SK TING 4 2017
Tajuk Pengaturcaraan
Topik 1.3 Pemboleh Ubah, Pemalar dan Jenis Data
A. Objektif
Pada akhir sesi murid dapat:
1. Menjelaskan hubungan antara jenis data, saiz data dan kapasiti ingatan komputer.
2. Menggunakan jenis data yang sesuai.
3. Mengisytiharkan dan menilai awalkan pemboleh ubah dan pemalar.
4. Menggunakan pernyataan umpukan dan pernyataan aritmetik.
5. Menulis atur cara yang yang memerlukan input dari papan kekunci dan
memaparkan output
B. Kandungan Pengajaran
1. Jenis data
2. Pemboleh ubah
3. Pemalar
4. Operator
5. Input dan Output
6. Latihan
1.3.1 Jenis Data
Setiap bahasa pengaturcaraan mempunyai jenis data yang hampir sama. Dalam
pengaturcaraan berasaskan objek seperti Java, terdapat dua jenis data :
• data jenis primitif
• data jenis bukan primitif
Data Jenis Primitif
Java boleh menyokong beberapa jenis data primitif. Jenis data primitif adalah data yang
telah ditakrifkan dalam suatu bahasa pengaturcaraan dan dinamakan sebagai kata
simpanan.
1. Integer (int) – nombor bulat tanpa perpuluhan:
• Jenis data int menggunakan 4 bait ingatan
• Nilai minimumnya ialah - 2,147,483,648
• Nilai maksimumnya ialah 2,147,483,647
• Lazimnya int digunakan sebagai jenis data lalai.(default value).
• Nilai lalai ialah 0.
Contoh 1:
int markah;
Contoh 2:
1 MODUL SAINS KOMPUTER
SK TING 4 2017
int bilPelajar = 50;
int suhu = - 5;
2. Double – nombor perpuluhan:
• Jenis data double menggunakan 8 bait ingatan.
• Nilai lalai ialah 0.0
Contoh 1:
double gaji;
Contoh 2:
double gaji = 2340.5;
Bezakan penggunaan data jenis float dan double.
3. Boolean – nilai true dan false.
• Jenis data boolean ialah satu bit.
• Jenis data ini digunakan sebagai flag untuk mengesan syarat benar/palsu.
• Nilai lalai ialah false.
Contoh 1:
boolean statusPerkahwinan;
Contoh 2:
boolean statusPerkahwinan = true;
4. Character (char) – aksara:
• Jenis data char menggunakan 2 bait ingatan.
• Nilai minimumnya ialah '\u0000' (atau 0).
• Nilai maksimumnya ialah '\uffff' (atau 65,535 termasuk).
• Jenis data char digunakan untuk menyimpan sebarang aksara tunggal.
Nilai lalai ialah '\u0000' – aksara null.
Contoh 1:
char abjad;
Contoh 2:
char abjad = 'A' ;
Data jenis Bukan Primitif
1. String – mewakili gabungan aksara.
Contoh 1:
String nama; // tidak diterima oleh compiler
sepatutnya
String nama = “ “; //perlu diletakkan nilai awalan
Contoh 2 :
String nama = “Hazrra”;
1.3.2 Pemboleh ubah
2 MODUL SAINS KOMPUTER
SK TING 4 2017
Nilai pembolehubah berubah-ubah sepanjang pelaksanaan atur cara. Mengikut amalan
pengaturcaraan yang baik pembolehubah bermula dengan huruf kecil dan jika terdapat dua
perkataan atau lebih awalan perkataan seterusnya menggunakan huruf besar.(Camel Case)
Contoh Pengisytiharan Pembolehubah:
int panjang,lebar,luas;
double gajiBapa;
char aks = 'a';
boolean sudahBayarYuran;
1.3.3 Pemalar
Nilai pemalar adalah kekal sepanjang pelaksanaan atur cara. Pemalar digunakan untuk nilai
yang sama digunakan berulang kali dalam satu pengaturcaraan. Pemalar diisytiharkan
menggunakan arahan final. Setelah diisytiharkan, nilai final tidak boleh diubah lagi. Mengikut
amalan pengaturcaraan yang baik pemalar menggunakan semua huruf besar.
Contoh:
final double PI = 3.1415;
final int SAIZ = 100;
final int DISKAUN = 10;
1.3.4 Operator
Operator digunakan untuk memanipulasikan pemboleh ubah. Operator dalam bahasa Java
boleh dikategorikan seperti berikut:
Operator Aritmetik
Operator Perbandingan
Operator Logikal
Operator Umpukan
Operator Aritmetik
Operator aritmetik digunakan dalam ungkapan matematik seperti dalam algebra. Anggap
pemboleh ubah integer A menyimpan nilai 10 dan pemboleh ubah B menyimpan nilai 20.
Operator Aritmetik Ungkapan Nilai
aritmetik
Nama Simbol 30
A+B -10
Tambah + A-B 200
A*B 2
Tolak - B/A 0
B%A 21
Darab * B++ 19
B--
Bahagi /
Modulus %
Tokok (Increment) ++
Susut (Decrement) --
Operator Umpukan (Assignment Operator) MODUL SAINS KOMPUTER
3
SK TING 4 2017
Operator umpukan yang disokong oleh bahasa Java adalah seperti berikut:
Operator Umpukan Ungkapan Huraian
Nama Simbol C = A+ B A+B→C
C += A C + A→ C
simple = C -= A C - A→ C
C *= A C * A→ C
tambah DAN += C /= A C / A→ C
C %= A C % A→ C
Tolak DAN -=
Darab DAN *=
Bahagi DAN /=
Modulus DAN %=
Pernyataan Umpukan Dan Pernyataan Aritmetik
Dalam pernyataan umpukan, ungkapan wujud di sebelah kanan simbol umpukan.
Formatnya ialah:
<pemboleh ubah> = <ungkapan>;
Contoh pernyataan umpukan:
luas = 3.142 * jejari ^ 2;
gajiBersih = gajiKasar + gajiLebihMasa – potongan;
purata = (nombor1 + nombor2 + nombor3) / 3;
baki = nombor1 % 6;
INPUT DAN OUTPUT
Input dan output boleh dilakukan melalui beberapa peranti input dan output. Dua aliran
objek standard tersebut ialah:
i. System.in //Membolehkan atur cara menerima input dari papan kekunci.
ii. System.out //Membolehkan atur cara memaparkan output ke skrin.
Class system boleh digunakan tanpa menggunakan kenyataan import kerana Class ini
merupakan class asas dan telah diimport secara automatik setiap kali memulakan program
Java.
Untuk memasukkan input daripada papan kekunci kita perlu menggunakan class Scanner.
Untuk membolehkan class Scanner digunakan kenyataan import perlu digunakan.
Contoh:
import java.util.Scanner;
public class PaparNama {
public static void main (String[ ] args) {
Scanner input = new Scanner(System.in);
System.out.println(“Masukkan nama anda:”);
String nama = input.nextLine();
System.out.println(“Nama anda ialah :”+nama); Contoh
}
}
Jenis Data
4 MODUL SAINS KOMPUTER
SK TING 4 2017
Integer int bilPelajar = input.nextInt();
Double double yuranPibg = input.nextDouble();
String – terima satu perkataan String nama = input.next()
String – terima satu baris perkataan String nama = input.nextLine()
System dan Scanner merupakan dua contoh Class. Class tersebut mengandungi fungsi
(method) asas iaitu menerima input dan memaparkan output. Contoh fungsi (method) ialah
println(),nextInt(),nextDouble() dan banyak lagi.
5 MODUL SAINS KOMPUTER