PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
PELAJARAN 7(AQIDAH)
SIFAT-SIFAT ALLAH
بصر
DISEDIAKAN OLEH
UST MOHD NASRON BIN NAWAWI
GPI SK BANGGOL GUCHIL
PENGERTIAN SIFAT BASOR
بصر
Allah bersifat Basor bermaksud Allah maha melihat setiap perkara
sama ada yang nyata atau pun yang tersembunyi.
• Kita wajib beriman bahawa Allah bersifat Basor.
• Dengan menyakini setiap perlakuan kita dapat dilihat
oleh Allah walaupun manusia tidak dapat melihatnya.
• Sifat Basor Allah tidak memerlukan peralatan dan
tidak terbatas.
• Penglihatan Allah maha sempurna.
• Penglihatan Allah tiada jangka masa.
• Penglihatan Allah maha luas dan tiada tersembunyi.
49:78 سورة الحجرات. َواَّهللُ بَ ِصي ٌربِ َما تَ ْع َملُو َن
• Maksudnya : dan Allah maha melihat segala yang
kamu kerjakan.
• Allah memiliki segala sifat kesempurnaan dan
kemuliaan.
• Oleh itu,mustahil bagi Allah bersifat kekurangan seperti
tidak boleh melihat.
KESAN MEYAKINI ALLAH BERSIFAT BASOR
• Berusaha melipat gandakan amalan.
• Berhati-hati dalam setiap perbuatan.
• Sentiasa memelihara akhlak.
• Mewujudkan masyarakat harmoni.
• Hidup dirahmati Allah.
Kita wajib beriman bahawa Allah maha melihat tiap-tiap
sesuatu yang jelas dan tersembunyi. Oleh itu,kita
hendaklah berhati-hati pada setiap tingkah laku kita
untuk menjauhi kemurkaan Allah.
والله أعلم