama Chancery Place Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik Presint 15, 62050 Putrajaya Tel: 03-88901011 https://hq.moh.gov.my/alliedhealth/
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM iii Kata Pengantar Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu kerana berjaya menghasilkan Pelan Pengurusan Operasi (PPO) dan Prosedur Operasi Standard (POS) Perkhidmatan Dietetik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Edisi Kedua. Kerjasama antara Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Dietetik telah menjayakan pembangunan PPO dan POS sebagai panduan bagi amalan klinikal perkhidmatan dietetik. Perkembangan perawatan dalam bidang penjagaan kesihatan dan teknologi baru, secara langsung telah memberi impak terhadap perkhidmatan dietetik. Ini menjadi satu cabaran kepada pegawai dietetik dalam memastikan amalan penyampaian perkhidmatan adalah berasaskan bukti, selamat dan berkualiti. Dokumen ini diterbitkan untuk memberi keterangan mengenai pengurusan operasi perkhidmatan dietetik di fasiliti KKM dan sebagai rujukan kepada pegawai dietetik. Semoga dokumen ini dapat diguna pakai sebagai panduan dan rujukan bagi pegawai dietetik KKM dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat. Sekian, terima kasih. Yang ikhlas, Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM iv Kata Pengantar Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Dietetik kerana berjaya menghasilkan dokumen Pelan Pengurusan Operasi (PPO) dan Prosedur Operasi Standard (POS) Perkhidmatan Dietetik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Edisi Kedua bagi pegawai dietetik. Selaras dengan perkembangan dalam bidang perubatan dan kesihatan, terdapat perubahan dalam amalan dan prosedur dietetik. Oleh itu, pemurnian PPO dan POS wajar dilaksanakan supaya pesakit mendapat rawatan terbaik dan komprehensif daripada pegawai dietetik. Skop perkhidmatan yang holistik perlu diambil kira dalam usaha meningkatkan lagi kualiti hidup pesakit. Saya yakin penghasilan PPO dan POS ini bukan sahaja dapat menyeragamkan amalan perkhidmatan, malah rakyat akan mendapat lebih manfaat dari perkhidmatan dietetik di fasiliti KKM seluruh negara. Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa dan semua individu yang terlibat di dalam menyumbangkan idea, masa dan tenaga sehingga terhasilnya dokumen ini. Sekian, terima kasih. Yang ikhlas, Dato’ Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM v Kata Pengantar Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Dietetik yang berusaha gigih dalam membangunkan Pelan Pengurusan Operasi (PPO) dan Prosedur Operasi Standard (POS) Perkhidmatan Dietetik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Edisi Kedua. Pegawai dietetik merupakan salah satu profesion di Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu. Skop penyampaian perkhidmatan dietetik yang holistik perlu mengambil kira pelbagai aspek yang merangkumi pencegahan sehingga intervensi bagi meningkatkan kualiti hidup pesakit. Pegawai dietetik perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang amalan terutamanya bidang-bidang pengkhususan. Adalah diharapkan penghasilan POS ini dapat digunakan sebagai rujukan dan panduan dalam menyeragamkan amalan. Penyampaian perkhidmatan dietetik adalah bersifat dinamik dan penerbitan dokumen ini diharap dapat membantu memantapkan lagi amalan pegawai dietetik di Kementerian Kesihatan Malaysia. Sekian, terima kasih. Yang ikhlas, Puan Hajah Farina binti Zulkernain Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM vi Keterangan Mengenai Dokumen Dokumen ini menerangkan pengurusan operasi perkhidmatan dietetik di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan merupakan dokumen induk kepada dokumen lain yang dikeluarkan oleh perkhidmatan dietetik. Pelan Pengurusan Operasi (PPO) Perkhidmatan Dietetik digunakan untuk memberi keterangan kepada anggota perkhidmatan dietetik, perkhidmatan perubatan dan kesihatan lain. Ia juga diguna pakai sebagai rujukan bagi orientasi serta latihan dan pembelajaran berterusan kepada pegawai dietetik. Kegunaan Dokumen Ini PPO ini diguna pakai