The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuraini.mdsaad, 2022-08-08 23:00:43

Terbitan Penulisan dan Kajian KKBB 2019

Terbitan Penulisan dan Kajian KKBB 2019

SIDANG EDITOR

PENAUNG
En. Mohd Fizam Bin Zainon

PENASIHAT
En. Mohd Hairi Fifi bin Mansor
KETUA EDITOR
Ts. Kalaivanan A/l Kumaran
EDITOR
Ts. Mohd Fakharul Helmi Bin Mohamad Saad
Ts. Tilakiswaran A/L Samurgam
Nor Aini Binti Ismail
Azhar Bin Aziz
Ahmad Khairol Shah Bin Zakaria

PEREKA GRAFIK
Azmi Bin Ismail

© Unit Penyelidikan Inovasi dan Pengkomersialan Kolej Komuniti Bandar Baharu
Cetakan Pertama 2019

ii

Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi
dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada
Unit Penyelidikan Inovasi dan Pengkomersialan, Kolej Komuniti Bandar Baharu Kedah.
Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium

Diterbit oleh :
Unit Penyelidikan Inovasi dan Pengkomersialan
Kolej Komuniti Bandar Baharu,
No 1 Jalan Shariah,
34950 Bandar Baharu,
Kedah.
Tel : 05-7169539
Faks : 05 - 7167610
Laman Web: http://kkbandarbaharu.mypolycc.edu.my/

iii

PRAKATA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Pertama sekali, izinkan saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana
diberi kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan penerbitan penulisan Kajian Pensyarah
Akademik Kolej Komuniti Bandar Baharu bagi Tahun 2019.

Setinggi – tinggi syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pihak jawatankuasa
pelaksana yang terlibat dalam penerbitan kajian ini terutama Unit Penyelidikan Inovasi
dan Pengkomersialan (UPIK) Kolej Komuniti Bandar Baharu dan para penulis kajian.
Dengan adanya penerbitan ini diharapkan ianya dapat menjadi satu wadah yang
berkesan bagi menggalakkan usaha penulisan kajian bagi memperkasakan penyelidikan
TVET.

Pada masa yang sama dengan adanya penerbitan kajian ini ianya dapat meningkatkan
budaya penyelidikan inovasi warga Kolej Komuniti Bandar Baharu bertepatan dengan
Teras Strategik ke 6 Membudayakan Penyelidikan Gunaan dan Inovasi yang terkandung
didalam Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti (PSPKK 2018 – 2025).

Akhir sekali diharapkan penerbitan kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada pihak
pemegang taruh (Stake Holder) atau mana – mana entiti bagi memperkembangkan ilmu
pengetahuan berkaitan teknologi dan kemahiran.

Sekian Terima Kasih.

Mohd Fizam Bin Zainon
Pengarah
Kolej Komuniti Bandar Baharu

1

BIL TAJUK MUKA
SURAT
1 Tahap Pengetahuan Keselamatan Bengkel Di Kalangan Pelajar Program Servis
Kenderaan Ringan, Kolej Komuniti Bandar Baharu 3

Ts. Tilakiswaran A/L Samurgam & Ts. Kalaivanan A/L Kumaran

2 Pengubahsuaian Terhadap On-Car Brake Disc Aligner Kepada Off –Car Brake Disc 20
Aligner untuk memudahkan Perlaksanaan Amali 05.02 : Menservis Brek Disk

Ts. Tilakiswaran A/L Samurgam

3 Effectiveness Research Of Online Assesmenet from Student to Lecturer in Kolej 31
Komuniti Bandar Baharu, Kedah 38

Mohd Noor Saifull Bin Abdul Karim & Ts Kalaivanan A/L Kumaran

4 Warga Kolej Komuniti Menerajui Pembudayaan Sepanjang Hayat di Malaysia

Ts. Mohd Khairul Nizam bin Md Sharib

5 Design Of An Automatic Wiper Retractor Using PIC Controller 54

Ts. Mohd Fakharul Helmi Bin Mohamad Saad

6 Kajian Kepuasan Majikan Terhadap Graduan Kolej Komuniti Bandar Baharu 2017/2018 79

Ts Kalaivanan A/l Kumaran, Ts. Mohd Fakharul Helmi Bin Mohamad Saad & Ts Tilaksiwaran A/l
Samurgam

2

Tahap Pengetahuan Keselamatan Bengkel Di Kalangan Pelajar Program Servis Kenderaan Ringan,
Kolej Komuniti Bandar Baharu

Ts. Tilakiswaran A/L Samurgam1 Ts. Kalaivanan A/L Kumaran2
Kolej Komuniti Bandar Baharu

ABSTRAK : Program Servis Kenderaan Ringan merupakan sebuah program yang ditubuhkan di
bawah Kolej Komuniti Bandar Baharu (KKBB) dengan tujuan memberi pengetahuan dan latihan
kemahiran di dalam bidang automotif kepada para lepasan menengah yang berumur 17 tahun
keatas. Kajian ini bertujuan untuk melihat serta mengukur tahap pengetahuan keselamatan
bengkel dikalangan pelajar Program Servis Kenderaan Ringan Kolej Komuniti Bandar Baharu
yang meliputi aspek peraturan, persekitaran, tanggungjawab, penggunaan peralatan tangan,
penggunaan mesin dan kesihatan. Sampel kajian seramai 68 responden telah diambil bagi tujuan
kajian ini yang telah dilaksanakan di Bengkel Automotif Kolej Komuniti Bandar Baharu. Instrumen
yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Perisian Microsoft Exel 2016 telah
digunakan untuk mendapatkan analisa statistik dalam bentuk peratusan (%) dan purata(mean).
Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan keselamatan bengkel di kalangan pelajar
Program Servis Kenderaan Ringan Kolej Komuniti Bandar Baharu berada pada tahap yang baik.
Nilai purata keseluruhan aspek pengetahuan keselamatan yang didapati berada pada tahap
yang tinggi .

3

1.0 PENGENALAN

Dalam kearah Negara maju, kerajaan Malaysia kini lebih menumpukan
pembangunan sektor perindustrian yang terbukti menjana pendapatan Negara serta
secara tidak langsung melahirkan Negara berpendapatan tinggi. Sehubungan dengan itu,
penubuhan Wilayah Pembangunan Utara,Tengah,Barat,Timur dan Selatan memerlukan
tenaga kerja mahir dan separa mahir. Menurut angkaan Jabatan Tenaga Malaysia(JTM),
menjelang 2020 JTM mensasarkan untuk mengeluarkan seramai 40,000 tenaga kerja
mahir. Bagi menampung keperluan itu, semua institusi kemahiran diberi tanggungjawab
untuk menyediakan latihan kemahiran lengkap kepada semua lepasan sekolah
menengah dengan mensasarkan satu kemahiran bagi setiap seorang.

Sektor perindustrian yang berkembang pesat di Negara kita, amat menitikberatkan
kesihatan dan keselamatan pekerja. Keselamatan pekerjaan merupakan satu bidang
yang bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dn bebajikan pekerja. Keselamatan
tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi. Ia
merupakan salah satu tanggungjawab majikan dibawah Akta Kesihatan dan Keselamatan
Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan
para pekerja ketika bekerja di dalam sesuatu organisasi. Akta ini yang dikawal selia oleh
Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia.

Penubuhan akta berkenaan telah membolehkan setiap organisasi melaksanakan
peraturan keselamatan untuk menjamin keselamatan pekerja masing-masing
sepertimana ditetapkan dalam akta berkenaan. Walaupun bilangan kes-kes kemalangan
berkurangan dengan penguatkuasaan akta berkenaan, namun kemalangan di tempat
kerja adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Menurut Statistik U.S Bureau & Labor,
pada tahun 2018 sahaja sebanyak 4383 kes telah dilaporkan walaupun angka berkenaan
adalah 7% lebih rendah berbanding dengan tahun 2017. Menurut laporan berkenaan,
kebanyakkan kemalangan yang berlaku adalah dikalangan pekerja baru yang berumur 25
kebawah.

2.0 LATAR BELAKANG MASALAH

Kolej Komuniti Bandar Baharu menawarkan pelbagai kursus sepenuh masa dan
kursus pendek kepada pelajar lepasan menengah dan komuniti setempat. Kursus
sepenuh masa yang ditawarkan adalah Servis Kenderaan Ringan. Sebagai contoh pelajar
kursus Servis Kenderaan Ringan akan terlibat dengan penggunaan pelbagai jenis
peralatan tangan dan jentera berat seperti mesin kimpalan,jek kenderaan, mesin
pemampat udara,mesin penukar tayar dan lain-lain .Walaupun bengkel Automotif adalah
tempat latihan kemahiran, namun suasana bengkel tersebut adalah sama seperti bengkel
kenderaan yang sebenar. Perkara-perkara ini akan mendedahkan pelajar kepada risiko

4

kemalangan. Kebiasaanya, punca kemalangan di sesebuah bengkel atau tempat kerja
adalah disebabkan tahap pengetahuan keselamatan yang rendah dikalangan pelajar.

Walaupun taklimat dan penerangan diberi sebelum memulakan sesuatu sesi
amali, kemalangan di bengkel masih boleh berlaku sewaktu menjalankan kerja-kerja
amali. Kemalangan yang berlaku boleh mengakibatkan kesan luka, kelecuran,
kecacatan anggota badan dan kehilangan nyawa. Untuk memastikan Bengkel Automotif,
Kolej Komuniti Bandar Baharu selamat untuk para pelajar menimba latihan kemahiran,
satu kajian wajib dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan keselamatan
dikalangan pelajar. Kajian ini akan membantu pihak pengurusan kolej untuk membaiki
setiap kelemahan dan menambahbaik amalan keselamatan di bengkel .

3.0 PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan fenomena yang berlaku ini, kajian ini bertujuan untuk mengukur
tahap pengetahuan keselamatan bengkel di kalangan pelajar Kolej Komuniti Bandar
Baharu ketika menjalankan kerja-kerja amali di Bengkel Automotif. Fokus kajian ini adalah
merangkumi aspek peraturan, persekitaran, tanggungjawab, penggunaan alatan tangan,
penggunaan mesin dan juga dari aspek kesihatan.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengenal pasti tahap pengetahuan keselamatan bengkel di kalangan para pelajar
Kolej Komuniti Bandar Baharu Kursus Servis Kenderaan Ringan

ii. Mengenal pasti aspek pengetahuan keselamatan bengkel yang dikuasai oleh para
pelajar Kolej Komuniti Bandar Baharu Kursus Servis Kenderaan Ringan mengikut
turutan.

