The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AIRISH NUR QASRINA BINTI ABDULLAH HUSAIRI Moe, 2023-09-08 06:33:15

TOKOH KEMERDEKAAN

TOKOH KEMERDEKAAN

TOKOH KEMERDEKAAN SANDRA HARO Nama: Airish Nur Qasrina binti Abdullah Husairi Kelas: 6 Emerald


ISI KANDUNGAN Pengenalan - M/S 3 Kehidupan peribadi- M/S 4-5 Sumbangan- M/s 6-7 Kerjaya- m/s 8-9 Penghargaan- m/s 10 1. 2. 3. 4. 5.


Pengenalan Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein ialah seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia kedua dari September 1970 hingga kematiannya pada Januari 1976. Beliau juga dikenali sebagai Bapa Pembangunan.


Kehidupan peribadi Beliau dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang serta merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Awang Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah binti Daud.Beliau juga merupakan keturunan bangsawan berbangsa Bugis yang menjadi ketua-ketua bagi suku kaum di Pahang. Bapanya, Dato' Hussein pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Bentong. Beliau diberi gelaran Orang Kaya Indera Syahbandar dan Orang Kaya Berempat Pahang.


Gelaran ini diwarisi oleh Tun Abdul Razak kemudiannya yang turut pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Anak sulungnya, Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam setelah menggantikan Tun Abdullah bin Ahmad Badawi pada tahun 2009. Anak-anaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir.


Sumbangan Sebaik sahaja kemerdekaan disambut, Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Di Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman-Tun Abdul Razak merupakan gandingan yang serasi dalam sejarah politik negara ini sepertimana Sukarno-Hatta di Indonesia. Semasa sambutan kemerdekaan, Tun Abdul Razak selaku Pengerusi Jawatankuasa Pusat Merdeka peringkat negara turut tidak ketinggalan menjemput wakil kerajaan Indonesia untuk hadir dalam majlis meraikan hari bersejarah tersebut di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan Tanah Melayu itu disambut baik oleh Indonesia yang telah pun bebas dari penjajahan sejak 1945 lagi.


Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia yang datang ke Kuala Lumpur untuk merayakan kemerdekaan Tanah Melayu menyatakan, "kebebasan Tanah Melayu akan membuka satu babak baru dalam hubungan Tanah Melayu-Indonesia". Indonesia juga menegaskan bahawa sokongan akan diberikan kepada Malaysia untuk masuk ke PBB. Tun Abdul Razak juga mengalu-alukan kerjasama itu sama ada dalam bidang sosial, kebudayaan dan ekonomi yang dibentuk melalui persetujuan dan pertukaran lawatan pemimpin kedua-dua negara.


Kerjaya Selepas kepulangannya, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat dalam bidang politik. Disebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Dua tahun kemudian, beliau berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pahang dan kemudian, pada Februari 1955, beliau menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur hanya 33 tahun. Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1955, beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Beliau juga menyertai misi Februari 1956 yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada pihak British dang portfolio Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Kementerian Pertahanan Menteri. Pencapaian-pencapaiannya yang utama termasuk perumusan dasar pembangunan yang dikenali sebagai "Buku Merah".


Beliau mengisytiharkan Keadaan Darurat selepas kejadian berdarah 13 Mei 1969 dan beliau memerintah melalui dekri sehingga 1970. Pada 22 September 1970, beliau mewarisi Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau menjadi terkenal terutamanya selepas pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. Beliau dan "generasi kedua" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk mengendalikan ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman. DEB menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu menghapuskan kemiskinan dan menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi antara kaum.


PENGHARGAAN Saya, Airish Nur Qasrina binti Abdullah Husairi ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru subjek sejarah saya, Cik Usha kerana tidak jemu untuk mendidik saya dan rakan-rakan yang lain Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa saya yang banyak membantu saya untuk menghasilkan buku skrap ini Akhir kata, semoga tugasan ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan tentang subjek sejarah.


~TERIMA KASIH~


Click to View FlipBook Version