dalam pengurusan perkhidmatan dietetik di KKM sebagai: i. Panduan dan rujukan kepada pegawai dietetik di KKM. ii. Dokumen informasi kepada profesion kesihatan lain dan pihak berkepentingan yang terlibat secara langsung dengan perkhidmatan dietetik. PPO ini boleh disesuaikan untuk kegunaan perkhidmatan dietetik di semua fasiliti KKM. Bagi fasiliti selain KKM, PPO ini boleh dijadikan panduan dan rujukan. Kaitan Dengan Dokumen Lain PPO ini hendaklah diguna pakai bersama: i. Prosedur Operasi Standard (POS) Perkhidmatan Medical Nutrition Therapy Individu. ii. Prosedur Operasi Standard (POS) Perkhidmatan Medical Nutrition Therapy Berkumpulan.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM vii ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Pengenalan 1 2. Visi dan Misi 2 3. Objektif dan Piagam Pelanggan 4 4. Skop Perkhidmatan yang Disediakan 5 5. Sistem Penyampaian 7 6. Organisasi 14 7. Polisi dan Prosedur 18 8. Pengurusan Kualiti 19 9. Dokumen Rujukan Lain 20 10. Glosari 21 11. Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia 23 12. Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Dietetik 25 13. Panel Penyemak Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Dietetik 27 14. Panel Penilai Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Dietetik 28 15. Penghargaan 30
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 1 1. PENGENALAN Dietetik merupakan satu bidang yang mengaplikasi prinsip diet teraputik dalam perubatan dan kesihatan yang merangkumi aspek promotif, pencegahan, perawatan dan rehabilitasi. Perkhidmatan dietetik dilaksanakan oleh pegawai dietetik dengan kelulusan minimum Ijazah Sarjana Muda Dietetik yang diiktiraf. Skop perkhidmatan dietetik merangkumi perkhidmatan perubatan dan kesihatan awam di institusi Kementerian Kesihatan Malaysia serta kementerian lain. Perkhidmatan dietetik yang diberikan merangkumi perkhidmatan medical nutrition therapy (MNT) yang disampaikan melalui konsultasi individu atau konsultasi berkumpulan berdasarkan evidence-based dan multi professional approach dengan profesion lain yang terlibat dalam perawatan pesakit. Pegawai dietetik melaksanakan proses penjagaan pemakanan (nutrition care process) berasaskan model of good care yang melibatkan aktiviti penilaian pemakanan, diagnosis pemakanan, intervensi pemakanan serta pemantauan dan penilaian semula pemakanan. Selain itu, perkhidmatan dietetik juga disampaikan melalui kelas pendidikan mengikut kesesuaian dan keperluan. Perkhidmatan medical nutrition therapy dan kelas pendidikan disampaikan sama ada secara bersemuka atau maya. Penyampaian secara maya hanya dikhususkan kepada kaedah persidangan video dan dilaksanakan berdasarkan garis panduan dan prosedur operasi standard semasa. Pegawai dietetik melaksanakan perkhidmatan ini bukan sahaja di fasiliti kesihatan seperti hospital atau klinik kesihatan, malah turut membantu individu yang berada di sekolah sukan dan komuniti seperti di institusi penjagaan khusus, dan di rumah.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 2 2. VISI DAN MISI 2.1. Visi Kementerian Kesihatan Malaysia Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik. 2.2. Misi Kementerian Kesihatan Malaysia Misi Kementerian Kesihatan Malaysia adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama: a. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat: • mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan • menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga • mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka b. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu: • mengutamakan pelanggan • saksama • tidak membebankan • cekap • wajar mengikut teknologi • boleh disesuaikan mengikut persekitaran • inovatif c. dengan menekankan: • sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan • sifat menghormati maruah insan • penglibatan masyarakat