5

5.0 SOROTAN KAJIAN

5.1 Pengetahuan keselamatan bengkel

Pengetahuan mengenai peraturan bengkel merupakan salah satu faktor
pencegahan kemalangan di bengkel yang kerap kali tidak diberikan perhatian
serius.Kenyataan ini disokong oleh Health And Safety Executive, America dimana
hampir 11% daripada keseluruhan kes kemalangan yang dicatatkan pada tahun
2017 adalah melibatkan pekerja baru yang kurang pengetahuan mengenai
peraturan keselamatan di tempat kerja.Seseorang pekerja baru mesti faham
peraturan di tempat kerja dan risiko yang mungkin berlaku semasa menjalankan
kerja.Kolej Komuniti sebagai organisasi yang melahirkan tenaga kerja mahir
mempunyai peranan untuk menekankan peraturan keselamatan di bengkel kerana
suasana kerja di bengkel adalah sama seperti suasana kerja di industri nanti.
Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja dimana ianya tidak dapat
dielakkan sepenuhnya namun dapat dikurang atau dicegah sekiranya kolej
komuniti mewujudkan peraturan keselamatan untuk menjamin keselamatan dan
kesejahteraan pelajar. Peraturan yang diwujudkan dapat membina nilai-nilai moral
seseorang pelajar dimana ia dapat menghindari daripada berlakunya kemalangan.

5.2 Tanggungjawab terhadap keselamatan bengkel

Aspek tanggungjawab terhadap keselamatan bengkel merupakan suatu
aspek yang sering tidak diberi perhatian. Tanggungjawab terhadap persekitaran,
kerosakan peralatan, sikap sewaktu menjalankan amali, pematuhan terhadap
arahan pensyarah dan tindakan selepas sesuatu kemalangan adalah perkara-
perkara yang menjadi tanggungjawab pelajar itu sendiri yang perlu diberi
perhatian oleh warga kolej komuniti. Sekiranya sesuatu peralatan atau mesin
mengalami kerosakan, tanggungjawab seseorang untuk melaporkan kerosakan
tersebut kepada pegawai bertanggungjawab adalah wajib ditekankan kepada
setiap pelajar. Tanggungjawab mengenai keselamatan dan kesihatan pelajar
adalah terletak pada pihak kolej dan pelajar itu sendiri.

6

5.3 Penggunaan Peralatan Tangan dan Mesin

Bahaya pengendalian peralatan tangan dan mesin dengan kemahiran dan
kebolehan sendiri oleh pelajar sewaktu sesi amali dapat diatasi dengan adanya
pengetahuan keselamatan bengkel. Pengetahuan tentang keadaan mesin, cara
penggunaan peralatan dan kepatuhan prosedur penggunaan mesin atau
peralatan tangan dapat mengurangkan risiko kemalangan di bengkel. Kerosakan
mesin atau peralatan adalah sesuatu yang sukar dijangka dan akan berlaku
apabila usia sesuatu peralatan menjangka usia. Pengubahsuain mesin atau
peralatan yang rosak tidak mengikut ciri-ciri keselamatan boleh menyebabkan
kecederaan. Organisasi wajib menyediakan jadual penyelenggaraan bagi setiap
mesin untuk memastikan setiap mesin berada dalam keadaan yang selamat untuk
digunakan. Menurut laporan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan (DOSCH),
kebanyakan kemalangan di kilang sewaktu mengendalikan mesin adalah
disebabkan kurangnya pengetahuan keselamatan terhadap mesin yang sedang
dioperasi.

6.0 METHOD

6.1 Reka Bentuk Kajian

Kaedah kajian yang digunakan adalah tinjauan berbentuk deskriptif
dengan menggunakan kaedah kualititatif iaitu penggunaan set soalan selidik yang
diedarkan sendiri oleh penyelidik kepada para pelajar Program Automotif,KKBB
yang terdiri daripada pelajar semester 1, 2, 3, Latihan Industri & Alumni KKBB.

Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat yang
dikehendaki yang mempunyai kaitan tajuk kajian. Soal selidik adalah salah satu
instrumen yang digunakan dalam sesuatu penyelidikan untuk mendapatkan
maklumat yang akan ditukarkan kepada data yang dikehendaki. Skala Likert
digunapakai dalam soalan kajian ini untuk mengetahui jawapan responden
terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Responden dikehendaki memberikan
jawapan di dalam ruangan pada borang jawapan yang disediakan.

7

6.2 Tempat Kajian

Kajian telah dijalankan di Bengkel Automotif, Kolej Komuniti Bandar
Baharu yang terletak di Bandar Baharu,Kedah. Kolej Komuniti Bandar Baharu
dipilih kerana menawarkan kursus Servis Kenderaan Ringan. Faktor kedua
pemilihan Kolej Komuniti Bandar Baharu adalah kerana lokasinya sama dengan
tempat penyelidik berkhidmat.

6.3 Populasi dan Pensampelan Kajian

Populasi adalah para pelajar Program Automotif, Kolej komuniti Bandar
Baharu yang terdiri daripada pelajar semester 1, 2, 3, Latihan Industri & Alumni
KKBB. Populasi semasa pelajar Program Automotif, KKBB adalah seramai 89
orang. Penyelidik telah memilih seramai 44 orang pelajar semasa dan baki 24
orang adalah alumni KKBB.

6.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal
selidik. Menurut Tuckman (1985), kaedah soal selidik adalah cara terbaik untuk
mendapatkan kerjasama daripada responden kerana responden bebas untuk
memilih jawapan mengikut kehendak soalan soal selidik.

Set soalan yang disediakan terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian
A dan Bahagian B. Bahagian A merangkumi 3 soalan yang berkaitan dengan
maklumat latar belakang responden iaitu umur, jantina dan semester pengajian.
Manakala Bahagian B terdiri daripada soalan-soalan yang berkaitan dengan enam
aspek keselamatan di bengkel iaitu peraturan, persekitaran, tanggungjawab,
penggunaan peralatan tangan, penggunaan mesin dan kesihatan seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 1.

Item soal selidik dibina oleh penyelidik sendiri dengan merujuk kepada
beberapa kajian lain yang telah dilakukan oleh pakar. Skala Likert telah digunakan
dan ianya terdiri daripada lima bentuk pilihan jawapan. Penggunaan skala ini
disesuaikan dengan persoalan kajian. Responden dikehendaki menjawab dengan
membulatkan pada ruang jawapan yang dikehendaki. Hanya satu skor sahaja
yang boleh ditandakan bagi setiap item yang terdiri daripada aspek pengetahuan
keselamatan pelajar.

8

Pengkelasan Skala Likert Pengetahuan
Sangat Tidak setuju 1 Sangat Tidak setuju
Tidak setuju 2 Tidak setuju
Tidak Pasti 3 Tidak Pasti
Setuju 4 Setuju
Sangat setuju 5 Sangat setuju
(Skala Likert Lima Mata)

Jadual 1 : Pengkelasan Item

7.0 DAPATAN KAJIAN

7.1 Analisa Data : Bahagian A – Latar belakang responden

Semester Lelaki Perempuan

1 10 0

2 10 0

3 10 0

Latihan Industri 14 0

Alumni KKBB 22 2

Jumlah 66 2

Jadual 2 : Taburan responden mengikut jantina dan semester

Jadual 2 menunjukkan taburan responden mengikut semester pengajian. Keseluruhan
responden adalah seramai 68 orang dimana 66 pelajar lelaki dan 2 orang pelajar
perempuan yang berumur diantara 17-20 tahun.

9

7.2 Analisa Kajian : Bahagian B – Berdasarkan Persoalan Kajian
i. Analisa Item Berdasarkan Tahap Pengetahuan Keselamatan Bengkel
Dikalangan Para Pelajar Kursus Servis Kenderaan Ringan di Kolej
Komuniti Bandar Baharu.

No Aspek Pengetahuan TS % TP % S %

Keselamatan Bengkel ff f

1 Peraturan 1 0.8% 1 1.7% 66 97.5%

2 Persekitaran 1 1.5% 2 2.1% 65 96.5%

3 Tanggungjawab 0 0.4% 0 0.3% 68 99.3%

4 Penggunaan Peralatan Tangan 1 1.9% 2 2.9% 65 95.2%

5 Penggunaan Mesin 2 2.7% 2 2.7% 64 94.6%

6 Kesihatan 1 0.6% 3 4.7% 64 94.7%

Purata 1 0.0% 2 0.0% 65 97%

Jadual 3 : Tahap Pengetahuan Keselamatan Bengkel

Secara keseluruhanya, seperti yang ditunjukkan dalam dalam Jadual 3, didapati sebanyak
97.5% responden bersetuju dengan soalan yang dikemukakan mengenai pengetahuan
keselamatan bengkel berdasarkan aspek peraturan, persekitaran, tanggungjawab,
penggunaan peralatan tangan, pengunaan mesin dan kesihatan. Ini membuktikan 97.5%
responden tahu akan pengetahuan keselamatan bengkel manakala sebanyak 0.8%
responden berada pada tahap tidak setuju. Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan
keselamatan bengkel di kalangan para pelajar Program Servis Kenderaan Ringan berada
pada tahap tinggi.

