The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuraini.mdsaad, 2022-08-08 23:08:14

Best Practice 2020

Best Practice 2020

Best Practice in Teaching & Learning 2020

Penggunaan Sistem Auto Gear Shift Safety Device dalam PdP Modul
Pemeriksaan Sistem Kenderaan SKR1202

Ts Kalaivanan a/l Kumaran. Ts Mohd Fakharul Helmi Bin Mohamad Saad dan
Ts. Tilakiswaran a/l Samurgam

Pendahuluan

Penggunaan Auto Gear Shift Safet Device ini dibangunkan bagi mencapai dua tujuan
utama.

Tujuan pertama ialah bagi membantu dalam proses PdP bagi modul SKR 1202
Pemeriksaan Sistem Kenderaan di mana dalam modul ini pengajaran fungsi gear lever,
fungsi gear dan aspek keselamatan kendalian gear dalam kenderaan dapat diajar
dengan lebih berkesan. Di samping itu pendedahan terhadap komponen elektrik dan
elektronik automotif juga ditekankan didalam modul ini. Dengan pembangunan sistem
ini ianya dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara teori
dan amali kepada para pelajar. Sistem ini juga dapat menarik minat pelajar untuk
mempelajari modul SKR 1202.

Tujuan kedua pula adalah untuk meningkatkan keselamatan pengguna kenderaan
bermotor dimana apabila pemandu meninggalkan kenderaan dalam keadaan gear N
(Neutral) kemalangan boleh berlaku yang ini merujuk kepada fenomena kenderaan
boleh bergerak sendiri jika ada individu tanpa sengaja mengubah gear tersebut. Inovasi
ini fokus kepada membina dan mereka bentuk sistem Auto Gear Shift Safety Device
daripada proses mereka bentuk litar, simulasi litar, pengujian produk dan pemasangan
pada kenderaan

Rasional/ Justifikasi Amalan Baik

Dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (Pdp) terutama dalam sistem aliran TVET
yang melibatkan latihan amali, penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dan terkini
amat penting bagi memastikan pelajar lebih memahami isi pembelajaran secara teori
dan praktikal. Menurut Azli dan Abdul Latif (2013), melalui kajian yang dilaksanakan
menunjukkan bahawa kesan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek Berteraskan
Teknologi (PBL+T) terhadap pencapaian pelajar adalah positif. Ini menunjukkan
penggunaan projek berasaskan inovasi di dalam PdP amat berkesan dan sesuai
diterapkan kepada pelajar. Rasional penyediaan inovasi ini terbahagi kepada dua:

Best Practice in Teaching & Learning 2020

a. Memberi pendedahan dan kefahaman dengan lebih berkesan kepada pelajar
dalam Modul Pemeriksaan Sistem Kenderaan SKR 1202 mengenai reka bentuk
Sistem Auto Gear Shift Safety Device iaitu penggunaan komponen – komponen
elektrik dan elektronik kepada pelajar serta membantu dalam penjelasan dan
mendalami pengajaran fungsi gear lever, fungsi gear dan aspek keselamatan
kendalian gear.

b. Menghasilkan satu sistem untuk meningkatkan keselamatan pengguna
kenderaan bermotor dimana apabila pemandu meninggalkan kenderaan dalam
keadaan gear N (Neutral) kemalangan boleh berlaku apabila kenderaan
bergerak sendiri jika ada individu tanpa sengaja mengubah gear tersebut.
Inovasi ini memebri fokus kepada membina dan mereka bentuk sistem Auto
Gear Shift Safety Device daripada proses mereka bentuk litar, simulasi litar,
pengujian produk dan pemasangan pada kenderaan. Rasional penyediaan
inovasi ini adala juga bertujuan untuk memenuhi kehendak seperti dibawah:

i. Mengingatkan pemandu untuk mengalihkan gear ke mod P (Parking)
dengan segera apabila pintu dibuka.

ii. Untuk membangunkan produk keselamatan yang boleh dipercayai
dengan kos yang berpatutan.

iii. Mengurangkan bilangan kemalangan yang disebabkan oleh kecuaian
pemandu untuk mengalihkan gear ke mod P (Parking).

iv. Untuk mewujudkan kesedaran dan mendidik pemandu untuk
meninggalkan kereta hanya selepas mengalihkan gear ke mod P
(Parking)