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 3 2.3. Visi Perkhidmatan Dietetik Perkhidmatan dietetik sentiasa berusaha untuk menyokong dan membantu perawatan pesakit selaras dengan visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan perkembangan perkhidmatan melalui inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan. 2.4. Misi Perkhidmatan Dietetik a. Membantu perawatan pesakit melalui perkhidmatan dietetik yang merangkumi aktiviti promotif, pencegahan, perawatan dan rehabilitasi berdasarkan evidence-based terkini di samping menyumbang kepakaran berkaitan. b. Menyumbang kepada kajian saintifik, aktiviti kualiti dan penyelidikan dalam bidang dietetik dan pemakanan. c. Membolehkan akses perkhidmatan dietetik sebagai salah satu aspek penjagaan dan perawatan pesakit dan pelanggan yang boleh didapati dengan lebih luas dan mudah.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 4 3. OBJEKTIF DAN PIAGAM PELANGGAN 3.1. Objektif Untuk memastikan perkhidmatan dietetik yang cekap dan berkesan melalui penyampaian perkhidmatan secara profesional dan berkualiti dengan mengutamakan pelanggan. 3.2. Piagam Pelanggan Memberikan perkhidmatan dietetik kepada pelanggan yang dirujuk mengikut indikator kualiti yang dietetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan polisi jabatan masing-masing.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 5 4. SKOP PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN Perkhidmatan dietetik dilaksanakan berdasarkan langkah-langkah dalam proses penjagaan pemakanan (nutrition care process) yang merangkumi penilaian, diagnosis, intervensi serta pemantauan dan penilaian semula pemakanan dan didokumentasikan. Skop perkhidmatan merangkumi: 4.1. Perubatan a. Perkhidmatan medical nutrition therapy yang merangkumi khidmat nasihat pemakanan, modifikasi diet, sokongan pamakanan oral dan pemakanan melalui tiub mengikut disiplin perubatan seperti: • Dermatologi • Geriatrik • Hematologi • Hepatologi • Kardiologi • Kebakaran (burn) • Kecemasan & Trauma • Nefrologi & Urologi • Neurologi & Neurosurgeri • Obstetrik & Ginekologi • Oftalmologi • Onkologi • Ortopedik • Otorinolaringologi • Pediatrik • Pembedahan • Perubatan • Psikiatrik & Kesihatan Mental • Rawatan Rapi • Rehabilitasi • Respiratori b. Penilaian, preskripsi dan pengurusan diet pesakit dalam c. Penilaian, preskripsi dan pengurusan medical-food kepada pesakit
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 6 4.2. Kesihatan Primer a. Perkhidmatan dietetik klinikal • Perkhidmatan dietetik pesakit luar • Perkhidmatan dietetik kesihatan ibu dan anak • Perkhidmatan dietetik multi-disiplinary team • Perkhidmatan perawatan di rumah/ institusi jagaan khusus • Perkhidmatan perawatan domisiliari/ domi paliatif • Perkhidmatan kesihatan warga emas • Perkhidmatan kesihatan kanak-kanak berkeperluan khas b. Perkhidmatan dietetik komuniti: • Pemulihan dalam komuniti (PDK Ku Sihat) • Penjagaan warga emas • Promosi dan pendidikan kesihatan
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 7 5. SISTEM PENYAMPAIAN 5.1. Sistem Penjagaan Pesakit Dalam Penyampaian perkhidmatan dietetik pesakit dalam adalah berdasarkan rujukan oleh pengamal perubatan. Perkhidmatan dietetik pesakit dalam diberikan secara individu iaitu bedside consultation atau berkumpulan. Pemantauan dan rawatan berterusan perlu diberikan sepanjang pesakit berada di dalam wad. Diet normal dan diet teraputik termasuk medical food dipesan oleh pihak wad dan diberikan kepada pesakit di wad mengikut preskripsi. Pemberian sokongan pemakanan enteral perlu dilaksanakan mengikut preskripsi oleh pegawai dietetik. 5.1.1. Fasiliti dan Kelengkapan Bagi Pesakit Dalam Perkhidmatan diberikan oleh pegawai dietetik di wad atau di ruang yang bersesuaian. Kelengkapan yang digunakan adalah mengikut keperluan, termasuk: a. Rekod perubatan pesakit dan dietetic care notes. b. Alat pengukuran antropometri: pita pengukur, penimbang berat, pengukur tinggi, skinfold calliper, body composition analyser, dan lain-lain. c. Borang saringan / penilaian pemakanan: i. Borang saringan pemakanan ii. Borang Subjective Global Assessment (SGA) d. Bahan pendidikan: risalah fizikal, risalah digital, model makanan, alat sukatan makanan dan lain-lain. e. Tiub enteral yang bersesuaian (silicon, polyurethane) dan kelengkapan tiub.