The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Soalan lazim berkaitan peranti komputer kepada murid sekolah KPM di bawah Program CERDIK Tahun 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shafiqcs91, 2021-06-11 13:14:07

FAQ Peranti Murid KPM Program Cerdik 2021

Soalan lazim berkaitan peranti komputer kepada murid sekolah KPM di bawah Program CERDIK Tahun 2021

SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN
PERANTI KOMPUTER KEPADA MURID SEKOLAH KEMENTERIAN

PENDIDIKAN MALAYSIA DI BAWAH PROGRAM CERDIK

1. Siapakah murid yang layak menerima peranti komputer di bawah program
CERDIK?

Peranti komputer dipinjamkan kepada murid warganegara Malaysia Tahun Empat (4)
dan Tingkatan Tiga (3) di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan
(SBK) bawah KPM yang memenuhi kriteria berikut:
i) Pendapatan isi rumah adalah di bawah RM4,850 [berdasarkan pengelasan isi

rumah oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (2019)];
ii) Murid tidak memiliki sebarang peranti komputer yang berspesifikasi ditetapkan

oleh KPM dan YH; dan
iii) Murid tidak memiliki sebarang SIM Card pelan data untuk mengakses ke talian

Internet.

2. Apakah spesifikasi minimum peranti komputer yang dipinjamkan?

Setiap murid yang layak akan menerima salah satu (1) peranti yang berspesifikasi
minimum seperti berikut:

Sekolah Peranti Spesifikasi Minimum
Komputer
Rendah Riba Komputer riba berspesifikasi minimum processor
(Tahun 4) (CPU) i3 atau AMD Ryzen 3 2nd Generation atau
Chromebook setara; atau
Menengah
(Tingkatan 3) Tablet iPad Chromebook berspesifikasi minimum processor
Intel Celeron Quad-Core N4100; atau
Komputer
Riba Tablet iPad berspesifikasi minimum processor
(CPU) A12 Bionic Chip with 64-bit architecture
Chromebook neural engine atau setara.

Komputer riba berspesifikasi minimum processor
(CPU) i3 atau AMD Ryzen 3 2nd Generation atau
setara; atau

Chromebook berspesifikasi minimum processor
Intel Celeron Quad-Core N4100; atau

FAQ Pengurusan Peranti Komputer Murid Program CERDIK - 1

Tablet iPad Tablet iPad berspesifikasi minimum processor
(CPU) A12 Bionic Chip with 64-bit architecture
neural engine atau setara.

3. Adakah murid dibekalkan dengan SIM Card pelan data bagi tujuan mengakses
Internet?

Ya. Satu (1) SIM card pelan data berspesifikasi minimum 15GB sebulan untuk tempoh
satu (1) tahun akan dibekalkan oleh TELCO terpilih bagi tujuan mengakses ke talian
Internet.

4. Adakah ibu bapa/penjaga perlu mengisi borang sebelum peranti komputer dan
SIM Card pelan data diserahkan?

Ya. Ibu bapa/penjaga perlu mengisi borang berikut:
i) Borang Permohonan Bantuan Peranti Komputer (Borang PB-1 & Borang PB-2)

dan dikemukakan kepada sekolah untuk pertimbangan dan perakuan
Jawatankuasa Bantuan Murid Sekolah (Peranti Komputer);
ii) Borang Aku Janji Penerimaan Peranti sebelum peranti komputer diserahkan
oleh pihak sekolah; dan
iii) Borang Pendaftaran SIM Card TELCO secara dalam talian sebelum SIM Card
pelan data diserahkan.

5. Bilakah murid perlu memulangkan peranti komputer yang dipinjamkan?

Peranti komputer perlu dipulangkan kepada pihak sekolah sekiranya murid tersebut:
i) menamatkan persekolahan; atau
ii) berhenti sekolah; atau
iii) dibuang sekolah; atau
iv) bertukar sekolah; atau
v) menyalahgunakan peranti komputer dan dan SIM Card yang dibekalkan untuk

mendatangkan kemudaratan kepada negara atau menyalahi undang-undang
negara.

FAQ Pengurusan Peranti Komputer Murid Program CERDIK - 2

6. Adakah peranti komputer dan SIM Card pelan data yang hilang akan diganti
baharu?
Tidak.

7. Adakah peranti komputer dan SIM Card pelan data yang rosak dalam tempoh
waranti akan diselenggarakan?
Ya.

8. Apakah yang perlu ibu bapa/penjaga lakukan apabila berlaku kehilangan peranti
komputer atau SIM Card pelan data?
Ibu bapa/penjaga apabila telah memastikan kehilangan peranti komputer atau SIM
Card pelan data, perlu segera membuat laporan polis dan melaporkan kepada pihak
sekolah untuk tindakan seterusnya.