10

No Aspek Peraturan TS % TP % S%
0.00% f
ff 0.00% 66 97.06%
1.47% 68 100.00%
1 Tidak bergurau ketika menjalankan 2 2.94% 0 0.00%
4.41% 65 95.59%
amali di bengkel 4.41%
68 100.00%
2 Wajib memakai kasut keselamatan 0 0.00% 0 1.47%
1.7% 65 95.59%
semasa menjalankan kerja-kerja
65 95.59%
amali
67 98.53%
3 Elakkan dari memakai perhiasan diri 2 2.94% 1 66 97.5%

seperti rantai,gelang,cincin dan lain-

lain

4 Sebelum memulakan amali, pelajar 0 0.00% 0

haruslah memahami penggunaan

bahan,peralatan dan mesin

5 Mesti mempertimbangkan 0 0.00% 3

keselamatan rakan sekerja semasa

amali dijalankan

6 Pemakaian yang 1 0.00% 3

sesuai(berkasut,berbaju bengkel dan

perempuan menutup rambut)

adalah perlu untuk mengelakkan

berlakunya kemalangan

7 Wajib menggunakan alatan 0 0.00% 1

keselamatan (PPE) yang disediakan

Purata 1 0.8% 1

Jadual 4 : Aspek Peraturan

Soalan 1 hingga soalan 7 adalah digolongkan dalam aspek peraturan. Berdasarkan
analisis soalan, nilai purata peratus responden yang setuju dengan aspek peraturan
adalah sebanyak 97.5%. Sebanyak 66 responden bersetuju dengan soalan aspek
peraturan dan hanya seorang responden sahaja tidak setuju dengan soalan aspek
peraturan. Manakala 1 responden (1.7%) tidak pasti dengan soalan aspek peraturan. Bagi
soalan 3, sebanyak 65 orang responden (95.59%) faham akan peraturan larangan
memakai perhiasan diri seperti cincin,gelang,rantai dan lain-lain. Manakala seramai 1
(1.47%) responden tidak pasti dengan soalan tersebut dan 2.94% (responden tidak setuju
dengan larangan pemakaian perhiasan diri.

11

No Aspek Persekitaran TS % TP % S%
0.00% f
ff 68 100.00%
0.00%
8 Persekitaran tempat kerja yang 0 0.00% 0 0.00% 67 98.53%
2.94% 67 98.53%
bersih dan kemas memberi 1.47% 64 94.12%
0.00% 67 98.53%
keselesaan semasa menjalankan 1.47% 68 100.00%
65 95.59%
kerja amali. 2.94%
1.47% 64 94.12%
9 Pintu dan tingkap perlu dibuka 1 1.47% 0 1.47% 61 89.71%
2.1% 65 95.59%
untuk pengudaraan semasa 66 96.5%

menjalankan kerja amali.

10 Suasana bengkel perlu terang 1 1.47% 0

kerana dapat membantu

penglihatan semasa kerja amali.

11 Sisa, serpihan atau alat ganti lama 2 2.94% 2

perlu ditempatkan di yang

dikhaskan.

12 Lantai perlu bersih daripada 1 1.47% 0

sebarang kekotoran ( minyak,debu

dan lain-lain)

13 Peralatan bengkel tidak dibiarkan 0 0.00% 0

bersepah selepas melakukan kerja

amali.

14 Sentiasa peka terhadap papan tanda 1 1.47% 2

amaran seperti Utamakan

Keselamatan,Caution! High Voltage

dan Notis Kerosakan Mesin.

15 Melakukan kerja amali di tempat 2 2.94% 2

yang dikhaskan sahaja

16 Bengkel sebagai zon larangan 1 1.47% 2

makan,minum dan merokok

17 Jalan-jalan keluar masuk atau laluan 1 1.47% 2

kecemasan sentiasa lapang dan

tidak dihalang dengan peralatan.

Purata 1 1.5% 2

Jadual 6 : Aspek Persekitaran

Bagi aspek persekitaran, sebanyak 10 soalan diajukan untuk menilai tahap pengetahuan
keselamatan bengkel. Nilai purata peratus responden bersetuju dengan soalan aspek
persekitaran ialah 96.5% yang melibatkan 66 responden. Manakala 2 responden (2.1%)
tidak pasti dan 1 responden ( 1.5%) tidak setuju. Bagi item 9 dan 10, Sebanyak 98.53%
responden bersetuju dengan penyataan pintu dan tingkap perlu dibuka untuk
pengudaraan dan pencahayaan yang cukup sewaktu menjalankan amali. Item 16
mencatatkan peratus paling rendah iaitu 89.71% melibatkan 61 responden yang bersetuju
dengan penyataan bengkel sebagai zon larangan makan,minum dan merokok. Manakala
yang selebihnya 2 responden (2.1%) tidak pasti dengan penyataan tersebut.

12

No Aspek Tanggungjawab TS % TP % S %

ff f

18 Sebarang kerosakan mesin dan 0 0.00% 0 1.47% 67 98.53%

peralatan tangan mesti dilapor

kepada pensyarah atau pegawai

bertanggungjawab

19 Sentiasa mengingatkan rakan 0 0.00% 0 0.00% 68 100.00%

tenteng keselamatan diri semasa

menjalankan kerja amali.

20 Mengembalikan peralatan yang 0 0.00% 0 0.00% 68 100.00%

telah digunakan semasa amali ke

tempat asal.

21 Ruang kerja amali perlu dibersihkan 0 0.00% 0 0.00% 68 100.00%

selepas amali dijalankan.

22 Sebarang kemalangan yang berlaku 0 0.00% 0 0.00% 68 100.00%

perludilaporkan kepada pensyarah

23 Mendapatkan kebenaran dari 0 0.00% 1 1.47% 67 98.53%

pensyarah sebelum mengendalikan

sebarang mesin atau peralatan

berkuasa.

24 Sikap mengganggu rakan rakan 2 2.94% 0 0.00% 66 97.06%

yang sedang mengendalikan mesin

semasa amali adalah berbahaya.

25 Mematuhi setiap arahan 0 0.00% 0 0.00% 68 98.53%

keselamatan yang diberikan oleh

pensyarah

26 Rawatan kecemasan awal mesti 0 0.00% 0 0.00% 68 100.00%

dilakukan jika berlaku kemalangan

27 Pastikan jauh daripada punca api 0 0.00% 0 0.00% 68 100.00%

semasa mengendalikan bahan-

bahan mudah terbakar ( cat, petrol,

diesel dan lain-lain).

Purata 1 0.44% 1 0.29% 66 99.26%

Jadual 7 : Aspek Tanggungjawab

Jadual 7 menunjukkan analisa bagi soalan 18 hingga 27 yang merangkumi aspek
tanggungjawab. Purata sebanyak 99.26% yang melibatkan 66 responden tahu akan
tanggungjawab masing-masing menjaga keselamatan bengkel dan sebanyak 1
responden ( 0.29%) tidak pasti dengan soalan yang diajukan. Sebanyak 68 responden
(100.%) bersetuju dengan soalan 25&27 dan tahu akan mematuhi setiap arahan
keselamatan yang diberikan oleh pensyarah serta faham akan risiko bahan mudah
terbakar seperti cat,petrol dan diesel. Kefahaman ini mungkin disebabkan peringatan
daripada pihak pengajar yang sering mengingatkan pelajar tentang bahaya bahan mudah
terbakar sewaktu pelajar mengendalikan petrol dan diesel.

13

No Aspek Pengunaan Peralatan TS % TP % S %

Tangan ff f

28 Penggunaan peralatan tangan yang 2 2.94% 3 4.41% 63 92.65%

rosak boleh mengakibatkan

kemalangan.

29 Penggunaan peralatan tangan yang 2 2.94% 1 1.47% 65 95.59%

sesuai dengan fungsinya dapat

mengelakkan kemalangan.

30 Semasa menggunakan mesin gerusi, 1 1.47% 4 5.88% 63 92.65%

benda kerja mesti diapit supaya

tidak bergerak.

31 Tukul besi yang pemegangnya 1 1.47% 2 2.94% 65 95.59%

longgar hendaklah dibaiki sebelum

digunakan.

32 Tidak menggunakan pemutar skru 2 2.94% 4 5.88% 62 91.18%

leper sebagai pahat dan hanya

menggunakanya untuk membuka

dan mengetatkan skru

33 Semasa menghulurkan alatan tajam 0 0.00% 0 0.00% 68 100.00%

kepada orang lain, halakan

pemegangnya dan bukan bahagian

hujung yang tajam.

34 Tidak sekali-kali mengetuk bahagian 1 1.47% 0 0.00% 67 98.53%

hujung sepanar dengan tukul besi.

Purata 1 1.89% 2 2.94% 65 95.17%

Jadual 8 : Aspek Penggunaan Peralatan Tangan

Jadual 8 menunjukkan item-item aspek penggunaan peralatan tangan yang bermula
dengan nombor 28 hingga 34. Item 34 mencatatkan peratus yang kedua tertinggi iaitu
95.17%, dimana 67 responden setuju dan faham dengan penggunaan tukul besi yang
pemegangganya longgar boleh mencederakan. Purata 95.17% atau 65 responden
bersetuju dan faham dengan item-item penggunaan peralatan tangan dan hanya 2
responden (2.94%) tidak pasti dengan aspek berkenaan.

14

Jadual 9 melibatkan 6 soalan yang bermula dengan item 35 hingga 40 yang purata 94.61
% faham akan aspek penggunaan mesin manakala 2.70% atau 2 responden tidak pasti
dengan penyataan berkenaan. 100 % Responden setuju dengan item 35 yang mana
bersetuju yang mesin perlu diperiksa dan dipastikan berada dalam keadaan baik sebelum
digunakan.

No Aspek Pengunaan Mesin TS % TP % S %

ff f

35 Mesin perlu diperiksa untuk 0 0.00% 0 0.00% 68 100.00%

memastikan berada dalam keadaan

baik sebelum kerja amali dimulakan.

36 Jangan menggunakan mesin yang 2 2.94% 0 0.00% 66 97.06%

mengalami kebocoran pada

bahagian penebat wayar.

37 Sebelum melakukan proses 3 4.41% 2 2.94% 63 92.65%

meminyak,membersih dan

menyelaras mesin,mesin perlu

dimatikan dan perlu dipastikan

bahawa bahagian berputar telah

berhenti tetap.

38 Penggunaan mesin yang mempunyai 4 5.88% 8 11.76% 56 82.35%

mata alat yang tumpul boleh

mengakibatkan kemalangan.

39 Semasa mengendalikan mesin, 1 1.47% 1 0.00% 67 98.53%

pemakaian alatan keselamatan

(PPE) adalah wajib.

40 Pastikan suis kecemasan “STOP” 1 1.47% 1 1.47% 66 97.06%

berfungsi dengan baik sebelum

mengendalikan mesin jek kereta.