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 8 Produk yang dipreskripsi kepada pelanggan: a. Diet piawai b. Diet teraputik c. Medical food: i. Formula standard ii. Formula disease specific iii. Formula modular iv. Formula elemental v. Formula semi-elemental vi. Formula amino-acid based vii. Formula inborn metabolic disease (IMD) viii. Formula ketogenic diet 5.1.2. Masa Perkhidmatan Pesakit Dalam Perkhidmatan dietetik pesakit dalam diberikan dalam waktu bekerja rasmi.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 9 5.2. Sistem Penjagaan Pesakit Luar Penyampaian perkhidmatan dietetik pesakit luar adalah berdasarkan rujukan oleh pengamal perubatan. Pesakit perlu mempunyai dokumen rujukan daripada hospital atau klinik kesihatan sama ada institusi kerajaan atau swasta bagi mendapatkan perkhidmatan ini. Pesakit perlu mendaftar di kaunter pendaftaran klinik atau kaunter pendaftaran pesakit luar. Caj rawatan dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan. Perkhidmatan diberikan sama ada secara janji temu atau secara terus mengikut jadual yang ditetapkan. Perkhidmatan dietetik pesakit luar diberikan secara individu atau berkumpulan. Perkhidmatan rawatan susulan diberikan bagi menilai keberkesanan intervensi dan perkembangan kesihatan pesakit. 5.2.1. Fasiliti dan Kelengkapan Bagi Pesakit Luar Perkhidmatan diberikan oleh pegawai dietetik di klinik dietetik atau di ruang yang bersesuaian. Kelengkapan yang digunakan adalah mengikut keperluan, termasuk: a. Rekod perubatan pesakit, dietetic care notes dan kad janji temu. b. Bahan pendidikan: risalah fizikal, risalah digital, model makanan, alat sukatan makanan dan lain-lain. c. Alat pengukuran antropometri: pita pengukur, penimbang berat, pengukur tinggi, skinfold calliper, body composition analyser, dan lain-lain. d. Borang penilaian kefahaman konsultasi diet berkumpulan. 5.2.2. Masa Perkhidmatan Bagi Pesakit Luar Perkhidmatan dietetik pesakit luar diberikan dalam waktu bekerja rasmi.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 10 5.3. Sistem Penjagaan Pesakit Rawatan Harian (Day Care) Penyampaian perkhidmatan dietetik pesakit rawatan harian adalah berdasarkan rujukan oleh pengamal perubatan. Perkhidmatan diberikan secara individu iaitu bedsite consultation dan perkhidmatan rawatan susulan diberikan bagi menilai keberkesanan intervensi dan perkembangan kesihatan pesakit. Perkhidmatan diberikan berdasarkan janji temu atau pesakit dirujuk terus semasa mendapatkan rawatan harian. 5.3.1. Fasiliti dan Kelengkapan Bagi Rawatan Harian (Day Care) Perkhidmatan diberikan di wad atau di ruang yang bersesuaian. Kelengkapan yang digunakan adalah mengikut keperluan, termasuk: a. Rekod perubatan pesakit dan dietetic care notes. b. Alat pengukuran antropometri: pita pengukur, penimbang berat, pengukur tinggi, skinfold calliper, body composition analyser, dan lain-lain. c. Borang saringan / penilaian pemakanan: i. Borang saringan pemakanan ii. Borang Subjective Global Assessment (SGA) d. Bahan pendidikan: risalah fizikal, risalah digital, model makanan, alat sukatan makanan dan lain-lain. e. Tiub enteral yang bersesuaian (silicon, polyurethane) dan kelengkapan tiub. Produk yang dipreskripsi kepada pelanggan: a. Diet piawai b. Diet teraputik c. Medical food:
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 11 i. Formula standard ii. Formula disease specific iii. Formula modular iv. Formula elemental v. Formula semi-elemental 5.3.2. Masa Perkhidmatan Bagi Pesakit Rawatan Harian (Day Care) Perkhidmatan dietetik pesakit rawatan harian diberikan dalam waktu bekerja rasmi.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 12 5.4. Sistem Penjagaan Pesakit dan Pelanggan Di Institusi Penjagaan Khusus, dan Di Rumah. Penyampaian perkhidmatan dietetik bagi pesakit dan pelanggan di institusi penjagaan khusus seperti Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), institusi penjagaan warga emas atau di rumah diberikan secara lawatan berdasarkan rujukan daripada pengamal perubatan, atau mengikut program semasa seperti program domisiliari. Perkhidmatan ini diberikan secara individu berdasarkan janji temu dan perkhidmatan rawatan susulan diberikan diberikan bagi menilai keberkesanan intervensi dan perkembangan kesihatan pesakit. 