51 TANGGUNGJAWAB & PERANAN PELAJAR PERATURAN PELAJAR PERALATAN KESELAMATAN DIRI / HARTA BENDA SEMASA KEBAKARAN 1. Bila anda mendengar isyarat berlaku kebakaran/terhidu bau asap, perkara pertama yang mesti dilakukan ialah menyelamatkan nyawa anda dan rakan anda. 2. Segera beri amaran kepada rakan asrama. Menjerit sekuat mungkin perkataan “Api...Api...Api...”. Sila hubungi bomba yang berhampiran. 3. Selamatkan barang-barang berharga kepunyaan anda seperti kad pengenalan, sijil-sijil penting, buku-buku dan wang jika anda berupaya membawanya dengan mudah. Jika kebakaran sudah marak lupakan barang-barang tadi dan anda perlu selamatkan nyawa anda dahulu. 4. Jika anda mengetahui ada rakan anda tidak berupaya untuk bergerak keluar dari kolej disebabkan pengsan, cedera atau sebagainya, bantulah beramai-ramai dengan membawanya keluar. 5. Keluar dari asrama secepat mungkin melalui pintu yang berhampiran dengan anda. 6. Bergeraklah dengan pantas tetapi teratur meninggalkan asrama menuju ke tempat yang ditetapkan (Assembly Point). KESELAMATAN WANG DI ASRAMA 1. Wang Tunai : Pelajar tidak dibenarkan menyimpan sendiri wang tunai melebihi RM20.00 Wang tunai yang berlebihan mesti disimpan dalam bank koperasi atau kepada penasihat homeroom/guru asrama 2. Kad ATM Semua Kad ATM/Kad Kredit mesti disimpan di tempat yang selamat. Jangan simpan nombor PIN bersamasama dengan kad ATM/kad kredit. Pelajar digalakkan menyimpan kad ATM/kad kredit kepada guru penasihat homeroom / guru asrama. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk melaporkan kehilangan kad ATM dengan segera. KESELAMATAN UMUM • Penggunaan lingkaran ubat nyamuk, pelita dan lilin TIDAK dibenarkan. • Setiap penghuni asrama seharusnya tahu menggunakan alat pemadam api semasa kebakaran berlaku. • Jika berlaku kecemasan sila maklumkan kepada warden/ketua warden/ pengawal keselamatan dengan segera. • Kemudahan ‘first aid’ boleh didapati daripada warden/Bilik rawatan/pejabat warden/ketua warden/pondok pengawal. • Pelajar yang sakit dibenarkan tinggal di bilik sakit (waktu pejabat) sehingga disahkan sembuh oleh doktor. • Pelajar tidak dibenarkan menaiki kenderaan atau menumpang atau keluar bersama orang yang tidak dikenali untuk ke mana-mana destinasi semasa outing/pulang bermalam.
52 TANGGUNGJAWAB & PERANAN PELAJAR PERATURAN PELAJAR PERATURAN DI BILIK SAKIT. • Pelajar yang sakit dan telah mendapat rawatan hendaklah melaporkan diri kepada guru asrama bertugas dengan menunjukkan surat kenyataan sakit. Sekiranya pelajar tidak berdaya, pelajar perlu mendapatkan bantuan daripada kawan-kawan untuk melaporkan kepada pegawai yang berkenaan (Pegawai Tadbir Asrama). • Pelajar yang sakit tidak dibenarkan berada di asrama pada waktu-waktu persekolahan. • Pelajar yang hendak keluar dari bilik sakit ini wajib memberitahu pada pegawai yang berkenaan (Pegawai Tadbir Asrama) atau guru asrama bertugas. • Kebersihan dan kekemasan bilik ini hendaklah sentiasa di jaga. • Jangka masa tinggal di Bilik Sakit tertakluk kepada keperluan dan jenis penyakit. • Penyakit berjangkit: Pelajar berkenaan dibenarkan pulang ke rumah setelah mendapat pengesahan doktor dan kebenaran dari Pengetua / Timbalan Pengetua / Ketua Guru Asrama. Pelajar berkenaan dibenarkan tinggal di bilik sakit sehingga dia disahkan sembuh.