Purata 2 2.70% 2 2.70% 64 94.61%

Jadual 9 : Aspek Penggunaan Mesin

15

Tedapat 5 item yang terdiri daripada item 41 hingga item 50 yang tergolong dalam aspek
kesihatan. Nilai purata setuju bagi aspek kesihatan ialah 94.71 % yang melibatkan 64
responden dan 2 responden menyatakan tidak pasti. Item 44 mencatatkan peratusan
setuju yang kedua tertinggi iaitu 97.06%, 2 responden (2.94%) tidak pasti dan tiada
seorang pun yang tidak setuju dengan penyataan pemakaian cermin mata sewaktu
mengendalikan mesin pencanai untuk mengelakkan serpihan besi memasuki mata.

No Aspek Kesihatan TS % TP % S%
7.35% f
ff 1.47% 62 91.18%
5.88%
41 Elakkan luka atau calar pada badan 1 1.47% 5 67 98.53%
2.94%
terkena bahan kimia seperti cat 5.88% 63 92.65%

kerana boleh menyebabkan 4.71% 66 97.06%

keracunan darah. 64 94.12%

42 Sentiasa menggunakan penutup 0 0.00% 1 64 94.71%

hidung semasa mengendalikan

habuk kayu kerana boleh

menyebabkan masalah pernafasan.

43 Dilarang menghidupkan enjin 1 1.47% 4

kenderaan dalam ruangan tertutup

kerana asap kenderaan yang

mengandungi gas beracun boleh

menyebabkan masalah pernafasan.

44 Pelindung mata harus dipakai 0 0.00% 2

sewaktu mengendalikan mesin

pencanai kerana serpihan logam

halus boleh memasuki mata

45 Alat pelindung telinga harus 0 0.00% 4

digunakan semasa menggunakan

mesin yang mengeluarkan bunyi

bising melebihi 100dB kerana boleh

merosakkan deria pendengaran.

Purata 1 0.59% 3

Jadual 10 : Aspek Kesihatan

16

8.0 PERBINCANGAN
Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan keselamatan bengkel di kalangan
pelajar Program Servis Kenderaan RinganKolej Komuniti Bandar Baharu berada pada
tahap yang baik. Nilai purata keseluruhan aspek pengetahuan keselamatan yang didapati
berada pada tahap yang tinggi. Sebanyak 96.60 % iaitu 66 responden menyatakan
bersetuju dengan penyatakan yang dinilai. Ini menunjukkan pelajar-pelajar Program
Automotif, KKBB mempunyai tahap pengetahuan keselamatan yang baik dan pelajar
sentiasa diberikan pendedahan berkaitan dengan pengetahuan keselamatan bengkel.
Pensyarah Automotif telah melaksanakan tugasnya dengan baik untuk memastikan tahap
pengetahuan keselamatan bengkel dikalangan pelajar berada di tahap yang
membanggakan. Amalan 5S, taklimat keselamatan sebelum sesuatu amali dan
ketegasan pensyarah antara yang menjadikan tahap pengetahuan keselamatan bengkel
di kalangan pelajar berada pada tahap tinggi.

17

Berikut adalah aspek keselamatan bengkel yang dianalisa dalam kajian ini mengikut
turutan:

No Aspek Pengetahuan TS % TP % S %
Keselamatan Bengkel
ff f
1 Tanggungjawab
2 Peraturan 0 0.4% 0 0.3% 68 99.3%
3 Persekitaran
4 Penggunaan Peralatan Tangan 1 0.8% 1 1.7% 66 97.5%
5 Kesihatan
6 Penggunaan Mesin 1 1.5% 2 2.1% 65 96.5%

Purata 1 1.9% 2 2.9% 65 95.2%

1 0.6% 3 4.7% 64 94.7%

2 2.7% 2 2.7% 64 94.6%

0 0.6% 6 12.3% 46 87.0%

Tahap pengetahuan keselamatan dalam aspek tanggungjawab dikalangan pelajar berada
ditahap yang paling tinggi. Namun pihak pengurusan Program Servis Kenderaan Ringan
KKBB perlu memberi perhatian pada aspek penggunaan mesin kerana berada pada
kedudukan yang bawah. Berikut adalah beberapa aktiviti atau program yang boleh
dilaksanakan untuk meningkatkan lagi tahap pengetahuan keselamatan dikalangan para
pelajar Program Automotif.

a. Amalan 5S yang berterusan
b. Taklimat Keselamatan oleh Jabatan Kesihatan & Keselamatan
c. Lawatan Industri
d. Pensijilan OSHA
e. Taklimat Keselamatan oleh pengajar sebelum amali

18

9.0 RUJUKAN
1. Pengetahuan Dan Pengamalan Keselamatan Bengkel Di Kalangan Para Pelajar
Kursus Penyelenggaraan Bangunan Di Sebuah Kolej Komuniti, Mohd Anuar Abdul
Rahman1 & Irulnizam A.Hamid2,UTM.
2. Kajian Penilaian Risiko Keselamatan Pekerja Pemprosesan Buah Kelapa Sawit, Nor
Haniza binti Bakthiar Jemily,USM.
3. http://www.hse.gov.uk/statistics/causinj/
4. http://stats.bls.gov/iif/oshcfoi1.htm
5. http://ms.m.wikipedia.org/wiki/kesihatan_dan_keselamatan_pekerjaan
6. http://www.dosh.gov.my
7. Kajian Keselamatan Dan Kesihatan Di Tapak Bina Sekitar Kawasan Bahagian Pantai
Barat Sabah,Fatin Nazira Binti Abd Salim,UTM.

19

LAPORAN INOVASI DALAM PEMBELAJARAN & PENGAJARAN
PENGUBAHSUAIAN TERHADAP ON-CAR BRAKE DISC ALIGNER KEPADA OFF-CAR

BRAKE DISC ALIGNER UNTUK MEMUDAHKAN PERLAKSANAAN
AMALI 05.02: MENSERVIS BREK DISK

Ts. Tilakiswaran A/L Samurgam1
Ts. Kalaivanan Kumaran 2

Kolej Komuniti Bandar Baharu, Kedah
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.0 Pengenalan

Brake Disk Aligner merupakan sebuah mesin yang digunakan dalam industri permotoran.
Ia sering digunakan untuk meratakan permukaan cakera brek yang tidak rata. Terdapat dua jenis
mesin Brake Disk Aligner yang biasa digunakan dalam industri automotif untuk menyelenggara
sistem brek kenderaan. Ianya adalah On-car disk aligner dan Off-car disc aligner. Mesin On-car
disc allignner biasanya dipasang pada terus pada sistem brek kenderaan untuk meratakan
permukaan cakera brek. Manakala mesin Off-wheel brake disc aligner hanya memerlukan cakera
brek yang ditanggalkan dari kenderaan untuk dipasang pada mesin untuk melakukan proses
meratakan cakera brek.

Gambarajah 1 : Contoh Mesin On-car Brake Disc Aligner
Binaan dan struktur mesin on-car brake disc aligner adalah lebih rumit kerana fungsinya
adalah seperti mesin lathe yang memerlukan teknologi kejuruteraan yang tinggi. Manakala off-
car brake disc aligner mempunyai binaan yang ringkas dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja.
Binaan yang kompleks dan penggunaan teknologi kejuruteraan yang tinggi menyebabkan mesin
off-car brake disc aligner lebih mahal berbanding mesin on-wheel brake disc aligner. Namun

20

mesin off-car brake disc aligner lebih popular kerana ciri-ciri keselamatan dan tidak bergantung
kepada peralatan berat.

Gambarajah 2 : Contoh Off-car brake disc aligner
Dalam Kursus SKR 1503 Penyelenggaraan Sistem Brek, ,dibawah tajuk 05.02 Menservis Brek
Disk, mesin on-car brake disc aligner digunakan oleh pelajar untuk mempelajari kaedah
menservis cakera brek kenderaan yang mengalami kebengkokan.
2.0 Latar Belakang Masalah

Di Bengkel Kolej Komuniti Bandar Baharu, terdapat satu mesin on-car brake disc alignner
yang digunakan untuk menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran tajuk 05.02 Menservis
Brek Disk. Penggunaan mesin berkenaan mengundang pelbagai masalah yang mengganggu
proses Pembelajaran dan Pengajaran. Antara permasalahan yang wujud adalah seperti berikut:

21

Gambarajah 3: Jenis Mesin On-car brake disc aligner yang terdapat di KKBB
a. Keperluan peralatan berat

Mesin on-car brake disc alignner yang digunakan di KKBB memerlukan jek kenderaan
untuk mengangkat keseluruhan badan kenderaan. Tanpa jek, mesin ini tidak dapat
digunakan.

Gambarajah 4 : Keperluan peralatan berat & kenderaan
b. Penggunan kenderaan

Mesin on-car brake disc aligner yang digunakan di KKBB memerlukan kenderaan untuk
menjalankan amali. Tanpa kenderaan, amali tidak dapat dijalankan.
c. Penggunaan ruang amali yang luas
Mesin on-car brake disc alignner memerlukan jek dan kenderaan untuk menjalankan
amali servis brek cakera. Penggunaan kenderaan dan jek ini memerlukan ruang amali
yang besar.

22

Gambarajah 5 : Ruang amali yang luas diperlukan untuk amali

d. Mengganggu proses Pengajaran dan Pembelajaran kelas Semester 2 dan 4
Penggunaan jek dan kenderaan semata-mata untuk menservis cakera brek mengganggu
kelas lain yang sangat memerlukan penggunaan jek untuk menanggalkan enjin dan kotak
gear.

e. Masa penyediaan untuk amali mengambil masa yang lama
Masa penyediaan untuk memulakan proses meratakan cakera brek mengambil masa
yang lama kerana ia memerlukan pelarasaan yang teliti untuk memasang mesin on-car
brake disc aligner pada sistem brek kenderaan. Ketinggian kenderaan dan mesin perlu
dipastikan betul sebelum memulakan proses meratakan cakera brek dan ini mengambil
masa yang agak lama.

f. Kurangnya ciri-ciri keselamatan
Mesin on-car brake disc aligner yang terdapat di KKBB tidak selamat dari segi kedudukan
mata pengguna yang berada di bawah mesin. Pelajar terpaksa merangkak masuk di
bawah mesin yang sedang berputar dan pencahayaan yang kurang merumitkan proses
berkenaan

23

Gambarajah 6: Pelajar terpaksa merangkak masuk dibawah kenderaan untuk melihat
proses lathe

g. Kesukaran untuk membuat bacaan run-out.
Ketiadaan tempat untuk memasang Magnetic base dengan dial gauge menyukarkan
pelajar membuat bacaan run-out untuk memastikan cakera yang hendak diservis adalah
bengkok.

