PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
PELAJARAN 7(AQIDAH)
SIFAT-SIFAT ALLAH
سمع
DISEDIAKAN OLEH
UST MOHD NASRON BIN NAWAWI
GPI SK BANGGOL GUCHIL
PENGERTIAN SIFAT SAMA’
سمع
Allah bersifat Sama’ bermaksud Allah maha mendengar setiap sesuatu,
sama ada bunyi yang kuat atau yang sangat perlahan.
• Kita wajib beriman dengan sifat Sama’ Allah.
• Allah yang maha mendengar akan setiap sesuatu
dengan sentiasa berhati-hati pada setiap pertuturan
dan bisikan hati kita.
• Allah boleh mendengar bisikan hati manusia.
• Pendengaran Allah berbeza daripada pendengaran
makhluknya kerana Allah tidak memerlukan deria
pendengaran dan pendengaran Allah tidak terbatas.
• 2:224 سورة البقرة. َواّ هللُ َس ِمي ٌع َع ِلي ٌم
• Maksudnya : dan ingatlah Allah sentiasa mendengar
lagi sentiasa mengetahui.
• Allah memiliki segala sifat kesempurnaan dan
kemuliaan.
• Oleh itu,mustahil bagi Allah bersifat kekurangan seperti
tidak boleh mendengar.
KESAN MEYAKINI ALLAH BERSIFAT SAMA’
• Menjaga pertuturan dan bisikan hati.
• Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah.
• Menjadikan bacaan Al-Quran dan zikir sebagai
amalan.
• Menjauhi maksiat lidah seperti mengeluarkan
perkataan yang kotor dan kesat serta mengumpat.
• Hidup diberkati Allah.
Kita mestilah membuktikan keimanan kepada Allah
yang maha mendengar dengan sentiasa menjaga
pertuturan dan bisikan hati.
والله أعلم