Bab 14 Pengurusan Alam Pembelajaran
Persediaan membolehkan seseorang guru menangani sebarang situasi yang mungkin timbul
sepanjang proses pengajaran. Persediaan diperlukan sebelum memasuki alam pengajian.
Persediaan termasuk mengenal pasti matlamat pengajaran dan pembelajaran, membuat
rancangan pengajaran, dan memilih strategi pengajaran.Menurut Haji Samsudin bin Md
Noor, pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari
semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan. Manakala menurut Lee Shok Mee (1993),
alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat
belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif.
Sebelum memulakan proses pembelajaran, guru hendaklah mengenal pasti terlebih dahulu
objektif pengajaran dan pembelajaran.Kita semua tahu bahawa pengajar lebih mengetahui
kesalahan dan bakat murid mereka di dalam bilik darjah. Matlamat ini mesti dimaklumkan
kepada pelajar agar mereka bersedia dan mengubah pengetahuan, kebolehan, dan tingkah
laku mereka selepas pembelajaran selesai.Oleh itu,guru boleh berjaya mengajar dan dapat
mencapai objektif yang sepatutnya dicapai. Ia juga membolehkan guru menilai kemajuan
pelajar berdasarkan pemahaman mereka tentang hasil pembelajaran. Jelas sekali,
mewujudkan matlamat ini adalah penting untuk pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.
Seterusnya, seorang guru hendaklah menyediakan rancangan pengajaran untuk sekolah.
Persediaan ini penting untuk semua pengajar, termasuklah guru yang berpengalaman,
cemerlang mahupun pakar.Hal ini dikatakan demikian kerana tanpa rancangan mengajar,
seseorang guru tidak akan dapat mengikuti objektif yang ditetapkan dan tidak akan dapat
menjayakan pembelajaran dan pengajaran dengan betul. Objektif dan bahan hendaklah
disusun mengikut keutamaan dan kefahaman pelajar, seperti daripada mudah kepada sukar,
daripada diketahui kepada tidak diketahui. Setiap kemajuan pelajar harus diikuti dengan
aktiviti pelajar yang dirancang dan kemudian inventif pengajar secara spontan. Strategi
pengajaran yang baik memastikan pencapaian pelajar.
Selain itu, mengkaji dengan pelbagai pendekatan pengajaran adalah satu hal yang wajar
untuk pengajaran. Ini berkaitan dengan cara guru melibatkan murid di dalam bilik darjah
supaya mereka kekal terlibat dan memahami apa yang diajar. Guru harus menggunakan
pelbagai strategi yang sesuai dengan tahap bahan dan pelajar. Dalam hal ini, guru mesti
belajar banyak cara untuk mengajar dengan berkesan. Seorang guru mesti sentiasa
menyesuaikan teknik mereka dengan keberkesanan kaedah yang diunjurkan. Seorang guru
yang ingin menambah baik pengajaran bilik darjahnya harus menyelidik strategi pengajaran
yang berjaya. Kajian saintifik perlu dijalankan untuk menilai prosedur yang digunakan.
Kesimpulannya, semua guru harus sentiasa bersedia dalam menguruskan persekitaran
pembelajaran. Guru merupakan tulang belakang negara untuk membangunkan masyarakat
yang berkualiti dan seimbang dari segi pelbagai dimensi termasuk jasmani, rohani, emosi dan
interlek. Hala tuju mungkin tidak akan tercapai tanpa persiapan yang lemah.
Lee Shok Mee (1993). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Haji Samsudin bin Md Noor, http://www.google.com.my
Nota KPS3014. https://notakpsupsi.wordpress.com/2018/12/27/nota-kps-bab-14/