The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Syazana Batrisyia, 2024-02-17 02:42:36

Kisah Rusa dan Kerbau

Kisah Rusa dan Kerbau

CERITA KANAK-KANAK RUSA Syazana Batrisyia KISAH & KERBAU


Di dalam sebuah hutan rimba, terdapat dua sahabat yang berkawan baik iaitu rusa dan kerbau. Setiap hari mereka akan bermain dan mencari makanan bersamasama. Persahabatan mereka juga sudah diketahui oleh penduduk rimba.


Pada suatu hari, sedang rusa bersiar-siar di pinggir hutan dia ternampak monyet yang berada di pondok lalu datang menyapanya. “Hai monyet kau buat apa di sini dengan pisang-pisang ini?” tanya rusa kepada monyet. “Aku ingin bawa pisang-pisang ini ke rumah aku tapi ia terlalu berat untuk aku bawanya seorang diri,” jawab monyet. Rusa tersenyum lalu berkata, “Jangan bimbang monyet aku akan bantu kau, mari kita bersama-sama mengangkatnya,” kata rusa. Monyet tersenyum lega.


Sebaik sahaja mereka tiba di tempat tinggal monyet, monyet mengucapkan terima kasih kepada rusa atas pertolongan yang diberikan. “Terima kasih rusa kerana sudi bantu , engkau sangat baik. Patutlah penduduk rimba senang hati dengan kau,” kata monyet. “ Hal kecil saja monyet, aku pasti akan bantu sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan, ”ujar rusa kepada monyet. Kemudian rusa berlalu pergi dengan senang hati setelah menolong rakannya itu.


Tanpa rusa sedari, kerbau sedang memerhatikan mereka. Timbul rasa iri hati dalam diri kerbau kerana rusa sering dipuji atas kebaikannya. Secara tiba-tiba kerbau datang menyapa rusa. “Amboi bukan main lagi si monyet memuji kau ya,” sinis kerbau. “Aku ikhlas membantunya, lagipun itu tanggungjawab kita sebagai kawan,” jawab rusa. Tambahnya lagi “Aku membantu setakat mana yang aku mampu”. Sejak peristiwa itu, perasaan iri hati dalam diri kerbau semakin menebal dan kerbau mula menjauhkan diri dari rusa. Kerbau mula merancang untuk menjatuhkan rusa lalu menyebarkan khabar angin kepada penduduk rimba bahawa rusa suka mencuri. Keadaan ini diambil kesempatan oleh kerbau untuk menuduh rusa bahawa kehilangan makanan penduduk rimba ialah perbuatan rusa .


Rusa sangat kecewa dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya lalu pergi berjumpa dengan kerbau. “Kerbau kau pasti tahu aku telah dituduh mencuri makanan penduduk rimba sedangkan aku tidak melakukannya,” ujar rusa yang sedih kepada kerbau. Namun kerbau berpura-pura tidak mempercayai kata-kata rusa. “Aku sangat kecewa dengan kau rusa tergamak engkau buat perkara itu,” balas kerbau kepada rusa. Kata-kata rusa langsung tidak dihiraukan kerbau lantas terus meninggalkan rusa.


Pada satu pagi, kerbau keluar mencari makanan di dalam hutan seorang diri. Semasa kerbau sedang asyik mencari makanan kerbau terdengar bunyi alunan seruling yang merdu. ‘Eh, merdunya bunyi seruling itu’ ujar kerbau dalam hati. Tidak fikir panjang kerbau terus bergerak mencari-cari arah bunyi itu. Tanpa disedarinya dia telah jauh masuk ke dalam hutan lalu memasuki hutan larangan. “Alamak, aku telah berada dalam hutan larangan,” ujar kerbau ketakutan. Kerbau cuba mencari jalan keluar namun gagal. Kerbau menjerit sekuat hati meminta pertolongan tetapi tiada sesiapa pun mendengarnya.


Tanpa disedari kerbau sepasang mata merah sedang merenung tajam ke arahnya. Dengan tiba-tiba kerbau merasakan tanah di sekelilingnya bergegar. “Eh, apa yang sedang berlaku?” ujar kerbau cemas. Gegaran tersebut bertambah kuat dan kerbau mendengar bunyi derapan tapak kaki yang kuat sedang menuju ke arahnya. “Bam bam bam.” Kerbau mengalihkan pandangannya ke arah bunyi tersebut dan alangkah terkejutnya kerbau melihat tapak kaki gergasi. Tanpa berfikir panjang, kerbau terus melarikan diri apabila ternampak gergasi itu. “Aku mesti menyelamatkan diri daripada gergasi itu, jika tidak aku pasti akan dimakannya,” ujar kerbau sambil berlari. Walau bagaimanapun, gergasi berjaya menangkapnya.