53 TANGGUNGJAWAB & PERANAN PELAJAR PERATURAN & TATATERTIB DI ASRAMA PERATURAN AM 1. Pada hari persekolahan, semua pelajar hendaklah berkumpul untuk ‘Morning Call’ di asrama masing-masing selewat-lewatnya pada pukul 6.30 pagi 2. Pelajar tidak dibenarkan pulang ke asrama pada waktu akademik termasuk waktu rehat. 3. Pelajar hendaklah menyusun dan mengemaskan bilik dan tempat tidur sebelum keluar ke kawasan akademik pada setiap masa. 4. Susunan alat kelengkapan seperti katil, tilam, almari, dan alatan lain tidak boleh diubah tanpa kebenaran Ketua Guru Asrama / Pegawai Tadbir Asrama/Timbalan Pengetua /Pengetua. 5. Para pelajar hendaklah bekerjasama menjaga kebersihan tempat tidur,bilik, surau dan kawasan persekitaran asrama. Sampah sarap hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. 6. Para pelajar dilarang sama sekali membawa balik ke asrama sebarang makanan atau peralatan dapur. Hanya makanan kering sahaja dibenarkan di bawa balik ke asrama. 7. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menyimpan atau memiliki barang-barang yang berbahaya seperti pisau, cangkul, racun, asid dan sebagainya di asrama. Barang berharga seperti emas permata juga tidak dibenarkan. 8. Pelajar-pelajar dilarang keras memiliki/menyimpan rokok dan vape atau merokok . Pelajar juga diharamkan memiliki / menyalahgunakan dadah serta menyimpan minuman keras di dalam asrama atau persekitaran asrama. 9. Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa menghormati pekerja-pekerja di asrama dan tidak boleh dengan cara apa sekalipun menghalang tugas mereka. 10. Sebarang bahan-bahan lucah secara media cetak dan media eloktronik diharamkan dibawa ke asrama. 11. Pelajar tidak dibenarkan membuat bising yang keterlaluan di dalam asrama Maktab. 12. Semua ketua blok keluar lewat untuk memastikan suis lampu bilik asrama ditutup. 13. Pelajar mesti keluar dari kawasan asrama semasa prep petang dan malam. 14. Para pelajar yang sakit/demam tidak dibenarkan berada di bilik/asrama semasa para pelajar lain menjalankan aktiviti formal. 15. Semasa cuti semester/tamat pengajian, semua almari dan bilik di asrama hendaklah dikosongkan. 16. Sumber tenaga seperti elektrik dan air hendaklah sentiasa ditutup selepas digunakan. Jimatkan penggunaan sumber di asrama. 17. Semua penghuni asrama mesti berada di asrama masing-masing pada atau sebelum pukul 10.30 malam. Waktu ‘light off’ adalah pada pukul 11.00 malam sehingga 4.00 pagi. 18. Semua pelajar hendaklah tidur di katil masing-masing. 19. Pelajar yang ingin mengulangkaji pelajaran selepas pukul 11.45 malam boleh menggunakan bilik utiliti mengikut saf masingmasing. 20. Pelajar dilarang mengadakan aktiviti di asrama sebelum mendapat kebenaran daripada Pengetua/Timb. Pengetua/Ketua Guru Asrama.