9. Adakah ibu bapa/penjaga perlu menggantikan peranti komputer sekiranya
hilang/rosak?
Tidak. Tetapi penalti berjumlah RM300.00 akan dikenakan kepada ibu bapa/penjaga
sekiranya Jawatankuasa Bantuan Murid Sekolah (Peranti Komputer) mendapati
peranti komputer hilang/rosak disebabkan oleh kecuaian atau ada unsur jenayah..

10. Adakah pihak sekolah boleh meminta murid menyerahkan peranti komputer dan
SIM Card pelan data yang dipinjamkan untuk diperiksa?
Ya. Sepanjang tempoh pinjaman/waranti, pada bila-bila masa Jawatankuasa Bantuan
Murid Sekolah (Peranti Komputer) boleh mengarahkan peminjam peranti (murid/ibu
bapa/penjaga) untuk menyerah peranti komputer dan SIM Card yang dibekalkan
untuk diperiksa dan disemak kandungan yang dimuatkan ke dalam peranti komputer.

11. Apakah peranan dan tanggungjawab murid apabila menerima pinjaman peranti
komputer dan SIM Card pelan data?
Murid mempunyai peranan dan tanggungjawab seperti berikut:
i) Menjaga keselamatan dan kebersihan peranti komputer yang diterima;

FAQ Pengurusan Peranti Komputer Murid Program CERDIK - 3

ii) Memastikan peranti komputer yang diterima tidak diconteng, ditulis atau
sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan peranti
komputer;

iii) Mematuhi peraturan/polisi KPM yang ditetapkan;
iv) Menggunakan sebaik-baiknya boleh peranti komputer yang dibekalkan untuk

pembelajaran kendiri; dan
v) Menggunakan SIM card pelan data yang diterima untuk mengakses talian

Internet pembelajaran kendiri dan tidak mengakses laman sesawang yang
menyalahi undang-undang negara.

12. Apakah peranan dan tanggungjawab ibu bapa/penjaga apabila
anak/tanggungan menerima peranti komputer dan SIM Card pelan data?

Ibu bapa/penjaga mempunyai peranan dan tanggungjawab seperti berikut:
i) Memberi kebenaran kepada anak/tanggungan mereka untuk menerima peranti

komputer pada Borang PB-1, PB-2 dan Borang Aku Janji Penerimaan Peranti
Komputer;
ii) Memastikan penjagaan keselamatan peranti komputer yang diterima dengan
baik;
iii) Membuat laporan polis sekiranya peranti komputer anak/tanggungan mereka
hilang;
iv) Memastikan peranti komputer yang diterima oleh anak/tanggungan mereka
dikembalikan pada masa yang ditetapkan;
v) Memastikan anak/tanggungan mereka melaksanakan pembelajaran kendiri
dengan e-bahan/bahan pembelajaran yang dimuatkan dalam peranti komputer;
vi) Memastikan SIM card pelan data yang diterima anak/tanggungan mereka
mengakses talian Internet atau laman sesawang yang dibenarkan sahaja;
vii) Menjelaskan segala penalti yang dikenakan sekiranya Jawatankuasa Bantuan
Murid Sekolah (Peranti Komputer) mendapati kehilangan/kerosakan peranti
komputer disebabkan kecuaian sendiri; dan
viii) Memulangkan peranti komputer yang diterima oleh anak/tanggungan mereka
sekiranya Jawatankuasa Bantuan Murid Sekolah (Peranti Komputer) mendapati

FAQ Pengurusan Peranti Komputer Murid Program CERDIK - 4

peranti tersebut disalahgunakan dan menyalahi undang-undang negara dan
bukan untuk kegunaan pembelajaran.

13. Apakah saluran ibu bapa/penjaga membuat aduan kepada KPM?
Ibu bapa/penjaga boleh membuat aduan kepada KPM melalui saluran berikut:

Sistem : http://moe.spab.gov.my

E-Mel : [email protected]

DELIMA [email protected]

(aduan berkaitan Google : [email protected]

Classroom DELIMA)

Tarikh: 22 Mac 2021

FAQ Pengurusan Peranti Komputer Murid Program CERDIK - 5


Click to View FlipBook Version