5.4.1. Fasiliti dan Kelengkapan Bagi Pesakit dan Pelanggan Di Institusi Penjagaan Khusus, dan Di Rumah Perkhidmatan diberikan di institusi penjagaan khusus seperti Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan institusi penjagaan warga emas atau di rumah. Kelengkapan yang digunakan adalah mengikut keperluan, termasuk: a. Rekod perubatan pesakit dan dietetic care notes. b. Alat pengukuran antropometri: pita pengukur, penimbang berat, pengukur tinggi, skinfold calliper, body composition analyser, dan lain-lain. c. Borang saringan / penilaian pemakanan: i. Borang saringan pemakanan ii. Borang Subjective Global Assessment (SGA) d. Bahan pendidikan: risalah fizikal, risalah digital, model makanan, alat sukatan makanan dan lain-lain. e. Tiub enteral yang bersesuaian (silicon, polyurethane) dan kelengkapan tiub.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 13 5.4.2. Masa Perkhidmatan Bagi Pesakit dan Pelanggan Di Institusi Penjagaan Khusus, dan Di Rumah Perkhidmatan dietetik bagi pesakit dan pelanggan di institusi penjagaan khusus dan di rumah diberikan dalam waktu bekerja rasmi.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 14 6. ORGANISASI 6.1. Pimpinan, Penyeliaan dan Pengagihan Tugas Perkhidmatan dietetik di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia berada di bawah Program Perubatan yang dikawal selia oleh Timbalan Pengarah (Perubatan), Jabatan Kesihatan Negeri. Manakala perkhidmatan dietetik di klinik kesihatan, berada di bawah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga yang dikawal selia oleh Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam), Jabatan Kesihatan Negeri. Tugas pegawai dietetik ditentukan mengikut disiplin bidang kepakaran perubatan di hospital, klinik kesihatan serta institusi berkenaan. Hierarki perkhidmatan bagi pegawai dietetik Kementerian Kesihatan Malaysia yang ditempatkan di kementerian lain adalah tertakluk kepada pengurusan jabatan masing-masing.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 15
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 16
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 17
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 18 7. POLISI DAN PROSEDUR 7.1. Polisi Teras 7.1.1. Perkhidmatan ini diberikan oleh pegawai dietetik yang bertauliah dan berdaftar dengan Malaysian Allied Health Professions Council (MAHPC). 7.1.2. Pegawai dietetik perlu mematuhi amalan etika perkhidmatan awam semasa menjalankan tugas. 7.1.3. Pesakit yang memerlukan perkhidmatan medical nutrition therapy perlu dirujuk oleh pengamal perubatan. Bagi institusi yang mengamalkan rujukan dalaman secara automatik berdasarkan persetujuan dan indikasi tertentu, dokumen rujukan tidak diperlukan. 7.1.4. Pesakit dirawat dalam tempoh masa yang telah ditetapkan selepas rujukan diterima. 7.1.5. Maklumat berkaitan proses penjagaan pemakanan (nutrition care process) perlu didokumentasikan dalam rekod perubatan pesakit. 7.1.6. Pegawai dietetik perlu sentiasa mematuhi amalan pencucian tangan yang betul serta Prosedur Operasi Standard (POS) kawalan penyakit berjangkit dari semasa ke semasa. 7.2. Senarai Prosedur Prosedur kerja yang seragam digunakan untuk melaksanakan perkhidmatan dietetik: 7.2.1. Prosedur Operasi Standard (POS) Perkhidmatan Medical Nutrition Therapy Individu. 7.2.2. Prosedur Operasi Standard (POS Perkhidmatan Medical Nutrition Therapy Berkumpulan.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 19 8. PENGURUSAN KUALITI 8.1. Strategi Peningkatan Kualiti Usaha ke arah pencapaian dan peningkatan kualiti perkhidmatan dilaksanakan melalui strategi berikut: 8.1.1. Penyeliaan dan pemantauan dari pegawai yang dipertanggungjawabkan berlandaskan Prosedur Operasi Standard (POS). 8.1.2. Penerapan nilai-nilai yang memberi keutamaan kepada aspek kualiti. 8.1.3. Pembelajaran berterusan dalam kalangan pegawai dietetik bagi meningkatkan kemahiran dan mutu perkhidmatan. 8.1.4. Pengukuran pencapaian menggunakan indikator kualiti yang ditetapkan. 