Gambarajah 7: Ketiadaan ruang untuk melatakkan magnetic base menyukarkan proses
bacaan run-out

24

3.0 Penyataan Masalah

Berdasarkan fenomena yang berlaku ini, untuk menangani permasalahan yang timbul
disebabkan mesin on-car brake disc alignner yang kurang sesuai dengan proses
Pembelajaran dan Pengajaran di bengkel KKBB, penyelidik telah melakukan sedikit
pengubahsuaian terhadap mesin yang sedia ada tanpa mengganggu binaan dan struktur
asal mesin on-car brake disc aligner kepada off-car brake disc aligner . Fokus inovasi ini
adalah untuk menggurangkan penggunaan peralatan berat, bahan, ruang,kos,masa dan
memberi penekanan kepada ciri-ciri keselamatan.

4.0 Objektif Inovasi

i. Merekabentuk mesin off-car brake disc aligner daripada mesin yang sedia
ada tanpa mengganggu binaan asal mesin berkenaan (dwi fungsi)

ii. Mengurangkan penggunaan peralatan berat dan bahan untuk amali 05.02
Menservis Brek disk

iii. Merekabentuk mesin yang boleh digunakan dimana sahaja tanpa
memerlukan ruang yang besar

iv. Mengurangkan masa yang diperlukan untuk melakukan persediaan
sebelum melakukan amali 05.02 Menservis Brek disk

v. Menambahbaik ciri-ciri keselamatan terhadap hasil inovasi seperti
kedudukan mata dan pencahayaaan

vi. Mewujudkan tapak untuk memudahkan proses bacaan run-out
5.0 Kos Perlaksanaan Inovasi

Bil Bahan Kos (RM)
1 Besi Angle Bar 2’’ 84.00
10.00
2 Bolt & Nut 20.00
5.00
3 Cat Sembur
119.00
4 Lampu LED

Jumlah Keseluruhan

25

6.0 Pelan Perlaksanaan Inovasi Bulan ‘18
5 6 7 89
Bil Perkara

1 Penyediaan
2 Penemuan Masalah
3 Kajian Pasaran
4 Merekabentuk produk
5 Pembelian Bahan
6 Fabrikasi
7 Kegunaan untuk proses P&P
8 Penambahbaikan terhadap rekabentuk
9 Penyediaan Laporan

7.0 Dapatan Inovasi

Hasil daripada permasalahan yang timbul, dengan merujuk rekaan daripada
pengeluar brek disc allignner dari seluruh dunia, penyelidik telah mengambil keputusan
untuk mengubahsuai mesin on-car brek disc aligner yang sedia ada kepada off-car brek
disc aligner. Tanpa mengganggu cirri-ciri dan binaan asal mesin berkenaan, satu reka
bentuk yang mudah telah dihasilkan untuk mengatasi permasalahan yang timbul sebelum
ini.

Gambarajah 8: Pengubahsuaian terhadap mesin on-car brake disc aligner
26

Mesin yang sebelum ini memerlukan kereta dan jek kenderaan untuk melakukan
amali, tidak lagi memerlukan peralatan berkenaan. Sistem brek kenderaan seperti knuckle
dan cakera brek telah dipasangkan terus pada mesin yang menjadikan mesin ini sebagai
off-car brek disc aligner. Hasil daripada rekaan ini fabrikasi telah dilakukan dan mesin
baru telah diuji untuk sesi kuliah pada pengambilan sesi November 2018. Hasil daripada
inovasi berkenaan, permasalahan yang timbul sebelum ini dapat diatasi. Ianya adalah
seperti berikut :
a. Penggunaan peralatan dan bahan dapat dikurangkan

Penggunaan kereta dan jek yang menjadi peralatan wajib sebelum ini tidak lagi
diperlukan. Ini membolehkan kos dan penggunaan peralatan berkenaan seperti utiliti
dapat dikurangkan
b. Penggunaan ruang amali yang lebih kecil
Penggunaan kereta dan jek menyebabkan ruang yang besar diperlukan untuk
melakukan amali penyelenggaraan sistem brek cakera. Dengan rekaan yang ringkas
dan padat, mesin baru dapat dibawa dan digunakan dimana-mana sahaja walaupan
dalam bilik kuliah.

Gambarajah 10: Amali dapat dijalankan di ruang yang kecil

27

c. Dapat mengurangkan masa penyediaan amali
Sebelum ini, masa untuk setup mesin dan kenderaan mengambil masa yang agak
lama iaitu sekitar 25-30 minit. Dengan inovasi ini, kenderaan dan mesin tidak perlu
dilaraskan. Hanya cakera brek daripada kenderaan berkenaan ditanggal dan
dipasang terus pada mesin off-car brek disc aligner untuk memulakan proses amali.
Hasil daripada inovasi ini, masa penyediaan untuk memulakan amali dapat
dikurangkan kepada 10 minit.

d. Penambahan ciri-ciri keselamatan
Rekaan ini lebih ergonomic dimana paras mata berada diatas mesin. Risiko untuk
serpihan memasuki mata pelajar adalah rendah. Selain itu rekaan yang baru ini telah
ditambah dengan lampu LED untuk pencahayaan yang lebih baik.

Gambarajah 11: Kedudukan kepala pelajar yang berada di atas mesin dan
pencahayaan LED membantu melakukan amali dengan lebih selamat

28

e. Memudahkan pemasangan dial-gauge
Rekaan yang baru ini telah memudahkan pemasangan magnetic base dengan dial
gauge untuk memudahkan pelajar membuat bacaan run-out.

Gambarajah 12: Tapak yang kukuh disediakan untuk memasang magnetic base
memudahkan bacaan run-out

8.0 Kesimpulan
Dapatan inovasi ini membuktikan objektif sebenar inovasi yang dilaksanakan

tercapai sepenuhnya. Penggunaan peralatan dan bahan yang memerlukan ruang yang
besar dapat dikurangkan. Ini secara tidak langsung mengurangkan kebergantungan
peralatan dan menjimatkan penggunaan utiliti di bengkel automotif dan Selain itu, masa
penyediaan amali dapat dikurangkan dan ini menjimatkan pembaziran waktu kuliah.
Dengan penambahan ciri-ciri keselamatan, pelajar dapat menjalankan amali dengan
selamat dan berkesan. Pelajar juga tidak lagi perlu rungsing untuk memasang dial gauge
kerana dengan rekaan yang baru ini dial gauge dapat dipasang dengan mudah. Secara
keseluruhanya, inovasi pengubahsuaian on-car brake disc aligner kepada off-car brake
disc aligner memudahkan perlaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran bagi tajuk 05.02
Menservis Brek disk.

29

9.0 Rujukan
1. Automotive Technology, Thomson Delmar Learning,Jack Erjavec,4th Edition,2005
2. Automotive Service,Inspection,Maintenance,Repair, Thomson Delmar Learning ,Tim

Gilles, Second Edition, 2004
3. www.automotivetools.com

30

KAJIAN KEBERKASANAN IMPLEMENTASI PENILAIAN PELAJAR
KEPADA PENSYARAH SECARA ATAS TALIAN DI KOLEJ
KOMUNITI BANDAR BAHARU, KEDAH

Mohd Noor Saifull Bin Abdul Karim
Ts. Kalaivanan Kumaran
Nor Aini Binti Ismail

Kolej Komuniti Bandar Baharu
Kementerian Pendidikan Malaysia

EMAIL: [email protected]
[email protected]
[email protected]

Abstrak

Kajian ini bertujuan bagi mengkaji keberkesanan penilaian pelajar kepada
pensyarah secara atas talian di Kolej Komuniti Bandar Baharu. Kumpulan
sasaran kajian ini adalah terdiri daripada pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti
Bandar Baharu. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi “google
drive” dan disambungkan dengan aplikasi “whatsapp” sebagai medium
penghantaran. Aplikasi ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian pertama
soalan penilaian dan bahagian kedua hasil dapatan maklum balas pelajar
terhadap penilaian pensyarah. Penilaian yang dibuat kemudiannya akan
disemak oleh Timbalan Pengarah dan hasil dapatan daripada penilaian tersebut
akan dibentangkan di dalam mesyuarat akademik setiap suku tahun bertujuan
menyemak keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dan keperluan
pelajar tersebut. Kajian ini telah dijalankan secara kolektif pada sesi November
2015, sesi Julai 2016 dan sesi Mac 2017. Hasil kajian mendapati markah purata
nilai gred kumulatif (CGPA) pelajar semakin meningkat pada setiap sesi.

Instrumen kajian yang digunakan ialah analisis data. Kaedah ini dipilih bagi
melihat kesan daripada pelaksanaan kajian penilaian pelajar terhadap
pensyarah secara atas talian secara lebih komprehensif. Hasil data daripada
unit peperiksaan diambil dan dibandingkan mengikut sesi terpilih iaitu sesi
November 2015, Julai 2016 dan Mac 2017. Sesi-sesi ini dipilih berikutan
implementasi penilaian pelajar kepada pensyarah di atas talian.

31

1. PENGENALAN

Kajian ini melibatkan pelajar dan pensyarah, ianya bertujuan untuk
meningkatkan kualiti Pengajaran & Pembelajaran (P&P) di Kolej Komuniti
Bandar Baharu. Kajian ini merupakan salah satu solusi dan bertepatan
dengan dengan misi “Malaysian Qualification Agency”
Selaras dengan kesan globalisasi dan menuju ke arah Revolusi Industri
4.0, para pendidik perlulah kehadapan di dalam teknologi “ICT”. Ianya
merupakan salah satu langkah untuk mengurangkan bebanan kerja dan
seterusnya meningkatkan kualiti dalam pendidikan.

2. PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini dilakukan untuk mengetahui keberkesanan penilaian pelajar
kepada pensyarah. kajian ini telah dilakukan di Kolej Komuniti Bandar
Baharu, Kedah.