“Ha ha ha engkau telah memasuki kawasanku dan kau akanku jadikan sebagai santapanku hari ini,” gelak jahat gergasi. Kerbau merayu supaya dilepaskan tetapi tidak diendahkan oleh gergasi. “Tolong lepaskan aku, aku tidak tersengaja memasuki kawasanmu,” rayu kerbau kepada gergasi. “Engkau tidak akan ku lepaskan kerana inilah hukuman kepada sesiapa yang memasuki hutan larangan,” jawab gergasi. Gergasi menangkap kerbau lalu mengurungnya dalam sangkar berdekatan dengan tempat tinggalnya . Kemudian gergasi menyediakan tempat untuk memasak kerbau. Kerbau berasa gembira kerana dia mempunyai hidangan makan malam.


Di lain masa rusa telah pergi ke rumah kerbau untuk mengajaknya keluar mencari makanan dengan niat untuk memulihkan hubungan mereka. Sampai sahaja di rumah kerbau, rusa memanggilnya namun tiada jawapan. Rusa beranggapan kerbau tiada dirumahnya dan terus berlalu pergi. Semasa perjalanan, rusa terserempak dengan burung tiong yang kelihatan cemas. “ Engkau nampak cemas burung , apa yang berlaku?” tanya rusa kepada burung tiong. “Tadi semasa aku terbang melalui hutan larangan untuk menghantar surat kepada raja rimba, aku ternampak kerbau ditangkap oleh gergasi,” jawab burung tiong. Rusa agak terkejut dan tidak menyangka kawan baiknya telah ditangkap oleh gergasi. Rusa meminta pertolongan burung tiong untuk memanggil penduduk rimba bagi bersama-sama menyelamatkan kerbau.


Apabila semua penduduk rimba telah berkumpul, rusa mencadangkan agar mereka perlu mengalahkan gergasi dengan membuat perangkap. Semua penduduk rimba bersetuju dengan cadangan rusa. “Harimau, gajah dan musang, kau orang ditugaskan untuk menggali lubang dalam untuk membuat perangkap, yang lain-lain mencari daun-daun untuk menutup lubang tersebut,” arah rusa kepada semua penduduk rimba. Setelah kelengkapan membuat perangkap telah disediakan, rusa dan penduduk rimba bergerak masuk ke hutan larangan untuk menyelamatkan kerbau. Dengan bantuan burung tiong, mereka dapat mengetahui di mana kerbau dikurung. Mereka bersama-sama menyediakan perangkap untuk gergasi.


Setelah perangkap siap, rusa menawarkan diri untuk menjadi umpan. Rusa bergerak berdekatan dengan gergasi dan duduk di bawah pokok bagi menarik perhatiannya. Gergasi yang ternampak rusa berkata “Bertuah sungguh aku hari ini, banyak makanan yang aku dapat.” Tanpa gergasi mengetahui bahawa di belakang rusa terdapat perangkap tersebut. Kemudian gergasi mendekati rusa dan ingin terus menerkamnya. Namun belum sempat gergasi menangkap rusa, gergasi telah terjatuh ke dalam perangkap yang terdapat di belakang rusa. Rusa berkata “Inilah balasannya kerana menangkap sahabat aku.”


Lantas mereka semua bergegas masuk ke dalam gua untuk menyelamatkan kerbau. Setelah kerbau berjaya diselamatkan, kerbau dengan nada kesal berkata “Terima kasih semua kerana telah menyelamatkan aku,” ujar rusa kepada penduduk rimba. “ Rusa aku mohon maaf kerana akulah yang telah memfitnah kau, aku janji aku tidak akan mengulanginya lagi, kaulah sahabat sejatiku,”tambah rusa. Kancil dengan nada gembira menjawab “Akhirnya kau sedar juga atas perbuatan dan tindakan kau, aku harap kita semua dapat mengambil iktibar atas apa yang berlaku ini.” Rusa, kerbau dan penduduk rimba bersama-sama meninggalkan hutan larangan. Akhirnya persahabatan rusa dan kerbau kembali erat. Penduduk hutan rimba juga hidup dalam keadaan aman dan harmoni.


Sahabat yang setia, setia, setia Sahabat yang setia Mari nyanyi dan bermain Walau ada masalah, masalah, masalah Walau ada masalah Kita tetap bersama Sentiasa buat baik, buat baik, buat baik Sentiasa buat baik Agar jadi sahabat selamanya Irama: Nana ada happy bear LAGU: SAHABAT YANG SETIA


Kisah ini menceritakan tentang persahabatan antara rusa dan kerbau. Melalui kisah ini, penulis berharap kisah ini dapat menghiburkan hati di samping memberi tauladan dan membantu pembentukan karakter.


Click to View FlipBook Version