8.1.5. Penambahbaikan melalui usaha mengurangkan kesan sebarang nonconformance kepada pelanggan, pembetulan serta merta, serta maklum balas kepada petugas dan pengurusan supaya proses kerja, polisi dan sistem penyampaian boleh diperbaiki untuk kegunaan masa depan. 8.1.6. Pendidikan dan latihan berkenaan penjagaan pemakanan diberi kepada anggota kesihatan yang terlibat dalam rawatan pesakit. 8.1.7. Pengurusan data dan maklumat perkhidmatan bagi membantu penilaian pencapaian dan perancangan perkembangan perkhidmatan dietetik. 8.2. Indikator Kualiti Indikator-indikator kualiti yang yang dietetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan polisi jabatan masing-masing seperti berikut: 8.2.1. Semua pesakit dalam dirawat dalam tempoh 24 jam (hari bekerja) selepas rujukan diterima. 8.2.2. Pegawai dietetik mencapai standard amalan dietetik klinikal yang ditetapkan.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 20 9. DOKUMEN RUJUKAN LAIN a. Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774) b. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) c. Clinical Practice Guidelines, Ministry of Health Malaysia d. Garis Panduan Perkhidmatan Penjagaan Luka Di Fasiliti Kesihatan Primer, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2019 e. Garis Panduan Perkhidmatan Perawatan Domisiliari Di Kesihatan Primer, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2020 f. Garis Panduan Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya (Virtual Consultation Services) di Klinik Kesihatan, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2022 g. Garis Panduan Pelaksanaan Klinik Maya (Virtual) Perkhidmatan Dietetik, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2022 h. Garis Panduan Pemakanan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2020 i. Handbook of Children’s Palliative Care, Ministry of Health Malaysia, 2021 j. Manual Diet Hospital, Perkhidmatan Dietetik dan Sajian, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2016 k. Medical Nutrition Therapy Guidelines, Malaysian Dietitians Association l. Nutrition Care Process Terminology (NCPT) m. Paediatric Protocols for Malaysian Hospitals, Ministry of Health Malaysia, 2019 n. Panduan Pencegahan & Pengendalian Kes Berisiko Malnutrisi Dalam Kalangan Kanak-Kanak Bawah 5 Tahun, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2020 o. PDK Ku Sihat: Garis Panduan dan Manual Aktiviti, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2022 p. Perinatal Care Manual, 4th Edition, Division of Family Health Development, Ministry of Health Malaysia, 2020 q. Policies & Procedures on Infection Control, Ministry of Health Malaysia, 2009 r. Perintah Fi (Perubatan) s. Garis panduan dan protokol semasa yang berkaitan
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 21 10. GLOSARI 10.1. Medical Nutrition Therapy Aktiviti perawatan berasaskan pengurusan pemakanan yang dilaksanakan oleh pegawai dietetik bertauliah yang disampaikan melalui konsultasi individu atau konsultasi berkumpulan. Ia dilaksanakan berdasarkan bukti kajian saintifik untuk merawat dan menguruskan masalah perubatan melalui proses penjagaan pemakanan. 10.2. Nutrition Care Process Proses penjagaan pemakanan yang merangkumi penilaian pemakanan, diagnosis pemakanan, intervensi pemakanan serta pemantauan dan penilaian semula pemakanan termasuk dokumentasi. 10.3. Medical Food Makanan untuk tujuan perubatan khas yang dirumus untuk pengurusan diet pesakit yang mempunyai keperluan pemakanan dan nutrien tersendiri yang tidak dapat dipenuhi oleh diet biasa sahaja. Ia mesti sekurang-kurangnya: i. menjadi makanan untuk sokongan pemakanan oral atau pemakanan melalui tiub, ii. dilabelkan untuk pengurusan pemakanan bagi gangguan perubatan, penyakit atau keadaan tertentu yang mana terdapat keperluan pemakanan yang tersendiri, dan iii. bertujuan untuk digunakan di bawah pengawasan perubatan.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 22 10.4. Pemakanan enteral Kaedah pemberian pemakanan melalui saluran gastrointestinal sama ada secara oral atau tiub apabila mengalami masalah pengambilan makanan secara normal.