Kajian keberkesanan ini dilakukan untuk melihat keberkesanan
implimentasi penilaian pensyarah oleh pelajar secara atas talian.
Masalah yang sering terjadi di Kolej Komuniti Bandar Baharu adalah
kurangnya pemantauan oleh pegawai atasan sehingga menyebabkan
kualiti pendidikan terpaksa di kompromi. Ia adalah disebabkan oleh
beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan sebagai contoh kekangan
masa.

3. OBJEKTIF KAJIAN

i. Untuk meningkatkan kualiti Pengajaran & Pembelajaran (P&P) di
Kolej Komuniti Bandar Baharu.

ii. Untuk melihat dan menilai keperluan pelajar dalam P&P secara
lebih telus

iii. Untuk menjadikan pelajar sebagai agen pemantau pensyarah

4. KEPENTINGAN KAJIAN

Justifikasi kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan status
keberkesanan implimentasi penilaian pelajar oleh pensyarah secara atas
talian yang dilakukan di Kolej komuniti Bandar Baharu.

32

5. PELAKSANAAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi “google drive” dan
disambungkan dengan aplikasi “whatsapp” sebagai medium
penghantaran. Pelajar kemudiannya boleh mengakses penilaian tersebut
dengan klik link yang diberikan melalaui aplikasi “whatsapp”. Penilaian
oleh pelajar bermula.

Pelajar perlu memenuhi satu bahagian sahaja iaitu bahagian soalan
penilaian. Timbalan Pengarah kemudiannya membuat analisa pada
bahagian kedua iaitu bahagian hasil dapatan maklum balas penilaian
pelajar terhadap pensyarah. Hasil dapatan daripada penilaian tersebut
akan dibentangkan di dalam mesyuarat akademik setiap suku tahun
bertujuan menyemak keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
dan keperluan pelajar tersebut.

Kajian keberkesanan penilaian pelajar kepada pensyarah dibuktikan
dengan membandingkan data yang diambil daripada unit peperiksaan
pada sesi November 2015, Julai 2016 dan Mac 2017.

6. ANALISIS DATA

a. Responden dan Sumber Data

Kajian ini dijalankan terhadap pelajar, pensyarah dan data daripada unit
peperiksaan Kolej Komuniti Bandar Baharu, Kedah

b. Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan ialah analisis data. Kaedah ini dipilih
bagi melihat kesan daripada pelaksanaan kajian penilaian pelajar
terhadap pensyarah secara atas talian secara lebih komprehensif. Hasil
data daripada unit peperiksaan diambil dan dibandingkan mengikut sesi
terpilih iaitu sesi November 2015, Julai 2016 dan Mac 2017. Sesi-sesi ini
dipilih berikutan implementasi penilaian pelajar kepada pensyarah di atas
talian.

33

c. Prosedur Menganalisis Data

Hasil dapatan daripada penilaian tersebut akan dibentangkan di dalam
mesyuarat akademik setiap suku tahun bertujuan menyemak
keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dan keperluan pelajar
tersebut.

Kajian keberkesanan penilaian pelajar kepada pensyarah dibuktikan
dengan membandingkan data yang diambil daripada unit peperiksaan
pada sesi November 2015, Julai 2016 dan Mac 2017.

d. Dapatan Kajian

Semua pelajar Kolej Komuniti Bandar Baharu, Kedah bagi sesi November
2015, Julai 2016 dan Mac 2017 terlibat. Berikut adalah data markah
CGPA yang diperolehi daripada unit peperiksaan Kolej Komuniti Bandar
Baharu mengikut sesi.

i. Sesi November 2015

Sesi Semester Cemerla Kepujia Baik Lulus Gagal Jumlah %% % Baik % Lulus % Gagal
ng n Bersyarat pelajar Cemerlan Kepujian bersyarat
2.00 - 11.1111 44.444444
3.67 - 3.00 - <3.00 1.00 - <1.00 9 7.14286 0 3.5714286
<2.00 28 0 8.6956522
4.00 <3.67 1 23 0 0 18.903842
2 6.08466 0
NOV 2015 1 03 0 04 0 33.333333
42.85714 39.285714
NOV 2015 2 12 11 01 52.17391 26.086957
31.67702 32.902001
NOV 2015 3 12 6 02

Pada sesi November 2015, jadual menunjukkan jumlah peratus keseluruhan
bagi gred cemerlang adalah sebanyak 31.67%, kepujian sebanyak 32.90%,
baik sebanyak 6.08%, lulus bersyarat sebanyak 0% dan gagal sebanyak
18.90%.

34

ii. Sesi Julai 2016

Sesi Semester Cemerlang Kepujian Baik Lulus Gagal Jumlah %% % Baik % Lulus % Gagal
Bersyarat pelajar Cemerlan Kepujian bersyarat
2.00 -
3.67 - 4.00 3.00 - <3.00 1.00 - <2.00 <1.00 30
<3.67 13
0 4
JULAI 2016 1 18 11 0 00 28 60 36.666667 0 0 0
0 00 46.153846 38.461538 0 0 0
JULAI 2016 2 6 5 1 00 0 0
00 0 25 0 0 0
JULAI 2016 3 0 1 42.857143 39.285714 3.571429 0 0
37.252747 34.85348 0.892857
JULAI 2016 4 12 11

Pada sesi Julai 2016, jadual menunjukkan jumlah peratus keseluruhan bagi
gred cemerlang adalah sebanyak 37.25%, kepujian sebanyak 34.85%, baik
sebanyak 0.89%, lulus bersyarat sebanyak 0% dan gagal sebanyak 0%.

iii. Sesi Mac 2017

Sesi Semester Cemerlang Kepujian Baik Lulus Gagal Jumlah % % % Baik % Lulus % Gagal
Bersyarat pelajar Cemerlan Kepujian bersyarat
1 0
MAC 2017 1 10 1 0 1 0 14 71.428571 7.1428571 7.142857 7.14285714 0
4 0 0 13
MAC 2017 2 4 7 0 0 0 33 30.769231 53.846154 0 00
0 14
MAC 2017 3 9 17 18.5 27.272727 51.515152 12.12121 0 0

MAC 2017 4 6 4 42.857143 28.571429 0 00

43.081918 35.268898 4.816017 1.78571429 0

Pada sesi Mac 2017, jadual menunjukkan jumlah peratus keseluruhan bagi
gred cemerlang adalah sebanyak 43.08%, kepujian sebanyak 35.27%, baik
sebanyak 4.82%, lulus bersyarat sebanyak 1.79% dan gagal sebanyak 0%.

35

MARKAH BERDASARKAN PENILAIAN AKADEMIK

50

40 43.08191808

30 31.67701863 37.25274725

PURATA PNM 20 CEMERLANG
GAGAL
10 KEPUJIAN
6.084656085 BAIK

0 0.892857143 4.816017316
1 2 4
PENCAPAIAN PELAJAR

Graf 1: Tren Pencapaian Pelajar bagi Sesi November 2015, Julai 2016 dan
Mac 2017

Graf di atas menunjukkan tren keseluruhan pencapaian pelajar bagi Sesi
November 2015, Julai 2016 dan Mac 2017 semasa implementasi penilaian
pelajar ke atas pensyyarah secara atas talian.

Tren pelajar mendapat gred cemerlang meningkat daripada 31.7% pada Sesi
November 2015 kepada 43.08% pada Sesi Mac 2017.

Manakala tren pelajar mendapat gred kepujian meningkat daripada 32.90%
pada Sesi November 2015 kepada 35.27% pada Sesi Mac 2017.

Peratusan bagi pelajar mendapat gred gagal menunjukkan penurunan dari Sesi
November 2015 iaitu 18.90% kepada 0% pada Sesi Mac 2017.

36

7. KESIMPULAN
Kajian ini menunjukkan bahawa objektif penilaian pelajar kepada
pensyarah secara atas talian tercapai. Ini dapat dibuktikan menerusi
analisis yang dilakukan.
Ia amat jelas, pemantauan oleh pelajar mampu meningkatkan kualiti
P&P sekaligus pensyarah dapat memenuhi keperluan pelajar di Kolej
Komuniti Bandar Baharu, Kedah.
Diharahkan aplikasi ini dapat diguna pakai bukan sahaja di Kolej
Komuniti Bandar Baharu malah boleh diimplementasikan di semua
Kolej Komuniti di Malaysia.

8. RUJUKAN
[1] Siti izwani Binti Zainal Abidin(2012). Koleksi kajian Kolej Komuniti

Sungai Siput; daripada http://ekomuniti.kkss.edu.my/kajian2012.pdf
[2] NoorLailaHusna Mohd Yusof(2012). Problems faced by the residents in

Section 7, Shah Alam, Selangor.
[3] Unit Peperiksaan Kolej Komuniti Bandar Baharu, Kedah

37

WARGA KOLEJ KOMUNITI MENERAJUI PEMBUDAYAAN PROGRAM
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DI MALAYSIA

Oleh : Ts. Mohd Khairul Nizam bin Md Sharib
[email protected]

Kolej Komuniti Bandar Baharu,Kedah

Pengenalan
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah satu elemen penting bagi sesebuah Kolej
Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebagai salah satu institusi latihan awam di
negara ini, kolej komuniti sentiasa seiring dengan objektif penubuhannya sejak tahun
2001. Dunia pendidikan di seluruh dunia mengenali PSH ini dengan “Life-Long Learning”.
Ianya menjadi agenda penting yang difokuskan dalam perbincangan dunia pendidikan
hari ini. Seseorang manusia itu akan menempuh proses-proses pembelajaran yang dilalui
sepanjang kehidupannya. Proses keilmuan itu dikatakan bermula dari seawal manusia
itu ditiup roh dalam kandungan rahim ibunya lagi. Di Malaysia, PSH adalah satu saluran
penerapan ilmu pembelajaran yang dilalui oleh individu yang melalui aliran sistem
pendidikan bermula dari pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, pra universiti,
dan disambung ke peringkat pendidikan tinggi. Ia juga adalah tonggak penting dalam
aspek pembangunan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi setelah
mempunyai asas pendidikan secara formal dalam sistem pendidikan negara.