54 TANGGUNGJAWAB & PERANAN PELAJAR PERATURAN & TATATERTIB DI ASRAMA DI BILIK TIDUR / KEBERSIHAN DI ASRAMA 1. Bilik mestilah sentiasa kemas dan sentiasa bersih. 2. Kad Asrama (locker tag) mestilah dilekatkan di bahagian luar almari. 3. Barang-barang di atas meja belajar mestilah disusun dengan kemas. 4. Sampah hendaklah dimasukkan ke dalam bakul sampah. 5. Cadar dan sarung bantal hendaklah sentiasa dipasang. 6. Selimut hendaklah dilipat dan diletakkan dihujung katil. 7. Pakaian yang kering hendaklah dilipat dengan kemas dan disimpan di dalam almari. 8. Pakaian yang basah hendaklah disidai di ampaian yang disediakan di luar asrama. 9. Paip-paip air hendaklah sentiasa ditutup selepas digunakan. 10. Dilarang meletakkan buku di tingkap-tingkap asrama pada sebarang waktu. 11. Kasut, kasut sukan, sandal atau selipar hendaklah disimpan dan disusun di tempat khas yang disediakan. 12. Selipar Jepun hanya dibenarkan dipakai di bilik air asrama sahaja. 13. Pakaian yang disidai di ampaian mestilah diangkat setelah kering. 14. Pakaian yang jatuh hendaklah diambil segera. Jika tidak, pakaian akan diambil oleh pihak pengurusan asrama. 15. Makanan yang berbau tidak dibenarkan di simpan di dalam bilik. 16. Syarat pakaian di asrama merujuk kepada kod pakaian. 17. Sebarang kerosakan peralatan bilik asrama adalah tanggungjawab penghuni bilik. 18. Pemeriksaan asrama akan dijalankan pada setiap hari pada jam 7.00 pagi. PERATURAN LAMPU PADAM 1. Lampu mesti dipadamkan pada pukul 11.00 malam. 2. Pelajar tidak boleh berjalan-jalan, berbual-bual/ keluar asrama selepas lampu padam. PERATURAN MAKAN DI CAFE 1. Tidak dibenarkan makan, membeli, menempah pada waktu persekolahan kecuali waktu rehat pelajar. 2. Tidak dibenarkan makan, membeli, menempah pada waktu prep. 3. Tidak dibenarkan mengubah kedudukan kerusi meja di cafe. 4. Pelajar dilarang membawa atau makan makanan basah ke asrama, kelas dan kawasan akademik. 5. Pelajar dilarang melepak di cafe selepas pukul 10.00 malam.
55 TANGGUNGJAWAB & PERANAN PELAJAR PERATURAN & TATATERTIB DI ASRAMA PERATURAN DI DEWAN SELERA 1. Beratur semasa mengambil makanan. Dilarang potong-memotong. 2. Sentiasa menjaga kebersihan Dewan Makan. Sisa-sisa makanan hendaklah dibuang di tempat yang disediakan. 3. Sistem ‘booking’ tidak dibenarkan. 4. Kerusi hendaklah disusun semula selepas digunakan. 5. Sentiasa mematuhi peraturan makan di dewan makan yang dikeluarkan oleh maktab dan pihak pengurusan dewan makan dari semasa ke semasa. 6. Pakaian di dewan makan mestilah mengikut seperti yang ditetapkan dalam peraturan makan malam. 7. Pelajar-pelajar dilarang membawa barang-barang/alat-alat dewan dan makanan keluar dari dewan makan. 8. Tidak dibenarkan masuk ke dapur atau kaunter agihan makanan. 9. Buku-buku dan peralatan lain hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan. 10. Makan Malam - Pelajar hendaklah berpakaian bersih untuk makan malam. Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian yang kotor kerana peluh, lumpur atau sebagainya semasa makan. (Melanggar Peraturan Di Atas kesalahan Kategori Sederhana). PERATURAN PENGGUNAAN SURAU & AKTIVITI KEAGAMAAN 1. Semua pelajar Islam wajib menunaikan solat fardhu secara berjemaah di surau pada setiap waktu. 2. Semua pelajar Islam diwajibkan menghadiri ceramah agama yang dianjurkan / dirancang / oleh pihak maktab. 3. Pelajar bukan Islam mestilah menghormati waktu pelajar Islam sedang menunaikan solat / beribadat / menjalankan aktiviti agama. 4. Semua aktiviti agama hendaklah mendapatkan kelulusan daripada Pengetua/Timbalan Pengetua.
56