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 23 JAWATANKUASA INDUK PEMBENTUKAN PROSEDUR OPERASI STANDARD BAHAGIAN SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Penasihat : PUAN HAJAH FARINA BINTI ZULKERNAIN Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Pengerusi : PUAN L. MAGESWARY A/P LAPCHMANAN Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Timbalan Pengerusi: PUAN KAMISAH BINTI KARIM Timbalan Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Setiausaha 1 : ENCIK MUTHURAMAN A/L SELLATHURAI PATHAR Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Setiausaha 2 : PUAN NORHIDAYAH BINTI MUSA Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Fasilitator : PUAN NOOR ZAHIRAH BINTI HUSAIN Ketua Fasilitator Pegawai Optometri Hospital Kuala Lumpur
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 24 : PUAN FARAH WAHIDA BINTI HASHIM Pegawai Optometri Hospital Selayang : PUAN SITI SURIANI BINTI CHE HUSSIN Pegawai Pemulihan Perubatan (Audiologi) Hospital Kuala Lumpur : PUAN ROZILA BINTI SUMARDI Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) Hospital Sungai Buloh
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 25 JAWATANKUASA KERJA PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN DIETETIK Penasihat I : DR. HAJI HAMDAN BIN MOHAMAD Pegawai Dietetik U54 Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia Penasihat II : PUAN HAJAH HASLIZA BINTI HASSAN Pegawai Dietetik U52 Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Pengerusi : PUAN HAJAH BASMAWATI BINTI BAHAROM Pegawai Dietetik U54 Hospital Kuala Lumpur Ahli-ahli : PUAN NIK MAHANI BINTI NIK MAHMOOD Pegawai Dietetik U54 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar PUAN HAJAH NAJWA MUNAZZAH BINTI MOHAMAD RABEH Pegawai Dietetik U48 Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang PUAN NORASIMAH BINTI KASSIM Pegawai Dietetik U48 Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 26 HAJAH NORAFIDZA ASHIQUIN BINTI ABD. PATAH Pegawai Dietetik U48 Hospital Duchess of Kent, Sandakan PUAN NUR SAKINAH BINTI IBRAHIM Pegawai Dietetik U44 Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 27 PANEL PENYEMAK PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN DIETETIK 1. PUAN HAJAH HARIZAH BINTI MOHD YAACOB Pegawai Dietetik U52 Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia 2. PUAN KARTINI BINTI ABDUL KARIM Pegawai Dietetik U48 Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu 3. PUAN HAJAH HANEE BINTI FAKHRURAZI Pegawai Dietetik U48 Hospital Kulim, Kedah
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 28 PANEL PENILAI PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN DIETETIK 1. PUAN ZUWARIAH BINTI ABD RAHMAN Ketua Dietetik dan Sajian Kebangsaan KKM Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur 2. DR. ANIS SYAZLLI BINTI RAZALLI Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia 3. DR. ARINI NURAN BINTI MD IDRIS Pakar Perunding Pediatrik dan Endokrin Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur 4. DR. ASNIDA BINTI ANJANG AB RAHMAN Pakar Perubatan Kesihatan Awam Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia 5. DR. NOOR DIANA BINTI ISMAIL Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat 6. DR. RIMA MARHAYU BINTI ABDUL RASHID Pakar Perubatan Kesihatan Awam Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 29 7. DR. ROS SUZANNA BINTI AHMAD BUSTAMAM Pakar Perunding Onkologi Hospital Kuala Lumpur 8. DR. UNGKU AHMAD AMEEN BIN UNGKU MOHD ZAM Pakar Perunding Perubatan Geriatrik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang 9. MATRON FAUZIAHTON BINTI MOHD RAZAK Penyelia Jururawat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 30 Penghargaan “Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada setiap individu atau organisasi yang telah memberikan sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penghasilan Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Dietetik Kementerian Kesihatan Malaysia ini”
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 31 MUKA SURAT INI DIBIARKAN KOSONG
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 32 MUKA SURAT INI DIBIARKAN KOSONG
PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN DIETETIK, KKM 33 MUKA SURAT INI DIBIARKAN KOSONG