Metodologi

Sistem Auto Gear Shift Safety Device ini digunakan sebagai Alat Bantu Mengajar
(ABM) dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Modul Pemeriksaan
Sistem Kenderaan SKR 1202. Alat ini digunakan dalam sesi amali bagi topik 02.01
Melaksanakan Proses Pemeriksaan Visual Kenderaan dalam memeriksa Komponen
Gear lever. Disamping itu alat ini juga digunakan dalam PdP bagi amali topik 02.02
Melaksanakan Proses Pemeriksaan Komponen Elektrik dan Aksesori Kenderaan di
dalam menguji komponen – komponen elektrik badan kenderaan dan juga pada
pengenalan litar ringkas dan kompleks. Hubungan di antara sistem Auto Gear Shift
Safety Device dengan kandungan silibus Modul Pemeriksaan Asas Kenderaan dapat
dilihat di Rajah 1.

Best Practice in Teaching & Learning 2020

Rajah 1: Rajah blok hubungan antara Sistem Auto Gear Shift Safety Device dengan
kandungan silibus Pemeriksaan Asas Kenderaan SKR 1202.
Impak/ keberkesanan Amalan Baik

a. Impak kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi Modul SKR 1202
Pemeriksaan Sistem Kenderaan di mana melalui soal selidik yang dijalankan
seperti di Lampiran A menunjukkan para pelajar lebih memahami topik yang
diajar oleh pensyarah melalui penggunaan sistem ini. Di samping itu para pelajar
dapat menambah pengetahuan melalui:
i. Pendedahan kepada pelajar berkaitan komponen Elektrikal Automotif
ii. Pelajar dapat mempelajari fungsi komponen dan cara kerja sistem.
iii. Penambahan ilmu berkaitan litar elektronik bagi sistem AGS
iv. Menarik minat pelajar berkaitan inovasi fokus kepada aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran

Best Practice in Teaching & Learning 2020
b. Impak kepada kepada Komuniti

i. Mudah digunakan di semua kenderaan yang dilengkapi dengan
Transmisi Automatik.

ii. Amaran keselamatan pada system ini hanya akan berhenti apabila
pemandu mengalihkan gear ke mod tempat letak kereta.

iii. Peringatan segera untuk pemandu apabila pintu kereta dibuka tanpa
beralih ke mod tempat letak kereta.

c. Impak Kepada Institusi Kolej Komuniti Bandar Baharu di mana sistem ini telah
dipertandingkan
i. National Innovation and Invention Competition Through Exhibition
(IcompEx) – Silver Medal

Jadual 1: Taburan Responden Mengikut Peratusan Tentang Maklum balas penggunaan
Sistem Auto Gear Shift Safety Device dalam Subjek SKR 1202 di Kolej Komuniti
Bandar Baharu

Best Practice in Teaching & Learning 2020

Penutup

Penggunaan Sistem Auto Gear Shift Safety Device ini amatlah sesuai digunakan

sebagai Alat Bantu Mengajar di dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
terutama kepada pelajar – pelajar program Sijil Servis Kenderaan Ringan kerana ianya

mampu memenuhi silibus bagi Modul Pemeriksaan Sistem Kenderaan SKR 1202.

Selain memenuhi silibus, sistem ini juga dapat dijadikan sebagai nilai tambah (value
added) di dalam aktiviti PdP di mana elemen – elemen teknologi dan inovasi dapat

diterapkan kepada para pelajar Kolej Komuniti Bandar Baharu.

Rujukan

Abdul Latif Gapor & Lajiman Janoory (2011). A Study of Student’s Perception of
Teaching and Learning in Instructional Design and Technology. International Journal of
Humanities and Social Science, 1(15),

Bahagian Teknologi Pendidikan. (2006). Project-Based Learning Handbook: “Educating
the Millennial Learner”, Kuala Lumpur: KPM.

Faizah Mohamad, (2007). Motivating Learners through Project-Based Learning. Paper
presented at the International Conference on Teaching and Learning (ICTL 2007).

Loh, Y.L. (2007). Project-Based Approach Incorporating ICT Component And Soft
Skills. Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah.

Kurikulum Sijil Servis Kenderaan Ringan (Semakan Julai 2018). Jabatan Pendidikan
Kolej Komuniti


Click to View FlipBook Version