Melalui satu pandangan, (Hargreaves,.2004; Aspin et al, 2001; Gelpi, E. 1995), dikatakan
PSH itu adalah pembelajaran terbuka yang memberi masyarakat satu kapasiti untuk
belajar dan terus belajar dengan berdasarkan arahan kendiri Negara yang maju juga
terletak kepada tahap penilaian kecemerlangan rakyatnya atau sumber manusianya.

Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD,1996) pula
mendefiniskan ‘Pembelajaran adalah satu proses berterusan, ianya bermula sejak hari
pertama dan berterusan dalam satu perjalanan dalam kehidupan’.Pembelajaran juga
dilalui oleh seseorang itu samada secara formal atau tidak formal. Melalui PSH di Kolej
Komuniti, individu yang belajar sesuatu kemahiran itu dapat membantu dirinya

38

meningkatkan pengetahuan, menambah kemahiran sedia ada dan juga meneruskan
kecintaan kepada sesuatu cabang ilmu. Inilah yang perlu dibudayakan dalam kehidupan
seseorang itu sepanjang hayatnya iaitu mencari ilmu dan mengamalkannya.

Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Dalam Komuniti

Istilah Bahasa Arab dalam mendefinisikan perkataan budaya ialah disebut sebagai ‘urfu’
iaitu suatu tabiat atau sifat yang dilakukan berulang kali oleh sesuatu kumpulan
masyarakat di suatu tempat dan masa. Dalam makna Bahasa Melayu ia adalah satu cara
hidup manusia. Ia adalah merupakan proses-proses perkembangan sahsiah, akal,
semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok (Suhaida bt Borhan dan
Junaidah bt Muhamad, 2014). Melalui makna perkataan budaya itu sendiri menunjukkan
bahawasanya sesuatu itu dilakukan secara konsisten berulangan dari semasa ke semasa
terhadap perkara yang sama. Begitulah juga dengan penerapan pembelajaran sepanjang
hayat (PSH) ini dalam kehidupan rakyat Malaysia, ia perlu dijadikan rutin berterusan
dalam kehidupan yang dilalui.

Direktori Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2012/2013 telah
memberikan pengenalan PSH ini terdiri daripada 4 kluster. 3 kluster sahaja yang
dilaksanakan dan ditawarkan kepada orang awam di Malaysia. Berikut adalah kluster
yang terlibat untuk pembelajaran sepanjang hayat ini :

i. Kluster 1 : Program pengajian separa masa (peringkat Sijil, Diploma, Ijazah dan
Ijazah Lanjutan termasuk e-learning).

ii. Kluster 2 : Program pengajian teknikal dan kemahiran dengan tempoh masa
pengajian tidak melebihi dari 6 bulan.

iii. Kluster 3 : Program pengajian berbentuk peningkatan ilmu dan kemahiran bagi
tujuan pembangunan diri.

39

Di Malaysia pelaksanaan pembelajaran sepanjang hayat ini ditawarkan oleh 15
kementerian dan pelbagai agensi di bawah setiap kementerian akan bertindak sebagai
penggerak utama PSH. Dengan tagline PSH nasional iaitu Pembelajaran Menyinari
Kehidupan (Learning Enriches Life), adalah menjadi satu gambaran terbaik semua
agensi di bawah 15 kementerian ini berusaha gigih menjadikan PSH menjadi pelengkap
hidup rakyat Malaysia. Nilai pembelajaran yang dilalui oleh seseorang itu amat berharga
dengan ilmu dan kemahiran yang diperolehi dapat membantu ke arah peningkatan taraf
hidup sedia ada. Logo My3L adalah singkatan kepada Malaysia’s Life Long Learning juga
adalah menunjukkan seriusnya kerajaan Malaysia dalam membawa agenda PSH ini
menjadi satu budaya dan amalan kehidupan semua lapisan komuniti Malaysia.

Kebanyakan program-program PSH yang ditawarkan melalui agensi dan kementerian
tersebut menawarkan yuran pengajian yang minima serendah RM5 sehingga RM20.
Dengan bekalan tenaga pengajar yang berkemahiran dalam bidang masing-masing,
peserta dapat mempelajari satu kemahiran bagi tempoh 5 sehingga 20 jam berkursus.
Pendekatan yang dilaksanakan di Kolej Komuniti melalui kursus-kursus pendek dalam
PSH ini memberikan banyak impak yang positif kepada masyarakat yang menyertainya.

Di kolej komuniti terutamanya, perlaksanaan PSH ini diwajibkan kepada semua kolej
tidak kira baru ditubuhkan atau sudah lama beroperasi. Pelbagai mekanisme yang
dilaksanakan oleh para pensyarah dan pentadbir kolej komuniti untuk menggerakkan
aktiviti serta program PSH ini. Ia pasti boleh dijalankan walaupun, hanya 2-3 orang
pensyarah yang ada dalam sesebuah kolej. Ini adalah suatu kehebatan kolej komuniti
yang dibarisi oleh para pensyarah, kakitangan dan pengurusannya yang benar-benar
komited dalam apa jua program. Budaya perlaksanaan kursus pendek atau aktiviti PSH
itu sendiri perlu bermulanya di kalangan kakitangan sesebuah organisasi itu sendiri.
Barulah ia akan segar menular kepada kumpulan sasaran yang akan difokuskan.

Seluruh warga kolej komuniti bermula dari peringkat pengawal keselamatan, staf
kebersihan, pembantu tadbir perkeranian, pekerja sambilan harian, pensyarah sehingga
ke peringkat pengarah sama-sama membulatkan tekad dengan penerapan PSH ini. Bak
kata pepatah, “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”. Bila mana
semua pihak dalam sesebuah organisasi itu cenderung dengan kesungguhan untuk

40

melaksanakan dan memberikan komitmen dalam aktivti PSH, secara tidak langsung ia
memberikan tempias kepada komuniti setempat yang ada. Setiap individu dalam
organisasi sama-sama mempromosikan aktivti PSH yang ditawarkan, ia menjadi bualan
mulut ke mulut daripada organisasi kecil kepada yang lebih luas dalam masyarakat yang
besar.
Melalui pembelajaran sepanjang hayat ini, berlakunya pendemokrasian pendidikan yang
secara tidak langsung dapat menjadikan pendidikan itu sebagai batu loncatan kepada
seseorang itu meningkatkan upaya dan kemampuan dirinya dalam kehidupan harian.
Contohnya, bila sesorang peserta itu daripada kursus penghasilan mee kuning berjaya
membuka satu gerai perniagaan mee kuning hasil usahanya sendiri (gambar 1 dan 2 ).
Ini tandanya budaya PSH itu telah menular dalam diri peserta berkenaan.

Gambar 1 : Kedai Mee Kuning Barakah & Roti (bekas peserta kursus pendek Kolej
Komuniti Bandar Baharu)

41

Gambar 2 : Mee Kuning Barakah yang dihasilkan sedia untuk dipasarkan.

Inilah juga membuktikan dengan sokongan warga kolej komuniti yang ada, peserta
kursus ini mampu berbangga dengan hasil produk keluarannya yang sendiri standing
jenama produk sedia ada di pasaran tempatan. Logo kolej komuniti yang ada di kedai
beliau juga memainkan peranan secara tidak langsung dalam agenda mempromosikan
kolej komuniti KPM di kalangan masyarakat di luar bandar. Justeru, impak yang sebegini
baik perlu diperluaskan kepada hasilan produk-produk lain yang mampu diterjemahkan
melalui kursus-kursus kemahiran PSH di seluruh kolej komuniti Malaysia.

Dalam konteks global pada hari ini, pendidikan sepanjang hayat ini merangkumi makna
yang sangat luas dan mencakupi segenap ruang dan peluang dalam pendidikan semasa.
Seseorang itu bebas itu mempelajari apa sahaja yang diminatinya. Tambahan pula,
dengan era teknologi digital yang ada kini. Pembelajaran itu dapat dilaksanakan atau
diikuti sekalipun individu itu berada jauh daripada gurunya. Tanpa guru sekalipun dia
dapat mempelajari sesuatu kemahiran itu dengan pantas, semudah satu butang klik atau
touch screen di ipad, tab dan smart phone. Kini, pelbagai kemahiran dapat diperolehi
dengan mudah melalui paparan social media, Youtube, blog, dan lain-lain aplikasi yang
boleh dimuat turun pantas di gajet yang ada. Video-video pendek mengenai kemahiran
memasak, bertukang, solekan, membaiki, dan segala macam berkenaan kehidupan
harian ada dimasukkan di laman-laman sesawang setiap hari. Inilah yang 14 tahun

42

dahulu sering kita dengari apa yang dikatakan pembelajaran abad ke-21 ! Suatu ketika
dahulu ketika era 90-an kita terdedah dengan satu kaedah pembelajaran melalui pos.
Semua nota, soalan peperiksaan akan dibekalkan kepada pelajar melalui kaedah pos ke
peti surat rumah masing-masing. Pelajar akan menjawab soalan dan diposkan semula
jawapan untuk disemak oleh gurunya. Setelah itu, wujud pula Pengajian Jarak Jauh (PJJ)
atau e-learning. Semuanya berlaku di atas talian dan di alam maya kelasnya. Inilah
pendidikan sepanjang hayat yang sentiasa terbuka aksesnya dari dahulu sehingga di
masa akan datang.

Melalui proses PSH ini, peserta juga tidak terikat dengan jadual yang tetap kerana waktu
belajarnya lebih fleksibel dan kurikulum yang tidak menekankan aspek penilaian melalui
kompetensi formal seperti program sepenuh masa. Budaya menuntut ilmu adalah satu
proses yang wajib ada kepada semua individu tidak kira latar belakang hidup yang
dilaluinya, tidak mengambil syarat beza warna kulit mahupun tua atau muda. Masyarakat
dunia semenjak zaman batu lagi sudah mengenali apa itu pembelajaran sepanjang hayat.
Kita didedahkan dengan kewujudan zaman pra-sejarah iaitu zaman Poleolitik, Neolitik,
Mesolitik dan zaman logam. Kehidupan ketika itu secara nomad, penempatan di dalam
gua, tepi sungai dan sebagainya. Hidupnya mereka dengan bercucuk tanam, memburu
binatang, berdagang bertukar barang, semua ini perlu juga ada prosesnya secara
pendidikan tidak formal. Begitu juga pendidikan tidak formal berlaku di setiap zaman dan
sentiasa ada penambahbaikan yang menjadikan pendidikan itu bertukar menjadi formal.

Apa yang berlaku dalam PSH yang ditawarkan di kolej-kolej komuniti seluruh Malaysia
juga terbit daripada pendidikan tidak formal. Contohnya, jika dahulu kita belajar
mengadun dan mengayak tepung menggunakan kaedah tradisional bersama atuk di
kampung, kini mudah ke kolej komuniti belajar bersama chef pula. Sijil penyertaan juga
diperolehi di samping kemahiran dan menu dipelajari. Segala proses mengumpul
maklumat, perkongsian ilmu kemahiran, pengamalan kemahiran juga berlaku setelah
peserta menjalani kursus-kursus yang ditawarkan.

43

Isu, Cabaran dan Strategi Dalam Pembudayaan PSH

Dunia pendidikan hari ini juga berhadapan dengan pelbagai situasi isu dan cabaran
terutamanya dalam dunia hari ini. Tidak dikatakan masalah itu tidak wujud di zaman
sebelum ini, malah ia juga mungkin permasalahan yang sama berulang dalam situasi
mengikut peredaran zaman yang dilalui. Pendidikan seumur hidup ini telah lama
dipraktikan secara meluas di Negara-negara Eropah contohnya di Amerika Syarikat,
Jerman, Australia, Perancis dan sebagainya. Malaysia antara negara yang boleh
dikategorikan masih baru untuk memperluaskan bidang ini dalam masyarakat yang ada.

Namun tidak dinafikan bahawa, timbul juga beberapa isu yang memberikan cabaran
kepada perjalanan perlaksanaan PSH kepada komuniti setempat. Merujuk kepada kertas
kerja utama (keynote paper) yang bertajuk “Kolej Komuniti Sebagai Hub Pembelajaran
Sepanjang Hayat Suatu Tinjauan Memperkasakan Jabatan Pembelajaran Sepanjang
Hayat Di Kolej Komuniti tulisan Tuan Jahabar Jainul Abideen bin Shahul Hameed (Kolej
Komuniti Pasir Gudang), dalam Seminar Pengajian Kolej Komuniti Peringkat
Kebangsaan 2011. Dalam pembentangan kertas kerja ini, beliau telah menyenaraikan 3
persoalan kajian yang menjawab beberapa isu dalaman pengurusan sesebuah kolej
komuniti untuk melancarkan perlaksanaan PSH. Ia boleh dirangkumkan semua isu
dalaman adalah seperti berikut :

 Sumber manusia yang terhad – berkaitan dengan perjawatan pensyarah bidang
PSH.

 Ketidakseragaman modul kursus pendek yang digunakan setiap kolej.
 Rekod dokumentasi yang tidak tersusun oleh pensyarah.
 Komitmen dan kerjasama semua pensyarah daripada Jabatan-jabatan dan unit

yang ada dalam kolej.
 Pengiktirafan kepada pensyarah dalam perlaksanaan aktiviti PSH.
Jika kita melihat kepada persoalan yang timbul, dalam kertas-kertas kajian penulisan
berkaitan PSH di Kolej Komuniti, dapat dikesan isu yang sama berlaku di setiap kolej
komuniti. Jika melihat kepada sesebuah kolej yang kecil yang lama mahupun baharu,
sumber manusia memainkan satu peranan yang amat penting bagi menggerakkan aktiviti
akademik kolej terutamanya PSH ini. Kecekapan penggunaan sumber manusia dengan

44

tenaga yang terhad memberikan satu cabaran tinggi kepada sesebuah organisasi. Kolej
yang mempunyai tenaga pensyarah seramai 15 orang tidak semestinya tidak setanding
dengan kolej yang mempunyai tenaga 50 orang. Kebijaksanaan pentadbir iaitu pihak
pengurusan yang terdiri daripada Pengarah, Ketua Jabatan dan Ketua Program dalam
menguruskan sumber manusia yang ada memainkan peranan yang penting. Pihak
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) juga sedia maklum berkenaan isu perjawatan
ini.

Menyentuh kepada modul kursus pendek yang tidak seragam pula, beberapa langkah
pantas juga telah dibuat oleh pihak JPKK. Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat di JPKK
telah mengadakan Bengkel Pembinaan Modul PSH sekitar bulan November 2014 yang
lalu. Inisiatif ini dilaksanakan untuk mendapatkan satu modul yang seragam kepada
beberapa kursus pendek yang mendapat rating tinggi dalam komuniti setempat. Modul
yang sedia ada dalam sistem Sijil Kolej Komuniti (SKK) boleh digunapakai dalam
menjalankan kursus-kursus pendek kepada orang awam. Bagi penambahbaikan
dokumentasi juga pihak JPKK telah mengedarkan Buku Panduan Pelaksanaan Program
Pembelajaran Sepanjang Hayat – Edisi 2014 yang telah diedarkan ke seluruh Kolej
Komuniti. Selain itu, Bengkel Pembinaan Fail Rekod Pensyarah (FRP) PSH juga telah
berjaya dilaksanakan pada tahun 2014 bagi memurnikan lagi FRP PSH yang sedia ada.
Ini semua langkah-langkah bagi memastikan pensyarah yang terlibat dengan PSH dapat
menjalankan aktiviti kursus pendek secara lebih konsisten dan sistematik.

Bagi memastikan semua pensyarah yang ada terlibat dengan aktiviti PSH, setiap kolej
juga ada menetapkan ‘Key Performance Indicator’ (KPI) bagi setiap pensyarah.
Contohnya ada kolej yang meletakkan sasaran peserta kursus pendek seramai 100
orang dalam setahun kepada seorang pensyarah. Ini juga boleh menggalakkan para
pensyarah terus iltizam untuk berusaha gigih mendapatkan peserta kursus bagi
memenuhi keperluan KPI yang bakal dinilai dalam Penilaian Prestasi Tahunan masing-
masing.

Dalam mengiktiraf keterlibatan pensyarah dalam menjalankan aktiviti serta program
berunsur PSH ini, ada cadangan supaya diadakan Anugerah PSH seperti mana
Anugerah Hal Ehwal Pelajar (HEP). Sebagai langkah penghargaan kepada pensyarah

45

yang aktif menjalankan kursus, ada kolej yang memberikan hadiah berupa Hamper, sijil,
dan sebagainya.

Segala isu yang melibatkan pengurusan dalaman perlu segera diselesaikan atau
diminimakan untuk memastikan arus PSH di kolej komuniti sentiasa segar. Semua pihak
yang ada dalam pengurusan, pentadbiran dan pelaksanaan di mana-mana peringkat
organisasi perlu sentiasa berkomunikasi bagi mengatasi kelompongan yang ada.

Selain itu, cabaran juga timbul dengan persaingan pesat seiring perkembangan teknologi
yang ada di sekeliling kita. Lihat sahaja kini, semua masyarakat terdedah dengan
pantasnya teknologi komunikasi berkembang. Semua maklumat dapat diakses di mana-
mana berada tanpa wayar. Perluasan maklumat berkenaan kursus-kursus yang
ditawarkan juga perlu disebarluaskan menggunakan segala macam aplikasi perisian
yang ada. Tentunya ada yang bersangka, generasi Y sahaja yang suka akan promosi
melalui media-media elektronik ini. Tidak lagi hanya generasi muda mudi sahaja yang
suka akan media umpama ini. Pak tani di Felda Ijok juga aksesnya lebih pantas daripada
kita di bandar. Semuanya boleh mengakses data di mana berada dengan beberapa
kemudahan internet pra-bayar yang banyak disediakan oleh syarikat-syarikat
telekomunikasi dalam negara kita. Cabarannya lebih luas kerana, segala maklumat dapat
dicapai mudah melalui internet, masyarakat juga ada yang kurang berminat untuk
berkorban masa, wang dan tenaga untuk datang belajar di kolej komuniti. Mereka
tentunya akan mudah melihat di skrin gajet masing-masing, bagaimana hendak membuat
kek Red Velvet sendiri di rumah. Inilah cabaran teknologi terkini yang perlu difikirkan oleh
warga kolej untuk merancakkan lagi penglibatan orang awam dalam PSH di Malaysia.

Tidak dinafikan semua kolej mempunyai laman web dan media Facebook sebagai satu
medium untuk mempromosikan kegiatan serta maklumat berkaitan kolej. Namun, strategi
untuk memaksimakan perluasan maklumat di alam maya ini perlu diberikan penekanan.
Contohnya bagaimana rekabentuk sesebuah iklan promosi kursus itu menarik untuk
dilihat oleh pembaca dan pelayar media sosial. Adakah warna, jenis dan saiz huruf
memainkan peranan utama sebagai daya penarik? Grafik-grafik dan gambar-gambar
yang bersesuaian dengan kursus yang ditawarkan? Bahasa yang digunakan dalam
memaparkan satu-satu iklan juga memainkan peranan kepada mempengaruhi

46

pembacanya. Penggunaan ayat-ayat serta kata-kata berbentuk ‘boombastik’ dapat
meningkatkan trending pembaca yang terus akan Like serta Share iklan tersebut dalam
akaun mereka. Tidak semudah iklan ABC, iklan yang dipaparkan juga perlu diletakkan
tanda ‘#’ (hashtag) atau tagline kepada jaringan yang ada bagi meluaskan iklan.
Penggunaan hashtag ini membolehkan sesuatu perkara itu mendapat carian semula
sesuatu perkataan itu dalam kelompok yang sama apabila pengguna mencarinya di
internet.
Selain di Facebook, penggunaan hashtag ini juga selalu digunakan di Tweeter atau
Instagram. Media promosi setiap kolej perlu sentiasa peka dengan perkembangan
teknologi yang ada dan sentiasa seiring dengan kepantasan maklumat di hujung jari.
Idea-idea baru dari media social yang ada perlu diambil manfaatnya dengan baik untuk
menggunakan ia bagi tujuan promosi aktiviti PSH anjuran setiap kolej. Dalam carian di
Google, terdapat 40 laman media sosial yang paling tinggi aksesnya di seluruh dunia.

Gambar 3 : Antara aplikasi media sosial yang ada di media internet.
Sumber : http://www.forbes.com/sites/insider/2014/11/10/social-media-for-attorneys-
good-business-or-ethical-minefield/

47


Click to View FlipBook Version